You are on page 1of 6

KERTAS CADANGAN HARI JAYA WARIS & MAJLIS BACAAN YASSIN 2012 KALI PERTAMA CADANGAN TARIKH : 12 JANUARI

2012 (KHAMIS) CADANGAN TEMPAT : DEWAN SMA PEKAN GURUN ANJURAN : Unit bimbingan dan kaunseling, UNIT KURIKULUM SMA PEKAN GURUN Dengan kerjasama : Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) SMAPG

1.

PENGENALAN

Pencapaian akademik seseorang pelajar adalah kayu ukur bagi menentukan kejayaan dirinya pada masa hadapan. Tanpa pendidikan yang baik, seseorang pelajar boleh tergelincir dari mengecapi kejayaan yang baik di masa hadapan seterusnya mampu mengubah nasib ekonomi keluarga yang masih di tahap yang rendah. Justeru, adalah menjadi salah satu program sekolah iaitu menemukan waris dan pihak sekolah di dalam satu program bagi menerapkan usaha yang berterusan dan jitu ke arah pencapaian akademik pelajar. Tidak dinafikan, selain usaha berterusan di dalam akademik, ia diperkukuhkan lagi dengan tawakal dan doa kepada Ilahi melalui Majlis Bacaan Yassin di awal tahun persekolahan setiap tahun. 2. MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada para waris untuk melihat dan berbincang mengenai pencapaian akademik anak-anak mereka seterusnya bersama-sama guru berbincang untuk mencari usaha bagi meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Selain itu, para waris diberi motivasi untuk menghadapi hari mendatang dalam usaha berterusan dan berganding bahu bersama pihak sekolah agar pencapaian akademik dan sahsiah terpuji anak-anak mereka dapat direalisasikan. Yang terakhir, sebagai hamba Allah, doa dan tawakkal kepada-Nya sentiasa dipanjatkan agar diberi keberkatan serta kekuatan kepada pihak sekolah, khususnya guru-guru serta ibu bapa dalam usaha melakar kejayaan di SMA Pekan Gurun. 3. OBJEKTIF 3.1Memohon keberkatan Allah secara beramai-ramai agar guru-guru, ibu bapa, pelajar dan pentadbiran sekolah dipermudahkan dan diberi kekuatan dalam mencapai kejayaan. 3.2Waris/ibu bapa, pelajar dan guru-guru diberikan motivasi agar mereka lebih bersemangat untuk mencipta kejayaan. 3.3Menetapkan fokus SMAPG yang jelas kepada para waris/ibu bapa dan pelajar. 3.4Meningkatkan motivasi diri pelajar dalam menimba ilmu pengetahuan. 3.5Ibu bapa/waris, pelajar dan guru-guru dapat berbincang dari hati ke hati demi mencapai kejayaan yang diharapkan kepada anak-anak mereka. 4. KUMPULAN SASARAN I. II. 5. Semua pelajar tingkatan 2,3, 4 & 5, SMA Pekan Gurun. Senarai nama pelajar (Rujuk Lampiran) Waris pelajar tingkatan 2,3, 4 & 5, tahun 2012.

BILANGAN PESERTA 280 orang pelajar 100 orang waris 2

6.

TARIKH / MASA / TEMPAT Tarikh : 12 Januari 2012 (Khamis) Masa : 9.00 12.00 pagi Tempat : Dewan SMA Pekan Gurun PENGISIAN PROGRAM i. Suntikan semangat para waris dan pelajar. ii. Bacaan Yassin beramai-ramai. iii. Menandatangani buku rekod pelajar bagi peperiksaan akhir tahun 2011. AHLI JAWATANKUASA (Rujuk Lampiran 1) TENTATIF PROGRAM (Rujuk Lampiran 2) KEWANGAN 10.1 PERBELANJAAN 1. 2. Minuman pelajar (Air Minuman) Penceramah RM8 x 15 RM 120.00 RM 150.00 RM 270.00 RM 270.00 JUMLAH RM 270.00

7.

8. 9. 10.

JUMLAH 10.2 SUMBER KEWANGAN 1. Sumbangan kewangan sekolah

11.

PENUTUP

Diharapkan program yang dirancang dan akan dilaksanakan ini dapat memberi input yang berguna dan bermanfaat kepada pelajar-pelajar di SMAPG. Di samping itu, usaha dan kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan bagi merealisasikan perjalanan program.
Disediakan oleh , , Disemak oleh, Disokong oleh

............. ............................................................ ....... (EN. AHMAD SAYUTI B. IBRAHIM) (TN. HJ. ZULKIPLEE LEBAI BAHAROM) (TN. HJ. HARUN ISMAIL) GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN, PENGETUA, SMA PEKAN GURUN SMA PEKAN GURUN SMA PEKAN GURUN

LAMPIRAN 1 JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM GERAK WAJAR & IKRAR PELAJAR TING. 3&5 TAHUN 2011 PENGERUSI Tn. Hj. Harun Ismail NAIB PENGERUSI Tn. Hj. Zulkiplee Lebai Baharom Pn. Hasniah Harun En. Mohamad Zahir Tahiar SETIAUSAHA En. Ahmad Sayuti B. Ibrahim BENDAHARI Pn. Norhazami Yusop

AJK UNIT PELAKSANA UNIT PENDAFTARAN PELAJAR & WARIS Semua Semua Semua Semua Guru Kelas Tingkatan 1 Guru Kelas Tingkatan 2 Guru Kelas Tingkatan 3 Guru Kelas Tingkatan 4 BACAAN DOA MAJLIS Pengawas sekolah PENGACARA MAJLIS En. Ammar Ariff Abdul Wahab Zani UNIT PERSIAPAN TEMPAT Pn. Najah Salwa Idris En. Ahmad Sayuti Ibrahim Pn. Norhayati Ismail / / / / 2011 2011 2011 2011

UNIT SIARAYA En. Mohd Saad Ahmad UNIT SAMBUTAN Semua Pentadbir Sekolah AJK PIBG SMAPG (waris) En. Makhtar Hamid UNIT DISIPLIN & LALU LINTAS En. Md Ali B. Mat En. Osman Ab Rahman Cik Norhafizah Sulaiman Pn. Zainab Ibrahim
UNIT FOTOGRAFI

Cik Juhaidah Makhtar


UNIT DOKUMENTASI

Pn. Farrah Hayati

SENARAI J/KUASA KERJA DAN BIDANG TUGAS

JAWATANKUASA KERJA 1. UNIT PENDAFTARAN

BIDANG TUGAS 1. Membuat pendaftaran waris & pelajar mengikut tingkatan. 2. Bersiap sedia dengan keputusan peperiksaan akhir tahun 2011 bagi setiap pelajar. 3. Sesi bersama waris bagi membincangkan keputusan/perkembangan pelajar. Memimpin bacaan Doa` pembukaan majlis 1. Mengacara majlis sehingga selesai. 2. Memastikan masa perjalanan majlis. 1. Memastikan dewan dibuka sebelum majlis dan ditutup kembali setelah selesai majlis. 2. Memastikan tikar siap dihampar dengan kemas sebelum program bermula. 3. Menyediakan kerusi untuk VIP (jika perlu). 1. Memastikan alat siaraya dipasang sebelum majlis bermula. 2. Memastikan alatan siaraya berfungsi dengan baik sepanjang majlis berlangsung. 3. Mengemas kembali alatan siaraya setelah majlis tamat. Menyambut tetamu masuk ke Dewan SMAPG 1. Mengawal lalu lintas. 2. Mengarahkan waris dan pelajar yang tiba ke Dewan SMAPG. 3. Mengawal dan memastikan pelajar tidak berkeliaran di kawasan sekolah tanpa sebab. 1. Mengambil gambar sepanjang program berjalan. 2. Menyerahkan gambar yang telah diambil kepada Unit Dokumentasi dan Setiausaha. 1. Menerima gambar-gambar dan dokumen berkaitan daripada Unit Fotografi dan Setiausaha. 2. Membuat, menyiapkan dan menyerahkan dokumentasi yang disiapkan kepada Setiausaha untuk tujuan dokumentasi (4 salinan).

2. BACAAN DOA` 3. PENGACARA MAJLIS 4. UNIT PERSIAPAN TEMPAT

5. UNIT SIARAYA

6. UNIT SAMBUTAN 7. UNIT DISIPLIN & LALU LINTAS

8. UNIT FOTOGRAFI

9. UNIT DOKUMENTASI

*** CATATAN *** Kerjasama semua guru amat diharapkan demi kecemerlangan anak didik SMAPG. Terima Kasih.

You might also like