Topik

3

Kerja  Pemesinan

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. Mengenal pasti jenis-jenis mesin yang terdapat dalam bengkel mekanikal; Menyatakan cara penggunaan jenis-jenis mesin; Mengenal pasti proses dan kerja pemesinan; dan Menjelaskan langkah-langkah keselamatan dalam kerja mesin.

PENGENALAN
Dalam bengkel mesin terdapat berbagai-bagai jenis mesin yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu komponen/benda kerja. Mesin yang sering digunakan untuk menghasilkan kerja adalah seperti mesin pelarik, mesin pengisar, mesin gerudi dan mesin pencanai. Setiap jenis mesin ini mempunyai fungsi yang berbeza dan digunakan untuk membuat kerja yang berlainan. Dalam topik ini, anda akan diperkenalkan pelbagai jenis mesin dan fungsinya. Di samping itu, anda juga akan mempelajari tentang amalan keselamatan ketika menggunakan mesin tersebut. Cuba anda fikirkan mengapakah kita memerlukan mesin-mesin untuk membantu kita menghasilkan suatu komponen selain daripada menggunakan alat tangan.

TOPIK 3 KERJA PEMESINAN

49

3.1

MESIN GERUDI

Mesin gerudi ialah mesin yang digunakan untuk menggerudi lubang. Saiz mata gerudi akan menentukan saiz lubang yang hendak dibuat. Selain itu, mesin ini juga digunakan untuk kerja-kerja lain seperti menggerek, melulas dan membenam.

3.1.1

Jenis-jenis Mesin Gerudi

Terdapat berbagai-bagai jenis mesin gerudi dalam pelbagai bentuk dan saiz. Setiap jenis ini boleh melakukan kerja menggerudi, sama ada kerja yang berat atau ringan. Rujuk jadual 3.1.
Jadual 3.1: Jenis-jenis dan Fungsi Mesin Gerudi No. (a) Jenis Mesin Gerudi Gerudi Mudah Alih Fungsi Digunakan untuk membuat kerja-kerja yang ringan; Mempunyai pelbagai fungsi, contohnya boleh digunakan untuk menggerudi lubang pada dinding; Maksimum saiz mata gerudi yang boleh digunakan ialah 13mm. (b) Gerudi Meja Digunakan untuk kerja am; Dipasang pada meja kerja; Maksimum saiz gerudi yang boleh digunakan ialah 13mm.

(c)

Gerudi Tiang

Digunakan yang berat;

untuk

melakukan

kerja

Dipasang pada lantai menggunakan bolt dan nat;

dengan

Maksimum saiz gerudi yang boleh digunakan ialah 25mm dengan menggunakan arbor gerudi (jika lebih daripada 13mm).

Bahagian lengan boleh dilaraskan pada sudut yang dikehendaki. Tapak Rajah 3. Rajah 3. Skru pengunci meja 13.50 TOPIK 3 KERJA PEMESINAN (d) Gerudi Jejari Digunakan untuk menggerudi lubang yang berdiameter besar pada benda kerja yang bersaiz besar. Kawalan Kelajuan 2. Meja 7.2 Bahagian Mesin Gerudi Anda perlu mengetahui bahagian-bahagian sebuah mesin gerudi agar kerja menggerudi anda boleh dilaksanakan dengan sempurna dan selamat. Penutup 8. Suis 3.1: Bahagian-bahagian mesin gerudi meja . Pengunci Quill 5. Namakan empat jenis mesin gerudi. Kolar penyokong kepala 10. Motor 9.1 1. Turus 11. SEMAK KENDIRI 3. Pengawal dalam 4. Boleh menanggung gegaran dan getaran semasa kerja menggerudi dijalankan. Label: 1. Apakah perbezaan di antara keempat-empat jenis mesin gerudi tersebut? 3.1 menunjukkan bahagian-bahagian sebuah gerudi meja. 2. Cuk 6. Tuil pengawal hantaran 12.1.

2: Jenis-jenis Gerudi dan Kegunaannya Jenis gerudi • • • • Kegunaan Untuk kerja menebuk lubang. Untuk menggerudi lubang bantu sebelum kerja menggerudi dimulakan. Terdapat dalam pelbagai saiz gerudi jenis ini. Ia juga digunakan untuk menggerudi lubang pusat untuk menyokong benda kerja yang panjang semasa kerja melarik.1. . • Untuk menggerudi lubang senggat rata bagi menempatkan kepala skru Allen.TOPIK 3 KERJA PEMESINAN 51 3. • Untuk menggerudi lubang benam untuk kepala skru atau rivet.2 menunjukkan jenisjenis serta kegunaan gerudi yang biasa digunakan dalam bengkel mesin. Jadual 3.3 Jenis-jenis Gerudi dan Kegunaannya Terdapat beberapa jenis yang biasa digunakan dalam bengkel untuk melakukan pelbagai jenis kerja menggerudi yang berlainan. Jadual 3.

ia juga membolehkan bendalir pemotong sampai ke hujung mata dan tatal keluar melalui ruang yang sempit. ia berfungsi sebagai telusan kepada badan semasa menggerudi supaya gerudi itu tidak bergeser. mempunyai sudut kandung 118À. Bibir pemotong membahagikan sudut ini kepada dua iaitu 59À dari paksi.2 menunjukkan bahagian-bahagian sebuah gerudi pintal. Pusat mata logam.4 Bahagian-bahagian Gerudi Pintal Rajah 3.52 TOPIK 3 KERJA PEMESINAN 3. Rajah 3. Ia mengandungi bahagian-bahagian lain seperti berikut: (a) Sudut hujung mata bahagian hujung gerudi yang berbentuk kon. (e) . untuk mencungkil dan memudahkan gerudi masuk ke dalam bertindak sebagai mata gerudi.1. (b) (c) (d) Bibir pemotong Lurah untuk membentuk tepi pemotong pada hujung bentuk kon.2: Bahagian-bahagian gerudi pintal Badan ialah bahagian antara hujung mata dengan batang. Jidar bahagian tebing yang sempit.

Menggunakan gogal/cermin keselamatan semasa menggerudi.TOPIK 3 KERJA PEMESINAN 53 (f) Lengkung lurah ia merupakan tebing yang memisahkan lurah. . langkah-langkah keselamatan am berikut perlu diperhatikan. Batang gerudi jenis tirus kebiasaannya digunakan untuk gerudi yang saiznya lebih daripada 13mm. Membenang dalam.1. Terdapat juga batang gerudi berbentuk tirus. Melubang benam.5 Kerja-kerja Mesin Gerudi Terdapat beberapa jenis kerja boleh dilakukan dengan menggunakan mesin gerudi. Melubang senggat dan meratakan permukaan bintik.1. (a) (b) (c) (d) (e) (f) Pastikan anda berpengetahuan dan berkemahiran untuk mengendalikan mesin itu.6 Langkah-langkah Keselamatan Semasa Menggunakan Mesin Gerudi Semasa menggunakan mesin gerudi. Batang ialah bahagian yang masuk ke dalam cuk gerudi jika ia adalah jenis lurus. Menggerudi lubang. Saiz batang gerudi jenis lurus biasanya tidak melebihi 13mm. 3. Pastikan bahan/benda kerja yang digerudi diikat dengan cara betul. dan Menggerek lubang. Jangan memakai sarung tangan semasa menggunakan mesin. dan Cecair penyejuk digunakan semasa menggerudi. 3. dianggap sebagai tulang belakang gerudi. Pasti anda seorang sahaja menggendalikan mesin itu. Adakalanya ia boleh dimasukkan ke dalam sarung. Melulas.

roda canai berbentuk Ia mempunyai meja bermagnet untuk tujuan mencengkam benda kerja. Mesin pencanai kekaki Fungsinya sama dengan mesin pencanai meja.2 MESIN PENCANAI Mesin pencanai digunakan untuk mencanai mata alat atau benda kerja. Jenis kerja mencanai akan menentukan jenis mesin pencanai yang digunakan. Jadual 3. .1 Jenis-jenis Mesin Pencanai Terdapat empat jenis mesin pencanai yang digunkan di dalam bengkel.2. 3. Ini ditunjukkan dalam Jadual 3. ia digunakan untuk mencanai permukaan benda kerja.3: Jenis-jenis Mesin Pencanai No 1. Ia bergerak secara melintang dan menegak. pahat. Terdapat pelbagai jenis mesin pencanai yang sering digunakan dalam bengkel. 2. Mesin pencanai permukaan Menggunakan cakera. mata gerudi dan sebagainya. Ia dipasang dengan roda pencanai yang halus dan kasar. 3.54 TOPIK 3 KERJA PEMESINAN 3. dilengkapi dengan kekaki yang diboltkan di atas lantai.3. digunakan untuk mencanai mata alat mesin larik. Jenis-jenis Mesin Pencanai Mesin pencanai meja  Huraian Ia dipasang pada atas meja.

jenis tirus. berceruk dua sisi biasanya digunakan dalam mesin pencanai silinder/mesin pencanai permukaan bagi kerja am.2 Roda Pencanai Roda pencanai adalah pemotong dalam sebuah mesin pencanai. jenis berceruk satu sisi.TOPIK 3 KERJA PEMESINAN 55 4. Manakala roda pencanai bentuk cawan „flaring. (a) Bentuk roda pencanai Dalam bengkel kejuruteraan terdapat berbagai-bagai bentuk roda pencanai digunakan untuk kerja pencanai (lihat Rajah 3.‰ jenis mangkuk dan jenis piring yang digunakan untuk mencanai mata alat. Mesin pencanai silinder Benda kerja dipegang dengan cuk atau tetengah. . Roda pencanai jenis cawan lurus digunakan untuk mesin pencanai permukaan. Roda ini terdiri daripada perbagai-bagai saiz dan bentuk. 3.2.3). Digunakan untuk mencanai benda kerja yang berbentuk silinder.3: Bentuk roda pencanai Roda pencanai jenis lurus. Rajah 3.

ia digunakan secara meluas dalam kerja mencanai yang kasar dengan kelajuan yang tinggi. Peratus bahan pengikat dalam sebuah roda pencanai boleh menentukan „kekerasan‰ dan gred roda itu. Rajah 3. Bentuk pelelas adalah kecil dan tidak sekata. Ia sesuai untuk kerja . Kebanyakan menggunakan pelelas yang diperbuat daripada silikon karbida (silicon carbide) dan oksida aluminium (aluminium oxide). Terdapat lima jenis pengikat yang biasa digunakan untuk roda pencanai seperti berikut: Kekaca (Vitrified) Jenis pengikat ini digunakan oleh kebanyakan roda.56 TOPIK 3 KERJA PEMESINAN (b) Komponen asas roda pencanai Roda pencanai terdiri daripada dua kumpulan asas seperti berikut: (i) Pelelas (Abrasives) Pelelas ialah bahan yang keras menyebabkan pemotongan boleh berlaku pada roda pencanai. Silikon karbida adalah bersifat keras tetapi rapuh. Damar (Resinoid) Jenis pengikat ini adalah kuat dan fleksibel. ia mempunyai kesifatan liang dan kuat. Ia adalah fleksibel dari segi penggunaan kelajuan dan sesuai diguna untuk membuat roda pencanai yang nipis. Tidak dipengaruhi dengan suhu yang panas/sejuk. Rajah 3.4 menunjukkan struktur pelelas roda pencanai. Pengikat ini boleh melepaskan pelelas lebih Silikat (Silicate) mudah berbanding dengan kekaca. Manakala oksida aluminium adalah lembut sedikit dan kuat daripada silikon karbida. Kedua-duanya adalah pelelas tiruan.4: Struktur pelalas roda pencanai (ii) Pengikat (Bond) Pelelas adalah dipegang oleh agen pengikat dalam sebuah roda pencanai. Getah (Rubber) Pengikat diperbuat daripada getah tulen campur dengan sulfur.

L menunjukkan gred kekerasan roda iaitu sederhana.5: Spesifikasi roda Contoh: Jika sebuah roda pencanai ditandakan seperti berikut: A36-L5-V23 A adalah dirujuk kepada jenis pelelas iaitu aluminium oksida. 5 menunjukkan struktur roda iaitu sederhana.5 menunjukkan bagaimanan sebuah roda pencanai ditandakan.TOPIK 3 KERJA PEMESINAN 57 mencanai yang boleh mengekalkan suhu kepanasan yang rendah. 23 ialah nombor pembuatan kilang. Jenis pengikat ini boleh digunakan untuk mencanai tepi alat pemotong. Ia tidak sesuai untuk kerja mencanai yang berat. Syelek (Shellac) Digunakan untuk roda yang besar dan boleh menghasilkan permukaan yang licin (c) Sistem penandaan roda pencanai Roda pencanai mempunyai sistem penandaan yang piawai. 36 mewakili saiz bijian pelelas iaitu sederhana. . Rajah 3. V menandakan jenis pengikat iaitu Vitrified bond. Rajah 3.

7 merupakan cara menyagat dan truing sebuah roda pencanai.7: Menyagat dan truing untuk roda pencanai . Ia dilakukan dengan menggunakan alat penyagat.58 TOPIK 3 KERJA PEMESINAN (d) Pemasangan roda pencanai Pemasangan roda adalah penting untuk menjaga keselamatan pengguna dan mesin. Rajah 3. ia perlu diratakan semua semula permukaannya. Proses ini disebut sebagai menyagat dan truing. Pasangkan roda itu pada spindel mesin dengan kedudukan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3. Rajah 3.6.6: Pemasangan Roda Pencanai (e) Menyagat (dressing) dan truing Apabila roda pencanai sudah tidak rata. Rajah 3.

Berikut merupakan langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi bagi mengelak sebarang kecederaan berlaku semasa menggunakan mesin.8 menunjukkan cara untuk memeriksa keretakan roda.TOPIK 3 KERJA PEMESINAN 59 3. Langkah-langkah keselamatan (a) (b) Memakai gogel (goggle) untuk semua kerja mencanai. Rajah 3.2. Rajah 3. Pastikan roda pencanai itu tidak ada retakan.9. Pastikan mesin pencanai itu mempunyai pelindung mata. pelapik dan penahan mata alat seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3. Rajah 3.8: Memeriksa keretakan roda (c) (d) Gunakan had kelajuan yang sesuai.9: Keselamatan mesin .3 Langkah Keselamatan Menggunakan Mesin Pencanai Mesin pencanai merupakan alat mesin yang digunakan seharian dalam bengkel mesin.

60 TOPIK 3 KERJA PEMESINAN 3. Ia boleh menghasilkan kerja menggergaji yang lebih rata dan tepat.10 menunjukkan bahagian-bahagian utama sebuah gergaji kuasa yang biasa digunakan dalam bengkel mesin. Ada sesetengah ragum boleh dikilaskan kepada sudut tertentu supaya bahan itu boleh digergaji pada sudut tertentu. Mata gergaji tahan lasak.3 GERGAJI KUASA Gergaji kuasa ialah mesin yang digunakan untuk menggergaji bahan logam yang bersaiz tebal dan besar. Menggergaji bahan logam dengan menggunakan gergaji kuasa lebih cepat daripada menggunakan gergaji besi tangan.10: Gergaji kuasa (a) Tapak mempunyai tangki minyak penyejuk dan pam untuk menyalurkan minyak penyejuk semasa memotong. Bingkai bahagian ini memegang dan menyokong bilah gergaji yang akan dipasang pada mesin. Ia juga mempunyai meja untuk menyokong ragum dan bahan yang akan dipotong. Ragum boleh dilaraskan mengikut saiz/bentuk bahan yang akan dipotong. mata gergaji yang akan diguna diperbuat daripada keluli (b) (c) (d) . Rajah 3. Rajah 3.

11: Menggunakan gergaji kuasa .11 menunjukkan langkah-langkah yang perlu diambil semasa menggunakan gergaji kuasa.3.TOPIK 3 KERJA PEMESINAN 61 3. (a) (b) (c) (d) Bahan dipasang dengan panjang yang diperlukan Apabila suis ditekan.1 Cara-cara Menggunakan Gergaji Kuasa Gergaji kuasa adalah mudah digunakan. Bahan yang telah dipotong perlu dibuangkan bahagian yang tajam. Rajah 3. bilah gergaji akan turun dan ia akan berhenti semasa bahan itu habis dipotong. Anda perlu mengetahui cara menggunakan mesin ini. Rajah 3. Bahan yang berdiameter besar juga boleh dipotong dengan gergaji kuasa.

4 MESIN PELARIK Mesin pelarik ialah sejenis mesin menghasilkan benda kerja dengan mencengkam dan memutar benda kerja seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3. Rajah 3. 3. .3. gerudi dan sebagainya. Rajah 3.62 TOPIK 3 KERJA PEMESINAN 3.4. Bahan hendaklah dicengkam pada ragum dengan kemas.12: Prinsip operasi mesin pelarik 3.13 menunjukkan jenis-jenis mesin larik. contohnya bahan yang kurang daripada 6mm. Pilih had kelajuan yang sesuai untuk jenis bahan yang dipotong dan ketebalan bahan.12 dengan menggunakan mata pemotong. Gunakan minyak penyejuk semasa memotong.2 Langkah-langkah Keselamatan Menggunakan Gergaji Kuasa Langkah-langkah keselamatan yang perlu diberi perhatian ketika menggunakan gergaji kuasa adalah seperti berikut: Jangan menggunakan gergaji kuasa memotong bahan yang nipis. dan Jika memotong bahan yang panjang mesti disokong dengan penyokong.1 Jenis-jenis Mesin Pelarik dalam bidang Terdapat berbagai-bagai jenis mesin pelarik digunakan pemesinan.

Rajah 3. Turret boleh dipusingkan supaya mata alat boleh melakukan operasi tertentu. Mesin pelarik Capstan Ia hampir sama dengan mesin pelarik turret.13 (a. Ulir boleh dipotong dengan menggunakan kepala acuan. Alatan turret dipasang pada satu landasan tambahan yang boleh bergerak bersendirian. Mesin pelarik Jentera Jenis mesin larik ini biasa digunakan untuk kerja am /latihan.TOPIK 3 KERJA PEMESINAN 63 Mesin pelarik turret Sesuai digunakan untuk menghasilkan banyak komponen yang sama bentuk dan ukuran. b & c): Jenis-jenis mesin pelarik . Berbagai-bagai alatan boleh dipegang dengan menggunakan alatan khas dipanggil turret.

14 menunjukkan bahagian-bahagian utama sebuah mesin pelarik. Bahagian ini mempunyai takal atau rangkaian gear untuk memutarkan spindel utama dalam alatan hadapan. Bahagian ini mempunyai dua bahagian yang iaitu tapak dan badan. Terdapat dua jenis landasan mesin iaitu bentuk vee (untuk mesin yang bersaiz kecil) dan bentuk rata (untuk mesin yang bersaiz besar). Kereta bahagian ini terdiri daripada sela. bahagian-bahagian utama lain seperti alatan hadapan. Peralatan yang bertangkai tirus boleh dipasang pada spindel. kereta dan alatan belakang adalah terletak di atasnya.2 Bahagian-bahagian Mesin Pelarik Rajah 3.64 TOPIK 3 KERJA PEMESINAN 3. Satu fungsi bahagian ini adalah untuk menyokong benda kerja yang panjang dengan menggunakan tetengah.14: Bahagian-bahagian mesin pelarik (a) Landasan diperbuat daripada besi tuang. Alatan hadapan terletak di sebelah kiri landasan mesin. Badan mempunyai satu spindel yang memperoleh penirusan piawai Morse.4. Alatan belakang bahagian ini terletak di sebelah kanan landasan. kekesut lintang dan kekesut bergabung. Rajah 3. (b) (c) (d) .

3.4. (2b) ialah bahagian yang boleh dikilaskan untuk memotong tirus. (2) ialah kekesut bergabung.TOPIK 3 KERJA PEMESINAN 65 Rajah 3. Mudah dilaras dengan menggunakan jempelang.15: Kereta mesin pelarik Bahagian (1) ialah tiang mata alat. Tiang mata alat ini menggunakan satu bolt pengikat sahaja. .16. Terdapat beberapa jenis tiang mata alat yang sering digunakan untuk mesin pelarik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.3 Jenis-jenis Tiang Mata Alat Fungsi utama tiang mata alat ialah memegang mata alat supaya pemotong boleh berfungsi dengan selamat. (3) ialah kekesut lintang dan (4) ialah sela dan (5) ialah pelana.

4 Kaedah Memegang Benda Kerja di Mesin Pelarik Benda kerja boleh dipegang pada mesin pelarik dengan berbagai-bagai cara. b & c): Jenis-jenis tiang mata alat 3. Ia mempunyai bahagian tanggam bajang membolehkan ia menukar mata alat dengan cepat.4. Jadual 3.66 TOPIK 3 KERJA PEMESINAN Boleh memegang empat mata alat pada satu masa. Biasa digunakan pada mesin CNC (Computer Numerical Control) yang memerlukan penukaran mata alat dengan cepat. Rajah 3. .16 (a. Boleh diindeks kepada 12 kedudukan dengan melonggarkan gagang dan memutar turret kepada kedudukan yang dikehendaki.4 menunjukkan beberapa cara pemegangan benda kerja di mesin pelarik.

Ia akan menggunakan peralatan lain seperti tetengah dan piring pelarik.TOPIK 3 KERJA PEMESINAN 67 Jadual 3. Ketiga-tiga rahang akan bergerak dengan serentak. Setiap rahang dilaras secara bersendiri. . Lengkung-lengkung sepusat di permukaan cuk boleh digunakan sebagai bantuan memusatkan benda kerja. • • • • • Digunakan untuk memegang benda kerja yang bulat/bersegi empat. Rahang digerakkan dengan menggunakan gear tirus dan ulir skrol. • • Biasanya digunakan untuk melarik benda kerja yang panjang. Rajah 3.4: Cara-cara Memegang Benda Kerja pada Mesin Pelarik Pengendalian Kerja pada mesin Pelarik • Huraian Digunakan untuk mencengkam benda kerja yang bulat dan heksagon.17 menunjukkan jenis-jenis tetengah yang biasa digunakan dalam melarik antara dua tetengah.

Rajah 3.4.68 TOPIK 3 KERJA PEMESINAN Rajah 3.18: Terminologi mata alat pemotong mesin pelarik (a) Sudut sandak tepi membentuk bahagian atas mata alat.18 menunjukkan terminologi mata alat pemotong mesin pelarik. .5 Mata Alat Mesin Pelarik Untuk menghasilkan kerja pemesinan yang berkesan dan jitu. mata alat yang digunakan mestilah betul dan sesuai untuk kerja dan bahan berkenaan.     Rajah 3. ia menentukan sudut yang membenarkan serpihan daripada benda kerja keluar dengan mudah.17: Tetengah hidup dan tetengah mati 3.

ia dicanai dari tepi mata pemotong dan membolehkan mata alat memotong benda kerja. Ia juga membolehkan mata alat memotong benda kerja.TOPIK 3 KERJA PEMESINAN 69 (b) Sudut sandak atas juga merupakan sudut yang membentuk bahagian atas mata alat.20. Sudut ini dicanai sehingga 16 0.   Label: 12345678910 11 Mata alat mengulir Mata alat melurah Mata alat melarik selari kanan dan kiri Mata alat penampang kanan dan kiri Mata alat bermuncung bulat untuk melarik selari Mata alat bermuncung bulat untuk melarik tirus Mata alat bermuncung segi Membunga Mata alat membentuk (bulat) Mata alat membuang segi Mata alat mengulir dalam Rajah 3. . Sudut ini akan membantu serpihan keluar daripada permukaan mata alat. Sudut telusan tepi permukaan yang membentuk tepi. Ia juga berfungsi untuk mengawal tekanan potongan dan yang mungkin dipengaruhi oleh sudut ricih.19 menunjukkan bentuk mata alat melarik dan fungsinya. Sudut telusan hadapan ia dicanai dari depan mata pemotong dan bercondong ke bawah. (c) (d) Bentuk Mata Alat Rajah 3.19: Bentuk Mata alat Jenis-jenis pemegang mata alat Terdapat berbagai-bagai jenis pemegang mata alat digunakan dalam mesin pelarik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.

20: Jenis-jenis pemegang mata alat   Jenis-jenis operasi mesin pelarik Terdapat berbagai-bagai kerja boleh dibuat dengan menggunakan mesin pelarik seperti yang ditunjukkan dalam rajah-rajah berikut.70 TOPIK 3 KERJA PEMESINAN Rajah 3. .

22 menunjukkan cara melarik selari dilakukan.21 menunjukkan cara melarik menampang dilakukan. . Rajah 3.23.21: Melarik penampang (ii) Melarik selari Mata alat akan digerak selari dengan paksi benda kerja. Tujuan proses adalah untuk melicinkan permukaan rentas dan melarik benda kerja mengikut panjang yang dikehendaki. Rajah 3.TOPIK 3 KERJA PEMESINAN 71 (i) Melarik penampang Proses yang pertama dilakukan ke atas benda kerja.22: Melarik selari   (iii) Menggerek Bertujuan untuk membesarkan lubang yang telah digerudikan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.     Rajah 3.   Rajah 3. Proses ini bertujuan untuk menghasilkan ukuran diameter yang dikehendaki. Mata alat digerakkan pada permukaan keratan rentas benda kerja.

23: Proses Menggerek   (iv) Melarik bahu Terdapat tiga jenis bahu boleh dimesin dengan menggunakan mesin pelarik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.25: Melarik lurah .     Rajah 3.24: Melarik bahu (v) Melarik lurah Terdapat tiga jenis lurah boleh dimesin dengan menggunakan mesin larik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.72 TOPIK 3 KERJA PEMESINAN   Rajah 3.24.     Rajah 3.25.

26). Ada tiga cara memotong tirus dengan menggunakan mesin pelarik: • • • Dengan menggunakan kekasut bergabung. Rajah 3.26: Cara-cara melarik tirus (vii) Membunga Membunga ialah satu proses pembentukan corak bunga intan atau lurus pada sebatang silinder.   Rajah 3.TOPIK 3 KERJA PEMESINAN 73 (vi) Melarik tirus Proses melarik tirus ialah menghasilkan bentuk bersudut pada benda kerja silinder. dan Dengan menggunakan pesawat menirus (lihat Rajah 3. Dengan mengofsetkan alatan belakang.27: Proses membunga       .     Rajah 3. Tujuan membunga ialah memberi pegangan yang tetap (tidak licin) pada bahagian pemegang alat.27 menunjukkan proses membunga dan alat membunga yang menggunakan mesin.

29 menunjukkan cara memenggal pada mesin pelarik. (ix) Memenggal Proses ini hampir sama dengan kerja melurah. tujuan proses ini adalah untuk memenggal bahan benda kerja yang berlebihan atau terlalu panjang.28 menunjukkan kaedah pemotongan ulir skru V. (B) dan (C) ulir itu dalam proses pemotongan mengikut pic dan dalam dan (D) ialah penyudahan pemotongan.   Rajah 3.74 TOPIK 3 KERJA PEMESINAN (viii) Melarik benang Melarik benang bermaksud memotong lurah helikal dengan suatu sudut dan bentuk yang tertentu pada benda kerja yang berbentuk silinder yang biasa disebut sebagai ulir skru. Terdapat dua jenis benang yang boleh dimesin dengan menggunakan mesin pelarik iaitu benang kanan dan benang kiri.28: Cara-cara memotong benang   (A) ialah permulaan pemotongan. Rajah 3.29: Cara memenggal . Salah satu bentuk ulir skru yang boleh dimesin dengan menggunakan mesin pelarik ialah benang bentuk Vee yang bersudut 600.   Rajah 3. Rajah 3.

dan Gunakan berus untuk membuang tatal/serpihan logam. pemasangan alat dan sebagainya. pemegang mata alat dipasang dengan kemas sebelum memulakan kerja. . Berikut adalah langkahlangkah keselamatan yang anda perlu diamalkan semasa menggunakan mesin pelarik: • • • • • • • Pelindung mata hendaklah sentiasa dipakai. Jelaskan langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan mesin gergaji. Pastikan pengadang tali sawat atau gear telah dipasang dengan kemas.4. SEMAK KENDIRI 3. Mesin pelarik mesti dihentikan untuk kerja-kerja seperti pembersihan. Pastikan peralatan seperti bindu.TOPIK 3 KERJA PEMESINAN 75 3.6 Langkah-langkah Keselamatan Menggunakan Mesin Pelarik Seperti menggunakan mesin-mesin yang lain.2 1. Sentiasa sapukan minyak pada komponen pergerakan mesin agar boleh menghasilkan pergerakan mesin yang lebih lancar. 2. Pastikan kunci cuk/bindu ditanggalkan terlebih dahulu sebelum mula menjalankan mesin. Fungsi utama mesin gerudi adalah untuk menggerudi lubang. Jelaskan kegunaan kereta dalam mesin pelarik. • • • Dalam bengkel mesin berbagai-bagai mesin digunakan untuk menghasilkan satu komponen. Gergaji kuasa digunakan untuk memotong bahan untuk membuat sesuatu projek. Jelaskan perbezaan antara proses membenang dengan mesin pelarik dengan membenang tangan. 3. langkah keselamatan perlu diambil kira semasa menggunakan mesin pelarik.

O.D. .).W.A & Porter.A. Lascoe. Walker.76 TOPIK 3 KERJA PEMESINAN • Mesin pelarik mempunyai pelbagai fungsi. Modern metal working. Chicago: America Technical Society. Sebagai contoh. J. (1972). C. Workshop technology (5th ed. boleh digunakan untuk memotong bahan yang berbentuk silinder. Amalan keselamatan harus dilaksanakan apabila menggunakan semua mesin. Machine shop operation & setup (5th ed). (1976). USA: Goodheart-Willcox. London: ELBS. segi empat atau bentuk yang lain. (1981).J. Nelson. • Gergaji kuasa Gerudi pintal Helikal Membenang luar Membenang dalam Membunga Memenggal Mesin gerudi lantai Mesin gerudi meja Mesin pelarik Mesin pelarik turret Tetengah hidup Ulir skru Chapman. W.R. H.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful