You are on page 1of 23

Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah (Primary Science Curriculum and Pedagogies)

Nama Kursus

SCE 3104 Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah Kredit 3 (3 + 0) Jam Interaksi 45 jam Bahasa Pengantar Bahasa Melayu Prasyarat Kemasukan Tiada Hasil Pembelajaran 1. Mengenal pasti objektif, hasil pembelajaran, penekanan, organisasi kandungan dan skop Kurikulum Sains Pendidikan Rendah Malaysia. 2. Menyatakan isu yang relevan dalam pendidikan sains dan hubungannya dengan pengajaran sains pendidikan rendah. 3. Mengenal pasti strategi/kaedah yang sesuai dan relevan untuk mengajar sains pendidikan rendah. 4. Membincangkan strategi untuk menerapkan pengajaran sains bagi keperluan populasi pelbagai budaya, perbezaan jantina, perbezaan pelajar dan kanak-kanak istimewa. Sinopsis Kursus ini membincangkan kurikulum dan pedagogi sains pendidikan rendah, isu-isu dalam pendidikan sains, sejarah perkembangan kurikulum sains sekolah rendah di Malaysia, kurikulum sains sekolah rendah Malaysia, strategi pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah, mengajar sains untuk semua kanak-kanak dan sains untuk kanak-kanak istimewa.

Isu-Isu Dalam Pendidikan Sains

Isu dalam Pendidikan Sains


Apakah pengetahuan (isi kandungan) yang perlu diajar? Apakah kaedah atau strategi yang digunakan? Adakah sama untuk semua murid? Bagaimana dengan murid bermasalah pembelajaran? Kanak-kanak istimewa? Bahasa penghantar? Pengetahuan sains? Kemahiran proses sains? Kemahiran manipulatif, sikap, nilai? Sukatan, kandungan? Menentukan matlamat, kandungan pendidikan sains, kaedah pengajaran, membentuk literasi saintifik

Isu dalam Pendidikan Sains


Apakah Objektif Pembelajaran Yang Hendak Dicapai? Apakah Pengalaman Pembelajaran Yang Hendak Dicapai? Bagaimanakah Pengalaman Pembelajaran Boleh Dirancang Secara Berkesan? Bagaimanakah Menentukan Objektif Pembelajaran Sains Sudah Tercapai?

Isu-isu dalam Pendidikan Sains

Matlamat Pendidikan Sains

Kandungan Pendidikan Sains

Pengajaran Sains

Literasi Sains

Definasi Sains
Suatu kaedah yang disusun menggunakan bukti bagi mempelajari tentang alam semula jadi. Pengetahuan yang dibina oleh ahli saintis melalui pengujian andaian yang dibuat bertahun lamanya.

Kepentingan sains
Sains membantu kita memahami dunia sekeliling kita dan menghargai kerumitan (complexities) dunia kita. Sains merangkumi kesihatan, pekerjaan, komunikasi, hiburan dan pengangkutan kita. Sains merentas kehidupan serta memaklumkan tentang tindakan kita. Sains adalah suatu kaedah berfikir, menyeronokkan, dinamik dan sentiasa berubah.

Kepentingan Sains
Sains menyumbang kepada kefahaman tentang kesihatan dan penyakit dan membawa kepada kemajuan dalam bidang perubatan. Ianya menunjukkan kesan atau impak alam sekitar dan dunia kita. Ianya mengupayakan (empowers) kita untuk memajukan bidang teknologi. Peningkatan pengetahuan saintifik mampu meningkatkan pengetahuan tentang alam semester

CIRI SAINS
Pengetahuan sains bukanlah kebenaran yang mutlak. Ia adalah berasaskan kepada bukti yang wujud Ianya boleh dimodifikasikan sekiranya wujud bukti atau kaedah pemikiran / idea yang baru Sains dihadkan kepada kajian tentang alam semula jadi dan tidak boleh mengkaji atau menjelaskan kejadian yang aneh (supernatural).

Keunikan Usaha Sains


Ianya melibatkan dunia alam semula jadi Saintis mengumpul dan menyusun maklumat secara berhati-hati, sistematik, mengkaji corak dan hubungan antara peristiwa- atau kejadian. Saintis mengemukakan penjelasan yang mampu diuji dengan meneliti bukti yang wujud.

Apakah kualiti saintis yang baik?


Sifat ingin tahu (Curious) Jujur (Honest) Berfikiran terbuka (Open minded) Tabah, gigih (Persistent) Skeptikal Sabar dan teliti Mengakui limitasi sains Mempercayai sebab dan kesan Berprikemanusiaan.

Matlamat Pembelajaran Sains


Belajar (Learned): menghargai keindahan pengetahuan saintifik seadanya.
(appreciating the beauty of scientific knowledge for its own sake)

Mengeksploitasi (Exploiting): menggunakan kebolehan sains yang ada untuk menyelesaikan masalah praktikal bagi memperolehi keuntungan personal
(using science ability to solve practical problems to gain personal benefit).

Sumbangan (Contributing): memahami dan menggunakan pengetahuan sains adalah merupakan kaedah membuat keputusan secara sosial
(understanding science and using that knowledge is social decision making)

Matlamat Pembelajaran Sains


Menyiasat dan memahami alam semula jadi Menjelaskan kejadian / peristiwa semula jadi Membuat ramalan yang berguna Sentiasa menyoal (Never stop questioning)

Melahirkan murid yang


Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains dan teknologi. Mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran. Dapat membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian. Mengamalkan budaya sains dan teknologi.

Pembentukan masyarakat bersifat ikram, dinamik, progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dan mengagumi penciptaan alam.

KANDUNGAN PENDIDIKAN SAINS


PENGETAHUAN
Isi

kandungan yang disampaikan kepada murid

KEMAHIRAN

Kemahiran Saintifik

Kemahiran Berfikir

KEMAHIRAN PROSES SAINS

KEMAHIRAN MANIPULATIF

KRITIS

KREATIF

SIKAP SAINTIFIK DAN NILAI MURNI

PENGAJARAN SAINS
INKUIRI PENEMUAN
EKSPERIMEN

PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

PROJEK

PEMBELAJARAN MASTERI

Pembelajaran Berfikrah

SAINS, TEKNOLOGI & MASYARAKAT

KONSTRUKTIVISME

LITERASI SAINS
Literasi Sains adalah berasal daripada perkataan sains dan literasi yang memberi makna kebolehan membaca, menulis dan memahami pengetahuan manusia yang sistematik. (Scientific literacy, based on the Latin
roots of science and literacy means the ability to read, write, and understand systematized human knowledge Branscomb (1981) )

LITERASI SAINS
Arons (1983) menjelaskan gambaran literasi sains adalah individu yang mampu mengaplikasikan dengan tepat pengetahuan saintifik dan kemahiran penaakulan dalam menyelesaikan masalah serta membuat keputusan daripada aspek kehidupan personal, sivik dan profesionnya. Literasi saintifik adalah penting dalam memenuhi keperluan sosioekonomi negara.

LITERASI SAINS
Individu yang berliterasi sains mampu mengaplikasikan dengan betul pengetahuan saintifik serta kemahiran penaakulan bagi menyelesaikan masalah dan mampu membuat keputusan dalam kehidupan personal, sivik dan profesionalisme. Menurut Hazen and Trefil (1991), individu yang mempunyai literasi sains seharusnya mampu meletakkan maklumat sains dalam konteks yang bermakna (berfikrah) dengan merujuk kepada prinsip-prinsip sains yang diketahui atau difahami.

You might also like