You are on page 1of 19

PSIKOLINGUISTIK Psikolinguistik merupakan cantuman dua disiplin ilmu iaitu psiokologi dan linguistik.

Mangantar Simajuntak menerangkan bahawa kata psikolinguistik adalah gabungan dua perkataan iaitu psikologi dan linguistik yang merupakan dua disiplin ilmu yang berlainan dan boleh berdiri dengan sendirinya. Psikologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji akal budi atau jiwa manusia dan tingkah laku manusia. Gleitman mengatakan bahawa psikologi merupakan satu bidang yang kadangkala ditakrifkan sebagai bidang akal budi, dan kadangkala pula sebagai ilmu tingkah laku. Menurut Mangantar Simajuntak pula, psikologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji proses akal manusia dan segala yang mengatur perilaku manusia. Dalam takrif yang diberi oleh Gleitman dan Mangantar Simanjuntak, jalas bahawa psikologi ialah disiplin ilmu yang mengkaji tentang hal-hal tentang akal budi dan tingkah laku manusia. Linguistik ialah ilmu tentang bahasa seperti yang diterangkan di bahagian Aitchison telah menegaskan bahawa linguistik dapat ditakrifkan sebagai satu penyelidikan sistematik tentang bahasa satu disiplin yang menghuraikan tentang bahasa dan merumuskan teori-teori tentang bagaimana bahasa berfungsi. Pandangan yang dikemukan oleh Aichison jelas menunjukkan kajian tentang bahasa yang tidak dilakukan secara empirikal atau bersistem tidak boleh dianggap sebagai kajian linguistik. Di dalam Kamus Dewan (edisi baru) memberi takrif ringkas tentang linguistik iaitu ilmu tentang bahasa. Jadi dapat saya rumuskan bahawa linguistik adalah ilmu tentang bahasa dan cara bahasa berfungsi sebagai alat untuk mencapai matlamat atau hasrat dalam kehidupan seharian. Jadi psikolinguistik dapat ditakrifkan sebagai ilmu yang mengkaji apa yang dikaji di dalam psikologi dan linguistik. Secara umumnya dapatlah saya katakan bahawa psiokolinguistik satu bidang yang mengkaji mekanisme mantel dan kelakuan manusia semasa manusia berbahasa.

Psikolinguistik atau psikologi bahasa ialah kajian faktor-faktor psikologi dan neurobiologi yang membolehkan manusia memperoleh, menggunakan, dan

memahami bahasa. Penglibatan-penglibatan singkat dalam bidang ini pada mula-

mulanya merupakan usaha-usaha falsafah, diakibatkan sebahagian besarnya oleh kekurangan data-data yang padu tentang bagaimana otak manusia berfungsi. Penyelidikan moden mempergunakan biologi, neurosains, sains kognitif, dan teori maklumat untuk mengkaji bagaimana otak memperoses bahasa. Adadnya beberapa subdisiplin; umpamanya, teknik-teknik tak invasif untuk mengkaji pengerjaan neurologi otak semakin digunakan, dengan neurolinguistik kini merupakan sebuah bidang baru pada dirinya. Psikolinguistik meliputi proses-proses kognitif yang membolehkan penjanaan ayatayat yang bertatabahasa dan bermakna dari segi perbendaharaan kata dan struktur tatabahasa, serta proses-proses yang membolehkan pemahaman pernyataan, perkataan, teks, dan sebagainya. Psikolinguistik perkembangan mengkaji keupayaan bayi-bayi dan kanak-kanak untuk membelajari bahasa, biasanya melalui kaedahkaedah uji kaji atau sekurang-kurangnya kaedah kuantitatif (dan bukannya pencerapan naturalistik seperti yang dilakukan oleh Jean Piaget dalam

penyelidikannya terhadap perkembangan kanak-kanak).

Psikolinguistik bersifat antara disiplin dan dikaji oleh orang-orang daripada berbagaibagai bidang, seperti psikologi, sains kognitif, dan linguistik. Adanya banyak subbahagian dalam bidang psikolinguistik yang mendasari komponen-komponen bahasa manusia.

Fonetik dan fonologi adalah berkenaan dengan kajian bunyi pertuturan. Dalam bidang psikolinguistik, penyelidikan menumpukan perhatian pada bagaimana otak memproses dan memahami bunyi-bunyi itu.

Morfologi ialah kajian struktur-struktur kata, khususnya hubungan antara perkataan-perkataan yang berkait (seperti jalan dan berjalan), dan

pembentukan perkataan berdasarkan peraturan-peraturan (umpamanya, pembentukan kata berimbuhan).


y

Sintaksis ialah kajian pola-pola yang menetapkan bagaimana perkataanperkataan digabungkan untuk membentuk ayat. Semantik adalah berkenaan dengan makna perkataan-perkataan dan ayatayat. Jika sintaksis adalah berkenaan dengan struktur formal ayat, semantik mengolahkan maksud ayat-ayat yang sebenar.

Pragmatik adalah berkenaan dengan peranan konteks dalam pentafsiran makna.

Kajian tentang pengecaman kata dan pembacaan memeriksa proses-proses yang terlibat dalam pemerolehan maklumat ortografi, morfologi, fonologi, dan semantik daripada pola-pola dalam teks tercetak.

Teori Huraian Bahasa Yang berikut ialah empat aliran pemikiran teori huraian bahasa: a) Teori Tradisional (Panini)

Kajian bahasa dibuat terhadap bentukbentuk tulisan.

Ahli bahasa Arab mengkaji tulisan Al-Quran dan orang Hindu pula mengkaji tulisan Sanskrit.

y y

Bahasa boleh berkembang. Setiap bahasa ada hubungan dengan bahasa induk

Tatabahasa bersifat sejagat, berasaskan tatabahasa Yunani dan Latin.

Bahasa merupakan cabang ilmu falsafah yang menyelidik tabii alam.

Kajian bahasa bersifat deduktifmementingkan hukum-hukum sesuatu bahasa.

Pengkaji juga menetapkan golongan kata kepada kata nama, kata sifat, dan kata kerja.

b) Teori Struktural (Bloomfield) y Kajian tentang fonem dan morfem serta kaitan antara fonem, morfem dan ayat. y Ciri-ciri bahasanya bersifat pertuturan, bersistem,arbitrari, dan untuk perhubungan. y Ahli-ahli bahasa ini banyak

mengumpulkan bahan pertuturan dan mementingkan fakta-fakta yang dilihat.

c)

Teori Tranformasi Generatif (Chomsky)

Penutur jati boleh menggunakan bahasa apabila berhadapan dengan pelbagai keadaan.

Bahasa adalah sistem tentang rumusrumus bahasa.

Ayat mempunyai struktur dalaman dan permukaan.

Pengetahuan bahasa merupakan suatu fenomena mental.

Penutur dilahirkan dengan kecekapan semula jadi.

Bahasa bersifat sejagat dan kreatif.

d)

Teori Fungsional

(Halliday)

Struktur bahasa ikut fungsi dalam komunikasi.

Kajian tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika seseorang berkomunikasi.

Terdapat fungsi sosial yang terdiri daripada 3 fungsi iaitu fungsi idea, fungsi interpersonal, dan fungsi tekstual.

Fungsi sosial bahasa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sistem bahasa.

Teori-teori mengenai bagaimana bahasa bertindak dalam akal manusia mencuba menjelaskan, antara lain, bagaimana kita mengaitkan bunyi-bunyi (atau isyarat-isyarat) bahasa, dan bagaimana kita menggunakan sintaksis iaitu, bagaimana kita dapat menyusun perkataan-perkataan untuk menghasilkan dan memahami urutan-urutan kata yang kita panggil "ayat". Yang pertama antara perkara-perkara ini mengaitkan bunyi dengan maksud tidak menimbulkan begitu banyak perbalahan dan secara amnya dianggap sebagai bidang yang komunikasi haiwan dan manusia mempunyai sekurang-kurangnya sesetengah persamaan (sila lihat Komunikasi haiwan). Sebaliknya, sintaksis adalah penuh dengan perbalahan, dan merupakan tumpuan perbincangan yang berikut. Pada dasarnya, terdapat dua buah aliran fikiran tentang bagaimana kita dapat mencipta ayat-ayat sintaksis: 1. Sintaksis ialah hasil evolusi kecerdasan manusia yang semakin meningkat dengan berlalunya masa, dan faktor-faktor sosial yang menggalakan perkembangan bahasa pertuturan; 2. Bahasa wujud kerana manusia mempunyai keupayaan semula jadi untuk memperoleh apa yang telah dipanggil "tatabahasa sejagat". Pandangan kedua ini menganggap bahawa keupayaan manusia untuk

memperoleh sintaksis adalah "terbina" di dalam otak, dan mendakwa bahawa, sebagai contoh, ciri-ciri sintaksis yang rumit seperti rekursi tidak dapat difahami juga oleh makhluk-makhluk bukan manusia yang paling cerdas dan sosial. (Rekursi, umpamanya, termasuk penggunaan ganti nama relatif untuk merujuk kembali kepada bahagian-bahagian ayat yang awal "Gadis itu yang keretanya menghalang pemandangan pokok yang saya tanam pada tahun lalu ialah kawan saya".) Keupayaan untuk menggunakan sintaksis seperti ini tidak akan wujud tanpa konsep semula jadi yang mengandungi sokong bawah untuk peraturan-peraturan tatabahasa yang menghasilkan rekursi, berkata pandangan "semula jadi" Oleh itu, kanak-kanak yang membelajari sesebuah bahasa mempunyai ruang pencarian yang luas untuk memeriksa dengan teliti antara tatabahasa-tatabahasa manusia yang mungkin, dan

secara logik memilih bahasa(-bahasa) yang dituturkan di dalam komuniti penuturnya. Sintaksis ini, menurut sudut pandangan kedua, adalah yang mentakrifkan bahasa manusia dan menyebabkannya berbeza juga daripada bentuk-bentuk komunikasi haiwan yang paling canggih. Pandangan pertama adalah amat popular sehingga kira-kira tahun 1960, dan diwakili oleh teori-teori mentalisme Jean Piaget dan penyokong empirisisme, Rudolf Carnap. Aliran fikiran psikologi yang dikenali sebagai faham ketingkahlakuan (sila lihat Tingkah laku lisan (1957) oleh B.F. Skinner) mengemukakan pandangan bahawa bahasa (termasuk sintaksis) ialah tingkah laku yang dibentuk oleh gerak belas terlazim. Sudut pandangan kedua iaitu "yang semula jadi" boleh dikatakan secara adil sebagai bermula dengan ulasan Noam Chomsky yang amat kritis terhadap buku Skinner pada tahun 1959 di dalam halaman-halaman jurnal Bahasa
[1]

. Ulasan itu memulakan apa yang telah diistilahkan sebagai "revolusi kognitif"

dalam bidang psikologi. Bidang psikolinguistik sejak masa itu telah ditakrifkan oleh gerak-gerak balas terhadap Chomsky. Pandangan penyokong masih menganggap bahawa keupayaan manusia untuk menggunakan sintaksis adalah berbeza secara kualitatif daripada sebarang komunikasi haiwan. Keupayaan itu mungkin dihasilkan oleh mutasi yang menggalakkan (terlalu tidak mungkin), atau (lebih mungkin) oleh penyesuaian kemahiran-kemahiran yang dikembangkan untuk tujuan-tujuan yang lain. Dengan kata yang lain, sintaksis tepat mungkin memenuhi keperluan-keperluan kelompok; ungkapan-ungkapan linguistik yang lebih baik mungkin menghasilkan kepaduan, kerjasama, dan potensi untuk hidup, tetapi sintaksis tepat hanya dapat berkembang daripada sintaksis asas atau tiada sintaksis yang tidak mempunyai sebarang nilai hidup dan oleh itu, langsung tidak akan berkembang. Oleh itu, seseorang harus melihat pada kemahiran-kemahiran lain yang ciri-cirinya mungkin berguna untuk sintaksis. Dalam istilah biologi evolusi moden, kemahiran-kemahiran ini dikatakan "disesuaikan lebih dahulu" untuk sintaksis

Apakah

kemahiran-kemahiran

ini

yang

sebenarnya

merupakan

tumpuan

penyelidikan terkini, atau sekurang-kurangnya, tekaan.

Pandangan penentang masih menganggap bahawa bahasa (termasuk sintaksis) ialah hasil daripada perkembangan kecerdasan selama beratus-ratus ribu tahun, serta interaksi manusia selama berpuluh-puluh ribu tahun. Dari sudut pandangan ini, sintaksis dalam bahasa beransur-ansur meningkatkan kepaduan kumpulan dan potensi untuk hidup. Bahasa, termasuk sintaksis dan lain-lain, ialah artifak kebudayaan. Pandangan ini mencabar pandangan "semula jadi" kerana

kebenarannya tidak dapat dibuktikan secara saintifik; dengan kata yang lain, ia tidak dapat diuji. Fakta bahawa sesuatu struktur sintaksis yang dapat difikirkan tidak wujud dalam mana-mana bahasa di dunia adalah suatu pencerapan yang memang menarik, tetapi ia bukannya bukti tentang kekangan genetik terhadap bentuk-bentuk yang mungkin, ataupun bukti bahawa bentuk-bentuk itu tidak dapat wujud atau tidak dapat dibelajari. Ahli-ahli teori sezaman, selain daripada Chomsky, yang mengerjakan bidang teoriteori psikolinguistik termasuk George Lakoff, Steven Pinker, dan Michael Tomasello.

Kebanyakan perkaedahan dalam bidang psikolinguistik mengambil bentuk ujiuji kaji tingkah laku. Dalam jenis-jenis kajian ini, -subjek eksperimen diberikan sesuatu bentuk input linguistik dan dimintai melakukan sesuatu tugas (umpamanya,

membuat pertimbangan, menghasilkan semula rangsangan, membaca perkataan yang dipaparkan dengan kuat). Masa tindak balas (biasanya pada peringkat milisaat) dan kadar jawapan yang betul paling biasa digunakan untuk mengukur prestasi. Tugas-tugas ini mungkin termasuk meminta subjek menukarkan kata nama menjadi kata kerja; umpamanya, "buku" membayangkan "menulis", "air" membayangkan "minum", dan sebagainya. Lagi satu eksperimen mungkin memberikan ayat aktif seperti "Ali membaling bola kepada Ahmad", serta padanan ayat pasifnya, "Bola itu dibaling oleh Ali kepada Ahmad", lalu bertanya, "Siapakah yang membaling bola itu?" Kita mungkin akan menyimpulkan bahawa ayat-ayat aktif dapat diproses dengan lebih mudah (lebih cepat), berbanding dengan ayat-ayat pasif (sebenarnya, ini telah dibuktikan benar). Lagi menarik, kita mungkin mendapati bahawa sesetengah orang tidak berupaya memahami ayat-ayat pasif (ini juga terbukti benar), dan kita mungkin akan mengambil langkah-langkah sementaraan untuk memahami jenis-jenis kekurangan bahasa yang tertentu (secara amnya dikumpulkan ke dalam istilah afasia yang umum). Sehingga kemunculan teknik-teknik perubatan tak invasif, pembedahan otak merupakan cara yang lebih disukai oleh penyelidik-penyelidik bahasa untuk memahami bagaimana bahasa bertindak di dalam otak. Umpamanya, pemotongan korpus kalosum (berkas saraf yang mengaitkan kedua-dua hemisfera otak) merupakan rawatan untuk sesetengah jenis epilepsi pada suatu ketika. Jadi penyelidik-penyelidik dapat mengkaji cara-cara bagaimana pemahaman dan penghasilan bahasa akan dijejaskan oleh pembedahan yang drastik. Sudah tentu, otak tidak dibedah hanya untuk mengkaji bahasa. Bagaimanapun, jika patologi memerlukan pembedahan otak, penyelidik-penyelidik bahasa akan mengambil kesempatan itu untuk mengejar penyelidikan mereka. Teknik-teknik tak invasif yang lebih baru kini termasuk pengimejan otak oleh tomografi pancaran positron (PET); pengimegan resonans magnet fungsian (fMRI); keupayaan berkait peristiwa (ERP), serta perangsangan magnet transkranial (TMS). Teknik-teknik pengimejan otak berbeza-beza dari segi peleraian ruang dan masaan (fMRI mempunyai peleraian sebanyak beberapa ribu neuron per piksel, manakala ERP mempunyai ketepatan pada peringkat milisaat). Setiap jenis perkaedahan

memberikan

kelebihan-kelebihan

dan

kelemahan-kelemahan

tersendiri

untuk

mengkaji sesuatu masalah dalam bidang psikolinguistik. Pemodelan pengiraan merupakan lagi sejenis perkaedahan, dan merujuk kepada amalan membina model-model kognitif dalam bentuk atur cara boleh laku. Atur-atur cara ini amat berguna kerana ia mendorong ahli-ahli teori supaya mengemukakan hipotesis-hipotesis yang lebih jelas, dan kerana atur-atur cara ini boleh dipergunakan untuk menjanakan ramalan-ramalan yang lebih tepat bagi model-model teori yang amat rumit sehingga analisis diskursif tidak boleh dipercayai (umpamanya, model DRC untuk pembacaan dan pengecaman kata yang dicadangkan oleh Coltheart dan rakan-rakan sekerjanya). [2] Lebih terkini, penjejakan mata telah dipergunakan untuk mengkaji pemprosesan bahasa dalam talian. Bermula dengan Tanenhaus et al.
[3]

, sebilangan kajian telah

mula menggunakan gerakan mata sebagai alat untuk mengkaji proses-proses kognitif yang berkait dengan bahasa pertuturan. Oleh sebab gerakan-gerakan mata adalah amat berkait dengan fokus perhatian terkini, pemprosesan bahasa boleh dikaji melalui pengawasan gerakan-gerakan mata ketika seseorang subjek diberikan input linguistik.

Definisi Umum Sosiolinguistik Sosiolinguistik, namanya berasal daripada gabungan perkataan sosio + linguistik, menunjukkan bahawa bidang ilmu ini adalah perpaduan sosiologi dengan linguistik. Ada pula yang menyebutnya sebagai linguistics plus. Dengan itu, mudah untuk mengenalpasti bahawa perbahasan pokok dalam ilmu ini adalah masyarakat dan bahasa. Kita boleh mengatakan sosiolinguistik adalah ilmu interdisiplineri yang membincangkan dan menyusun teori-teori tentang perhubungan masyarakat dan

bahasa. Maksud istilah masyarakat, dalam ilmu sosiolinguistik, adalah mencakupi kajian mengenai pihak-pihak yang terlibat dalam interaksi kelompok besar mahupun kecil, fungsi kelompok, pertembungan antara kelompok, sektor-sektor sosial, perhubungan-perhubungan dan perbezaan-perbezaannya dari segi bahasanya. Maksud istilah bahasa pula mencakupi gagasan-gagasan seperti perbezaan kod-kod (iaitu bahasa Melayu, Indonesia, Inggeris, Arab dll.), ragam regional dari satu kod (seperti bahasa Melayu Malaysia, Singapura, Brunei, Thai Selatan, Kelantan, Kedah dll.), ragam kelompok sosial (seperti bahasa golongan bangsawan, kelas tinggi dan rendah), ragam stailistik (rasmi, santai, intim dan sebagainya). Kesemuanya ini diamati dengan memberi perhatian kepada ciri-ciri pola bunyi dan sebutan, kosa kata, ciri-ciri gramatikal atau pada tahap makna iaitu semantik. Selanjutnya mari kita kaji dulu batasan kedua yang akan dipadukan ini. Sosiologi adalah ilmu yang mempelajari struktur masyarakat dan proses-proses kemasyarakatan, termasuk di dalamnya perubahan-perubahan masyarakat.

Sosiologi adalah ilmu kemasyarakatan yang mutlak dan abstrak. Ia mencuba memberi pengertian-pengertian umum, rational dan empirikal serta bersifat umum (Soekanto 1982: 50). Pada pihak lain linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa sebagai bentukbentuk lisan dan tulisan. Ia memiliki rumus-rumus yang menjelaskan sistem, rasional, empirikal, dan kesimpulan-kesimpulan sebagai pemerian daripada kenyataan struktur, peggolongan, dan rumus-rumus bahasa, termasuklah pernyataan

kekecualiannya. Dan bahasa itu sendiri adalah alat untuk berkomunikasi dalam proses sosialisasi, yang diberi pemerian secara formal dan abstrak dan kadangkadang kaku oleh linguistik (khususnya mikrolinguistik).Oleh sebab bahasa-bahasa biasanya berfungsi dalam satu matriks sosial dan oleh kerana masyarakat sangat bergantung pada bahasa sebagai sarana (kalau bukan simbol) interaksi yang diamati, dapat diharapkan bahawa manifestasi-manifestasinya yang diperhatikan itu, perilaku bahasa dan perilaku sosial, akan banyak saling berhubungan dalam banyak cara yang teratur (Fishman 1968: 6). Sesungguhnya kita maklum, walaupun tanpa disedari, bahawa memang ada perhubungan-perhubungan yang kompleks antara masyarakat dan bahasa. Sebagai contoh, kita mengetahui bahawa ada orang-orang berbicara secara berbeza kerana datang daripada latar belakang yang berlainan; sehingga sering kali ada ramalan yang tepat dapat dibuat tentang aspek-aspek

ujaran seseorang dengan tempat kelahirannya atau tempat beliau dibesarkan, pendidikannya, kelompok sosialnya atau bahkan pekerjaannya. Kamus Dewan edisi keempat (2007), sosiolinguistik merupakan kajian bahasa dan hubungannya dengan struktur dan sikap masyarakat. Secara umum, sosiolinguistik juga melibatkan perancangan bahasa. Tetapi oleh sebab bidang perancangan bahasa ini juga menjadi sangat luas, lebih-lebih lagi di Malaysia, maka kita akan melihatnya sebagai satu bidang yang berasingan. (Abdullah Hassan, 2007). Selanjutnya, manusia menggunakan bahasa sebagai alat perhubungan untuk menyampaikan hasrat, buah fikiran dan perasaan serta mengeratkan hubungan antara satu sama lain dalam kalangan masyarakat. Bahasa digunakan sebagai alat oleh masyarakat untuk berhubung, mengenal orang yang sedang bercakap dengan lebih mendalam. Bagaimana orang itu bercakap dan apa yang dicakapkan itu akan memberi tanda-tanda dan keterangan-keterangan tertentu tentang dirinya.

Bagaimana seseorang itu bercakap, cara ia menyebut perkataan, bunyi-bunyi perkataan, bagaimana ia menyusun frasa dan ayat-ayat tertentu, serta jenis-jenis pebendaharaan kata yang digunakan olehnya akan menunjukkan dari daerah mana dan golongan mana ia berasal dan jenis pendidikan yang diterimanya. Daripada apa yang dicakapkan, seseorang itu dapat menangkap sikap dan pendiriannya, pekerjaannya, dan berbagai-bagai aspek latar belakangnya. Bidang-bidang seperti inilah yang tercakup oleh disiplin Sosiolinguistik. Di samping itu, sosiolinguistik juga turut mengkaji sistem ganti nama, sistem panggilan dan sistem gelaran dalam sesebuah masyarakat Melayu seperti aku, patik, beta, engkau, anda, pak cik, mak cik, abang, adik, encik, tuan, puan, dato, tan sri, puan sri dan seumpamanya. Dari segi definisi juga terdapat pengkaji yang menggunakan ungkapan sosiologi bahasa untuk merujuk kepada sosiolinguistik. Jika ditinjau kita dapati istilah sosiolinguistik itu bermakna disiplin ilmu yang mengkaji sifat dan pertumbuhan masyarakat dan segala aspek kehidupan mereka. Apabila dipertalikan dengan bahasa maka dapatlah dikatakan bahawa sosiologi bahasa merupakan satu bentuk disiplin gabungan yang mengkaji hubungan antara masyarakat dengan bahasa yang digunakan oleh masyarakat tersebut. Jadi, kedua-dua ungkapan, sosiolinguistik dan

sosiologi bahasa nampaknya bersinonim atau membawa pengertian yang lebih kurang sama. Walaupun membawa pengertian yang sama, kedua-dua ungkapan ini masih dapat dibezakan berdasarkan dua aspek, iaitu penekanan dan sifat kajian. Pertama kajian sosiologi bahasa memberi penekanan kepada masyarakat manakala sosiolinguistik kepada aspek bahasa. Pada pihak lain, sosiolinguistik lebih berhubungan dengan kajian-kajian mendalam mengenai penggunaan bahasa sebenarnya. Dell Hymes (1962) menyebut ini sebagai etnografi pertuturan (the ethnography of speaking). Beberapa contoh dapat dilihat dalam misalnya, pemerian pola-pola penggunaan bahasa dan dialek dalam budaya tertentu yang menyangkut bentuk-bentuk peristiwa ujaran (speech events), pilihan-pilihan yang dilakukan oleh penutur, topik pembicaraan dan seting pembicaraan (Fishman 1970: 6 dan Labov 1977: 183-184). Ada beberapa cakupan pembahasan dalam sosiolinguistik termasuklah dialektologi dan sosiolinguistik. Dialektologi adalah kajian tentang dialek yang lebih memerhatikan fokus dan cognates daripada kebiasaan verbal yang menggunakan pendekatan diakronis. Di samping itu, sosiolinguistik memiliki kecenderungan untuk mengadaptasi pendekatan sinkronis yang menghubungkan bentuk pilihan penutur bahasa dengan kriteria ekstralinguistik, serta memerhatikan kelompok sosial dan variabel bahasa yang digunakan. Cakupan kedua, retorika dan sosiolinguistik. Retorika bertujuan untuk menentukan metode meyakinkan yang paling baik untuk kemudian bertugas menjelaskannya. Di pihak lain, sosiolinguistik adalah deskripsi dan tujuan yang memuat keahlian-keahlian berbahasa. Perbezaan lain adalah, retorika berfokus pada fungsi persuasif bahasa, sementara sosiolinguistik berfokus pada kajian teks dan lisan yang berhubungan dengan apa sahaja topik dan tujuan. Cakupan ketiga pula sosiolinguistik mikro dan makro. Pendekatan sosiolinguistik mikro menekankan pada individu dalam interaksinya dalam kelompok kecil dan informal, sedangkan pendekatan sosiolinguistik makro menekankan pada level interaksi antara kelompok yang lebih besar. Sosiolinguistik mikro memperhitungkan karakteristik individu yang membezakannya dengan individu lain, sebaliknya sosiolingustik makro memperhitungkan distribusi perbezaan bahasa dalam

masyarakat dan hubungannya dengan faktor usia, jenis kelamin, pendidikan, pekerjaan dan etnik penutur yang diteliti.

Definisi Sosiolinguistik Mengikut Pendapat Tokoh

Pada peringkat awal istilah sosiolinguistik merujuk kepada fungsi dan maksud sosial berbahasa atau hubungan bahasa dengan aspek sosial (atau masyarakat) yang menggunakannya. Hal ini dikenal pasti menerusi kenyataan Currie (1952). Dalam hal ini, pola hubungan bahasa dengan masyarakat boleh dihuraikan menerusi empat cara. Pertama, struktur sosial mungkin mempengaruhi atau menentukan struktur atau perlakuan linguistik. Kedua, struktur linguistik sebaliknya mungkin mempengaruhi struktur sosial. Ketiga, kedua-dua aspek, yakni bahasa dan masyarakat saling mempengaruhi. Keempat, terdapat anggapan bahawa tidak ada hubungan antara struktur linguistik dengan struktur sosial. yang berkaitan dengan masyarakat dan organisasinya. Dalam Kamus Dewan 1994:1533 ) istilah sosio dianggap sejajar dengan sosial yang bermaksud perkara yang berkaitan dengan masyarakat dan organisasinya. Linguistik pula merupakan disiplin yang mengkaji unsur bahasa, khususnya unsur yang membentuk sistem bahasa. Gabungan antara dua perkataan iaitu sosio dan

linguistik dapat ditakrifkan sebagai disiplin ilmu yang mengkaji bahasa dan masyarakat yang menggunakan bahasa tersebut ( Hudson 1998 ). Dalam kata lain, dua komponen utama yang sering dijadikan bahan kajian sosiolinguistik ialah bahasa dan penutur bahasa berkenaan. Sosiolinguistik juga merupakan salah satu cabang yang besar dalam kajian ilmu linguistik dan menjadi tumpuan kepada pengkajipengkaji ilmu linguistik dalam dan juga luar Negara. Sosiolinguistik yang juga dikenali sebagai linguistik antropologi atau linguistik sosial ialah satu cabang linguistik yang mengkaji hubungan antara bahasa dengan masyarakat. Menurut Dell Hymes (1966 ), sosiolinguistik merupakan ilmu yang mengkaji bahasa daripada segi hubungan antara latar ( setting ), peserta ( participant ), tajuk perbincangan, fungsi sesuatu interaksi, bentuk perhubungan dan nilai-nilai yang dipegang oleh ahli-ahli yang terlibat dalam pertuturan terhadap sesama sendiri ( Nik Safiah Karim, 1981: 4 ). Dell Hymes juga menitikberatkan kajian sosiolinguitik dari segi penggunaan bahasa dengan rumusan kemungkinan pemakaian data dan analisis linguistik dalam disiplin lain yang berhubungan dengan kehidupan sosial, dan sebaliknya, pemakaian data dan analisis sosial dalam linguistik

Manakala Fishman ( 1968 ) pula mengatakan bahawa sosiolinguistik itu ialah bidang yang mengkaji ciri-ciri variasi bahasa, ciri-ciri fungsi variasi ini dan ciri-ciri penutur yang menggunakannya apabila ketiga-tiga unsur ini berinteraksi, berubah dan mengubah satu sama lain dalam sesuatu masyarakat bahasa. Dengan perkataan lain, sosiolinguistik merupakan kajian yang menumpukan perhatian terhadap bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan. . Selanjutnya, menurut J.A. Fishman (dalam Suwito, 1985: 5) mendefinisikan sosiolinguistik dengan sebutan sosiologi bahasa. Kajian bahasa sebagai gejala sosial yang mempengaruhi pemakaian bahasa dengan faktor sosial, seperti status sosial, tingkat pendidikan, umur, jenis kelamin, tingkat ekonomi dan faktor situasi, iaitu siapa berbicara, dengan bahasa apa, kepada siapa, bila, di mana, dan mengenai masalah apa atau dirumuskan secara singkat dengan who speak, what language, to whom, and when. Secara sosiolinguistik sebagai pembelajaran eksplisit Fishman mendefinisikan variasi bahasa, tentang karakteristik

karakteristik fungsi bahasa, dan karakteristik pemakaian bahasa yang terjalin dalam interaksi, sehingga menyebabkan perubahan-perubahan antara ketiganya di dalam masyarakat tuturnya. Menurut Wolfram dan Fasold (1974, xiii-xiv), jenis kajian yang termasuk bawah kajian sosiolinguistik merangkumi spektrum topik yang agak luas dan topiktopik tersebut dapat dikelompokkan kepada empat kelompok utama, iaitu interaksi faktor-faktor sosial dengan bahasa atau dialek dalam skala besar, penggunaan sebenar bahasa, bahasa dalam konteks sosialnya, dan penerapan pengetahuan linguistik kepada masalah sosial. Sejajar dengan pendapat di atas, Eastman (1975,115) menyatakan bahawa sosiolinguistik mementingkan kajian interaksi antara mementingkan kajian interaksi antara bahasa dengan latar belakang penggunaan bahasa. Menerusi beliau menerusi kajian sebegini sosiolinguistik berfokus kepada hubungan bahasa dengan organisasi masyarakat. Contohnya, hubungan bahasa dengan kelas atau status pengguna, kajian terhadap repetoir individu yang dikaitkan dengan konteks sosial, kajian kepelbagaian bahasa dan dwibahasaan komuniti bahasa, dan kajian-kajian yang sekategori.

Rene Appel (dalam Suwito, 1985:5) mengungkapkan bahawa sosiolinguistik menempatkan kedudukan bahasa dalam hubungannya dengan pemakaiannya dalam masyarakat, sehingga bahasa dipandang sebagai sistem sosial dan sistem komunikasi, serta merupakan bahagian dari masyarakat dan kebudayaan tertentu. Pemakaian bahasa (language use) merupakan bentuk interaksi sosial yang terjadi dalam situasi konkrit. Rumusan sosiolinguistik menurut Appel adalah pembelajaran tentang bahasa dan pemakaian bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat dan kebudayaan. Nik Safiah (1988) pula menyatakan bahawa kajian sosiolinguistik meliputi semua aspek bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat. Tercakup dalam hubungan yang dimaksudkan ialah kajian terhadap bahasa, dan perancangan bahasa. Nabahan (1993,2) pula menyatakan bahawa sosiolinguistik mempelajari dan membahas aspek-aspek kemasyarakatan bahasa, khususnya perbezaan-perbezaan (variasi) yang terdapat dalam bahasa yang berkaitan dengan faktor-faktor kemasyarakatan (sosial). Menurut Nababan lagi (1993,3) secara lebih khusus pernyataan di atas dapat digarap menggunakan tiga kajian, iaitu kajian bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan; kajian yang menghubungkan faktor kebahasaan, ciri-ciri dan ragam bahasa dengan situasi, faktor sosial dan budaya; dan kajian terhadap fungsi sosial dan penggunaan bahasa dalam masyarakat. Abdul Chaer dan Agustina (1995:3) merumuskan sosiolinguistik sebagai gabungan dari kata sosiologi dan linguistik. Sosiologi adalah kajian yang objektif dan ilmiah mengenai manusia dalam masyarakat dan mengenai lembaga-lembaga, serta proses sosial yang ada di dalam masyarakat manakala linguistik adalah ilmu bahasa atau kajian tentang bahasa. Gabungan kedua-duanya mewujudkan ilmu

sosiolinguistik yang merupakan bidang ilmu antara disiplin yang mempelajari bahasa di dalam masyarakat. Dewa Putu Wijana dan Mohammad Rohmadi (1996:7) telah merangkum semua pendapat tentang sosiolinguistik sebagai cabang linguistik yang memandang atau menempatkan kedudukan bahasa dalam hubungannya dengan pemakai bahasa di dalam masyarakat, kerana dalam kehidupan bermasyarakat manusia tidak lagi sebagai individu melainkan sebagai masyarakat sosial. Oleh itu, segala sesuatu

yang dilakukan manusia dalam bertutur akan selalu dipengaruhi oleh situasi dan kondisi di sekitarnya. Downes (1998,9) juga bersetuju dengan Wolfram dan Fasold (1974) apabila beliau mendifinisikan sosiolinguistik sebagai cabang linguistik yang memerlukan rujukan kepada faktor sosial, termasuk faktor konteks, sewaktu mencari ciri-ciri bahasa (atau bahasa). Menurut Downes (1998,15) lagi, kajian yang dimaksudkan dapat dibahagikan kepada kepada dua jenis. Pertama, kajian yang dianggap sebagai sosiolinguistik bebas, iaitu kajian yang melibatkan huraian terhadap corak sosial variasi dan perubahannya dalam skala yang besar. Penelitian melibatkan percubaan mengaitkan variasi bahasa dengan kategori sosial seperti kelas, jantina, geografi, kehormatan dan sebagainya, dalam konteks perubahan sejarah. Kajian berskala besar sebegini kadang-kadang disebut sosiolinguistik kolerasi, kajian variasi, dialektologi perbandaran moden atau sosiolinguistik tulen. Kedua, huraian sosial bahasa boleh dilakukan menerusi situasi pertuturan berskala kecil. Huraian sosial sebegini kadangkala disebut pragmatik, analisis perbualan, etnografi komunikasi, analisis wacana, semiotik sosial atau linguistik kritis. Secara kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa, ilmu sosiolinguistik adalah kajian terhadap bahasa yang digunakan oleh sesuatu masyarakat. Batasan kajian ilmu sosiolinguistik adalah terhadap bahasa yang boleh digunakan dalam interaksi. Jika bahasa yang digunakan tidak boleh difahami oleh satu pihak yang dibawa berbual, itu adalah diluar bidang kajian sosiolinguistik tetapi termasuk dalam bidang semantik dan pragmatik yang mengkaji makna. Bidang-bidang Cakupan Ilmu Sosiolinguistik Sosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji bahasa yang berkaitan dengan masyarakat termasuklah tentang bagaimana seseorang itu bercakap, cara menyebut perkataan, bunyi-bunyi perkataan, penyusunan frasa dan ayat-ayat tertentu dan sebagainya. Sosiolinguistik juga adalah ilmu linguistik yang mengkaji sistem ganti nama, sistem panggilan dan sistem gelaran dalam masyarakat Melayu. cakupan ilmu sosiolinguistik begitu luas untuk dikaji. Sosiolinguistik lazimnya menumpukan kajian terhadap aspek atau topik-topik seperti berikut: Bidang

Kesetiaan terhadap bahasa, pergeseran bahasa dan peluputan bahasa. Perancangan bahasa Laras bahasa, variasi bahasa dan ragam bahasa Bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, pidgin, dan kreol Bilingualisme dan multilingualisme Kesantunan bahasa Pelaksanaan Bahasa Melayu dalam bidang pendidikan dan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu. Sikap terhadap bahasa

You might also like