P. 1
Khasiat Dan Fadilat Ayat Alquran Nur Karim

Khasiat Dan Fadilat Ayat Alquran Nur Karim

|Views: 28,915|Likes:
Published by Hamba Allah
KITA HANYA BERUSAHA TETAPI HANYA ALLAH SWT SAHAJA YANG MENGIZINKAN SEGALA-GALANYA APA YANG KITA USAHAKAN. MOHONLAH KEPADA ALLAH TAALA DENGAN SEBENAR-BENARNYA DAN TIDAK MELAMPAUI BATAS. AL-QURAN BUKAN DIJADIKAN MATA PENCARIAN MAKA SEBARKAN BUKU INI KEPADA ORANG LAIN DENGAN HATI YANG IKHLAS. SEBELUM AL-QURAN ITU DIANGKAT, BACALAH DAN AMALKANNYA. SIMPAN DIDALAM DADA SEBAGAI 'PERHIASAN' RUMAH IAITU KALBU KITA, JANGAN JADIKAN DIRI IBARAT KUBURAN.
BACALAH JUGA HADIS-HADIS YANG SAHIH BERKENAAN AYAT-AYAT AL-QURAN DAN FADILATNYA.
RASULULLAH MENINGGALKAN UMATNYA AL-QURAN DAN SUNNAHNYA.
DALAM AL-QURAN ADA AYAT YANG JELAS MAKSUDNYA DAN ADA AYAT YANG SAMAR-SAMAR ATAU BERKIAS-KIAS MAKSUDNYA MAKA JADIKAN HADITH DAN SUNNAH RASULULLAH SALLAHALAI WASSALAM SEBAGAI PENGIRING.
PERINGATAN bahan bacaan ini hanya rujukan sahaja.Untuk memahami dan mempelajarinya bertemulah dengan guru yang layak.Orang islam mempunyai adab maka belajar dan beradab dengan menemui guru agar kita tidak tersesat dan terawang-awangan tanpa pengawasan dan tunjuk ajar.Dilarang sama sekali berguru di internet sebab kita beradab.
KITA HANYA BERUSAHA TETAPI HANYA ALLAH SWT SAHAJA YANG MENGIZINKAN SEGALA-GALANYA APA YANG KITA USAHAKAN. MOHONLAH KEPADA ALLAH TAALA DENGAN SEBENAR-BENARNYA DAN TIDAK MELAMPAUI BATAS. AL-QURAN BUKAN DIJADIKAN MATA PENCARIAN MAKA SEBARKAN BUKU INI KEPADA ORANG LAIN DENGAN HATI YANG IKHLAS. SEBELUM AL-QURAN ITU DIANGKAT, BACALAH DAN AMALKANNYA. SIMPAN DIDALAM DADA SEBAGAI 'PERHIASAN' RUMAH IAITU KALBU KITA, JANGAN JADIKAN DIRI IBARAT KUBURAN.
BACALAH JUGA HADIS-HADIS YANG SAHIH BERKENAAN AYAT-AYAT AL-QURAN DAN FADILATNYA.
RASULULLAH MENINGGALKAN UMATNYA AL-QURAN DAN SUNNAHNYA.
DALAM AL-QURAN ADA AYAT YANG JELAS MAKSUDNYA DAN ADA AYAT YANG SAMAR-SAMAR ATAU BERKIAS-KIAS MAKSUDNYA MAKA JADIKAN HADITH DAN SUNNAH RASULULLAH SALLAHALAI WASSALAM SEBAGAI PENGIRING.
PERINGATAN bahan bacaan ini hanya rujukan sahaja.Untuk memahami dan mempelajarinya bertemulah dengan guru yang layak.Orang islam mempunyai adab maka belajar dan beradab dengan menemui guru agar kita tidak tersesat dan terawang-awangan tanpa pengawasan dan tunjuk ajar.Dilarang sama sekali berguru di internet sebab kita beradab.

More info:

Published by: Hamba Allah on Jan 28, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/18/2015

pdf

text

original

Jika dibaca surah ini pada air, kemudian diberi minum kepada orang yang gagap.
InsyaAllah akan hilang gagapnya itu. Surah ini jika ditulis pada kertas, kemudian
dibungkus dengan kain lalu dijahit. Dibawa dan dipakai apabila ingin memanah atau
menembak. InsyaAllah sasarannya itu tepat. Tulislah surah ini pada bekas yang suci
dengan Za‟faran. Kemudian dihapuskan dengan air diberi minum kepada kanak-
kanak yang susah untuk bercakap. InsyaAllah ia akan bercakap dengan fasih dan
lancar.

Surah Al-Isra’: Khasiat ayat 111 (Akhir surah al-Isra’)

Dan katakanlah: "Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan
tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong
disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta
memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!"

TALIBRAMLI

HALAMAN 61 |

Barangsiapa ditimpa bala, dukacita dan sebagainya,
perbanyakkanlah membaca ayat ini. InsyaAllah dilimpahkan baginya
kegembiraan dan keamanan, serta diberikan kepadanya apa yang
terbaik baginya.

Surah Al-Isra’: Khasiat ayat 110

Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama “Allah" atau nama "Ar-Rahman",
yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka);
kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah
engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau
perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

Surah Al-Isra’: Khasiat ayat 105 – 106

105. Dan dengan cara yang sungguh layak serta berhikmat Kami turunkan Al-Quran, dan
dengan meliputi segala kebenaran ia diturunkan; dan tiadalah Kami mengutusmu
(wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa berita gembira (bagi orang-orang
yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar).
106. Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada
manusia dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.

Kegunaan ayat ini ialah untuk menghilangkan dukacita, mimpi-mimpi
yang buruk, was-was dan khayalan-khayalan yang karut. Caranya
ialah, berpuasa selama 10 hari. Sebaik-baiknya berbuka dengan
makanan dari hasil tanaman atau usahanya sendiri. Selepas solat

isya‟, bacakanlah ayat ini sebanyak 10 kali pada sebekas air.

Minumlah air tersebut dengan niat untuk menghilangkan perkara-
perkara buruk tersebut. Setelah selesai, tidurlah dalam keadaan
suci. Apabila bangun dari tidur, minum pula air itu sebanyak 3 teguk.
Setelah itu bacakan pula ayat ini ke atas air itu sebanyak 10 kali.

TALIBRAMLI

HALAMAN 62 |

Dihembus sebanyak empat kali. InsyaAllah, „afiat. Sebaik-baiknya
diamalkan selama 10 hari.

Surah Al-Isra’: Khasiat ayat 82

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang
menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan
(sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan
keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

Diriwayatkan bahawa suatu ketika, datang seorang perempuan
bersama anak kecilnya berjumpa dengan Rasulullah s.a.w lalu

bertanya; “Ya Rasulullah, sesungguhnya anakku ini telah diganggui
jin. Doakanlah baginya.” Rasulullah s.a.w lalu membaca ayat ini.
Dengan tidak semena-mena sembuh penyakit budak tersebut. Ayat
ini boleh digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit zahir dan

batin. Ayat ini merupakan salah satu ayat syifa‟.

Surah Al-Isra’: Khasiat ayat 80

Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): "Wahai Tuhanku!
Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi
mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi
mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang

menolongku “,

Barangsiapa mengamalkan ayat ini di dalam solat tahajjud atau
dhuha dan solat-solat sunat yang lain sebanyak 40 kali, InsyaAllah ia
akan digolongkan ke dalam golongan kekasih Allah. Bacalah ayat ini
sebelum bertemu dengan pemerintah, temuduga, peperiksaan atau
untuk menghadapi perbicaraan. InsyaAllah ditunaikan segala

TALIBRAMLI

HALAMAN 63 |

hajatnya. Ayat ini jika dibaca ketika pulang dari bermusafir, ia akan
dimuliakan oleh orang-orang kampungnya.

Surah Al-Isra’: Khasiat ayat 45 – 46

45. Dan apabila engkau membaca Al-Quran (wahai Muhammad), Kami jadikan perasaan
ingkar dan hasad dengki orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu
sebagai dinding yang tidak dapat dilihat, yang menyekat mereka daripada
memahami bacaanmu.
46. Dan Kami jadikan (perasaan itu sebagai) tutupan yang berlapis-lapis atas hati
mereka, juga sebagai penyumbat pada telinga mereka, yang menghalang mereka
dari memahami dan mendengar kebenaran Al-Quran; dan sebab itulah apabila
engkau menyebut nama Tuhanmu sahaja di dalam Al-Quran, mereka berpaling
undur melarikan diri.

Amalkan ayat ini, khususnya bagi orang yang selalu diganggu oleh
jin dan syaitan atau selalu berkhayal pada perkara yang karut.

TALIBRAMLI

HALAMAN 64 |

Surah Al-Isra’: Khasiat ayat 23 – 24

23. Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan
kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika
salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua
dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka
(sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau
menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang
mulia (yang bersopan santun).
24. Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan
kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku!
Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan
kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

Ayat ini dibaca pada ubun anak-anak ketika tidur supaya ia tidak
menderhaka kepada ibu bapanya. Boleh juga dibaca pada air atau
makanan. InsyaAllah akan menjadi seorang anak yang taat pada ibu
bapanya

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->