You are on page 1of 28

SET 3

SOALAN 1: (a) Apakah yang dimaksudkan dengan lebihan penduduk ? [5 Markah]

(b) Bagaimanakah kemerosotan pelbagai jenis sumber alam dipengaruhi oleh lebihan penduduk di sesebuah negara? [9 Markah] (c) Pilih sebuah negara di Asia Pasifik yang mengalami lebihan penduduk, cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencapai tahap penduduk optima di negara yang anda pilih itu. [11 Markah] SOALAN 2: Jadual 1 menunjukkan jumlah penduduk mengikut wilayah dan negeri di Semenanjung Malaysia pada Tahun 2002. Jadual 1 : Jumlah Penduduk Mengikut Wilayah dan Negeri di Semenanjung Malaysia pada Tahun 2002. Wilayah Negeri Jumlah Penduduk Mengikut Negeri (000 orang) 204.4 1 649.7 1313.5 2 051.2 4 188.9 1 379.3 860.0 635.8 2 704.6 1 313.0 898.8 1 288.4 Jumlah Penduduk Mengikut Wilayah (000 orang) 3167.6

Utara

Tengah

Selatan

Timur

Perlis Kedah Pulau Pinang Perak Selangor W.P Kuala Lumpur Negeri Sembilan Melaka Johor Kelantan Terengganu Pahang

7 619.4

4 200.4

3 500.2

(a) Berdasarkan jadual 1, dan di atas peta 1 yang disediakan lukis peta titik yang menunjukkan taburan penduduk mengikut wilayah dan negeri di Semenanjung Malaysia pada tahun 2002. [ 8 Markah] (b) Jelaskan mengapa Wilayah Tengah mempunyai jumlah penduduk yang lebih tinggi berbanding dengan wilayah-wilayah yang lain di Semenanjung Malaysia. [9 Markah]

(c) Huraikan kesan ketidakseimbangan taburan penduduk terhadap pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah di Semenanjung Malaysia. [ 8 Markah] .............lihat sebelah SOALAN 3: a) Bezakan ciri perikanan laut dalam dengan perikanan pinggir pantai. [6 Markah] Berdasarkan kepada sebuah negara Asia Tenggara yang telah anda kaji,

b)

i) Jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memajukan sektor perikanan laut dalam di negara tersebut, [11 Markah] ii) Mengapakah sumber perikanan pinggir pantai di negara berkenaan semakin merosot? [8 Markah]

SOALAN 4. Berdasarkan kepada mana-mana sebuah negara Asia Pasifik, a) Huraikan kepentingan sektor perlombongan sumber tenaga kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara berkenaan. [ 9 Markah] b) Jelaskan kesan aktiviti penerokaan dan pemprosesan mineral sumber tenaga terhadap alam sekitar fizikal negara itu. [8 Markah] c) Mengapakah sumber tenaga alternatif di negara berkenaan patut dimajukan? [8 Markah]

SOALAN 5 : Pilih satu jenis sektor perkhidmatan di Malaysia, a).. Mengapakah sektor perkhidmatan tersebut menjadi semakin penting? [8 Markah]

b) Jelaskan kesan terhadap alam sekitar fizikal akibat perkembangan pesat sektor perkhidmatan yang anda pilih itu. [8 Markah] c) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan negatif di atas. [9 Markah]

.............lihat sebelah

SOALAN 6 : Jadual 2 menunjukkan nilai eksport dan import Malaysia dengan beberapa buah negara Asia Pasifik terpilih pada Tahun 2002. Jadual 2: Nilai Eksport dan Import (RM: Juta) Malaysia dengan beberapa buah Negara Asia Pasifik terpilih pada Tahun 2002. Negara-negara Asia Pasifik terpilih Thailand Indonesia Singapura Jepun Taiwan China JUMLAH Eksport 3,909.0 1,576.1 19,635.5 13,978.0 5,203.2 3,422.9 47,724.7 RM: Juta Import 3,703.2 2,414.9 12,236.9 18,559.1 4,988.9 3,019.5 44,923.5

a) Berdasarkan jadual 2, kirakan imbangan perdagangan antara Malaysia dengan setiap negara Asia Pasifik terpilih pada tahun 2002. [6 Markah] b) Lukis sebuah graf bar yang sesuai untuk menunjukkan imbangan perdagangan antara Malaysia dengan setiap negara Asia Pasifik terpilih pada tahun 2002. [10 Markah] c) Huraikan kerjasama ekonomi serantau dan antarabangsa yang disertai oleh Malaysia bagi tujuan meningkatkan aliran perdagangannya. [9 Markah]

SOALAN 7
a) b) Huraikan ciri-ciri bagi sesebuah metropolis. Berdasarkan kepada sebuah metropolis yang telah anda kaji, [8 Markah]

i) Jelaskan mengapa pembangunan ekonomi di pusat metropolis berkenaan perlu diselerakkan ke kawasan pinggirnya. [ 9 Markah]

ii) Terangkan bagaimana kegiatan manusia telah mempengaruhi kemerosotan kualiti alam sekitar di metropolis tersebut. [8 Markah] .............lihat sebelah SOALAN 8. Berdasarkan kajian luar yang telah anda lakukan terhadap mana-mana satu jenis aktiviti ekonomi sekunder, a) Kenalpastikan faktor-faktor yang menyebabkan aktiviti ekonomi tersebut dijalankan di kawasan itu. [7 Markah] b) Berdasarkan bukti dari kajian lapangan anda, tunjukkan kesan-kesan negatif ke atas alam sekitar fizikal akibat aktiviti ekonomi itu. [10 Markah] c) Huraikan langkah-langkah yang sesuai bagi mengurangkan kesan-kesan negatif alam sekitar akibat aktiviti ekonomi yang anda kaji itu. [ 8 Markah]

--------SOALAN TAMAT-------------------

SKEMA SET 3 GEOGRAFI KERTAS 2 STPM

Skema Jawapan: Soalan 1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan lebihan penduduk ? [5 Markah] Markah KONSEP: Konsep Lebihan Penduduk : Suatu keadaan dimana jumlah penduduk berlebihan berbanding dengan sumber-sumber pengeluaran . Terbahagi kepada 2 iaitu: lebihan penduduk mutlak yang bermakna sumber alam yang amat sedikit atau sudah habis digunakan dan lebihan penduduk relatif iaitu sumber alam masih ada/masih banyak tetapi keupayaan teknologi untuk membangun/menjana sumber tersebut adalah rendah sehingga aras dan keperluan penduduk tidak boleh ditampung. CIRI Ciri-ciri negara yang mengalami lebihan penduduk: Antaranya: Kebuluran,kemiskinan, kadar pengganguran yang tinggi; kadar kelahiran dan kadar kematian yang tinggi; pendapatan perkapita yang rendah, taraf sosial seperti tahap pendidikan, kesihatan yang rendah, struktur penduduk tidak seimbang dll yang relevan dengan ciri kependudukan negara sedang membangun. CONTOH Contoh Negara; Lebihan mutlak: Afrika Utara, Sudan, Ethopia, Swaziland, Contoh Negara lebihan relatif: Indonesia, Filipina, India, Bangladesh dll. 1 Pemarkahan: Konsep + Ciri + Contoh: ( 2 + 2 + 1). b) Bagaimanakah kemerosotan pelbagai jenis sumber Alam di pengaruhi oleh lebihan penduduk di sesebuah negara. [9 Markah] Judul Isi Jawapan Kemerosotan pelbagai jenis sumber alam dipengaruhi oleh lebihan penduduk. Ini berlaku dengan cara mengeksploitasi/ mengguna sumber alam secara berlebihan dan tanpa kawalan : 1. Kehabisan sumber-sumber makanan khususnya sumber makanan seperti sumber pertanian dan perikanan. Akibat permintaan yang tinggi dan eksploitasi berlebihan bagi menampung lebihan penduduk. 2. Kemerosotan kualiti tanih - Tanah diteroka secara berlebihan untuk petempatan dan pertanian. Kesuburan tanih terjejas akibat kekerapan penanaman. Struktur tanih 2 Markah

menjadi rosak, kehilangan nuterin, terhakis, cerunnya tidak stabil dan mudah runtuh. 3. Kemerosotan sumber hutan Hutan dinyahkan secara berleluasa bagi memenuhi permintaan penduduk yang semakin pesat untuk petempatan, tapakbina bandar,pelbagai kemudahan asas, kawasan pertanian dll. Kesannya seperti kemusnahan kepelbagaian biologi, habitat, ekosistem dan kepupusan sumber hutan. 4. Kemerosotan sumber-sumber mineral Sumber-sumber seperti petroleum dan gas asli, sumber logam boleh pupus kerana ia terpaksa dikeluarkan secara berlebihan untuk menampung keperluan penduduk yang terlalu ramai. Pengeluaran dan penggunaan yang berlebihan membolehkan sesetengah sumber mineral habis di luar jangkaan. 5. Kemerosotan sumber udara Kadar Pencemaran meningkat akibat pertambahan kenderaan, industri, sisa domestik yang biasanya sejajar dengan pertumbuhan penduduk yang pesat/lebihan penduduk. Cth perlepasan asap, pelbagai gas karbon monaksida dll. 6. Kemerosotan sumber air Kekurangan bekalan air bersih dan kadar pencemaran air meningkat ekoran daripada eksploitasi dan penggunaan yang berlebihan bagi menampung penduduk yang ramai dan berlebihan. 2 7. Kemerosotan sumber marin sumber perikanan laut. Kepupusan hidupan akuatik termasuk ekosistemnya akibat penerokaan sumber yang berlebihan. Pemarkahan: Mana-mana 4 isi x 2 Markah = 8 Markah + 1 markah kepada mana-mana huraian yang baik = MAX 9 Markah. Atau Mana-mana 5 isi x 2 Markah = 10 Markah 1 Markah (Maksimum 9 Markah)
Nota: Kemerosotan pelbagai jenis sumber alam dilihat dari segi kualiti dan kuantiti sumber tersebut. Kuantiti Kepupusan/kehabisan/kemusnahan sumber yang semakin berkurangan Kualiti -- Pencemaran sumber atau kerosakan sumber, hakisan, runtuhan dll

c) Pilih sebuah negara di Asia Pasifik yang mengalami lebihan penduduk, cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencapai tahap penduduk optima di negara yang anda pilih itu. [11 Markah]
Judul Isi Jawapan Memilih sebuah negara di Asia Pasifik yang betul mengalami lebihan penduduk: Contohnya; Indonesia. Filipina, Thailand, Vietnam, Kemboja dll. 1 Markah. Langkah-langkah untuk mengoptimakan penduduk sesebuah Negara yang berlebihan penduduk ialah: Markah Cadangan Langkah 1. Mengurangkan kadar kelahiran dengan cara ; Perancangan keluarga penggunaan pil, kondom, penjarakan kelahiran, kaunseling keluarga dsb. 2 Melaksanakan dasar saiz keluarga kecil seperti satu keluarga satu anak atau satu keluarga dua anak. Cth China. 3. langkah perundangan seperti menaikkan had umur boleh kahwin. Misalnya dari umur belasan tahun kepada awal/pertengahan 20-an. 4. Meningkatkan kerjaya wanita meramaikan wanita berkerjaya tinggi supaya tempoh perkahwinan boleh dilambatkan. 5. Meningkatkan keupayaan teknologi khususnya melalui R&D untuk menjana dan memajukan sepenuhnya pelbagai stok sumber yang ada untuk kesejahteraan penduduk. Disamping mencipta teknologi baru untuk kegunaan penduduk dan negara. 6. Mempelbagaikan aktiviti ekonomi; Mencipta banyak peluang pekerjaan khususnya dalam sektor industri dan perkhidmatan yang menjamin pendapatan perkapita yang tinggi kepada penduduk dan mengatasi pengangguran sepenuhnya. 7. Meningkatkan kualiti sumber manusia dalam negara dengan cara: Pertingkatkan tahap pendidikan dan kemahiran penduduk, latihan lanjutan melahirkan tenaga mahir yang boleh mendominasikan teknologi tinggi serta boleh mengurus tadbir sumber dengan bijaksana. Pemarkahan: Mana-mana 5 isi x 2 Markah = 10 Markah + 1 markah untuk sebutan negara = MAX 11 markah 2

Soalan 2:
a) Membuat Peta Titik bagi menunjukkan taburan penduduk mengikut wilayah dan negeri di Semenanjung Malaysia pada tahun 2002. [ 8 Markah] Skema Jawapan:

Rujuk Peta Titik yang dilukis.


Item Pemarkahan Tajuk yang betul Skala yang sesuai. Petunjuk Kebersihan dan kesempurnaan Plotan 1 wilayah (3 negeri) = 1 markah. Ada 4 wilayah (12 negeri) = MAX 4 markah JUMLAH MARKAH Markah 1 1 1 1 4 8

10

b) Jelaskan mengapa Wilayah Tengah mempunyai jumlah penduduk yang lebih tinggi berbanding dengan wilayah-wilayah yang lain di Semenanjung Malaysia. [ 9 Markah]
Skema Pemarkahan: Sebab-sebab Wilayah Tengah mempunyai jumlah penduduk yang lebih tinggi. Judul Isi Jawapan Wilayah tengah mempunyai jumlah kepadatan penduduk yang ramai kerana menjadi tumpuan migrasi dari wilayah lain juga akibat pertambahan penduduk semulajadi yang pesat 1. Faktor ekonomi peluang pekerjaan yang luas dengan pendapatan yang lumayan khususnya dalam sektor perindustrian,perkhidmatan dan perniagaan yang begitu pesat berkembang di wilayah tengah. 2. Faktor pendidikan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lebih banyak terdapat di Wilayah Tengah khususnya IPTA dan IPTS. 3. Faktor sosial meliputi kemudahan asas pembandaran seperti tempat kediaman yang selesa, prasarana yang cukup, kemudahan kesihatan, kemudahan hiburan dll yang terdapat dengan banyak di wilayah Tengah. 2 Markah

2 2

4. Faktor pengangkutan dan perhubungan kemajuan dan kecanggihan sistem pengangkutan dan perhubungan telah meningkatkan ketersampaian dan interaksi inter dan intra Wilayah tengah dengan wilayah-wilayah yang lain.

5. Peningkatan kadar kelahiran yang tinggi di wilayah tengah- Peningkatan taraf kesihatan, taraf hidup, kualiti hidup penduduk bandar. 6. Perkhwinan migran pada usia muda berkahwin awal menyebabkan fertilitinya adalah tinggi. Ini mempercepatkan pertambahan penduduk di wilayah tengah.

2 2

Pemarkahan: Mana-mana 4 isi x 2 markah = 8 Markah + 1 Markah kepada mana-mana huraian yang baik = MAX 9 Markah. Atau mana-mana 5 isi x 2 markah = 10 Markah 1 Markah (Max 9 Markah)

11

c) Huraikan kesan ketidakseimbangan taburan penduduk terhadap pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah di Semenanjung Malaysia. [8 Markah]
Judul Isi Jawapan Kesan ketidakseimbangan taburan penduduk terhadap pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah: 1. Mewujudkan dualisme ekonomi antara wilayah (pertanian biasanya luar bandar perindustrian) yang menyebabkan jurang/lompang ekonomi antara wilayah yang besar seperti perbezaan KDNK antara wilayah/negeri. 2. Perbezaan Peluang Pekerjaan antara wilayah menyebabkan wujudnya jurang pendapatan perkapita yang besar Kekurangan peluang pekerjaan, pengganguran dan kemiskinan masih ketara di wilayah-wilayah lain khususnya wilayah timur akibat migrasi ke wilayah tengah. 3. Perbezaan saiz dan kuasa beli pasaran saiz pasaran yang luas dan kuasa beli yang tinggi di wilayah Tengah berbanding dengan wilayah lain. 4. Perbezaan ciri-ciri pembandaran/urbanisasi antara wilayah wilayah tengah terlalu pesat, pembangunan bandar yang tidak seimbang. Wilayah tengah mempunyai banyak pusat-pusat pertumbuhan ekonomi cth subbandar, bandar baru, bandar satelit,bandar metropolis dan lain-lain. 5. Perbezaan kemudahan asas antara wilayah pendididikan, kesihatan, pengangkutan, telekomunikasi amat maju di wilayah tengah. Kemajuan ini tidak setanding dengan wilayah-wilayah lain. 6. Perbezaan dari segi pengangkutan dan perhubungan - Jaringan perhubungan dan pengangkutan adalah berbeza mengikut wilayah. 7. Kesan sosial seperti jenayah, merompak/mencuri, perebakan penyakit dan juga masalah sosial meningkat di wilayah tengah. ( Pemarkahan: Mana-mana 4 isi x 2 markah = MAX 8 Markah ) Markah

12

Soalan 3 :
a) b) Bezakan ciri perikanan laut dalam dengan perikanan pinggir pantai. Berdasarkan kepada sebuah negara Asia Tenggara yang telah anda kaji; [6 Markah]

i) Jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memajukan sektor perikanan laut dalam di negara tersebut. [ 11 Markah] ii) merosot? Mengapakah sumber perikanan pinggir pantai di negara berkenaan semakin [8 Markah]

Skema Jawapan:

a)

Bezakan konsep perikanan laut dalam dengan perikanan pinggir pantai.


JUDUL ISI JAWAPAN

[6 Markah]

Perbezaan konsep: Bil 1 2 3 Perikanan Laut Dalam Lokasi laut dalam (ZEE) melebihi 30 batu nautika dari pinggir pantai. Masa operasi Berminggu-minggu di lautan dan dijalankan secara berkumpulan. Orientasi tangkapan Untuk pasaran seperti pasaran eksport. Kuantiti tangkapan banyak. Teknologi tangkapan moden seperti alat ecosonar dan bot berkuasa tinggi. Dijalankan oleh nelayan terlatih. Termasuk jenis tangkapan. Penggunaan modal modal besar, dimiliki oleh syarikat atau persatuan nelayan. Penggunaan BuruhTenaga buruh mahir/import, bil yang ramai. Perikanan Pinggir Pantai Pesisir pantai kurang dari 30 batu nautika dari pinggir pantai Harian ke laut pada waktu pagi dan pulang pada waktu petang. Dijalankan secara individu. Untuk jualan harian lebihan diguna untuk keperluan keluarga. Tradisional jaring, bubu,pancing dijalankan oleh nelayan tradisional. Termasuk jenis tangkapan. Markah 2

2 2 2

Modal kecil milik persendirian. Tenaga Buruh sedikit, kalangan ahli keluarga atau warisan.

5 6

(Pemarkahan: Mana-mana 3 isi x 2 markah = MAX 6 Markah)

13

b)

Berdasarkan kepada sebuah negara Asia Tenggara yang telah anda kaji;

i) Jelaskan langkah yang telah diambil untuk memajukan sektor perikanan laut dalam di negara tersebut. [ 11 Markah]
JUDUL ISI JAWAPAN MARKAH Pilihan negara dijangka Malaysia: 1 Langkah-langkah yang diambil untuk memajukan sektor perikanan laut dalam: 1. Memodenkan infrastruktur perikanan seperti jeti pendaratan, kemudahan tempat awer beku, sistem pengangkutan dan telekomunikasi. 2. Memberikan bantuan/subsidi/pinjaman untuk membeli bot-bot yang besar dan teknologi tangkapan moden. Seperti ecosonar. 3. Memberikan latihan/kemahiran tangkapan/berada di laut dalam, kemahiran pengendalian bot dan alatan moden dll kepada nelayan yang menceburkan diri dengan perikanan laut dalam. 4. Memperkukuhkan rangkaian pemasaran di dalam dan luar negara termasuk mengawal harga ikan di pasaran. 5. Menubuhkan agensi penyelaras dan agensi pembangunan sektor perikanan LKIM dan MAJUIKAN seperti pengeluaran lesen tangkapan, penyelarasan bantuan dan subsidi harga diesel dll 6. Menggunakan perkhidmatan tenaga buruh import khususnya dari Thailand bagi tujuan menampong kekurangan nelayan tempatan untuk terlibat dengan laut dalam. 7. Meningkatkan kawalan keselamatan nelayan rondaan perairan oleh polis marin, tentera laut, jabatan laut dll. 2 8. Kerjasama serantau, antara negara-negara Jiran- Cth Momerendom persefahaman ZEE, Kerjasama Teknikal, bantuan kepakaran, bantuan modal antara negara-negara seperti Jepun, Thailand. 2 (Pemarkahan: Mana-mana 5 isi x 2 markah = 10 Markah + 1 markah pilihan sebuah negara = MAX 11 Markah)

14

ii) merosot?

Mengapakah sumber perikanan pinggir pantai di negara berkenaan semakin [8 Markah]


MARKAH

JUDUL ISI JAWAPAN

Sebab-sebab sumber perikanan pinggir pantai semakin merosot: 1. Tangkapan berlebihan eksploitasi sumber perikanan oleh nelayan tempatan yang menyebabkan kepupusan. 2. Pencerobohan nelayan laut dalam dan nelayan asing kemusnahan habitat akibat penggunaan pukat yang diharamkan. Spt pukat tunda, pukat harimau dll 3. Peningkatan kadar pencemaran pantai tumpahan minyak, pembuangan sisa industri, kumbahan dan domestik ke laut/zon pinggir pantai. 4. Penggunaan kaedah tangkapan yang tidak dibenarkan seperti tuba, aliran elektrik, bom ikan dll yang memusnahkan keseluruhan spesis. 5. Kurangnya pengawasan dari pihak berkuasa seperti dari Jabatan Laut, Polis marin terhadap pengairan negara. 2

(Pemarkahan: 4 isi x 2 markah = MAX 8 Markah)

15

Soalan 4.
Berdasarkan kepada mana-mana sebuah negara Asia Pasifik; a) Huraikan kepentingan sektor perlombongan sumber tenaga kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara berkenaan. [ 9 Markah] b) Jelaskan kesan aktiviti penerokaan dan pemprosesan mineral sumber tenaga terhadap alam sekitar fizikal negara itu. [8 Markah] c) Mengapakah sumber tenaga alternatif di negara berkenaan patut dimajukan [8 Markah]
____________________________________________________________________________________________

Skema Pemarkahan
Berdasarkan kepada mana-mana sebuah negara Asia Pasifik; a) Huraikan kepentingan sektor perlombongan sumber tenaga ekonomi dan sosial negara berkenaan.
JUDUL ISI JAWAPAN Memilih mana-mana sebuah negara dijangka Malaysia. Kepentingan sektor perlombongan sumber tenaga (petroleum, gas asli dan arang batu) kepada pembangunan ekonomi dan sosial: 1. Membekalkan tenaga untuk menggerakkan sebahagian besar sektor ekonomi perindustrian, pengangkutan, perlombongan dll. 2. Menjana pertumbuhan sektor ekonomi hiliran industri memproses seperti industri petrokimia. 3. Menyumbang kepada pendapatan negara peningkatan KDNK daripada sumber eksport. 4. Membuka/menyediakan pekerjaan kepada penduduk peningkatan pendapatan perkapita penduduk. 5. Meningkatkan teknologi dan kepakaran melalui R&D dan latihan lanjutan kepada pekerja. 6. Menggalakkan pelaburan asing dan tempatan menambah dana dalam negara. 2 MARKAH 1

kepada pembangunan [ 9 Markah]

2 2

2 2

7. Menggalakan perkembangan Infrastruktur dan perbandaran- peningkatan telekomunikasi, serta kewujudan bandar-bandar baru. (Pemarkahan: Mana-mana 5 isi x 2 markah = MAX 10 Markah)

16

b) Jelaskan kesan aktiviti penerokaan dan pemprosesan mineral sumber tenaga terhadap alam sekitar fizikal negara itu. [8 Markah]
JUDUL ISI JAWAPAN MARKAH Kesan aktiviti penerokaan dan pemprosesan mineral sumber tenaga terhadap alam sekitar fizikal: 1. Pencemaran air di laut (lokasi carigali), sungai dan tasik (kilang pemprosesan). Menyebabkan kemusnahan ekosistem akuatik. 2. Pencemaran udara perlepasan asap dari kilang pemprosesan dan penapisan mineral sumber tenaga. 3 Pencemaran bunyi dan bau di sekitar kilang pemprosesan. 2

2 2 2

4. Pemanasan setempat suhu sekitar meningkat khususnya di kawasan pemprosesan gas asli. 5 Perubahan landskap- kewujudan kilang-kilang memperoses, jaringan pengangkutan, terminal menyebabkan berlakunya perubahan pandang darat fizikal Cth Kertih, Miri. (Pemarkahan: 4 isi x 2 Markah = MAX 8 Markah)

c)

Mengapakah sumber tenaga alternatif di negara berkenaan patut dimajukan


JUDUL ISI JAWAPAN

[8 Markah]
MARKAH

Sebab-sebab sumber tenaga alternatif patut dimajukan: 1. Mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga konvensional yang semakin pupus. Seperti petrolium, gas asli dan arang batu. 2. Potensi sumber tenaga alternatif masih banyak dan belum dimajukan sumber hidro, solar, biomass dsb. 3. Kosnya murah pengeluaran, penjanaan dan penyelengaraan sumber tenaga alternatif murah. Tidak memerlukan perbelanjaan yang besar berbanding dengan tenaga konvesnal. 4. 5. Bersih dan berterusan sumber tenaga alternatif sentiasa ada dan bersifat mesra alam. Resiko rendah tidak merbahaya. (Pemarkahan: 4 isi x 2 markah = MAX 8 Markah) 2 2 2

2 2

17

Soalan 5:
Berdasarkan kepada negara Malaysia, a) b) Mengapakah industri kecil dan sederhana (IKS) dimajukan oleh kerajaan? [8 Markah] Jelaskan kesan terhadap alam sekitar fizikal akibat perkembangan estet perindustrian. [8 Markah]

c) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mewujudkan industri yang mesra alam di negara itu. [9 Markah]

Skema Pemarkahan Berdasarkan kepada negara Malaysia, a) Mengapakah industri kecil dan sederhana (IKS) dimajukan oleh kerajaan.
JUDUL ISI JAWAPAN MARKAH Sebab-sebab IKS dimajukan oleh kerajaan Malaysia; 1. Memperluaskan rantaian industri yang menyokong atau memperkukuhkan industri berskala besar. IKS sebagai Vendor. 2. Meningkatkan pendapatan eksport negara produk IKS yang dieksport. 2

[8 Markah]

2 2

3. Dasar governan menggalakkan penyertaan bumiputera dalam sektor perindustrian. Meningkatkan golongan usahawan bumiputra. 4. Mengurangkan kebergantungan kepada industri berskala besar yang dimonopoli oleh pelabur asing (syarikat MNCs). Risiko penarikan keluar/peralihan pelaburan ke negara lain. 5. Membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada penduduk setempat. Meningkatkan pendapatan berkapital, kuasa beli dan taraf hidup penduduk. 6. Memperluaskan pasaran dalam dan luar negara penjenamaan produk Malaysia/ Meningkatkan Imej negara. 7. Meningkatkan keupayaan modal tempatan.

2 2

(Pemarkahan: 4 isi x 2 Markah = 8 Markah)

18

b)

Jelaskan kesan terhadap alam sekitar fizikal akibat perkembangan estet perindustrian. [8 Markah]
JUDUL ISI JAWAPAN MARKAH

Kesan terhadap alam sekitar akibat perkembangan estet perindustrian: 1. Pencemaran air sungai, tasik dan paya akibat perlepasan enfluen. Menyebabkan kemusnahan ekosistem akuatik. 2. Pencemaran udara, jerebu dan hujan asid perlepasan asap dari kilang dan gas-gas pencemar. 3 4. Pencemaran bunyi dan bau Bunyi bising dan bau busuk. 2 Pencemaran sisa toksid yang berbahaya.- pembuangan sisa toksid secara haram. 2 5. Pemanasan setempat suhu sekitar meningkat. (Pemarkahan: Mana-mana 4 isi x 2 Markah = MAX 8 Markah) 2

2 2

c) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mewujudkan industri yang mesra alam di negara itu. [9 Markah]
JUDUL ISI JAWAPAN MARKAH Langkah langkah; Langkah perundangan yang relevan 1. Akta dan Ordinan Akta alam sekitar 1974, Ordinan kawalan Enfluen serta Ordinan Kawalan perlepasan asap. 2. Pemantauan dan penguatkuasaan oleh Jabatan Alam Sekitar- Rondaan, perlaksanaan hukuman seperti denda, Kompaun, pembatalan lesen operasi serta penjara. 3. EIA (Enviroment Impact Assement)- Penyediaan laporan awal semasa dan selepas aktiviti perindustrian dijalankan. Amalan pengurusan yang strategik. 4. Merawat sisa industri sebelum dilepaskan ke sistem saliran, 5. Menyediakan kolam takungan yang khas sebagai tempat simpanan sisa 6. Meninggikan serombong asap dan sistem penapisan asap 7. Beralih kepada sumber tenaga alternatif industri tidak terlalu bergantung kepada sumber tenaga konvensional Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar. 8. Melaksanakan kempen kesedaran secara bersepadu antara pekilang, angesi kerajaaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) 9. Pendidikan Alam sekitar secara berterusan secara formal dan informal (Pemarkahan: Langkah perundangan 2 isi x 2 markah = MAX 4 markah Langkah Pengurusan 2 isi X 2 markah = MAX 4 markah Kempen kesedaran 1 isi X 2 markah = MAX 2 markah 2 2 2 2

2 2 2 2

19

Soalan 6 :
Jadual 3 menunjukkan nilai eksport dan import Malaysia dengan beberapa buah negara Asia Pasifik terpilih pada tahun 2002.
Jadual 3: Nilai Eksport dan Import (RM: Juta) Malaysia dengan beberapa buah Negara Asia Pasifik terpilih pada Tahun 2002. Negara-negara Asia Pasifik terpilih Thailand Indonesia Singapura Jepun Taiwan China JUMLAH Eksport 3,909.0 1,576.1 19,635.5 13,978.0 5,203.2 3,422.9 47,724.7 RM: Juta Import 3,703.2 2,414.9 12,236.9 18,559.1 4,988.9 3,019.5 44,923.5

a) Berdasarkan jadual 3, kirakan imbangan perdagangan antara Malaysia dengan setiap negara Asia Pasifik terpilih pada tahun 2002. [ 6 Markah] Skema Jawapan:
Negara Asia Pasifik Terpilih Imbangan Perdagangan (EKSPORT IMPORT) RM: Juta 205.8 - 838.8 7,398.6 - 4,581.1 213.3 403.4 1 Negara = 1 Markah. Markah

Thailand Indonesia Singapura Jepun Taiwan China Pemarkahan:

1 1 1 1 1 1 MAX 6 Markah

b) Lukis sebuah graf bar yang sesuai untuk menunjukkan imbangan perdagangan antara Malaysia dengan setiap negara Asia Pasifik terpilih pada tahun 2002. [10 Markah]
Graf Bar Cermin Item Pemarkahan Tajuk/Kaedah yang betul Skala yang sesuai Petunjuk Plotan (1 negara = 1 markah). Kebersihan dan kesempurnaan Markah 1 1 1 6 1

20

21

c) Huraikan kerjasama ekonomi serantau dan antarabangsa yang disertai oleh Malaysia bagi tujuan meningkatkan aliran perdagangannya. [9 Markah]
JUDUL ISI JAWAPAN Pakatan kerjasama ekonomi serantau dan antarabangsa yang disertai oleh Malaysia untuk meningkatkan aliran perdagangannya: 1. Menyertai Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan juga Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC). 2. Menyertai Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) 2 2 2 MARKAH

3. Menyertai pakatan segitiga pertumbuhan ASEAN : (IMT GT, IMS-GT, EAGA BIMP). 4. 5. Menyertai kerjasama ekonomi dengan Negara-negara Komanwel (CHOGM). Menyertai kerjasama ekonomi Negara-negara berkecuali (NAM).

2 6. Menyertai kerjasama ekonomi dengan Negara Selatan Selatan. (Negaranegara di hemisfera selatan seperti Negara-negara Asia, Afrika dan Amerika selatan). 7. Menyertai pertubuhan Negara-negara Islam (OIC). 2 8. Menyertai Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO). 2 9. Kerjasama Asean + 3 (China, Jepun, India). 2 10. Meryertai negara-negara membangun G15. 2 (Pemarkahan: 4 isi x 2 Markah = 8 Markah + 1 markah atau 9 isi x 1 Markah = 9 Markah (Max 9 markah) 2

22

Soalan 7: a) b) Huraikan ciri-ciri bagi sesebuah metropolis. Berdasarkan kepada mana-mana sebuah metropolis yang telah anda kaji, [8 Markah]

i) Jelaskan mengapa pembangunan ekonomi di pusat metropolis berkenaan perlu diselerakan ke kawasan pinggirnya. [ 9 Markah] ii) Terangkan bagaimana kegiatan manusia telah mempengaruhi kemerosotan kualiti alam sekitar di metropolis tersebut. [ 8 Markah]

Skema Jawapan:

a)

Ciri-ciri bagi sesebuah metropolis,


Judul Isi Jawapan

[8 Markah]
Markah

Di antara Ciri-ciri bagi sesebuah metropolis (bandaraya) ialah: 2 1. Ciri penduduk - saiz penduduk melebihi 250,000 orang. (perniagaan, 2

2. Ciri guna tanah guna tanah bandar sepenuhnya perkhidmatan,perindustrian, kediaman dll sektor ekonomi moden).

3. Pemusatan (aglomerasi) fungsi bandar pentadbiran, perniagaan, perdagangan, perindustrian dll. Sesetengah metropolis berfungsi sebagai bandaraya global. 4. Ciri ruang bandar padat dan tepubina. Perkembangan bangunan secara vertikal bagi menjimatkan ruang.

2 2

2 5. Ciri lingkungan pengaruh sangat luas meliputi sub-sub bandar dan juga bandarbandar yang lain. (Pemarkahan: Mana-mana 4 isi x 2 markah = MAX 8 Markah)

23

Berdasarkan kepada mana-mana sebuah metropolis yang telah anda kaji, i) Jelaskan mengapa pembangunan ekonomi di pusat metropolis berkenaan perlu diselerakan ke kawasan pinggirnya. [ 9 Markah]
Judul Isi Jawapan Memilih mana-mana sebuah metropolis (bandaraya) Sebab-sebab pembangunan di pusat metropolis perlu diselerakkan: 1. Mengurangkan kesesakan dan kepadatan penduduk, ruang dan kenderaan. 2 2 2 2 Markah 1

2. Mengurangkan tekanan terhadap sumber tanah harga tanah menjadi terlalu mahal. 3. Mengurangkan pencemaran persekitaran udara, air, bunyi, bau dll.

4. Mengurangkan tumpuan migrasi ke pusat bandaraya sahaja mengurangkan tekanan pekerjaan, pengganguran, kemiskinan bandar dan masalah sosial di pusat bandaraya. 5. Mengimbangi pembangunan sosio-ekonomi antara pusat dengan pinggir bandar mewujudkan pusat-pusat pertumbuhan ekonomi yang baru di zon pinggir bandaraya. 6. Memenuhi keperluan penduduk semakin mendesak perumahan, kesihatan, pendidikan ,kemudahan asas yang tidak dapat ditampung di pusat bandaraya. (Pemarkahan: Mana-mana 4 isi x 2 markah = 8 Markah + 1 Markah pilihan metropolis = MAX 9 Markah )

ii)

Terangkan bagaimana kegiatan manusia telah mempengaruhi kemerosotan kualiti alam sekitar di metropolis tersebut. [8 Markah]
Judul Isi Jawapan Markah

Bagaimana kegiatan manusia mempengaruhi kemerosotan kualiti alam sekitar di metropolis: 1. Aktiviti pengangkutan pertambahan kenderaan menyebabkan pencemaran udara dan bunyi. 2. Aktiviti perindustrian perlepasan asap dan enfluen mencemarkan udara dan air. 2

2 2

3. Pembuangan sisa domestik dan sisa pepejal mencemarkan udara, air dan bau seperti di kawasan pelupusan sampah (leachate). 4. Aktiviti pembinaan perumahan, jalanraya/lingkaran bandar menyebabkan kejadian tanah runtuh, banjir kilat/banjir lumpur. 5. Aktiviti pembinaan bangunan bandar dan medan letak kereta menyebabkan pemanasan setempat (pulau haba bandar), banjir kilat dll. 6. Aktiviti di kawasan penempatan persetinganan dalam bandar menyebabkan penularan wabak penyakit, persekitaran yang kotor seperti pencemaran air dari sistem pembentungan yang tidak terurus. (Pemarkahan: Mana-mana 4 isi x 2 markah = MAX 8 Markah)

24

Soalan

8.

Berdasarkan kajian luar yang telah anda lakukan terhadap mana-mana satu jenis aktiviti ekonomi tertier. a) Kenalpastikan faktor-faktor yang menyebabkan aktiviti ekonomi tersebut dijalankan di kawasan itu. [7 Markah] b) Berdasarkan bukti dari kajian lapangan anda, tunjukkan kesan-kesan negatif ke atas alam sekitar fizikal akibat aktiviti ekonomi itu. [10 Markah] c) Huraikan langkah-langkah yang sesuail bagi mengurangkan kesan-kesan negatif alam sekitar akibat aktiviti ekonomi yang anda kaji itu. [ 8 Markah]

Syarat Jawapan: Soalan ini adalah soalan kajian luar, oleh itu jawapan calon mesti memenuhi syaratsyarat berikut: 1. Skala jawapan mestilah kecil dan khusus sifatnya. Tidak boleh terlalu luas seperti di sebuah negeri atau negara yang mencerminkan ketidakmampuan calon mengkajinya secara kajian luar. Contoh kawasan kajian yang boleh diambil kira ialah seperti di sebuah pulau, sebuah pantai, sebuah kawasan tanah tinggi, sebuah kawasan hutan, sebuah bandar kecil/sederhana, sebuah kawasan di bandar besar/bandaraya. Paling luas kawasan kajian yang boleh diterima ialah sehingga sebuah daerah sahaja.Kawasan kajian mestilah dinyatakan secara spesifik. 2. Jawapan juga tidak boleh di merata-rata tempat atau melompat dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain. Jawapan calon mestilah bersifat in-situ. 3. Jawapan juga tidak boleh bersifat umum tanpa merujuk kepada mana-mana kawasan kajian pun. 4. Jawapan hanya berdasarkan kepada kegiatan ekonomi tertier sahaja.

Panduan Pemeriksaan: a) Jawapan calon yang tidak memenuhi syarat 1, 2 dan 3 di atas (walaupun masih membincangkan kegiatan ekonomi tertier) markah MAX = 5 sahaja. b) Jawapan calon yang langsung tidak merujuk kepada aktiviti tertier = Markah. 0

c) Bagi jawapan calon yang bercampur aduk antara aktiviti tertier dengan aktiviti ekonomi yang lain maka pilih aktiviti tertier sahaja. Pemarkahannya masih per 25.

25

Skema Jawapan:
a) Tajuk Kajian: Menamakan kawasan kajian dan SALAH satu jenis aktiviti ekonomi tertier Pelancongan, pengangkutan, perniagaan, perkhidmatan. Objektif kajian: Untuk mengenalpasti faktor yang menyebabkan kegiatan ekonomi dijalankan, kesan negatif ke atas alam sekitar dan langkah mengatasinya. Kaedah kajian: Pemerhatian, pencerapan, temubual, soal-selidik dll yang sesuai.

Faktor Faktor yang mempengaruhinya terdiri daripada faktor fizikal dan manusia antaranya ialah;
Faktor Fizikal 1. Bentuk muka bumi/relief seperti di kawasan tanah tinggi, kawasan pantai yang bercerun, landai dll aspek relief. 2. 3. Saliran sistem saliran seperti sungai,tasik, paya elemen saliran semulajadi. Faktor iklim/cuaca seperti keadaan suhu, hujan, kelembapan udara dsb.

4. Faktor tarikan sumber alam secara khusus pulau, hutan, tanah bencah (wetland), gua batu kapur dsb. Faktor Kemanusiaan 1. Kemudahan asas/prasarana yang ada seperti jalan pengangkutan dan perhubungan serta kemudahan fizikal yang lain. 2. Faktor modal keupayaan modal yang ada kecil atau besar, pinjaman kredit daripada institusi kewangan/bank-bank tempatan/dana kerajaan dll. 3. Dasar /polisi kerajaan secara umum dan khusus seperti menubuhkan pelbagai agensi pelaksana dan rangkaian promosi. 4. Faktor teknologi tradisional atau moden, teknologi tempatan atau import.

5. Faktor buruh penggunaan tenaga kerja - tenaga keluarga/tempatan/asing, saiz dan jumlah tenaga kerja yang terlibat. 6. Faktor pasaran berkait dengan permintaan dan penawaran berkaitan dengan harga dan kualiti produk perkhidmatan. 7. Faktor pengurusan sistematik atau tidak, dipengaruhi oleh tahap pendidikan dan kemahiran yang dimiliki, terlatih atau tidak terlatih (ada khidmat bimbingan latihan, R&D dsb) 8. Faktor budaya tarikan budaya secara khusus sperti tinggal arkeologi, monumen, atau tempat-tempat menarik yang disediakan seperti Sunway Lagoon, tasik buatan manusia dll (Pemarkahan: Tajuk = 1, Objektif = 1, Kaedah = 1 + Faktor : 4 Markah. 1 faktor = 1 markah Aras mengenalpasti mestilah secara spesifik).

26

b) Berdasarkan bukti dari kajian lapangan anda, tunjukkan kesan-kesan negatif ke atas alam sekitar fizikal setempat akibat aktiviti ekonomi itu. [10 Markah]
RANGKA JAWAPAN Bergantung kepada jenis aktiviti ekonomi yang dikaji. Antara kesannyanya ialah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Hakisan tanah dan gerakan jisim khususnya tanah runtuh. Pencemaran air. Pencemaran udara . Pencemaran bunyi dan bau. Pencemaran tanih dan sisa pepejal. Perubahan landskap secara besar-besaran .

7. Kemusnahan ekosistem hutan- kehilangan habitat, rantaian makanan, biodiversiti dll yang berkaitan dengan ekosistem. 8. Kesan pemanasan setempat/kenaikan suhu mikro. 9. Kemusnahan kawasan tadahan air. (Pemarkahan: Mana-mana 5 isi x 2 markah = MAX 10 Markah)

c) Huraikan langkah-langkah yang patut diambil untuk mengurangkan kesan-kesan negatif alam sekitar akibat aktiviti ekonomi yang anda kaji itu. [ 8 Markah]

Skema Jawapan: 1. 2. Langkah perundangan secara spesifik Amalan pengurusan yang strategik (Mana-mana 2 isi yang dihuraikan) Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar: = MAX 2 Markah. = MAX 4 Markah

3.

= MAX 2 Markah.

SKEMA TAMAT

27

28

You might also like