You are on page 1of 3

8 Kecerdasan manusia

Kecerdasan Logikal-Metematikal - kebolehan mengguna nombor-nombor secara efektif dan dapat mengulas dengan baik. Kecerdasan `Spatial - peka terhadap bentuk, ruang, warna, garisan dan corak serta berkebolehan membentangkan idea secara grafik. Kecerdasan Kinestetik Badan kebolehan mengguna tubuh badan untuk menghuraikan idea-idea dan perasaan, serta menyelesaikan masalah. Kemahirannya termasuk koordinasi, fleksibiliti, kepantasan gerak-geri dan perimbangan tubuh badan.

Kecerdasan Muzikal peka terhadap rentak, pic, dan melodi. Kemahiran dalam mengenali lagu-lagu mudah dan dapat mengubah kelajuan, tempo dan rentak dalam lagu mudah. Kecerdasan Interpersonal kebolehan memahami perasaan hati (mood), motivasi dan keinginan orang lain. Kemahiran bertindak secara berkesan dalam menyelesaikan masalah dan mengatasi konflik bila berhubung dengan orang lain. Kecerdasan Intrapersonal kebolehan memahami diri sendiri seperti kekuatan, kelemahan, perasaan hati (mood), keinginan, berahi (desires) diri. Kemahirannya termasuk menyedari bahawa dirinya adalah sama atau berbeza dengan orang lain, dan dapat mengawal serta menangani perasaan diri sendiri. Kecerdasan Naturalis peka terhadap alam semulajadi, sedar akan gejala alam, berkemampuan untuk membezakan flora dan fauna, baik dalam kerja mengasing dan mengelas, mempunyai kemahiran memerhati, memahami fenomena semulajadi serta menjaga haiwan kesayangan dan juga suka kerja berkebun.

Paling Penting
Kecerdasan Linguistik kemahiran atau kebolehan mengguna perkataan dengan berkesan, baik secara lisan atau bertulis.

You might also like