You are on page 1of 27

SET 1

SOALAN 1: Rajah 1 di bawah menunjukkan tiga tahap kependudukan yang boleh dialami oleh sesebuah negara. Rajah 1: Tahap Kependudukan.

Tahap III : Penduduk Optima


Sumber Pengeluaran

Tahap I (Negara X)

Tahap II
(Negara Y)

Penduduk

a) Berdasarkan rajah 1, namakan tahap kependudukan I dan II, serta nyatakan negara-negara yang mengalami tahap kependudukan I (negara X) dan tahap kependudukan II ( negara Y). (8 Markah) b) di atas. Mengapakah negara Y mengalami tahap kependudukan sepertimana rajah ( 8 Markah)

c) Pada tahap II, negara Y akan mengalami pelbagai masalah kependudukan. Berdasarkan pernyataan ini, cadangkan langkah-langkah yang wajar diambil oleh negara Y untuk mengatasi masalah kependudukannya. ( 9 Markah)

SOALAN 2: Jadual 1 di bawah menunjukkan bilangan migran yang berpindah ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengikut negeri asal pada tahun 1990. Jadual 1 : Bilangan Migran yang Berpindah ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mengikut Negeri Asal pada tahun 1990. NEGERI ASAL Jumlah yang berpindah ke Kuala Lumpur mengikut negeri. (orang) 7 768 5 420 5 849 6 128 6 157 7 908 4 177 17 865 719 3 104

Johor Kedah Kelantan Melaka Negeri Sembilan Pahang Pulau Pinang Perak Perlis Terengganu

(a) Dengan menggunakan jadual 1 dan di atas peta 1 yang disediakan, lukis peta aliran yang menunjukkan pergerakan migran ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 1990. [11 Markah] (b) Berdasarkan peta yang telah anda lukis itu, jelaskan mengapa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjadi tumpuan migrasi. [ 8 Markah] (c) Huraikan kesan sosio-ekonomi akibat aliran migrasi yang ditunjukkan oleh peta yang anda lukis itu ke atas kawasan destinasinya. [ 6 Markah] SOALAN 3: Berdasarkan kepada sebuah negara Asia Tenggara; a) Huraikan sumbangan sektor pertanian perladangan terhadap pembangunan ekonomi dan sosial negara tersebut. [9 Markah] b) Jelaskan masalah-masalah yang dihadapi untuk memajukan sektor pertanian perladangan di negara itu. [8 Markah]

b) Kaji kesan-kesan negatif pembangunan pertanian perladangan terhadap alam sekitar setempat di negara berkenaan. [8 Markah] SOALAN 4. Jadual 2 di bawah menunjukkan nilai eksport komoditi utama Malaysia pada tahun 2002. Jadual 2 : Nilai eksport komoditi utama Malaysia, tahun 2002. KOMODITI UTAMA Getah Minyak Kelapa Sawit Petroleum Mentah dan Gas Asli Cecair Hasil kayu Barangan elektrik dan elektronik Lain-lain NILAI EKSPORT (RM: JUTA) 2, 492 20, 863 21, 529 15, 468 197, 987 37, 210

Sumber: Department Of Statistics Malaysia, 2002 (htt:/www. Statistics.gov.my)

Berdasarkan jadual 2; a) Sediakan sebuah Rajah Bulatan Berbahagi untuk menunjukkan setiap komoditi utama Malaysia pada tahun 2002. nilai eksport [11 Markah]

b) Jelaskan faktor-faktor yang menjana perkembangan pesat industri elektrik dan elektronik di Malaysia. [8 Markah] c) Bagaimanakah perkembangan pesat industri elektrik dan elektronik telah mempercepatkan proses urbanisasi di Malaysia. [6 Markah] SOALAN 5 : Pilih sebuah negara yang sedang pesat membangun dengan sektor pengangkutan; a) Namakan Empat rangkaian lebuh raya yang menghubungkan antara negeri negeri di dalam negara itu. [5 Markah] b) Bagaimanakah sistem lebuh raya di dalam negara tersebut telah menjana pembangunan ekonomi di kawasan yang mundur. [10 Markah] c) Jelaskan kesan pembinaan lebuh raya terhadap persekitaran fizikal di dalam negara berkenaan. [10 Markah] 3

SOALAN 6 : a) Huraikan potensi pembangunan sumber alam yang boleh dimajukan secara bersama di kawasan Segitiga Pertumbuhan ASEAN. [ 8 Markah]. b) Pilih sebuah pakatan Segitiga Pertumbuhan ASEAN;

i) Huraikan kelebihan yang dimiliki oleh pakatan Segitiga tersebut berbanding dengan pakatan Segitiga Pertumbuhan ASEAN yang lain. [ 9 Markah] ii) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi di kawasan segitiga pertumbuhan yang telah anda pilih itu. [ 8 Markah]

SOALAN 7

a)

Apakah yang dimaksudkan dengan pembangunan yang tidak seimbang? [5 Markah] Mengapakah pembangunan ekonomi antara negeri-negeri di Malaysia adalah tidak seimbang? [10 Markah]

b)

c) Jelaskan langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan antara negeri-negeri di Malaysia. [ 10 Markah] SOALAN 8. Berdasarkan kajian luar yang telah anda lakukan terhadap mana-mana satu jenis aktiviti ekonomi yang berasaskan sumber alam; a) Kenalpastikan faktor-faktor yang menyebabkan aktiviti ekonomi tersebut dijalankan di kawasan itu. [7 Markah] b) Berdasarkan bukti-bukti dari kajian lapangan anda, tunjukkan kesan-kesan negatif ke atas alam sekitar fizikal setempat akibat aktiviti ekonomi itu. [10 Markah] c) Huraikan langkah-langkah yang patut diambil untuk mengurangkan kesan-kesan negatif alam sekitar akibat aktiviti ekonomi yang anda kaji itu. [ 8 Markah]

--------SOALAN TAMAT-------------------

Skema Jawapan:
Soalan 1
a) Berdasarkan rajah 1, namakan tahap kependudukan I dan II, serta nyatakan negara-negara yang mengalami tahap kependudukan I (Negara X) dan tahap kependudukan II (Negara Y). (8 Markah)

JUDUL ISI JAWAPAN


Rujuk kepada rajah 1 i) Menamakan tahap kependudukan: Tahap I = kurangan penduduk dan Tahap II = lebihan penduduk. ii) Contoh negara X = Australia, Singapura, Berunai Darusalam, Malaysia, Swirtzerland dll. Negara Y = Indonesia, Filipina, India, Bangladesh, China. (Pemarkahan: 1 negara = 1 markah. Perlukan 6 negara, tiga contoh Negara X dan tiga contoh Negara Y + menamakan tahap kependudukan 2 markah = MAX 8 Markah)

MARKAH

b) Mengapakah negara Y mengalami tahap kependudukan sepertimana rajah di atas. (8 Markah)

JUDUL ISI JAWAPAN


Sebab-sebab negara Y mengalami tahap kependudukan II (lebihan penduduk): 1. Kadar kelahiran yang tinggi sehingga tidak sepadan dengan kemampuan dan stok sumber yang ada. 2. Kegagalan program perancangan keluarga yang juga boleh memesatkan kadar kelahiran. 3. Amalan perkahwinan di usia muda dan juga ciri-ciri sosial yang lain yang membantu memesatkan kadar kelahiran sehingga tidak selari dengan keupayaan sumber yang ada. 4. Peningkatan taraf kesihatan yang menyebabkan kadar kematian menurun sekaligus kelahiran meningkat.

MARKAH

5. Kemunduran teknologi dan taraf pendidikan yang rendah untuk membangun dan menjana sumber-sumber yang ada Walaupun ada sumber tetapi sumber tersebut terbiar membazir. 6. Faktor migrasi masuk kes-kes negara tertentu sahaja. (Pemarkahan: 4 isi x 2 markah = 8 Markah)

c) Pada tahap II, Negara Y akan mengalami pelbagai masalah kependudukan Berdasarkan pernyataan ini, cadangkan langkah-langkah yang wajar diambil oleh negara Y untuk mengatasi masalah kependudukannya. ( 9 Markah)

JUDUL ISI JAWAPAN


Langkah-langkah untuk mengatasi masalah lebihan penduduk yang boleh diambil oleh Negara Y: 1. Langkah perundangan/ Dasar kependudukan Dasar saiz keluarga kecil seperti satu keluarga 1 anak. Misalnya yang diamalkan oleh Negara China pada masa kini. 2. Program perancangan keluarga mengawal dan mencegah kelahiran menerusi kaedah perubatan moden dan tradisional spt penggunaan pil perancang, penggunaan kondom, Teknik AUD dll termasuk khidmat nasihat/kaunseling keluarga. 3. Meningkatkan keupayaan teknologi untuk menjana dan membangunkan sumber-sumber yang ada agar sumber alam tidak tinggal sebagai stok sumber sahaja. 4. Membangunkan sumber manusia seperti meningkatkan taraf pendidikan dan latihan kemahiran khususnya untuk mengguna dan menguruskan sumber alam dengan bijaksana. 5. Mempelbagaikan kegiatan ekonomi dalam negara supaya tidak terlalu bergantung kepada satu-satu sektor sahaja untuk membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada penduduk. 6. Kawalan migrasi masuk penduduk dari negara luar rujuk kepada kes-kes tertentu sahaja. (Pemarkahan: 4 isi x 2 markah = 8 Markah + 1 markah kepada mana-mana huraian yang baik = MAX 9 Markah)

MARKAH

Soalan 2:
Skema Jawapan:

a) Membuat Peta Aliran dari negeri-negeri di Semenanjung Malaysia ke Kuala Lumpur. [ 11 Markah] - Rujuk Peta Aliran yang dilukis.
Item Pemarkahan Tajuk yang betul Skala yang sesuai. Petunjuk yang betul ( ada 3 tangga) Kebersihan dan kesempurnaan Plotan ( 2 negeri = 1 Markah). 10 negeri = JUMLAH Markah 1 2 2 1 5 11 Markah

b) Berdasarkan peta yang telah anda lukis itu, jelaskan mengapa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjadi tumpuan migrasi. [ 8 Markah] Skema Pemarkahan: Sebab-sebab Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjadi tumpuan migrasi. Judul Isi Jawapan 1. Faktor ekonomi peluang pekerjaan yang luas dengan pendapatan yang lumayan di WPKL khususnya dalam sektor perindustrian,perkhidmatan dan perniagaan. 2. Faktor pendidikan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lebih banyak terdapat di WPKL khususnya IPTA dan IPTS. 3. Faktor sosial meliputi kemudahan asas pembandaran seperti tempat kediaman yang selesa, prasarana yang cukup, kemudahan kesihatan, kemudahan hiburan dll. 4. Faktor pengangkutan dan perhubungan kemajuan dan kecanggihan sistem pengangkutan dan perhubungan telah meningkatkan ketersampaian dan interaksi inter dan intra WPKL. Pemarkahan: 4 isi x 2 markah = MAX 8 Markah Markah 2

c) Huraikan kesan sosio-ekonomi akibat aliran migrasi yang ditunjukkan oleh peta yang anda lukis itu ke atas kawasan destinasinya [ 6 Markah] Kesan sosio-ekonomi ke atas kawasan destinasi: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Mewujudkan fenomena setinggan kesan landskap yang mencacatkan keindahan bandar Kesesakan dan kepadatan penduduk yang tinggi tepu bina. Pengganguran dan kemiskinan bandar. Kesan sosial seperti jenayah, merompak/mencuri, perebakan penyakit meningkat dan juga masalah sosial. Kesan positif seperti perluasan pasaran kerana pertambahan penduduk dan pertambahan kuasa belinya. Kemajuan ekonomi bandar yang lebih pesat sektor perindustrian dan perkhidmatan berkembang pesat kerana bekalan buruh mencukupi. (Pemarkahan: 3 isi x 2 markah = MAX 6 Markah)

Soalan 3 :
Berdasarkan kepada sebuah negara Asia Tenggara; a) Huraikan sumbangan sektor pertanian pembangunan ekonomi dan sosial negara tersebut. perladangan terhadap [9 Markah]

JUDUL ISI JAWAPAN


MARKAH

Menyebut sebuah negara yang betul berada di rantau Asia Tenggara dijangka MALAYSIA. Di antara sumbangan sektor pertanian perladangan yang boleh dihuraikan ialah: 1. Menyumbang kepada pendapatan eksport negara khususnya ke pasaran antarabangsa. Contoh eksport minyak kelapa sawit,getah,koko,lada hitam dll. Keuntungan dinikmati melalui tukaran wang asing. Boleh dikaitkan dengan sumbangannya kepada KDNK dan pertumbuhan ekonomi negara. 2. Menyediakan peluang perkerjaan yang luas kepada penduduk. Perkerjaan tercipta dalam pelbagai bidang seperti buruh ladang, peneroka,pengurusan,pengangkutan,perkilangan dan lain-lain yang berkaitan. Kesannya akan dapat meningkatkan pendapatan perkapita dan taraf hidup penduduk.

3. Membantu mewujudkan dan memperkembangkan sektor industri yang berkaitan (agro based industry). Termasuk industri memproses, industri sekunder/pembuatan sebagai bekalan bahan mentahnya menjamin keberterusan sektor-sektor industri yang terbabit. 4. Memperkembangkan teknologi dalam negara melalui program R&D yang berterusan. Seperti teknologi pembiakbakaan, teknologi pengeluaran, kawalan mutu dll. Contoh oleh PORIM, MPOAB, MARDI dll. 5. Meningkatkan keupayaan modal dalam negara melalui pelaburan asing dan pelaburan tempatan. Contoh pelaburan asing Sime Darby dan Dunlop. Contoh pelaburan tempatan FELDA dan FELCRA. 6. Meningkatkan keupayaan buruh dan kepakaran. Penggunaan tenaga buruh asing dalam sektor perladangan boleh menampung kekurangan buruh dalam Negara. Selain itu tenaga pakar dipertingkatkan melalui program R&D dan latihan lanjutan. 7. Membantu memperkembangkan infrastruktur/kemudahan asas kepada penduduk. Meliputi kemudahan perumahan, rangkaian pengangkutan/ jaringan jalanraya, bekalan air,elektrik,klinik,sekolah dan lain-lain seperti di dalam rancangan FELDA dan estet-estet besar. 8. Membantu mewujudkan bandar-bandar baru/menyediakan kemudahan pembandaran kepada penduduk sekitar. Misalnya bandar baru dalam rancangan pembangunan wilayah seperti; Bandar Jengka dalam wilayah JENGKA, Bandar Muazam Shah dalam wilayah DARA dan Bandar AlMuktafi Billah Shah (dalam wilayah KETENGAH). Panduan Pemarkahan: Mana-mana 4 isi x 2 markah = 8 markah + sebutan negara = 1markah = MAX 9 markah.

10

b) Jelaskan masalah-masalah yang dihadapi untuk memajukan sektor pertanian perladangan di negara itu. [8 Markah]

JUDUL ISI JAWAPAN Masalah yang dihadapi untuk memajukan sektor perladangan: 1. Kekurangan tenaga buruh tempatan terpaksa menggunakan tenaga buruh import terutamanya dari Indonesia. Merugikan daripada segi pengaliran keluar wang negara. 2. Masalah harga hasil pertanian di pasaran antarabangsa yang tidak stabil/tidak anjal. Mengalami kenaikan dan penurunan yang cepat mengikut perubahan pasaran. 3. Masalah persaingan dengan Negara-negara pengeluar yang lain misalnya saingan dengan minyak sawit Indonesia yang lebih murah. Produk yang kurang berdaya saing di pasaran antarabangsa. 4. Kekurangan modal khususnya pelabur tempat untuk memajukan sektor perladangan secara besar-besaran. 5. Masalah fizikal seperti ancaman kemarau cuaca panas menyebabkan kebakaran ladang, ancaman banjir, perosak dan penyakit. 6. Kekurangan kepakaran dan teknologi untuk menjadikan produk perladangan berkualiti dan berdaya saing di pasaran antarabangsa. Pemarkahan: 4 isi x 2 markah = 8 markah.

MARKAH

11

c) Kaji kesan-kesan negatif pembangunan pertanian perladangan terhadap alam sekitar setempat di negara berkenaan. [8 Markah]

JUDUL ISI JAWAPAN


MARKAH

Di antara kesan-kesan negatif yang boleh dibincangkan ialah: 1. Perubahan landskap secara besar-besaran. Landskap hutan bertukar kepada kawasan tergondol di peringkat awal pembukaan ladang atau penanaman semula, kemudiannya bertukar kepada landskap tanaman seperti getah dan kelapa sawit. 2. Kemusnahan ekosistem hutan. Kepupusan kepelbagaian biologinya, kemusnahan habitat,rantaian makanan, spesis flora dan fauna serta lain-lain yang berkaitan dengan ekosistem. 3. Memusnahkan kawasan tadahan air dan menggangu keseimbangan hidrologi. Misalnya menggangu proses susupan dan aliran air bawah tanah/sistem akuifer, larian air permukaan,sistem saliran dan lain-lain yang berkaitan dengan komponen hidrologi. 4. Kesan pemanasan setempat/peningkatan suhu mikro. Pemusnahan hutan untuk pembukaan ladang akan menggangu proses transpirasi, kelembapan udara sekitar berkurangan,hujan tempatan berkurangan, suhu sekitar meningkat. 5. Pencemaran udara. Berkaitan dengan amalan pembakaran terbuka secara besarbesaran semasa pembersihan tapak ladang. Menambahkan partikel terampai dalam udara (PM 10 - disebut PM ten) boleh dikaitkan dengan fenomena jerebu pada tahun 1997 dan 2005. 6. Masalah pencemaran sumber-sumber air. Seperti sungai,tasik,paya, air bawah tanah dan lain-lain yang berkaitan dengan penggunaan baja kimia dan racun serangga secara besar-besaran dan berlebihan. 7. Peningkatan kadar hakisan tanah . Berlaku di peringkat awal pembukaan tanah/pembersihan tapak ladang. Partikel-partikel tanah yang longgar akibat hakisan percikan hujan akan dihakis-angkut oleh larian air permukaan, masuk ke dalam sungai menyebabkan sungai keruh,berkelodak dan berlumpur dan dasar sungai cetek. Panduan pemarkahan:

Mana-mana 4 isi x 2 markah = MAX 8 markah.

12

Soalan 4.
Jadual 2 di bawah menunjukkan nilai eksport komoditi utama Malaysia pada tahun 2002. Jadual 2 : Nilai eksport komoditi utama Malaysia, tahun 2002. KOMODITI UTAMA Getah Minyak Kelapa Sawit Petroleum Mentah dan Gas Asli Cecair Hasil kayu Barangan elektrik dan elektronik Lain-lain NILAI EKSPORT (RM: JUTA) 2, 492 20, 863 21, 529 15, 468 197, 987 37, 210

Sumber: Department Of Statistics Malaysia, 2002 (htt:/www. Statistics.gov.my)

Berdasarkan jadual 2; a) Sediakan sebuah Rajah Bulatan Berbahagi untuk menunjukkan nilai eksport setiap komoditi utama Malaysia pada tahun 2002. [11 Markah] b) Jelaskan faktor-faktor yang menjana perkembangan pesat industri elektrik dan elektronik di Malaysia. [8 Markah] c) Bagaimanakah perkembangan pesat industri elektrik dan elektronik telah mempercepatkan proses urbanisasi di Malaysia. [6 Markah] ________________________________________________________________________ Pemarkahan a)
1. 2. 3. 4. 5. 6.

Rajah Bulatan Berbahagi.


ITEM PEMARKAHAN Tajuk yang betul. Skala jejari yang sesuai. Pengiraan sudut sektor dan peratus sudut sektor. Petunjuk. Plotan. ( 1 sektor = 1 Markah) . Ada 6 sektor = MAX 6 Markah. Kebersihan dan kesempurnaan. MARKAH 1 1 1 1 6 1

JUMLAH

11 Markah

13

Pengiraan Rajah Bulatan Berbahagi


1. Pengiraan skala jejari: i) ii) iii) Jumlah eksport komoditi = RM: 295 549 juta.

Jumlah eksport

295 549

= 543.6 unit

Skala jejari : 1 CM = 100 unit

2.

Pengiraan Sudut Sektor Formula = Nilai Eksport setiap komoditi ______________________ x 360 Jumlah Eksport. Contoh: Getah = 2 492 _______ x 360 = 295 549

3.04

Lihat jadual di bawah: Komoditi Getah Minyak Kelapa Sawit Petroleum dan Gas asli Hasil kayu Elektrik dan elektronik Lain-lain Jumlah Nilai Eksport (RM: Juta) 2 492 20 863 21 529 15 468 197 987 37 210 295 549 Sudut Sektor ( ) 3.04 25.4 26.2 18.8 241.2 45.3 360.0

14

b) Jelaskan faktor-faktor yang menjana perkembangan pesat industri elektrik dan elektronik di Malaysia. [ 8 Markah]
Judul Isi Jawapan Faktor-faktor yang menjana perkembangan pesat industri elektrik dan elektronik di Malaysia: 1. Faktor dasar/polisi kerajaan; Tumpuan khusus kepada sektor industri langkah promosi, galakan pelaburan, pemberian taraf perintis, mewujudkan FTZ, memperbaiki kemudahan asas dan perkhidmatan sokongan. 2. Kestabilan politik jangka panjang; Menarik pelaburan asing membuka kilang elektrik dan elektronik di Malaysia. 3. Faktor modal; Keupayaan modal yang cukup samada dari dana luar atau dalam negara. 4. Faktor buruh dari segi kuantiti, kualiti dan kos; Tenaga buruh murah, berpendidikan mudah dilatih dan adanya kepakaran. 5. Faktor teknologi ; kemajuan teknologi seperti teknologi maklumat, reka bentuk, kawalan mutu dll yang sentiasa dipertingkatkan menerusi R&D. 6. Faktor pasaran: Adanya pasaran yang luas samada dari dalam atau luar negara serta mempunyai kuasa beli yang tinggi. 7. Faktor sumber kuasa dan bahan mentah; Bekalan tenaga dan bahan mentah yang cukup. 2 Markah

2 2 2 2 2 2

Pemarkahan: Mana-mana 4 isi x 2 markah = MAX 8 Markah.

15

c) Bagaimanakah perkembangan pesat industri elektrik dan elektronik telah mempercepatkan proses urbanisasi di Malaysia. [ 6 Markah] Judul Isi Jawapan
Industri elektrik dan elektronik yang berkembang dengan pesat telah membantu mempercepatkan proses pembandaran di Malaysia dengan cara: 1. Menambahkan jumlah penduduk di bandar/pinggir bandar menerusi proses migrasi penduduk dari luar bandar untuk bekerja di sektor berkenaan yang sebahagian besarnya terletak di bandar. 2. Mempercepatkan proses rebakan bandar dari pusat ke pinggir mengikuti lokasi industri berkenaan yang lazimnya ditempatkan di pinggir bandar. Perkembangan kawasan kediaman, pusat-pusat perkhidmatan, kemudahan pembandaran dll. 3. Mewujudkan bandar-bandar baru yang berasaskan industri ini. Seperti bandar baru Nilai di Negeri Sembilan, bandar Bayan Baru di Pulau Pinang dll yang lengkap dan moden. 4. Menambahkan jaringan pengangkutan dan perhubungan; meningkatkan ketersampaian antara bandar memudahkan penyebaran inovasi, mobiliti penduduk, pengedaran barangan,perkhidmatan bandar dll. 5. Meningkatkan kemudahan asas bandar bekalan tenaga, air, utiliti dan juga perkhidmatan kepada penduduk yang sebahagian besarnya terdiri daripada pekerja kilang. 6. Memperluaskan saiz pasaran dan lingkungan pengaruh bandar pendapatan perkapita penduduk bandar, kuasa beli penduduk serta pengedaran barangan dan perkhidmatan bandar.

Markah

2 2

2 2

Pemarkahan: Mana-mana 3 isi x 2 markah = MAX 6 Markah

16

Soalan 5:
Pilih sebuah negara yang sedang pesat membangun dengan sektor pengangkutan; a) Namakan Empat rangkaian lebuh raya yang negeri negeri di dalam negara itu. Skema Jawapan Markah
Memilih sebuah negara yang sedang pesat membangun dengan sektor pengangkutan Dijangka Malaysia. Menamakan empat rangkaian lebuh negeri di Malaysia. Misalnya; Lebuh Barat, Lebuh raya Karak Kuala Seremban), Lebuh raya Pantai Timur

menghubungkan antara [ 5 Markah]

raya yang menghubungkan antara negeri4M raya Utara Selatan, Lebuh raya Timur ( 1 M untuk 1 Lumpur, Lebuh raya Persekutuan (KL lebuh raya) dll.

(Note: Lebuh raya yang diberi mestilah menghubungkan sekurangkurangnya 2 buah negeri ).

b) Bagaimanakah sistem lebuh raya di dalam negara tersebut telah menjana pembangunan ekonomi di kawasan yang mundur. [10 Markah] Judul Isi Jawapan
Rangkaian lebuh raya amat penting untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi di kawasan yang mundur yang dihubunginya dengan cara: 1. Meningkatkan darjah ketersampaian dan intraksi antara kawasan yang mundur dengan kawasan yang maju seperti dengan kawasan bandar. Tanpa lebuh raya kawasan mundur akan terus terpencil (isolated) dan amat sukar didatangi oleh arus pembangunan. Lebuhraya boleh berfungsi sebagai pemangkin pembangunan sumber alam di kawasan pedalaman. Sumber-sumber yang berpotensi seperti hutan, tanah, mineral dapat dibangunkan dengan cepat. 2. Memudahkan dan mempercepatkan pengangkutan keluar hasil bahan mentah dari kawasan mundur untuk dipasarkan ke kawasan lain. Hasil-hasil ekonomi seperti hasil pertanian, ternakan, perikanan dan hasil hutan boleh diangkut dan dipasarkan dengan cepat khususnya ke kawasan bandar. Dengan itu penduduk desa/pedalaman akan memperolehi pendapatan. 3. Mempercepatkan pengedaran dan pemasaran barangan siap dan perkhidmatan kepada penduduk di kawasan mundur. Barangan siap dari bandar seperti barangan runcit dan keperluan harian, perkhidmatan kesihatan,pendidikan dapat diedarkan dengan mudah dan cepat menerusi rangkaian lebuh raya. Justeru itu keperluan penduduk desa boleh dipenuhi.

Markah

17

4. Membantu mempercepatkan penyebaran maklumat, inovasi dan teknologi baru ke kawasan mundur. Informasi dan teknologi moden mudah disebarkan kepada penduduk desa dengan adanya sistem lebuh raya kerana ia menjadi lebih cepat dan jimat.Selain itu kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, telefon dan sebagainya mudah disediakan kepada penduduk desa. 5. Menggalakkan penyebaran industri dari kawasan bandar (maju) ke kawasan luar bandar (mundur). Bandar yang sudah padat dan tepu bina dengan industri boleh disebarkan dengan mudah ke kawasan desa atau di pinggir bandar. Cawangancawangan industri boleh dibina yang dihubungkan dengan pusatnya secara lebih cepat dan pantas menerusi sistem lebuhraya. 6. Memudahkan pergerakan/mobiliti penduduk menjimatkan kos dan masa. Masa perjalanan lebih cepat, urusan perniagaan menjadi lebih lancar dan dapat menjimatkan masa yang bererti menjimatkan kos pengeluaran. (Pemarkahan: Mana-mana 5 isi x 2 markah = MAX 10 Markah)

c) Jelaskan kesan pembinaan lebuh raya terhadap persekitaran fizikal di dalam negara berkenaan. [10 Markah]

Judul Isi Jawapan


Kesan pembinaan lebuh raya terhadap alam sekitar fizikal ialah; 1. Menggalakkan kejadian hakisan dan tanah runtuh di lereng-lereng bukit akibat proses pemotongan, penarahan,peneresan dan penebukan bukit. 2. Memungkinkan berlakunya tanah mendap akibat penimbusan kawasan lembah seperti tanah paya (wet land) untuk dibina laluan. 3. Merosakkan kawasan tadahan air ; Akibat pemusnahan hutan semulajadi dan juga kawasan tanah tinggi/bukit. 4. Boleh mencemarkan sumber-sumber air sungai di sekitar khususnya di peringkat awal kerja-kerja pembinaan lebuh raya. 5. Kerosakan ekosistem dan habitat akibat aktiviti penebangan hutan untuk dibina lebuh raya atau akibat penimbusan tanah lembah. 6. Perubahan landskap hutan primer bertukar kepada jaringan lebuhraya dan kesan gondolan

Markah

2 2 2 2 2 2

(Pemarkahan: Mana-mana 5 isi x 2 markah = MAX 10 Markah)

18

Soalan 6 :
a) Huraikan potensi pembangunan sumber alam yang boleh dimajukan secara bersama di kawasan Segitiga Pertumbuhan ASEAN. [8 Markah] Judul Isi Jawapan Potensi pembangunan sumber alam yang boleh dimajukan secara bersama di kawasan Segitiga Pertumbuhan ASEAN. 1. Sumber tanah/tanah yang subur dan luas berpotensi untuk pertanian perladangan kelapa sawit dan getah dan industri berasaskan hasil pertanian (agro based industry). 2. Keindahan sumber alam (kepulauan dan pantai) berpotensi untuk eko pelancongan. 3. Sumber galian (petroleum dan gas asli) berpotensi untuk perlombongan dan perindustrian berasaskan tenaga. 4. Sumber hutan berpotensi untuk industri pembalakan dan industri berasaskan kayu. 5. Sumber air berpotensi untuk industri pengangkutan, tenaga, pelancongan dll. 2 Markah

(Pemarkahan: Mana-mana 4 isi x 2 markah = 8 Markah) (Nota: Jawapan yang baik perlu merujukkan setiap isi yang diberi dengan kawasan segitiga yang terbabit sebagai contoh)

19

b.

Pilih sebuah pakatan Segitiga Pertumbuhan ASEAN;

i) Huraikan kelebihan yang dimiliki oleh pakatan Segitiga tersebut berbanding dengan pakatan Segitiga Pertumbuhan ASEAN yang lain. [9 Markah] Judul Isi Jawapan Memilih sebuah pakatan Segitiga samada; IMT-GT, IMS-GT dan EAGABIMP. Membandingkan kelebihan yang dimiliki oleh pakatan segitiga yang dipilih itu dengan pakatan segitiga yang lain. Perbandingan kelebihan boleh dibuat daripada segi: 1. Kelebihan sumber alam yang dimiliki termasuk bentuk muka bumi, tanah, mineral, keindahan semulajadi (pantai dan pulau) dsb. 2. Kelebihan sumber pasaran (saiz penduduk dan kuasa beli penduduk/pendapatan perkapita penduduk ). 3. Kelebihan teknologi yang dimiliki perkongsian teknologi, R&D dan inovasi. 4. Kelebihan modal yang dimiliki keupayaan modal swasta dan kesediaannya untuk melabur. 5. Kelebihan tenaga buruh dan kepakaran yang ada Kuantiti dan kualiti buruh. Tenaga manusia yang ada berpendidikan, mudah dilatih dsb. 6. Kelebihan prasarana yang sedia ada seperti rangkaian pengangkutan dan perhubungan, bekalan air, elektrik dll. 7. Kelebihan daripada segi keselamatan serantau/wilayah kurang ancaman pengganas, lanun, bukan wilayah bergolak dll yang berkaitan. (Pemarkahan: Mana-mana 4 isi x 2 markah = 8 Markah + 1 pilihan segitiga = MAX 9 Markah)
(Nota: Jawapan mesti boleh merujuk/ membandingkan dengan segitiga pertumbuhan yang lain).

Markah 1

20

ii) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi di kawasan Segitiga Pertumbuhan yang telah anda pilih itu. [ 8 Markah] Judul Isi Jawapan Langkah-langkah yang boleh diambil: 1. Menjaga/mengawal keselamatan bersama khususnya di sempadan Mewujudkan kestabilan wilayah/rantau dalam jangkamasa panjang sebagai tarikan untuk melabur. 2. Menggalakkan lebih banyak penglibatan pihak swasta dengan tawaran pakej yang lebih menarik untuk menanam modal di kawasan terbabit. 3. Menyediakan kemudahan asas yang cukup. Pihak kerajaan mestilah menyediakan kemudahan asas terlebih dahulu seperti bekalan air dan tenaga, rangkaian pengangkutan dan perhubungan dll. 4. Mengurangkan karenah birokrasi, halangan perundangan dan tatacara/prosedur antara negara yang boleh menjejaskan kecekapan seperti prosedur imegresen - untuk memudahkan mobiliti buruh, barangan dan perkhidmatan. 5. Menyediakan sumber tenaga manusia yang terlatih dengan cukup bagi menggerakkan kegiatan ekonomi yang telah dan sedang dilaksanakan. 6. Menyediakan dana yang cukup bantuan kerajaan kepada sektor swasta yang terlibat. 7. Mewujudkan jawatankuasa penyelarasan aktiviti bagi melicinkan mekanisme pembangunan perlu ada satu sekretariat. 2 Markah

(Pemarkahan: Mana-mana 4 isi x 2 markah = MAX 8 Markah)

21

Soalan 7:
Berdasarkan kepada sebuah bandar kecil (10, 000 hingga 30, 000 orang penduduk) yang telah anda kaji secara khusus; a) Nyatakan secara ringkas fungsi-fungsi utama yang terdapat di bandar itu. [7 Markah]

b) Terangkan bagaimanakah fungsi-fungsi yang terdapat di bandar tersebut telah membantu memajukan kawasan desa sekitarnya. 10 Markah] c) Tunjukkan bukti yang menunjukkan wujudnya saling hubungan antara bandar berkenaan dengan kawasan desa sekitarnya. 8 Markah]

Skema Jawapan: a) Memilih sebuah bandar kecil 1 Markah.

Fungsi-fungsi yang boleh dikenalpasti:


i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) ix) Fungsi pentadbiran; Adanya pejabat daerah/Majlis daerah yang mentadbir dan membangunkan kawasan bandar berkenaan. Fungsi Perniagaan; Dengan adanya deretan kedai runcit dan pelbagai guna sebagai bekalan keperluan harian penduduk. Fungsi Kewangan: Adanya pelbagai jenis bank yang berfungsi untuk urusniaga dan simpanan semasa. (Namakan contohnya). Fungsi Industri: Adanya berbagai jenis industri seperti industri elektronik, Industri memproses ,industri pembuatan dan juga industri Kecil-Sederhana (IKS). Fungsi perkhidmatan. Menyediakan perkhidmatan asas penduduk: Seperti adanya Ppejabat Pos, Pejabat TNB,TELEKOM,Jabatan Air, JKR dan sebagainya. Fungsi pendidikan Seperti sekolah rendah dan menengah, IPTA, IPTS dsb (Namakan contoh). Fungsi kesihatan Adanya hospital, poliklinik dan klinik swasta. Fungsi Pengangkutan Pusat pengangkutan dengan adanya stesyen teksi/bas/keretapi dll. Fungsi pasaran Kawasan pasaran hasil penduduk sekitar seperti adanya pasar tani, pasar malam dll.

(Pemarkahan: 1 fungsi = 1 markah. 6 Fungsi = 6 Markah + 1 Markah untuk pilihan bandar kecil = MAX 7 Markah. Setiap fungsi bandar yang dinyatakan mesti dibuktikan dengan contoh. Jika tiada contoh berikan markah sahaja untuk setiap fungsi yang dinyatakan).

22

b) Terangkan bagaimanakah fungsi-fungsi yang terdapat di bandar tersebut telah membantu memajukan kawasan desa sekitarnya. [10 Markah]
1. Peranan sebagai pusat Pentadbiran daerah. Di sini letaknya pelbagai pejabat kerajaan yang berfungsi untuk melicinkan pentadbiran peringkat daerah. Misalnya Pejabat Tanah dan Majlis Daerah . Dengan adanya jabatan-jabatan ini maka memudahkan lagi urusan seharian penduduk desa sekitar seperti urusan tanah,pembayaran cukai tanah dan perniagaan tanpa perlu bergerak ke bandar yang lebih jauh. 2. Penyelaras projek pembangunan. Pejabat kerajaan yang ada seperti JKR, Pejabat Daerah dll berperanan menjadi penyalur arahan dan penyelaras rancangan-rancangan pembangunan desa di sekitarnya. Pelbagai projek seperti penaikan taraf jalan kampung, pembinaan jeti/jambatan,pembangunan persimpangan dengan ruang-ruang kedai,pembangunan industri diselaraskan oleh ke dua-dua jabatan berkenaan. Akhirnya penduduk kampung juga dapat menikmati pembangunan sosio-ekonomi moden agar tidak jauh ketinggalan berbanding dengan daerah-daerah lain. 3. Peranan Sebagai Penyedia/Pembekal Barangan keperluan harian Penduduk di Sekitarnya . Bandar kecil amat jelas sekali berfungsi sebagai pembekal barangan kepada perniagaan runcit untuk keperluan harian penduduk desa sekitarnya. Tanpa adanya bandar kecil maka rankaian kedai-kedai runcit yang wujud di setiap kampung akan kekurangan bekalan dan akhirnya penduduk desa juga yang bermasalah. 4. Menjadi pasaran kepada produk desa. Pada masa yang sama barangan keluaran desa khususnya keluaran pertanian dan penternakan akan dipasarkan di bandar kecil berkenaan. Hal ini dibuktikan melalui kewujudan pasar-pasar tani dan juga pasar malam. Hasil tanamam,hasil buahan dan hasil ternakan yang dijual di bandar ini turut menambahkan pendapatan penduduk desa. Kuasa beli mereka akan bertambah dan akhirnya mampu memiliki barangan dan perkhidmatan bandar. 5. Peranan Sebagai Pusat Pekerjaan penduduk. Dengan adanya sektor industri dan perkhidmatan di bandar kecil maka ia membuka lebih banyak peluang perkerjaan yang mampu menyerap lebihan buruh di desa sekitarnya agar tidak tertumpu di sektor pertanian semata-mata. Dengan itu pandapatan perkapita dan kuasa beli penduduk bertambah disamping dapat mengurangkan aliran migrasi yang berterusan ke bandar-bandar besar. 6. Membekalkan Perkhidmatan Sosial. Fungsi perkhidmatan sosial di bandar kecil juga adalah pelbagai jenis seperti perkhidmatan pendidikan (adanya Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah rendah dan menengah), fungsi kesihatan (adanya pusat kesihatan/hospital), perkhidmatan pos,balai polis,bomba,balai informasi,pejabat penerangan daerah dan sebagainya. Semua perkhidmatan ini penting bagi pembangunan penduduk desa sekitarnya. Dengan adanya fungsi tersebut maka kualiti hidup penduduk desa terus dan sentiasa meningkat. Misalnya peningkatan taraf kesihatan, kawalan pelbagai penyakit seperti denggi dan taun, pengurangan kadar mortaliti bayi, peningkatan kenal huruf, celik ICT dll. 7. Meningkatkan darjah ketersampaian dan penyebaran maklumat. Perkhidmatan pengangkutan dan telekonumikasi yang ada mampu mempercepatkan pergerakan barangan, perkhidmatan dan maklumat. Informasi dan inovasi baru dapat disebarkan kepada penduduk dengan cepat kerana sistem perhubungan dan pengangkutannya mudah sampai (assibile).

(Pemarkahan: Mana-mana 5 isi x 2 markah = MAX 10 Markah)

23

c) Tunjukkan bukti yang menunjukkan wujudnya saling hubungan antara bandar berkenaan dengan kawasan desa sekitarnya. 8 Markah]
Skema Jawapan:

Terdapat beberapa bukti yang boleh dikemukakan berkaitan dengan wujudnya saling hubungan antara bandar kecil dengan kawasan desa sekitarnya. Antara bukti-bukti yang lazim ialah: i) Wujudnya rangkaian kedai runcit di desa-desa yang mana keperluan barangan pekedai itu dibekalkan oleh pembekal dari bandar yang ada di sekitar mereka. ii) Wujudnya sistem dan jaringan pengangkutan antara bandar dengan kawasan desa sekitar seperti sistem jalan raya, jalan keretapi, jalan air (sungai ) dan lain-lain lagi. iii) Wujudnya pergerakan ulang alik penduduk desa ke bandar yang mungkin terdiri daripada pekerja, peniaga dan juga pembekal barangan dan perkhidmatan. iv) Wujudnya rangkaian pasar malam dan pasar tani yang membuktikan kawasan bandar menjadi pasaran barangan dan hasil desa samada hasil pertanian, perikanan dan kraf tangan. v) Wujudnya beberapa agensi perkhidmatan atau pusat-pusat perkhidmatan kepada penduduk desa seperti pejabat daerah, pejabat tanah, mahkamah, pejabat agama, bank, pejabat pos, hospital/pusat kesihatan dan sebagainya.

(Pemarkahan: Mana-mana 4 isi x 2 markah = MAX 8 Markah)

24

Soalan 8.
Berdasarkan kajian luar yang telah anda lakukan terhadap mana-mana satu jenis aktiviti ekonomi yang berasaskan sumber alam; a) Kenalpastikan faktor-faktor yang menyebabkan aktiviti ekonomi tersebut dijalankan di kawasan itu. [7 Markah] b) Berdasarkan bukti-bukti dari kajian lapangan anda, tunjukkan kesan-kesan negatif ke atas alam sekitar fizikal setempat akibat aktiviti ekonomi itu. [10 Markah] c) Huraikan langkah-langkah yang patut diambil untuk mengurangkan kesankesan negatif alam sekitar akibat aktiviti ekonomi yang anda kaji itu. [ 8 Markah]

Skema Jawapan: a) Tajuk Kajian: Menamakan kawasan kajian dan SALAH satu jenis aktiviti ekonomi yang berasaskan sumber alam seperti: Pertanian, perikanan, pembalakan, pelancongan,perlombongan. Objektif kajian: Untuk mengenalpasti faktor yang menyebabkan kegiatan ekonomi dijalankan, kesan negatif ke atas alam sekitar dan langkah mengatasinya. Kaedah kajian: sesuai.
Faktor Faktor yang mempengaruhi terdiri daripada faktor fizikal dan manusia antaranya ialah;:

Pemerhatian, pencerapan, temubual, soal-selidik dll yang

Faktor Fizikal 1. Bentuk muka bumi/relief dan tarikan fizikal yang ada seperti di kawasan tanah tinggi, tanah pamah, kaki bukit beralun, dataran lanar/delta, , lereng bukit, dataran pantai dll. 2. Jenis tanih seperti tanah laterit untuk , tanah lanar/aluvium , tanah gambut untuk , tanah pasir untuk dsb. 3. Saliran sistem saliran seperti sungai,tasik dan paya termasuk juga saliran tanah samada menakung atau tidak menakung air. 4. 5. Faktor iklim/cuaca seperti keadaan suhu, hujan, kelembapan udara dsb. Bekalan sumber bahan mentah dan sumber kuasa.

25

Faktor Kemanusiaan 1. Kemudahan asas/prasarana yang ada seperti jalan pengangkutan, sistem pengairan yang disediakan dan kemudahan fizikal yang lain. 2. Faktor modal keupayaan modal yang ada kecil atau besar, pinjaman kredit daripada institusi kewangan seperti bank pertanian dll. 3. Dasar /polisi kerajaan secara umum dan khusus seperti menubuhkan pelbagai agensi pelaksana. 4. Faktor teknologi tradisional atau moden termasuk penggunaan alat seperti jentera, baja kimia, racun serangga, R&D dll. 5. Faktor buruh penggunaan tenaga buruh keluarga/tempatan/asing, saiz dan jumlah tenaga buruh yang terlibat. 6. Faktor pasaran berkait dengan permintaan dan penawaran, perubahan harga, rangkaian pemasaran seperti adanya FAMA, pasar tani, orang tengah dll. 7. Faktor pengurusan sistematik atau tidak, dipengaruhi oleh tahap pendidikan dan kemahiran yang dimiliki, terlatih atau tidak terlatih (ada khidmat bimbingan latihan, R&D dsb) (Pemarkahan: Tajuk = 1, Objektif = 1, Kaedah = 1 + Faktor : 4 Markah. 1 faktor = 1 markah).

b) Berdasarkan bukti-bukti dari kajian lapangan anda, tunjukkan kesankesan negatif ke atas alam sekitar fizikal setempat akibat aktiviti ekonomi itu. [10 Markah]
RANGKA JAWAPAN Bergantung kepada jenis aktiviti ekonomi yang dikaji. Antara kesannyanya ialah:

1.

Hakisan tanah dan gerakan jisim khususnya tanah runtuh.

2. Ketidakseimbangan nutrien tanah kehilangan kesuburan tanah lebih cepat akibat pertanian sejenis /tanpa giliran atau terlalu kerap . 3. 4. 5. 6. 7. Pencemaran air. Pencemaran udara . Pencemaran bunyi dan bau. Pencemaran tanih dan sisa pepejal. Perubahan landskap secara besar-besaran .

26

8. Kemusnahan ekosistem hutan- kehilangan habitat, rantaian makanan, biodiversiti dll yang berkaitan dengan ekosistem. 9. 10. Kesan pemanasan setempat/kenaikan suhu mikro. Kemusnahan kawasan tadahan air.

(Pemarkahan: Mana-mana 5 isi x 2 markah = MAX 10 Markah)

c) Huraikan langkah-langkah yang patut diambil untuk mengurangkan kesan-kesan negatif alam sekitar akibat aktiviti ekonomi yang anda kaji itu. [ 8 Markah] Skema Jawapan: 1. 2. 3. Langkah perundangan = 2 Markah. Amalan pengurusan = 4 Markah (Mana-mana 2 isi yang dihuraikan)

Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar: 2 Markah.

27

You might also like