You are on page 1of 12

Pengenalan Sebelum kemunculan Kesultanan Melayu Melaka, Tanah Melayu telah lama dikenali pedagang India sebagai Suvarnabhumi

yang bermaksud Bumi Emas. Ini disebabkan Tanah Melayu kaya dengan pelbagai hasil galian seperti emas, bijih timah, perak dan sebagainya. Selain hasil galian penduduk Tanah Melayu menjalankan aktiviti ekonomi tradisional secara sara diri untuk menampung keperluan harian. Kedudukan Tanah Melayu yang strategik segi geografi menjadi tumpuan pedagang luar dan ini menunjukkan bahawa Tanah Melayu telah bergiat aktif dalam ekonomi sejak dahulu lagi. Sebelum abad ke-19 Tanah Melayu wujudnya dua jenis negeri Melayu iaitu berifat maritime dan riverine. Maritime melibatkan kegiatan ekonomi yang bertumpu kepada laut iaitu perdagangan. Riverine pula bermaksud kehidupan penduduk lebih bertumpu kepada sungai daripada laut. Ekonomi tradisional Sistem ekonomi tradisional di Tanah Melayu dibahagikan kepada dua iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi tradisional. Ekonomi tradisional sara diri bermaksud kegiatan ekonomi secara kecilkecilan untuk kegunaan diri dan keluarga sahaja. Antara aktiviti ekonomi yang dijalankan adalah bercucuk tanam, memungut hasil hutan, menangkap ikan, menternak binatang, memburu binatang, bertukang dan melombong. Ciri-ciri ekonomi sara diri ialah dilakukan dalam skala kecil iaitu penghasilan hanya untuk kegunaan sendiri. Namun sekitanya terdapat lebihan barulah dijual atau ditukar dengan barangan keprerluan yang lain.. Kegiatan hanya melibatkan anggota keluarga sahaja. Tiada peralatan moden digunakan kerana ekonomi sara diri hanya menggunakan peralatan tradisional
1

seperti cangkul, sabit, kuku kambing dan tajak untuk pertanian. Bagi menangkap ikan, nelayan menggunakan bubu, lukah, jala, serkap dan tangguk. Bagi kerja-kerja membajak sawah, tenaga haiwan digunakan bagi membantu seperti lembu dan kerbau. Penggunaan haiwan membantu memudahkan kerja menanam padi dan tanaman lain. Bagi menjalankan kegitan pertanian dengan lebih baik, keperluan tanah yang subur amat penting. Oleh sebab itu kebanyakkan penduduk tinggal di kawasan berdekatan sungai atau pantai. Ini kerana kawasan tepi sungai dan pantai subur dan sesuai untuk bercucuk tanam. Di samping memudahkan mereka mendapat bekalan air untuk kegunaan harian, pertanian dan sebagai jalan pengangkutan. Selain itu, dalam ekonomi sara diri talah wujud sistem gotongroyong dan amalan berderau. Berderau bermaksud melaksankan kerja secara bersama dengan tujuan memudahkan dan mempercepat kerja. Kebiasaannya berderau dilakukan di sawah padi. Melalui amalan ini dapat mengeratkan hubungan di kalangan penduduk. Masyarakat tidak mempunyai insentif untuk menghasilkan lebihan hasil keran beberapa faktor. Pertama masalah tenaga buruh yang terbatas. Ini kerana kerja-kerja hanya dilkakukan din kalangan anggota keluarga sahaja. Penggunaa kereta lembu hanya diperkenalkan akhir abad ke19. Selain itu petani tidak berminat menambahkan kekayaan. Mereka terpaksa menanggung beban kerja kerah golongan pemerintah. Mereka juga tidak mempunyai keinginan menambah kekayaan disebabkan mereka perlu menyerahkan kepada pembesar dalam bentuk cukai. Oleh itu pengumpulan kekayaan hanya tertumpu kepada golongan pemerintah. Dalam pertanian, tanaman padi menjadi sumber tanaman utama. Selain itu, masyarakat turut menanam tanaman lain seperti buah-buahan, sayuran, bijirin, ubi, kekacang dan lain-lain. Kehidupan petani tertumpu di kawasan tanah bersaiz kecil. Pemilikan tanah diasaskan kepada

keluasan tertentu yang hasilnya dapat menampung keperluan keluarga sahaja. Purata saiz tanah yang dimiliki petani adalah sekitar dua ekar dan hasilnya bergantung kepada usaha setiap keluarga. Tanaman padi di Tanah Melayu melibat dua jenis padi iaitu padi sawah dan padi huma. Padi huma atau padi bukit di tanam di kawasan lereng bukit dan tidak memerlukan banyak air. Kebiasannya padi huma ditanam masyarakat pedalaman. Masyarakat pedalaman turut menjalankan pertanian pindah di mana kawasan tanah hutan yang telah dibersihkan hanya digunakan untuk pertanian bagi tempoh satu atau dua musim sahaja. Setelah itu mereka kan berpindah ke kawasan lain Padi sawah di tanam di kawasan rendah yang mempunyai banyak air. Padi sawah dipercayai diperkenal oleh orang Siam di negeri-negeri utara manakala oleh orang Minangkabau di negeri selatan. Kawasan awal petempatan tanaman padi sawah adalah di Kelantan dan Kedah. Menjelang abad ke-18, dataran Perlis dan Seberang Perai menjadi kawasan penanaman padi yang utama. Penaman padi di Kedah merupakan ekonomi yang penting bagi negeri yang mendapat jolokan jelapang padi. Satu kanun khusus tentang pertanian di negeri Kedah diperkenal iaitu Undang-undang Seri Paduka Tuan. Negeri Kedah dan Kelantan pernah terlibat dalam eksport padi ke negari jiran. Kedah membekalkan 2000 koyan beras ke Pulau Pinang. Lebihan padi di Kelantan pula dieksport sehingga ke Singapura. Dalam menjalankan penanaman padi, masyarakat menggunakan peralatan tradisional seperti cangkul, tajak dan haiwan bagi membajak sawah. Bagi menuai padi alatan seperti sabit dan ketam padi digunakan. Manakala untuk memisahkan kulit padi pula alatan lesung tangan dan

leung kaki digunakan. Untuk menghalau padi daripada ancaman burung, orang-orang dipacak di tengah sawah. Masyarakat turut memungut hasil hutan seperti rotan, damar, buluh, akar kayu dan banyak lagi. Hasil-hasil hutan ini digunkan bagi membuat barangan seperti tikar, bakul, atap rumah, ubatan dan sebagainya. Aktiviti ini dikenali sebagai meramu. Aktivit menternak binatang, memburu dan bertukang merupakan kegiatan sampingan yang dijalankan masyarakat. Binatang seperti ayam, itik, lembu, kerbau dan kambing diternak untuk keperluan makanan dan juga bagi digunakan dalam memudahkan kerja pertanian. Berburu pula dijalankan untuk mendapatkan bahan makanan dan antara binatang yang menjadi buruan adalah rusa, arnab, pelanduk dan kancil. Ada juga buruan yang digunakan untuk kerja mengangkut kayu seperti gajah. Pertukangan pula dilakukan melibatkan pertukangan kayu dan logam untuk membuat perahu, membina rumah dan membuat alatan senjata. Hasil pertukangan digunakan sebagai barang tukaran untuk mendapatkan keperluan lain seperti makanan dan pakaian. Perikanan merupakan kegitan ekonomi utama penduduk Tanah Melayu. Kegiatan menangkap ikan dijalankan secara meluas di negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu. Musim menangkap ikan di laut adalah antara Mac dan Oktober. Pada November hingga Februari pula berikutan keadaan laut yang bergelora, nelayan menangkap ikan di kawasan sungai dan tasik. Lebihan tangkapan seperti ikan dan udang digunakan membuat ikan kering, belacan dan cencaluk sebagai hasil sampingan yang boleh dijual atau ditukar dengan keperluan yang lain. Penggunaan peralatan menangkap ikan bergantung kepada kawasan tangkapan. Di laut, nelayan menggunakan jaring, kelong dan pukat. Manakala untuk menangkap ikan di sungai dan
4

kolam pula alatan seperti pancing, jala, tangguk, lukah, tombak dan serampang digunakan. Hasil perikan turut dijadikan sumber perdagangan. Menurut sumber Portugis, eksport Melaka pada akhir abad ke-15 ialah ikan kering. Perlombongan Perusahaan bijih timah merupakan perlombongan tertua di Tanah Melayu. Penduduk memungut timah di dasar sungai kerana adanya timah air sunagi menjadi hitam. Bijih timah banyak didapati di lembah sungai di pantai barat Tanah Melayu. Hingga 1800 perlombongan bijih timah ialah perusahaan orang Melayu. Kedah pada masa dahulu terkenal dengan bijih timah. Pedagang Arab menggelar bukit di bahagian tengah Kedah sebagai Gunung Bijih. Perak antara pusat terawal perlombongan bijih timah. Bijih timah dilombong di Sungai Dinding dan Sungai Bruas serta Sungai Larut. Industri bijih timah merupakan satu industri yang tertua di Tanah Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bijih timah telah menarik minat pedagang-pedagang asing dari Mediterranean, Arab, India dan China. Timah yang dilombong daripada kawasan pedalaman telah dilebur dan dijadikan timah jongkong lalu dibawa ke hilir sungai untuk diperniagakan. Kekayaan bijih timah di Tanah Melayu dapat dibuktikan melalui seorang pengembara Arab yang bernama Abu Dulaf (abad ke-10). Beliau berkata di seluruh dunia tidak ada lombong bijih timah seperti di Tanah Melayu. Pada abad ke-12 pula, seorang penulis Itali mengulas bahawa bijih timah di Tanah Melayu sangat tulen dan bercahaya. Menurut sumber China pula, Melaka dan Pahang ada mengeksport bijih timah. Catatan J.F.A. McNair pula menunjukkan, bijih timah mula dilombong di Perak pada tahun 1616 di Manjung dan Beruas.

Selain itu, bijih timah juga dilombong di Sungai Linggi dan Sungai Ujong di Negeri Sembilan. Menurut rekod pedagang China, Johor dan Pahang juga mengeksport bijih timah. Kelantan pula menjadi pengeluar bijih timah kedua terbesar pada awal abad ke-19. Bijih timah digunakan orang Melayu sebagai barang dagangan untuk mendapatkan barangan lain dengan pedagang asing yang datang. Kegiatan melombong dijalan kan secara primitive iaitu menggunakan kaedah mendulang atau melampan. Pada abad ke-5 bijih timah dieksport ke India, abad ke-9 ke negara Arab dan abad ke-13 ke China. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka bijih timah dijadikan bahan dagangan utama antara Melaka, India, Arab dan China. Pada abad ke-17 dan 18 bijih timah dari Perak dan Selangor dikuasai pedagang Belanda dan Inggeris. Hasil perlombongan mempunyai nilai untuk dijadikan mata wang. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, bijih timah, emas dan perak digunakan sebagai mata wang. Antara mata wang yang duguankan ialah tampang, sebuaya dan pitis. Selain itu bijih timah digunakan sebagai bayaran cukai bagi penduduk yang menggunakan sungai sebagai laluan mengangkut bijih timah. Pembesar menggunakan cukai yang diperoleh muntuk membayar ufti kepada raja. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, negeri yang menjadi jajahan takluk Melaka mennggunakan bijih timah sebagai ufti. Antara jajahan takluk yang menghantar ufti adalah Dinding, Bruas, Kelang dan Sungai Ujong. Bijih timah menjadi bahan tumpuan pedagang luar kerana digunakan untuk membuat pelbagai barangan. Pedagang India menggunakannya untuk membuat patung, gendang dan mata kapak. Orang Cina pula membuat kertas timah bagi digunakan dalam upacara keagamaan. Pada

abad ke-16 pedagang Eropah datang ke Tanah Melayu bagi mendapatkan bjih timah. Hasil galian ini dapat menjadi barangan pertukaran dengan barangan dari China.

Perdagangan Pada abad ke-15 corak ekonomi di Tanah Melayu menjadi komersial. Golongan pemerintah Melayu telah lama terlibat dengan ekonomi berbentuk perdagangan. Walaupun kegiatan ekonomi sara diri menjadi kegiatan asas penduduk Tanah Melayu, perdagangan turut dijalankan terutama masyarakat yang tinggal di kuala sungai dan pantai yang berdekatan dengan pelabuhan. Peranan pemeritah dan kewujudan rangkaian perdagangan temapatan membuktikan bahawa ekonomi di negeri-negeri Melayu bersifat terbuka dan tidak sepenuhnya secara sara diri.

Kegiatan perdagangan pada peringkat awal dilakukan secara tukar barang dan dimajukan dengan penggunaan mata wang. Di Melaka mata wang di perkenalkan pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Johor dan Kedah menggunakan mata wang emas manakala Negeri Sembilan, Pahang dan Selangor menggunakan mata wang timah.

Wang timah Kedah

Wang timah Melaka

Wang timah Kelantan

Syiling emas Johor

Perdagangan yang dijalankan rakyat biasa dikenali sebagai berjaja dan dijalankan di pasar kecil atau di sekitar kawasan pelabuhan. Golongan pembesar turut melibatkan diri secara tidak langsung dalam perdagangan. Mereka menjadi pemodal dan melantik wakil ataukiwi untuk menjalankan urusan perdagangan. Mengikut Catatan Tom Pires, perdagangan di Melaka menarik pedagang dari serata tempat. Antara pedagang yang datang adalah pedagang Islam dari Kaherah, Parsi, Turki, pedagang dari Ceylon, Pegu, Arakan,China, Jambi, Palembang, Patani, Pasai, Jawa, Goa dan

ramai lagi. Pedagang yang datang menggunakan jong dan kapal yang membawa pelbagai barangan dan hasil negeri masing-masing. Antara barang dagangan yang dibawa adalah kain.tembikar, sutera, senjata, bahan makanan, emas, perak, manik, nahan perhiasan, rempah, teh, kapur barus dan sebagainya. Pires menggambarkan suasana perdagangan di Melaka yang sibuk dengan para pedagang berdagang di segenap tempat di pelabuhan Melaka. Beliau turut menyebut terdapat 84 bahasa dituturkan di Melaka. Dalam menjalankan perdagangan sistem percukaian di perkenalkan. Pedagang yang datang dari Barat seperti Asia Barat, India dan Sri Lanka dikenakan cukai 6%, pedagang Pegu, Siam, Kedah, Pasai biasanya memberi hadiah manakala pedagang Melayu dan pedagang yang menetap sebagai penduduk tetap membayar 3% cukai bahan dagangan. Cukai diraja adalah 6% bagi orang asing dan 3% bagi rakyat tempatan. Hadiah diberikan kepada Raja, Bendahara, Temenggung dan Syahbandar dengan nilai 1-2%. Pedagang dari Timur seperti Jawa, Maluku, Palembang, Sumatera dan China tidak membayar cukai tetapi memberi hadiah yang berpatutan kepada sultan dan pegawai tertinggi. Apabila Melaka dikuasai Portugis pada 1511, Melaka masih terus menjadi pelabuhan yang penting. Kapal dagang turut dipaksa singgah berdagang di pelabuhan Melaka. Selain itu, kapalkapal dikehendaki mengambil cartazes atau pas laut untuk ke Timur atau Barat. Portugis mahu menguasai perdagangan rempah-ratus maritime di Melaka kerana barangan ini mendapat permintaan yang tinggi dan menguntungkan. Mereka mengenakan cukai kastam kepada pedagang yang datang ke pelabuhan Melaka. Apabila Melaka dikuasai Belanda pada 1641 pula, Pedagang Eropah masih bertumpu ke Melaka untuk dapatkan barangan seperti rempah, emas, tembikar, pelbagai kain dan barangan

lain. Kapal barat turut singgah untuk mengambil air dan berehat sebelum meneruskan perjalanan. Belanda mengenakan peraturan dalam menjalankan perdagangan iaitu hasil beras Melaka hanya dijual di pasar tempatan. Nelayan dilarang menjual terus tangkapan ikan kepada kapal yang berlabuh dan mewajibkan kapal mengambil pas pelayaran. Perdagangan di Kedah pesat dijalankan pada abad 9-11 mempunyai perdagangan yang luas kerana kedudukan pelabuhan yang menarik ramai pedagang datang berdagang. Pelabuhan Kedah juga berfungsi sebagai pelabuhan entrepot bagi perdagangan rempah, gading, timah, rotan, hasil hutan, kapur barus dan sebagainya. Perdagangan di Perak pula melibatkan barang dagangan seperti bijih timah,rotan,pinang dan gading. Sultan menerima cukai atas barang dagangan. Antara barang yang diimport negeri Perak adalah garam,tekstil,tembakau, gambir, rempah dan peralatan besi. Di Johor pula Sungai Johor memainkan peranan penting dalam perdagangan. Ini disebabkan sungai ini merupakan kawasan strategik bagi laluan kapal. Selain itu, sungai yang lebar membolehkan kapal mudik jauh ke pedalaman. Kemudian ia berkembang menjadi pelabuhan entrepot. Pelabuhan Johor menarik minat pedagang datang kerana mempunyai pasaran yang baik, menyediakan kemudahan perdagangan dan terdapat pusat membuat kapal. Antara barang dagangan di Johor adalah emas, kayu gaharu, sarang burung, gading, rotan, beras, tembaga dan

benang emas. Pembesar juga cekap mentadbir pelabuhan dan memudahkan urusan perdagangan dijalankan. Cukai berpatutan dikenakan kepada pedagang. Selain itu sistem naungan diperkenalkan bagi menjaga keselamatan pedagang. Pembesar yang terlibat dalam menjaga keselamatan adalah Bendahara, Temenggung,Laksamana dan Raja

10

Indera Bongsu. Khidmat Orang Laut digunakan bagi membantu menjaga keselamatan kapal dagang dan menjaga perairan di sepanjang pelabuhan Johor.

Selain bijih timah, emas juga didapati di Tanah Melayu namun tidak seaktif perlombongan bijih timah. Menurut J. Kennedy, perlombongan emas mungkin telah dijalankan berhampiran dengan Melaka pada zaman Neolitik lagi dan semenjak dahulu, emas merupakan dagangan yang penting di Tanah Melayu sehinggakan Tanah Melayu dikenali sebagai Semenanjung Emas atau Semenanjung Kencana. Dinyatakan bahawa di Pahang terutamanya di Kuala Lipis, perlombongan emas telah dijalankan selewat-lewatnya semenjak abad ke-16 lagi. Perusahaan ini pada umumnya merupakan perusahaan orang Melayu dan jumlah pengeluarannya adalah kecil.

11

Bibliografi Khoo Kay Kim, Tanah Melayu Abad Ke-18, Jernal Sejarah Jilid 15 Universiti Malaya, Kuala Lumpur.,1977. Muhd Yusof Ibrahim, Pensejarahan Malaysia ,Pusat Pengajian Jarak Jauh Ukm .,2000. Leonard Y.Andaya ,Kerajaan Johor 1641-1728 Pembangunan Ekonomi Dan Politik, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Pustaka.,1987. Norizan Yusof, Sejarah Malaysia STPM, Kuala Lumpur:Marshall Cavendish.,2011. Hasrom Haron, Sejarah Tanah Melayu 1400-1965 , Kuala Lumpur.,1975. Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia STPM ,Selangor :Oxford Fajar.,2009.

12

You might also like