You are on page 1of 3

TAJUK: PANTUN NASIHAT (BERSATU HATI) PANTUN MAKSUD & PERSOALAN SETIAP RANGKAP Bekerjasama perlu diamalkan agar

pekerjaan yang susah akan menjadi senang. Persoalan:Pemupukan semangat bekerjasama antara anggota masyarakat. Seseorang gadis perlulah menjaga maruah diri supaya terselamat daripada perkara yang tidak baik Persoalan: Tanggungjawab untuk menjaga tatasusila dan maruah diri Mengikut tuntutan hawa nafsu akan merosakkan tubuh badan. Persoalan: Bersikap rasional dan tidak mengikut hawa nafsu, Percakapan yang tidak dijaga akan membawa bencana kepada seseorang. Persoalan: Kepentingan menjaga percakapan atau tutur kata. Seseorang murid itu hendaklah rajin berdamping dengan gurunya supaya apa jua yang dipelajari akan lebih mudah difahami. Persoalan: Keutamaan menuntut ilmu dengan cara yang betul Kita digalakkan berkenal-kenalan antara satu sama lain namun batasbatas pergaulan perlulah dijaga Persoalan: Adab dalam pergaulan

Gunung Tahan sama didaki Sungai Pahang sama direnangi Jikalau semua bersatu hati Kerja yang payah menjadi senang

Melangir keris pusaka hikmat Keris sejarah sejak bahari Kalau gadis ingin selamat Jangan murah menjual diri

Menanam bunga di dalam pasu Bunga Melati, Bunga Pandan Jangan ikut hawa nafsu Kelak nanti binasa badan Nyiur muda dibuat pengat Mari dimakan bulan puasa Wahai pemuda hendaklah ingat Kerana mulut badan binasa. Orang berkelah di Tanjung Rhu Sambil memanggang si ikan Sepat Hendaklah banyak menghadap guru Supaya terang jalan makrifat

Rendang sungguh pohon ara Tumbuh subur tepi telaga Tidak salah berkenal mesra Tatasusila perlu dijaga

Tema: Tema pantun ini adalah nasihat yang dijadikan sebagai panduan untuk membina diri seseorang kea rah kebaikan dan kesejahteraan hidup.

UNSUR BUNYI & GAYA BAHASA SUAIKAN Kerja yang payah menjadi senang Keris sejarah sejak bahari Gunung Tahan sama didaki Sungai Pahang sama direnangi Kerana mulut badan binasa. Bunga Melati, Bunga Pandan RESPONSI PERIBAHASA ASONANSI REPITISI ALITERASI

SOALAN 1. Pantun ini ditujukan kepada yang berikut kecuali... a. gadis c.guru b. Pemuda d. Murid 4. Kerana Mulut badan binasa Apakah pengajaran yang terkandung dalam frasa di atas? a. Kita hendaklah menjaga tutur kata b. Kita hendaklah mengawal tingkah laku c. Kita perlulah beradab sopan d. Kita perlulah menjaga gerak-geri 5. Apakah nilai yang tidak terkandung dalam pantun di atas? a. berwaspada b. berdikari c. bekerjasama d. bertanggungjawab

2. Apakah maksud frasa jangan murah menjual diri? a. Bertanggungjawab menjaga maruah diri. b. Perlu meningkatkan harga diri. c. Tidak terlalu mudah digauli orang d. Tidak mudah terpengaruh oleh hasutan orang. 3. Menanam bunga di dalam pasu Bunga Melati, bunga pandan

Kata yang bergaris merupakan gaya bahasa.... a. anafora b. metafora c. simile d. responsi

BENTUK a. Bentuknya terikat b. terdiri daripada enam rangkap. c. Empat baris serangkap d. Ada pembayang dan maksud e. Bilagan kata tiga hingga lima pata kata sebaris f. Terdiri daripada lapan hingga sebelas suku kata sebaris. g. Rima akhir rangkap pertama hingga kelima: abab, rangkap keenam: aaaa

NILAI a. Rasional. Contoh, sikap rasional yang perlu diamalkan dalam diri setiap orang agar tidak tersilap dalam membuat sebarang keputusan. b. Berwaspada. Contoh, sikap berwaspada dalam perlakuan dan pertuturan dapat menghindarkan diri daripada perkara negative. c. Bekerjasama. Contoh, amalan bekerjasama membolehkan pekerjaan yang susah menjadi mudah. d. Bersopan santun. Contoh, sikap bersopan santun perlu diamalkan terutamanya dalam pergaulan. e. Bijak menjaga diri. Contoh, anak gadis hendaklah pandai menjaga diri mereka agar tidak terjebak dalam perkara yang tidak baik.

PENGAJARAN a. Kita hendaklah bekerjasama dalam sesuatu pekerjaan. b. Kita perlulah bijak dalam menjaga maruah diri. c. Kita hendaklah bersikap rasional dan tidak mengikut hawa nafsu. d. Kita perlulah berwaspada ketika berbicara, e. Kita hendaklah berguru ketika menuntut ilmu supaya tidak terpesong. f. Kita hendaklah sentiasa menjaga adab dan tingkah laku.

You might also like