You are on page 1of 25

SET 2

Soalan 1
Berdasarkan mana-mana sebuah negara di rantau Asia Pasifik, Nyatakan pelbagai jenis aliran migrasi dalaman yang berlaku di negara tersebut. [5 Markah] (b) Pilih satu jenis aliran migrasi dalaman yang utama di dalam negara berkenaan, huraikan faktor yang mempengaruhi aliran migrasi berkenaan. [8 Markah] (c) Jelaskan kesan negatif aliran migrasi yang anda pilih di dalam (b) di atas terhadap kawasan asal dan kawasan destinasinya. [12 Markah ] SOALAN 2 Jadual 1 di bawah menunjukkan keluasan setiap negeri dan jumlah penduduk mengikut negeri-negeri di Semenanjung Malaysia pada tahun 2000. Jadual 1: Keluasan dan Jumlah Penduduk mengikut negeri di Semenanjung Malaysia Pada tahun 2000. Negeri Johor Kedah Kelantan Melaka Negeri Sembilan Pahang Perak Perlis Pulau Pinang Selangor Terengganu Wilayah Persekutuan K.L Keluasan (km persegi) 18 986 9 426 14 920 1 651 6 643 35 965 21 005 795 1 030 7 955 12 955 243 Jumlah Penduduk (Orang) 2,731,500 1,605,200 1,561,500 598,900 849,800 1,319,100 2,130,000 230,700 1,259,400 3,287,800 1,046,100 1,423,900 (a)

Sumber: Laporan Banci Penduduk , 2000. a) Berdasarkan jadual 1 di atas, kirakan kepadatan penduduk bagi setiap negeri di Semenanjung Malaysia pada tahun 2000. [6 Markah] b) Dengan menggunakan kaedah Peta Choropleth (Peta Lorek), tunjukkan kepadatan penduduk bagi setiap negeri di Semenanjung Malaysia pada tahun 2000 di atas peta 1 yang disediakan. [10 Markah]

c) beza?.

Mengapakah kepadatan penduduk di Semenanjung Malaysia berbeza[9 Markah]

Soalan 3
a) Huraikan masalah yang boleh menghalang kemajuan industri perikanan di negara-negara Asia Tenggara. [8 Markah] b) Pilih sebuah negara di Asia Tenggara;

i) Terangkan faktor-faktor yang menyebabkan sumber perikanan pinggir pantainya kian merosot. [9 Markah] ii) Jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memelihara dan memulihara sumber-sumber perikanan pinggir pantai di negara itu. [ 8 Markah]

Soalan 4
a) Bezakan maksud industri primer dengan industri sekunder. [6 Markah]

b) Huraikan faktor-faktor yang boleh menghalang kemajuan industri perkilangan di sesetengah negara Asia Tenggara . [10 Markah] c) Jelaskan kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar fizikal akibat kemajuan industri perkilangan di negara-negara Asia Tenggara. [9 Markah]

Soalan 5.
Dengan merujuk kepada mana-mana satu jenis sumber alam yang boleh diperbaharui; a) Mengapakah sumber alam tersebut perlu dipelihara dan dipulihara.? [13 Markah]

b) Jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil bagi melestarikan pembangunan sumber alam yang telah anda pilih itu. [12 Markah]

Soalan 6:
Jadual 2 di bawah menunjukkan anggaran jumlah penduduk di beberapa buah bandaraya terpilih di Asia Tenggara pada tahun 2000.
Jadual 2: Anggaran Jumlah penduduk di beberapa buah bandaraya terpilih Di Asia Tenggara pada tahun 2000

Letakan Bandaraya di atas Peta 1 Berasaskan Nombor. 1 2 3 4 5

Bandaraya Yangon Bangkok Hanoi Bandaraya Ho Chi Minh Kuala Lumpur

Jumlah Penduduk (Orang) 5 144 000 10 710 000 3 443 000 5 460 000 2 630 000

Sumber: United Nations: The Prospect of World Urbanization (1950 2000)

Berdasarkan jadual 2; a) Lukis sebuah Peta Bulatan Berkadar di atas peta 1 yang disediakan bagi menunjukkan anggaran jumlah penduduk di beberapa buah bandaraya terpilih di Asia Tenggara pada tahun 2000. [ 10 Markah] b) Berpandukan peta yang telah anda lukis itu;

i) Kenalpastikan sebuah bandaraya primat dan jelaskan mengapa bandaraya tersebut menjadi bandaraya primat ?. [ 9 Markah] ii) Huraikan kesan-kesan negatif ke atas persekitaran fizikal akibat pembentukan bandaraya primat tersebut. [ 6 Markah]

Soalan 7
a) Nyatakan empat pakatan kerjasama ekonomi serantau yang disertai oleh Malaysia. [4 Markah] b) Berdasarkan kepada mana-mana sebuah pakatan kerjasama ekonomi serantau yang telah anda nyatakan di dalam (a) di atas; i) Jelaskan faedah yang diperolehi Malaysia hasil penglibatannya dengan pakatan tersebut. [11 Markah]

ii)

Huraikan masalah yang dihadapi untuk memajukan pakatan tersebut. [10 Markah]

Soalan 8.
Pilih satu kawasan tanah tinggi yang telah anda kaji secara kajian lapangan; a) Kenalpastikan aktiviti pembangunan ekonomi persekitaran fizikal kawasan tanah tinggi tersebut. yang telah merosakkan [7 Markah]

b) Tunjukkan bukti-bukti berlakunya kerosakan fizikal akibat aktiviti pembangunan ekonomi di atas. [8 Markah] c) Cadangkan langkah-langkah yang wajar diambil untuk mengurangkan kesan kerosakan persekitaran fizikal tersebut. [10 Markah]

Soalan Tamat.

SKEMA PEMARKAHAN Soalan 1


Berdasarkan mana-mana sebuah negara di rantau Asia Pasifik, (a) Nyatakan pelbagai jenis aliran migrasi dalaman yang berlaku di negara tersebut. [5 Markah] Judul Isi Jawapan Negara yang dipilih ialah Malaysia. Jenis-jenis aliran migrasi dalaman yang berlaku di Malaysia; y y y y Migrasi desa ke bandar. (Nyatakan contoh) Migrasi bandar ke desa. (Nyatakan contoh) Migrasi bandar ke bandar.(Nyatakan contoh) Migrasi desa ke desa. (Nyatakan contoh) 1 1 1 1 Markah 1

(Pemarkahan: 1 jenis aliran + Contoh = 1 markah. Pilihan negara = 1 Markah. MAX 5 Markah). Jika menyatakan jenis aliran sahaja tanpa contoh = tiada markah)

(b) Pilih satu jenis aliran migrasi dalaman yang utama di dalam negara berkenaan, huraikan faktor yang mempengaruhi aliran migrasi berkenaan. [8 Markah] Judul Isi Jawapan Markah Jenis aliran migrasi yang utama berlaku ialah migrasi desa ke bandar (luar bandar ke bandar. Faktor atau sebabnya: 1. Peluang pekerjaan. Tawaran pekerjaan yang banyak di bandar tetapi terhad di luar bandar. Pendapatan lumayan, bergaji tetap dalam sektor perindustrian dan perkhidmatan. 2. Peluang pendidikan. Pendidikan tinggi lebih banyak di bandar berbanding dengan luar bandar pelbagai jenis IPTA dan IPTS disediakan. Menarik golongan pelajar pasca menengah melanjutkan pelajaran. 3. Tarikan kemudahan pembandaran hiburan dan kemudahan sosial, 7 2

kemudahan perkhidmatan seperti perkhidmatan kesihatan, kemudahan asas (infrastruktur) dan perumahan yang lengkap dll.

4. Faktor pengangkutan. Darjah ketersampaian yang tinggi antara luar bandar dengan bandar di Malaysia pada masa kini mempercepatkan lagi aliran migrasi ke bandar, misalnya kemudahan lebuhraya. (Pemarkahan: 4 isi x 2 markah = MAX 8 Markah)

(c) Jelaskan kesan negatif aliran migrasi yang anda pilih di dalam (b) di atas terhadap kawasan asal dan kawasan destinasinya. [12 Markah ] Judul Isi Jawapan Kesan-kesan negatif migrasi desa ke bandar: Kesan negatif di kawasan asal (luar bandar): y y y Kekurangan tenaga kerja sektor pertanian sukar dimajukan, masalah tanah terbiar dan produktiviti pertanian yang rendah. Pembangunan yang tidak seimbang luar bandar terus mundur, dualisme ekonomi yang lebih ketara berlaku. Saiz pasaran luar bandar menjadi kecil akibat kekurangan penduduk kuasa beli penduduk semakin rendah.
2 2 2

Markah

Kesan negatif di kawasan destinasi (bandar): y y y y Masalah pengganguran dan kemiskinan bandar persaingan sengit untuk mendapatkan pekerjaan. Masalah persetingganan kewujudan penempatan haram kerana tidak mampu untuk menyewa atau memiliki rumah. Kesesakan dan kepadatan penduduk yang tinggi di kawasan-kawasan tertentu dalam bandar (slum area). Masalah sosial meningkat jenayah, wabak penyakit, gejala sosial dll.
2 2 2 2

(Pemarkahan: Mana-mana 6 isi x 2 markah = MAX 12 Markah. Agehan isi luar bandar : bandar ialah : 3 + 3 atau 2 + 4 )

Soalan 2
a) Berdasarkan jadual 1, kirakan kepadatan penduduk setiap negeri di Semenanjung Malaysia pada tahun 2000. [7 Markah] Mengira kepadatan penduduk dengan menggunakan formula: Jumlah Penduduk (Orang) ______________________ Keluasan (km persegi) Negeri Keluasan (km persegi) 18 986 9 426 14 920 1 651 6 643 35 965 21 005 795 1 030 7 955 12 955 243 Jum.Penduduk (Orang) 2,731,500 1,605,200 1,561,500 598,900 849,800 1,319,100 2,130,000 230,700 1,259,400 3,278,800 1,046,100 1,423,900 Kepadatan Penduduk (orang/km persegi) 143.9 170.3 104.7 362.7 127.9 36.7 101.4 290.2 1 222.7 412.2 80.7 5859.6

Johor Kedah Kelantan Melaka Negeri Sembilan Pahang Perak Perlis Pulau Pinang Selangor Terengganu WP Kuala Lumpur

(Pemarkahan: Formula betul = 1 markah + 1 markah untuk setiap 2 negeri . ada 12 negeri = 6 Markah. 1 markah formula + 6 markah pengiraan = MAX 7 markah) b) Penyediaan peta koroplet (Peta Lorek) lihat di sebelah. [10 Markah]

Item Pemarkahan Tajuk yang betul Skala Jeda yang sesuai Petunjuk Plotan

Markah 1 Markah 1 Markah 2 Markah (Skema lorekan dan Jeda kelas yang berurutan) 5 Markah: 10 hingga 12 negeri = 5 Markah. 7 hingga 9 negeri = 4 Markah. 4 hingga 6 negeri = 3 Markah

Kebersihan dan kesempurnaan c)

1 hingga 3 negeri = 2 markah 1 Markah

Mengapakah kepadatan penduduk di Semenanjung Malaysia berbeza-beza. [9 Markah] JUDUL ISI JAWAPAN
MARKAH

1. Faktor Fizikal. Meliputi bentuk muka bumi, jenis dan kesuburan tanah yang boleh dikaitkan dengan pelbagai aktiviti ekonomi serta perbandingan saiz antara negeri-negeri. 2. Taburan sumber semulajadi yang tidak seimbang. Kawasan pantai barat lebih kaya dengan sumber mineral seperti bijih timah boleh dikaitkan dengan sejarah penerokaannya, kaya dengan sumber pertanian,sumber perikanan dan lain-lain yang boleh dibandingkan dengan kawasan lain. 3. Faktor ekonomi. Pelbagai sektor ekonomi moden khususnya perindustrian dan perkhidmatan tertumpu di pantai barat yang mewujudkan peluang perkerjaan yang luas, tawaran gaji yang menarik berbanding dengan kawasan lain boleh dikaitkan dengan migrasi desa ke bandar. 4. Sejarah pembangunan. Lebih awal berlaku dan tertumpu di pantai barat khususnya pembangunan sumber alam seperti sektor perlombongan dan perladangan. Termasuk juga Pembangunan bandar/petempatan,pembangunan infrastruktur dan lain-lain.- boleh dikaitkan dengan kemasukan migran Cina dan India. 5. Faktor pengangkutan dan kemudahan sosial. Pelbagai jenis sistem dan jaringan pengangkutan lebih maju dan padat di pantai barat boleh dikaitkan dengan halangan fizikal yang sedikit berbanding dengan kawasan lain. Meningkatkan ketersampaian/mudah sampai, mudah bergerak,cepat dan pantas.

Panduan Pemarkahan: Mana-mana 4 isi yang dihuraikan. 4 x 2 = 8 markah + 1 markah kepada mana-mana huraian yang lebih baik = MAX 9 Markah.

10

SOALAN 3: a) Huraikan masalah yang boleh menghalang kemajuan industri perikanan di negara-negara Asia Tenggara. [ 8 Markah] Judul Isi Jawapan Di antara masalah yang boleh menghalang kemajuan industri perikanan di negara-negara Asia Tenggara ialah: 1. Masalah ancaman fizikal ; seperti pada musim tengkujuh, banjir, kemarau dll. 2. Masalah ancaman keselamatan; Ancaman lanun khususnya di perairan laut dalam. 3. Masalah modal; Modal kecil, terpaksa bergantung kepada orang tengah atau pinjaman - tidak mampu untuk mengusahakan secara besar-besaran. 4. Penggunaan teknologi perikanan yang rendah dan kemudahan asas yang tidak cukup ; kekurangan bot besar, pukat, alat dingin beku, kemudahan di pelabuhan perikanan, sistem pengangkutan, kekurangan R&D dsb. 5. Tahap pendidkan pengentahuan dan kemahiran yang rendah; lemah pengurusan, sukar menguasai teknologi perikanan yang baru. 6. Masalah pasaran; mekanisme pasaran dikuasai oleh orang tengah, nelayan tetap miskin. 7. Masalah buruh; Sesetengah negara seperti Malaysia menghadapi masalah kekurangan buruh terutamanya untuk perikanan laut dalam. 8. Kekurangan sumber perikanan khususnya di pinggir pantai ; akibat pencerobohan nelayan asing, nelayan laut dalam, ancaman pencemaran laut, kerosakan habitat (terumbu karang) dsb. Pemarkahan: Mana-mana 4 isi x 2 markah = MAX 8 Markah 2 Markah

11

b)

Pilih sebuah negara di Asia Tenggara;

i) Terangkan faktor-faktor yang menyebabkan sumber perikanan pinggir pantainya kian merosot. [9 Markah] Judul Isi Jawapan Memilih sebuah negara Asia Tenggara. Faktor-faktor yang menyebabkan sumber perikanan pinggir pantai semakin merosot: 1. Kegiatan/tangkapan yang sudah lama dijalankan kegiatan warisan. 2 2 Markah 1

2. Penangkapan secara giat/tangkapan berlebihan mengambil semua spesis dan saiz ikan dengan menggunakan pukat laut dalam seperti pukat harimau, apollo dll. 3. Ancaman pencemaran laut samada dari tumpahan minyak (perlanggaran kapal, kawasan cari gali petroleum) atau pembuangan sisa industri; merosakkan pelbagai spesis, habitat dan kawasan pembiakan seperti kawasan terumbu karang. 4. Pembangunan pinggir pantai yang giat seperti pembinaan hotel, pelabuhan, pemusnahan hutan bakau merosakkan ekosistem dan habitat laut serta menjejaskan sumber makanan kepada hidupan laut. 5. Kurangnya usaha bersepadu untuk mengawal pencerobohan nelayan asing di kawasan perikanan pinggir pantai dan juga kurangnya usaha pemeliharaan habitat laut.

(Pemarkahan: 4 isi x 2 markah = 8 markah + 1 markah negara = 9 Markah)

12

ii) Jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memelihara dan memulihara sumber-sumber perikanan pinggir pantai di negara itu. [ 8 Markah] Judul Isi Jawapan Langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan sumber-sumber perikanan pinggir pantai: 1. Kawalan perundangan/akta tertentu ; seperti permit perikanan, alat tangkapan, jenis pukat dan lain-lain termasuk mengawal kegiatan pembangunan di zon pinggir pantai seperti mengawal pembalakan di kawasan hutan bakau. 2. Mengawal perairan pinggir pantai dari pencerobohan nelayan asing ; meningkatkan rondaan oleh polis Marin dan Jabatan laut, mengenakan hukuman yang lebih berat seperti kompaun yang tinggi, penjara dll. 3. Mengawal aktiviti yang boleh mencemarkan laut seperti pembuangan sisa toksid, tumpahan minyak dsb melalui pemantauan berterusan, hukuman yang berat denda, penjara, menarik balik lesen operasi dsb. 4. Mewartakan taman-taman laut seperti kawasan terumbu karang dan perairan kepulauan dari sebarang aktiviti penangkapan ikan untuk mengekalkan habitat dan kawasan pembiakan ikan. 5. Menyediakan kawasan pembiakan ikan seperti pembentukan tukun-tukun tiruan di teluk dan muara dan juga kawasan kepulauan. 6. Meningkatkan usaha R&D untuk membaik-pulih kawasan perairan pantai yang tercemar, kerjasama antara agensi dsb. Pemarkahan: Mana-mana 4 isi x 2 markah = Max 8 Markah. 2 Markah

13

Soalan 4
a) Bezakan maksud industri primer dengan industri sekunder. JUDUL ISI JAWAPAN Maksud: Industri primer = industri berasaskan sumber alam/ industri memproses bahan mentah . Industri sekunder = Industri pembuatan atau perkilangan (Manufacturing) yang memenghasilkan barangan siap/separuh siap. Contoh: Industri Primer = Kilang memproses kelapa sawit menjadi minyak sawit mentah, kilang memproses getah cair menjadi getah keping, kilang memproses kayu balak menjadi kayu gergaji. Industri sekunder = kilang pembuatan tayar, sarung tangan, minyak masak, sabun, majerin, membuat pakaian, kereta, barangan elektrik & elektronik dll. (Pemarkahan: Maksud = MAX 4 Markah.+ Contoh = Max Markah. MAX markah keseluruhan = 6 Markah) 2 (6 Markah) MARKAH

b) Huraikan faktor-faktor yang boleh menghalang kemajuan industri perkilangan di sesetengah negara Asia Tenggara. [10 Markah] JUDUL ISI JAWAPAN 1. Ketidakstabilan politik dalam negara tertentu yang menyebabkan para pelabur menarik diri atau memindahkan pelaburan mereka ke negara lain yang lebih aman dan selamat. 2 Kekurangan sumber bahan mentah dan sumber kuasa bekalan bahan mentah dan tenaga yang tidak cukup boleh menyebabkan operasi kilang tergendala. 3. Teknologi yang rendah menyebabkan penghasilan produk yang tidak berkualiti dan tidak berdaya saing. 4. Masalah pasaran. Persaingan produk dengan negara lain, ancaman MARKAH

14

blok perdagangan, dasar perlindungan, sekatan pasaran, kawalan harga dll. 5. Masalah kekurangan tenaga kerja. Kekurangan tenaga buruh khususnya buruh mahir termasuk juga kos buruh yang semakin tinggi menyebabkan pelabur memindahkan pelaburan mereka. 6. Masalah modal. Keupayaan modal yang terhad untuk mengembangkan lagi industri perkilangan. Terpaksa bergantung kepada modal asing. (Pemarkahan: 5 isi x 2 markah = 10 Markah) 2

c) Jelaskan kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar fizikal akibat kemajuan industri perkilangan di negara-negara Asia Tenggara. ( 9 Markah) JUDUL ISI JAWAPAN 1. Pencemaran udara , jerebu dan hujan asid perlepasan bahan-bahan pencemar seperti karbon, hidrokarbon, gas sulfur termasuk juga asap dan debu (partikel terampai). 2. Pemanasan setempat kewujudan bahan pencemar di udara boleh memerangkap bahangan bumi dikaitkan dengan kesan rumah hijau (Green House Effect). 3. Pencemaran air perlepasan sisa toksid/enfluen ke dalam sumbersumber air seperti sungai, tasik,kolam dan laut.Kualiti air bersih terjejas. 4. Kemusnahan ekosistem akuatik spesis hidupan air, rantaian makanannya, habitat dll elemen ekosistem akuatik mengalami kerosakan akibat pencemaran air.
5. Pencemaran bunyi dan bau pencemaran bunyi datangnya dari generator kilang manakala pencemaran bau datangnya daripada hasil/sisa yang berbau busuk.

MARKAH

(Pemarkahan: 4 isi x 2 markah = 8 markah + 1 markah kepada manamana huraian yang lebih baik)

15

Soalan 5.
Dengan merujuk kepada mana-mana satu jenis sumber alam yang boleh diperbaharui;
a) Mengapakah sumber alam tersebut perlu dipelihara dan dipulihara?. [13 Markah]

JUDUL ISI JAWAPAN Memilih satu sahaja jenis sumber alam yang boleh diperbaharui seperti sumber hutan, sumber air, sumber udara dll yang bersesuaian. Sebab-sebab sumber alam tersebut perlu dipelihara dan dipulihara: 1. Menjamin keberterusan sector-sektor ekonomi yang berkaitan dengannya. 2. Menjamin bekalan asas kepada penduduk sentiasa boleh dipenuhi seperti bekalan udara, air, keperluan tempat tinggal/rumah dll. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Sebagai sumber warisan untuk generasi masa hadapan. Menjamin keberterusan habitat kepada hidupan-hidupan yang lain. Mengekalkan keseimbangan ekologi di sesebuah kawasan. Menjamin pekerjaan kepada penduduk sentiasa dipenuhi. Mengawal perubahan iklim mikro seperti suhu dan kelembapan udara. Mengawal kadar hakisan dan gerakan jisim .

MARKAH 1

2 2

2 2 2 2 2 2 2 2

9. Mengawal keseimbangan hidrologi (kuantiti dan kualiti air) di sesuatu tempat. 10. Menjamin kesihatan manusia supaya tidak terjejas. (Pemarkahan: Mana-mana 6 isi x 2 markah = 12 markah + 1 markah pilihan sumber alam = MAX 13 Markah)

16

b) Jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil pembangunan sumber alam yang telah anda pilih itu. JUDUL ISI JAWAPAN

bagi

melestarikan [ 12 Markah] MARKAH

Pembangunan lestari terhadap mana-mana sumber alam boleh dilaksanakan melalui kombinasi langkah perundangan,amalan pengurusan yang cekap dan juga kempen/pendidikan alam sekitar. Antaranya ialah: 1. Langkah perundangan; Menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, yang mengenakan hukuman denda dan penjara ke atas mana-mana individu/syarikat yang merosak/mencemarkan sumber-sumber alam. Termasuk langkah mewartakan kawasan sumber sebagai kawasan pemeliharaan. 2 Amalan pengurusan yang cekap seperti penebangan terpilih, penanaman semula, pelupusan sumber toksid/asap secara berjadual, rawatan sisa, menyediakan kawasan pelupusan yang khas, system penapis asap, usaha R&D ke arah teknologi yang tidak mencemar/merosakkan sumber dan lain-lain yang bersesuaian dengan amalan pengurusan sumber yang cekap. 3 Memperhebatkan kempen kesedaran/pendidikan kepada masyarakat. Memupuk kefahaman yang meluas kepada masyarakat umum tentang peri pentingnya usaha-usaha menjaga dan memulihara sumber alam khususnya kepada generasi akan datang melalui pelbagai saluran. Misalnya melalui media elektronik, media cetak, kempen/risalah Cintailah Hutan Kita, Penghijauan Bumi, Hutan Warisan Kita, cintai sungai kita, kempen udara bersih dll yang bersesuaian. MAX 3

MAX 6

MAX 3

Panduan Pemarkahan:
Langkah perundangan = 3 markah , + amalan pengurusan = 6 markah + kempen kesedaran = 3 markah. = MAX 12 Markah.

17

Soalan 6
Jadual 2 di bawah menunjukkan anggaran jumlah penduduk di beberapa buah bandaraya terpilih di Asia Tenggara pada tahun 2000.
Jadual 2: Anggaran Jumlah penduduk di beberapa buah bandaraya terpilih Di Asia Tenggara pada tahun 2000

Letakan Bandaraya di atas Peta 1 Berasaskan Nombor. 1 2 3 4 5

Bandaraya Yangon Bangkok Hanoi Bandaraya Ho Chi Minh Kuala Lumpur

Jumlah Penduduk (Orang) 5 144 000 10 710 000 3 443 000 5 460 000 2 630 000

Sumber: United Nations: The Prospect of World Urbanization (1950 2000)

Berdasarkan jadual 2; a) Lukis sebuah Peta Bulatan Berkadar di atas peta 1 yang disediakan bagi menunjukkan anggaran jumlah penduduk di beberapa buah bandaraya terpilih di Asia Tenggara pada tahun 2000. [10 Markah] (Lihat Peta Bulatan Berkadar di sebelah) Item Pemarkahan Tajuk yang betul Skala jejari yang sesuai dan pengiraan Petunjuk (mesti berkadar) Plotan (1 bandaraya = 1 markah) Kebersihan dan kesempurnaan JUMLAH MARKAH Markah 1 2 1 5 1 10 Markah

b)

Berpandukan peta yang telah anda lukis itu;

i) Kenalpastikan sebuah bandaraya primat dan jelaskan mengapa bandaraya tersebut menjadi bandaraya primat ?. [9 Markah] Judul Isi Jawapan Mengenalpasti sebuah bandaraya primat. Kecuali Kuala Lumpur, bandaraya lain (dalam jadual 2) adalah bandaraya primat. Contoh yang paling baik ialah Bangkok di Thailand. Markah 1

18

Sebab-sebab sesebuah bandar (bandar yang dipilih) menjadi bandaraya primat: 1. Proses pembandaran yang memusat dan tertumpu di sebuah bandaraya utama sahaja proses pembandaran di bandar-bandar lain terlalu perlahan atau langsung tidak dapat menandingi bandar utama itu. 2. Pertumbuhan penduduk yang terlalu pesat di bandaraya utama samada akibat migrasi dari badar-bandar lain atau akibat pertambahan semulajadi. Akibatnya saiz penduduk di bandaraya utama berkali ganda besarnya berbanding dengan bandar lain. 3. Wujudnya longgokan aktiviti ekonomi moden di bandar utama sahaja seperti aglomerasi industri, perkhidmatan, perdagangan/perniagaan dll yang berkaitan. 4. Kelemahan perancangan bandar sukar untuk menyebarkan pembangunan bandar ke kawasan lain atau arus pembandaran memusat yang sukar dibendung. Aliran migrasi ke bandar utama terus dibiarkan berlaku . 5. Longgokan fungsi bandar di bandar utama sahaja pusat perkhidmatan penduduk, fungsi kewangan dan bank, perindustrian, perniagaan, fungsi sosial segala-galanya tertumpu di bandar. 6. Faktor sejarah. Proses pembandaran yang sudah terlalu lama berlaku di bandar itu sahaja (semenjak zaman penjajah lagi). (Pemarkahan: Mana-mana 4 isi x 2 M = 8M + 1 bandar = MAX 9 M )

19

b ii) Huraikan kesan-kesan negatif ke atas persekitaran fizikal akibat pembentukan bandaraya primat tersebut. [ 6 Markah] Judul Isi Jawapan 1. Kadar pencemaran persekitaran bertambah (pencemaran udara, air, bunyi, bau dll) akibat pertambahan penduduk, kenderaan, pelupusan sisa domestik, sisa kumbahan dsb. 2. Kesan pulau haba bandar pertambahan bangunan, jalan raya di bandar, medan letak kereta, ruang perniagaan dll untuk menampung keperluan penduduk yang menyebabkan kawasan hijau dalam bandar berkurangan. 3. Kesesakan: bangunan/perumahan yang padat dan tepu bina persekitaran perumahan yang tidak terurus, kotor, masalah pembentungan yang menyebabkan penduduk bandar mudah terdedah kepada pelbagai penyakit. Contohnya di kawasan setinggan dalam bandar. 4. Kerosakan alam sekitar seperti kejadian hakisan dan tanah runtuh, banjir kilat dsb. Markah

(Pemarkahan : Mana-mana 3 isi x 2 markah = MAX 6 Markah).

20

Soalan 7
a) Nyatakan empat pakatan kerjasama ekonomi serantau yang disertai oleh Malaysia. [4 Markah] Judul Isi Jawapan
Empat pakatan kerjasama ekonomi serantau yang disertai Malaysia ;  Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)  Rundingan/kerjasama Ekonomi Asia Timur (EAEC)  Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)  Segitiga Pertumbuhan ASEAN (IMT-GT, IMS-GT, EAGA-BIMP)

Markah

1 1 1 1

(Pemarkahan: 1 pakatan = 1 markah. MAX 4 Markah)

b) Berdasarkan kepada mana-mana sebuah pakatan kerjasama ekonomi serantau yang telah anda nyatakan di dalam (a) di atas; i) Jelaskan faedah yang diperolehi Malaysia hasil penglibatannya dalam pakatan tersebut. [11 Markah] Judul Isi Jawapan
Memilih mana-mana sebuah pakatan kerjasama ekonomi serantau yang melibatkan Malaysia. Di antara faedah yang diperolehi Malaysia ialah: 1. Faedah perluasan pasaran Hasil liberalisasi perdagangan dan pengurangan sekatan tariff antara negara. 2. Faedah pelaburan Malaysia ke negara luar dan juga kemasukan modal dari negara lain (FDI) ke Malaysia. 3. Faedah perkongsian teknologi, R&D dan inovasi baru dari negara luar/jiran. Mempercepatkan kemasukan teknologi baru dari luar. 4. Faedah perkongsian buruh dan kepakaran menampung kekurangan buruh dalam negara. 5. Faedah daripada perkongsian sumber alam dan juga sumber bahan mentah dan tenaga wujud keadaan saling melengkapi. 6. Faedah daripada usaha sama menjaga dan mengatasi permasalahan alam sekitar serantau seperti kes jerebu dan pencemaran laut.

Markah

2 2 2 2 2 2

Pemarkahan: Mana-mana 5 isi x 2 markah + 1 markah pilihan pakatan = MAX 11 Markah.

21

b ii) tersebut.

Huraikan masalah yang dihadapi untuk memajukan pakatan [10 Markah] Judul Isi Jawapan Markah

Masalah yang dihuraikan mestilah tepat dengan pakatan kerjasama ekonomi yang dipilih oleh calon. Antara masalah yangboleh dihuraikan ialah: 1. Masalah ketidakstabilan politik di sesetengah negara jiran, masalah tuntutan bertindih, masalah penyelarasan antara negara. 2. adanya campur tangan dan pengaruh kuasa-kuasa luar/negara kaya seperti USA dan EU dari pakatan yang mengenakan pelbagai tekanan dan ugutan. 3. Masalah kekurangan modal dari kalangan negara yang mungkin juga miskin. 4. Masalah jurang ekonomi yang terlalu besar antara negara anggota . Misalnya jurang nilai mata wang. Ada negara anggota yang terlalu kaya dan terlalu miskin. 5. Masalah fizikal malapetaka fizikal seperti gunung berapi, gempa bumi dll. (Pemarkahan; 5 isi x 2 markah = 10 markah)

22

Soalan 8.
Pilih satu kawasan tanah tinggi yang telah anda kaji secara kajian lapangan; a) Kenalpastikan aktiviti pembangunan ekonomi yang telah merosakkan persekitaran fizikal kawasan tanah tinggi tersebut. [7 Markah]

Soalan kajian luar/kajian lapangan. Oleh itu jawapan calon mesti memenuhi kreteria berikut: 1. Merujuk kepada SATU kawasan tanah tinggi sahaja khusus dan mikro skalanya. Tidak boleh terlalu luas/am seperti di sebuah negeri/negara ataupun di merata-rata tempat. Contoh kawasan tanah tinggi; Cameron Highland, Bukit Fraser di Pahang, Tanah tinggi Kundasang di Sabah dll (Kawasan setempat) 2. Boleh dibuktikan secara lokaliti seperti nama-nama tempat/sungai/kawasan/bangunan dll yang relevan di kawasan yang dikaji untuk mencerminkan jawapan kajian luar sebenar.

Judul Isi Jawapan 1. 2. 3. Menamakan satu kawasan tanah tinggi yang telah dikaji. Menyatakan objektif kajian. Menyatakan kaedah kajian.

Markah 1 1 1

4. Mengenalpasti aktiviti ekonomi yang didapati telah merosakkan persekitaran fizikal kawasan tanah tinggi yang dikaji:      

4M (1 M bagi Aktiviti pertanian seperti tanaman teh dan sayuran di lereng bukit. setiap Aktiviti pembinaan hotel dan padang golf yang melibatkan satu penyahutanan, peneresan dan perataan bukit. aktiviti) Aktiviti/projek pembinaan perumahan di kawasan berbukit/tanah tinggi. Aktiviti/projek hidroelektrik (jika ada). Pembinaan jaringan pengangkutan jalan raya/lebuh raya. Lain-lain yang relevan dan boleh memberikan impak negatif kepada persekitaran fizikal setempat.

23

b) Tunjukkan bukti-bukti berlakunya kerosakan fizikal akibat aktiviti pembangunan ekonomi di atas. [ 8 Markah] Judul Isi Jawapan Diantara bukti/kesan kerosakan fizikal yang boleh dijelaskan ialah: 1. Kesan hakisan dan tanah runtuh bukti adanya gegalur di cerun-cerun bukit atau tanah runtuh/batu runtuh di kaki bukit yang sudah di potong dan diteres oleh jentera berat. 2. Pencemaran sungai/sumber air bukti sungai keruh dan berkelodak (namakan sungai/sumber air berkenaan) atau pencemaran sumber air akibat penggunaan racun serangga dan baja kimia dalam pertanian. 3. Kenaikan suhu mikro bukti kawasan sekitar tidak lagi sesejuk atau nyaman daripada keadaan sebelumnya (boleh dibuktikan menerusi soalselidik penduduk setempat atau dibuat pengukuran suhu dan kelembapan udara dan dibandingkan dengan data sekunder). 4. Kerosakan ekosistem hutan kemusnahan habitat dan spesis, rantaian makanan dll yang berkaitan dengan ekologi hutan (namakan kawasan yang terlibat). 5. Perubahan landskap secara besar-besaran buktinya penggondolan bukit, adanya tanaman, bangunan (namakan) dll. 2 6. Banjir banjir lumpur di kawasan tanah rendah. (Pemarkahan: Mana-mana 4 isi x 2 markah = 8 Markah) 2 2 Markah

24

c) Cadangkan langkah-langkah yang wajar diambil untuk mengurangkan kesan kerosakan persekitaran fizikal tersebut. [10 Markah] Judul Isi Jawapan Cadangan langkah: 1. Langkah perundangan: Melipatgandakan usaha pemantauan oleh pihak berkuasa, mengenakan denda yang berat menaikkan kadar kompaun, penjara, menarik balik lesen operasi, menghukum pegawai yang rasuah dll termasuk langkah EIA sebelum sesuatu projek pembangunan di kawasan tanah tinggi dijalankan. 2. Amalan pengurusan yang cekap: Memberbaiki tatacara/prosedur tanah di pejabat tanah, mengharamkan penggunaan jentera berat, memotong cerun mengikut spesifikasi yang dibenarkan, menanam tanaman tutup bumi, sungkupan plastik, membina benteng untuk menstabilkan cerun, merawat atau membersihkan sungai yang tercemar dan sebagainya. 3. Kempen kesedaran kepada penduduk setempat dan pengusaha menerusi risalah, sesi penerangan/dialog, seminar,program gotong-royong termasuk pendidikan alam sekitar. (Pemarkahan: 4 + 4 + 2 = MAX 10 Markah) Markah

25

You might also like