PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA

Malaysia merupakan sebuah Negara yang sedang pesat membangun dalam pelbagai sektor bagi mencapai taraf sebuah Negara maju di mata dunia. Pelbagai perancangan telah di buat bagi merealisasikan hasrat ini. Seiring dengan ini, Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK 9) membuktikan usaha – usaha pembangunan Negara dalam sektor – sektor yang menjana ekonomi Negara sehinggalah kepada manaik taraf mutu perkhidmatan dan kemudahan untuk kegunaan rakyat seperti pengangkutan awam. Pengangkutan merupakan satu keperluan asas dalam kehidupan samada persendirian atau awam. Ia mampu memberikan kesempurnaan dan peningkatan kepada kualiti hidup seharian. Pengangkutan awam merupakan salah satu daripada alternatif dalam pemilikan kenderaan sendiri. Selain membantu mengurangkan masalah kesesakan jalan raya, mengurangkan kos sara hidup dalam membayar pinjaman kenderaan dan kenaikan harga minyak, ia mampu menyelamatkan alam sekitar dengan penjimatan tenaga dan pengurangan kepada kepenggunaan bahan api. Sambutan masyarakat kepada pengangkutan awam amat menggalakkan di sesetengah tempat. Hari ini Negara kita telah memiliki pelbagai jenis pengangkutan awam yang boleh menjadi pilihan bagi sesetengah pengguna di bandar – bandar besar seperti Kuala Lumpur. Di antaranya kita boleh menggunakan bas, teksi, monorail, keretapi, komuter, LRT, kapal terbang dan feri bergantung kepada situasi dan jarak perjalanan. Di pekan – pekan kecil pula turut disediakan motorsikal tambang bagi memudahkan pengguna keluar dan masuk dari sesuatu kawasan. Walaubagaimanapun pengurusan sistem pengangkutan awam di Negara kita masih tidak sistematik , efisyen dan efektif. Ini berikutan tiada satu penyelarasan atau garispanduan untuk mewujudkan satu sistem yang berkesan dalam mengendalikan operasi pengangkutan awam di seluruh Malaysia. Hal ini memerlukan pertimbangan yang wajar kerana pengguna pengangkutan awam di Malaysia terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat seperti kanak – kanak, remaja, dewasa, belia, warga tua, wanita mengandung dan tidak ketinggalan juga orang - orang kurang upaya dan golongan istimewa. Selain itu, kadar bayaran tambang juga tidak selaras kerana ia bergantung kepada jenis kenderaan, jarak, dan kawasan pengangkutan awam itu di gunakan. Sebagai contoh teksi. Di sesetengah bandar, penggunaan teksi bermeter telah lama di gunakan dan di wajibkan. Manakala penguatkuasaan penggunaan teksi bermeter di Pulau Pinang pula baru di mulakan pada 1 Ogos 2006 dengan kadar yang berbeza di bandar lain yang mana 1km pertama di kenakan caj RM 3, dan kilometer berikutnya dengan tambahan RM 0.20. Namun, ia masih gagal untuk dipatuhi oleh sebahagian besar pemandu teksi di Pulau Pinang. Begitu juga dengan bas awam, kadar tambang juga perlu di selaraskan mengikut kilometer dengan harga yang sepatutnya. Keadaan bas yang uzur dan mengeluarkan asap hitam bukan sahaja mencemarkan alam sekitar, tetapi turut membahayakan para pengguna. Dengan ketiadaan piawaian bas yang sepatutnya di gunakan untuk mengambil penumpang ia mempertarungkan nyawa pengguna untuk menaiki bas tersebut. Kebanyakan bas di Pulau Pinang bukan sahaja kotor, malahan tempat duduk dan tempat pemegang yang selamat bagi penumpang yang berdiri juga tidak di

Piawaian perlu di beri perhatian kepada kenderaan yang di jadikan pengangkutan awam supaya ia dapat menjamin keselesaan dan keselamatan pengguna dan alam sekitar. Dengan adanya garispanduan dan pematuhan kepada piawaian bagi pengangkutan awam. pendapatan syarikat bas juga akan bertambah dan meningkatkan kadar pembayaran cukai pendapatan. kerjasama dan sokongan dari pihak berwajib seperti badan kerajaan dan bukan kerajaan serta penglibatan orang awam amat di perlukan. Justeru bagi memastikan perlaksanaan dan pematuhan kepada keperluan pempiawaian khusus untuk pengangkutan awam. Selain itu perlaksanaannya kelak akan di lihat lebih berjaya kerana mendapat sokongan dari semua pihak . Ia juga bagi mengelakkan ralat dan ketidakseimbangan pandangan dalam proses pembentukan standard ini dari pihak kerajaan dan bukan kerajaan yang mewakili pihak pengguna dan pemandu pengangkutan awam. Selain itu. gangguan seksual. ia mampu menarik lebih ramai pengguna menggunakan pengangkutan awam. . Jabatan Standard Malaysia. Dengan penglibatan daripada pihak kerajaan ia mampu merealisasikan hasrat ini ke epringkat pentadbiran keraajaan bagi memastikan kewujudan kepatuhan dalam implementasi standard yang telah di tetapkan. Begitu juga dengan memberi kesedaran kepada pemandu pengangkutan awam melalui kursus pemanduan dan pembentukan sikap profesional dan etika kerja dalam menjalankan tugas wajar di laksanakan. Ini dapat membantu dalam meningkatkan taraf pengangkutan awam sedia ada di negara kita. kecurian dan juga kecederaan. ia membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar di samping memberikan persekitaran udara yang bersih tanpa asap hitam kepada masyarakat dan pengguna jalan raya lain. dengan adanya pempiawaian kepada pengangkutan awam. Jabatan Hal Ehwal Pengguna. Kadar penggunaan yang tinggi mampu meningkatkan taraf ekonomi Negara dengan tambahan kepada cukai jalan bagi pengangkutan awam. Ia juga sebagai pelengkap dalam menentukan pengiktirafan pempiawaian pengangkutan awam mampu memberikan kesan yang terbaik dalam perlaksanaan dan pematuhannya kepada garis panduan dan syarat yang telah di tetapkan. Dari aspek kesihatan pula. Ini bukan sahaja mengurangkan penggunaan bahan api malahan mengurangkan kesesakan lalu lintas. ia dapat menjamin kesihatan pengguna dengan keadaan dalaman bas yang bersih. Penglibatan orang awam dalam penelitian dan publisiti standard yang akan di aplikasikan wajar di buat bagi memberikan ruang dan peluang kepada masyarakat untuk menentukan kewajaran standard tersebut kepada mereka dan piahk lain yang terlibat. dan mementingkan keuntungan dengan mengambil muatan lebih boleh mendorong kepada kecelakaan jalan raya. Begitu juga dengan penglibatan badan bukan kerajaan dalam pembentukan standard bagi pengangkutan awam mampu memberikan impak yang lebih berkesan dalam menentukan kriteria dan aspek – aspek lain yang wajar di beri perhatian. Apatah lagi dengan sikap pemandu yang cuai.sediakan dengan baik dan membahayakan mereka semasa bas berhenti samaada secara mangejut mahupun tidak. Di samping itu juga dengan pematuhan kepada penggunaan bahan api tanpa plumbum. Adalah wajar bagi jabatan kerajaan dan bukan kerajaan seperti. Jabatan Pengangkutan Jalan.

Huraikan kelebihan-kelebihan pengangkutan awam kepada masyarakat. mengurangkan kes kemalangan 6. penipisan ozon. Persatuan Pemandu Bas. 1. mengurangkan kebergantungan kepada bahan api (minyak petrol) Tuesday. mengatasi masalah kesesakan jalan raya 3. 48) Soalan Contoh Masyarakat digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam kerana banyak kelebihannya. menjimatkan kos. mewujudkan peluang pekerjaan (meningkatkan taraf hidup) 5. dan lain – lain pihak bekerjasama dalam menaik taraf dan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia. 2010 Karangan SPM (Berdasarkan Buku Teks Tingkatan 5) Unit 3. masa dan tenaga 2. m. January 26.Persatuan Pengguna – Pengguna Standard Malaysia. Persatuan Pemandu Teksi. Pengangkutan Alaf Ini (Buku Teks Tingkatan 5. meningkatkan kualiti alam sekitar (CFC. pemanasan global) 4. Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Rangka Karangan . Ahli Jawatankuasa Keselamatan Kampung.s.

jika dibandingkan antara pengangkutan awam dengan kenderaan biasa. ERL (Express Rail Link). terdapat pelbagai jenis kenderaan awam seperti monorel. komuter. Hal ini demikian kerana. LRT (Light Rail Transit)) dan sebagainya dapat memainkan peranan yang penting untuk membendung masalah kesesakan jalan raya yang semakin kronik di ibu negara kita. Kelebihan utama pengangkutan awam adalah dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di ibu kota atau bandar-bandar besar yang lain. kapal terbang dan sebagainya. pengangkutan awam yang terdapat di negara kita juga tidak kurang pentingnya kerana terdapat pelbagai kelebihan yang akan diperoleh apabila masyarakat menggunakannya. melepaskan pucuk masing-masing ketika berada di jalan raya. masyarakat akan mendapat manfaat sekiranya menggunakan pengangkutan awam. mengurangkan pencemaran alam Penutup . mereka kebiasaannya bersikap bagai enau di dalam belukar. Sebagai contohnya. Oleh itu. menjimatkan masa dan kos perjalanan iii. Pengangkutan awam yang moden itu pula mampu untuk memainkan peranan yang penting kepada sesebuah negara untuk menuju ke arah kemajuan. Dalam era globalisasi kini. mengurangkan kesesakan lalu lintas ii. bas. monorel. Penggunaan pengangkutan awam juga dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan. teksi. Oleh hal yang demikian. pengangkutan awam seperti komuter.lebih banyak kebaikan menggunakan pengangkutan awam Karangan Contoh Dunia sentiasa mengalami inovasi dalam sistem pengangkutan dari semasa ke semasa. Harga petrol yang tidak menentu di pasaran global telah memberi impak yang negatif kepada rakyat yang menggunakan . pelbagai jenis kenderaan yang moden telah dicipta bagi menggantikan kenderaan yang konvensional. Tambang pengangkutan awam seperti komuter dan LRT juga amat berpatutan berbanding dengan masa perjalanannya yang telah disingkatkan. Dengan perkataan lain. ERL dapat memendekkan masa perjalanan jika dibandingkan dengan penggunaan kereta. ERL. Di samping itu. Perkara ini akhirnya mengakibatkan kesesakan jalan raya yang serius. Pada masa kini. memudahkan perjalanan seseorang iv. kebanyakan rakyat Malaysia gemar menggunakan kenderaan sendiri terutamanya ketika ingin menuju ke tempat kerja.Inovasi dalam sistem pengangkutan Isi-isi Penting i.Pendahuluan .

“Sediakan payung sebelum hujan”. Oleh itu. Intihanya. Perkara ini seharusnya diberikan pertimbangan oleh anggota masyarakat agar menggunakan kenderaan awam untuk ke sesuatu destinasi. pihak berkuasa perlulah mengambil langkah yang sewajarnya bagi menghalang pencemaran udara yang semakin serius pada masa ini. pengunjung Tuesday. banyak perbelanjaan boleh dijimatkan sekiranya orang ramai menggunakan pengangkutan awam. LRT dan ERL ialah kenderaan awam yang mesra alam kerana tidak mengeluarkan asap. seperti kata pepatah. penggunaan kemudahan pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. sudah tentu masalah pencemaran udara dapat diatasi. Penggunaan pengangkutan awam yang lebih mesra alam pula akan dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. di samping dapat menjimatkan perbelanjaan anggota masyarakat. Oleh hal yang demikian. Selain itu. April 13. Sekiranya kempen ini mendapat sokongan daripada masyarakat. Perkara yang di sebaliknya pula akan berlaku jika seseorang menggunakan kenderaan persendirian mereka seperti kereta atau motosikal yang terbukti menyebabkan pencemaran alam sekitar. Jadi. Sekiranya langkah ini tidak diikuti sudah tentu banyak masalah yang terpaksa dihadapi oleh anggota masyarakat akibat pencemaran alam yang berpunca daripada asap kereta dan motosikal. Jadi. pengangkutan awam juga akan memudahkan perjalanan seseorang. pengangkutan awam mempunyai kelebihan yang lebih banyak jika hendak dibandingkan dengan penggunaan kenderaan persendirian. Hal ini secara langsung dapat membendung pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran udara di negara kita. Pengangkutan awam seperti monorel. sistem pengangkutan yang lebih efisien berbanding dengan kenderaan persendirian dapat diwujudkan tambahan pula banyak tempat di ibu kota yang termasuk dalam jaringan pengangkutan awam tersebut. menjimatkan wang dan mengurangkan kadar . anggota masyarakat digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam jika hendak pergi ke tempat kerja.kenderaan peribadi. kita perlulah menyokong langkah kerajaan yang menggalakkan penggunaan pengangkutan awam melalui kempen ‘kongsi kereta’ untuk ke tempat kerja. Oleh itu. Perkara ini sekali gus dapat meningkatkan kadar ketepatan atau kepantasan seseorang ke sesuatu destinasi. kenderaan awam sepatutnya menjadi pilihan utama masyarakat kerana kelebihannya banyak sekali. 2010 KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AWAM Era globalisasi ini. Dengan adanya pengangkutan awam seperti ERL dan LRT.

pertumbuhan pengangkutan awam ini telah meningkat dengan mendadak seperti cendawan tumbuh selepas hujan. pihak pengusaha pengangkutan awam perlu menyediakan pengangkutan yang selesa supaya dapat menarik minat para penumpang agar rakyat Malaysia tidak berasa sangsi untuk menggunakan pengangkutan awam dan kesesakan lalu lintas dapat diatasi. Jelaslah bahawa penggunaan kemudahan pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di negara ini. sekali gus dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas. Lantaran itu. oleh itu di negara Jepun tidak berlaku kesesakan lalu lintas walaupun negara Jepun mempunyai penduduk yang ramai. Selain itu. masyarakat di negara matahari terbit iaitu Jepun. mereka lebih suka menggunakan pengangkutan awam untuk melakukan kegiatan harian mereka. Kota Bharu. Sebenarnya. Kesesakan lalu lintas berlaku kerana rata-rata rakyat Malaysia lebih berminat menggunakan kenderaan sendiri berbanding menggunakan pengangkutan awam. Sekiranya.kemalangan jalan raya di negara kita.terutama sekali di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. penggunaan pengangkutan awam juga mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita. LRT. Seandainya rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan awam sebagai rutin harian. teksi. kita haruslah sedar bahawa. Dengan menggunakan kemudahan pengangkutan awam seperti bas. monorel dan kereta api sebagai pengangkutan utama mereka. Oleh sebab rakyat Malaysia yang bersikap hidung tinggi dan malu untuk menaiki kenderaan awam mengakibatkan jumlah kenderaan di seluruh negara didapati meningkat hampir dua kali ganda sejak tahun 1980. penggunaan kenderaan persendirian yang bertali arus dapat mengundang risiko yang tinggi untuk berlaku kemalangan. Hal ini dikatakan demikian kerana. Pengguna jalan raya menggunakan alternetif ini bagi memudahkan mereka menuju ke destinasi masing-masing. Oleh itu. kesesakan lalu lintas sering berlaku di negara kita. semua rakyat Malaysia memprioritikan pengangkutan awam. monorel akan mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya.dan sebagainya. Hal ini demikian kerana penggunaan kemudahan pengangkutan awam ini telah mendapat perhatian dan menarik minat pengguna jalan raya di negara ini. mereka telah memilih pelbagai pengangkutan awam seperti bas. Sebagai contoh. Shah Alam. sudah tentu statistik kemalangan jalan raya akan menurun dan secara tidak langsung juga negara tidak akan mengalami kerugian dari segi infrastruktur dan modal insan. Persoalannya. nescaya kesesakan lalu lintas dapat dielakkan. apakah kepentingan yang dapat diperoleh melalui kemudahan pengangkutan awam ini? Kepentingan perdana menggunakan kemudahan pengangkutan awam ialah kita dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Oleh sebab itu. amaun kenderaan yang menyusur di jalan raya berkurang dan sekali gus dapat mengalicaukan kenderaan daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk terutamanya di ibu kota. Sebagai pengguna yang peka dan sensitif terhadap keadaan semasa. Oleh itu. kadar kemalangan jalan raya meningkat secara mendadak pada musim perayaan dan pada waktu puncak kerana pada ketika itu bilangan .

jika kita ingin pulang ke kampung pada musim perayaan kita wajarlah menggunakan perkhidmatan awam yang terdapat dalam negara kita sebagai contoh bas. India dan sebagainya.’ Tambahan pula. Jadi semolek-moleknya.Dalam konteks ini.penggunaan kemudahan pengangkutan awam dapat merealisasikan persekitaran yang mesra alam.pembebasan asap daripada kenderaan akan mendatangkan pelbagai impak negative terutama kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Situasi sedemikian sedikit sebanyak dapat menyimpul tali silaturahim antara komuniti Melayu. Oleh itu.Sebagai contoh.Sudah terang lagi bersuluh.Jika masyarakat menyahut seruan kerajaan untuk menggunakan kemudahan pengangkutan awam.Pencemaran udara ini diibaratkanseperti duri dalam daging kepada alam sekitar dan kesihatan manusia. apabila kita menaiki sesebuah pengangkutan awam khususnya monorel sudah semestinya kita akan berinteraksi dengan individuindividu di sekeliling kita.asap yang dikeluarkan oleh kenderaan akan menipiskan lapisan ozon dan memaksimumkan tahap pencemaran kualiti udara. Dunia serba moden era ini memerlukan masyarakat yang berdaya saing dalam segala hal. kereta api dan kapal terbang. penggunaan kemudahan pengangkutan awam dapat memupuk perpaduan yang jitu dalam kalangan masyarakat Malaysia yang akan membawa kepada pembentukan sebuah negara yang aman dan sentosa ibarat ‘air dalam talam. penggunaan perkhidmatan awam di Malaysia menyumbang banyak manfaat dan kelebihan kepada kita semua. Seterusnya. Kita harus ingat bahawa malang tidak berbau jadi kita perlulah beringat sebelum terkena. Tuntasnya. Seandainya kita menggunakan inisiatif ini secara konsisten. masyarakat yang berbilang kaum di negara kita akan berpusu-pusu menaiki pengangkutan awam untuk menuju ke destinasi.Hal ini dikatakan demikian kerana gas karbon monoksida yang dilepaskan daripada asap kenderaan dapat dikurangkan ekoran berkurangnya jumlah kenderaan di jalan raya. masyarakat Malaysia diseru supaya bersama-sama menggunakan pengangkutan .kenderaan di jalan raya juga meningkat. Oleh itu. duduk sama rendah”. sudah tentu satu ikatan yang erat dapat dijalinkan sekali gus merealisasikan slogan 1Malaysia yang berteraskan satu jiwa satu bangsa. Untuk menuju ke destinasi. penggunaan pengangkutan awam akan dapat mengelakkan seseorang daripada menjadi mangsa nahas kemalangan jalan raya yang keseterusnya. penggunaan kemudahan pengangkutan awam juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara kita.maka tahap pencemaran alam sekitar dapat diminimumkan sekali gus dapat melestarikan persekitaran yang bersih dan indah. Kerajaan juga hendaklah menaiktaraf perkhidmatan awam di Malaysia agar setanding dengan negara maju yang lain bak kata pepatah “Berdiri sama tinggi. Sebagai contoh. Cina.penggunaan kemudahan awam dapat merealisasikan persekitaran yang mesra alam selari dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan sebuah negara yang bebas daripada pencemaran. Tegasnya.

Dalam konteks ini. Kita sedia maklum bahawa salah satu kemaslahatan pengangkutan awam adalah dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas. semua pihak perlu sedar akan kepentingan pengangkutan awam kepada negara kita. pembangunan dalam sistem pengangkutan awam di tanah air dapat membendung kesesakan lalu lintas yang semakin kronik. Tambahan pula. Salah satu sebab ialah pengangkutan awam di Bangkok dan Singapura sangat canggih dan memudahkan pelancong ke sesuatu destinasi. Singapura dan Taiwan. Kesesakan lalu lintas merupakan duri dalam daging dan mimpi ngeri kepada penduduk bandar. mereka terpaksa berjamjam di jalan raya akibat kesesakan lalu lintas.awam agar hasrat kerajaan untuk memajukan negara tidak tinggal impian sematamata seiring dengan wawasan 2020. Ketika pergi ke atau balik dari pejabat. bas malah Feri. pengangkutan awam merupakan unsur utama bagi penduduk bandar-bandar besar di dunia. bas ekspres dan bas persiaran di negara kita sering terlibat dalam kemalangan yang dahsyat. selesa. industri pelancongan negara kita masih ketinggalan berbanding dengan negara Thailand dan Singapura. pengangkutan awam yang bermutu turut memperkasakan industri pelancongan. Sistem pengangkutan yang canggih. pihak berkuasa perlu menetap lintasan khas sebagai laluan kenderaan awam seperti bas dan teksi. sesetengah pemandu teks yang biadab dan meminta tambang yang berlebihan akan menjejaskan industri . Malangnya. Untuk mencapai negara maju. Secara tidak langsung. Sehubungan dengan itu. mesra . peningkatan mutu perkhidmatan pengangkutan awam dapat menarik lebih banyak penumpang sehingga penggunaan kenderaan sendiri akan berkurangan di jalan raya. Selain itu. Di rantau Asia Tenggara ini. terutamanya di bandar-bandar besar terutama di Lembah Klang seperti Kuala Lumpur. Setakat ini hanya kira-kira 32% pengguna jalan raya tempatan menggunakan pengangkutan awam manakala di negara maju seperti Jepun dan negara-negara Eropah lebih daripada 70% pengguna jalan raya ialah penumpang pengangkutan awam. Belanja untuk membina sistem MRT dianggar akan mencecah RM 40 bilion. Senario ini memanifestasikan bahawa kerajaan sedang berusaha untuk meningkatkan mutu sistem pengangkutan awam di negara kita. Petaling Jaya dan Shah Alam. Perdana Menteri memangku Menteri Kewangan telah membentangkan bahawa Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) akan dibina bermula pada tahun hadapan dan dijangka akan siap sebelum tahun 2020. kesesakan lalu lintas dapat diminimumkan. Di Hong Kong. Kepentingan Pengangkutan Awam Kepada Negara Kita Dalam Bajet Tahun 2011. Walhasilnya. bersih dan selamat dapat memberikan imej yang baik kepada pelancong ke negara kita. penumpang hanya perlu membeli sekeping Kad Penumpang untuk menaiki MRT. Sehubungan dengan itu. Alat pengangkutan awam yang tidak mengalami kesesakan lalu lintas dapat menarik pengguna untuk menggunakan pengangkutan awam. Sebaliknya sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur masih belum mencapai taraf negara maju.

orang ramai perlu digalakkan supaya menaiki pengangkutan awam untuk meningkatkan kualiti alam sekitar kita. Komuter dan sebagainya. Pendahuluan. Secara tuntasnya. gemilang dan terbilang. Lebih-lebih lagi. sistem pengangkutan awam yang baik dapat menjanakan pembangunan ekonomi negara. Jika orang ramai menggunakan perkhidmatan bas. Ternyata.pelancongan di negara kita. Gara-garanya. Sehubungan itu pihak berkuasa dan pengusaha pengangkutan awam perlu bersinergi bagai aur dengan tebing untuk memartabatkan mutu pengangkutan awam di tanah air kita. Daya pengeluaran yang tinggi dapat memangkinkan pembangunan ekonomi negara supaya negara kita dapat duduk sama rendah. pengangkutan awam yang berkualiti merupakan elemen yang penting untuk menjamin pembangunan negara kita. sudah terang lagi bersuluh. pengangkutan awam yang canggih berkait rapat dengan produktiviti negara . mereka lebih bersemangat dan memiliki daya produktiviti yang lebih tinggi. Saban hari banyak orang lewat ke medan kerja kerana mengalami kesesakan lalu lintas. Mereka tidak suka menggunakan pengangkutan awam. kenderaan yang ada di jalan raya akan berkurangan sehingga asap yang mengandungi toksik dapat dikurangkan terutama karbon monoksida.namun belum berhasil. Hal ini demikian kerana pekerja dapat sampai di pejabat atau kilang tanpa lewat dengan adanya sistem pengangkutan yang menepati jadual waktu. . pembangunan sistem pengangkutan awam dapat meminimumkan pencemaran udara di negara kita. Tambahan pula. pengangkutan awam yang canggih lebih mesra alam. sulfur dioksida dan lain-lain lagi. kualiti udara negara kita semakin merosot sehingga negara kita dilanda jerebu. LRT. Tegasnya.pelbagai langkah diusahakan . berdiri sama tinggi dengan negara maju. Salah satu faktor utama adalah kenderaan di jalan raya semakin banyak. Tanpa disedari bahawa pengangkutan awam yang berkualiti dapat meningkatkan produktiviti negara. Nescaya. pengusaha pengangkutan jalan raya tanah air kita perlu meningkatkan mutu perkhidmatan mereka kerana perkhidmatan pengangkutan awam yang berkualiti dapat mendorong industri pelancongan negara kita. rakyat suka memiliki kenderaan sendiri. Beberapa dasawarsa ini. Membimbangkan kerajaan . Atas promosi pengeluar automobil dan syarikat kewangan. pekerja kita dapat sampai di destinasi tempat kerja dengan cepat dan tepat pada masa. Jika negara kita memiliki sistem pengangkutan yang canggih terutamanya MRT. Natijahnya. Sistem pengangkutan yang canggih dapat menjanakan pembangunan negara kita ke arah cemerlang. LRT dan sebagainya. Kesedaran untuk menggunakan pengangkutan awam dalam kalangan masyarakat agak rendah. Sesungguhnya rakyat kita perlu dicelikkan supaya menyedari bahawa menaiki pengangkutan awam merupakan tindakan mesra alam. khasnya MRT yang akan dibina. Hal ini merupakan satu pembaziran kerana para pekerja telah letih dan penat setelah tiba di tempat kerja.

kesesakan dapat dielakkan.mengeratkan hubungan antara kaum dan saling menghormati antara satu sama lain.meningkatkan imej negara sebagai negara yang mempunyai pengangkutan awam yang selamat. Semua pihak perlu mengubah sikap untuk menggunakan pengangkutan awam. .kos bahan api kenderaan dapat digunakan untuk perkara yang lebih penting.kenaikan harga minyak sering berlaku.wujud persaingan sihat antara syarikat pengangkutan awam.negara rugi apabila kadar kemalangan yang berlaku tinggi. . . . 1. . dari segi infrastruktur dan modal insan. . . 2. justeru kemalangan juga berkurangan. bilangan kenderaan dapat dikurangkan. . Pengangkutan awam dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas di bandar-bandar utama. perkhidmatan penerbangan tambang murah.tambang pengangkutan awam lebih murah. . Kesimpulan .Pengangkutan awam ada banyak kepentingan.penggunaan kenderaan persendirian dapat dikurangkan. 5. Jika tidak negara kita akan terus dibelenggu pelbagai masalah pengangkutan. 3. kereta api laju.mendokong gagasan 1 Malaysia yang mementingkan perpaduan. . . . Penggunaan pengangkutan awam dapat menjimatkan wang.penggunaan yang optimum akan menggalakkan syarikat pengakutan awam membaiki perkhidmatan.menjimatkan masa masyarakat yang berurusan di bandar. Dapat meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia. 4. . . Pengangkutan awam menggalakkan interaksi sosial dalam kalangan masyarakat.Lebih ramai orang menggunakan pengakutan awam. .pengenalan pelbagai jenis pengangkutan awam moden spt LRT. monorel. .pengangkutan awam memang banyak kepentingannya. Dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia.masyarakat Malaysia dapat berinteraksi antara satu sama lain.

teksi. Keadaan ini menyebabkan penjalanan penumpang terganggu kerana terpaksa beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki pengangkutan awam yang lain pula. Sistem Transit Tren Ringan (LRT) dan monorel. Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan menghadapi masalah untuk menukar sistem pengangkutan. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutama bas tidak boleh diharap terutama jadual perjalanannya yang menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Sikap tidak prihatin mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara. Masalah penjagaan bas. Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan tidak menyeluruh seperti mereka hanya menggunakan pengangkutan awam hanya untuk ke pejabat sahaja. Malah. kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan sistem pengangkutan awam yang tidak cekap. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan. Sesungguhnya. Maka. semua pekerja pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan. LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori ini kerana penyelenggaraan yang tidak menyeluruh. satu sistem tiket yang bersepadu harus dihasilkan oleh kerajaan dengan segera sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan. Contohnya. Memang sudah ada banyak usaha yang dilakukan untuk menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi. Jadi.Rangkaian pengangkutan awam di negara kita meliputi pengangkutan bas. . Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan awam kita ialah harganya yang mahal. Oleh itu. sudah pasti keadaan ini dianggap merumitkan kehidupan masyarakat. pengangkutan awam turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu. masyarakat bukan sahaja menyampah melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadualnya tetapi juga kegagalan mereka untuk menjaga tahap kualiti perkhidmatan pengangkutan awam mereka. Oleh itu. pelbagai kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus difahami untuk menangani masalah yang sudah berlanjutan agak lama ini. Kadar tambang terutama teksi dan LRT dianggap oleh masyarakat sebagai agak mahal untuk mereka gunakan dengan kerap sistem pengangkutan itu. kemelut utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat negara ini berduyun-duyun menggunakan LRT. Selain itu. antara monorel dengan LRT atau antara bas dengan monorel.

Sistem Transit Tren Ringan (LRT).... Memang sudah banyak usaha yang dilakukan untuk menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi. KEBURUKAN ..Dalam sistem perhubungan.. Sistem pengangkutan ini turut menjadi pilihan golongan marhaen khususnya bagi mereka daripada golongan masyarakat pertengahan dan yang kurang berkemampuan. Mungkin sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas bagi mengatasi kemelut ini... pelbagai kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus difahami untuk menangani masalah yang sudah berlanjutan sekian lama. Masalah penjagaan bas awam. Oleh itu. monorel dan sebagainya..Kita juga sering terdengar rungutan orang awam yang mengatakan bahawa tumpuan perkhidmatan awam di negara kita tidak menyeluruh. masyarakat bukan sahaja kecewa melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadual perjalanan malah pada masa yang sama kegagalan untuk menjaga kualiti perkhidmatan pengangkutan awam turut dirasai...Selain itu.. Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan tidak menyeluruh... Kadar tambang terutamanya bagi penumpang teksi dan LRT adalah dianggap mahal terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah serta menghalang mereka daripada menggunakan sistem pengangkutan itu dengan lebih kerap. . Rangkaian pengangkutan awam di negara kita adalah seperti pengangkutan bas awam. Hal ini bertambah rumit kerana masalah kekurangan pengangkutan tambahan atau “fider bus” di kawasan itu.... Kemudahan stesen LRT umpamanya hanya terletak di kawasan tertentu yang kadang-kala menyukarkan orang ramai tiba ke pejabat. Oleh itu.. .Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan awam kita ialah kos atau tambangnya yang agak mahal. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutamanya bas awam tidak boleh diharap dari segi ketepatan waktu operasinya..Kesimpulannya... Masalah kelewatan sampai ke tempat kerja menjadi isu utama akibat kegagalan pihak pengurusan mengatasi masalah tersebut. masalah pengangkutan awam ini memang banyak tetapi rumit untuk diselesaikan.. teksi. ..... kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan dengan amalan pengurusannya yang tidak cekap. . LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori yang mengecewakan kerana penyelenggaraannya yang tidak menyeluruh.. Jadi.. Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan menghadapi masalah untuk menukar sistem pengangkutan.. contohnya di antara stesen monorel dengan stesen LRT atau di antara stesen bas dengan tesen monorel. Hal ini menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi.... pihak kerajaan harus membuat tindakan drastik menangani isu ini.. .... .. kemelut utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat negara ini berduyun-duyun menggunakan pengangkutan awam tersebut. Kebanyakan daripada mereka hanya menggunakan pengangkutan awam hanya apabila terdesak atau hanya untuk ke pejabat sahaja.. pengangkutan awam menjadi pilihan orang ramai untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Hal ini menyebabkan penjalanan penumpang terganggu kerana terpaksa beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki . Kelewatan bas kerap berlaku dan tidak mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan. Ketika masyarakat semakin gusar dengan mutu perkhidmatan pengangkutan awam.

semuanya terpalit... Hal ini bukan sahaja membahayakan penumpang kenderaan tersebut malah pada masa yang sama turut membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Kelemahan ini bukan sahaja menyukarkan orang ramai meletakkan kenderaan mereka malah menghalang orang ramai untuk menaiki kemudahan awam tersebut. semua pekerja pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan serta masyarakat awam yang lain. Hal ini berlaku kerana kurangnya perancangan yang teliti sebelum projek tersebut dilaksanakan.. satu sistem tiket yang bersepadu harus diadakan oleh kerajaan sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan.. . Hal ini bukan sahaja menyebabkan berlakunya kesesakan malah kadang-kala boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. .. ada sebahagian kenderaan tersebut turut di saman oleh pihak polis biarpun masalah ini timbul akibat kelemahan pengurusan terbabit.... Lebih malang pula. kekurangan tempat untuk meletakkan kenderaan menyebabkan orang ramai meletakkan kenderaan mereka sesuka hati atau di tepi-tepi jalan.. Ada di antara mereka yang masih mengamalkan sikap ingin menjadi sang juara di jalan raya. rungutan pengguna pengangkutan awam tersebut perlu ditangani dengan baik agar pengangkutan awam di negara kita tidak menjadi “indah khabar dari rupa”... . kita bimbang hasrat kerajaan untuk menjadikan pengangkutan awam sebagai salah satu pengangkutan utama di negara kita akan terkubur. Namun yang pastinya ketidakcekapan sistem pengangkutan awam yang sedia ada merupakan faktor utama orang ramai memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri. Thursday. .Kesimpulannya. sudah pasti keadaan ini dianggap merumitkan kehidupan masyarakat.. Sikap tidak prihatin mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara kerana seekor kerbau membawa lumpur. . Kelemahan sistem pengangkutan awam di Malaysia bukan sahaja terhad di bandar raya-bandar ... masalah pengangkutan awam di negara kita amat perlu diambil berat oleh pihak yang terbabit.pengangkutan awam yang lain pula. .. Di beberapa buah stesen komuter dan LRT di ibu kota Kuala Lumpur umpamanya.Malah.... 29 April 2010 09:15 Pernahkah anda terlintas untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam pergi ke sesuatu destinasi? Ini mungkin merupakan persoalan yang kurang diberikan perhatian. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sekiranya perkara tersebut masih terus didiamkan tanpa sebarang tindakan. Maka.. Mungkin sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas dalam kemelut ini dan bukan bersikap “sudah terhantuk baru terngadah”.. Jelasnya. Kesungguhan pihak kerajaan untuk mengambil langkah awal dalam menangani masalah ini amat ditagih dan pihak berwajib tidak harus bertindak hanya apabila isu itu menjadi tatapan masyarakat dalam media massa negara.... Justeru...Banyak juga aduan yang sering kita baca di dada-dada akhbar mengenai rungutan orang awam tentang kekurangan tempat letak kereta di stesen LRT dan komuter.. . pengangkutan awam turut turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu... Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan.

raya utama sahaja. Masalah Pengangkutan Awam di Kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) Written by Administrator Friday. Namum. RAPID KL telah menlancarkan RapidBET iaitu singkatan Rapid Bus Expressway Transit. mereka perlu tampil ke hadapan untuk menyalurkan maklumat seperti membuat aduan kepada Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC). sistem yang bermula Selasa ini akan beroperasi di dua laluan yang mempunyai jumlah penumpang tinggi iaitu dari Kota Damansara ke Pasar Seni melalui Penchala Link manakala laluan kedua dari Bandar Sungai Long ke Pasar Seni melalui Lebuhraya Grand Saga. 29 January 2010 04:58 Sejak kebelakangan ini. Perkhidmatan pengangkutan awam adalah isu awam dan kelemahan sistem pengakutan awam haruslah diberikan tumpuan yang lebih serius. yang dapat mengurangkan tempoh perjalanan bas sehingga 50 peratus. Seolah-olah kerajaan menghadapi jalan buntu untuk menyelesaikan masalah yang merupakan salah satu keperluan asas rakyat di negara ini. Jadi apakah punca bagi masalah ini? . Penyedia perkhidmatan pengakutan awam seperti syarikat-syarikat bas. Melalui sistem itu. Tetapi tahun demi tahun isu tersebut masih menjadi tanda tanya sama ada kerajaan serius dalam menangani masalah tersebut ataupun ia merupakan sesuatu isu yang tiada jalan penyelesaiannya. Warga kota pula perlu mengeluarkan wang tambahan untuk membayar tempat letak kereta. tetapi jarang kita nampak warga OKU di atas bus. Masalah berkaitan dengan perkhidmatan pengangkutan awam bukanlah perkara yang baru. malah turut berlaku di kawasan bandar dan luar bandar. Pengguna hendaklah menggunakan kuasa mereka untuk memberikan maklum balas terhadap perkhidmatan yang tidak memuaskan. Oleh itu. teksi dan tren akan mengambil kesempatan sebaik sahaja harga minyak naik untuk menaikkan harga tiket di atas alasan kos bahan api dan pada masa yang sama janji untuk menyediakan perkidmatan yang lebih baik. Pengguna juga perlu bahawa ialah isu perkhidmatan awam adalah melibatkan semua pihak. salah satu isu yang akan menjadi fokus utama ialah menaiktaraf sistem pengangkutan awam yang sedia ada. Setiap tahun kerajaan membuat kenyataan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam. Ini adalah kerana kebanyakan stesen LRT dan stesen bus adalah tidak mesra OKU. warga OKU tidak menikmati perkhidmatan ini. agar rakyat akan lebih bersedia menggunakan pengangkutan awam sebagai alternatif. Ia juga merupakan salah satu hak pengguna untuk menyuarkan rasa tidak puas hati. Setiap kali kerajaan mengambil keputusan untuk menaikkan harga minyak. yang akan mewakili pengguna menyuarakan isu yang menekan para pengguna ini. Sebagai contoh. Walaupun bus sedang dinaiktaraf bagi menampung kemudahcapaian OKU. bas akan menggunakan lebuh raya untuk sampai ke destinasi tertentu bagi menjimatkan tempoh perjalanan berbanding jalan raya biasa.

tetapi is tidak dapat dicapai oleh warga OKU. Sebenarnya. di mana OKU tidat menggunakannya. Ini terbukti dengan adanya kekurangan dari segi pengangkutan awam mahupun infrastruktur pada bangunan awam. inilah fikiran yang menghalang pembangunan konsep reka bentuk sejagat. biasanya tidak menyediakan tempat letak kereta yang mencukupi. orang ramai masih mempunyai fikiran bahawa apa yang diperlu oleh OKU adalah kebajikan ataupun pendermaan. Selain itu. . Kita mendapati bahawa stesen LRT atau hub bus yang disediakan untuk pertukaran. walaupun sesetengah tempat menyediakan kemudahan mesra OKU. Secara ringkasnya. konsep reka bentuk sejagat yang merupakan reka bentuk yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak. dan kebanyakan itu reka bentuk yang tidak mesra OKU. Di antaranya. orang tua. Infrastruktur pada stesen tersebut tidak menepati piawaian bagi pengguna OKU. reka bentuk yang tidak mesra OKU atau tidak sejagat merupakan punca yang utama. kesedaran kepada keperluan OKU masih rendah di negara kita. Ini menjadi punca masalah kerana bagi para pemandu OKU. warga OKU memang tidak menikmati sistem pengakutan awam yang diperkatakan semakin umum. ada yang telah disalahguna oleh pihak ketiga. tiada tempat letak keretak yang bersesuaian bererti tiada akses bagi mereka. Sebagai kesimpulan. Tambahan pula.Memandangkan situasi di negara kita. Ia biasanya tidak menyediakan cecondong yang diperlukan bagi pengguna kerusi roda. tiada tactile guiding block yang merupakan petunjuk jalan bagi pengguna buta. OKU dan orang biasa masih tidak umum di Malaysia.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful