You are on page 1of 18

1.

0 TAJUK KAJIAN

Penggunaan Konsep Bayar Hutang dalam Meningkatkan Kefahaman dan Kemahiran Pelajar Tingkatan 1 Harmoni bagi Tajuk Penambahan dan Penolakan Nombor Negatif dalam Mata pelajaran Matematik.

2.0

NAMA PENGKAJI

Kertas cadangan kajian tindakan ini dikemukakan oleh pelajar DPLI UPSI Semester 1/2011 yang terdiri daripada: 1) Azura Binti Hashim 2) Natasya Binti Othman 3) Norhidayu Binti Dahalan 4) Nornajiah Binti Mat Khatib

3.0

NAMA SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman, Jalan Bukit Panchor, Nibong Tebal, Pulau Pinang

4.0

PENGENALAN / LATAR BELAKANG KAJIAN

Dalam sukatan pelajaran Matematik sekolah menengah, terdapat pelbagai tajuk yang disenaraikan mengikut standard Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Salah satu daripada tajuk tersebut ialah nombor negatif. Nombor negatif merupakan nombor yang mempunyai nilai yang lebih kecil dari nombor sifar seperti -1, -2, -3 dan seterusnya. Nombor negatif merupakan satu nombor yang dianggap abstrak. Operasi penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian ke atas nombor negatif sering kali mendatangkan masalah kepada pelajar serta guru untuk memahami prinsip-prinsip konkrit. Maka pelbagai kaedah telah diperkenalkan untuk memudahkan pelajar. Namun, pelajar masih lagi melakukan kesalahan yang dikenali sebagai kesalahan lazim (Normunirah, 2006). Punca yang menyebabkan kelemahan pelajar dalam menguasai konsep nombor negatif ialah disebabkan oleh topik nombor negatif yang bersifat abstrak. Kelemahan pelajar dalam penguasaan nombor negatif juga disebabkan oleh pendirian atau sifat pelajar itu sendiri. Sesetengah pelajar menganggap topik ini tidak penting dalam kehidupan seharian dan sukar untuk menguasai konsep yang menyebabkan mereka enggan untuk mempelajari nombor negatif (Kementerian Pendidikan, 1994). Kelemahan pelajar memahami konsep dan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar semasa mempelajari tajuk nombor negatif, akan menimbulkan kesukaran kepada mereka untuk mengikuti tajuk yang seterusnya yang berkaitan dengan nombor negatif. Masalah ini akan menyebabkan mereka memandang rendah akan kebolehan diri sendiri, lantas cenderung berputus asa.

Oleh itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), guru harus merancang dan menggunakan pelbagai cara bagi memastikan murid dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran. Guru harus tahu bahawa murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Justeru, kaedah P&P yang terbaik di samping berkesan untuk pelbagai murid perlu diusahakan. Namun, proses P&P tidak dapat dipisahkan dengan penguasaan kemahiran pedagogi. Oleh itu, keberkesanan teknik pedagogi membantu murid memahami mata pelajaran matematik dengan lebih mudah di samping menyeronokkan.

5.0

PENYATAAN MASALAH

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (1993), sebilangan guru menjelaskan bahawa tajuk nombor negatif yang membabitkan integer dan operasi ke atas integer merupakan tajuk yang sukar diajar dan difahami oleh pelajar. Selain itu, Jabatan Pelajaran Sarawak (1996) juga mengatakan bahawa tajuk nombor negatif merupakan salah satu tajuk yang sukar dipelajari. Operasi asas ke atas nombor negatif sering kali mendatangkan masalah kepaksa guru dan pelajar untuk memahami prinsip dan konsepnya secara konkrit (Nik Azis,1992) Dalam topik nombor negatif memang terdapat pelbagai kesalahan yang sering kali menjadi masalah di kalangan pelajar. Kesalahan-kesalahan ini bukan sahaja mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran bahkan mengekang penguasaan konsep nombor negatif yang berkesan. Ia menjadi lebih sukar apabila terdapat persepsi pelajar yang salah terhadap matematik, dengan menganggap bahawa subjek ini abstrak dan menjemukan. Dalam kertas cadangan kajian tindakan ini, sasaran yang dikaji ialah pelajar-pelajar Tingkatan 1 Harmoni seramai 5 orang.Masalah yang dikenal pasti adalah pelajar sukar untuk memahami dan menguasai konsep asas penambahan dan penolakan nombor negatif.

6.0

OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti tahap kefahaman pelajar Tingkatan 1 Harmoni bagi topik nombor negatif. 2. Mengenal pasti bentuk kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar dalam topik nombor

negatif.
3. Menggunakan kaedah Konsep Bayar Hutang dalam pengajaran Matematik supaya dapat

mempelajari konsep dan teknik penyelesaian penambahan dan penolakan nombor negatif yang lebih mudah dan berkesan. 4. Memperbaiki amalan pengajaran guru yang dapat disampaikan dengan berkesan dan menyeronokkan.

7.0 7.1

METODOLOGI KAJIAN Reka Bentuk Kajian

Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti Model Stringer (2004): Langkah 1 : Mereka Bentuk Langkah 2 : Mengumpul data Langkah 3 : Menganalisis data Langkah 4 : Menyampai hasil Langkah 5 : Mengambil tindakan

7.2

Sasaran Kajian

Kumpulan sasaran yang akan terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada:
1) Kumpulan pengkaji seramai 4 orang 2) Puan Hanisah, guru yang mengajar Matematik bagi kelas Tingkatan 1 Harmoni 3) Pelajar-pelajar Tingkatan 1 Harmoni seramai 5 orang iaitu:

a) Mohd Zamri b) Annissa Abbas c) Sathisvaran A/L Perumal Sivan d) Iffah Nadia Azmi e) Khor Wei Siong

7.3

Instrumen Kajian

Dalam kajian akan digunakan 3 kaedah pengumpulan data iaitu: 1) Rekod prestasi pelajar Rekod prestasi pelajar akan disemak dan dikemaskini oleh guru Tingkatan 1 Harmoni.

2) Pemerhatian
5

Pemerhatian akan dilakukan oleh guru Matematik Tingkatan 1 Harmoni terhadap tingkah laku pembelajaran pelajar-pelajar di dalam kelas semasa pembelajaran dilaksanakan. Tujuannya untuk mengenal pasti sikap belajar mereka, adakah pelajar menunjukkan minat, memberi fokus dan perhatian terhadap topik nombor negatif, bagaimana mereka memberi tindak balas terhadap pengajaran guru sama ada melalui latihan perbincangan, menjawab soalan-soalan berbentuk objektif atau pun subjektif.

3) Soalan-soalan ujian (Ujian pra dan pos)


-

Dua set soalan ujian iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos akan diberikan kepada pelajarpelajar Tingkatan 1 Harmoni. Ujian Pra dan Pos ini mengandungi 10 soalan berstruktur dan berbentuk subjektif. Kedua-dua ujian akan menggunakan set soalan yang sama. Tujuan ujian pra dan pos ini dijalankan adalah untuk melihat pencapaian pelajar bagi kedua-dua ujian tersebut. Berdasarkan hasil keputusan yang akan diperolehi, perbandingan akan dibuat untuk mengetahui sama ada penggunaan kaedah Konsep Bayar Hutang yang akan diguna pakai dalam pengajaran Matematik ini berkesan atau tidak.

7.4

Metod Analisis 1) Rekod prestasi pelajar


-

Analisis keputusan dan markah pencapaian pelajar Tingkatan 1 Harmoni melalui ujian-ujian bulanan dan peperiksaan pertengahan tahun.

2) Pemerhatian Analisis secara perbincangan tentang tindak balas pelajar semasa pengajaran.

3) Ujian pra dan ujian pos

Analisis pencapaian pelajar melalui perbandingan yang akan dibuat berdasarkan keputusan kedua-dua ujian.

8.0

KESIGNIFIKANAN / KEPENTINGAN KAJIAN

Dapatan kajian ini diharap akan dapat memberi manfaat dan dikongsi bersama guru-guru khususnya guru-guru Matematik dan pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman. 8.1 Kepentingan kepada guru Dapatan kajian ini diharap akan dapat dijadikan sumber rujukan kepada guru-guru dalam membantu pelajar memahami topik nombor negatif. Melalui maklumat yang terkandung dalam kertas cadangan kajian tindakan ini, guru akan dapat mengenal pasti kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar dan sekiranya tidak dibendung ia akan menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai topik seterusnya dengan baik. Justeru itu, guru dapat menekankan kesalahan tersebut semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Selain itu, guru juga akan dapat mengetahui teknik dan kaedah baru yang sesuai dan berkesan untuk diaplikasikan dalam pengajaran Matematik bagi mengelakkan salah konsep berlaku di kalangan pelajar. 8.2 Kepentingan kepada pelajar Dapatan kajian ini diharap akan dapat membantu pelajar meningkatkan kefahaman mereka terhadap nombor negatif. Pelajar juga dapat mengetahui teknik yang betul, cepat dan berkesan dalam memahami konsep penambahan dan penolakan nombor negatif dengan cadangan pengkaji terhadap kaedah penggunaan Konsep Bayar Hutang. Dalam masa yang sama, kajian ini diharap akan dapat menangkis perspektif buruk pelajar terhadap Matematik terutama sekali kepada pelajar yang tidak suka akan Matematik.

8.3

Kepentingan kepada Panitia Matematik Daerah Dapatan kajian ini diharap akan dapat digunakan oleh panitia matematik daerah untuk diperluaskan kepada semua sekolah yanguberada di dalamdaerah berkenaan. Jika terdapat sekolah lain yang menghadapi masalah yang sama, pengerusi panitia daerah boleh menyampaikannya kepada sekolah berkenaan untuk dipraktikkan. Dengan penyebaran dapatan ini, semua sekolah didalam daerah tersebut akan mendapat kaedah dan makluman tambahan dalam menyelesaikan penambahan dan penolakan nombor negatif.

9.0

TINDAKAN YANG DICADANGKAN

Seperti yang dinyatakan, seramai 5 orang pelajar Tingkatan 1 Harmoni sukar untuk memahami dan menguasai konsep asas penambahan dan penolakan nombor negatif. Kesukaran pelajar untuk memahami dan menguasai konsep menyebabkan mereka keliru dalam menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan nombor negatif. Maka, kami selaku kumpulan pengkaji mencadangkan kaedah penggunaan Konsep Bayar Hutang dalam meningkatkan kefahaman dan kemahiran pelajar Tingkatan 1 Harmoni bagi tajuk penambahan dan penolakan nombor negatif dalam Mata pelajaran Matematik. Langkah-langkah yang dicadangkan dalam kaedah penggunaan konsep ini adalah seperti berikut:

1) Guru akan menerangkan konsep hutang dalam operasi penambahan dan penolakan

nombor negatif kepada pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.


2) Guru menganalogikan tanda negatif sebagai duit yang dihutang manakala positif sebagai

duit yang dimiliki (duit untuk membayar hutang). Contoh 1: 1) 5 + 9 =

-5
Duit yang dihutang +

9
Duit untuk membayar hutang = Duit untuk membayar hutang adalah lebih banyak/besar daripada duit yang dihutang. Jawapan adalah positif.

Contoh 2: 2) 7 3 =

-7
Duit yang dihutang +

-3
Duit yang dihutang = Hutang akan bertambah (jawapan akan menjadi negatif)

3) Guru akan menerangkan kaedah menggunakan Konsep Bayar Hutang dalam tajuk

penambahan dan penolakan nombor negatif ini berulang kali sehingga pelajar benarbenar jelas dan faham dengan memberi banyak contoh soalan.
4) Guru akan mengaplikasi perbincangan bersama dalam menyelesaikan masalah dan

menjawab setiap soalan.

5) Guru akan memberi latih tubi kepada pelajar sebagai pengukuhan untuk melihat, menguji

dan menilai tahap kefahaman pelajar terhadap kaedah Konsep Bayar Hutang yang diguna pakai bagi tajuk penambahan dan penolakan nombor negatif ini.

Soalan bagi Ujian Pra dan Pos 10 soalan yang akan dikemukakan dalam ujian pra dan pos bagi 5 orang pelajar Tingkatan 1 Harmoni adalah seperti berikut:

Jawab kesemua soalan berikut.

10

1) 9 + 2 = 2) 13 8 =

3) 17 + 25 =

4) 16 20 =

5) 28 - 35 6) 20 + 11 7) 33 12 8) 11 + ( 12 ) 9) 9 ( 14 ) 10) 15 ( 10 )

10.0

CADANGAN PERSEMBAHAN LAPORAN

Jangkaan markah (keputusan) bagi 5 orang pelajar Tingkatan 1 Harmoni bagi ujian pra dan pos. PELAJAR
1) Pelajar A : Mohd Zamri 2) Pelajar B : Sathisvaran 3) Pelajar C : Annissa

UJIAN PRA Markah Peratus (%) 3 30% 3 30% 4 40%


11

UJIAN POS Markah Peratus (%) 5 50% 6 60% 6 60%

4) Pelajar D : Iffah Nadia 5) Pelajar E : Khor Wei Siong

4 5

40% 50%

7 8

70% 80%

Jangkaan markah (keputusan) bagi 5 orang pelajar Tingkatan 1 Harmoni bagi ujian pra dan pos.

100 MARK (% AH ) 80 60 40 20 0 A B C
PEL AJAR

UJIAN P RA

UJIAN P OS

11.0

REFLEKSI DAN PENILAIAN

Secara keseluruhannya, melalui ujian pra dan pos yang akan dijalankan, kami menjangkakan terdapat perubahan yang positif dan peningkatan terhadap tahap penguasaan murid dalam tajuk penambahan dan penolakan nombor negatif ini. Dengan adanya kaedah penggunaan Konsep Bayar Hutang ini, pencapaian murid dalam setiap item penilaian yang dijalankan bagi kedua-dua ujian pra dan pos ini akan menunjukkan peningkatan yang baik dan memberangsangkan. Ini kerana:

12

1. Dalam konsep bayar hutang ini, guru akan menganalogikan nombor negatif itu sebagai

duit yang dihutang dan nombor positif sebagai duit untuk membayar hutang atau duit yang dimiliki. 2. Analogi atau kaedah ini dapat memberi pengukuhan kepada tahap kefahaman murid kerana duit adalah perkara yang sangat sinonim dan dekat dengan kehidupan seharian kita. Maka, dengan menggunakan duit sebagai contoh dalam pengajaran topik nombor negatif ini, murid lebih mudah untuk mengingat dan memahami konsep penambahan dan penolakan nombor negatif.
3. Dalam konsep bayar hutang ini juga, penerangan guru adalah berbentuk cerita bagi

menyelesaikan sesuatu masalah atau situasi. P&P sebegini akan lebih menarik minat dan tumpuan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.

12.0

KESIMPULAN

Pengajaran dan pembelajaran Matematik akan lebih menarik minat murid-murid dan berkesan apabila guru mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran. Oleh itu, melalui cadangan kajian tindakan ini dapat disimpulkan bahawa kaedah penggunaan Konsep Bayar Hutang ini akan dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran pelajar tingkatan 1 harmoni bagi tajuk penambahan dan penolakan nombor negatif. Pendekatan ini juga dapat mengubah sikap negatif pelajar Tingkatan 1 Harmoni terhadap Matematik dan meningkatkan minat serta prestasi pelajar.
13

Amalan pengajaran yang berkesan juga dapat diaplikasikan oleh guru supaya tidak hanya terikat kepada kaedah pengajaran yang sama sahaja. Walaubagaimanapun, kaedah penggunaan Konsep Bayar Hutang ini memerlukan bimbingan yang berterusan di samping latihan pengukuhan yang kerap supaya tahap pencapaian pelajar sentiasa konsisten.

13.0

Anggaran Perbelanjaan

Kos dan perbelanjaan yang dianggarkan bagi merancang dan melaksanakan kajian tindakan ini adalah seperti berikut: BIL 1 2 3 4 5 6 PERKARA Perjalanan Bahan dan alatan bantuan mengajar Percetakan soal selidik / ujian Percetakan modul / bahan pengajaran Percetakan laporan kajian (5 jilid) Perbelanjaan mesyuarat
14

JUMLAH KOS RM 100 RM 10 RM 5 RM 5 RM 20 RM 10

Jumlah Anggaran Keseluruhan Kos

RM

150

14.0

Jadual Kerja PERKARA TARIKH 12 September 2011 12 September 2011 19 September 2011 19 September 2011 21 September 2011 21 September 2011 22 September 2011 22 September 2011 26 September 2011
15

Mesyuarat Jawatankuasa Penulisan kertas cadangan Mesyuarat perancangan Mesyuarat pembinaan ujian pra / pos Pelaksanaan ujian pra Memproses data ujian pra Mesyuarat perancangan untuk pemerhatian Analisis data ujian pra dan pemerhatian Pelaksanaan ujian pos

Refleksi dan penilaian Penulisan laporan kajian Pembentangan Laporan

26 September 2011 27 September 2011 3 Oktober 2011

16

17

18

You might also like