You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH

UNIT HAL EHWAL MURID BIL.01/2011 KALI PERTAMA 2011/2012 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RENGIT

TARIKH : 23. November. 2011 HARI : Rabu

TEMPAT :Bilik Mesyuarat PENGERUSI : En. Musa Bin Aris (GPK HEM) KEHADIRAN : 1. Pn. Maznah Binti Ederos (GPK 1) 2. En. Abd Wahab Bin Abd Manan (GPK Ko-Kurikulum) 3. En. Mohd Fahmi Bin Abu Bakar 4. Puan Rozita Binti Samat 5. En. Haslin Bin Hasbollah 6. En. Nazarudin Bin Ali 7. Puan Zaifirus Sinar Suriati Binti Mahmod 8. Puan Norasyikin Binti Ahmad 9. Puan Norzi Binti Daud 10. Puan Nor Azora Binti Abas 11. En. Norul Izzat Bin Nasir 12. En. Mohd Nasrul Hanif Bin Mohd Noor 13. En. Umai Sarah Binti Abdul Shukor 14. Puan Aleeza Binti Othman 15. Puan Rafidah Binti Abd Rahman 16. Puan Nurulhida Binti Kamarudin 17. Puan Junaidah Binti Sualiman

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mohd Fahmi Bin Abu Bakar.

1.

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua kerana sanggup

meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat.

1.2 Pengerusi juga mengingatkan kepada semua jawatankuasa Unit Hem

bekerjasama dalam melaksanakan setiap program-program di bawah unit Hem. Tindakan :Untuk makluman sahaja

2. JAWATANKUASA UNIT HEM 2012

2.1 JAWATANKUASA LEMBAGA DISIPLIN DAN TATATERTIB

- Memastikan murid-murid mematuhi peraturan Sekolah. Buku Peraturan

Sekolah yang baru akan dikeluarkan pada awal tahun 2012 berharga RM2.50. Setiap pelajar akan membawa buku peraturan tersebut pada setiap hari sesi persekolahan 2012.

- Laporan SSDM akan dihantar ke PPD pada setiap bulan oleh En. Ishak

Bin Halus. AWAS/PINTAS juga dilaksanakan, apabila murid melakukan kesalahan disiplin akan diberi kaunseling sebelum dihantarkan ke jawatankuasa tatatertib.

- En. Haslin menyatakan disiplin murid perlu ditingkatkan dan semua guru diharap dapat ambil perhatian. Bagi mengelak daripada murid melakukan kesalahan seperti berlari, guru matapaelajaran ketika itu perlu mengatur murid agar tidak berlari. En. Musa juga menegaskan larangan berlari perlu diambil serius. Semua guru adalah guru disiplin. Beliau juga menyatakan guru perlu mengambil tindakan dahulu kepada murid yang melakukan kesalahan sebelum di hantar kepada GPK Hem atau guru disiplin.

- En. Musa juga menegaskan guru bertugas perlu mencatatkann kesalahan

murid dalam hal-hal lain dalam buku laporan bertugas untuk diambil

perhatian. Beliau juga menegaskan Jawatankuasa Disiplin tidak berhak membuat pergantungan murid tetapi ia adalah kuasa Guru Besar

- Kelab Pencegahan Jenayah pula terdiri daripada Pengawas, Pustakawan, Ketua dan Penolong Ketua Kelas.

- Aduan pelanggan, borang akan dikelurakan oleh GPK HEM.

Tindakan : Jawatankuasa Lembaga Disiplin dan Tatatertib dan semua guru

2.2 JAWATANKUASA BADAN PENGAWAS DAN PUSTAKAWAN

Pn. Zaifirus selaku guru pengawas/pustakawan telah mengedarkan surat perlantikan pegawas/pustakawan kepada murid-murid yang telah dipilih pada tahun 2012 nanti.

Pengawas/pustakawan sebelum ini seramai 18 orang (18 pengawas/18 pustakawan) telah ditambah kepada 20 orang (20 pengawas/20 pustakawan). Ketua Pelajar pada tahun 2012 ialah Mohd Wafiy Bin Mohd Khir. Manakala Ketua Pustakawan ialah Norafifah Binti Mohd Yazid.

Puan Nurulhida telah mengutarakan soalan apakah bidang tugas pustakawan yang dilihat melaksanakan juga tugas pengawas sekolah. En. Haslin menyatakan untuk mendidik pustakawan sebagai pemimpin. Keputusannya pustakawan akan bertugas ketika perhimpunan rasmi sekolah tetapi tidak menjaga kelas seperti pengawas.

Pn. Zaifirus menyatakan perlantikan pengawas untuk tahun 2012 dipilih dengan mengambil pandangan guru kelas dan semua guru.

En. Haslin berharap semua guru dapat menerima perlantikan ini kerana surat perlantikan telah diedarkan kepada ibu bapa. Cadangan ini diterima oleh semua guru.

Pn. Zaifirus mencadangkan agar Kursus Kepimpinan 2012 untuk pengawas/pustakawan/ketua dan penolong ketua kelas di asingkan dengan ketua/pemimpin dalam unit-unit Ko-kurikulum. Cadangan ini diterima oleh semua guru.

Tindakan: Jawatankuasa Badan Pengawas dan Pustakawan

2.3 JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Bimbingan dan Kaunseling mempunyai bilik khas. Bilik berkenaan perlu digunakan untuk memanggil murid-murid bermasalah untuk diberi bimbingan, nasihat dan kaunseling. Ia juga berkaitan dengan program AWAS.

En. Musa berharap semua program-program unit ini yang dirancang dapat diteruskan.

Tindakan :Jawatankuasa Bimbingan dan kaunseling.

2.4 JAWATANKUASA BANTUAN, KEBAJIKAN DAN TABUNGAN

En. Musa menyatakan permohonan KWAPM bagi tahun 2012 telah dihantar ke PPD pada bulan September yang lalu.

Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks sekolah juga telah menyerahkan pinjaman buku teks kepada semua murid untuk sesi persekolahan 2012.

Data bantuan Rancangan Makanan Tambahan juga telah dibuat dan dihantar ke PPD.

En. Musa juga menyatakan bantuan juga akan diberikan kepada muridmurid yang menghadapi bencana seperti sakit, kematian ibu bapa dan sebagainya.

Pihak sekolah juga telah memberikan bantuan dalam Program Bantuan Somalia pada tahun 2011.

Tindakan : Jawatankuasa Bantuan, Kebajikan dan Tabungan

2.5 JAWATANKUASA 3K

Program Kesihatan dijalankan dengan kerjasama dari Klinik Kesihatan Sg. Rengit. Penyelaras 3K menegaskan agar guru-guru kelas mendapatkan tandatangan ibu bapa pada buku biru (Buku Rekod Kesihatan Murid). Kad tersebut hedaklah diletakkan di bilik GPK Hem.

Penyelaras juga menyatakan Program Kebersihan (Tandas Ceria) telah dirancang, tetapi tidak dapat dijalankan keranan kekurangan dana pihak sekolah.

En. Musa berharap Program Tandas Ceria ini dapat dilaksanakan pada tahun 2012.

Tindakan :Jawatankuasa 3K .

2.6 JAWATANKUASA PROGRAM RIMUP

En. Musa berharap jawatankuasa RIMUP dapat melaksanakan programprogram dirancang.

Tidakan: Jawatankuasa Program RIMUP

2.7 JAWATANKUASA UNIT KANTIN

En. Musa memaklumkan bahawa pihak sekolah telah melantik Pengusaha Kantin yang baru pada tahun 2012 nanti.

Pihak sekolah dan pihak kantin akan menandatangani surat perjanjian pada 28/11/2011.

Guru Besar telah memberi penegasan agar semua pekerja kantin menjalani pemeriksaan kesihatan dan dilarang membawa anak kecil.

Program kantin akan diteruskan seperti program cuci tangan, doa selepas makan dan berat badan ideal.

Bagi guru bertugas, diharap dapat merasa dahulu makanan yang diberikan kepada murid-murid secara percuma bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Tindakan : Jawatankuasa Unit Kantin dan semua Guru

2.8 JAWATANKUASA DATA DAN PENDAFTARAN

Pn. Rozita menyatakan Data SMM banyak berlaku kesilapan. Jadi beliau memerlukan masa untuk menyemak/mengemaskini data tersebut.

Beliau juga menegaskan guru kelas dapat memaklumkan segera kepadanya jika terdapat sebarang perubahan maklumat murid.

En. Haslin menyatakan ini adalah penting supaya tidak menjadi masalah untuk mendaftarkan murid dalam sistem peperiksaan.

3. En. Musa berharap semua jawatankuasa dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 petang DisediakanOleh :

___________________________ (MOHD FAHMI BIN ABU BAKAR) Setiausaha HEM, SEK. KEB. SUNGAI RENGIT.

You might also like