P. 1
Penulisan Berita

Penulisan Berita

|Views: 31|Likes:
Published by Farhana Adnan

More info:

Published by: Farhana Adnan on Jan 27, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/27/2012

pdf

text

original

Penulisan Berita

[Bersama Prof Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim]

Pada kali ini, ruangan ini akan menghuraikan beberapa aspek penulisan berita. Dengan penulisan berita dimaksudkan laras bahasa yang digunakan di lembaran akhbar, majalah dan pelbagai jenis penerbitan yang disediakan khas untuk bacaan umum. Termasuk di bawah judul ini juga ialah bahasa yang digunakan untuk menyampaikan berita dan maklumat melalui media elektronik seperti televisyen dan bentuk-bentuk digital lain. Namun begitu, tumpuan lebih akan diberikan kepada bahasa yang digunakan di lembaran akhbar. Penulisan berita merangkumi tulisan-tulisan yang berbentuk laporan berita, ulasan berita dan rencana tentang berita. Dalam sesebuah akhbar, bahagian yang penting ialah laporan berita. Satu ciri laporan akhbar ialah formatnya yang khusus. Pertama ialah judul berita lazimnya berbentuk ringkas dan kadang kala tidak memenuhi peraturan tatabahasa. Kadang kala nama jurulapor dimasukkan, tetapi amalan ini tidak berlaku bagi semua berita. Jika difikirkan perlu, diperturunkan kutipan, jika berita itu melaporkan sesuatu kenyataan yang dibuat oleh pemimpin negara atau tokoh-tokoh tertentu. Berikut ialah contoh yang dipetik daripada halaman dua, Mingguan Malaysia 2 Mei 2008. Gaji minimum ditangguh Oleh Saifulizam Mohamad dan Amran Mulup “MTUC boleh mengadakan sehingga 100 demonstrasi jika itu yang mereka mahukan, tetapi buat masa ini kerajaan sememangnya tidak dapat melaksanakan tuntutan tersebut” – Abdullah Ahmad Badawi. Ciri seterusnya ialah laporan berita dimulakan dengan penyataan tempat dan tarikh berita itu berlaku. Dalam Mingguan Malaysia, nama tempat ditulis dengan huruf besar. Contohnya: KUALA LUMPUR 3 Mei – Demikianlah aspek format tentang cara berita dilaporkan di dada akhbar. Tentang bahasa pula, satu ciri yang membezakan laras ini daripada laras lain ialah bagaimana berita itu disampaikan. Satu sifat yang menonjol ialah ayat-ayatnya panjang, selalunya satu perenggan terdiri daripada satu ayat. Hal ini demikian kerana pemberita ingin memuatkan segala macam maklumat yang relevan dalam perenggan tersebut. Dengan demikian, ayat yang dihasilkan berbentuk ayat majmuk campuran yang padat dan penuh dengan isi. Perhatikan contoh berikut: KUALA LUMPUR 3 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menegaskan bahawa cadangan gaji minimum RM900 seperti yang diminta oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tidak dapat dipenuhi oleh kerajaan pada masa ini. Ayat di atas terdiri daripada ayat majmuk campuran yang mengandungi ayat majmuk komplemen dan ayat majmuk relatif. Dalam ayat-ayat ini pula maklumat tambahan juga terdapat, seperti nama penuh Perdana Menteri, jumlah gaji minimum yang dipohon dan keterangan waktu atau masa permohonan gaji minimum itu tidak dapat dilaksanakan. Satu lagi ciri bahasa laporan berita ialah sifat memetik, kerana yang dilaporkan itu kadangkadang berbentuk sesuatu yang dinyatakan oleh seseorang. Petikan boleh berbentuk laporan dan boleh juga secara langsung. Contoh pertama, “Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perhimpunan Hari Pekerja 2008 di Stadium Putera Bukit Jalil di sini hari ini.” Contoh kedua: Beliau berkata, “Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kita mempunyai sebab untuk menangguhkannya.”

“Ujarnya lagi..Dari segi ungkapan dan perkataan yang digunakan... satu ciri yang jelas kelihatan ialah perkataanperkataan yang menunjukkan aspek pelaporan. dan “Ketika mengulas perkara itu.”.. .”. se perti “Menurut Presiden MTUC. beliau telah mengatakan . “Terdahulu dalam ucapannya. .....” “Kata beliau .”...” ..

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->