You are on page 1of 4

DEFINISI LOGAM Logam adalah unsur kimia yang mempunyai sifat-sifat kuat, liat, keras, penghantar listrik dan

panas, mengkilap dan umumnya mempunyai titik cair tinggi. Contoh logam antara lain besi, aluminium, tembaga, emas, nikel, zirconium. logam (bahasa Yunani: Metallon) adalah sebuah unsur kimia yang siap membentuk ion (kation) dan memiliki ikatan logam, dan kadangkala dikatakan bahwa ia mirip dengan kation di awan elektron. Salah satu kelemahan besi adalah mudah berkarat.

LOGAM BESI Logam yang berasal dari bijih yang dikeluarkan dengan membakarnya dalam api. Logam besi terdiri daripada besi tempa, besi tuang dan besi waja (keluli) adalah antara bahan-bahan kejuruteraan yang paling banyak digunakan dalam industri binaan. BESI JONGKONG (PIG IRON) Mengandungi 93% besi tulen, 3-5% karbon, bahan tambahan lain seperti silica, belerang (sulfur), fosforus dan mangan. Besi jongkong tidak boleh digunakan untuk tujuan kejuruteraan kerana ia adalah bahan utama untuk membuat besi tuang, besi tempa dan keluli. Besi jongkong cair pada suhu 2535 C dan mendidih pada suhu 2750 C. Besi tulen diperolehi daripada bijih besi seperti lodestone (magnetile), humiliate, limolite, siderite dan meteorites. Kegunaan besi jongkong :y y y y Bahan asas untuk membuat besi tempa, besi tuang dan keluli. Oxide of iron (Venetian red) sebagai pigmen cat anti karat, bahan kosmetik dan untuk mengilap lensa Perusion blue untuk dijadikan nila dan bahan cetak biru. Iron cores untuk electromagnet dalam telefon dan sistem motor.

BESI LEMBUT Bahan yang lazim digunakan untuk binaan kerja keluli. Besi lembut dikeluarkan mengikut gred kekuatan asas seperti gred 43, gred 50 dan gred 55. Kekuatan gred 43, 50 dan 55 menunjukkan kekuatamn tegangan muktamad minimum 430 N/mm , 500 N/mm dan 550 N/mm . Sifat besi lembut yang penting diketahui ialah kekuatan tegasan tegangan, keanjalan, kemuluran, rintangan hakisan, tahan kebakaran dan pengcuacaan. BESI TEMPA (WROUGH IRON) Besi tempa dikenali dengan adanya sangga, terutamanya ferus silikat yang tidak di buang keluar semuanya. Penggulungan besi tempa akan memberikan sifat-sifat arah kerana serat-serat halusnya akan selari dengan arah penggulungan. Ketumpatan besi tempa ialah 7690 kg/m dan kekuatan mampatan maksimumnya ialah antara 207 MN/m hingga 276 MN/m . Kekuatan ricih maksimumnya ialah lebih kurang 276 MN/m . Besi tempa mudah dikimpal kerana sifat kesenangan kerjanya yang tinggi. Besi tempa banyak digunakan untuk kerja hiasan besi, membuat paip, plat dandang dan tiub, kepingan logam dan bahagian-bahagian kereta dan gerabak kerana sifatnya yang tahan karat. BESI TUANG (CAST IRON)

LOGAM BUKAN BESI Tembaga Wujud dalam keadaan bebas (dikenali sebagai tembaga asli) atau bentuk oksida atau sulfide. Di antara bijih timah tembaga yang penting yang digunakan untuk pengeluaran logam tembaga ialah kuprik , kuprum gans dan kuprum pirit .

You might also like