You are on page 1of 18

Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan

Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan

KANDUNGAN

MUKASURAT

KATA-KATA ALUAN PENGENALAN Sejarah Penolong Pegawai Perubatan Di Malaysia Tugas dan Tanggungjawab Syarat Lantikan Cara Permohonan Emolumen dan Kemudahan Gaji Elaun Tetap Imbuhan/Insentif Khas Kemudahan Lain Latihan Dalam Perkhidmatan Peluang Kenaikan Pangkat Carta Aliran Peluang Kenaikan Pangkat Penolong Pegawai Perubatan

3 5

BAB 1 BAB 2

7 9 9 10 10 10 11 12 14 15 17

BAB 3

BAB 4

PENUTUP

18

Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan

SALAM SEJAHTERA

Buku Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia ini merupakan buku pertama seumpamanya yang dikeluarkan oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia. Buku ini

menerangkan dengan ringkas dan padat mengenai syarat skim perkhidmatan dan peluang kerjaya Penolong Pegawai Perubatan di sektor awam. Sememangnya menjadi harapan agar buku ini dapat dijadikan sebagai panduan dalam merancang kerjaya Penolong Pegawai Perubatan dan segala kekaburan mengenai peluang kerjaya akan dapat dielakkan. Di samping itu, ia juga diharap dapat menjadi bahan rujukan mudah mengenai urusan berkaitan dengan perkhidmatan.

Kandungan yang terdapat di dalam buku ini adalah terhad dan ia sekadar untuk memberikan kefahaman secara mudah dan tidak boleh digunakan bagi apaapa tujuan lain khususnya yang membawa implikasi undang-undang. Penolong Pegawai Perubatan yang berkhidmat di sektor awam masih perlu merujuk kepada pekeliling dan peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa serta menjalani kursus orientasi dan induksi yang telah disusun oleh pihak pengurusan sumber manusia di peringkat Ibu Pejabat Kementerian dan Negeri untuk memperkemas dan memantapkan lagi pemahaman mengenai fungsi, peranan dan tanggungjawab sebagai Penolong Pegawai Perubatan.

KKM mengalu-alukan sebarang teguran dan pandangan daripada para pembaca dengan maksud menambah baik kandungan buku ini. Akhir kata, dengan terbitnya buku ini diharapkan dapat membentuk Penolong Pegawai Perubatan yang berpengetahuan, berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti serta mempunyai nilai moral dan etika yang utuh seiring dengan aspirasi kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selamat Maju Jaya.

ZULKIFLI BIN HAMZAH Setiausaha Bahagian (Sumber Manusia) Kementerian Kesihatan Malaysia
3

Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan

KERJAYA SEBAGAI PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN PENGENALAN


Penolong Perubatan adalah Pegawai antara

profesion terawal wujud di Malaysia menjangkau dan lebih ia kini

daripada

120 tahun. Pada awalnya ia dikenali sebagai Apothecaries yang British Pinang. diperkenalkan Malaya di oleh Pulau

Dibawah pemerintahan British Malaya Apothecaries dikenali juga sebagai Sub-Assistant Surgeon atau Dressar. Dalam abad ke 19, profesion ini telah melalui beberapa siri transformasi berikutan peranannya yang berkembang bersesuaian dengan jawatan profesion ini pada ketika itu sebagai Pembantu Rumah Sakit (1963), Pembantu Hospital (1970), Pembantu Perubatan (1985) dan kini Penolong Pegawai Perubatan (mulai 20 Mac 2007). Sekolah Latihan Pembantu Hospital telah dibuka secara rasminya di Seremban Negeri Sembilan pada 1971 dan seterusnya 4 buah sekolah latihan yang lain iaitu di Ulu Kinta, Alor Setar, Kuching dan Kota Kinabalu. Sekolah latihan ini kemudiannya dinaik taraf kepada Kolej Pembantu Perubatan pada 1993.

Selain dari kolej latihan yang dikendalikan oleh KKM terdapat beberapa kolej swasta yang menawarkan latihan Diploma Pembantu

Perubatan dengan mendapat kelulusan dan dipantau oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Lembaga Pembantu Perubatan. Selari dengan perkembangan semasa, skop pekerjaan PPP telah diperluaskan dengan peranannya di klinik-klinik kesihatan dan di unit pengkhususan atau
4

Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan

kepakaran di hospital-hospital, institusi latihan, penyelidikan, penguatkuasaan dan lain-lain.

Terdapat profesion yang hampir sama dengan Penolong Pegawai Perubatan di luar negara. Perbezaan hanya pada nama dimana di Amerika Syarikat ia dikenali sebagai di

Physician

Assistant,

Barefoot

Doctor

Australia, Kanada, Rusia, China serta di beberapa negara membangun seperti Filipina dan sebagainya.

Profesion ini diluluskan amalannya oleh Parlimen Malaysia di bawah Akta 180, Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977 dan Peraturan-Peraturan Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1979. Lembaga Pembantu Perubatan merupakan entiti yang bertanggungjawab mengawal selia dan menguatkuasa Akta 180, Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977 dan Peraturan-Peraturan Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1979 serta Kod Etika Penolong Pegawai Perubatan. Keanggotaan di dalam Lembaga Pembantu Perubatan terdiri daripada dua orang Ex. Officio iaitu Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia sebagai Pengerusi Lembaga manakala Ketua Penolong Pegawai Perubatan (Ketua Pembantu Perubatan) sebagai Setiausaha Lembaga. Seramai lima belas lagi Ahli Lembaga dilantik oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk tempoh tiga tahun dan boleh dilantik semula selepas tamat tempoh.

Selaras dengan perubahan gelaran jawatan Pembantu Perubatan kepada Penolong Pegawai Perubatan, nama skim perkhidmatan berkenaan juga telah ditukar kepada Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan berkuatkuasa mulai 2 Julai 2009. Skim perkhidmatan yang telah ditambahbaik ini merupakan Skim Perkhidmatan Bersepadu yang merangkumi Kumpulan Sokongan dan

Kumpulan Pengurusan & Profesional.

Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan

BAB 1 PERANAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN


1.1 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Penolong

Pegawai

Perubatan

bertanggungjawab

dalam

memberi

perkhidmatan kesihatan merangkumi aspek promotif (promosi), preventif (pencegahan), kuratif (perawatan), dan rehabitatif (pemulihan) pada tahap yang bersesuaian dalam program kesihatan awam dan perubatan di bawah pengawasan Pegawai Perubatan. Perkhidmatan-perkhidmatan yang terlibat adalah seperti berikut :-

i.

Penjagaan Kesihatan Primer (Prima)

Memberi rawatan primer (pesakit luar) dan kecemasan di Klinik Kesihatan, Klinik 1 Malaysia, Pusat Latihan Khidmat Negara, Klinikklinik khas di Penjara Malaysia, Puspen, Sekolah-sekolah Sukan, Pusat Tahanan Imigresin, Institusi Pengajian kem-kem Tinggi Awam, dan

perkhidmatan sebagainya.

kesihatan

komuniti,

kesihatan

Membuat saringan ke atas pesakit yang memerlukan rawatan. Memeriksa, mendiagnosa penyakit dan memberikan rawatan keatas penyakit ringan.

Memberi kaunseling dan pendidikan kesihatan kepada pesakit dan masyarakat setempat.

Memberikan rawatan awal bagi kes-kes kecemasan.

ii.

Perkhidmatan pengkhususan dan kepakaran (Sekunder) Memberi perkhidmatan pengkhususan di bawah program kesihatan awam serta di unit-unit kepakaran dan sub-kepakaran di bawah program perubatan bagi aktiviti-aktiviti berikut :
6

Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan

Perkhidmatan Pengkhususan Program Wellness Kesihatan Remaja, Kesihatan Dewasa, Kesihatan Warga Emas, Kesihatan Orang Kurang Upaya, Kesihatan Mental, Kesihatan Sekolah, Warga Sihat dan lain-lain. Program Non Communicable Disease Diabetes, Penyakit Kardio Vaskular, Berhenti Merokok, Darah Tinggi, Asma, Routine Medical Examination dan lain-lain. Program Communicable Disease Tuberculosis, Leprosi, Denggi, HIV, H1N1 dan lain-lain.

Perkhidmatan Kepakaran (Program Perubatan) Kecemasan, Oftalmologi, Perubatan Am, Pembedahan, Nefrologi, Ortopedik, &

Otorinolaringologi,

Kardiologi

Koronari, Respiratori, Kardiotoraksik, Dermatologi, Obstetrik & Ginekologi, Urologi, Pediatrik, Anestesiologi, Rawatan Rapi, Hemodialisis, Forensik, Organ Transplant dan lain-lain dan Psikiatri.

Perkhidmatan Sub-Kepakaran Neurofisiologi, Tangan, Pembedahan Nuklear, Plastik, Pembedahan Spinal Mikro dan

Perubatan

Pembedahan

sebagainya.

Latihan Profesional dan Latihan Dalam Perkhidmatan. Penyelidikan dan Kualiti Amalan.

Kawal Selia Amalan dan Penguatkuasaan.

Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan

BAB 2 PELANTIKAN KE SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN


2.1 SYARAT LANTIKAN (a) Lantikan Ke Gred U29 i. Memiliki Diploma Pembantu Perubatan daripada Kolej

Pembantu Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia atau institusi latihan yang diiktiraf oleh kerajaan serta telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia. ii. Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. iii. Calon bagi lantikan ke Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas. (b) Lantikan Ke Gred U41 i. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf oleh Kerajaan serta telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia. ii. Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan

2.2

CARA PERMOHONAN Calon yang mempunyai kelulusan seperti di para 2.1 (a) dan (b) adalah layak untuk memohon jawatan Penolong Pegawai Perubatan dengan mengisi Borang SPA 8 melalui laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di alamat http://www.spa.gov.my

Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan

BAB 3 EMOLUMEN DAN KEMUDAHAN


3.1 GAJI Peringkat dan tangga gaji Penolong Pegawai Perubatan mengikut gred adalah seperti berikut:-

Gred U29 U32 U36 U41/U42 U44 U48 U52 U54

Minimum RM 1493.44 (P1T6) RM 1959.29 (P1T1) RM 3057.36 (P1T1) RM 1999.19 (P1T1) RM 3028.90 (P1T1) RM 4431.54 (P1T1) RM 4992.31 (P1T1) RM 5258.09 (P1T1)

Maksimum RM 3057.39 (P1T27) RM 3656.38 (P1T20) RM 4521.51 (P1T11) RM 4723.81 (P1T24) RM 5018.81 (P1T14) RM 5882.85 (P1T8) RM 6443.62 (P1T8) RM 6843.02 (P1T8)

3.2

ELAUN / IMBUHAN TETAP

Penolong Pegawai Perubatan layak menerima elaun/imbuhan tetap seperti berikut:-

Elaun/Imbuhan Tetap Elaun Tetap Khidmat Awam (RM) 160 160 220 300 Imbuhan Tetap Keraian (RM) Imbuhan Tetap Perumahan (RM) 180 180 180 250 Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (% daripada gaji pokok) 10% 10% 10% 5%
10

GRED

U29 U32 U36 U41/U42

Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan

Elaun/Imbuhan Tetap Elaun Tetap Khidmat Awam (RM) Imbuhan Tetap Keraian (RM) 400 550 600 800 Imbuhan Tetap Perumahan (RM) 400 700 700 900 Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (% daripada gaji pokok) 5% 5% 5% 5%

GRED

U44 U48 U52 U54 3.3

IMBUHAN / INSENTIF KHAS Penolong Pegawai Perubatan layak menerima imbuhan/insentif khas tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Elaun-elaun tersebut adalah seperti berikut:Bil. 1. Imbuhan/Insentif Bantuan Sara Hidup (COLA) pada kadar RM 100.00 hingga RM 300.00 bergantung kepada tempat bertugas. Bayaran Insentif Perudara kepada Penolong Pegawai Perubatan 2. yang terlibat dengan aktiviti rawatan perubatan udara iaitu RM 30.00 bagi satu penerbangan pergi dan balik. Bayaran Insentif Merawat Pesakit Jiwa, Tibi dan Kusta diberikan 3. kepada Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas sepenuh masa merawat pesakit jiwa, tibi, dan kusta iaitu pada kadar RM 60.00 sebulan. Bayaran Insentif Bertugas di Bilik Mayat diberikan kepada Penolong 4. Pegawai Perubatan yang bertugas sepenuh masa di bilik mayat berkuatkuasa 1 Januari 2006 pada kadar RM 100.00 sebulan.

11

Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan

Bil.

Imbuhan/Insentif Bayaran Insentif Luar Waktu Pejabat diberikan kepada Penolong

5.

Pegawai Perubatan yang bertugas di Klinik Desa Sabah dan Sarawak yang terlibat dengan on-call pada kadar RM 60.00 sebulan. Bayaran Insentif Tugas Bius diberikan kepada Penolong Pegawai Perubatan yang membantu menjalankan tugas-tugas pembiusan

6.

di Hospital KKM di Sabah dan Sarawak (mempunyai Sijil Pembiusan dan melakukan kerja secara sepenuh masa) pada kadar RM 100.00 sebulan.

7.

Bayaran Insentif Pos Basik kepada semua anggota paramedik yang memenuhi syarat pada kadar RM 100.00 sebulan.

8.

Bayaran Insentif Wilayah (bagi mereka yang layak dan tidak memilih ITP)

3.4

KEMUDAHAN LAIN Penolong Pegawai Perubatan layak menerima pelbagai kemudahan selama berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Kemudahan yang layak diterima adalah seperti berikut :

i.

Kemudahan Perubatan percuma untuk individu, keluarga dan ibu bapa

ii. iii. iv. v. vi. vii. viii.

Kuarters (jika memenuhi syarat yang telah ditetapkan) Pinjaman perumahan Pinjaman komputer Pinjaman kenderaan Skim pencen atau KWSP Peluang melanjutkan pelajaran Elaun dalam perkhidmatan seperti berikut :-

12

Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan

a. b.

Elaun bertugas rasmi Elaun kemudahan dan bayaran kerana bertukar atau

berpindah rumah dalam negeri c. d. e. f. Elaun kerana berkursus Elaun bertugas di seberang laut Elaun Upah Jahit Pakaian Seragam Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan

ix.

Kelayakan cuti seperti berikut :a. b. c. d. e. f. g. h. Cuti tahunan sebanyak 25 hari setahun Cuti separuh gaji Cuti tanpa gaji Cuti mengerjakan haji 40 hari Cuti kerana berkursus Cuti tanpa rekod Cuti tugas khas perubatan Cuti atas sebab perubatan

x.

Kemudahan pengurusan jenazah anggota sebanyak RM 1,000.00;

(Sila rujuk Perintah Am Bab C)

13

Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan

BAB 4 PELUANG KERJAYA PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


4.1 LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

4.1.1 Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan peluang latihan kepada Penolong dan itu, Pegawai kemahiran pelbagai Perubatan dalam untuk meningkatkan tertentu.

pengetahuan Sehubungan

bidang-bidang Pos

Kursus

Basik/Pengkhususan

ditawarkan kepada Penolong Pegawai Perubatan yang memenuhi syarat yang ditetapkan. Di antara bidang-bidang tersebut adalah seperti berikut :-

i ii iii iv v vi vii viii ix x xi xii xiii xiv xv xvi xvii

Anestesia Kecemasan Gastrointestinal Endoscopy Pengurusan Personel Kesihatan Penjagaan Kesihatan Primer Perawatan Gerontologi Perawatan Koronori Perawatan Oftalmik Perawatan Onkologi Perawatan Ortopedik Perawatan Perioperatif Perawatan Psikiatri Perawatan Rapi Perawatan Renal Pengurusan Diabetis Perubatan Sukan Perawatan Otorinolaringologi
14

Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan

xviii xix xx

Perubatan Forensik Perawatan Perianestesia Kawalan Infeksi Rehabilitasi

4.1.2 Penolong Pegawai Perubatan yang dilantik ke dalam Kumpulan Sokongan dan berhasrat melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah yang berkaitan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh Kerajaan layak mendapat kemudahan cuti kursus sambilan, atau cuti belajar separuh gaji dengan maksimum dua kali sepanjang tempoh perkhidmatan bagi mengiktui kursus Jangka Panjang.

4.1.3 Penolong Pegawai Perubatan yang dilantik ke dalam kumpulan pengurusan dan professional boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca ijazah di IPTA /IPTS yang diiktiraf oleh kerajaan dan layak mendapat cuti bergaji penuh setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

4.2

PELUANG KENAIKAN PANGKAT

4.2.1 Kenaikan pangkat bagi Penolong Pegawai Perubatan adalah berasaskan merit dan mengambil kira perkara-perkara seperti yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (perlantikan, kenaikan pangkat, dan penamatan perkhidmatan) 2005, (P.U.(A) 176/2005) iaitu mengambil kira :

i) ii) iii)

Kecekapan dan prestasi kerja; Kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalama; Sifat-sifat peribadi, termasuk kesesuaiannya dengan jawatan kenaikan pangkat itu, keutuhan, potensi dan kepimpinan; dan

iv)

Kegiatan luar dan sumbangan kepada negara dan masyarakat.

4.2.2 Di samping itu, untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat, seseorang Penolong Pegawai Perubatan itu perlulah memenuhi semua syarat
15

Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan

yang ditetapkan dalam skim perkhidmatannya dan jika terdapat kekosongan di dalam jawatan kenaikan pangkat. Beliau juga

mestilah bebas daripada tindakan tatatertib, tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tidak tersenarai sebagai peminjam tegar dan telah mengisytihar harta mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

4.2.3 Penolong Pegawai Perubatan berpeluang untuk dinaikkan pangkat ke Gred U32 dan seterusnya ke Gred U36, ,U42, U44, U48, U52 dan U54. Syarat kenaikan pangkat adalah seperti yang dinyatakan dalam Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan.

4.2.4 Penolong Pegawai Perubatan di Gred U29, U32 dan U36 yang menunjukkan prestasi yang cemerlang serta mempunyai ijazah yang berkaitan adalah layak dipertimbang Kenaikan Pangkat Secara Lantikan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan ke jawatan Pengajar Gred U41 yang kosong mengikut syarat-syarat yang

ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.

* Rujuk pekeliling Perkhidmatan Pengurusan Latihan (JPA) Serta mengikut Pekeliling Perkhidmatan 13/2006 bagi perubahan Skim Pembantu Perubatan kepada Skim Bersepadu

16

Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan

Rajah 1 : Carta Aliran Peluang Kenaikan Pangkat Penolong Pegawai Perubatan

4.2.5 Rajah 1 menunjukkan Carta Aliran Peluang Kenaikan Pangkat Penolong Pegawai Perubatan.

U54

U52

U48

U36
Kenaikan pangkat

U44
Kenaikan pangkat 17

U32
Kenaikan pangkat (bagi pemegang ijazah)

U42

U29

U41

Kemasukan dengan Diploma Pembantu Perubatan

Kemasukan dengan ijazah (lantikan SPA)

Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan

PENUTUP

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan pelbagai kemudahan yang lengkap dengan teknologi terkini bagi memastikan kualiti perkhidmatan kesihatan untuk masyarakat adalah yang terbaik dan selamat. Selaras dengan pewujudan hospital berkonsep baru dan sejajar dengan perkembangan semasa, peranan dan skop tugas Penolong Pegawai Perubatan telah berkembang. Ia memerlukan kemahiran yang tinggi serta pengetahuan yang luas disamping penguasaan teknologi perubatan dalam melaksanakan peranannya. Penolong Pegawai Perubatan merupakan anggota yang cukup terlatih, komited, dinamik, cekap, beretika dan sedia berkhidmat tanpa mengira masa atau tempat. Sehubungan itu, Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap perkembangan profesion Penolong Pegawai Perubatan seiring dengan keperluan dan kehendak semasa.

18

You might also like