You are on page 1of 1

Yang dikasihi Tuan Pengerusi Majlis,yang Berusaha Puan Guru Besar,guru-guru dan rakan sekalian.

Saya berdiri di sini pada pagi ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk "Tanggungjawab Seorang Murid". Seorang murid yang bertanggungjawab seharusnya memberi perhatian penuh semasa guru mengajar di dalam kelas.Segala kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru harus disiapkan menepati masa.Bukan itu sahaja,malah seorang murid harus belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan akedemik.Kata orang,kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya.Apabila murid-murid cemerlang dalam akedemik,sesebuah sekolah pasti akan mendapat nama baik. Selain menunjukkan kecemerlangan akademik,seseorang murid juga hedaklah menunjukkan disiplin dan sikap berhemah tinggi pada setiap masa.Dengan itu,murid itu akan dihormati dan dipandang tinggi oleh guru-guru dan rakan-rakannya.Nama sekolah akan turut harum sekiranya murid-murid mengamalkan sikap terpuji baik di sekolah mahupun di luar sekolah. Akhir sekali,murid juga mempunyai tanggungjawab dalam menjaga kebersihan sekolah dan harta benda sekolah.Hal ini demikian kerana menjaga kebersihan adalah tanggungjawab bersama.Seseorang murid hendaklah menghargai segala kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah. Hadirin sekali, Jelaslah bahawa seseorang murid mempunyai banyak tanggungjawab di sekolah.Oleh itu,saya berharap agar semua murid sekolah ini termasuk saya sedar akan dan melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna..Sekian,Terima Kasih.

You might also like