You are on page 1of 7

sistem otot rangka

SISTEM OTOT RANGKA Manusia direka bentuk untuk bergerak.Pergerakan tubuh badan berlaku sebagai hasil gabungan sistem rangka dan otot.Kajian menunjukkan bahan reka bentuk struktur sendi dan sokongan yang tegar menyebabkan pergerakan dapat dilakukan.Pergerakan dihasilkan oleh penguncupan dan pemanjangan otot.Otot juga menentukan magnitug pergerakan.Otot rangka merangkumi beberapa komponan iaitu fiber otot dan fungsi otot. Fiber otot adalah sel sel otot.Sel sel otot ini panjang, berbentuk silinder dan mempunyai banyak nukleus.Fiber otot rangka berjalur dan bersaiz besar.Diameternya diantara 10 um hingga 100 um dan panjangnya boleh mencapai sehingga 40 cm.Tisu penghubung terdiri daripada epimisium, perimisium, dan endomisium. a) Epimisium Meliputi keseluruhan bahagian luar otot.Tendon yang terdapat pada kedua dua hujung otot rangka terbina daripada unjuran epimisium. b) Perimisium Otot terdiri daripada fasikel fasikel.Setiap fasikel ditutupi dengan tisu penghubung berfiber yang dipanggil perimisium. c) Endomisium Dalam setiap fasikel terdapat fiber fiber otot.Setiap fiber otot ini diliputi oleh selaput tisu penghubung yang halus yang dipanggil endomisium. d) Tendon Pada kedua dua hujung otot terdapat tendon yang melekatkan otot kepada tulang secara langsung atau kepada tisu tisu penghubung yang lain secara tidak langsung.Tendon terdiri daripada serat kolagen.Tendon tidak terlalu kenyal tetapi boleh meregang denagan baik.Tendon yang lebar dipanggil aponeurosis. STRUKTUR OTOT BERJALUR Sifat umum semua tisu otot adalah kebolehannya untuk menukarkan tenaga kimia ATP kepada kerja mekanik.Otot berjalur memperolehi namanya dari jaluran silang yang telah berkembang dengan baik.Jaluran ini timbul daripada susunan protein mengecut di dalam sel otot.Otot berjalur berbeza daripada otot jantung dan otot licin kerana ia berada di bawah kawalan voluntari dan disarafi oleh sistem saraf somatik. Setiap otot di dalam tubuh terdiri daripada antara beberapa ratus sehinnga beberapa ratus ribu gentian otot individu.Di dalam banyak otot, gentian gentian tersebut menjalar dari satu hujung

ke hujung yang lain.Walaubagaimanapun, di dalam otot lain terutamanya otot yang besar, susunan gentian individu adalah lebih kompleks.Dalam hal ini, sarung tisu perantara yang mengelilingi dan memasuki otot juga menyediakan tapak penyisipan untuk gentian tersebut.Dengan cara ini,gentian hanya perlu mempunyaimpanjang beberapa sentimeter sahaja walaupun berada di dalam otot yang sangat panjang. Setiap gentian otot merupakan suatu sel multinukleus yang telah terbentuk semasa perkembangan embrio daripada perlakuran sejumlah besar moiblas mononukleus.Di samping mempunyai juzuk biasa sel seperti mitokondrion, ribosom, dan lain lain lagi, sel otot juga mengandungi filamen yang mengecut yang terkhusus bersama dengan suatu sistem membran dalaman yang kompleks yang berfungsi dalam kawalan pengecutan.Filamen mengecut ini terkandung di dalam miofibrail yang bergaris pusat 1 2 um yang menjalar di seluruh panjang gentian otot.Setiap gentian otot mengandungi beberapa ratus miofibrail.Miofibrail mengandungi kira kira 60 % daripada protein di dalam sel otot. FUNGSI OTOT Otot bukan sahaja digunakan bagi menghasilkan pergerakan tetapi otot juga berfungsi untuk mengekalkan postur menstabilkan sendi dan menghasilkan haba. MENGHASILKAN PERGERAKAN Semua pergerakan badan kita dihasilkan oleh penguncupan otot.Penguncupan otot rangka membolehkan kita berjalan, berenang dan mengangkat barang.Otot rangka juga membolehkan kita berupaya bertindak denagan pantas mengikut perubahan yang berlaku di sekeliling.Otot rangka juga membolehkan kita melakukan berbagai bagai ekspresi muka seperti tersenyum dan bermasam muka. MENGEKALKAN POSTUR Kombinasi saling tindakan otot otot rangka yang berlainan membolehkan kita mengekalkan postur badan kita seperti berdiri, duduk dan menundukkan kepala apabila menulis.Fungsi ini berlaku secara berterusan supaya kita dapat mengekalkan kedudukan badan tersebut. MENSTABILKAN SENDI Semasa melakukan pergerakan, otot otot rangka juga menstabilkan sendi sendi terutama pada pergerakan yang melibatkan banyak sendi.Sebagai contoh, lakuan dalam sukan memanah. MENGHASILKAN HABA Tenaga digunakan untuk penguncupan otot.Walaubagaimanapun, sebahagian besar daripada tenaga ini tidak digunakan untuk tujuan tersebut sebaliknya terbebas sebagai haba. JENIS GENTIAN OTOT OTOT RANGKA

Pada umumnya,tiga jenis gentian otot dapat dibezakan di dalam otot skletel manusia.Ia berbeza bukan sahaja dari segi kemampuannya untuk menghasilkan ATP tetapi juga dari segi kelajuan pengecutannya dari rintangan terhadap keletihan.Otot yang disesuaikan dengan aktiviti yang berlanjutan seperti otot postur belakang, mempunyai nisbah gentian merah lambat yang tinggi.Gentian ini berwarna merah kerana ia mengandungi pigmen pernafasan mioglobin yang memudahkan aliran oksigen dari kapilari ke mitokondria otot. Oleh kerana gentian ini mempunyai garis pusat yang kecil yang dikelilingi oleh banyak kapilari dan mengecut secara perlahan lahan(iaitu menggunakan ATP pada kadar yang rendah),darah dapat membekalkan kepada gentian tersebut kepada semua keperluan oksigen dan nutriennya.Oleh sebab itu, gentian ini sangat tahan terhadap keletihan.Sebaliknya, otot yang perlu mempunyai gerak balas yang cepat dan menghasilkan tegangan dengan cepat mengandungi gentian cepat anaerobik dalam nisbah yang tinggi. Di dalam gentian ini, tidak ada mioglobin dan terdapat sedikit mitokondrion dan kapilari tetapi mempunyai kemampuan glikolisis yang berkembang dengan baik.Gentian ini adalah agak besar dan boleh menghasilkan ATP pada kadar yang sangat tinggi tetapi cepat menjadi letih sebaik sahaja simpanan glikogennya habis.Terdapat jenis gentian yang ketiga yang mengecut dengan cepat tetapi berwarna merah dan mempunyai keupayaan oksidan yang berkembang dengan baik.Gentian jenis ini mempunyaisifat yang agak pertengahan berbanding dengan kedua dua jenis yang lain. Sekarang telah jelas bahawa, kebanyakan protein miofibrail menunjukkan sedikit perbezaan dalam sifat fisiologinya,akibat perbezaan yang kecil dalam komposisi asid aminonya.bentuk iso ini mungkin wujud dalam bentuk iso yang sama,sehinggakan ia mempunyai sifat yang berbeza di suatu tempat daripada sifatnya di tempat yang lain.Ini bermakna, otot menunjukkan berbagaibagai sifat. Otot rangka melekat pada tulang dan meliputi tulang rangka.Fiber otot rangka merupakan sel otot yang terpanjang, mempunyai jalur yang jelas dan terkawal.Walaupun otot rangka dikawal oleh sistem saraf tetapi jenis otot ini sahaja yang boleh dikawal secara sedar.Otot rangka juga bertanggungjawab bagi semua pergerakan badan. Halaju penguncupan fiber otot rangka bergantung kepada jenis fiber sama ada fiber sentak cepat atau fiber sentak lambat.Fiber sentak cepat digunakan untuk pergerakan yang cepat.Manakala,fiber sentak lambat digunakan untuk pergerakan yang lebih perlahan.Sebagai contoh,pelari pecut 100 meter mempunyai peratusan fiber sentak cepat yang tinggi berbanding dengan pelari marathon. CIRI CIRI OTOT RANGKA Tisu otot rangka mempunyai ciri ciri yang tertentu untuk menjalankan fungsinya.Ciri ciri tersebut ialah :

Kebolehujaan Kemampuan otot untuk menerima dan bertindak balas terhadap rangsangan yang diterima.Keupayaan ini akan membolehkan otot untuk menguncup. Kebolehkuncupan Keupayaan otot untuk menguncup atau memendek apabila menerima rangsangan.Daya dihasilkan apabila otot menguncup.Ciri ini membezakan tisu otot dengan tisu yang lain. Kebolehpanjangan Keupayaan otot untuk meregang atau memanjang.Fiber otot akan memendek apabila menguncup tetapi boleh memanjang melebihi panjang asal apabila otot relaks. Kebolehanjalan Keupayaan otot untuk kembali semula ke panjang asal selepas meregang atau menguncup. OTOT LICIN Otot licin terdapat pada dinding organ viseral seperti perut, pundi kencing dan saluran pernafasan.Fungsi otot ini ialah mengerakkan cecair atau bahan bahan di dalam saluran saluran yang terdapat di dalam badan.Otot licin tidak berjalur dan dikawal oleh sistem saraf,hormon dan bahan kimia serta regangan. Halaju penguncupan fiber otot licin adalah sangat perlahan dan kekal.Keadaan ini disebabkan oleh fiber fiber otot licin di dalam tisu otot viseral terikat kuat dan membentuk satu jaringan yang berterusan.Apabila satu fiber otot licin dirangsang, impuls akan terus bergerak ke fiber lain dan kontraksi berlaku dalam bentuk gelombang ke fiber fiber yang berdekatan. OTOT KARDIAK Dalam banyak aspek otot kardium adalah serupa dengan otot skeletal.Kedua duanya berjalur dan mengandungi miofibrail yang disusun dengan sekumpulan sekata filamen miosin yang tebal dan filamen aktin yang nipis.Asa molekular pengecutan dan pengawalaturannya difikirkan serupa di dalam kedua dua jenis otot.Walaubagaimanapun berbeza daripa gentian otot skletal yang dibentuk oleh perlakuran banyak mioblas mononukleus semasa perkembangan embrio ,setiap sel otot kardium mengekalkan keindividuannya tersendiri.Oleh yang demikian,miofibrail tidak berterusan dalam jarak yang panjang tetapi berakhir pada membran plasma setiap sel.Pertemuan diantara sel biasanya dirujuk sebagai cakera interklari. Sel otot kardium digandingkan secara elektrik melalui pertemuan rengggang yang terbentuk pada kawasan di maan lamela luar membran plasma yang bersebelahan berlaku bersama.Oleh

sebab itu, sekiranya suatu pengecutan dimulakan pada suatu tempat pada otot, maka keupayaan tindakan boleh merebak sel yang bersebelahan. Oleh kerana jantung bekerja secara berterusan,sel otot mengandungi banyak mitokondria dan mempunyai bekalan darah yang berkembang dengan sangat baik.SR hanya berkembang secara sederhana sahaja dan tidak terdapat triad seperti yang wujud di dalam otot skletel.Walaubagaimanapun, sistem T membuka kepada ruang ekstrasel dan berkaitan dengan SR melalui suatu siri kantung membran yang leper. Otot skeletal dan otot kardium berbeza dari dua aspek utama.Pertama,keupayaan tindakan dalam otot kardium bertahan lebih lama dan mempunyai jangka masa yang setanding dengan gerenyetan mekanik.Ini bermakna tempoh refektori otot kardium berlanjutan sehingga tempoh pengenduran dan oleh sebab itu ransangan yang berulang ulang tidak akan mengakibatkan tetanus.Kedua, darjah pengaktifan otot kardium oleh kalsium lebih banyak bergantung kepada panjang sarkomer. SALING TINDAKAN OTOT OTOT Pergerakan yang efektif melibatkan aktiviti pelbagai otot di samping otot utama yang berperanan melakukan pergerakan secara terus.Hal ini bermakna otot otot dalam tubuh saling bertindak antara satu sama lain dalam melakukan sesuatu pergerakan.Dalam kata lain,bagi sesuatu pergerakan, otot tidak bertindak sendirian tetapi secara berkumpulan.Antara peranan otot yang dimaksudkan ialah agonis,antagonis dan sinergis. a) ANGONIS Otot yang berperanan sebagai penggerak utama dalam sesuatu pergerakan dikenali sebagai angonis. b) ANTAGONIS Otot yang menghasilkan pergerakan yang berlawan dengan otot penggerak utama.Apabila otot penggerak utama menguncup, antagonis akan mengendur atau relaks.Antagonis juga membantu mengawal aksi yang dilakukan oleh otot penggerak utama dengan mengawal kelajuan pergerakan dan kelicinan pergerakan tersebut. c) SINERGIS Otot yang membantu otot penggerak utama.Sinergis menambahkan daya untuk melakukan pergerakan yang dilakukan oleh otot penggerak utama.Sinergis juga menstabilkan sendi dengan mengurangkan pergerakan lain yang tidak dikehendaki apabila otot penggerak uatama menguncup. Sebagai contoh, pergerakan fleksi lengan .Biseps brakii dan brakialis adalah otot otot penggerak utama yang menghasilkan pergerakan tersebut.Triseps braaki bertindak sebagai antagonis manakala brakioradialis pula bertindak sebagai sinergis yang membantu briceps brakii dan brakialis menghasilkan pergerakan fleksi pada lengan.

PENGUNCUPAN OTOT RANGKA Terdapat tiga jenis penguncupan otot yang asas iaitu isometrik, isotonok dan isokinetik. a) PENGUNCUPAN ISOMETRIK Fiber otot menguncup tetapi tiada perubahan pada panjang otot walaupun penguncupan ini menghasilkan daya.Penguncupan ini tidak menghasilkan pergerakan.Contoh pergerakan yang melibatkan penguncupan isometrik ialah ketika kita melakukan aktiviti menolak dinding dengan siku bengkok atau tekan kedua dua tangan.Dinding tidak bergerak tetapi otot triseps brakii menguncup dan menghasilkan daya.Namun begitu,ia tidak dapat mengatasi rintangan yang ada. b) PENGUNCUPAN ISOKINETIK Penguncupan fiber otot dengan halaju penguncupan yang tetap di sepanjang pergerakan.Penguncupan jenis ini dapat dihasilkan dengan menggunakan peralatan yang mengawal halaju pergerakan tersebut.Alat ini dikenali sebagai mesin isokinetik.Contoh pergerakan yang melibatkan penguncupan isokinetik ialah dengan menggunakan peralatan khusus di gimnasium. c) PENGUNCUPAN ISOTONIK Penguncupan fiber otot yang menghasilkan daya yang tetap di sepanjang julat pergerakan.Penguncupan isotonik menyebabkan perubahan pada panjang otot dan berlakunya pergerakan.Penguncupan isotonik terbahagi kepada dua iaitu penguncupan konsentrik dan penguncupan esentrik.pemanjangan otot berlaku ketika penguncupan otot esentrik.Penguncupan kosentrik pula melibatkan pemendekan fiber otot. Aktiviti berlari,melompat dan menaiki tangga adalah contoh pergerakan yang melibatkan penguncupan konsentrik dan esentrik.Semasa membengkokkan lutut, otot otot kuadriseps menguncup secara esentrik dan semasa meluruskan lutut,otot otot kuadriceps pula menguncup secara konsentrik. HALAJU PENGUNCUPAN Fiber otot boleh diklasifikasikan mengikut kelajuan penguncupan otot.Halaju penguncupan otot berbeza antara satu pergerakan dengan pergerakan yang lain.Perbezaan ini dipengaruhi oleh jenis fiber otot yang terdapat pada otot yang menghasilkan pergerakan tersebut.Terdapat dua jenis fiber otot rangka yang utama iaitu fibersentak cepat dan fiber sentak lambat.Kebanyakan otot rangka mempunyai fiber jenis ini.Peratusan fiber sentak cepat atau lambat bergantung kepada baka, fungi dan latihan. FIBER SENTAK CEPAT Fiber ini juga dikenali sebagai fiber jenis dua.Fiber ini lebih besar dan berwarna putih.Fiber ini juga mempunyai keupayaan anaerobik yang tinggi dan lebih sesuai melakukan aktiviti

berintensiti tinggi, pantas dan memakan masa yang pendek.Walaubagaimanapun, fiber ini mudah lesu.Halaju penguncupan bagi fiber sentak cepat lebih pantas berbanding dengan fiber sentak lambat. FIBER SENTAK LAMBAT Fiber ini dikenali sebagai fiber jenis 1.Fiber ini lebih kecil dan berwarna merah.Fiber ini banyak terdapat pada otot otot postur.Fiber sentak lambat mempunyai keupayaan aerobik yang tinggi.Ini bermakna fiber ini tidak cepat lesu dan boleh menghasilkan penguncupan dalam jangka masa yang panjang.Fiber sentak lambat juga mempunyai kelajuan penguncupan yang lebih perlahan berbanding fiber sentak cepat.

You might also like