KERTAS KERJA PROGRAM KECERIAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TAHAN, JERANTUT , PAHANG

1.0 Pengenalan Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang perlu diurus secara sistematik. Sehubungan dengan itu, keceriaan Pusat Sumber adalah salah satu aspek paling utama bagi menarik minat seluruh warga SKKT untuk menggunakan PSS dalam usaha mewujudkan sebuah pusat sumber sekolah cemerlang. 2.0 Matlamat Mewujudkan suasana yang lebih ceria dan berinformasi dalam usaha mewujudkan sebuah pusat sumber cemerlang menjelang 2012. 3.0 Tarikh Program dijalankan bermula bulan Februari 2012. 4.0 Tempat Pusat Sumber SKKT 5.0 Sasaran Semua Pengawas Pusat Sumber SKKT dan Guru-Guru SKKT 6.0 Pengisian 6.1 Taklimat dan pembahagian tugas 6.2 Aktiviti gotong-royong 6.3 Rehat dan jamuan 7.0 Anggaran Perbelanjaan 7.1 Makanan dan minuman pengawas : 25 x RM 2.00 = RM 50.00 7.2 Peralatan : 7.2.1 Cat minyak 7.2.2 Gambar 7.2.3 Heavy Duty Double Sided Tape 7.2.4 Kertas warna

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful