You are on page 1of 36

SET 5

1. (a) Takrifkan konsep daya tampung persekitaran fizikal? [3] (b) Huraikan perbezaan antara sumber alam yang boleh diperbaharui dengan sumber alam yang tidak boleh diperbaharui. [6] (c) Bagaimanakah pertumbuhan penduduk yang pesat mempengaruhi kemerosotan daya tampung pelbagai jenis sumber alam di sesebuah kawasan?. [10 ] (d) Terangkan tiga langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan pertumbuhan penduduk di sesebuah negara. [6]

2. Jadual di bawah menunjukkan keluasan setiap negeri dan jumlah penduduk mengikut negeri-negeri di Semenanjung Malaysia pada tahun 2000. Negeri Johor Kedah Kelantan Melaka Negeri Sembilan Pahang Perak Perlis Pulau Pinang Selangor Terengganu Wilayah Persekutuan K.L Keluasan (km persegi) 18 986 9 426 14 920 1 651 6 643 35 965 21 005 795 1 030 7 955 12 955 243 Jumlah Penduduk (Orang) 2,731,500 1,605,200 1,561,500 598,900 849,800 1,319,100 2,130,000 230,700 1,259,400 3,287,800 1,046,100 1,423,900

a) Berdasarkan maklumat dalam jadual di atas, kirakan kepadatan penduduk bagi setiap negeri di Semenanjung Malaysia pada tahun 2000. [6 ] b) Mengapakah kepadatan penduduk antara negeri di Semenanjung Malaysia berbeza?. [10 ] c) Berdasarkan pengiraan anda di dalam (a) di atas, kenalpastikan sebuah negeri yang paling padat penduduknya dan jelaskan kesan tumpuan penduduk terhadap alam sekitar fizikal di negeri tersebut. [9]

......lihat sebelah

3.

(a)

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan kesan pengganda?, (ii) nyatakan kesan pengganda dalam sektor pertanian moden pada masa kini, (iii) huraikan empat ciri sistem pertanian perladangan di Malaysia,

[3]

[4] [8]

(iv) kaji kesan-kesan negatif pembangunan pertanian perladangan terhadap alam sekitar fizikal di Malaysia. [10 ]

Atau
(b) Berdasarkan contoh kawasan tanah tinggi di Malaysia, (i) namakan tiga produk pelancongan yang terdapat di kawasan tanah tinggi tersebut. [3] (ii) huraikan faktor-faktor fizikal yang mempengaruhi perkembangan industri pelancongan di Malaysia. [10] (iii) bagaimanakah sektor pengangkutan mempengaruhi kemajuan industri pelancongan di Malaysia. [6] (iv) jelaskan sumbangan industri pelancongan terhadap pembangunan ekonomi dan sosial negara Malaysia. [6] 4. Jadual di bawah menunjukkan nilai eksport petroleum mentah, produk petroleum dan gas asli cecair Malaysia pada tahun 2001 dan 2005. Eksport Malaysia Nilai Eksport ( RM : Juta) Tahun 2001 Petroleum Mentah Produk Petroleum Gas Asli Cecair Jumlah 11,159.5 7,591.8 11,119.4 29,870.7 Tahun 2005 29,359.6 15,131.8 20,790.2 65,281.6

a) Berdasarkan jadual di atas, lukis sebuah carta pai untuk menunjukkan perubahan nilai eksport petroleum mentah, produk petroleum dan gas asli cecair Malaysia antara tahun 2001 hingga 2005. [10] b) Jelaskan kesan terhadap ekonomi sesebuah negara akibat terlalu bergantung kepada sumber tenaga petroleum dan gas asli [6] .....Lihat sebelah

c)

Berdasarkan negara Malaysia, (i) Kenalpastikan tiga jenis sumber tenaga alternatif yang boleh dimajukan. [3]

(ii) Huraikan kelebihan sumber tenaga alternatif tersebut berbanding dengan petroleum dan gas asli. [6]

5.

(a) Bezakan konsep bandaraya global dengan metropolis.

[4]

b) (i) Pilih sebuah metropolis di Asia Tenggara dan jelaskan peranan metropolis tersebut terhadap pembangunan ekonomi dan sosial negara berkenaan, [9] (ii) huraikan empat kesan negatif akibat pembangunan pesat yang dialami oleh metropolis berkenaan terhadap alam sekitar fizikalnya, [8] (iii) nyatakan empat impak sosial yang dialami oleh penduduk di metropolis tersebut. [ 4] 6. Berdasarkan kepada sebuah negara di kawasan Tropika Lembab

(a) Nyatakan bagaimana aktiviti manusia telah menyebabkan kemerosotan dan kepupusan sumber kepelbagaian biologi hutan. [5] (b) Jelaskan lima kesan fenomena penyahutanan terhadap alam sekitar fizikal di negara tersebut. [10 ] (c) Bagaimanakah sumber kepelbagaian biologi hutan boleh dipelihara dan dipulihara di negara berkenaan. [10 ]

7. (a) Nyatakan empat pakatan kerjasama ekonomi serantau yang disertai oleh Malaysia. [4] b) Berdasarkan kepada mana-mana sebuah pakatan kerjasama ekonomi serantau yang telah anda nyatakan di dalam (a) di atas, i) Jelaskan faedah yang diperolehi Malaysia hasil penglibatannya dengan pakatan tersebut. [ 11 ] ii) Huraikan masalah yang dihadapi untuk memajukan pakatan tersebut. [ 10 ]

........ Lihat sebelah

8. Berdasarkan satu kajian luar yang telah anda lakukan di sebuah Pusat Pertumbuhan Desa. a) Namakan Pusat Pertumbuhan desa tersebut, [1]

b) terangkan kaedah yang anda gunakan untuk memperolehi maklumat primer berkaitan dengan fungsi sosioekonomi yang terdapat di kawasan kajian anda itu. [ 6 ] c) Berdasarkan bukti dari kajian luar anda itu, jelaskan peranan yang dijalankan oleh Pusat Pertumbuhan Desa berkenaan untuk memajukan kawasan desa sekitarnya. [6] d) Huraikan tiga kesan negatif ke atas alam sekitar fizikal setempat akibat kegiatan penduduk di Pusat Pertumbuhan Desa yang anda kaji itu. [6] e) Terangkan tiga langkah yang boleh diambil oleh penduduk tempatan untuk mengurangkan kesan negatif di atas. [6]

--------SOALAN TAMAT------------------

SKEMA JAWAPAN SET 5


GEOGRAFI KERTAS 2

Soalan 1
Skema Jawapan: (a) Takrifkan konsep daya tampung persekitaran fizikal? [3]
Markah MAKSUD: Keupayaan sesuatu sumber alam untuk menampung keperluan penduduk pada aras dan tempoh tertentu. CIRI: Daya tampung persekitaran fizikal atau sumber alam amat bergantung kepada: Kuantiti dan kualiti stok sumber yang ada. Keupayaan teknologi untuk menjana dan membangunkan sumber alam. Pengurusan sumber yang cekap dan berterusan. Kawalan terhadap pertumbuhan penduduk. CONTOH: Daya tampung sumber petroleum di Malaysia dijangka tamat pada tahun 2014. Daya tampung sumber hutan di Malaysia tidak lagi berupaya memenuhi permintaan sektor pembinaan. 1 1 atau 2

1 atau 2 MAX 3

(b) Huraikan perbezaan antara sumber alam yang boleh diperbaharui dengan sumber alam yang tidak boleh diperbaharui. [6] Sumber alam boleh diperbaharui Sumber alam tidak boleh diperbaharui Markah
2

1. Ada di mana-mana dan mudah Kewujudannya terhad di kawasan tertentu diperolehi seperti udara, air, tanih. sahaja seperti petroleum dan gas asli di medannya sahaja. 2. Boleh pupus tetapi boleh Habis, pupus dan tidak boleh diganti semula dipulihara/diganti semula seperti hutan atau dipulihara seperti bijih timah dan bijih dan tanih. besi 3. Boleh dihasilkan/kewujudannya Kewujudannya dalam jangkamasa yang lama dalam jangkamasa yang singkat seperti seperti petroleum dan arang batu mengambil hutan melalui penanaman semula. masa jutaan tahun. 3 isi x 2 markah = MAX 6 Markah.

(c) Bagaimanakah pertumbuhan penduduk yang pesat mempengaruhi kemerosotan daya tampung pelbagai jenis sumber alam di sesebuah kawasan?. [ 10 ]
Judul Isi Jawapan Pertumbuhan penduduk yang pesat sememangnya boleh menyebabkan kemerosotan daya tampung pelbagai jenis sumber alam. Ini berlaku dengan cara mengeksploitasi/ mengguna sumber alam secara berlebihan dan tanpa kawalan : 1. Kemerosotan sumber-sumber makanan kuantiti dan kualiti sumber makanan seperti sumber pertanian dan perikanan terjejas. Eksploitasi terpaksa dibuat bagi menampung pertambahan penduduk yang ramai. 2. Kemerosotan sumber tanah - Tanah diteroka secara berlebihan untuk petempatan dan pertanian. Kesuburan tanih terjejas akibat kekerapan penanaman. Struktur tanih menjadi rosak seperti terhakis, cerunnya tidak stabil dan mudah runtuh. 3. Kemerosotan sumber hutan Hutan dinyahkan secara berleluasa bagi memenuhi permintaan penduduk yang semakin pesat untuk petempatan, tapakbina bandar,pelbagai kemudahan asas, kawasan pertanian dll. Kesannya seperti kemusnahan kepelbagaian biologi, habitat dan ekosistem. 4. Kemerosotan sumber-sumber mineral Sumber-sumber seperti petroleum dan gas asli, sumber logam boleh pupus kerana ia terpaksa dikeluarkan secara berlebihan untuk menampung keperluan penduduk. Pengeluaran dan penggunaan yang berlebihan membolehkan sesetengah sumber mineral habis di luar jangkaan. 5. Kemerosotan sumber udara dan air bersih Kadar Pencemaran meningkat akibat pertambahan kenderaan, industri, sisa domestik, kumbahan yang biasanya sejajar dengan pertumbuhan penduduk yang pesat. 6. Kemerosotan sumber marin akibat eksploitasi sumber perikanan secara berlebihan, kawalselia yang longgar, tumpahan minyak, pencemaran enfluen industri, sisa domestik dan kumbahan dll yang dialirkan ke laut. Pemarkahan: Open Marking: Mana-mana 5 isi x 2 Markah = MAX 10 Markah. Panduan Pemarkahan: 1. 2. 3. 4. Isi sahaja tanpa huraian (Listing only) - 3 isi = 1 markah. MAX 3 Isi dengan huraian longgar = 1 markah bagi setiap isi Isi dengan huraian mantap = 2 markah bagi setiap isi Isi dengan huraian longgar dan contoh = 2 markah bagi setiap isi Markah

MAX 10

(d) Terangkan tiga langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan pertumbuhan penduduk di sesebuah negara. [6]
Judul Isi Jawapan Langkah-langkah untuk mengurangkan pertumbuhan penduduk: 1. Dasar Governan/kerajaan Dasar saiz keluarga kecil/menghadkan bilangan anak; seperti 1 keluarga 1 anak (China) atau 2 anak (Singapura). Mengenakan denda/kompaun, tidak memberikan keistimewaan seperti kemudahan pendidikan, kesihatan dll. 2 Markah

2. Program perancangan keluarga Pengurangan kelahiran dengan penggunaan pil perancang, menjarakkan kelahiran, teknik AUD, pengguguran, kempen saiz keluarga yang seimbang dll.

3. Meningkatkan had umur perkahwinan melewatkan usia berkahwin misalnya melepasi umur 20-an, bagi tujuan mengurangkan fertiliti/kesuburan.

4. Meningkatkan kerjaya wanita memperbanyakkan golongan wanita berkerjaya dan berpendidikan tinggi bagi tujuan melewatkan perkahwinan.

5. Meningkatkan taraf pendidikan penduduk kesedaran untuk mengimbangi kelahiran dengan kemampuan keluarga dan kos sara hidup, penerimaan program perancangan keluarga, tidak terlalu terkongkong dengan adat dan agama dll. Pemarkahan :Close Marking Mana-mana 3 isi terbaik x 2 Markah = 6 Markah Panduan Pemarkahan: 1. 2. 3. 4. Isi sahaja tanpa huraian (Listing only) - 3 isi = 1 markah. MAX 3 Isi dengan huraian longgar = 1 markah bagi setiap isi Isi dengan huraian mantap = 2 markah bagi setiap isi Isi dengan huraian longgar dan contoh = 2 markah bagi setiap isi

MAX 6

Soalan 2:
Skema Jawapan: a) Berdasarkan maklumat dalam jadual di atas, kirakan kepadatan penduduk bagi setiap negeri di Semenanjung Malaysia pada tahun 2000. [6 ]

Mengira kepadatan penduduk dengan menggunakan formula: Jumlah Penduduk (Orang) ______________________ Keluasan (km persegi)
Negeri Johor Kedah Kelantan Melaka Negeri Sembilan Pahang Perak Perlis Pulau Pinang Selangor Terengganu WP Kuala Lumpur Keluasan (km persegi) 18 986 9 426 14 920 1 651 6 643 35 965 21 005 795 1 030 7 955 12 955 243 Jum.Penduduk (Orang) 2,731,500 1,605,200 1,561,500 598,900 849,800 1,319,100 2,130,000 230,700 1,259,400 3,278,800 1,046,100 1,423,900 Kepadatan Penduduk (orang/km persegi) 143.9 170.3 104.7 362.7 127.9 36.7 101.4 290.2 1 222.7 412.2 80.7 5859.6

(Pemarkahan: 1 markah untuk setiap 2 negeri . ada 12 negeri = MAX 6 markah) b) Mengapakah kepadatan penduduk antara negeri di Semenanjung Malaysia berbeza?. [10 ]
Judul Isi Jawapan 1. Faktor Fizikal. Meliputi bentuk muka bumi, jenis dan kesuburan tanih yang boleh dikaitkan dengan pelbagai aktiviti ekonomi pertanian dan ketersampaian. Bandingkan bentuk muka bumi antara negeri sebagai contohnya. 2. Perbandingan saiz antara negeri-negeri negeri kecil, penduduk ramai maka nilai kepadatannya akan tinggi. Bandingkan saiz antara negeri sebagai contohnya. 3. Taburan sumber semulajadi yang tidak seimbang. Negeri-negeri di pantai barat lebih kaya dengan sumber mineral seperti bijih timah boleh dikaitkan dengan sejarah penerokaannya, kaya dengan sumber pertanian dan lain-lain yang boleh dibandingkan dengan negeri-negeri di pantai timur. Markah

4. Faktor ekonomi. Pelbagai sektor ekonomi moden khususnya perindustrian dan perkhidmatan tertumpu di negeri pantai barat yang mewujudkan peluang perkerjaan yang luas, tawaran gaji yang menarik berbanding dengan negeri lain boleh dikaitkan dengan migrasi dari negeri pantai timur dan utara ke pantai barat semenanjung. 5. Sejarah pembangunan. Lebih awal berlaku dan tertumpu di negeri pantai barat khususnya pembangunan sumber alam seperti sektor perlombongan dan perladangan. Termasuk juga Pembangunan bandar/petempatan,pembangunan infrastruktur dan lain-lain.- boleh dikaitkan dengan kemasukan migran Cina dan India. 6. Faktor pengangkutan dan kemudahan sosial. Pelbagai jenis sistem dan jaringan pengangkutan lebih maju dan padat di negeri pantai barat boleh dikaitkan dengan halangan fizikal yang sedikit berbanding dengan kawasan lain. Meningkatkan ketersampaian/mudah sampai, mudah bergerak,cepat dan pantas. Pemarkahan: Open Marking: Mana-mana 5 isi x 2 Markah = MAX 10 Markah. Panduan Pemarkahan: 1. 2. 3. 4. Isi sahaja tanpa huraian (Listing only) - 3 isi = 1 markah. MAX 3 Isi dengan huraian longgar = 1 markah bagi setiap isi Isi dengan huraian mantap = 2 markah bagi setiap isi Isi dengan huraian longgar dan contoh = 2 markah bagi setiap isi

c) Berdasarkan pengiraan anda di dalam (a) di atas, kenalpastikan sebuah negeri yang paling padat penduduknya dan jelaskan kesan tumpuan penduduk terhadap alam sekitar fizikal di negeri tersebut. [9 ]
Judul Isi Jawapan  Negeri yang paling padat penduduknya ialah WP Kuala Lumpur Markah 1

Kesan tumpuan penduduk terhadap alam sekitar fizikal di WP Kuala Lumpur 1. Pencemaran sumber air khususnya sungai Contoh : Sungai Gombak dan Sungai Kelang akibat pembuangan sisa domestik dari penduduk seperti setinggan dan sisa kumbahan. 2. Pencemaran udara akibat perlepasan asap kenderaan dan pembakaran terbuka hasil buangan domestik penduduk di kawasan pelupusan sampah.

3. Pencemaran sampah sarap, bau dan bunyi - bau busuk dari kawasan pengumpulan dan pelupusan sampah, sisa makanan gerai dan restoran serta bunyi bising dari kenderaan. 4. Peningkatan suhu setempat pulau haba bandar. Haba yang dibebaskan oleh metabolisme manusia/penduduk dan juga haba dari sumber kenderaan. 5. Hakisan tanah dan tanah runtuh akibat pembinaan kawasan perumahan dan jaringan jalanraya untuk memenuhi keperluan penduduk yang semakin bertambah. 6. Banjir kilat akibat pembuangan sampah sarap ke kawasan saliran seperti sungai, parit dan longkang di kawasan tumpuan penduduk.

Pemarkahan: Open Marking: Mana-mana 4 isi x 2 Markah = MAX 8 Markah. Panduan Pemarkahan: 1. 2. 3. 4. Isi sahaja tanpa huraian (Listing only) - 3 isi = 1 markah. MAX 3 Isi dengan huraian longgar = 1 markah bagi setiap isi Isi dengan huraian mantap = 2 markah bagi setiap isi Isi dengan huraian longgar dan contoh = 2 markah bagi setiap isi

(Nota: Huraian jawapan calon mesti dikaitkan dengan aktiviti penduduk di kawasan yang menjadi tumpuan penduduk di WP Kuala Lumpur seperti di kawasan setinggan, kawasan pusat bandaraya, kawasan penempatan dll).

10

Soalan 3:
Skema Jawapan: (a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan bioteknologi pertanian? Markah Maksud: Bioteknologi pertanian bermaksud teknologi atau proses yang melibatkan penggunaan sains hayat (biologi) seperti mikro organisma, haiwan atau tumbuhan untuk menyelesaikan masalah pertanian atau menghasilkan produk pertanian yang bermanfaat kepada manusia. Kategori/contoh: Di dalam bidang pertanian, bioteknologi boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu: a) Pengklonan iaitu proses menghasilkan benih tanaman atau haiwan ternakan daripada tisu pokok atau haiwan yang sama kandungan genetiknya dengan induk bertujuan menghasilkan jumlah yang lebih banyak. b) Kacukan atau hibrid iaitu proses memindahkan genetik secara semulajadi daripada dua organisma yang sama untuk menghasilkan anak benih yang baru. Teknologi ini dinamakan sebagai transgenik. 1 2 [ 3]

Judul Isi Jawapan

MAX 3

(ii) nyatakan kesan penggunaan bioteknologi terhadap sektor pertanian pada masa kini. [4] Judul Isi Jawapan
Kesan penggunaan bioteknologi terhadap sektor pertanian: Bioteknologi dianggap sebagai pemacu transformasi pesat sektor pertanian pada masa kini. Ini kerana: 1. Ia berupaya menghasilkan produktiviti/hasil pertanian yang banyak dalam masa yang singkat akibat penggunaan benih/baka baru yang bermutu tinggi dan cepat matang. 1

Markah

11

2. Produk pertanian yang berkualiti dan tahan lama daripada ancaman perosak dan penyakit kerana mikrorganisma diguna untuk melawan ancaman perosak dan penyakit tersebut seperti betik yang mempunyai ketahanan daripada serangan virus dan kapas Bt yang menerima gen bakteria Bacillus Thuringiensis yang tahan daripada serangan larva serangga. 3. Melalui bioteknologi kepelbagaian produk boleh dihasilkan daripada sumber yang sama misalnya buah tomato boleh dihasilkan daripada pokok lada. Kepelbagaian produk boleh meningkatkan pendapatan petani. 4. Produk pertanian yang bersih dan mesra alam seperti hasil tanaman hidroponik, hasil agrobio melalui kaedah kultur tisu yang tidak memerlukan tanah dalam aktiviti pertanian. Sebagai contoh penghasilan benih padi yang bermutu tinggi (golden rice) yang tahan daripada serangga dan penyakit. Oleh itu racun serangga tidak diperlukan. 5. Pertanian boleh dijalankan walaupun tanpa tanah atau berlainan iklim dan cuaca. Misalnya ladang strawberry telah diwujudkan di kawasan gurun Arab Saudi. Bioteknologi memungkinkan kawalan suhu, air, pengudaraan tanpa terlalu bergantung kepada faktor semulajadi. 6. Wujud industri hiliran moden berasaskan bioteknologi pertanian seperti biofeul (biodisel), farmaseutikal dan perubatan, produk kecantikan dll yang berasaskan sumber pertanian Pemarkahan: Mana-mana 4 isi yang dinyatakan x 1 markah = 4 Markah. ( Nota : soalan nyatakan tidak perlu huraian panjang. Cukup sekadar sebaris/dua ayat sahaja untuk dapat 1 markah bagi setiap isi yang dinyatakan. Tetapi ia bukan hanya menyenaraikan isi/listing sahaja)

MAX 4

(iii) huraikan empat ciri sistem pertanian perladangan di Malaysia.


Judul Isi Jawapan Ciri-ciri sistem pertanian perladangan di Malaysia: 1. Jenis tanaman dan taburannya Tanaman utama ialah tanaman kontan seperti getah dan kelapa sawit yang ditanam di kawasan kaki bukit beralun seperti di pedalaman Pahang, Selangor Perak, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak. 2. Skala/saiz ladang melebihi 100 ekar (40 hektar). Diusahakan oleh agensi kerajaan seperti FELDA,FELCRA, Perbadanan Negeri atau oleh syarikat swasta seperti GUTHRIE, SIME DARBY, DUNLOP dan juga orang perseorangan.

[8]
Markah

12

3. Orientasi pengeluaran tujuan eksport sepenuhnya. Hasil dijual ke luar negara atau dijual kepada sektor industri pembuatan sebagai bahan mentah untuk dijadikan barangan pengguna dalam dan luar negara. 4. Ciri modal. Penggunaan modal tinggi/besar hasil pelaburan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti FELDA dan FELCRA dan juga pelaburan asing/syarikat swasta. 5. Ciri buruh. Penggunaan tenaga buruh mahir/berkelulusan tinggi di peringkat pengurusan dan juga tenaga buruh separa mahir di peringkat buruh kasar seperti tenaga buruh Indonesia di sektor perladangan kelapa sawit. 6. Ciri teknologi dan R&D Penggunaan teknologi moden seperti jentera pengangkut dan alat torehan getah dan juga input pertanian moden seperti baja kimia, racun serangga, benih yang bermutu, tahan perosak dan penyakit, cepat berhasil dan berkualiti hasil R&D yang sentiasa dijalankan. 7. Ciri pengurusan Pengurusan sistematik dan cekap yang mementingkan keuntungan terutamanya dalam GLC dan juga syarikat swasta. Pemarkahan :Close Marking Mana-mana 4 isi terbaik x 2 Markah = 8 Markah Panduan Pemarkahan: 1. 2. 3. 4. Isi sahaja tanpa huraian (Listing only) - 3 isi = 1 markah. MAX 3 Isi dengan huraian longgar = 1 markah bagi setiap isi Isi dengan huraian mantap = 2 markah bagi setiap isi Isi dengan huraian longgar dan contoh = 2 markah bagi setiap isi

(iv) kaji kesan-kesan negatif pembangunan pertanian perladangan terhadap alam sekitar fizikal di Malaysia. [ 10]
Judul Isi Jawapan Markah Di antara kesan-kesan negatif yang boleh dijelaskan ialah: 1. Perubahan landskap secara besar-besaran. Landskap hutan bertukar kepada kawasan tergondol di peringkat awal pembukaan ladang atau penanaman semula, kemudiannya bertukar kepada landskap tanaman seperti getah dan kelapa sawit. 2. Kemusnahan ekosistem hutan. Kepupusan kepelbagaian biologinya, kemusnahan habitat,rantaian makanan, spesis flora dan fauna serta lain-lain yang berkaitan dengan ekosistem.

13

3. Memusnahkan kawasan tadahan air dan menggangu keseimbangan hidrologi. Misalnya menggangu proses susupan dan aliran air bawah tanah/sistem akuifer, larian air permukaan,sistem saliran dan lain-lain yang berkaitan dengan komponen hidrologi. 4. Kesan pemanasan setempat/peningkatan suhu mikro. Pemusnahan hutan untuk pembukaan ladang akan menggangu proses transpirasi, kelembapan udara sekitar berkurangan,hujan tempatan berkurangan, suhu sekitar meningkat. 5. Pencemaran udara. Berkaitan dengan amalan pembakaran terbuka secara besarbesaran semasa pembersihan tapak ladang. Menambahkan partikel terampai dalam udara (PM 10 - disebut PM ten) boleh dikaitkan dengan fenomena jerebu pada tahun 1997. 6. Masalah pencemaran sumber-sumber air. Seperti sungai,tasik,paya, air bawah tanah dan lain-lain yang berkaitan dengan penggunaan baja kimia dan racun serangga secara besar-besaran dan berlebihan. 7. Peningkatan kadar hakisan tanah dan banjir lumpur. Berlaku di peringkat awal pembukaan tanah/pembersihan tapak ladang. Partikel-partikel tanah yang longgar akibat hakisan percikan hujan akan dihakis-angkut oleh larian air permukaan, masuk ke dalam sungai menyebabkan sungai keruh,berkelodak dan berlumpur, dasar sungai cetek memudahkan berlakunya banjir. Pemarkahan: Open Marking: Mana-mana 5 isi x 2 Markah = MAX 10 Markah. Panduan Pemarkahan: 1. 2. 3. 4. Isi sahaja tanpa huraian (Listing only) - 3 isi = 1 markah. MAX 3 Isi dengan huraian longgar = 1 markah bagi setiap isi Isi dengan huraian mantap = 2 markah bagi setiap isi Isi dengan huraian longgar dan contoh = 2 markah bagi setiap isi

MAX 10

Atau
(b) Berdasarkan contoh kawasan tanah tinggi di Malaysia, (i) namakan tiga produk pelancongan yang terdapat di kawasan tanah tinggi tersebut. [3]
Judul Isi Jawapan Produk pelancongan yang terdapat di kawasan tanah tinggi di Malaysia; 1. Produk eko-pelancongan - seperti; keindahan alam semulajadi, suhu yang sejuk, keindahan hutan lipur pelbagai jenis fauna dan flora, air terjun dan gua dll elemen semulajadi. 1 Markah

14

2. 3. 4.

Produk pelancongan pertanian pelbagai jenis tanaman dan ternakan. Produk pelancongan permainan dan reakreasi taman tema dan cable car. Produk pelancongan sukan golf dan sukan lasak

1 1 1 1

5. Produk pelancongan kesihatan hotel yang menyediakan perkhidmatan rawatan tradisional, spa dll. 6. Produk pelancongan MICE hotel yang menyediakan perkhidmatan seminar, persidangan, konsert,pameran dll. Pemarkahan : Satu produk beserta dengan contoh kawasan tanah tinggi yang menawarkannya = 1 markah. 3 produk = MAX 3 Markah. Kawasan tanah tinggi yang dirujuk boleh berdasarkan sebuah kawasan sahaja atau banyak kawasan. Jika menyenaraikan produk sahaja tanpa rujukan kawasan tanah tinggi = 0

MAX 3

(ii) huraikan faktor-faktor fizikal yang mempengaruhi perkembangan industri pelancongan di Malaysia. [10]
Judul Isi Jawapan Terdapat pelbagai faktor fizikal/tarikan semulajadi yang perkembangan industri pelancongan di Malaysia. Ini meliputi: mempengaruhi Markah

1. Kewujudan pulau-pulau yang cantik dan taman-taman maritim di sekitarnya. Di antaranya seperti Kepulauan Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Tioman Keindahan persekitaran fizikal pulau seperti laut yang cetek dan jernih, dikelilingi oleh terumbu karang serta hidupan laut yang beraneka jenis. 2. Adanya pantai yang indah dan menarik serta bentuk bumi khusus yang berkaitan dengan pantai seperti teluk, tanjung, lagun, gua, hutan bakau dan lain-lain. Di Malaysia sendiri terdapat pantai yang bersih dan indah yang menggamit kedatangan pelancong samada dari dalam atau luar negara. Diantaranya seperti Pantai Cerating dan Teluk Cempedak di Pahang, Pantai Rantau Abang di Terengganu, Pantai Desaru dan Lido di Johor dan lain-lain lagi. 3. Faktor dan ciri tarikan semulajadi di kawasan tanah tinggi seperti pemandangan yang cantik serta suhu yang sejuk. Sebagai contohnya Cameron Highland, Genting Highland dan juga Tanah Tinggi Kundasang di Sabah. Kawasan tanah tinggi ini bukan sahaja mempunyai pandangan yang cantik dan bersuhu sejuk malah ia sesuai untuk tanaman seperti teh, sayuran dan bungaan yang juga menjadi daya tarikan pelancong.

15

4. Faktor dan ciri tarikan hutan lipur seperti adanya kepelbagaian jenis fauna dan flora, udara yang nyaman serta segar. Di antara contoh fauna yang menjadi tarikan pelancong ialah seperti bunga Refflesia yang terdapat di kawasan hutan di Sabah. Kawasan hutan yang popular untuk pelancongan ialah seperti di Taman Negara, hutan simpan Endau Rompin di Pahang dan juga hutan simpan Belum di Perak. 5. Ciri-ciri tarikan khusus di sesebuah tempat seperti adanya gua batu kapur, air terjun, jeram, sungai, tasik semulajadi dan sebagainya. 6. Faktor iklim dan cuaca. Iklim yang panas menggalakkan kemasukan pelancong Eropah ke Malaysia untuk aktiviti berjemur dan bersantai khususnya di tepi pantai. Pemarkahan: Open Marking: Mana-mana 5 isi x 2 Markah = MAX 10 Markah. Panduan Pemarkahan: 1. 2. 3. 4. Isi sahaja tanpa huraian (Listing only) - 3 isi = 1 markah. MAX 3 Isi dengan huraian longgar = 1 markah bagi setiap isi Isi dengan huraian mantap = 2 markah bagi setiap isi Isi dengan huraian longgar dan contoh = 2 markah bagi setiap isi

MAX 10

(iii) bagaimanakah sektor pengangkutan mempengaruhi kemajuan industri pelancongan di Malaysia. [6]
Judul Isi Jawapan Sektor pengangkutan mempengaruhi kemajuan industri pelancongan di Malaysia dengan cara; 1) Memudahkan kemasukan pelancong asing melalui sistem penerbangan yang cekap dan murah seperti MAS dan AIR ASIA, kemudahan lapangan terbang canggih, moden dan selesa khususnya KLIA. 2) Sistem pengangkutan darat, udara dan air akan meningkatkan ketersampaian antara lokasi pelancongan. Pengangkutan domestik seperti bas, teksi, feri, kapal terbang dll memudahkan dan mempercepatkan destinasi pelancongan dikunjungi. 3) Sistem pengangkutan darat akan mempercepatkan pembangunan sumber-sumber pelancongan yang baru. Menarik kemasukan pelabur yang menyebabkan potensi sumber pelancongan yang baru dimajukan sepenuhnya seperti sumber ecopelancongan, akua-pelancongan, agro-pelancongan dan arkeo-pelancongan. 4) Sistem pengangkutan memudahkan pembangunan fizikal di lokasi pelancongan seperti pembinaan hotel,resort,chalet, kemudahan telekomunikasi dll. 2 Markah

16

5) sistem pengangkutan menggalakkan perkembangan aktiviti ekonomi yang berkaitan dengan sektor pelancongan seperti perniagaan kraf tangan, restoran, sukan air dan lain-lain. 6) sistem pengngangkutan menggalakkan aktiviti pelancongan seperti pelancongan kesihatan,pelancongan pendidikan, pelancongan budaya dan warisan sejarah,pelancongan MICE (persidangan, konvensyen dan pameran), pelancongan kapal mewah,pelancongan sukan dan reakreasi dsb. Pemarkahan: Open Marking: Mana-mana 3 isi x 2 Markah = MAX 6 Markah. Panduan Pemarkahan: 1. 2. 3. 4. Isi sahaja tanpa huraian (Listing only) - 3 isi = 1 markah. MAX 3 Isi dengan huraian longgar = 1 markah bagi setiap isi Isi dengan huraian mantap = 2 markah bagi setiap isi Isi dengan huraian longgar dan contoh = 2 markah bagi setiap isi

(iv) jelaskan sumbangan industri pelancongan terhadap pembangunan ekonomi dan sosial negara Malaysia. [6]
Judul Isi Jawapan Sumbangan industri pelancongan terhadap pembangunan ekonomi dan sosial negara Malaysia meliputi: 1. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Menyumbang kepada pendapatan negara melalui tukaran mata wang asing dan perbelanjaan yang dilakukan oleh para pelancong. Pelancong yang datang dari Negara seperti Jepun, Amerika Syarikat, England dan Jerman mempunyai nilai matawang yang tinggi. Oleh itu perbelanjaan mereka untuk penginapan, makanan, pengangkutan, komunikasi dan sebagainya akan menambahkan pendapatan dan KDNK kepada negara Malaysia. Markah

2. Pekerjaan. Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan secara tidak langsung dapat mengurangkan pengganguran, meningkatkan pendapatan dan taraf hidup penduduk. Peluang pekerjaan wujud dalam sektor perkhidmatan pelancongan seperti pemandu pelancong, sektor perhotelan, sektor pengangkutan dan sebagainya. Ini akan dapat menambahkan pendapatan perkapita penduduk setempat sekaligus boleh meningkatkan taraf hidup mereka.

17

3. Kesan Pengganda. Menggalakkan pertumbuhan atau perkembangan ekonomi yang berkaitan seperti industri kraf tangan, perniagaan makanan, pengangkutan, telekomunikasi, perhotelan dan lain-lain yang berkait secara langsung dan tidak langsung dengan sector pelancongan. Industri perhotelan, pengangkutan, kewangan dan bank,perniagaan pasaraya, kraf tangan akan tumbuh dan berkembang dengan pesat. 4. Membangunkan kawasan mundur dan pembangunan sumber alam berlaku dengan lebih cepat. Sektor pelancongan berupaya menukarkan struktur ekonomi setempat yang bersifat tradisional kepada ekonomi moden disamping menggalakkan pertumbuhan pusat-pusat ekonomi yang baru khususnya di kawasan pedalaman dan luar bandar. Di Malaysia keadaan ini banyak berlaku di Sabah dan Serawak. 5. Menggalakkan perkembangan teknologi, penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam negara khususnya yang berkaitan dengan pelancongan seperti bidang promosi dan kajian strategik, kajian pemuliharaan sumber alam untuk mengekalkan tarikan pelancongan, kajian kualiti perkhidmatan, teknologi komunikasi serta pengangkutan dll. Pemarkahan: Open Marking: Mana-mana 5 isi x 2 Markah = MAX 10 Markah. Panduan Pemarkahan: 1. 2. 3. 4. Isi sahaja tanpa huraian (Listing only) - 3 isi = 1 markah. MAX 3 Isi dengan huraian longgar = 1 markah bagi setiap isi Isi dengan huraian mantap = 2 markah bagi setiap isi Isi dengan huraian longgar dan contoh = 2 markah bagi setiap isi

18

Soalan 4:
Skema Jawapan: Jadual di bawah menunjukkan nilai eksport petroleum mentah, produk petroleum dan gas asli cecair Malaysia pada tahun 2001 dan 2005. Eksport Malaysia Nilai Eksport ( RM : Juta) Tahun 2001 Petroleum Mentah Produk Petroleum Gas Asli Cecair Jumlah 11,159.5 7,591.8 11,119.4 29,870.7 Tahun 2005 29,359.6 15,131.8 20,790.2 65,281.6

a) Berdasarkan jadual di atas, lukis sebuah carta pai untuk menunjukkan perubahan nilai eksport petroleum mentah, produk petroleum dan gas asli cecair Malaysia antara tahun 2001 hingga 2005. [10]
Item Pemarkahan Tajuk yang betul Skala yang sesuai. Pengiraan: a) Perubahan nilai eksport b) Sudut sektor c) Peratus sudut sektor Petunjuk Kebersihan dan kesempurnaan Plotan : 1 sektor = 1 markah. 3 Sektor = MAX 3 JUMLAH MARKAH Markah 1 1 1 1 1 1 1 3 10

b) Jelaskan kesan terhadap ekonomi sesebuah negara akibat terlalu bergantung kepada sumber tenaga petroleum dan gas asli [6]
Judul Isi Jawapan Kesan terhadap ekonomi sesebuah negara akibat terlalu bergantung kepada sumber tenaga petroleum dan gas asli apabila kapasiti sumber ini semakin berkurangan; 1. Kemelesetan ekonomi/perkembangan ekonomi lembab harga bahan api petroleum dan gas asli meningkat yang akan meningkatkan kos pengeluaran sesuatu barangan dari sektor perindustrian. Harga barangan pengguna menjadi lebih mahal. Kegiatan ekonomi sukar dijanakan kerana beban kos pengeluaran yang semakin bertambah. Markah

19

2. Kos pengangkutan meningkat menjejaskan industri penerbangan dan pengangkutan awam. Harga tambang meningkat/penumpang dan industri pengangkutan terjejas. 3. Inflasi meningkat kos sara hidup bertambah apabila harga barangan menjadi mahal akibat peningkatan kos pengangkutan hasil peningkatan harga minyak. Pengguna merasai beban sara hidup terutama untuk mendapatkan barangan keperluan asas. 4. Ketidakstabilan sosio-ekonomi di sesetengah negara mengalami rusuhan dan tunjuk perasaan jalanan akibat peningkatan harga barangan asas pengguna yang membebankan rakyat. Ini mengurangkan kemasukan pelaburan asing. Pemarkahan: Open Marking: Mana-mana 3 isi x 2 Markah = MAX 6 Markah. Panduan Pemarkahan: 1. 2. 3. 4. Isi sahaja tanpa huraian (Listing only) - 3 isi = 1 markah. MAX 3 Isi dengan huraian longgar = 1 markah bagi setiap isi Isi dengan huraian mantap = 2 markah bagi setiap isi Isi dengan huraian longgar dan contoh = 2 markah bagi setiap isi

MAX 6

c) (i)

Berdasarkan negara Malaysia, Kenalpastikan tiga jenis sumber tenaga alternatif yang boleh dimajukan. [3]
Judul Isi Jawapan Markah

Tiga jenis sumber tenaga alternatif yang boleh dimajukan di Malaysia; y y y y y y Tenaga hidroelektrik. Tenaga solar. Tenaga biomas (daripada sampah sarap dan bahan organik reput) Tenaga ombak. Tenaga angin. Tenaga nuklear Pemarkahan: 1 jenis tenaga = 1 markah. 3 jenis tenaga = MAX 3 1 1 1 1 1 1 MAX 3

20

(ii) Huraikan kelebihan sumber tenaga alternatif tersebut berbanding dengan petroleum dan gas asli. [6]
Judul Isi Jawapan Markah

Kelebihan sumber tenaga alternatif berbanding dengan petroleum dan gas asli: 1. Bekalan sumbernya berterusan dan tidak pupus seperti aliran air sungai untuk tenaga hidroelektrik, damparan dan lurutan ombak untuk tenaga ombak, kekuatan tiupan angin untuk tenaga angin dan pancaran bahangan matahari untuk tenaga suria. Ini kerana sifatnya sebagai sumber tenaga yang boleh diperbaharui, tidak seperti tenaga petroleum/gas asli yang tidak boleh diperbaharui. 2. Bersih dan tidak mencemarkan alam sekitar. Tidak ada bahan pencemaran udara yang dibebaskan oleh sumber tenaga alternatif seperti tenaga suria dan hidroelektrik. Ini berbeza dengan tenaga petroleum dan gas asli yang membebaskan bahan pencemar udara yang banyak. 3. Mudah dialir dan dipindahkan hanya melalui kabel elektrik dari pusat penjanaan tenaga seperti dari turbin empangan hidroelektrik. Berbeza dengan tenaga petroleum yang perlu diangkut dengan sistem pengangkutan darat. 4. Kos penyelenggaraannya murah tidak seperti tenaga petroleum dan gas asli yang memerlukan janakuasa/generator bekalan tenaga diselenggara dari masa ke semasa yang menelan kos penyelenggaraan yang tinggi. Penjanaan tenaga alternatif banyak menggunakan teknologi hibrid.

Pemarkahan: Open Marking: Mana-mana 3 isi x 2 Markah = MAX 6 Markah. Panduan Pemarkahan: 1. 2. 3. 4. Isi sahaja tanpa huraian (Listing only) - 3 isi = 1 markah. MAX 3 Isi dengan huraian longgar = 1 markah bagi setiap isi Isi dengan huraian mantap = 2 markah bagi setiap isi Isi dengan huraian longgar dan contoh = 2 markah bagi setiap isi

21

Soalan 5:
Skema Jawapan: (a)
Bil
1

Bezakan konsep bandaraya global dengan metropolis.


Bandaraya Global
Penduduk : Penduduk melebihi 10 juta orang (megacity).

[4]
Markah
2

Metropolis (Bandaraya)
Penduduk melebihi 1 juta tetapi tidak melebihi 10 juta.

Fungsi Global (Antarabangsa) :

Fungsi Nasional (Dalam Negara) dan fungsi serantau: a) Pusat pentadbiran kerajaan/ibu negara b) Pusat perdagangan dan perniagaan dalam negara dan serantau. c) Pusat perindustrian dalam negara dan serantau d) Pusat perkhidmatan dalam negara dan serantau perkhidmatan pendidikan, kesihatan, perkhidmatan sosial dll. e) Pusat pengaliran maklumat dalam negara. f) Pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) 2

a) b) c)

d) e) f)

g)

h)

Penentu kepada keputusan ekonomi dunia (ciri unggul) Pusat Perdagangan Dunia seperti WTC (World Trade Centre) Pusat Persidangan Dunia Persidangan G8, Kesatuan Ekonomi Eropah (EC) Pusat pelaburan, pasaran modal/saham sedunia. Pusat R&D global teknologi ICT, robotik, aeroangkasa dll. Pusat kewangan dunia/Transaksi kewangan dunia, ibu pejabat bank dan firma kewangan antarabangsa. Pusat Maklumat - Info dan infrasturuktur bertaraf global seperti lembah silikon di Amerika Syarikat. Pusat NGO (badan bukan kerajaan) dunia.

Masyarakat kosmopolitan gaya hidup antarabangsa yang mementingkan status, kecekapan pengurusan masa, sangat bergantung kepada penggunaan teknologi tinggi dll. Contoh bandaraya global ialah New York, London, Paris, Tokyo, Los Angeles dan Shanghai

3. Masyarakat bandar tetapi masih terdapat campuran ciri-ciri desa seperti daripada segi amalan adat dan agama.

4. Contoh metropolis ialah : Kuala Lumpur, Jakarta, Bangkok, Manila, Yanggon, Bombay, Culcutta dll

MAX 4

Pemarkahan: y Jawapan mesti menunjukkan perbezaan. y Untuk mendapatkan markah maksima calon mesti menyentuh 2 daripada 4 aspek di atas. MAX 4 Markah

22

b) (i) Pilih sebuah metropolis di Asia Tenggara dan jelaskan peranan metropolis tersebut terhadap pembangunan ekonomi dan sosial negara berkenaan, [9]
Judul Isi Jawapan Metropolis yang dipilih ialah : KUALA LUMPUR. Peranan metropolis Kuala Lumpur terhadap pembangunan ekonomi dan sosial negara Malaysia. 1. Pemasaran dan pelaburan. Peranan Kuala Lumpur sebagai pusat pemasaran pelbagai jenis produk industri, perkhidmatan, perniagaan dan sebagainya ke dalam dan luar negara. Informasi pelaburan modal dan peluang pemasaran barangan Malaysia berlaku di Kuala Lumpur. Contoh adanya Bursa Saham Malaysia. 2. Pekerjaan. Peranan Kuala Lumpur sebagai pusat pekerjaan dalam sektor ekonomi moden kepada penduduk seperti dalam bidang perindustrian, perkhidmatan, perniagaan, pembinaan dll yang memberikan pendapatan yang lumayan kepada penduduk pendapatan perkapita dan taraf hidup penduduk meningkat. 3. Pemodenan. Peranan Kuala Lumpur sebagai pusat pemodenan negara. Program Penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pelbagai bidang dicetuskan oleh Kuala Lumpur untuk disebarluaskan ke kawasan lain. 4. Kemudahan perkhidmatan. Peranan Kuala Lumpur sebagai pusat yang menyediakan pelbagai kemudahan perkhidmatan seperti kemudahan pendidikan tertiari, kemudahan kesihatan pakar, kemudahan pengangkutan dan telekomunikasi canggih dll. 5. Pembentukan golongan menengah. Pembangunan pesat dan pemodenan Kuala Lumpur telah menyebabkan muncunyal golongan pekerja, intelektual, pemimpin masyarakat dan politik yang berfikiran luwes,kaya dengan idea dan inovasi untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan/pembangunan sosio-ekonomi negara yang mapan. 6. Pembauran inovasi. Kuala lumpur juga berfungsi sebagai pusat perebakan, penularan dan penyebaran inovasi/idea baru hasil R&D bagi mempercepatkan proses pemodenan dan pembangunan ke seluruh negara kerana kewujudan ramai golongan menengah yang berpendidikan tinggi. Pemarkahan: Open Marking: Mana-mana 4 isi x 2 Markah = 8 Markah + sebuah metropolis = MAX 9 Markah Panduan Pemarkahan: 1. 2. 3. 4. Isi sahaja tanpa huraian (Listing only) - 3 isi = 1 markah. MAX 3 Isi dengan huraian longgar = 1 markah bagi setiap isi Isi dengan huraian mantap = 2 markah bagi setiap isi Isi dengan huraian longgar dan contoh = 2 markah bagi setiap isi Markah 1

2 MAX 9

23

(ii) huraikan empat kesan negatif akibat pembangunan pesat yang dialami oleh metropolis berkenaan terhadap alam sekitar fizikalnya [8]
Judul Isi Jawapan Kesan negatif terhadap alam sekitar fizikal akibat pembangunan yang pesat yang dialami oleh metopolis Kuala Lumpur: 1. Pencemaran Udara - pelepasan asap dari kenderaan dan industri karbon dioksida dan monoksida dll -IPU meningkat menyebabkan jerebu dan hujan asid. 2. Pencemaran air pembuangan sisa kumbahan, domestik, enfluen kilang premis perniagaan, sisa pembinaan khususnya perumahan. 3. Pencemaran sampah sarap akibat pembuangan sisa domsetik seperti dari perumahan, premis perniagaan, industri dll. 4. Pencemaran bunyi dan bau bunyi bising / bau busuk. 5. Perubahan Landskap kemusnahan kawasan hijau akibat pembangunan bandar 6. Pulau Haba Bandar pemerangkapan haba peningkatan suhu dalam bandar akibat 2 Markah

2 2

7. Banjir kilat daya tampung sistem saliran seperti sungai, parit, longkang dan paya menjadi rendah serta tidak mampu menampung kuantiti air semasa 8. Hakisan tanih serta tanah runtuh bukit dan cerun yang dipotong, diteres, diratakan bagi tujuan pembinaan bangunan . 9. Kemusnahan Ekosistem penebangan hutan di kawasan pinggir bandar merosakkan habitat, rantaian makanan, kepelbagaian spesis dll. Termasuk kemusnahan ekosistem akuatik akibat penebus gunaan tanah lembab. Pemarkahan :Close Marking Mana-mana 4 isi terbaik x 2 Markah = 8 Markah Panduan Pemarkahan: 1. 2. 3. 4. Isi sahaja tanpa huraian (Listing only) - 3 isi = 1 markah. MAX 3 Isi dengan huraian longgar = 1 markah bagi setiap isi Isi dengan huraian mantap = 2 markah bagi setiap isi Isi dengan huraian longgar dan contoh = 2 markah bagi setiap isi

MAX 8

24

(iii) nyatakan empat impak sosial yang dialami oleh penduduk di metropolis tersebut. [ 4]
Judul Isi Jawapan Impak sosial yang dialami oleh penduduk di metropolis Kuala Lumpur: 1. Peningkatan pendapatan perkapita penduduk - taraf hidup meningkat. Bekerja dalam sektor ekonomi moden seperti perniagaan, perindustrian dan perkhidmatan. 2. Perluasan pasaran bertambah kuasa beli penduduk meningkat. 3. Taraf pendidikan meningkat Kadar celik ICT tinggi, peluang pendidikan tertiari bertambah dengan adanya universiti, kolej dan IPTA dan IPTS 4. Taraf kesihatan meningkat kadar kematian menurun, kadar kelahiran bertambah, proses penuaan/jangka hayat bertambah kerana adanya kemudahan kesihatan canggih dan perkhidmatan doktor pakar yang cukup. 5. Kadar mobiliti / pergerakan penduduk meningkat ketersampaian tinggi melalui perkhidmatan pengangkutan seperti sistem komuter, LRT, ERL dll. 6. Masalah sosial seperti kadar jenayah yang tinggi, pelacuran, pengedaran dadah dll kerana kos dan tekanan hidup yang tinggi. 7. Perebakan penyakit di kawasan tertentu seperti kawasan setinggan (slum area). 8. Kualiti hidup terjejas akibat pencemaran udara, air dan bunyi. 1 1 1 Markah

Pemarkahan: Mana-mana 4 isi yang dinyatakan x 1 markah = 4 Markah. ( Nota : soalan nyatakan tidak perlu huraian panjang. Cukup sekadar sebaris/dua ayat sahaja untuk dapat 1 markah bagi setiap isi yang dinyatakan. Tetapi ia bukan hanya menyenaraikan isi/listing sahaja)

25

Soalan 6:
Skema Jawapan Berdasarkan kepada sebuah negara di kawasan Tropika Lembab (a) Nyatakan bagaimana aktiviti manusia telah menyebabkan kemerosotan dan kepupusan sumber kepelbagaian biologi hutan. [5]
Judul Isi Jawapan Markah Pilih sebuah negara di kawsan Tropika Lembab seperti Malaysia, Thailand, Myanmar, Kemboja, Laos, Vietnam, Indonesia dll. Dijangka Malaysia. Antara aktiviti manusia yang menyebabkan kemerosotan dan kepupusan sumber kepelbagaian biologi hutan: 1. Aktiviti pertanian perladangan. Aktiviti pertanian yang melibatkan pemusnahan hutan secara besar-besaran untuk ditukar kepada ladang-ladang pertanian seperti kelapa sawit dan getah telah menyebabkan kemerosotan dan kepupusan sumber kepelbagaian biologi hutan. 2. Pertanian pindah.Pembakaran hutan untuk pertanian pindah turut memusnah ekosistem hutan. 3. Pembinaan empangan hidro elektrik. Aktiviti ini memusnahkan kepelbagaian biologi hutan melalui penebangan dan pembersihan hutan dan penengelaman kawasan hutan bagi tujuan menakung air. Ekosistem hutan akan musnah dengan cepat apabila kawasan huatan ditengelami air. Contoh pembinaan empangan Kenyir. 4. Pembalakan tak terkawal. Pembalakan tak terkawal seperti menggunakan kaedah tebang bersih dan aktiviti pembalakan haram menyebabkan kepupusan sumber kepelbagaian biologi hutan. Aktiviti pembalakan juga melibatkan kerja-kerja penebangan pokok untuk jalan pengangkutan yang merosakkan kepelbagaian biologi hutan. 5. Pembinaan infrastruktur. Aktiviti pembinaan infrastruktu seperti pembinaan lebuh raya, kabel elektrik, saluran paip juga menyebabkan kemerosotan dan kepupusan sumber kepelbagaian biologi hutan 6. Pembinaan kawasan petempatan/perumahan dan pembandaran. Hutan dimusnahkan untuk dijadikan kawasan tapakbina petempatan/bandar seperti pembinaan bandar-bandar baru dan estet perumahan. Pemarkahan: Mana-mana 4 isi yang dinyatakan x 1 markah = 4 Markah. ( Nota : soalan nyatakan tidak perlu huraian panjang. Cukup sekadar sebaris/dua ayat sahaja untuk dapat 1 markah bagi setiap isi yang dinyatakan. Tetapi ia bukan hanya menyenaraikan isi/listing sahaja) 1

1 MAX 5

26

(b) Jelaskan lima kesan fenomena penyahutanan terhadap alam sekitar fizikal di negara tersebut. [10 ]
Judul Isi Jawapan Markah Kesan penyahutanan terhadap alam sekitar fizikal di kawasan negara yang dipilih:

1) Perubahan landskap fizikal yang ketara hutan primer bertukar kepada tanah tergondol atau bertukar kepada hutan sekunder. 2) Meningkatkan kadar hakisan tanih dan gerakan jisim/tanah runtuh pendedahan permukaan tanih secara langsung kepada agen luluhawa dan hakisan. 3) Mengurangkan kesuburan tanih/menjejaskan top soil menggangu keseimbangan nutrien tanih. 4) Meningkatkan kadar pencemaran air khususnya sungai pencemaran kelodak dan bahan ampaian serta menjejaskan ekosistem akuatik. 5) Memusnahkan kawasan tadahan air menjejaskan sumber air kepada sungai, tasik, kolam, paya dan empangan. 6) Peningkatan suhu sekitar (pemanasan setempat) Akibat pengurangan kelembapan udara dan hutan tidak lagi berfungsi untuk menapis dan menyerap bahangan matahari. 7) Menjejaskan imbangan karbon dioksida dengan oksigen dalam atmosfera. Karbon dioksida melebihi oksigen yang menyebabkan peningkatan suhu setempat/dalam negara. 8) Menjejaskan ekosistem hutan kemusnahan habitat, kepelbagaian biologi, rantaian makanan dll.
Pemarkahan: Close Marking:

(Pemarkahan: Mana-mana 5 isi terbaik x 2 markah = MAX 10 markah)


Panduan Pemarkahan: 1. 2. 3. 4. Isi sahaja tanpa huraian (Listing only) - 3 isi = 1 markah. MAX 3 Isi dengan huraian longgar = 1 markah bagi setiap isi Isi dengan huraian mantap = 2 markah bagi setiap isi Isi dengan huraian longgar dan contoh = 2 markah bagi setiap isi

MAX 10

27

(c) Bagaimanakah sumber kepelbagaian biologi hutan boleh dipelihara dan dipulihara di negara berkenaan. [10 ]
Judul Isi Jawapan Markah Langkah-langkah untuk memelihara dan memulihara sumber kepelbagaian biologi hutan di negara yang dipilih Dijangka Malaysia. Langkah Perundangan. 1. Akta Perhutanan Negara 1984 dan Akta Perhilitan dan juga langkah melaksanakan EIA sebelum sesuatu projek pembangunan dijalankan. 2. Pemantauan dan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa: mengenakan tindakan tegas terhadap aktiviti pembalakan haram - seperti denda/kompaun,penjara,membatalkan konsesi pembalakan. 3. Mengharamkan eksport kayu balak terutamanya dari jenis yang hampir pupus seperti kayu ramin dan cengal. Langkah Pengurusan 4. Mewartakan hutan rezab/hutan simpan kekal dan menguatkuasakan akta perhutanan negara terhadap sebarang bentuk pencerobohan hutan simpan . 2 5. Melaksanakan sistem penebangan hutan terpilih bukan tebang bersih. Pokok-pokok yang cukup matang dan cukup ukur lilitnya sahaja yang ditebang. 6. Melaksanakan program penghutanan semula/penanaman semula hutan yang diuruskan secara sistematik, saintifik dan terkawal projek perladangan hutan kompensatori. 7. Menggalakkan penggunaan sumber-sumber gantian agar tidak terlalu bergantung kepada sumber hutan khususnya kayu. Seperti pengunaan simen dan batu bata dalam industri pembinaan, penggunaan kayu getah dalam industri perabot termasuk mengitar semula bahan terbuang. Langkah Kempen Kesedaran dan Pendidikan Alam Sekitar. 8. Kempen menyedarkan masyarakat tentang kepentingan hutan sebagai warisan kita menerusi pelbagai media seperti kempen cintailah hutan kita termasuk juga program pendidikan alam sekitar . PEMARKAHAN: 5 Isi X 2 Markah = MAX 10 Markah. Agihan isi mesti menyentuh ketiga-tiga komponen langkah di atas iaitu: Langkah Perundangan = MAX 4. Pengurusan = MAX 4. Kempen = MAX 2 2

MAX 10

28

Soalan 7:
Skema Jawapan: a) Nyatakan empat pakatan kerjasama ekonomi serantau yang disertai oleh Malaysia. [4]
Judul Isi Jawapan Empat pakatan kerjasama ekonomi serantau yang disertai Malaysia ;     Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Rundingan/kerjasama Ekonomi Asia Timur (EAEC) Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) Segitiga Pertumbuhan ASEAN (IMT-GT, IMS-GT, EAGA-BIMP) (1 pakatan = 1 Markah) Markah

MAX 4

b) Berdasarkan kepada mana-mana sebuah pakatan kerjasama ekonomi serantau yang telah anda nyatakan di dalam (a) di atas; i) Jelaskan faedah yang diperolehi Malaysia hasil penglibatannya dalam pakatan tersebut. [11 ]
Judul Isi Jawapan Memilih mana-mana sebuah pakatan kerjasama ekonomi serantau yang melibatkan Malaysia. Di antara faedah yang diperolehi Malaysia ialah: 1. Faedah perluasan pasaran Hasil liberalisasi perdagangan dan pengurangan sekatan tariff antara negara. 2. Faedah pelaburan Malaysia ke negara luar dan juga kemasukan modal dari negara lain (FDI) ke Malaysia. 3. Faedah perkongsian teknologi, R&D dan inovasi baru dari negara luar/jiran. Mempercepatkan kemasukan teknologi baru dari luar. 4. Faedah perkongsian buruh dan kepakaran menampung kekurangan buruh dalam negara. 5. Faedah daripada perkongsian sumber alam dan juga sumber bahan mentah dan tenaga wujud keadaan saling melengkapi. 6. Faedah daripada usaha sama menjaga dan mengatasi permasalahan alam sekitar serantau seperti kes jerebu dan pencemaran laut. Pemarkahan: Mana-mana 5 isi x 2 markah + 1 markah pilihan pakatan = MAX 11 Markah. Markah 1

MAX 11

29

b ii) tersebut.

Huraikan masalah yang dihadapi untuk memajukan pakatan [10 ]


Judul Isi Jawapan Markah

Masalah yang dihuraikan mestilah tepat dengan pakatan kerjasama ekonomi yang dipilih oleh calon. Antara masalah yangboleh dihuraikan ialah: 1. Konflik politik wilayah dalam negara anggota dan keselamatan serantau. Masalah ketidakstabilan politik di sesetengah negara jiran, masalah tuntutan bertindih, masalah penyelarasan antara negara. 2. Adanya campur tangan dan pengaruh kuasa-kuasa luar/negara kaya seperti USA dan EU dari pakatan yang mengenakan pelbagai tekanan dan ugutan. 3. Keupayaan melaksanakan projek kerjasama serantau. Masalah kekurangan modal dari kalangan negara yang keupayaan pelaburan yang rendah. 4. Perbezaan ekonomi antara negara. Masalah jurang ekonomi yang terlalu besar antara negara anggota . Misalnya jurang nilai mata wang. Ada negara anggota yang terlalu kaya dan terlalu miskin. 5. Persaingan antara kepentingan negara dengan kepentingan serantau. Konflik kepentingan iaitu kepentingan negara melebihi kepentingan serantau. 6. Masalah fizikal malapetaka fizikal seperti gunung berapi, gempa bumi dll. Pemarkahan: Open Marking: Mana-mana 5 isi x 2 Markah = MAX 10 Markah. Panduan Pemarkahan: 1. Isi sahaja tanpa huraian (Listing only) - 3 isi = 1 markah. MAX 3 2. Isi dengan huraian longgar = 1 markah bagi setiap isi 3. Isi dengan huraian mantap = 2 markah bagi setiap isi 4. Isi dengan huraian longgar dan contoh = 2 markah bagi setiap isi MAX 10

30

Soalan 8:
Skema Jawapan:

Berdasarkan satu kajian luar yang telah anda lakukan di sebuah pekan atau bandar kecil yang mempunyai jumlah penduduk kurang daripada 30,000 orang. Syarat Jawapan: Soalan ini adalah soalan kajian luar/kajian lapangan, oleh itu
jawapan calon mesti memenuhi syarat-syarat berikut: 1. Skala jawapan mestilah kecil dan khusus sifatnya. Merujuk kepada sebuah pekan atau bandar kecil sahaja . Jawapan juga tidak boleh merujuk kepada banyak bandar kecil. Antara contoh bandar kecil yang boleh diterima ialah seperti Bandar Maran, Bandar Jerantut, Bandar Bentong, Bandar Raub, Bandar Jengka, Bandar Kuala Lipis, Bandar Camaeon Highland, Bandar Pekan, Bandar Rompin, Bandar Muazam Shah dan Bandar Mentakab, Bandar Baru Bera. 2. Jawapan calon tidak boleh merujuk kepada bandar besar atau sederhana seperti bandar Kuantan (Bandar Besar) dan Temerloh (Bandar Sederhana) 3. Jawapan juga tidak boleh bersifat umum tanpa merujuk kepada mana-mana sebuah bandar pun. (Nota: Jawapan calon yang tidak memenuhi syarat 1, 2 dan 3 di atas maka markah MAX = 5/25 sahaja.)

a)

Namakan pekan atau bandar kecil tersebut,

[1]

Judul Isi Jawapan a) Tajuk Kajian : Calon mesti menamakan sebuah pekan atau bandar kecil yang dikaji.

Markah 1

MAX 1

31

b) Terangkan kaedah yang anda gunakan untuk memperolehi maklumat primer berkaitan dengan fungsi sosioekonomi yang terdapat di kawasan kajian anda itu. [6]

Judul Isi Jawapan Menerangkan kaedah kajian seperti:


1. Pemerhatian /pencerapan di lokasi kajian memerhatikan pelbagai jenis fungsi sosio ekonomi yang dijalankan di pekan atau bandar kecil berkenaan. 2. Soal selidik - mengedarkan borang untuk dapatkan maklumat jumlah responden dan ciri responden. 3. Temubual peniaga, pekerja yang terlibat dalam sektor ekonomi di pekan atau bandar kecil yang dikaji. 4. Senarai semak - menyediakan senarai semak item yang dikaji.

Markah

2 2

(Pemarkahan: Kaedah = 3 isi x 2 markah = 6 markah) Nota: i) ii) Setiap kaedah perlu ada huraian untuk dapat 2 markah. (Perlukan 3 kaedah yang dihurai untuk MAX 6 markah) Jika sekadar menyatakan/menyenaraikan sahaja, maka setiap kaedah = 1 Markah.

MAX 6

c) Berdasarkan bukti dari kajian luar anda itu, jelaskan peranan yang dijalankan oleh pekan atau bandar kecil berkenaan untuk memajukan kawasan desa sekitarnya. [6]
Judul Isi Jawapan Peranan pekan atau bandar kecil untuk memajukan kawasan desa sekitarnya 1. Peranan sebagai pusat Pentadbiran daerah. Di sini letaknya pelbagai pejabat kerajaan yang berfungsi untuk melicinkan pentadbiran peringkat daerah. Misalnya Pejabat Tanah dan Majlis Daerah . Dengan adanya jabatan-jabatan ini maka memudahkan lagi urusan seharian penduduk desa sekitar seperti urusan tanah,pembayaran cukai tanah dan perniagaan tanpa perlu bergerak ke bandar yang lebih jauh. 2 Markah

32

2. Penyelaras projek pembangunan. Pejabat kerajaan yang ada seperti JKR, Pejabat Daerah dll berperanan menjadi penyalur arahan dan penyelaras rancangan-rancangan pembangunan desa di sekitarnya. Pelbagai projek seperti penaikan taraf jalan kampung, pembinaan jeti/jambatan,pembangunan persimpangan dengan ruang-ruang kedai,pembangunan industri diselaraskan oleh ke dua-dua jabatan berkenaan. Akhirnya penduduk kampung juga dapat menikmati pembangunan sosio-ekonomi moden agar tidak jauh ketinggalan berbanding dengan daerah/kawasanlain. 3. Peranan Sebagai Penyedia/Pembekal barangan keperluan harian Penduduk di Sekitarnya . Bandar kecil/pekan amat jelas sekali berfungsi sebagai pembekal barangan kepada perniagaan runcit untuk keperluan harian penduduk desa sekitarnya. Tanpa adanya bandar kecil maka rankaian kedai-kedai runcit yang wujud di setiap kampung akan kekurangan bekalan dan akhirnya penduduk desa juga yang bermasalah. 4. Menjadi pasaran kepada produk desa. Pada masa yang sama barangan keluaran desa khususnya keluaran pertanian dan penternakan akan dipasarkan di bandar kecil/pekan berkenaan. Hal ini dibuktikan melalui kewujudan pasar-pasar tani dan juga pasar malam. Hasil tanamam,hasil buahan dan hasil ternakan yang dijual di bandar ini turut menambahkan pendapatan penduduk desa. Kuasa beli mereka akan bertambah dan akhirnya mampu memiliki barangan dan perkhidmatan bandar. 5. Peranan Sebagai Pusat Pekerjaan penduduk. Dengan adanya sektor industri dan perkhidmatan di bandar kecil maka ia membuka lebih banyak peluang perkerjaan yang mampu menyerap lebihan buruh di desa sekitarnya agar tidak tertumpu di sektor pertanian semata-mata. Dengan itu pandapatan perkapita dan kuasa beli penduduk bertambah disamping dapat mengurangkan aliran migrasi yang berterusan ke bandarbandar besar. 6. Membekalkan Perkhidmatan Sosial. Fungsi perkhidmatan sosial di bandar kecil juga adalah pelbagai jenis seperti perkhidmatan pendidikan (adanya Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah rendah dan menengah), fungsi kesihatan (adanya pusat kesihatan/hospital), perkhidmatan pos,balai polis,bomba,balai informasi,pejabat penerangan daerah dan sebagainya. Semua perkhidmatan ini penting bagi pembangunan penduduk desa sekitarnya. Dengan adanya fungsi tersebut maka kualiti hidup penduduk desa terus dan sentiasa meningkat. Misalnya peningkatan taraf kesihatan, kawalan pelbagai penyakit seperti denggi dan taun, pengurangan kadar mortaliti bayi, peningkatan kenal huruf, celik ICT dll. 7. Meningkatkan darjah ketersampaian dan penyebaran maklumat. Perkhidmatan pengangkutan dan telekonumikasi yang ada mampu mempercepatkan pergerakan barangan, perkhidmatan dan maklumat. Informasi dan inovasi baru dapat disebarkan kepada penduduk dengan cepat kerana sistem perhubungan dan pengangkutannya mudah sampai (assibile). Pemarkahan: Open Marking:

(Pemarkahan: Mana-mana 3 isi x 2 markah = MAX 6 Markah)

MAX 6

33

d) Huraikan tiga kesan negatif ke atas alam sekitar fizikal setempat akibat kegiatan penduduk di pekan atau bandar kecil yang anda kaji itu. [6]
Judul Isi Jawapan Tiga kesan negatif ke atas alam sekitar fizikal setempat akibat kegiatan penduduk 1. Pencemaran air. Berlaku akibat pembuangan sisa-sisa kumbahan dan sisa domestik ke dalam longkang, parit atau sungai berdekatan. 2. Pencemaran udara. Berlaku akibat pertambahan bilangan kenderaan yang mengeluarkan asap berbahaya, asap kilang dan juga asap dari kawasan pelupusan sampah. 3. Pencemaran sekitar/sampah sarap. Pembuangan sisa domestik/longgokan sampah yang mencemarkan persekitaran. 4. Pencemaran bau dan bunyi bau busuk dari sisa longgokan sampah (Leachate), sisa makanan dari gerai/warung/restoran dan juga bunyi bising dari kenderaan dan janakuasa kilang yang beroperasi. 4. Pemanasan setempat. Berlaku akibat pertambahan bangunan, kawasan berturap, bilangan kenderaan dan kekurangan kawasan hijau yang diguna untuk tapakbina bangunan dan kawasan perumahan. 5. Hakisan tanah dan tanah runtuh di kawasan tapakbina bangunan/perumahan. Pemarkahan :Close Marking Mana-mana 3 isi terbaik x 2 Markah = 6 Markah Panduan Pemarkahan: 1. 2. 3. 4. Isi sahaja tanpa huraian (Listing only) - 3 isi = 1 markah. MAX 3 Isi dengan huraian longgar = 1 markah bagi setiap isi Isi dengan huraian mantap = 2 markah bagi setiap isi Isi dengan huraian longgar dan contoh = 2 markah bagi setiap isi 2 Markah

34

e) Terangkan tiga langkah yang boleh diambil oleh pihak berkuasa tempatan untuk mengurangkan kesan negatif di atas. [6]

Judul Isi Jawapan Tiga langkah yang boleh diambil oleh pihak berkuasa tempatan:

Markah

1. Mengawal selia dan memantau aktiviti penduduk oleh Majlis Daerah/Majlis Tempatan. Contoh dalan aktiviti perniagaan sistem pelabelan tahap kebersihan sebagai peringatan kepada pelanggan misalnya (Hijau baik, Kuning memuaskan, Merah tidak bersih). 2. Menguatkuasakan undang-undang PBT seperti denda/kompaun, menyitar premis, membatalkan lesen operasi kepada sesiapa yang melanggar peraturan. 3. Menyediakan sistem pungutan sampah dan pelupusan sisa pepejal/sampah secara sistematik dan berjadual di tapak pelupusan yang khas jauh dari kawasan petempatan. Sebagai contoh oleh Alam Flora. 4. Menyediakan tong-tong sampah dan pusat pungutan bahan untuk kitar semula. 5. Menyediakan perkhidmatan pembentungan yang cekap oleh IWK mengangkut dan merawat sisa kumbahan di loji rawatan yang jauh dari petempatan. 6. Mengadakan kempen kesedaran mengenai kesan terhadap alam sekitar fizikal akibat aktiviti manusia melalui risalah, penerangan, ceramah/seminar atau gotong royong membersihkan persekitaran yang melibatkan kerjasama PBT, Kementerian Kesihatan, NGO dan orang ramai.
Pemarkahan :Close Marking Mana-mana 3 isi terbaik x 2 Markah = 6 Markah Panduan Pemarkahan: 1. 2. 3. 4. Isi sahaja tanpa huraian (Listing only) - 3 isi = 1 markah. MAX 3 Isi dengan huraian longgar = 1 markah bagi setiap isi Isi dengan huraian mantap = 2 markah bagi setiap isi Isi dengan huraian longgar dan contoh = 2 markah bagi setiap isi

MAX 6

35

36

You might also like