P. 1
PENTAKSIRAN AKTIVITI SUKAN, JASMANI DAN KOKURIKULUM (PSAJK)

PENTAKSIRAN AKTIVITI SUKAN, JASMANI DAN KOKURIKULUM (PSAJK)

|Views: 476|Likes:
Published by Paklong Cikgu

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Paklong Cikgu on Jan 27, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/24/2013

pdf

text

original

1

2

PENTAKSIRAN AKTIVITI SUKAN, JASMANI DAN KOKURIKULUM (PSAJK)
1.0 PENGENALAN PSAJK 1.1 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Kokurikulum dan Sukan (PSAJK) adalah pentaksiran baru yang akan mengambil kira keseluruhan prestasi pencapaian calon. 1.2 Dengan perlaksanaan PSAJK, setiap murid dikehendaki melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang dan ditetapkan oleh guru berkenaan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid dan kesesuaian sesuatu aktiviti tersebut. 1.3 PSAJK merangkumi pentaksiran berdasarkan aspek-aspek berikut: (a) (b) (c) (d) (e) Sukan Kokurikulum Ekstrakurikulum Pendidikan jasmani Kesihatan 1.4 PSAJK digunakan untuk menilai dan mengukur penyertaan, penglibatan, kemahiran, keupayaan, prestasi dan pencapaian murid dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum, ekstrakurikulum (extra-curricular), pendidikan jasmani dan kesihatan. 1.5 Panduan instrumen pentaksiran PSAJK akan dibangunkan oleh Lembaga Peperiksaan (KPM) dengan kerjasama badan-badan atau agensi professional yang berkaitan mengikut kepakaran masing-masing. Instrumen tersebut akan ditadbir dan dikendalikan oleh guru berkenaan di peringkat sekolah. 1.6 Untuk murid Pra-Sekolah dan Tahap 1 (Tahun 1 – 3), murid akan diukur dan dinilai hanya perkembangan fizikal dan kecerdasan serta penjagaan kesihatan tanpa sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum. Manakala untuk murid Tahap 2 (Tahun 4 – 6) dan Sekolah Menengah, aspek sukan, kokurikulum, ekstrakurikulum, pendidikan jasmani dan kesihatan akan diambil kira dalam pengukuran dan penilaian.

3

1.7

Pendokumentasian PSAJK dapat memberi gambaran menyeluruh tentang tahap perkembangan murid dalam penguasaan ilmu dan penghayatan nilai-nilai teras (core values) yang dipupuk melalui proses pendidikan seperti berikut:       Berketrampilan Berinovasi Berakhlak mulia Bertanggungjawab Bersikap patriotik Keusahawanan

4

2.0

Komponen Yang Akan Ditaksir Dalam PSAJK

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Kokurikulum dan Sukan (PSAJK)

Sukan

Pendidikan Jasmani

Aktiviti Kokurikulum
Penyertaan, penglibatan dan pencapaian Kelab, Persatuan, Pakaian Beruniform di peringkat sekolah, daerah, negeri, negara dan antarabangsa -

Kesihatan
Penjagaan Kesihatan Diet Kebersihan Amalan

Aktiviti Ekstrakurikulum*

Penyertaan, penglibatan dan pencapaian Sukan dan Permainan di peringkat sekolah, daerah, negeri, negara dan antarabangsa

Penjagaan Kecergasan Senaman SEGAK BMI*

Penyertaan dan penglibatan dalam badan sukarela tempatan, daerah, negeri, negara

*BMI – Body Mass Index

*Ekstrakurikulum – Aktiviti sukarela yang dijalankan di luar sekolah yang selari dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

5

3.0

Definisi Istilah 3.1 Sukan Sukan merupakan satu bentuk permainan, pertandingan, keseronokan, pembangunan tubuh badan, kemahiran, memburu kecemerlangan yang dilakukan secara fizikal atau mental sama ada untuk tujuan riadah, mendapat penghargaan, memenuhi keperluan persekolahan/institusi yang dijalankan secara tersusun mengikut norma/peraturan/ketetapan yang dibuat dan diperakui umum. 3.2 Pendidikan Jasmani 3.2.1 Pendidikan Jasmani merupakan aktiviti yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta membentuk kecergasan mengikut jadual waktu persekolahan semasa proses pembelajaran bagi memberi tunjuk ajar yang betul untuk melakukan pergerakan tubuh badan mengikut aspek-aspek yang telah ditetapkan. 3.2.2 Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktivitiaktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak. 3.2.3 Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. 3.2.4 Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi. 3.2.5 Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalamanpengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.

6

3.3

Kokurikulum 3.3.1 Kegiatan kokurikulum adalah satu kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilainilai yang dipelajari di bilik darjah termasuk sukan, permainan, persatuan, kelab, pasukan pakaian seragam atau lain-lain kegiatan yang membantu pembentukan insaniah dan sahsiah murid tersebut. 3.3.2 Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No. 94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kokurikulum Kebangsaan) telah memberi takrif Kokurikulum iaitu : Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut: a) b) c) d) Penyertaan dalam sukan dan permainan Penyertaan dalam persatuan dan kelab Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan

3.4

Kesihatan Kesihatan dalam konteks persekolahan merupakan satu usaha yang berterusan oleh pihak sekolah/guru bagi memastikan dan memantau perkembangan diri murid supaya sentiasa mengamalkan kebersihan diri, pemakanan, aktiviti yang boleh menyihatkan badan, penjagaan kesihatan, kekurangan kesihatan serta kekeluargaan yang terdapat pada diri murid tersebut sama ada fizikal, mental dan emosi untuk tujuan perekodan dan rujukan.

3.5

Ekstrakurikulum 3.5.1 Ekstrakurikulum merupakan satu kegiatan yang dijalankan oleh murid di luar waktu persekolahan dengan penglibatan dalam aktiviti yang boleh membentuk keperibadian yang terpuji, membina sahsiah yang baik dan mendorong melakukan kerjakerja sukarela dan amal untuk kepentingan masyarakat setempat dan umum.

7 3.5.2 The Free Dictionary mendefinisikan ekstrakurikulum sebagai kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh murid di luar ruang lingkup kurikulum biasa sekolah atau universiti. 4.0 MATLAMAT PSAJK PSAJK menyediakan maklumat tentang tahap penyertaan, penglibatan, kemahiran, keupayaan, prestasi dan pencapaian murid dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum, ekstrakurikulum, pendidikan jasmani dan kesihatan sepanjang persekolahan murid selaras dengan pembangunan modal insan dan perkembangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 5.0 OBJEKTIF PSAJK Objektif PSAJK adalah untuk: 5.1 Menyediakan satu kaedah pentaksiran yang standard dan digunapakai di semua sekolah dalam mentaksir aktiviti sukan, kokurikulum, ekstrakurikulum, pendidikan jasmani dan kesihatan. 5.2 Menyediakan format instrumen yang standard untuk mengukur penglibatan, penyertaan, keupayaan, kemahiran, kebolehan, bakat, potensi, minat, sahsiah, dan pencapaian kendiri murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum, ekstrakurikulum, pendidikan jasmani dan kesihatan. 5.3 Menilai dan mengukur penglibatan, penyertaan, keupayaan, kemahiran, kebolehan, bakat dan pencapaian kendiri murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum, ekstrakurikulum, pendidikan jasmani dan kesihatan mengikut standard prestasi yang ditetapkan dalam aktiviti yang dirancang di peringkat sekolah, daerah, negeri, negara dan antarabangsa. 5.4 Memberi skor kepada penglibatan, penyertaan, keupayaan, kemahiran, kebolehan, bakat dan pencapaian kendiri murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum, ekstrakurikulum, pendidikan jasmani dan kesihatan di peringkat sekolah, daerah, negeri, negara dan antarabangsa. 5.5 Menyediakan satu bentuk pelaporan di akhir tahun persekolahan terhadap aktiviti yang telah dijalankan oleh murid dalam bidang sukan, kokurikulum, ekstrakurikulum, pendidikan jasmani dan kesihatan untuk kegunaan peribadi, kerjaya dan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

8 5.6 Menyediakan satu bank data bagi skor pencapaian PSAJK mengikut tahap-tahap perkembangan fizikal, sahsiah, keterlibatan, penyertaan dan komitmen setiap murid sepanjang tempoh persekolahannya dalam bidang sukan, kokurikulum, ekstrakurikulum, pendidikan jasmani dan kesihatan untuk tujuan mengesan perkembangan dan pencapaian murid bagi melengkapi aspek pentaksiran yang lain. 6.0 KELEBIHAN PSAJK BERBANDING AMALAN SEDIA ADA 6.1 Maklumat PSAJK yang dikumpul dan didokumenkan akan diambilkira dalam keseluruhan prestasi keseluruhan pencapaian calon apabila SPPK dilaksanakan. Maklumat ini berguna untuk menilai dan mengukur tahap perkembangan murid (developmental growth) sepanjang berada di bangku sekolah, dan boleh diguna pakai untuk membantu memperkembangkan potensi murid ke tahap yang lebih tinggi. Untuk murid yang bertukar sekolah, maklumat tentang penguasaan kemahiran murid boleh diketahui seawal mungkin oleh guru baru melalui Portfolio Murid yang dibawa ke sekolah baru. Ini membolehkan proses pengukuhan, pengkayaan dan pemulihan ke atas murid dilaksanakan lebih cepat dan mudah sekiranya perlu. Untuk murid yang tidak hadir, sakit, belum menguasai sesuatu kemahiran tertentu atau belum bersedia untuk ditaksir (atau memerlukan pentaksiran ulangan), guru boleh mentaksir kemahiran tersebut pada masa-masa lain dengan menggunakan aktiviti berbeza yang mempunyai kemahiran yang sama. Contoh: Kemahiran menggunting boleh ditaksir melalui aktivitiaktiviti di kelas lukisan, jahitan, pendidikan jasmani dan kesihatan dsb.

6.2

6.3

6.4

Untuk murid kes khas (murid kurang upaya/mempunyai penyakit kronik/penyakit luar biasa), PSAJK ditaksir dan dilapor mengikut kebolehan dan kemampuan murid tersebut. Contoh: Kemahiran melompat murid kes khas ini tidak perlu diulang bagi mencapai penguasaan kemahiran seperti mana murid normal.

6.5

Untuk kemahiran jasmani yang tidak boleh ditaksir menggunakan PSAJK, pentaksiran boleh dilakukan menggunakan instrumen pentaksiran lain di bawah SPPK seperti Pentaksiran Sekolah atau Pentaksiran Psikometrik (di bawah komponen Pintar Jasmani).

9

Contoh:

Kefahaman dan pengetahuan yang tidak boleh ditunjukkan secara pergerakan fizikal atau perlakuan seperti minat, bakat, kesukaan dsb. boleh diuji secara bertulis atau lisan menggunakan pentaksiran yang lain selain PSAJK.

7.0

RASIONAL PELAKSANAAN PSAJK Mengapakah PSAJK perlu dilaksanakan di peringkat sekolah? PSAJK dilaksanakan berdasarkan rasional berikut: 7.1 Sukan 7.1.1 Menilai penglibatan, penyertaan dan pencapaian murid dalam bidang sukan di sekolah dengan sewajarnya. Penilaian ini akan mendorong mereka untuk terlibat dengan lebih giat lagi dalam bidang sukan. Memberi pengiktirafan dalam bentuk sijil atau pernyataan mengikut penglibatan, penyertaan dan pencapaian murid. Mengambil kira skor yang direkod berbanding dengan situasi sedia ada di sekolah. Skor yang dikumpulkan daripada penglibatan murid dalam aktiviti sukan akan dapat menyediakan maklumat yang berguna kepada guru, ibu bapa dan agensi-agensi yang berkenaan tentang kecergasan individu murid berkenaan. Pengumpulan maklumat daripada pentaksiran aktiviti sukan ini membolehkan guru merancang aktiviti sukan yang bersesuaian dengan keupayaan, kebolehan, bakat, potensi dan pencapaian murid tersebut dalam membantu memajukan sukan di peringkat sekolah, daerah, negeri, negara dan antarabangsa. Konsep “Penyertaan Bukannya Kemenangan” boleh dipertingkatkan dengan adanya budaya membuat penilaian dan perekodan penyertaan, penglibatan serta pencapaian murid dalam bidang sukan.

7.1.2 7.1.3 7.1.4

7.1.5

7.1.6

10

7.2

Pendidikan Jasmani 7.3.1 Mewujudkan rekod dan mengambil kira skor yang direkod berbanding dengan situasi sedia ada di sekolah bagi merangsang murid melibatkan diri dalam aktiviti pendidikan jasmani. Menggunakan instrumen PSAJK yang standard dalam melaksanakan pendidikan jasmani di sekolah untuk mentaksir murid dalam aspek kemahiran, kebolehan, kecergasan, keupayaan dan pencapaian mereka dalam aktiviti pendidikan jasmani direkodkan dan disimpan untuk tujuan rujukan, kerjaya, melanjutkan pelajaran dan tujuan peribadi. Perekodan dari pentaksiran pendidikan jasmani dapat dikumpulkan dalam satu pangkalan data untuk dirumus dan dibuat pelaporan tentang perkembangan fizikal dan penguasaan kemahiran murid dalam kegiatan dan aktiviti pendidikan jasmani sepanjang persekolahan murid.

7.3.1

7.3.1

7.3

Kokurikulum 7.3.1 Mengambil kira skor yang direkod tentang penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid bagi merangsang mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. 7.3.2 Menilai tahap penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti kokurikulum pada setiap tahun persekolahan bermula dari Tahun 4 menggunakan instrumen standard. Pelaporan kemajuan murid dalam aktiviti kokurikulum dapat memudahkan guru dan ibu bapa untuk menilai kemampuan, kebolehan, keupayaan, bakat, minat dan sahsiah murid sepanjang persekolahan mereka.

7.3.3

11

7.3.4

Maklumat melalui penggunaan instrumen standard tentang aktiviti kokurikulum akan dapat membentuk satu penanda aras untuk meletakkan pencapaian murid dalam aktiviti kokurikulum pada tahap-tahap tertentu mengikut penyertaan, penglibatan dan pencapaian mereka.

7.4

Kesihatan 7.4.1 Pentaksiran kesihatan murid di peringkat sekolah diberikan penekanan sewajarnya dengan menggunakan satu bentuk instrumen yang standard. Pelaksanaan pentaksiran kesihatan akan mendorong murid untuk memastikan bahawa mereka sentiasa memberi perhatian dalam aspek kesihatan. Penggunaan instrumen pentaksiran kesihatan membantu guru mengesan tabiat pemakanan, tahap kebersihan, penjagaan kesihatan secara umum serta tabiat-tabiat yang boleh memudaratkan kesihatan murid. Rekod dan pelaporan yang terkumpul membolehkan pihak sekolah/guru/ibu bapa membuat rumusan tentang keperluan kesihatan murid dan mengambil langkah susulan yang sewajarnya. Hasil penilaian kesihatan dapat digunakan oleh guru dan ibu bapa bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid dari segi pembelajaran, pemakanan, kebersihan, kognitif dan fizikal mereka.

7.4.2

7.4.3

7.4.4

7.4.5

7.5

Ekstrakurikulum 7.5.1 Memberi nilai kepada penglibatan murid dalam aktiviti ekstrakurikulum dapat mendorong mereka untuk terlibat dengan lebih giat lagi dalam kerja-kerja kemasyarakatan secara sukarela di luar waktu persekolahan.

7.5.2 Mentaksir murid yang terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan atau badan-badan bukan kerajaan akan dapat memberi gambaran tentang sahsiah dan tingkah-laku murid tersebut. 7.5.3 Membentuk instrumen standard untuk menilai penglibatan murid dalam aktiviti ekstrakurikulum bagi memudahkan guru membuat

12 penilaian dan pelaporan yang lebih berfokus dan menyeluruh tentang penglibatan murid. 7.5.4 Penilaian terhadap penyertaan dan penglibatan murid dalam ekstrakurikulum, membolehkan pihak sekolah/guru/kaunselor melihat perspektif murid dengan lebih luas dari segi hubungan sosial dan pembinaan jatidiri murid.

8.0

PELAKSANAAN PSAJK Untuk mencapai matlamat PSAJK, berikut adalah beberapa langkah bagaimana PSAJK dapat dilaksanakan: 8.1 Sukan, Kokurikulum dan Ekstrakurikulum 8.1.1 Pihak sekolah/guru yang berkenaan akan memperbanyakkan Borang Pelaporan SEK (Sukan, Ekstrakurikulum dan Kokurikulum) (BPSEK) yang merupakan kad catatan yang standard yang disediakan oleh KPM untuk setiap murid mendapatkan tanda tangan daripada guru sukan/guru rumah/ penganjur/jurulatih/ketua kontingen/ ketua pasukan/dan lain-lain orang yang berkenaan yang mengendalikan aktiviti sebagai pengesahan penyertaan, penglibatan dan pencapaian mereka. Guru yang berkenaan akan mengumpulkan kad laporan tersebut untuk disemak dan direkod. Aktiviti yang disahkan akan diberi nilai berdasarkan kepada penglibatan murid, peringkat penyertaan, tahap pencapaian, jenis aktiviti (perseorangan atau berkumpulan) dan bilangan penyertaan dalam aktiviti tersebut. Data daripada kad laporan akan dimasukkan oleh guru berkenaan ke dalam pangkalan data untuk dikumpulkan dan dijana bagi tujuan rumusan dan pelaporan. Proses membuat rumusan akan dijalankan secara automatik oleh program komputer dan akan menghasilkan pelaporan berdasarkan tahap-tahap skor daripada penglibatan murid tersebut. KPM akan menyediakan satu sistem bagi membentuk pelaporan yang standard untuk menjamin ketekalan pelaporan tersebut. Segala data tentang penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid akan disimpan di Pejabat Pelajaran Daerah dan dirangkaikan ke JPN dan KPM serta boleh diakses oleh murid/guru/ibu bapa. Dengan ini pihak sekolah/guru/murid akan dapat menentukan kedudukan mereka di peringkat nasional.

8.1.2

8.1.3

8.1.4

13 8.1.5 Guru berkenaan boleh mencetak pelaporan dan menyerahkan kepada murid/guru/ibu bapa/agensi untuk tujuan kerjaya, semakan dan rujukan.

8.2

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 8.2.1 Guru akan melengkapkan senarai nama murid yang akan ditaksir ke dalam Borang Penskoran Aktiviti Jasmani dan Kesihatan (BPAJK) yang telah ditetapkan oleh KPM sebagai instrumen pengukuran standard untuk mengukur penguasaan kemahiran/tahap kesihatan melalui aktiviti yang dijalankan oleh murid. Guru berkenaan akan menetapkan aktiviti pendidikan jasmani dan kesihatan yang akan dijalankan kepada murid mengikut masa yang ditetapkan sama ada dari jadual waktu atau masamasa lain yang difikirkan sesuai. Guru akan mencatatkan setiap penguasaan kemahiran dalam aktiviti mengikut kemampuan dan keupayaan murid berdasarkan kepada tahap-tahap seperti yang ditetapkan dalam instrumen yang mengukur aktiviti tersebut. Murid diberi peluang untuk mencuba beberapa kali mengikut kemampuan dan keupayaan mereka. Semua murid akan dikehendaki melaksanakan aktiviti yang dirancang kecuali mereka yang menghadapi masalah fizikal dan kesihatan. Aktiviti lain boleh dijalankan untuk murid tersebut menggantikan aktiviti yang tidak dapat dilaksanakan. Data-data yang dikumpul melalui pelaksanaan aktiviti tersebut akan dimasukkan dalam pangkalan data untuk tujuan rumusan, perekodan dan pelaporan. Pelaporan akan disediakan secara automatik melalui program komputer pada bila-bila masa berdasarkan keperluan.

8.2.2

8.2.3

8.2.4

8.2.5

9.0

DASAR PSAJK 9.1 Surat Pekeliling Bil.2/1988 – Taraf Kecergasan Murid-Murid Sekolah (a) Sekolah-sekolah hendaklah merancang dan melaksanakan aktiviti yang dapat meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal murid. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua murid seperti sukantara dan merentas desa hendaklah

14 dilaksanakan secara terancang dan teratur. Sekolah juga hendaklah menentukan supaya semua murid dilibatkan dalam aktiviti-aktiviti tersebut. (b) Sekolah-sekolah adalah diperingatkan supaya mematuhi kehendak yang menegaskan bahawa Pendidikan Jasmani adalah mata pelajaran wajib dan waktu yang diperuntukkan tidak boleh digunakan bagi mengajar mata pelajaran lain. Bagi sekolah menengah, Ujian Daya Tenaga Asas hendaklah dijalankan dua kali setahun. 9.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1979 – Pendidikan Jasmani (a) (b) Ditegaskan bahawa Pendidikan Jasmani adalah satu mata pelajaran yang diwajibkan. Jadual Waktu. Di mana kelas-kelas mempunyai dua waktu seminggu, waktuwaktu itu hendaklah disusun dalam jadual waktu supaya sekurang-kurangnya berselang-selang dua hari. Waktu-waktu Pendidikan Jasmani bagi sebuah kelas jangan sekali-kali dicantumkan. Peruntukan Masa. Peruntukan masa bagi Pendidikan Jasmani diperuntukkan seperti berikut: Sekolah Rendah i) ii) iii) iv) Darjah Satu dan Dua Darjah Tiga Darjah Empat Darjah Lima dan Enam Masa Seminggu 4 waktu x 20 minit 3 waktu x 30 minit 2 waktu x 30 minit 2 waktu x 40 minit Masa Seminggu 80 minit 2 waktu x 40 minit

(c)

Sekolah Menengah i) Tingkatan Peralihan ii) Tingkatan Satu hingga Lima 9.3

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 25/1998 – Pelaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan 1. Surat Pekeliling Ihtisas ini memaklumkan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, berkuatkuasa mulai sesi persekolahan tahun 1999. Pendidikan

15 Jasmani dan Pendidikan Kesihatan adalah mata pelajaran teras sebagaimana diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996. 2. Peruntukan Masa Peruntukan masa bagi Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan adalah seperti berikut: Sekolah Rendah Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3) Pendidikan Jasmani: 84 waktu setahun x 30 minit Pendidikan Kesihatan: 42 waktu setahun x 30 minit Sekolah Rendah Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6) Pendidikan Jasmani: 60 waktu setahun x 30 minit Pendidikan Kesihatan: 24 waktu setahun x 30 minit Sekolah Menengah (Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5) Pendidikan Jasmani: 60 waktu setahun x 40 minit Pendidikan Kesihatan: 24 waktu setahun x 40 minit 3. Guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan bagi sesebuah kelas hendaklah diajar oleh guru yang sama. 3.1. Pakaian Guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan – Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1979 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1985 adalah dirujuk. 3.2. Pakaian Murid – Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1983 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1985 adalah dirujuk. 9.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2000 – Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah Pihak sekolah dipertanggungjawabkan untuk memastikan keselamatan diri pelajar terjamin semasa berada di sekolah. Langkah-langkah keselamatan perlu diwujud dan diamalkan untuk mengelak atau mengawal sebarang kemungkinan berlakunya kemalangan di kalangan murid ketika menjalani aktiviti di sekolah, sama ada aktivitiaktiviti pembelajaran, pendidikan jasmani, kegiatan kokurikulum atau sukan.

16 9.5 Subperaturan 2(1) dan 3(1) Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97 Kurikulum Kebangsaan adalah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertimbangkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah. 9.6 Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di semua sekolah adalah wajib. Keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah suatu kesalahan yang jika disabitkan bersalah boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara atau pun kedua-duanya sekali di bawah penalti am. 9.7 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP(BS)8591/Jld.11(29) bertarikh 2hb. Januari 1985 – Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolah. 9.8 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/2000 KP(BS)8591/Jld.XVI(16) bertarikh 15hb Januari 1986 – Pelaksanaan kegiatan kokurikiulum di sekolah hendaklan berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan dan yang bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Perlembagaan Negara. 9.9 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1986 KP(BS)8591/Jld.11(41) bertarikh 15hb Januari 1986 – Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Sehubungan itu kehadiran pelajar dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan.

17 9.10 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP(BS)8591-11(32) bertarikh 2hb Februari 1985 – Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan menggunakan penglibatan dan kepakaran anggota-anggota masyarakat setempat. 10.0 Apa Yang Akan Ditaksir? Berikut merupakan aspek-aspek yang dicadangkan dilaksanakan dalam PSAJK. 10.1.1 Sukan, Kokurikulum dan Ekstrakurikulum (a) Kehadiran dalam latihan (b) Kehadiran pada hari acara/aktiviti walaupun sebagai penyokong/urusetia/ahli jawatankuasa (c) Melibatkan diri sebagai ahli rumah sukan/kumpulan gotong royong/pasukan tarian tradisional/aktiviti sukarela/kerjakerja amal (d) Menjadi ahli jawatankuasa/pembantu pengadil/pembantu guru di peringkat sekolah/daerah/negeri (e) Mewakili pasukan rumah sukan/sekolah/daerah/negeri/negara (f) Pencapaian dalam sukan/permainan/pertandingan (g) Anugerah yang diterima dalam rumah sukan/sekolah/daerah/ negeri/negara 10.1.2 Pendidikan Jasmani: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) (k) Menghadiri latihan dalam pendidikan jasmani Menyertai latihan dalam pendidikan jasmani Mengenakan pakaian yang sesuai dengan pendidikan jasmani Menunjukkan komitmen dalam pendidikan jasmani Mengikut tunjuk ajar guru/jurulatih dengan betul Berusaha melakukan senaman dan permainan dengan betul Melakukan kemahiran pergerakan fizikal dengan lakuan yang betul mengikut prosedur yang ditetapkan Berusaha mengembangkan kemahiran dalam pergerakan fizikal dan kemahiran motor mengikut tahap-tahap yang ditetapkan Menujukkan kesungguhan dalam membina kecekapan semasa menggabungkan kemahiran dengan pelbagai variasi pergerakan yang ditetapkan Mempamerkan tahap kecergasan berasaskan kesihatan yang optimum Melibatkan diri dalam aktiviti fizikal secara berkala

18 (l) (m) (n) Memahami kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala Mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal Mempamerkan kemahiran insaniah yang sesuai dalam aktiviti fizikal; i. melaksanakan aktiviti dalam suasana yang seronok dan selamat. ii. mematuhi peraturan iii. mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal. iv. mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan. 10.1.4 Pendidikan Kesihatan: (a) Kebersihan pakaian (b) Kekemasan diri (c) Kebersihan diri/persekitaran diamalkan (d) Makanan seimbang (e) Kesihatan fizikal/emosi/mental/kerohanian/sosial (f) Kepentingan riadah/ permainan/sukan/sembahyang jemaah (g) Pengetahuan asas tentang kesihatan (h) Kesan pengambilan dadah/merokok/arak 11.0 INSTRUMEN PSAJK 11.1 Instrumen Pentaksiran yang digunakan adalah dihasilkan oleh KPM dengan kerjasama badan-badan atau agensi professional yang berkaitan mengikut kepakaran masing-masing.

12.0

KAEDAH PELAKSANAAN PSAJK 12.1 Secara berterusan sepanjang P&P mengikut kesesuaian guru dan kesediaan murid atau berkala mengikut jadual yang ditetapkan oleh sekolah/PPD/JPN. Mentaksir pada bila-bila masa di luar waktu persekolahan semasa sukan, permainan, pertandingan, lawatan, gotong-royong dsb. Menggunakan pelbagai kaedah seperti pemerhatian, soal-jawab, perbualan, kuiz dsb. oleh guru serta rakan sebaya. Secara berkumpulan atau individu bersama guru atau murid lain.

12.2 12.3 12.4

19 12.5 12.6 12.7 Secara berperingkat-peringkat sekiranya bilangan murid ramai dalam satu kelas atau kumpulan adalah besar. Mentaksir beberapa gabungan kemahiran dalam satu aktiviti yang dijalankan. Merekod menggunakan Borang SEK dan Borang Pelaporan Murid (BPM) oleh guru berkenaan yang mengajar kemahiran tersebut (selepas setiap aktiviti). Melapor sekurang-kurangnya sekali dalam setahun/satu semester, atau apabila diperlukan oleh murid, ibu bapa atau pentadbir sekolah misalannya apabila murid bertukar sekolah. Pelaporan dijana daripada pangkalan data oleh guru kelas/tingkatan. Mengumpul dan menyimpan pelaporan/rekod murid dalam Portfolio Murid sebagai dokumen untuk dijadikan evidens.

12.8

12.9 13.0

PEREKODAN PSAJK 13.1 Perekodan aktiviti PSAJK seseorang murid dilakukan pada setiap aktiviti sepanjang tahun persekolahannya oleh guru yang mengajar kemahiran tertentu selepas pemerhatian setiap aktiviti. Instrumen untuk merekod aktiviti PSAJK ialah dengan menggunakan Borang PSAJK yang disediakan secara manual atau digital. Perekodan boleh dijalankan oleh mana-mana guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran atau melalui mana-mana aktiviti yang bersesuaian. Bagi kokurikulum dan ekstrakurikulum, skor direkod berdasarkan penyertaan, penglibatan, pencapaian atau penguasaan sesuatu kemahiran/aktiviti yang telah diperakui oleh guru atau rakan sebaya, ibubapa dan ahli masyarakat kepada murid tersebut.

13.2 13.3

13.4

14.0

PELAPORAN PSAJK 14.1 Pelaporan PSAJK seseorang murid adalah berdasarkan kepada peratusan yang di kira berdasarkan kepada jumlah skor yang dikumpul oleh murid dalam penglibatan mereka dalam PSAJK 14.3 Pelaporan akan dibuat oleh guru kelas/tingkatan (sekurang-kurangnya sekali dalam setahun/satu semester, atau apabila diperlukan oleh murid, ibu bapa atau pentadbir sekolah misalannya apabila murid bertukar sekolah) menggunakan Borang Pelaporan Murid dan

20 disimpan dalam Porfolio Murid dan boleh dirujuk oleh sesiapa yang berkenaan. 14.4 14.5 Markat berupa peratusan akan diberi kepada semua murid di akhir tahun atau semasa bertukar sekolah dalam aktiviti yang disertainya. Peratusan terkumpul mengenai PSAJK dilaporkan dalam bentuk prestasi tahun semasa dan kumulatif prestasi sepanjang tempoh persekolahan dari Tahap 1 hingga Tingkatan 3.

15.0

PENGIRAAN SKOR 15.1 Sukan, Kokurikulum dan Ekstrakurikulum 15.1.1 Memandangkan kaedah merekod skor antara sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum adalah sama, penjelasan tentang ketiga-tiga aspek tersebut diterangkan bersama. Pemberatan wajaran aktiviti antara sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum adalah berdasarkan aspek berikut: a. Penglibatan 30% i. Jawatan (5%) ii. Peringkat (13%) iii. Komitmen (Nilai murni) (12%) Penyertaan 50% Prestasi 20%

b. c.

a) Penglibatan dalam aktiviti Sukan, kokurikulum dan ekstrarikulum Skor untuk penglibatan murid dalam sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum mempunyai tiga elemen iaitu Jawatan yang dipegang (5%), peringkat penglibatan (13%) dan komitmen (12%) di mana murid tersebut menunjukkan nilai-nilai murni semasa melaksanakan aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum. Untuk tujuan penerangan, ketiga-tiga aspek ini diterangkan bersama memandangkan unsur-unsur pemberian skor juga adalah sama. Namun begitu pemberian skor untuk ketiga-tiga aspek di atas adalah berasingan.

21 i ) Jawatan Dari segi jawatan, skor dikira berdasarkan kepada tahaptahap jawatan tertinggi hingga terendah yang dipegang murid dalam aktiviti tersebut. Tahap tertinggi jawatan ialah ”Pengerusi” manakala yang terendah ialah ”Ahli Jawatankuasa” seperti senarai berikut; a. b. c. d. e. Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari Ahli Jawatan Kuasa 5% 4% 3% 2% 2%

Skor maksimum ialah 5%. Jawatan yang dipegang dalam aktiviti sukan/ kokurikulum/ ekstrakurikulum akan dikira yang tertinggi dipegang murid berkenaan. Misalnya murid tersebut memegang jawatan Pengerusi dalam rumah sukan, pada masa yang sama juga AJK dalam aktiviti sukan lain, skor yang akan diberikan adalah 5% sahaja iaitu sebagai Pengerusi. ii) Peringkat Peringkat dalam elemen penglibatan merupakan tahap pencapaian di mana murid tersebut berjayan mewakili diri atau institusinya menyertai aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum. Untuk sukan dan kokurikulum, peringkat penglibatan murid diambil kira berdasarkan kepada peringkat; a) b) c) d) on e) f) sukan/Kelab Skor maksimum 13%. Antarabangsa 13% Kebangsaan 11% Negeri 9% Daerah/Bahagian/Z 7% Sekolah 5% Rumah 4%

22

Untuk Ekstrakurikulum pula , penyertaan murid diambil kira berdasarkan kepada peringkat; a) b) c) d) e) f) g) Pertubuhan Sukarela Komuniti Kelab Riadah/Hobi Taman Perumahan/Rumah Panjang Kelas Jiran Keluarga 13% 12% 11% 11% 10% 10% 10%

Skor maksimum 13% iii) Komitmen Komitmen merupakan aspek di mana murid dapat memerlihatkan nilai-nilai murni daripada penglibatan dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum. Jumlah maksimum skor yang boleh dikumpulkan oleh murid adalah 12%. Elemen nilai murni yang ditaksir adalah seperti berikut;
Komitmen (Nilai Murni) (12%)
3% 3% 3% 3% 3% 3% 3% 3% 3% 3% 3% 3% 3% 3% 3% 3%
BAIK HATI MENUNJUKKAN KERAJIRANAN SIKAP BERDIKARI MEMBERI BANTUAN BERGOTONG ROYONG MENUNJUKKAN KEJUJURAN MENGEMAS MEMBERSIH KAWASAN/KELAS MENGHORMATI GURU/RAKAN MENEPATI WAKTU MEYEDIAKAN MAKAN & MINUM MENUNJUKKAN KESUNGGUHAN MENGIKUT ARAHAN MENCUBA MEMBERI KERJASAMA MEMBERI SOKONGAN

Markah maksimum 12%

23

15.1.2

Penyertaan Penyertaan murid dalam aktiviti kokurikukum menrangkumi dua aspek, kehadiran dan keahlian.

a)

Kehadiran Dalam aspek penyertaan terdapat dua elemen yang diambil kira untuk pengskoran iaitu kehadiran dan keahlian. Aspek penyertaan akan berdasarkan kepada jumlah kehadiran murid dalam aktiviti yang dirancang pihak sekolah atau guru PSAJK itu sendiri. Untuk skor maksimum kehadiran murid adalah 40% manakala minimumnya 8%. Jumlah kehadiran ini berdasarkan bilangan hari murid tersebut menghadiri latihan, perjumpaan atau permainan yang dirancang oleh guru, pelatih atau ketua pasukan dimana murid tersebut menjadi ahlinya. Format skor untuk kehadiran dalam sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum adalah sama. Untuk sukan dan kokurikulum kehadiran dicatat oleh guru/ketua pasukan yang menjalankan aktiviti pada hari berkenaan. Manakala kehadiran untuk ekstrakurikulum pula akan disahkan oleh badan atau pertubuhan yang mengelola atau mengendalikan acara tersebut. Jadual Kehadiran Dalam Sukan, Kokurikulum dan Ekstraku-lum
Peratus Kehadiran bagi Sukan dan Kokurikulum 100 80 - 89 70 – 79 60 – 69 50 – 59 40 - 49 39 – 39 20 – 29 10 – 19 1–9 Skor Yang Ditetapkan (%) 40 36 32 28 24 20 16 12 8 4 Kekerapan Kehadiran bagi Ekstrakurikulum 5 4 3 2 1 Skor Yang Ditetapkan (%) 40 32 24 16 8

24

Markah maksimum 40% Contoh aktiviti yang dicadangkan untuk tahun berkenaan; i. Pasukan Badan Beruniform : 18 kali perjumpaan setahun Contoh Pengiraan: Markah kehadiran untuk pasukan/badan beruniform: a. Jika jumlah kehadiran pelajar b. Jumlah Perjumpaan setahun c. Ketidakhadiran diluluskan ii. a (14) Markah Kehadiran b (18) – c (2) = 14 (a) = 18 (b) = 2 (c) x 100 = 87.5%

Untuk tahun tersebut, murid tersebut hadir sebanyak 87.5% daripada jumlah kesemua aktiviti yang dijalankan. Mengikut jadual yang ditetapkan, kehadiran tersebut sama dengan 36% daripada 40% skor penuh (lihat jadual di atas) yang diperuntukan bagi kehadiran dalam penyertaan untuk aktiviti sukan dan kokurikulum. b) Keahlian i. Sukan Keahlian dalam sukan merupakan jenis aktiviti yang disertai oleh murid. Jenis aktiviti keahlian dalam sukan berdasarkan kepada tahap-tahap berikut; Pengurus 10% b) c) d) e) Ketua/Kapten Pemain Pembantu Pasukan Penyokong 8% 6% 4% 2%

Jika murid tersebut terlibat lebih daripada satu aktiviti, dan skor yang dicampur lebih daripada 10%, skor maksimum yang murid peroleh ialah 10%. ii. Kokurikulum Manakala keahlian pula merujuk kepada jenis badan atau aktiviti yang mana murid tersebut menjadi ahli.

25 Wajaran yang diperuntukan untuk setiap elemen keahlian adalah sama iaitu 5% bagi keanggotaan dalam setiap satu daripada badan-badan yang diwakili murid tersebut. Murid boleh mengumpul skor dari lebih dari satu jenis badan atau aktiviti namun skor maksimum hanya 10%. a) b) c) d) e) f) Permainan Pasukan Persatuan Rumah sukan Pasukan beruniform Kelab 5% 5% 5% 5% 5% 5%

Skor maksimum bagi keahlian adalah 10%. iii. Ekstrakurilum Keahlian dalam ekstrakurilum merujuk kepada aktiviti yang disertai oleh murid di luar waktu persekolahan. Wajaran skor yang diberikan untuk satu-satu jenis aktiviti yang disertai 10% seperti berikut; a) b) c) d) e) f) g) Aktiviti Kemasyarakatan Persembahan Kebudayaan Pasukan Sukarela Persatuan Kemasyarakatan Kebajikan di Rumah Ibadat Pertubuhan Sukarela Kelab Riadah/Hobi 10% 10% 10% 10% 10% 10% 10%

Skor maksimum bagi keahlian adalah 10%. Wajaran skor ini dipertimbangkan sedemikian dengan mengambil kira penyertaan murid dalam aktiviti luar sekolah secara sukarela adalah terhad. Walaupun ada murid mungkin terlibat dengan lebih daripada dua aktiviti namum skor maksimum adalah 10% 15.1.4 Prestasi Dalam Ekstrakurikulum Aktiviti Sukan, Kokurikulum dan

Prestasi murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum merangkumi dua elemen utama iaitu tahap pencapaian murid dalam aktiviti tersebut dan peringkat sumbangannya. Kedua-dua elemen ini menyumbangkan kepada 20% skor daripada 100% untuk aktiviti sukan,

26 kokurikulum dan ekstrakurikulum. Tahap pencapaian diperuntukan 10% manakala peringkat sumbangan 10%. a) Tahap Pencapaian Sukan, Kokurikulum dan Ekstrakurikulum a) Tahap Pencapaian Tahap pencapaian murid bagi aktiviti sukan kokurikulum dan ekstrakurikulum dibahagikan kepada lima seperti berikut;
Tahap Pencapaian 10% Johan Naib Johan Ketiga Peserta Urusetia Skor % 10 8 6 4 2

Skor maksimum 10% Murid boleh mengumpul skor daripada tahap pencapaiannya dalam aktiviti yang disertainya, namun begitu skor maksimumnya 10%. Misalnya murid tersebut mendapat tempat ketiga. Di samping itu terlibat juga sebagai peserta pertandingan dan juga menjadi urusetia acara sukan/ kokurikulum/ekstrakurikulum. Skor yang terkumpul ialah seperti berikut; 8% (Naib Johan) + 6% (Ketiga) + 4% (Peserta) = 18%. Walaupun jumlah yang dikumpul 18%, skor yang akan direkodkan hanyalah skor maksimum iaitu 10%. Tujuannya ialah untuk mengalakkan murid untuk menyertai pelbagai aktiviti. b) Peringkat Sumbangan i. Sukan dan Kokurikulum

27 Dalam elemen prestasi sukan dan kokurikulum, peringkat sumbangan diberi wajaran sebanyak 10% maksimum. Wajaran diberikan berdasarkan kepada peringkat sumbangan yang diberikan untuk masyarakat, kelas, kelab, sekolah, daerah / bahagian / zon, negeri, dan negara saperti dalam jadual di bawah; Sumbangan Murid Dalam Aktiviti Sukan Dan KoKurilulum

Peringkat Sumbangan (10%)

10%

9%

8%

7%

6%

5%

4%

Skor maksimum 10% Misalnya, seorang murid yang menyertai aktiviti di sekolah dalam pasukan permainan dan menjadi johan pertandingan bolasepak negeri. Sumbangannya ialah kepada negeri (9%) dan Sekolah (7%). Skor terkumpul adalah 16%. Beliau akan diberikan skor maksimum 10%. ii. Ekstrakurikulum

Memandangkan ekstrakurikulum lebih bersifat setempat dan secara sukarela serta aktivitinya lebih kepada aktiviti dan tidak ada jadual khusus untuk murid-murid sertai, peringkat sumbangan murid juga didasarkan kepada sumbangan

NEGARA

NEGERI

DAERAH/BAHAGIAN/ ZON

SEKOLAH

KELAB

KELAS

MASYARAKAT

28 setempat. Skor maksimum ditetapkan kepada 10% daripada 20% markah untuk elemen prestasi.. Peringkat sumbangan aktiviti ekstrakurikkulum adalah seperti berikut; Skor Untuk Prestasi Dalam Ekstrakurikulum Berdasarkan Peringkat Sumbangan Murid

Peringkat Sumbangan (10%)

10% 9% 8%

7%

6% 5% 4%

Skor Maksimum 10% 15.2 Pendidikan Jasmani Pentaksiran pendidikan jasmani dibahagi kepada beberapa komponen seperti yang ditetapkan dalam kurikulum pendidikan jasmani (untuk tujuan dokumen ini contoh pendidikan jasmani tahap satu sahaja disediakan sebagai rujukan). Contoh komponen tersebut seperti berikut: b) Pergerakan asas c) Giminastik asas d) Asas akuatik e) Rekreasi dan kesenggangan f) Kecergasan Kesihatan & Prestasi Fizikal g) Kesukanan Jumlah – 20 kemahiran – 10 kemahiran – 2 kemahiran – 2 kemahiran - 10 kemahiran = 42% = 21% = 4% = 4% = 21% 8%

DAERAH

TEMPATAN

TAMAN PERUMAHAN/ RUMAH PANJANG MASYARAKAT

- 4 kemahiran =

- 48 kemahiran = 100%

KOMUNITI

JIRAN

AHLI KELUARGA

29

S o U t kP n id a Ja m n k r n u e d ik n s a i
Kecekapan Kemahiran Pergerakan
Re krea si Asa s & Ke Ak ua seng tik ga ngan

PergerakanAsas

Gimnastik A sas

1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1
P e r g e r a k a n L o k o m o t o r P e r g e r a k a n B u k a n L o k o m o t o r

1
K e m a h i r a n

1

1

1
H a m b u r

1 1 1 1 1 1 1 1 1
P e n d a r a & t a n P u t a r a n & G u l i n g a n L e n t i k a n K e y a k i n a n k e s e l a m a t a & n

1 1
K e b o l e h a n A p l i k a s i

Kemahiran M anipu lasi A latan

B K d e a a r w n i a r l S a a o m n k a o B n a g d a a n n

Ju la K m h a = 4 m h e a ir n 3

P rau a = 4 e t sn 3 =1 7%

÷4 (j m hk s lu h n 8 u la e e ru a )

x1 0 0

Samb.
Kecergasan Meningkatkan Kesihatan Dan Prestasi Fizikal Komponen Kecergasan Kapasiti Aerobik Kekuatan & Daya Tahan Otot Keselamatan & Pengurusan Interaksi Sosial Kumpulan Dinamik

Kesukanan

Fleksibiliti

1

1

1

1 1 1 1 1 1 1

1

1

1

1

Jumlah kemahiran komponen di atas (samb.) adalah 14 kemahiran yang perlu dikuasai murid daripada 48 kemahiran keseluruhannya. Oleh itu jumlah penuh peratusan untuk bahagian ini ialah 14 ÷ 48 (jumlah keseluruhan) x 100 = 29%.

30 Dalam aspek pemberian skor, setiap kemahiran yang dikuasai dalam setiap satu kemahiran yang dilaksanakan murid akan mendapat 1 skor dan 0 skor jika gagal melakukannya (walaupun diulang berkali-kali seperti yang ditetapkan guru). Contohnya pengiraan tentang pergerakan asas yang mempunyai 20 kemahiran yang perlu dikuasai murid. Murid mampu menguasai 15 kemahiran yang ditetapkan. Oleh itu peratus kemahiran murid dalam pergerakan asas adalah seperti berikut; 15 x 100 = 31% 48 Oleh itu murid menguasai 31% kemahiran bagi keseluruhan komponen pendidikan jasmani (48 kemahiran/100%) Jumlah kemahiran yang dikuasai 15.3 Pendidikan Kesihatan Pentaksiran Kesihatan dibahagi kepada tiga komponen yang terdiri daripada; c) Kesihatan fizikal d) Kesihatan mental, emosi & sosial e) Kesihatan persekitaran Jumlah - 8 elemen = 35% - 7 elemen = 30% - 8 elemen = 35% - 23 elemen= 100%

Setiap elemen yang memenuhi kriteria penilaian murid akan mendapat skor 1 dan 0 skor jika murid tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.

S rAtv iKs aa k ki i ei t n o t h
K s a nF ik l e ih ta iz a K s a nM n l, e ih ta e ta E o i d nS s l m s a o ia
Pnu eg rsn ua E oi ms -

K s at nP rs k ra e ih a e e ita n

K s aa D i d n e ih t n ir a Rp d k e ro u tif

Pm e a k nn aa

K k lu r ee a ga an

-

Pr u eh b na u gn

P n a it e yk

K s la a ee m tn a

-

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

J m h e ai a /Pm hta =3 u l Km r n e e a n 2 a h r i Pr t s ee r hn ( 3 e u ksl ua =2 a u ÷2)x 0 =0% 3 10 10

31 Keakuran kepada kriteria tersebut bergantung kepada beberapa kali pemerhatian dijalankan dan murid diberi peluang untuk memperbaiki diri mereka supaya kriteria tersebut dipenuhi. Skor 0 akan direkodkan setelah tiada perubahan berlaku kepada murid tersebut walaupun diberi peluang berbuat demikian. Contohnya: Jika murid mendapat skor 6 daripada 23 elemen tentang kesihatan fizikal yang dinilai gurunya, jumlah peratus yang murid akan peroleh bagi keseluruhan kesihatan tersebut adalah seperti berikut; 4 Jumlah kemahiran yang dikuasai x 100 = 17.4 % 23 16.0 PENGIRAAN UNTUK PELAPORAN 16.1 Pelaporan Tahunan Pada penghujung tahun, semua markat murid akan dikira sebagai pelaporan tahunan merangkumi lima bidang PSAJK iaitu pendidikan jasmani, pendidikan kesihatan, sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum dengan menyenaraikan seperti dalam jadual di bawah; Pernyataan Pelaporan Tahunan PSAJK ASPEK Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Sukan Kokurikulum Ekstrakurikulum Jumlah Besar PERATUS X% X% X% X% X% 500%

Sekiranya pelajar tersebut berpindah sekolah, pelaporannya akan berdasarkan kepada bulan terakhir beliau berada di sekolah tersebut. Peratus maksimum bagi setiap aspek seperti dalam jadual di atas adalah 100%. Jumlah keseluruhannya daripada lima komponen PSAJK adalah 500%. Contoh pengiraan tahunan aktiviti PSAJK saperti di bawah;

32 ASPEK Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Sukan Kokurikulum Ekstrakurikulum Jumlah Besar PERATUS 70 60 60 70 50 310

Jumlah peratusan yang diperoleh murid dalam aktiviti PSAJK adalah 310. Oleh itu pengiraan seperti berikut; (310% ÷ 500%) x 100% = 62% 16.2 Pelaporan Kumulatif Pernyataan pelaporan kumulatif diambilkira dengan menjumlahkan peratus sepanjang tahun persekolahan dan dibahagi dengan jumlah tahun persekolahan. Contoh: TAHUN 6 (JUMLAH % UNTUK 6 TAHUN) X/6 X/6 X/6 X/6 X/6 TINGKATAN 3 (JUMLAH % UNTUK 9 TAHUN) X/9 X/9 X/9 X/9 X/9

PERKARA

Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Sukan Kokurikulum Ekstrakurikulum

33

16.3

Wajaran 10% Pentaksiran PSAJK Dalam Pentaksiran Sekolah Jumlah peratus dari ke lima-lima aspek seperti dalam jadual di atasi akan dijadikan 100% dan menyumbang kepada wajaran 10% pentaksiran pusat. Contoh markat murid dalam aktiviti yang dikumpul dari peratusan kumulatif adalah saperti berikut; Contoh pengiraan markat PSAJK untuk satu tahun berkenaan adalah seperti berikut; Jadual Pengiraan Peratusan PSAJK Untuk Pentaksiran Pusat
ASPEK Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Sukan Kokurikulum Ekstrakurikulum Jumlah Purata % PERATUS 80 90 60 95 87 412 412 ÷ 500 = 82.4 (82.4 x10) ÷ 100% = 8.2% WAJARAN 10%

Oleh itu markat murid berkenaan adalah 8.2% daripada 10% wajaran yang diperuntukan untuk pentaksiran sekolah. 17.0 Penutup

34 Di akhir pentaksiran, PSAJK memberi peluang kepada guru dan ibu bapa untuk mencapai tujuan berikut: 15.1 Menjadikan amalan gaya hidup yang sihat dan cergas sebagai budaya hidup kepada murid. 15.2 Merekodkan kemahiran dan kebolehan murid dengan menggunakan instrumen sedia ada yang mudah dilaksanakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P). 15.3 Menghasilkan pelaporan murid untuk dijadikan evidens dan dokumentasi bagi membolehkan proses pengukuhan, pengkayaan dan pemulihan ke atas murid dilaksanakan. Menjadikan pelaporan sebagai panduan kepada pentadbir sekolah, guru dan ibu bapa dalam usaha penambahbaikan P&P.

15.4

16.0

SUMBER RUJUKAN PSAJK 16.1 16.2 16.3 16.4 16.5 16.6 Dokumen Standard Kurikulum Tahap Satu, 2009 Dokumen Standard Kurikulum Prasekolah, 2009 Instrumen Pendidikan Jasmani Tahun 1, 2010. Instrumen Pendidikan Kesihatan Tahun 1, 2010. Modul Teras Asas Pendidikan Jasmani Tahap Satu, 2009 Laman web Lembaga Peperiksaan : http://www.KPMm.gov.my

17.0

CD PSAJK

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->