You are on page 1of 11

Pandangan Tokoh-tokoh Barat, Timur dan Islam Tentang Seni dan Kesenian

Seni dan kesenian.

C) Pandangan tokoh-tokoh mengenai Pendidikan Seni Pendidikan Seni merupakan suatu program pendidikan yang bersistem dan mempunyai matlamat serta hala tuju yang jelas. Terdapat banyak pendapat dan pandangan yang diutarakan mengenainya oleh para pemikir seni. Setiap tokoh-tokoh tersebut mengutarakan pandangan mengikut pendekatan masing-masing. Herbert Read dan Viktor Lowenfeld berpendapat Pendidikan seni seharusnya berasaskan aspek psikologi yang melihat kepada perkembangan kanak-kanak dalam melahirkan pernyataan dirinya. Dalam konteks ini, guru seni perlu melihat potensi kedua-dua pihak, pelajar dan guru itu sendiri dari asoek motivasi, personaliti dan sebagainya. Eisner ( 1967 ), Pendidikan Seni dan kreativiti bukanlah diperolehi secara mutlak, sebaliknya ia harus dipupuk melalui proses pembelajaran. Selain daripada itu, beliau juga berpandangan kreativiti dan kebolehan kanak-kanak adalah berbeza berdasarkan latar belakang dan pengalaman mereka. Berdasarkan kajian beliau, kanak-kanak yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah mempunyai kebolehan yang rendah berbanding dengan kanakkanak sebaliknya. Feldman ( 1996 ) berpendapat pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui tentang dunia dan diri kita melalui seni. Seni yang dimaksudkan di sini adalah seni visual yang merangkumi keseluruhan bidangnya. Ini adalah kerana seni visual adalah berkait rapat dengan alam dan persekitarannya yang turut merangkumi manusia dan kemanusiaannya, kebudayaan dan lain-lain altiviti yang berkai dengan kehidupan. Secara jelasnya, pendidikan seni mempunyai peranan di dalam segenap aspek kehidupan samada sosial, politik, kebudayaan mahupun ekonomi. ii) Pandangan Barat tentang kesenian Menurut Herbert Read, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik. Keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ini adalah kesan yang timbul daripada samada sewaktu menghasilkan produk seni mahupun menikmati hasil seni. Kedua-dua pihak samada artis mahupun pemerhati seni akan merasai kesan-kesan tersebut. Clive Bell ( Syed Ahmad Jamal, 1994 ) berpendapat bahawa emosi yang dialami apabila menghayati sesebuah karya seni adalah emosi yang tersendiri dan berada di dalam alam yang asing. Pada asasnya, menurut barat, seni adalah pernyataan dan teknik pembuatannya. Seni memberi bentuk tampak kepada bentuk yang terpendam, dipersembahkan di dalam bentuk imej yang dapat dilihat. Dalam kebudayaan manpun, perasaan dan fikiran dapat dilahirkan melalui seni. Seni merupakan intisari kemanusiaan lambang suatu kumpulan manusia dalam kebudayaannya.

Crose dan Collingwood ( Syed Ahmad Jamal, 1994 ) berpendapat bahawa, karya seni itu suatu imej mental. Objek yang ideal yang dinyatakan di dalam bentuk fizikal melalui bahan yang terhasil daripada karya sebenar dalam fikiran pemerhati. Beliau sebenarnya menyokong pendapat yang menyatakan bahawa seni adalah pernyataan rasa yang imaginatif. Ini adalah kerana beliau cuba membezakan seni dengan kraf. Kraf pada pandangan beliau merupakan aktiviti mengubah bahan mentah menjadi barangan dengan menggunakan kemahiran yang boleh dipelajari. Konsep seni mempunyai pertalian yang erat dengan estetika. Menurut pandangan Barat, estetika bererti sesuatu yang berkaitan dengan pengamatanterhadap sesuatu perkara atau suasana yang menekankan aspek kesenian atau keindahan, bukan aspek kegunaannya. Perkataan estetika mula digunakan oleh Baumgarten pada tahun 1735. Menurutnya, keindahan mestilah diasingkan daripada estetika kerana barang yang buruk boleh diterima dengan cara yang indah dan sebaliknya. Kebudayaan Barat telah memisahkan seni dengan agama. Pemisahan ini wujud dengan lahirnya sekularisme. Lantaran itu, seni menjadi suatu yang bebas. Demi seni, semuanya dibolehkan sehingga melahirkan kepelbagaian aliran di dalam seni itu sendiri seperti ekspressionisme, kubisme, impressionisme dan sebagainya. Pandangan Tokoh Barat a) Plato (347 SM) - Lukisan adalah 3 kali terpisah daripada kebenaran. - Seni dan pendidikan perlu dipandukan kepada kebenaran, kebaikan, kesempurnaan, kesejahteraan dan keindahan. - Dikatakan dengan perlakuan, akhlak, nilai dan moral. - Mencipta sesuatu persekitaran yang berbudaya dan meningkatkan perpaduan: : Lukisan dibincang dengan konsep imitasi. : Membandingkan lukisan dengan kebenaran. : Pelukis meniru objek yang dibuat oleh tukang pembuat. b) Aristotle (384-322SM) - pelukis tidak meniru tetapi memberi struktur bentuk kepada benda alam, maka seni itu baik. c) Pestalozzi (1746-1827) - Memberi peluang kepada kanak-kanak belajar seni sama ada berbakat atau tidak, seni diberi penekanan kepada konsep kepentingan aktiviti mata dan tangan. - Kerja tangan atau kraftangan diajar dengan konsep sepanjang hayat, aktiviti bercorak praktikal. d) Herbert Read - Seni adalah penghasilan rupa dan bentuk yg menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kedamaian estetik. - Seni alat untuk mendidik seseorang - Seni boleh menyatukan semua Negara (pendidikan dan

pembentukan diri) e) Frank Cizek ( 1865-1946) - Seni sebagai satu peranan ekspresi bebas dalam pendidikan . - Kanak-kanak diberi ruang untuk melukis mengikut pandangan mereka supaya tidak hilang kreativiti dan sifat keperibadian diri. -Seni mewujudkan suasana gembira, suka, riang, minat untuk belajar dan memajukan diri. f) John Dewey (1859 1952) - Aktiviti seni merupakan satu pengalaman kepada kanak-kanak. - Memberi kebebasan kepada kanak-kanak menysun pengalaman untuk mencerdaskannya. (kreativiti, pemikiran) g) Walter Gropius - Seni visual memberi faedah kepada kehidupan seharian seperti dalam prinsip-prinsip rekaan dan nilai estetik bagi menghasilkan barangan harian eg. Kerusi,meja dsb. - Ianya mengabungkan seni, pertukangan, sains dan teknologi. h) Efland dan Laura H. Chapman - Seni adalah untuk masyarakat - Seni dan kreativiti menjadi satu unsur imaginasi. i) Lansing - Seni dapat mengembangkan potensi pemikiran, sikap dan psikomotor. j) June McFee - Menekan kpd kesenian dan individu serta seni dalam masyarakat warisan budaya. k) Feldman - Seni dan kebudayaan tunjang pembangunan seni manusia. Sememangnya telah sekian lama mewarnai ketamadunan, peradaban dan kebudayaan manusia. Peredaran masa memperlihatkan perubahannya yang berkembang seiring dengan kehendak persekitaran dan naluri manusia itu sendiri. Lantaran itu, kita dapat melihat variasi dan kepelbagaian pandangan yang dilontarkan oleh tokoh-tokoh seni seantero dunia. Kepelbagaian pandangan tersebut sebenarnya turut menjadi perencah di dalam mewujudkan kepelbagaian genre, aliran, teknik serta variasinya seni itu sendiri. Sejajar dengan peranan seni dan kesenian di dalam kaitannya dengan warisan dan kebudayaan masyarakat, pandangan tokoh-tokoh yang dilontarkan mencerminkan apa yang sebenarnya mampu diterjemahkan oleh seni dan kesenian itu sendiri di dalam masyarakat.

Seni dan kesenian terlalu akrab dengan aspek keagamaan, sosial, politik, ekonomi serta kebudayaan sehingga para ilmuwan dalam setiap bidang tersebut turut terpanggil untuk membentuk seni dan kesenian yang sejajar aliran dan fahaman mereka. i) Pandangan Islam tentang seni dan kesenian di dalam Islam Sering kali timbulnya pertanyaan adakah kaitannya antara seni dengan agama Islam itu sendiri? Pertanyaan tersebut sebenarnya telah mengundang perdebatan demi perdebatan sejak berabad lamanya. Lalu, sebagai jalan keluar daripada polemik yang timbul, maka para seniman Islam telah mencipta suatu dimensi baru di dalam kesenian. Islam sebenarnya penuh dengan kesenian. Intipati kesenian islam adalah tauhid. Ia merupakan penyatuan, ketauhidan kepada Maha Pencipta. Kesan daripada ketauhidan tersebut lahirlah keindahan dan kesatuan yang harmoni yang membentuk acuan yang tersendiri. Melalui asas-asas tauhid juga terbentuk dunia Islam yang berkembang secara organik, yang melalui berbagai proses transformasi adaptasi daripada unsur-unsur alam. Jelasnya, kesenian Islam adalah terbentuk dan terikat kukuh di dalam konsep tauhid itu sendiri. Bagi agama Islam, agama bukanlah kebudayaan. Setiap perbuatan di dalam Islam mestilah berpaksikan kepada agama sementara budaya bergerak selari dengan kehendak agama. Di sinilah wujudnya perbezaan jelas di antara kesenian Islam dengan bukan Islam. Seni di dalam Islam adalah kerana Allah manakala seni bukan Islam mementingkan estetika sematamata tanpa mempunyai ikatan kukuh dengan keagamaan. Islam menuntut umatnya menjalankan aktiviti kesenian berpandukan akhlak Islam. Pandangan Tokoh Timur dan Islam a) Muslim Dalam kitab Al-Iman. Org yg mempunyai ilmu seni bertemu dgn objek alam s/jadi dapat mencipta suatu karya dan menghargai objek tersebut. b) Pandangan Al-Ghazali - Seni bersandarkan daripada Allah kpd Allah. - Seni menuju kepada Al-Falah ( keredhaan Allah ) - Pemangkin kepada ketaqwaan ( tawaduk & beriman ) c) Sidi Ghazalba - Seni tidak melampui batas kesusilaan - Seni bertunjang daripada Allah kepada Allah - Hasil seni itu bertunjang mardatillah ( diredhai Allah) -Seni membentuk peribadi muslim Posted by ColourExist at 6:04 AM

PENGERTIAN RENAISSANCE
Ia merupakan gerakan intelektual yang berkembang di selatan eropah iaitu di itali daripada abad ke 14-16. Ianya juga diertikan sebagai kelahiran semula yang mana masyarakat eropah ingin kembali kezaman kegemilangan greek dan rom. Pada zaman tersebut eropah telah mencapai kegemilangan dari segi politik, ekonomi dan sosial. Renaissance berkembang di bandar-bandar seperti florence,genoa dan milan yang akhirnya berkembang ke eropah utara dan seluruh eropah. Perkembang juga berlaku di bandar-bandar utama di itali telah meningkatkan ekonomi seterusnya telah menggalakkan perkambangan renaissance. Kekayaan yang diperolehi oleh itali telah membolehkannya menunpukan perahtian kepada aktiviti-aktiviti seperti kesusteraan, seni ukir dan seni lukis. Aktiviti-aktiviti ini telah menggalakkan perkembangan renaissance. Hasilhasil penulisan greek dan latin yang musnah akibat serangan orang-orang gasar telah dikumpulkan dan disalin smeula ke baahsa latin. Misalnya leonardo drumi teleh menterjemahkan tulissan ahli falsafah greek, plato ke bahas altin. Melalui perdagangan renaissance telah tersebar ke seluruh eropah melalui jalan laut dan darat. Satu lagi faktor perembangan renaissance ialah wujudnya golongan pedagang yang menguasai ban dan mengutip cukai bagi gereja. Contohnya keluarga medici yang mendominasikan ekonomi florence. Kutipan cukai dan pendominasian bank di eropah telah disalurkan ke industri-industri andar yang menguntungkan itali. Budaya luar yang dibawa oleh pedagang serta hasil-hasil kerya yang dibawah oleh pelari byzantium turut mempercepatkan renaissance di itali. renaissance di utara pula lebih bersifat keagamaan dan menekankan tema tema injil. Renaissance di belanda jerman dan perancis lebih menekankan nilai dan etika. Pada masa ini lahirnya golongan' humanism kristian'. Mereka percaya bahawa elemen klasik dan kristian harus digabungkan. Antara tokohnya seperti eramus yang menghasilkan karya seperti the education of a christian prince dan echiridion militantis dan thomas moore melalui karyanya yang mahsyur iaitu utopia. Perubahan zaman renaissance telah merubah politik, ekonomi dan sosial masyarakat eropah pada abad berikutnya. Dari segi politik ialah kemerosotan sistem feudalisme dan diganti dengan kemunculan negara bangsa. Idea-idea mechaivili telah mempengaruhi pembentukan negaranegara bangsa seperti england, sepanyol dan perancis. Renaissance juga turut membentuk ekonomi kapitalis akibat perkembangan ciri-ciri individualism, huamnis dan kritikal dalam mencari kekayaan. Dalam bidang sosial pula, kesannya seperti perkembangan ilmu pengetahuan dalam bidang sains, matematik, pembuatan, ilmu logik dan lain-lain. Penemuan mesin cetak juga telah menggalakkan perkembangan ilmu pengetahuan. Bidang kesenian, kesusasteraan, seni lukis dan muzik turut mengalami perubahan. Alhir juga perpustakaan universiti dan sekolah hasil perkembangan ilmu pengetahuan ini.
PETIKAN DARI

Green, V.H.H, Renaissance and Reformation, A Survey Of European History Between 1450 and 1660, London Arnold Publisher Ltd, 1970, Bab 2, The Renaissance, Hlm 29-57.

Zaman Renaissance
Zaman Renaissance merupakan satu sempadan antara zaman kegelapan dan pencerahan di Eropah. Bincangkan pengertian Renaissance dan sumbangannya di Eropah. Zaman Renaissance merupakan satu sempadan antara zaman kegelapan dan pencerahan di ngenalan

Latar belakang Eropah zaman gelap iaitu zaman tetutup dari sudut ekonomi,politik dan sosial serta pemikiran yang dikuasai oleh pihak gereja. Rakyat pula pada ketika itu terpaksa bergantung kepada golongan bangsawan. Latar belakang Eropah selepas zaman gelap iaitu zaman berlku perubahan sikap dam membuka minda serta membawa fahaman baru.

Isi Isi-isi : Pengertian Renaissance :

Renaissance berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud pemulihan atau menghidupkan semula aspek kebudayaan dengan memberi penekanan terhadap pemulihan budaya meliputi aspek ilmu pengetahuan seperti sains, sastera dan seni klasik yang pernah menjulang Eropah sebagai pusat peradaban dunia pada ketika itu. Zaman Renaissance berlangsung selama dua abad dari pertengahan abad ke 14 sehingga pertengahan abad ke 16. Ianya bermula di Itali kemudian telah merebak ke seluruh Eropah melalui perkembangan intelektual dan pemikiran manusia. Zaman kebangkitan atau kelahiran semula dan pemulihan budaya masyarakat Eropah. Hasil daripada Renaissance telah membuka jalan kepada kelahiran pelbagai aliran baru Eropah hingga abad ke 18 seperti Humanisme, rsionalisme, nasionalisme dan absolutisme.

Sumbanga Sumbangan Renaissance Kepada Eropah :

Kemunculan aliran pemikiran yang mementingkan kebebasan akal seperti alirn baru Eropah hingga abad ke 18 seperti Humanisme, rsionalisme, nasionalisme dan absolutisme berani mempersoalkan kepercayaan dan cara pemikiran lama yang diamalkan selama ini secara langsung melemhkan kekuasaan golongan feudal. Itali telah menjadi pusat ilmu yang terkenal di Eropah pada abad ke 15. Hal ini terjadi apabila Kota constntinople dikuasai oleh Islam telah jatuh ke tangan orang Barat pada tahun 1453. Keadaan ini telah menyebabkan ramai para ilmuan Islam berhijrah ke pusat-pusat perdagangan di Itali. Ini

menyebabkan Itali menjadi pusat intelektual terkenal di Eropah pada masa itu. Renaissance telah membentuk masyarakat perdagangan yang berdaya maju. Keadaan ini telah melemahkan kedudukan dn kekuasaan golongan feudal yang sentiasa berusaha menyekat perkembangan ilmu dan masyarakat di Eropah. Melahirkan tokoh-tokoh pemikir seperti Leonardo de Vinci yang terkenal sebagi pelukis, pemuzik dan ahli falsafah serta jurutera. Michelangelo merupakan tokoh seni, arkitek, jurutera, penyair dan ahli anotomi. Melahirkan ahli-ahli sains terkenal seperti Copernicus dan Galileo. Melahirkan ahli matematik seperti Tartaglia dan Cardan yang berusaha menghuraikan persamaan ganda tiga. Tartaglia orang pertama yang menggunakan konsep matematik dalam ketenteraan iaitu mengukur tembakan peluru mariam. Cardan terlibat dalam penghasilan ilmu algebra. Selain itu, Renaissance telah melahirkan tokoh-tokoh perubatan di Eropah. Antara tokoh perubatan terkenal iaitu William Harvey yang telah memberi sumbangan dalam kajian peredaran darah. Renaissance telah melahirkan masyarakat yang lebih progresif dan wujud semangat inquiri sehingga membawa kepada aktiviti penjelajahan dan penerokaan.

9.1.1 9.1.1 Zaman Renaissance Maksud Renaissance Zaman Renaissanaksud Renaissance


Itali Asas Pemikiran Humanisme Cendekiawan Rom +Yunani penghargaan semula ilmu kelahiran semula renisciment

Ciri-ciri Z Ciri-ciri Zaman Renaissance Renaissance


Humanisme Semangat inkuiri Individualisme Kemahiran diharagai Pendidikan diutamakan

Mengapa bermula di Itali To Mengapa bermula di Itali


Strategik Aktiviti Perdagangan Individualistik Persaingan bandar-bandar Patron/penaung golongan Paus/gereja

Kesan Zaman Renaissance


Ekonomi Pengajaran sosial politik

Kesan Renaissance

Ekonomi maju Ilmu Humanisme Emosi Saradiri pupus Monarki Kuasa gereja inkuiri Penjelajahan Logik tokoh-tokoh

Politik Kemunculan monarki baru


Asas- kerajaan pusat + k/satuan kebangsaan kukuh-pembayaran cukai secara langsung kesan- kuasa gereja+ bangsawan kurang di England, Aragon, Perancis, Belanda

Ekonomi Perubahan kegiatan ekonomi


tiada sara diri perdagangan meluas penerokaan berkembang seiring kemajuan matematik, kartografi, astronomi

Sosial Perubahan pemikiran & gaya hidup


manusia- zahirkan emosi tunjuk dengan seni menyuburkan keyakinan diri perubahan sikap terhadap pendidikan pemikiran dasar logik pendidikan- pentingkan t/jawab sosial menggunakan minda untuk memajukan kehidupan

Pengajaran

Harus mempunyai sikap inkuiri Berani meneroka bidang baru

Tokoh-tokoh 1. ~Muzik~ Johann Sebastian Bach (1685-1750) 2. ~Lukisan~ Michelangelo(1475-1564) 3. ~Lukisan~ Raphael (1483-1520) 4. ~Ukiran~ Ghiberti(1378-1455) 5. ~Sains~ Nicholas Copernicus(1473-1543) 6. ~Sains~ Galileo Galilei(1564-1642)

Zaman Pembaharuan
Zaman Pembaharuan (bahasa Inggeris, bahasa Perancis: Renaissance, bahasa Itali: Rinascimento Kelahiran semula) ialah zaman pergerakan budaya yang bermula dari sekitar kurun ke-14 hingga kurun ke-17. Ia bermula di Itali pada akhir Zaman Pertengahan dan kemudiannya merebak ke seluruh Eropah. Zaman Pembaharuan melambangkan kelahiran semula Eropah dari tempoh ketandusan yang agak lama dengan kebangkitan dari segi perdagangan, penjelajahan, seni ukir, lukisan, muzik dan sains [1]. Bermula dengan zaman pembaharuan di Itali pada abad ke-15, ia membawa era baru di mana berlakunya:

penyambungan semula dunia Barat dengan bahan kepurbaan klasik penyerapan ilmu khususnya matematik daripada Dunia Arab penekanan kearah pengujikajian kesan pengaruh dari Dunia Arab penumpuan kepada hidup selesa pada masa sekarang (umpamanya humanisme Zaman Pembaharuan) letusan penyebaran pengetahuan yang disebabkan oleh pencetakan dan penciptaan teknik-teknik baru dalam bidang seni, puisi dan seni bina yang menyebabkan pula perubahan-perubahan yang pesat dalam gaya dan isi kandungan seni dan persuratan.

Gambaran keseluruhan

Lukisan Leonardo da Vinci, Vitruvian ManDe architecturaVitruvius, da Vinci cuba untuk melukis sesempurna mungkin bahagian-bahagian manusia. menunjukkan dengan jelas kesan pemikiran Zaman Pembaharuan terhadap penulis. Berdasarkan perincian dalam

Zaman Pembaharuan merupakan perubahan budaya yang mempengaruhi kehidupan intelek Eropah pada tempoh awal moden. Bermula di Itali, dan tersebar ke serata Eropah menjelang abad ke-16, pengaruhnya masih ada dalam kesusasteraan, falsafah, politik, seni, sains, agama dan aspek lain dalam penyelidikan intelek. Sarjana Zaman Pembaharuan menggunakan kaedah kemanusiaan dalam pembelajaran, dan mencari realisme dan emosi manusia dalam seni . Pemikir Zaman Pembaharuan belajar dari teks purba, selalunya penulisan Latin atau Yunani purba. Sarjana-sarjana menubuhkan perpustakaan biara Eropah yang kemudian menjadi tidak popular. Dalam teks tersebut, mereka menemui hasrat untuk memperkembangkan dan menambah lagi pengetahuan mereka secara keduniaan; satu sentimen yang sangat berbeza kepada kerohanian transendental yang ditekankan oleh Kristian pertengahan. Mereka tidak menolak Kristian; malah kebanyakan hasil kerja Zaman Pembaharuan adalah ke arah uty, dan Gereja kebanyakannya menaungi hasil kerja seni Zaman Pembaharuan. Walau bagaimanapun, peralian kecil berlaku dalam pendekatan intelektual keagamaan yang terpantul dalam banyak aspek kebudayaan.[2] Artis seperti Masaccio berusaha untuk menampilkan bentuk manusia secara realistik, memperkembangkan teknik untuk menonjolkan perspektif dan cahay dengan lebih semula jadi. Ahli falsafah politik, yang paling terkenal Niccol Machiavelli, ingin memperihalkan kehidupan berpolitik seadanya dan memperkembangkan kerajaan dalam asasnya. Sebagai tambahan, untuk mempelajari Latin dan Yunani klasik, penulis juga mula meningkatkan penggunaan bahasa vernakular; digabungkan dengan penciptaan percetakan, ini membolehkan ramai orang untuk memperolehi buku, terutama Bible.[3] Secara keseluruhannya, Zaman Pembaharuan boleh dilihat sebagai satu percubaan oleh para cendekiawan untuk belajar dan memperbaiki sekular dan keduniaan, kedua-duanya melalui pemulihan idea dari antikuiti dan pemikiran.
May 27

This is an example of an iSchool- could edit this to put information about yourself or your site so readers know where you are coming from. You can create as many pages like this one or subpages as you like and manage all of your content inside of iSchool-Blog.

You might also like