You are on page 1of 87

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

10 PENDAHULUAN Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah dan menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial dan urusan harian. Perkara ini menunjukkan kepentingan kemahiran penggunaan bahasa melayu dalam kalangan murid-murid.

Sehubungan itu, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (1983), member tumpuan kepada kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Kemahiran ini membolehkan murid menggunakan Bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Sukatan Pelajaran ini memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya mberikan pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid. Sukatan Pelajaran ini juga memberikan gambaran menyeluruh tentang kurikulum Bahasa Melayu.

Melalui tugasan ini, kami perlu mengenal pasti kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis yang terdapat dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu tahap dua. Selain itu juga, kami perlu mengenal pasti factor yang menyebabkan timbulnya masalah-masalah dalam merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran berbahasa Bahasa Melayu sekolah rendah. Di samping itu, kami juga perlu membina satu rancangan pengajaran harian Bahasa Melayu tahap dua berdasarkan penggabungjalinan kemahiran bahasa.

2.0 KONSEP MENDENGAR

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita, dan perbincangan.Kemahiran mendengar ini adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat penerimaan (receptive level). Seseorang pelajar yang telah dapat menguasai kemahiran mendengar harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain dan dapat memahami maksud serta boleh mentafsir apa sahaja yang didengar itu dengan tepat. Kemahiran ini juga dimulakan pada peringkat awal pengajaran bahasa yangbertujuan untuk memungkinkan pelajar fasih bercakap dalam bahasa yang dipelajari itu. Menurut ILA (1996), kemahiran mendengar merupakan satu proses menerima atau memahami makna dan tindak balas terhadap percakapan atau bukan percakapan untuk mendengar sesuatu yang melibatkan proses minda atau pemikiran.Menurutnya lagi, terdapat dua cara komunikasi yang berkesan iaitu, bergantung kepada percakapan dan pendengaran. Menurut Yahya Othman dalam buku Pedagogi Bahasa pula menyatakan bahawa mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif terutama semasa belajar di sekolah rendah dan menengah seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Aktiviti mendengar penting untuk dikuasai kerana penggunaannya begitu meluas dalam kehidupan seharian. Sehubungan itu, dianggarkan lebih kurang 60 peratus daripada masa yang digunakan adalah bagi tujuan mendengar. Keupayaan mendengar yang berkesan perlu ditekankan supaya pelajar dapat menguasai semua mata pelajaran ketika di dalam kelas. Pada peringkat yang lebih tinggi, pelajar mendengar pada jangka masa yang lama sebelum mencuba untuk bertutur. Kemahiran mendengar juga memberikan peluang kepada pelajar mendapatkan makna bagi mesej yang didengar bagi bahasa itu. Hal ini juga dapat membantu pelajar memperbaiki kemampuan dari segi penggunaan bahasa dengan lebih baik lagi. Sekirannya pelajar tidak menguasai kemahiran mendengar ini dengan baik, maka mereka tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian dan tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru semasa pengajaran di dalam kelas. 2.1 Pendekatan Dan Kaedah Kemahiran Mendengar

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

Pendekatan yang digunakan dalam kemahiran membaca ini ialah pendekatan komunikatif. Pendekatan ini mengutamakan kecekapan berkomunikasi .Pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa yakni penguasaan sistem tatabahasa serta kecekapan berkomunikasi, kecekapan yang pertama membolehkan seseorang murid menguasai struktur bahasa yang tepat bagi menyampaikan mesej kepada khayalaknya. Dalam hal ini, proses kemahiran mendengar juga pnting untuk menerima maklumat yang telah ditutrkan oleh penutur. Kecekapan yang kedua membolehkan murid tersebut menggunakan bahasa yang sesuai dengan khalayak yang dihadapinya. Pengajaran dimulakan dengan latihan menggunakan struktrur bahasa yang tepat dan sesuai dengan sesuatu aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru . Pendekatan induktif dan deduktif digunakan dalam latihan ini.Kemudian murid- murid akan melibatkan diri dalam aktiviti berkomunikasi atau berinteraksi bagi membolehkan mereka menggunakan struktur ayat yang dilatih. Kaedah audio lingual merupakan kaedah pengajaran yang dicadangkan berdasarkan pendekatan komunikatif. Kaedah audo-lingual ini menggunakan alatalat rakaman bagi tujuan memudahkan murid menjalankan latihan bahasa, khasnya latihan mendengar dan bertutur secara intensif. Kaedah pengajarani ni berlandaskan prinsip-prinsip berikut: i. Bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan ii. Bahasa merupakan satu kebiasaan atau kelaziman; iii. Murid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan diajar tentang pengetahuan bahasa iv. Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif v. Bahasa berbeza antara satu sama lain. Sebelum murid menguasai pertuturan, murid perlu menguasai kemahiran mendengar terlebih dahulu. Hal ini kerana murid perlu mendengar dengan teliti apa yang telah dituturkan oleh guru. Kaedah ini juga beranggapan bahawa pengajaran kemahiran bertutur merupakan proses untuk membentuk kelaziman pertuturan murid.

Oleh yang demikian, kaedah ini mengutamakan penggunaan bahasa, justeru bahan sama ada yang digunakan atau diperdengarkan perlu mengambil contoh

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

bahasa yang dipertuturkan oleh penutur natif bahasa berkenaan. Selain itu juga,unsur-unsur bahasa asing yang berbeza dengan bahasa natif akan dilatihtubikan secara intensif supaya murid dapat membiasakan dirinya dengan kemahiran bahasa berkenaan dengan lebih mudah. Di samping itu, kaedah ini juga membolehkan murid memahami kebudayaan asing melalui amalan bahasa, iaitu melalui kemahiran bertutur. Untuk memastikan kaedah ini berjaya dilaksanakan, guru boleh mengatur langkah-langkah pengajarannya seperti berikut: i. Murid mendengar dialog dalam bahasa asing ii. Murid meniru dan menghafal dialog tersebut iii. Setelah menguasai sebutan, murid dilatih tubi untuk berdialog
iv. Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur ayat, guru memberi

rumus-rumus ataupun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu.

Kaedah

ini

berjaya

menghasilkan

murid

yang

mahir

dalam

kemahiran

mendengar. Kaedah ini juga dianggap sesuai dengan kanak-kanak kerana mereka suka meniru dan menghafaz. Sebelum meniru dan menghafaz, kanak-kanak perlu menguasai kemahiran mendengar terlebih dahulu.

3.0 KEMAHIRAN BERTUTUR

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

Kemahiran bertutur adalah komunikasi bahasa yang paling asli dan amat penting untuk dikuasai oleh semua orang. Kemahiran bertutur juga amat berkait rapat dengan kemahiran mendengar. Hal ini kerana secara fitrahnya manusia tidak hanya mendengar atau bertutur semata-mata, sebaliknya mereka boleh melakukan aktiviti mendengar dan bertutur pada masa yang sama. Dengan kata lain, kita boleh menuturkan sesuatu ujaran dan dalam masa yang sama mengintepretasikan dan memahami bunyi ujaran orang lain yang kita dengar. Jesteru, kemahiran mendengar dan bertutur yang diaplikasikan di sekolah-sekolah lazimnya akan dijalankan secara beriringan. Penguasaan bahasa dalam kalangan kanak-kanak berlaku secara beransuransur, iaitu bermula daripada kemahirannya mendengar pertuturan orang disekitarnya. Seterusnya, mereka akan cuba mengajuk bunyi yang didengarnya dan akhirnya mereka dapat menuturkan bunyi-bunyi bahasa tersebut. Hal ini bermakna kemahiran mendengar dan bertutur dikuasai oleh kanak-kanak sebelum kemahiran membaca dan menulis. Kemahiran bertutur juga didapati mempunyai hubungan dengan operasi mental kerana ia merupakan penginterpretasian ujaran, iaitu proses yang membolehkan individu memahami dan menelah ujaran yang didengar. Dengan kata lain, kemahiran bertutur berlaku pada peringkat pelahiran. Mereka yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik secara tidak langsung dapat mempertingkatkan keyakinan diri dalam bersosialisasi. Bertutur adalah sebagai medium komunikasi yang melibatkan tiga perkara asas iaitu, siapa yang berkata, apa yang diperkatakan dan siapa pendengarnya.

3.1 Konsep Kemahiran Bertutur

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

Bertutur ialah kegiatan melafazkan dan melahirkan bunyi-bunyi bahasa yang bermakna bagi membolehkan manusia berinteraksi antara satu sama lain dalam suasana berbahasa.Dengan kata lain, kemahiran bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan amat diberikan kepada komunikasi dan penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul dan sesuai. Manakala, penekanan terhadap kemahiran bertutur dalam kurikulum Bahasa Melayu pula digambarkan melalui kemahiran berkomunikasi dan melahirkan idea. Oleh yang demikian, konsep umum kemahiran bertutur adalah berkait rapat dengan keupayaan manusia mengujar kata-kata serta dapat melibatkan individu bercakap. Bertutur juga bermaksud penutur menzahirkan pendapat dan perasaan melalui bunyi bahasa yang bermakna serta merujuk kapada aktiviti melafazkan kata-kata untuk tujuan berinteraksi.

3.2 Objektif Kemahiran Bertutur Objektif pengajaran kemahiran bertutur dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (KBSR) adalah untuk membolehkan murid-murid bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam berbagai-bagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya serta dalam aktiviti perbahasan, syarahan dan lain-lain. Dalam menguasai kemahiran tersebut, guru haruslah memastikan supaya murid boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan betul dari segi sebutan, intonasi serta menggunakan perkataan dan ayat dengan tepat. Pengajaran dan pembelajaran bertutur haruslah membolehkan murid: a) menyebut dengan jelas b) menyampaikan atau melahirkan pendapat peribadi
c) melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat d) memberi penerangan dan member alasan

e) menunjukkan arah f) membina soalan untuk mencari maklumat g) bertemu ramah

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

h) bertukar-tukar pendapat dan maklumat


i)

bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasibertutur secara bertatasusila

Sehubungan dengan itu, sukatan pelajaran telah mencadangkan beberapa kemahiran kecil dalam kemahiran bertutur yang perlu dikuasai terlebih dahulu seperti dalam rajah yang berikut:

Rajah 3.2.1: Kemahiran Bertutur

3.3 Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bertutur Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bertutur ada dua jenis pendekatan sahaja, pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif. Ini kerana kedua-dua jenis pendekatan ini amat berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan (bertutur dan mendengar) dalam bilik darjah. Pendekatan situasi yang mementingkan penyebutan unsur-unsur bunyi bahasa atau kecekapan bahasa (tatabahasa); manakala pendekatan komunikatif mengutamakan kecekapan komunikatif, iaitu ketepatan

penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaannya dalam interaksi pertuturan. 3.3.1 Pendekatan Situasi Pendekatan situasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan oleh Mackey (1965), antara lain menegaskan bahawa pernyataan lisan itu merangkumi semua unsur kefahaman mendengar dan penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola, nada dan intonasi tertentu. Pernyataan lisan ini juga meliputi aspek pemilihan kata-kata dan unsur-unsur infleksi yang disusun dengan betul supaya tergambar juga makna-makna yang betul mengenainya. Tegasnya, pendekatan situasi yang berlandaskan teori struktural dan teori pembelajaran behaviouris yang beranggapan bahawa untuk membolehkan seseorang itu menguasai kemahiran lisan (khasnya bertutur), terlebih dahulu daripada beberapa kemahiran asas yang lain. Antara lain, menguasai kemahiran membuat tanggapan, mengingat, membunyikan perkataan dan juga aspek struktur bahasa berkenaan. Hal ini demikian kerana melaluinya aspek

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

penggunaan dan penguasaan bahasa secara lisan dapat diperbaik dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian, pendekatan situasi mestilah berlandaskan prinsip pengajaran contohnya guru perlulah memberi peneguhan kepada setiap satu gerak balas murid yang betul supaya gerak balas itu diulangi lagi.

3.3.2 Pendekatan Komunikatif Pendekatan ini m elihat bahasa sebagai alat perhubungan yang menunjukkan makna dan penggunaan bahasa memainkan peranan penting. (Drumfit & Johnson, 1985). Ciri-ciri penting dalam pendekatan komunikatif yang pertama ialah aspek makna sangat diutamakan. Kedua, sekiranya dialog digunakan dalam pengajaran, fungsi atau peranan komunikatif dialog itu hendaklah diutamakan dan bukan dilakukan untuk dihafaz. Ketiga, konteks dan situasi penggunaan bahasa amat dipentingkan. Keempat, pembelajaran bahasa merupakan pembelajaran untuk berhubung dan kemahiran bahasa dianggap sebagai kemahiran sosial. Kelima, bahan-bahan pembelajaran yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan situasia atau simulasi dalam aktiviti pengajaran. Keenam, stimulus atau aktiviti pembelajaran

hendaklah menggalakkan atau memberangsangkan murid-murid bercakap dan berkomunikasi, ataupun menggunakan bahasa dalam pelbagai keperluan berkomunikasi. Ketujuh, keupayaan berkomunikasi dengan menggunakan bahasa secara betul dan berkesan ialah matlamat pendekatan komunikatif. 3.4 Kaedah Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur Setelah diteliti, didapati bahawa hanya lima daripada tujuh kaedah yang dikemukakan untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang sesuai digunakan untuk kemahiran mendengar dan bertutur. Kelima-lima kaedah tersebut ialah seperti dalam rajah yang berikut:

Rajah 3.4.1: Kaedah Pengajaran Kemahiran Bertutur Kaedah terus merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran untuk menguasai bahasa pertama secara natural. Kaedah ini juga bermaksud belajar secara terus,

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

iaitu menggunakan terus bahasa sasaran tanpa terjemahan ke dalam bahasa ibunda. Sehubungan itu, kemahairan mendengar dan bertutur turut diutamakan kerana perkataan yang diajarkan adalah perkataan yang diganakan sehari-hari.

Kaedah Fonetik atau linguistik pula ialah kaedah yang juga dikenali sebagai kaedah lisan atau reform dan berkait rapat dengan kaedah terus. Pengajaran berdasarkan kaedah ini dimulakan dengan latihan pendengaran dan kemudian diikuti dengan latihan penyebutan. Latihan penyebutan tersebut dimulakan dengan penyebutan bunyi, perkataan, frasa dan ayat. Kaedah Elektik pula didapati mengambil ciri-ciri yang baik daripada kaedah lain dan menggabungkannya. Kaedah yang digabungkan misalnya, ialah kaedah nahu dan kaedah terjemahan yang diubah suai mengikut situasi dalam pengajaran. kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah aktif kerana gabungan cirri-cri yang baik daripada pelbagai kaedah lain yang dimilikinya. Kaedah Audio Lingual pula ialah gabungan dua kemahiran iaitu kemahiran mendenggar (audio) dan kemahiran bertutur (lingual). Oleh yang demikian kaedah ini amat sesuai untuk menjalankan aktiviti kemhiran mendenar dan bertutur. Kaedah ini mementingkan penggunaan bahan bantu belajar berupa alat-alat audio seperti radio, pita rakaman, compact disk (audio) dan piring hitam. Bahan-bahan yang dipergengarkan kepada murid ialah petikan bunyi haiwan, bunyi sesuatu suasana misalnya, suasana seram, senikata lagu, nyanyian, petikan cerita, berita, sajak, pantun, syair dan sebagainya. Melalui pengalaman mendengar etrsebutlah muridmurid dapat berlatih menyebut perkataan, frasa dan ayat yang didengar termasuk nada dan intonasinya secara latih tubi. Kaedah komunikatif pula terbentuk berlandaskan teori huraian bahasa fungsian dan teori kecekapan komunikatif, mankala teori pembelajarannnya pula berlandaskan teori interaksi. Kaedah ini mementingkan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak yang melibatkan kognitif dan interaksi bahasa. Oleh itu, kaedah ini amat menitikberatkan pengajaran kecekapan berbahasa, iaitu tatabhasa dan

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

kecekapan komunikatif khususnya kemahiran mendengar dan bertutur. Ketika murid melalui proses pemerolehan bahasa, mereka akan menguasai makna terlebih dahulu sebelumdapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat tertentu.

3.5 Starategi dan Teknik Kemahiran Bertutur Semasa menyediakan strategi pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur, guru perlu memberi pertimbangan aktiviti yang sesuai sebelum, semasa dan selepas kemahiran mendengar dan bertutur yang diajar. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti secara terancang bagi mencapai objektif yang telah ditentukan. Guru boleh merancang strategi pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara dan strategi inilah yang akan menggambarkan perancangan dan perlaksanaan menyeluruh sesuatu agenda yang hendak dilaksanakan. Strategi pengajaran merupakan cara-cara yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum ketika menyampaikan sesuatu pengajaran. Apabila seseorang guru memilih dan menentukan langkah-langkah pengajaran, cara penyampaian isi kandungan pelajaran dan bahan bantu mengajar yang sesuai, bermakna guru tersebut sedang memilih dan menentukan teknik pengajaranyang paling sesuai. Meskipun setiap pendekatan dan kaedah mempunyai teknik pengajaran yang tertentu, seseorang guru boleh menggabungkan beberapa teknik pengajaran sesuai sebagai strategi pengajaran kemahiran bahasa yang dipercayainya paling berkesan. Sebenarnya, terdapat banyak teknik pengajaran kemahiran bertutur yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid bertutur dengan fasih, lancar dan tepat. Berikut ialah di antara teknik pengajaran kemahiran bertutur :

(a) Latih tubi; (b) Bercerita; (c) Bersoal jawab; (d) Perbualan / dialog/ wawancara

(e) Perbincangan; (f) Berbahas/ debat (g) Main peranan dan simulasi; (h) Sumbang saran

10

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

(i) Drama atau lakonan; (j) Melapor berita (k) Permainan bahasa; (l) Pengajaran puisi

(m) Penyelesaian masalah; (n) Tunjuk Cara

4.0 KEMAHIRAN MEMBACA

Berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahap Dua, kemahiran membaca ialah keupayaan murid membaca ayat yang lancar serta sebutan, intonasi dan jeda yang betul. Penekanan diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Kemahiran membaca dan memahami diajarkan kepada murid-murid supaya mereka dapat bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Daripada kemahiran ini, mereka dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan bertulis. Kemahiran membaca peril diajar mengikut peringkat-peringkatnya supaya penguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat.Semuanya harus bermula daripada yang mudah kepada yang sukar.Akhirnya,murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca senyap dan memahami perkara yang dibaca. Bahan bacaan hendaklah dipelbagaikan dan diajar dengan menggunakan jenis dan teknik yang sesuai dan berkesan. 4.1 JENIS JENIS BACAAN Bacaan Mekanis

Bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul mengikut nada intonasi dan tekanan yang betul.

11

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

Bahan bacaan merupakan bahan yang mudah dan tidak membebankan minda. Bacaan Mentalis Dilaksanakan dalam hati tanpa suara setelah pelajar menguasai bacaan bersuara. Bertujuan untuk memahami maklumat atau idea. Bacaan Intensif Merupakan bacaan secara mendalam. Bertujuan untuk memperkembang ciri-ciri kebolehan meneliti,memahami pembentukan dan dan mentafsirkan perkara yang dibaca. Berfokuskan kepada tatabahasa,meneliti penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan. Bacaan ini membantu murid dalam memperkembangkan pembelajaran bahasa,memberi penjelasan tentang struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata. Bacaan Ekstensif Bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan ini menekankan aspek pengukuhan asas bacaan,menambah kemahiran memahami,dan menaakul isi bacaan dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. Selain jenis-jenis bacaan, teknik pengajaran kemahiran membaca tahap dua juga penting kepada murid-murid.Teknik yang mantap amat penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Melayu. Teknik yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan kebolehan murid. Teknik yang baik dapat menggalakkan murid untuk berinteraksi serta berfikir secara kritis dan kreatif.

12

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

4.2 TEKNIK KEMAHIRAN MEMBACA


Survey,Question,Read,Review,Recite (SQ3R)

Rajah 4.2.1: Teknik SQ3R Survey (tinjau) - langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung dalam bahan yang dibaca.

Question (soal Tanya) -Langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapat teks berkaitan dengan keperluan tugasannya.

Read (baca) -Membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraikannya sebelum ini. Recite (imbas kembali)

13

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

-Pelajar cuba mengingati kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada nota atau bahan yang telah dibaca. Review (baca semula) -Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara terpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapn kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga.Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal.
KWLH -Know,What,Learn,How

Rajah 4.2.2 :Teknik KWLH

Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah suatu teknik membaca kritis di mana pembaca; - mengingat dahulu apa yang telah diketahui - membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui - melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih) - mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan - menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya) Teknik pembacaan KWLH akan membolehkan pelajar: - mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca -menentukan apa yang telah diperoleh dari pembacaannya -menentukan apakah lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan

14

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca, menentukan apa yang telah diperoleh dari pembacaannya serta menentukan bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapatkan maklumat.

5.0 Kemahiran Menulis

1. Menulis ialah pembentukan simbol simbol tulisan dalam bahasa. 2. Sesuatu penulisan bertujuan untuk menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej, maklumat atau idea kepada pembaca. 3. Menulis ialah simbol simbol grafik yang menggunakan huruf huruf atau gabungan huruf huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi semasa bercakap. ( Don Bryne 1979 ) 4. Menulis merupakan satu proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea dan pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak dan pembaca. 5. Kemahiran ini mempunyai hubungan yang erat dengan kemahiran bahasa yang lain, iaitu mendengar dan bertutur serta membaca.

15

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

6. Pengajaran kemahiran menulis harus dirancang dengan teliti melalui gabung jalin kemahiran bahasa supaya murid murid dapat menyampaikan idea dengan tepat, jelas dan berkesan.

Mengeja perkataan

Meluaskan kosa kata

Menyuburkan minat berkarya

Meningkatkan kecekapan berfikir

Meluaskan pengetahuan

TUJUAN
Meningkatkan keterampilan bahasa

16
Meningkatkan penguasaan bahasa Memberikan fikiran dandan ketenangan jiwa Melahirkan kepuasan perasaan inovasi Meningkatkan daya kreativiti dan

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

Rajah 5.1: Tujuan Kemahiran Menulis

Peringkat Kemahiran menulis

Peringkat Menulis Mekanis

Peringkat Mentalis ( Pelahiran )

17

Peringkat pratulisan
KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104) 2011

Rajah 5.2: Peringkat Kemahiran Menulis

5.1 Pramenulis 1. Dalam peringkat ini murid murid di sediakan dengan aktiviti aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf- huruf dengan kemas dan betul. 2. Latihan otot otot jari dan tangan serta koordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid murid supaya mereka dapat membiasakan tangan mereka untuk memegang alat alat menulis seperti pensel , pen dan marker 3. Biasanya murid murid yang cerdas dapat menulis dengan baik kerana mereka berjaya melahirkan idea dengan pantas dan bernas dan dapat koordinasi tangan dan mata dengan baik dan seterusnya dapat menulis dengan cepat dan cermat. 4. Murid yang kurang cerdas akan mengalami kesukaran untuk melahirkan idea dan tidak dapat koordinasi tangan dan mata dengan baik. Contoh aktiviti : Latihan menulis dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri

18

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri.

5.1.1 Peringkat menulis mekanis 1. Peringkat melatih murid membentuk lambing lambing tulisan, membentuk huruf di atas kertas kosong dan kertas atau buku bergaris. 2. Tujuanya adalah untuk membolehkan murid murid menguasai kemahiran huruf huruf kecil dan besar dalam abjad dengan betul dan seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf , suku kata, perkataan dan ayat. 3. Guru harus member penekanan kepada kepentingan kemahiran ini disebabkan kemahiran ini harus dikusai oleh murid murid sejak di peringkat awal supaya murid supaya murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah di baca. 4. Sekiranya murid murid dapat menguasai kemahiran menulis mekanis di peringkat awal secara tidak langsung dapat mengatasi atau mengurangkan masalah penguasaan 3M dalam kalangan murid Tahun 1 khasnya dan murid sekolah rendah amnya. Contoh aktiviti : Latihan menulis bentuk yang mirip kepada bentuk penulisan seperti membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan terkawal.

19

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

5.1.2 Peringkat mentalis ( Pelahiran ) 1. Melibatkan proses mental dan lazimnya dikuasai setelah murid murid menguassai kemahiran menulis secara mekanis.

20

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

2. Oleh yang demikian, aktiviti- aktiviti latihan mental boleh dilaksanakan oleh guru untuk membantu murid murid menguasai kemahiran ini. 3. Dalam kemahiran menulis peringkat ini, murid dilatih melahirkan fikiran secara bertulis berpandukan gambar, perkataan, mengisi tempat kosong, dan melengkapkan ayat atau perenggan. Contoh aktiviti : Mengisi tempat kosong Melengkapkan ayat Membina ayat Memanjangkan ayat Menuliskan ayat berdasarkan gambar Menulis karangan Menulis jawapan kefahaman Menulis rencana

5.2 Pendekatan Mengajar Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis boleh diajarkan secara berperingkat-peringkat. Untuk mencapai objektif kemahiran yang hendak dicapai, pengajaran menulis boleh diajarkan dengan menggunakan pendekatan- pendekatan tertentu seperti: Terkawal Berpandu Bebas Proses Komunikatif Pengalaman Bahasa A. Pendekatan Terkawal Pendekatan terkawal merupakan satu pendekatan yang digunakan bagi membantu murid-murid menimba pengalaman mengarang supaya mereka biasa dengan struktur karangan.Selain itu, pendekatan ini dapat mengelakkan murid-murid

21

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

daripada melakukan kesalahan baik dari segi bahasa mahu pun dari segi isi. Muridmurid menulis karangan dengan berpandukan sepenuhnya disediakan oleh guru. Contoh aktiviti: i. Mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah disediakan terlebih dahulu. ii. Menulis karangan berdasarkan gambar bersiri, menyusun ayat sehingga membentuk sebuah karangan yang lengkap. iii. Menyusun bahagian pendahuluan, bahagian isi dan bahagian penutup untuk membentuk sebuah karangan yang lengkap bersturuktur. kepada bahan yang

B. Pendekatan Berpandu 1) Isi karangan telah diberikan oleh guru 2) Murid-murid membina ayat berdasarkan perkataan atau rangkai kata yang telah diberikan oleh guru. 3) Murid-murid mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan mereka sendiri bagi melengkapkan perenggan. 4) Kad-kad imbasan dan kad perkataan digunakan bagi membantu murid-murid. 5) Murid mengolah isi berdasarkan pendahuluan atau pengakhiran cerita yang telah diberikan oleh guru 6) Kesalahan yang minima dapat dielakkan daripada dilakukan oleh muridmurid. 7) Latihan memadankan ayat boleh diberikan terlebih dahulu kepada muridmurid. 8) Murid-murid yang pandai diberikan aras latihan yang lebih mencabar. 9) Penulisan karangan boleh dilakukan dalam bentuk grafik sebelum ditulis dalam aspek wacana yang lengkap. C. Pendekatan Bebas 1. Sesuai untuk kumpulan murid yang sudah menguasai aspek dengan baik. 2. Murid-murid menulis karangan berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru penulisan

22

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

3. Murid-murid mencari isi karangan sendiri 4. Murid-murid menyusun isi dan membuat rangka karangan 5. Guru boleh memberikan beberapa perkataan ataua rangkai kata tertentu bagi membantu murid memantapkan lagi pengolahan. 6. Penggunaan peribahasa digalakkan. D. Pendekatan Proses 1 Tidak memberatkan hasil tetapi melibatkan proses yang dilalui oleh muridmurid. 2 Murid-murid mengumpul bahan berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru 3 Boleh dilakukan secara berkumpulan atau individu 4 Bahan-bahan yang telah dikumpul disimpan di dalam folio 5 Bahan-bahan daripada folio disaring untuk menentukan kesesuaian dengan tajuk karangan yang diberikan kepada mereka. 6 Penggunaan sumber bahan berasaskan ICT adalah sangat digalakkan E. Pendekatan Komunikatif 1) Penulisan karangan berdasarkan fungsi bahasa sebagai alat perhubungan 2) Penekanan diberikan kepada penggunaan bahasa yang berkesan dalam mengungkapkan isi cerita dan kurang kepada aspek penstrukturan karangan 3) Murid-murid diberikan latihan mengemukakan pendapat mereka tentang sesuatu idea. 4) Murid-murid diminta bercerita tentang sesuatu dalam konteks perbincangan yang autentik 5) Bentuk penulisan murid-murid lebih mirip kepada melaporkan sesuatu kejadian dalam konteks dan suasana kejadian sebenar. 6) Penggunaan bahan rangsangan seperti bahan multimedia dapat membantu murid-murid dalam mengemukakan penceritaan.

5.3 Teknik Mengajar Kemahiran Menulis A. Permainan Bahasa Teknik permainan bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk bergembira semata-mata, tetapi ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan

23

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah, guru memilih teknik permainan bahasa untuk mengukur keupayaan murid menguasai kemahiran menulis. Permainan bahasa merupakan satu aktiviti yang dirancangkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Aktiviti ini ada hubung kaitnya dengan kandungan pelajaran sama ada secara langsung atau tidak langsung. Oleh itu, permainan bahasa boleh dijelaskan sebagai cara mempelajari bahasa melalui bermain atau murid belajar sambil bermain (Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Bt. Abdul Aziz, 1995:3). Teknik permainan bahasa mempunyai pelbagai jenis permainan yang boleh dijalankan oleh guru. Namun, terdapat tiga jenis aktiviti permainan yang boleh dijalankan di dalam kelas iaitu silang kata bergambar, mencari benda tersembunyi serta Roda Impian kosa kata. Hasil dapatan menunjukkan ketiga-tiga jenis permainan ini telah digunakan oleh guru semasa pengajaran. Ini menunjukkan teknik permainan bahasa bukan sesuatu yang asing bagi guru kerana guru yang mewakili responden pernah menerima latihan perguruan daripada institut pengajian tinggi awam dan telah mempelajari pelbagai teknik-teknik pengajaran. Kenyataan ini turut dipengaruhi oleh bidang pengkhususan responden serta pengalaman guru mengajar bahasa Melayu. Permainan-permainan bahasa juga adalah permainan yang mudah dan tidak memerlukan penggunaan ruang dan masa yang banyak serta sangat menyeronokkan. Namun begitu, guru-guru perlu peka dalam menyediakan serta merancang permainan ini. Guru perlu merancang serta mengolah bahan agar sesuai dengan tajuk dan objektif pengajaran dan dijalankan mengikut jangka masa yang sesuai.Guru secara khususnya merujuk kepada guru bahasa Melayu perlu mempelbagaikan teknik dan aktiviti pengajaran semasa berada di dalam bilik darjah. Guru perlu merancang serta memilih permainan yang sesuai dengan tahap keupayaan murid. Selain itu, guru juga perlu menitikberatkan aspek-aspek lain

seperti penggunaan ruang kelas, waktu, kos yang diperlukan serta keselamatan murid semasa aktiviti dijalankan. Guru juga perlu memastikan penglibatan semua murid secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Namun begitu, guru perlu menguasai pengetahuan dan kemahiran asas tentang permainan bahasa melalui

24

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

maklumat-maklumat yang terdapat di laman sesawan atau melalui pembacaan buku-buku yang berkaitan.

5.4 Kaedah Mengajar Kemahiran Menulis Pembelajaran bahasa komuniti community Language Learning (CLL) berkait rapat dengan pengajaran bahasa asing yang dipanggil teknik kemanusiaan. Kaedah ini menekankan bahawa teori bahasa mestilah bermula daripada ciriciri bunyi ,ayat dan model-model abstrak bahasa. Murid perlu memahami sistem bunyi, makna dan tatabahasa Pelopor CLL mengemukakan teori Bahasa Sebagai proses Sosial yang menekankan enam perkara: Proses keseluruhan individu Proses pendidikan Proses Interpersonal Proses Perkembangan Proses komunikasi Proses kebudayaan

5.5 Aktiviti P & P Menggabungkan jenis pembelajaran inovatif dan konvensional, antaranya: Terjemahan

25

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

Kerja kumpulan perbincangan tentang sesuatu topik. Menyediakan karangan atau cerita. Transkripsi Menyalin semula pengucapan /perbualan dan menganalisis bentuk-bentuk linguistik. Analisis Menganalisis ayat dengan memberi perhatian kepada penggunaan leksikal dan peraturan gramatikal. Gambaran dan pemerhatian Murid membuat laporan tentang pengalaman dan perasaan mereka.

5.6 Strategi Mengajar Kemahiran Menulis

Mengisi tempat kosong

Audio Visual 26 Dari bahan yang guru baca atau sebagainya

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

Berpusatkan Bahan

Membina karangan berdasarkan gambar berpandu.

Menyalin daripada buku teks atau buku rujukan

27

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

NOR AFIFAH BINTI AHMAD

Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Timbulnya Masalah Dalam Merancang Dan Melaksanakan Akiviti Yang Melibatkan Kemahiran

28

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

Mendengar,Bertutur,Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah.

Kemahiran Mendengar Salah satu faktor yang menyebabkan timbulnya masalah dalam kemahiran mendengar adalah faktor fizikal. Peringkat kemahiran ini berbeza antara seseorang yang mempunyai pendengaran yang tajam dan ada yang sebaliknya walaupun mereka tidak tergolong dalam kategori cacat pendengaran kerana kanak-kanak normal mempunyai pendengaran yang semulajadi sejak dilahirkan. Faktor yang seterusnya ialah jantina. Wujudnya perbezaan kemahiran mendengar antara kanak-kanak lelaki dan perempuan. Apabila usia kanak-kanak lelaki menjangkau umur 7 hingga 9 tahun, mereka kurang kefahaman tentang kemahiran mendengar berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengan mereka. Faktor ketiga ialah gangguan bunyi dalam persekitaran. Semasa mendengar, terdapat banyak gangguan seperti bunyi bising. Hal ini dapat mempengeruhi pengamatan dan kemahiran mendengar seseorang itu. Faktor yang terakhir ialah mental. Kemahiran mendengar berkait rapat dengan gaya pemikiran seseorang kerana sesuatu yang didengar melalui deria telinga akan melalui proses mental untuk bertindak balas. Tahap pemikiran kanakkanak mempengaruhi kecekapan mereka mendengar.

Kemahiran Mendengar Faktor utama yang mempengaruhi pertuturan kanak-kanak ialah faktor kesihatan. Jika kanak-kanak itu mendapat sakit berlanjutan ketika masih bayi, penguasaan

29

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

bahasa mereka akan terganggu. Kanak-kanak yang lemah dan sakit tidak mempunyai kekuatan untuk berfikir dan bercakap. Faktor yang kedua ialah faktor fizikal di mana pertuturan biasanya terhasil daripada organ-organ vokal manusia. Jika secara fizikalnya dapat dikesan organorgan ini rosak atau tidak berfungsi, maka jelaslah kanak-kanak itu tidak boleh bertutur dengan baik. Faktor yang seterusnya ialah taraf sosioekonomi iaitu kanak-kanak daripada keluarga atasan dan pertengahan boleh menguasai bahasa dengan lebih cepat dan lebih baik daripada kanak-kanak keluarga bawahan. Semakin tinggi taraf ekonomi sesebuah keluarga, semakin tinggi taraf penguasaan bahasa ahli keluarganya. Seterusnya ialah faktor jantina yang mana melalui kajian-kajian yang telah dijalankan mendapati kanak-kanak perempuan lebih dahulu bercakap daripada kanak-kanak lelaki. Ini disebabkan oleh jasman kanak-kanak perempuan yang berkaitan dengan urat saraf pertuturan mereka berlaku lebih cepat daripada kanakkanak lelaki. Akhir sekali ialah faktor dwibahasa iaitu kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur lebih baik berbanding dengan kanak-kanak dwibahasa. Kanakkanak yang mempelajari bahasa kedua sering menemui kesulitan. Ini kerana penguasaan bahasa pertama atau bahasa ibunda sering mengganggu bahasa yang dipelajari itu. Sistem nahu dan sebutan bahasa ibunda tidak sama dengan sistem bahasa sasaran dan ini boleh menyebabkan kanak-kanak itu tidak boleh bertutur dengan baik dalam bahasa tersebut.

Kemahiran Membaca Faktor yang pertama ialah faktor fizikal. Keadaan fizikal merujuk kepada keadaan mata, telinga, dan organ pertuturan yang sempurna. Persekitaran yang

30

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

intelektual yang memberi pengalaman-pengalaman bermakna akan dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca. misalnya mendengar cerita, lawatan ke perpustakaan atau ke kedai buku, ibu bapa yang kerap berbual dengan anak mereka, dan sebagainya. Selain itu, faktor kecerdasan dan perkembangan kognitif kanak-kanak sangat mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak. Kanak-kanak yang cerdas akan dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Faktor yang ketiga ialah faktor keupayaan pengamatan. Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang kuat, iaitu daya diskriminasi penglihatan dan diskriminasi pendengaran. Semasa membaca kanak-kanak perlu mendiskriminasi huruf dan juga mendiskriminasi bunyi-bunyi huruf. Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar kemahiran membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan baik kerana bahasa adalah alat manusia melahirkan fikiran, perasaan, kehendak ,dan sebagainya semasa berkomunikasi. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa dan juga guru untuk memastikan kanak-kanak sudah mempunyai kesediaan membaca yang mencukupi sebelum mula mengajar kemahiran membaca kepada kanak-kanak.

Kemahiran Menulis

Faktor yang utama ialah minat menulis. Peringkat kesediaan menulis perlu diwujudkan dengan pelajar diberi dorongan untuk menulis. Persekitaran yang menggalakkan pelajar menulis juga perlu disediakan. Melahirkan minat menulis

31

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

perlu wujud bagi memastikan kemahiran itu dapat dikuasai dengan lebih baik. minat tidak boleh wujud secara spontan dan memerlukan masa untuk dimantapkan. Kadang kala minat menulis timbul lantara proses menulis yang dilakukan secara berulang-ulang. Faktor yang kedua ialah pengalaman. Penulisan menjadi lebih mudah sekiranya pelajar menulis perkara yang pernah dialaminya. Penyampaian idea secara spontan dan keupayaan mencatat perkara itu dalam perkataan yang tepat begantung kepada pengalaman yang ditempuhinya. Selain itu, situasi pembelajaran yang menggalakkan perlu disediakan semasa mengajar penulisan. Guru perlu fleksibel dari segi masa penulisan supaya murid tidak berasa tertekan semasa menulis. Oleh itu, penyediaan situasi pembelajaran yang kondusif adalah factor penting dalam menentukan kejayaan pengajaran penulisan. Factor yang terakhir ialah latihan. Latihan yang kerap dapat membantu keupayaan murid menulis. Penguasaan menulis menjadi lebih mudah sekiranya pelajar dapat membuat latihan secara konsisten terutamanya dengan menitikberatkan kelemahan yang sering dilakukan semasa menulis.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata pelajaran : Bahasa Melayu Tahun Tarikh : 5 Gigih : 16 Mac 2011

32

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

Masa Bilangan murid Tema


Tajuk

: 60 minit : 28 orang : Kekeluargaan


: Keluarga harmoni hidup diberkati

Hasil Pembelajaran:
Fokus utama : 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Aras 2: i. Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca

Fokus sampingan : 8.1 membuat ringkasan daripada bahan yang didengar atau dibaca Aras 2: i. Mencatat isi daripada pelbagai bahan yang dibaca.

Objektif Pelajaran

Pada akhir pelajaran, murid dapat: i. Membaca pelbagai jenis ayat dengan menekankan pada intonasi dan sebutan yang betul berdasarkan teks keluarga harmoni hidup diberkati

33

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104) ii. Mencatat isi daripada pelbagai bahan yang dibaca. iii. Menyatakan isi-isi penting yang terdapat dalam petikan Sistem bahasa Kemahiran bahasa : kemahiran membaca, menulis Tatabahasa: Jenis-jenis ayat, tanda baca

2011

Pengisian kurikulum Pendidikan Moral Nilai : hormat menghormati, bekerjasama , kasih saying

Kemahiran Bernilai Tambah

Kemahiran Berfikir

: Menjana idea,menghubung kait,

merumus, Kemahiran Belajar Cara Belajar : Mendengar, Membaca, Menulis Kecerdasan Pelbagai
keluarga

: interpersonal, Intrapersonal,muzik

Pengetahuan Sedia Ada

: Murid telah pernah mengalami peristiwa berkelah bersama

Bahan Bantu Belajar

: Gambar( berkelah di tepi pantai), Kad perkataan, Petikan,

LANGKAH MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI P&P CATATAN

34

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011 1)KB-menghubungkait 2)BCB mendengar dengan teliti -Teknik bersoal jawab 3)KP interpersonal

1) Gambar Berkelah
Set Induksi

1) Guru mempamerkan gambar sebuah keluarga berkelah di tepi pantai. 2) Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar yang dipamerkan
3) Guru mengaitkan

bersama keluarga 2) Soalan


-Apakah yang dapat kamu perhatikan dalam gambar ini?

(5 minit)

set induksi dengan tajuk pelajaran 1) Petikan keluarga


Langkah 1 (20minit)

1) Guru mengedarkan petikan kepada murid 2) Murid diminta untuk membaca petikan mengikut guru
3) Guru meminta

1)KB: merumus 2)BCB: mendengar aktif,

harmoni hidup diberkati

beberapa orang murid ke hadapan dan membaca petikan dengan kuat menggunakan nada dan intonasi yang betul 4) Guru membuat

35

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

ulasan tentang petikan yang dibaca

1) Rajah tulang ikan


Langkah 2 (15 minit)

1) Murid diminta mencari isi-isi penting di dalam petikan 2) Murid diminta mencatat isi-isi penting tesebut dalam bentuk rajah tulang ikan 3) guru membimbing murid

1)KB: Menjana idea

2)KP: intrapersonal

1) Membina karangan
Langkah 3 (15 minit)

1) Murid diminta untuk membuat satu karangan menggunakan isiisi penting yang telah dicari 2) Guru memberikan pendahuluan karangan kepada murid
3) Guru

4) BBM -slaid powerpoint 5) Teknik -latih tubi

membimbing murid

36

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

Penutup

1) Rumusan isi pelajaran 2) Lirik lagu

1) Guru membuat rumusan pelajaran bersama murid dengan mengimbas kembali pelajaran yang telah dipelajari. 2) Nyanyian lagu kalau rasa gembira tepuk tangan

1) Teknik - Soal jawab

(5 Minit)

37

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104) RELEKSI KENDIRI NUR AFIFAH BINTI AHMAD 910810-02-5166

2011

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana dengan izin, rahmat dan kasih sayangNya saya dan rakan-rakan dapat menyiapkan tugasan ini mengikut waktu yang telah ditetapkan. Terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing, Puan Rohani Binti Din kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat yang berguna kepada saya dan rakan-rakan dalam menambahbaikkan lagi tugasan kami. Terima kasih juga buat rakan-rakan kumpulan saya iaitu Farah Fazriyana Basri, Nor Azrina Mohd Zainol dan Fitri Norlida Ibrahim kerana telah memberikan yang terbaik dalam tugasan ini. Seperti mana yang kita sedia maklum, seseorang guru perlulah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan pengajaran dan kemahiran bahasa yang berkesan dan baik. dalam Dalam pengajaran bahasa, terdapat empat kemahiran yang sering dijalankan dalam kelas, dan kemahiran-kemahiran itu ialah kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Untuk mengaplikasikan semua kemahiran ini guru boleh menggabungjalinkan beberapa atau semua kemahiran itu dalam sesuatu pengajaran. Sebagai guru kita hendaklah mengetahui kelemahan dan kelebihan konsep penggabungjalinan ini. Hal ini adalah untuk mengetahui kaedah ini sesuai atau tidak untuk dilaksanakan. Kaedah ini dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik dan dapat mengelakkan kebosanan dalam diri murid. Guru perlulah memainkan peranan merancang pengajaran dengan teliti. Selain itu, guru perlu menumpukan perhatian kepada murid yang lemah supaya mereka dapat memahami apa yang diajar. Selain itu, terdapat juga kelemahan dalam kaedah ini. Murid susah untuk memahami pengajaran guru kerana pemikiran mereka hanya fokus kepada satu kemahiran sahaja. Justeru itu, guru perlu menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Guru perlulah berfikiran lebih kreatif lagi. Murid akan berasa gembira dan fokus apabila terdapat rangsangan dalam pengajaran guru.Kita sebagai seorang guru perlulah membaiki kelemahan diri dan berusaha untuk meningkatkan lagi prestasi dalam kerjaya guru.

38

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

FARAH FAZRIYANA BINTI BASRI

39

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan timbulnya masalah dalam merancang dan melaksanakan aktiviti yang melibatkan kemahiran mendengar,bertutur,membaca dan menulis dalam kalangan murid sekolah rendah.

Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi, bahasa pengantar utama,bahasa perpaduan dan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar pada semua peringkat persekolahan sama terhadap ada di sekolah bahasa rendah lebih mahupun ketara dalam sekolah bidang menengah.Kepentingan penguasaan

pendidikan kerana bahasa menjadi medium utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahasa digunakan dalam interaksi lisan antara guru dengan murid. Hal ini jelas dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah.Banyak aktiviti dan kemahiran yang menekankan aspek-aspek kemahiran bahasa dalam sukatan pelajaran. Perkara ini diberi tumpuan utama bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran bahasa Melayu iaitu membolehkan murid-murid mendengar,bertutur,membaca dan menulis. Ini dibuktikan di dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang telah menggariskan sebelas objektif yang merangkumi beberapa kemahiran berbahasa. Kebanyakan guru menganggap mengajar Bahasa Melayu merupakan tugas yang mudah sedangkan timbulnya masalah dalam merancang dan melaksanakan aktiviti yang melibatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan murid sekolah rendah. Faktor pertama masalah ini ialah melalui faktor komunikasi . Setiap guru hendaklah mahir dalam berkomunikasi. Guru yang tidak dapat berkomunikasi dengan baik khususnya mengajar di dalam bilik darjah, sukar bagi seseorang guru itu menjadikan pengajarannya berkesan. Melalui komunikasi yang baik, seseorang guru itu dapat menyampaikan isi pelajarannya dengan berkesan, menyebarkan ilmu pengetahuan,maklumat serta tunjuk ajar yang berkesan kepada murid-murid tanpa menimbulkan sebarang ketidakfahaman murid mengenai sesuatu pembelajaran tersebut. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid lambat menerima sesuatu pembelajaran tetapi objektif yang dirancang bagi satu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai sekaligus akan menyebabkan timbulnya masalah dalam melaksanakan aktiviti yang melibatkan kemahiran mendengar,bertutur,membaca dan menulis. Oleh itu, guru hendaklah menyusun strategi serta teknik yang berkesan agar pembelajaran berinteraksi dalam kelas bersama murid-murid tidak mendatangkan masalah dan suasana berinteraksi yang berkesan.Adanya interaksi yang berkesan yang ditonjolkan oleh guru kepada murid-murid. serta terbitnya perasaan hormat menghormati, saling bantu membantu sesama guru dan murid menjadikan sesuatu sesi pengajaran menjadi lebih bermakna. Komunikasi bukan sahaja melalui percakapan malah, komunikasi juga dapat dizahirkan melalui aktiviti bertulis. Jika mesej

40

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

yang disampaikan oleh guru dapat difahami oleh murid-murid maka komunikasi berkesan telah pun berlaku.Ketika guru menulis sesuatu di papan hitam untuk kegunaan muridmurid,maka komunikasi bertulis telah diamalkan. Oleh itu, kemahiran komunikasi amat penting bagi seorang guru untuk melaksanakan aktiviti yang melibatkan kemahiran berbahasa dengan adanya suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Faktor kedua yang menyebabkan timbulnya masalah dalam merancang dan melaksanakan aktiviti yang melibatkan kemahiran berbahasa ialah faktor tahap kecerdasan murid. Tahap kecerdasan murid amat berperanan dalam menentukan keberhasilan pembelajaran seseorang itu. Di dalam kelas mungkin terdapat satu atau dua orang pelajar yang tergolong dalam kategori murid pintar atau cerdas dan ada juga golongan murid yang tergolong dalam kategori lemah.Dalam keadaan ini, timbulnya masalah kepada guru dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis kerana mempunyai perbezaaan tahap kecerdasan murid di dalam satu kelas. Bagi murid yang mempunyai tahap kecerdasan tinggi akan berupaya memahami sesuatu pelajaran itu dengan cepat manakala berbeza bagi murid yang mempunyai tahap kecerdasan dalam kategori lemah.Guru perlu memainkan peranan yang penting dalam menentukan kaedah dan strategi pengajaran yang efektif untuk memaksimakan pencapaian murid-murid.Setiap guru memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam menyampaikan sesuatu isi pelajaran kepada murid-murid melalui startegi yang berkesan. Bagi murid kategori lembam atau lemah, mereka menghadapi masalah dalam pembelajaran kemahiran berbahasa contohnya masalah membaca yang ada dalam diri murid lembam seperti keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa membaca,tidak membunyikan perkataan dengan betul dan tepat, tidak dapat menebut perkataan yang dieja serta sering meninggalkan perkataan yang tidak diketahui makna atau gagal membunyikannya. Ini menimbulkan bacaan yang merangkak-rangkak dan menyebabkan murid-murid kategori lembam atau lemah tidak dapat memahami maklumat dan makna bahan bacaan tersebut serta tidak berminat mencari maklumat yang terdapat dalam gambar rajah atau bahan ransangan yang diberikan guru. Berbeza dengan murid bagi kategori pintar cerdas di mana mereka memerlukan pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengayaan,pecutan atau lebih kehadapan berbanding murid-murid biasa.Guru perlu mengetahui keupayaan pelajar pintar cerdas mengenalpasti bentuk kecerdasannya berdasarkan kepintarannya. Tugasan seperti salin-menyalin,menghafal fakta dan latih tubi tidak akan dapat memenuhi keperluan pelajar pintar cerdas sebaliknya ia hanya akan melatih kemahiran motor halus mereka sahaja. Ini semua sukar untuk didapati dalam konteks bilik darjah aliran biasa yang mana tidak semua murid-murid mempunyai keupayaan untuk belajar secara pantas.

41

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

Faktor yang ketiga ialah faktor tingkahlaku pelajar. Tingkahlaku bermasalah boleh menyebabkan ketidakseimbangan di antara emosi dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Masalah tingkah laku sering dihadapi oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.Bukannya mudah untuk menguruskan masalah tingkah laku di kalangan kanak-kanak. Adakalanya ia dapat dikawal dan adakalanya ianya menyeksakan. Kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana pembelajaran.Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran dan keupayaan mereka untuk belajar di dalam kelas. Yang pastinya, tingkah laku bermasalah ini boleh membawa kesan yang tidak baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, murid yang berkelakuan nakal suka membuat bising di dalam bilik darjah ketika guru mengajar di hadapan kelas serta menggangu kawan-kawannya yang lain dan gemar bermain semasa proses pembelajaran berlaku. Hal ini menyebabkan pelaksanaan aktiviti yang melibatkan kemahiran mendengar,membaca, dan menulis tidak dapat dijalankan dengan berkesan kerana tidak mendapat kerjasama dari murid itu sendiri.Murid yang berkelakuan nakal ini tiadak makan saman dengan teguran,amaran guru. Perbuatan mereka hanya berhenti buat sementara waktu sahaja apabila dimarah.Apabila sudah tidak ditegur,kelakuan murid itu akan kembali kepada perangai asalnya.Murid yang suka mengasingkan diri pula kebiasannya tidak mahu bergaul dengan kawan-kawan lain.Murid sebegini jarang bercakap atau tidak banyak berinteraksi sekaligus menjejaskan pembelajaran dalam pelaksanaan aktiviti kemahiran bertutur.Murid sebegini juga kurang memberi tumpuan di dalam kelas. Murid ini lebih suka mengelamun ketika belajar.Sesetengah pula menunjukkan sikap tidak berminat lansung untuk belajar.

Oleh demikian, sebarang masalah yang menyebabkan timbulnya masalah dalam melaksanakan aktiviti yang melibatkan kemahiran berbahasa hendaklah ditangani oleh guru dengan baik dan teratur supaya tidak akan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.Dengan ini,murid akan dapat menguasai kemahiran berbahasa iaitu kemahiran membaca,menulis,mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 4

42

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104) Tarikh Hari Masa Tahun Umur : 16 Julai 2011 : Selasa : 10.30 11.30 pagi (60 minit) : 4 Amanah : 10 tahun

2011

Bilangan Murid: 30 orang Tajuk Pelajaran: Kepentingan Menjaga Kebersihan Alam Sekitar

Hasil Pembelajaran Fokus Utama: 5.1 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras 3 (i) 1.Membaca lancar teks pelbagai laras bahasa dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.

Fokus Sampingan: 1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. Aras 2 (i) i. Mengemukakan soalan bertumpu dan bercapah serta menjawabnya secara logik.dan tepat.

Objektif

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat: i. Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul ii.Menjawab soalan bertumpu dan bercapah serta menjawabnya dengan logik dan tepat.

43

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

Sistem Bahasa:

Tatabahasa : Ayat Majmuk Kosa Kata istilah :


Pengisian Kurikulum

Ilmu Nilai

: Pendidikan Moral dan Sivik : Tolong-menolong dan bertanggungjawab

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)

Kemahiran berfikir: Mengenal pasti sebab dan akibat,menjana idea dan kecerdasan pelbagai. Belajar Cara Belajar : Perbincangan dan kerja kumpulan Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi.
Bahan Bantu Mengajar :

Slideshow power point Lembaran Kerja Gambar LCD


Pengetahuan sedia ada :

Murid sudah mempunyai pengetahuan dan pengalaman aktiviti perkelahan. Murid pernah menjalankan aktiviti perkelahan.

LANGKAH ISI PELAJARAN MASA 1. Perkelahan Di Pantai Miami, Pulau Pinang 1.Guru menunjukkan gambar dengan menggunakan slide power point. 1. BBM -Slideshow power point AKTIVITI P&P CATATAN

Set Induksi (5 minit)

44

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104) ii. Soalan yang diajukan: 2.Guru meminta murid memerhatikan paparan skrin powerpoint yang ditunjukkan dengan teliti.

2011

2.KB -Menjana Idea

1. Apakah yang dapat kamu perhatikan di dalam gambar ini? - sebuah keluarga -pelampung -istana pasir

3.Guru dan murid bersoal jawab.

3.Teknik -Bersoal jawab,sumbang saran

4.Guru mengaitkan set induksi dengan tajuk yang diajar.

2. Dimanakah keluarga ini berada? - di tepi pantai

4.Pengisian Kurikulum -verballinguistik -interpersonal

3.Apakah yang mereka sedang lakukan? -bermandi-manda -membuat istana pasir

Langkah 1 (20 minit)

i. Petikan Perkelahan di Air Terjun

1. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan.

1.BBM - Petikan cerita

ii. Isi penting: 1.Kamal bersama keluarganya mengadakan perkelahan bersama saudara-mara di Air Terjun Sungai Denim.

2. Guru meminta murid membaca petikan secara individu dan kumpulan mengikut perenggan.

2.Kecerdasan Pelbagai -intrapersonal

2. Alam sekitar Sungai Denim sangat indah dan bersih

3. Guru membimbing murid membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.

3.Nilai -bertanggung jawab

3. Ayah dan ibu menasihati Kamal supaya menjaga

4.Guru berbincang tentang isi kandungan dan bersoaljawab dengan murid.

45

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104) kebersihan alam sekitar di Sungai Denim

2011

5.Guru meminta murid membaca petikan bersamasama. 1.Guru mengajukan soalan berdasarkan petikan yang diberi. 1.BBM -Petikan cerita

Langkah 2 (10 minit)

i. Soalan

Berdasarkan petikan,nyatakan aktiviti yang dilakukan oleh Kamal dan keluarganya. -memasang khemah -bermandi-manda -menangkap gambar alam sekitar. 2.Berdasarkan teks, jelaskan pesanan ayah kepada Kamal.

2.Murid dikehendaki membuat perbincangan dalam kumpulan dan memberikan jawapan yang sesuai.

2.Teknik -penerangan -perbincangan

3.Guru membimbing murid kearah mendapatkan jawapan yang tepat.

3.Ceritakan keindahan alam di Sungai Denim. Langkah 3 (15 minit) i. Tugasan -lembaran kerja 1.Guru mengedarkan lambaran kerja dan murid dikehendaki menjawab soalan secara individu. 1.BBM -Lembaran kerja

ii.Soalan: 1. Berapa kalilah Kamal telah pergi ke Air Terjun Sungai Denim? 2.Murid boleh mendapatkan idea dan membuat perbincangan tentang soalan tugasan dalam kumpulan. 2.Teknik -Soal jawab -penerangan -perbincangan 2. Mengapakah Air Terjun Sungai Denim menjadi pilihan keluarga Kamal? 3.Guru dan murid berbincang dan bersoal jawab untuk mendapatkan jawapan yang tepat.

3.Apakah yang akan berlaku sekiranya air terjun di Sungai Denim dicemari oleh sampah

46

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104) sarap?

2011

4.Bagaimanakah cara untuk memastikan air terjun Sungai Denim sentiasa dalam keadaan bersih ?

Langkah 4 (5 minit)

1.Air sungai yang sejuk dan jernih itu memikat hati saya.

1.Guru memberikan lembaran kerja kepada murid.

1.BBM -Lembaran kerja

2.Saya tertarik dengan pemandangan alam sekitar yang indah dan mendamaikan.

2.Guru meminta murid membin ayat majmuk berdasarkan gambar yang terdapat di dalam lembaran kerja yang telah diberikan.

2.Kecerdasan Pelbagai -Intrapersonal

3.Guru dan murid berbincang jawapan yang sebenar. Penutup (5 minit) -Perkelahan di Air Terjun Sungai Denim -Ayah memberi pesanan kepada Kamal supaya menjaga kebersihan di kawasan air terjun. 2.Guru memuji murid kerana memberi komitmen yang baik. 1. Rumusan isi pelajaran 1. Guru merumuskan isi pelajaran dan menerapkan nilai-nilai murni. 1.Kecerdasan pelbagai -Kinestetik

2.Teknik -Soal jawab

2. Nilai murni -Kita perlu bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan alam sekitar

REFLEKSI KENDIRI FARAH FAZRIYANA BINTI BASRI

47

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104) 910716-10-5020

2011

Selepas menyiapkan tugasan ini, saya mempelajari bahawa penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui proses ini,beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak.Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran.Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa atau kemahiran daripada mata pelajaran lain. Dalam pengajaran bahasa, terdapat empat kemahiran yang dijalankan iaitu kemahiran mendengar, bertutur,membaca dan menulis.Penggabungjalinan dapat dilakukan beberapa atau semua kemahiran berbahasa dalam satu pengajaran.Melalui Sukatan Pelajaran, penggabungjalinan dapat dilakukan dengan cara yang lebih teratur dan meluas. Penggabungjalinan kemahiran dalam pengajaran bahasa bertujuan untuk mengukuhkan satu aspek kemahiran bahasa itu dengan yang lain dan menjadikan sesuatu pengajaran itu lebih berkesan.

Guru hendaklah mahir menggabungkan kemahiran di dalam sesuatu pengajaran bahasa supaya ia boleh disampaikan berdasarkan objektif,masa yang diperuntukkan serta kebolehan pencapaian murid. Guru hendaklah menentukan kemahiran utama yang mahu ditekankan dalam sesuatu pelajaran dan kemudian memikirkan kemahiran sampingan yang bersesuaian yang dapat diterapkan dalam pelajaran.Melalui penggabungjalinan kemahiran dalam pengajaran bahasa, kemahiran berbahasa dapat dikuasai serentak iaitu kemahiran bertutur,mendengar,kemahiran membaca dan menulis.Selain itu, bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan kerana guru dapat mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.Guru berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi kerana kemahiran guru dalam cara penyampaian secara individu yang berbeza dengan guru lain.Di samping itu, ia melibatkan pelbagai kemahiran serta kemahiran tersendiri yang dimilki oleh guru dalam cara penyampaian.

Apabila guru melakukan penggabungjalinan, penggabungjalinan yang dilakukan mestilah mudah dan bergantung kepada matlamat dan objektif pengajaran dan

48

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

pembelajaran yang hendak dicapai.Guru perlu mengetahui apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungjalinkan.Dalam melakukan penggabungjalinan juga,guru mestilah merancang kemahiran fokus utama dan sampingan dengan baik.

49

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

NOR AZRINA BINTI MOHD ZAINOL

Faktor faktor timbulnya masalah dalam merancang dan melaksanakan aktiviti yang melibatkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

50

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

Murid-murid sekolah rendah merupakan aset negara pada masa hadapan bagi meneruskan kesinambungan bangsa dalam memajukan negara menjelang Wawasan 2020. Walau bagaimanapun, wujudnya jurang pemisah dalam membangunkan generasi muda dalam keseimbangan potensi individu. Kemahiran berbahasa merupakan isu yang penting dalam bidang pengajaran dan pembelajaran di sekolah sejak dahulu lagi. Isu yang pernah diperkatakan adalah tentang terdapatnya sebilangan murid sekolah rendah yang masih tidak menguasai kemahiran berbahasa.walaupun mereka telah menjalani sesi persekolah selama enam tahun. Satu faktor yang menyebabkan kelemahan tersebut berlaku adalah kerana pelajar tidak mendapat peluang mendirikan asas berbahasa yang kukuh. Mendengar merupakan aktiviti rutin bagi semua manusia. Sama ada kita suka atau tidak, kita akan terus mendengar kerana alat pendengaran manusia berfungsi tanpa had. Justeru, keupayaan mendengar bagi pelajar sekolah perlu dieksplotasi sebaik mungkin agar mereka akan menguasai kemahiran mendengar. Namun demikian, pengajaran kemahiran mendengar bukanlah sesuatu yang mudah kerana terdapat banyak faktor yang mempengaruhi penguasaan kemahiran mendengar. Antaranya adalah perubahan respon. Dalam satu perbualan yang melibatkan beberapa orang penutur, perubahan respon yang berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain boleh mengganggu pendengaran. Dengan kata lain, setiap penutur menegakkan idea masing masing tanpa berfokus kepada topik yang diperkatakan. Faktor yang kedua ialah menyampuk. Ia merujuk kepada gangguan dalam perbualan iaitu penutur kedua mengambil giliran bertutur pada masa penutur pertama sedang bertutur. Fenomena ini boleh mengganggu pendengaran disebabkan idea dan mesej yang didengar sering terganggu dan tidak sempurna. Pendengaran semulajadi tidak sepatutnya di ganggu oleh hal yang sedemikian. Terleka juga merupakan salah satu faktor yang menjadi masalah untuk merancang aktiviti P & P. Terleka merupakan satu gangguan yang berlaku apabila pendengaran pelajar mengembara dan menerewang. Ia akan berlaku kepada pelajar dengan tiba tiba apabila seseorang itu dengan secara tidak sengaja telah menerima input lain dan tidak menyerap input yang disampaikan oleh penutur. Ia disebabkan oleh masalah mengantuk atau minda bercabang kea rah lain serta hilang tumpuan semasa berlajar. Jadi guru perlulah menyediakan aktiviti P & P yang berkesan dan menarik untuk menarik perhatian pelajar. Aktiviti mendengar pelajar juga akan menjadi tidak aktif. Ini kerana imput hanya akan sampai ke telinga dan tidak akan di hantar ke otak untuk diproses. Inilah dengan yang dimaksudkan dengan mendengar dengan fikiran yang tertutup. Justeru, aktiviti mendengar pelajar tidak bermakna dan akan kehilangan maklumat penting yang perlu pelajar ketahui

51

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

kerana mereka gagal mendengar dengan sempurna. Selain itu juga, guru perlulah menyediakan aktiviti P & P yang boleh menarik minat pelajar untuk terus mengikuti pembelajaran untuk mengelakkan mereka mengalami rasa bosan yang menyebabkan mereka gagal untuk memberikan perhatian kepada perkara yang dibualkan. Ini juga merupakan salah satu faktor yang perlu diambil kira oleh seorang guru. Untuk mengelakkan masalah ini berterusan guru perlulah mengelakkan dari bertutur terlalu pantas hingga tertinggal maklumat penting atau terlalu perlahan hingga menyebabkan tiada tindak balas daripada otak mereka. Faktor yang melibatkan bertutur terbahagi kepada tiga iaitu faktor yang pertama ialah faktor fisiologi. Faktor fisiologi terbahagi kepada tiga iaitu jantina, penyakit dan kecerdasan. Bagi peringkat awal kanak kanak, faktor jantina berperanan dalam mempengaruhi pertuturan. Kajian mendapati, kanak kanak permpuan dapat bertutur lebih awal daipada kanak kanak lelaki. Namun demikan, pada tahap pertama persekolahan, perbezaan jantina tidak lagi menampakkan kesan yang ketara dalam penguasaan kemahiran bertutur antara mereka. Ia disebabkan, guru sering mengadakan guru akan melaksanakan aktiviti lisan secara menyeluruh kepada semua murid, sama ada lelaki atau perempuan. Terdapat beberapa jenis penyakit biological yang memberikan kesan kepada keupayaan bertutur seseorang. Hal ini termasuklah serangan penyakit pada tenggorok dan paru paru yang memberikan kesan kepada pertuturan keranan alat alat ini berperanan dalam pengeluaran bunyi bahasa. Kecerdasan berkaitan dengan otak yang sihat dan dapat berfungsi dengan sempurna dalam memproduksi bahasa. Justeru, mereka yang cerdas dapat bertutur dengan mudah dan lancar dan dapat melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pertuturan seperti berpidato. Sebaliknya, kanak- kanak yang tidak mampu bertutur dengan baik adalah kanak-kanak yang tidak cerdas atau lembam. Bagi membantu kanak- kanak ini, guru perlulah menempatkan kepada di kelas pemulihan. Bagi faktor fizikal pula ia terbahagi kepada dua iaitu salah satunya masalah pada alat pendengaran iaitu telinga untuk mendengar sebarang bunyi atau dalam istilah lain disebut sebagai pekak. Kanak- kanak yang pekak sejak kecil lagi menyebabkan mereka tidak boleh bertutur kerana mereka tidak pernah mendengar bunyi bahasa. Justeru bagi menangani masalah ini, guru perlulah menempatkan mereka di kelas pendidikan khas bagi membolehkan mereka menguasai bahasa menggunakan bahasa isyarat. Alat pertuturan juga merupakan salah satu masalah dalam faktor fizikal. Ia merujuk kepada ketidakupayaan alat artikulasi seseorang berfungsi dengan baik bagi menuturkan ujaran. Ia boleh menyebabkan seseorang itu bisu atau gagap. Ia termasuklah keadaan bibir yang sumbing dan rekahan pada lelangit. Bagi kanak- kanak yang bisu, guru bolehlah menempatkan

52

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

mereka di kelas pendidikan khas bagi membolehkan mereka menguasai bahasa menggunakan bahasa isyarat. Yang terakhir adalah faktor persekitaran. Ia melibatkan keluarga dan sosioekonomi. Bagi keluarga, ibu bapa yang kerap bertutur dengan anak-anak mereka sejak kecil lagi dapat meningkatkan keupayaan bertutur kanak-kanak. Sebaliknya, kanak-kanak daripada latar belakang keluarga dan persekitaran yang tidak mendorong kearah interaksi dan komunikasi antara satu sama lain menyebabkan aktiviti bertutur mereka terhad. Tahap sosioekonomi secara tidak langsung turut mempengaruhi keupayaan bertutur. Hal ini kerana ibu bapa yang mempunyai tahap sosioekonomi dapat menyediakan segala kemudahan pembelajaran berbahasa kepada anak anak mereka. Contohnya, internet, televisyen, buku dan lain-lain.hali ini berbeza dengan kanak-kanak yang mempunyai sosioekonomi rendah yang tidak terdedah dengan kemudahan sedemikian, menyebabkan penguasaan kemahiran bertutur meraka berlaku mengikut perkembangan yang terhad sahaja. Jadi, guru perlulah menyediakan segala kemudahan yang dirasakan sesuai untuk membantu pelajar yang kemahiran bertutur ini terhad supaya dapat berkembang seiring dengan pelajar yang mendapat segala kemudahan dalam pembelajaran berbahasa. Pengaruh faktor-faktor yang tertentu mewujudkan masalah dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis murid. Kelemahan menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid berasa rendah diri dan masalah disiplin diri merosot. Murid-murid ini beranggapan bahawa perlakuan yang melanggar norma amalan di sekolah bertujuan menarik perhatian guru dan rakan-rakan. Sifat rendah diri akibat kegagalan yang berterusan membawa kepada konsep kendiri yang rendah. Tingkah laku agresif, negatif, kebudakbudakan serta bermuram adalah petunjuk-petunjuk masalah emosi yang serius. Ini akan menjejaskan keupayaan mereka untuk menguasai kemahiran bahasa yang lebih berkesan. Masalah menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam matapelajaran Bahasa Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Permasalahan membaca yang ada dalam diri murid adalah seperti keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa membaca, tidak membunyikan perkataan dengan betul dan tepat, tidak dapat menyebut perkataan yang dieja serta sering meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna atau gagal membunyikannya. Ini menimbulkan pola bacaan yang

merangkak-rangkak dan pastinya menjadikan murid-murid tidak memahami maklumat dan makna bahan bacaan tersebut. Selain itu, murid ini juga lemah dan tidak berminat mencari maklumat yang terdapat dalam gambar rajah atau bahan rangsangan yang diberikan oleh

53

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

guru. Membaca merupakan proses interaksi antara teks dengan imaginasi pembaca. Justeru, guru perlu mempelbagaikan teknik pengajaran membaca agar dapat menjadikan pengajaran lebih bervariasi, menarik serta dapat menimbulkan minat murid untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Apabila seseorang murid tidak menguasai kemahiran membaca menyebabkan mereka tidak menguasai kemahiran asas, iaitu kemahiran lisan. Antara kelemahan murid dalam kemahiran lisan adalah seperti salah membunyikan huruf yang seakan akan sama bentuknya, membunyikan huruf tertentu, keliru membunyikan nama huruf yang seakan-akan sama. Hal ini pasti menjadikan murid salah faham menyebut susunan rangkai kata, ayat, intonasi dengan gaya yang betul. Ketidakupayaan murid menguasai kedua-dua kemahiran ini pasti memberikan masalah kepada mereka untuk melahirkan ekspresi melalui tulisan. Antaranya, masalah ketidakcekapan koordinasi mata dan tangan semasa menulis. Ketidakupayaan ini dikesan semasa murid memegang pensel dengan cara yang tidak betul. Akibatnya murid tidak dapat menulis garis perkataan dengan tepat serta mencampur aduk huruf besar dengan huruf kecil dalam satu ayat. Manakala kelemahan dalam menghasilkan makna dalam penulisan karangan pula, iaitu murid lemah menyusun ayat dan buah fikiran mengikut wajaran fikiran mereka serta meninggalkan perkataan tertentu semasa menulis.Ketidakcekapan murid menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid tidak berminat untuk belajar dan tidak memberikan tumpuan sepenuhnya. Selain itu, faktor luar kawalan juga penyebab kepada masalah penguasaan kemahiran ini antaranya masalah kecacatan, penyakit dan genetik. Hal ini ditambah dengan faktor persekitaran seperti kemiskinan dan kurang perhatian daripada ibu bapa juga merupakan penyumbang kepada permasalahan menguasai kemahiran membaca dan menulis. Walau bagaimanapun, masalah ini bukanlah penghalang kepada guru dan sekolah serta dijadikan alasan untuk tidak membantu murid yang bermasalah dalam pembelajaran. Pelbagai usaha serta bantuan daripada kerajaan dan KPM seharusnya menjadi pemangkin serta dorongan bagi guru agar terus berusaha membantu murid bermasalah dalam pembelajaran

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SEKOLAH KEBANGSAAN CHEPOR, CHEMOR.

54

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104) Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Hari : Rabu

2011

Tarikh : 7 September 2011 Masa Tahun Bil Murid Tema Tajuk : 60 Minit : 5 Bestari : 35 Orang : Patriotisme :Ulang tahun Kemerdekaan.

Hasil Pembelajaran : Fokus Utama : 7.3 Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berkualiti untuk meningkatkan dan memperkukuh minat membaca Aras 2 : ( i ) mengumpul maklumat tentang isi yang di baca.

Fokus Sampingan : 6.2 Membaca dan mengenalpasti genre penulisan. Aras 1 : ( i ) Mengenalpasti penggunaan kata, frasa, ayat dan peribahasa dalam sesuatu genre

Objektif Pelajaran : Pada akhir pembelajaran murid dapat :-

1) Membaca dan menghayati Sajak Tanah Pusaka Tercinta meningkatkan dan memperkukuh minat membaca

55

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

2) Mengenalpasti penggunaan kata, frasa, ayat dan peribahasa dalam sesuatu genre dalam Sajak Tanah Pusaka Tercinta

Sistem Bahasa :

Sebutan dan Intonasi Tatabahasa : Kata Adjektif

Pengisian Kurikulum : Ilmu : Sastera Nilai : Bekerjasama, Patriotik Penggabung Jalinan : i )Kemahiran membaca dan Menulis. ii ) Muzik Kemahiran Berfikir : i ) Menjana dan menghasilkan idea ii ) Meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan Belajar Cara Belajar : Belajar secara spontan dan sumbang saran.

Bahan Bantu Mengajar :

Buku Teks. Kertas Lampiran soalan Lirik lagu Papan teka Silang Kata Video Lagu

Pengetahuan sedia ada :

Murid pernah menyanyikan lagu Tanggal 31 Murid pernah membaca sejarah mengenai kemerdekaan. Murid pernah menonton cerita- cerita patriotisme. Murid pernah dengar cara mendeklamasikan sajak.

56

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

LANGKAH ISI PELAJARAN MASA 1) Lirik lagu Tanggal 31. 2) Soalan soalan :Set Induksi i. Pada tahun berapakan 1) Guru memberi murid lirik lagu. 2) Guru menayangkan video lagu Tanggal 31. 1. BBM AKTIVITI P & P CATATAN

57

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104) ( 5 minit ) kita mencapai Kemerdekaan? ii. Sudah berapa tahunkah kita menyambut Hari Kemerdekaan?

2011 -lirik lagu -video lagu 2. Teknik -bersoal jawab , sumbang saran 3. Kecerdasan pelbagai -muzik

3) Guru dan murid menyanyi lagu tersebut dengan iringan muzik. 4) Guru bersoal jawab dengan murid mengenai maksud lagu tersebut. 5) Guru mengaitkan set induksi dengan tajuk pelajaran.

1 2 Langkah 1 ( 20 minit ) 3

Buku teks Tahun 5 Sajak Tanah Pusaka tercinta Maksud sajak Sajak in bermaksud setiap rakyat haruslah memberikan kesetian kepada Negara tanpa berbelah bahagi. Setiap rakyat harus mencurahkan tenaga dan bakti kepada Negara agar Negara menjadi terbilang dan makmur. Selain itu setiap rakyat juga harus menjaga kedaulatan Negara agar tidak dibelengu oleh penjajah lagi.

1) Guru mengarahkan murid mengeluarkan buku teks . 2) Murid dikehendaki membaca serta memahami sajak mengenai Tanah Pusaka Tercinta. 3) Guru menjelaskan maksud sajak yang telah dibaca. 4) Murid diminta untuk mengulang membaca maksud sajak tersebut dengan kuat. 5) Guru dan murid berbincang tentang maksud sajak dengan lebih mendalam. 3. Kecerdasan pelbagai -visual ruang 2. Teknik -bersoal jawab , sumbang saran 1. BBM -Buku Teks

1) Guru menunjukkan cara mendeklamasikan sajak yang 1) Sajak Tanah Pusaka Langkah 2 ( 15 minit ) Tercinta. 2) Contoh Perkataan atau Frasa betul menggunakan sebutan dan intonasi yang sesuai. 2) Guru meminta murid mendeklamasikan sajak dengan betul menggunakan 1. BBM -kertas soalan

58

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104) Tumpahnya darahku Tidak akan berbelah bagi Bertoleransi Patahkan bersama sebutan dan intonasi yang sesuai.

2011 2. Teknik -berpuisi

3) Guru meminta murid mencari dan membaca perkataan atau frasa yang telah dihitamkan di dalam petikan sajak tersebut. 4) Guru memberi helaian soalan perkataan sama maksud dengan perkataan atau frasa yang telah di hitamkan. 5) Murid di kehendaki memadankan perkataan yang sama maksudnya dengan perkataan yang di beri. 6) Guru memantau hasil tulisan murid 7) Guru dan murid berbincang jawapan yang sebenar.

1) Permainan Bahasa Langkah 3 (15 minit ) Teka silang kata

1) Guru memberikan penerangan sebelum aktiviti dimulakan. 2) Guru membentuk beberapa kumpulan 3) Murid berbincang dalam kumpulan untuk mencari maklumat . 4) Murid akan tampil kehadapan untuk mengisi tempat kosong di papan teka silang kata. 5) Jawapan yang betul akan menerima ganjaran daripada guru. Murid dan guru berbincang jawapan sebenar. 2. Teknik -permainan bahasa

1) Contoh soalan Siapakah Perdana Menteri pertama Malaysia? Siapakah yang telah membangunkan KLCC ?

1. BBM -papan teka silang kata

59

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

1) Guru membuat rumusan 1. Rumusan isi pelajaran 2. Penerapan nilai-nilai Penutup ( 5 minit ) murni Kita mestilah mempertahankan tanah air kita. Kita mestilah mengamalkan sikap patriotism. pelajaran bersama murid dengan mengimbas kembali pelajaran yang telah dipelajari. 2) Guru dan murid bersoal jawab. 3) Guru menerapkan nilai-nilai murni yang telah mereka perolehi berdasarkan sajak Tanah Pusaka Tercinta. 4) Guru mengucapkan terima kasih kerana member kerjasama yang baik 5) Guru dan murid bertepuk tangan sebagai mengakhiri kelas. 1. Teknik -bersoal jawab

60

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

REFLEKSI ( NOR AZRINA BINTI MOHD ZAINOL )

Dalam Rancangan Pengajaran Harian diatas, saya telah menggabung jalinkan dua Kemahiran Berbahasa iaitu Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis. Keupayaan membaca merujuk kepada murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Manakala kemahiran menulis pula merujuk kepada merid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Kemahiran membaca dalam RPH tersebut menekankan aspek pemahaman, pengukuhan dan penghayatan bahan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik. Guru juga menunjukkan contoh cara mendeklamasikan sajak dengan betul. Ini secara tidak langsung dapat memberi pengetahuan kepada murid bagaimana untuk mendeklamasikan sajak dengan gaya yang betul. Murid juga diminta untuk mengumpul maklumat tentang isi yang di baca. Secara tidak langsung ia memenuhi tuntutan huraian sukatan pelajaran. Bagi kemahiran menulis pula, guru boleh mengawasi dan memantau hasil tulisan murid agar sentiasa cantik, kemas dan teratur. Selain itu, guru guru juga perlu memastikan murid murid boleh menghasilkan ayat- ayat yang gramatis dalam pembinaan karangan. Pada pendapat saya, penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Penggabungjalinan juga bertujuan untuk mencapai hasil pembelajaran. Terdapat tiga prinsip penggabung jalinan iaitu mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai. Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungkan, kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik, berdasarkan kebolehan dan pencapaian murid.

61

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

Huraian Sukatan pelajaran iailah satu dokumen yang mengandungi perkaraperkara yang wajib diajar kepada pelajar sebanjang tahun persekolahan. Untuk merancang kemahiran fokus dan sampingan, guru perlulah merujuk buku Huraian Sukatan Pelajaran yang telah disediakan mengikut tahun yang telah ditetapkan. Untuk sesi pengajaran, guru perlulah mengambil kira keberkesanan setiap fokus utama dan fokus sampingan yang telah dipilih. Keberkesanan pengajaran amat penting di ambil kira. Jika guru hanya mengambil sikap sambil lewa dalam menentukan hasil pembelajaran tersebut, matlamat P & P tidak akan tercapai. Antara kebaikan penggabungjalinan dalam P & P ialah sebagai pengukuhan kepada kemahiran yang telah diperolehi daripada mata pelajaran lain, kemahiran sampingan yang terdapat dalam penggabungjalinan, dapat membantu penguasaan kemahiran, fokus dalam kehidupan, sebagai yang dikehendaki dalam objektif pengajaran dan penggabungjalinan berkeupayaan menimbulkan suasana pembelajaran, pelajar berpeluang untuk menyatupadukan kem-kem yang perlu pembelajaran yang menarik dan mengelakkan kebosanan, menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan pelajar secara seimbang, harmonis dan bersepadu dan yang paling penting,ia dapat membantu murid menguasai beberapa kemahiran yang di ajarkan oleh guru secara serentak. Ini secara tidak langsung ia dapat menjimatkan masa Pengajaran dan Pembelajarn guru dan murid di dalam kelas. Antara kelemahan yang dapat dinyatakan dalam penggabungjalinan dalam P & P ialah aras yang di gunakan bagi setiap hasil pembelajaran tidak sesuai dengan faktor murid tersebut. Ini kerana guru tersebut tidak menggunakan aras yang sesuai dengan tahap keupayaan murid tersebut. Jika kita mengajar murid kelas ketiga atau kelas akhir, sudah tentu kita tidak akan menggunakan aras 2 dan aras 3. Selain itu, jika menggunakan penggabung jalinan dalam P & P, murid tidak akan dapat fokus terhadap dua kemahiran dalam satu-satu masa. Ini akan menyebabkan mereka berasa bosan di dalam kelas serta tercicir daripada menerima input yang sepatutnya dapat.

62

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

Bagi saya, konsep penggabung jalinan ini sesuai digunakan untuk Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas. Apabila antara satu kemahiran di gabungkan dengan kemahiran yang lain di dalam satu P & P, secara tidak langsung ia dapat membantu guru memudahkan matlamat dan objektif pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Guru-guru tidak seharusnya terikat kepada cadangancadangan yang dikemukakan. Sekiranya didapati ada di antara cadangan-cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru boleh mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid. Huraian Sukatan Pelajaran ini juga boleh digunakan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut penggal, mingguan, dan harian di dalam bilik darjah. Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran juga bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.

63

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

FITRI NORLIDA BINTI IBRAHIM

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN TIMBULNYA MASALAH DALAM MERANCANG DAN MELAKSANAKAN AKTIVITI KEMAHIRAN BERBAHASA

64

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

Faktor Masalah Kemahiran Mendengar Mendengar merupakan aktiviti rutin bagi semua manusia. Samada kita suka atau tidak, kita kan gterus mendengar kerana lat pendengaran manusia berfungsi tanpa had. Oleh yang demikian, keupayaan mendengar di dalam kalangan murid-murid perlulah dieksploitasikan sebaik mungkin agar mereka ini menguasai kemahiran mendengar. Walau bagaimanapun, pengajaran kemahiran mendengar bukanlah sesuatu yang mudah kerana terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi penguasaan kemahiran mendengar. Antaranya dalah seperti dalam rajah seperti yang berikut:

Rajah : Faktor Keberkesanan Kemahiran Mendengar Dalam satu perbualan yang melibatkan beberapa orang penutur, perubahan respons yang berbeza-beza antara seseorang individu dengan individu yang lain boleh mengganggu pendengaran. Dengan kata lain, setiap penutur cuba menegakkan idea masing-masing tanpa berfokus kepada topik yang diperkatakan. Secara tidak langsung perkara ini memberikan impak kepada kemahiran men dengar pendengar yang terlibat yang turut menjadi tidak fokus kepada isu yang diperkatakan.

Sementara itu, menyampuk pula merujuk kepada gangguan dalam perbualan iaitu, penutur kedua mengambil giliran bertutur pada masa pentur pertama sedang bertutur. Fenomena ini boleh mengganggu pendengaran disebabkan idea dan mesej yang didengar sering terganggu dan tidak sempurna. Sehubungan dengan itu, pendengaran yang berlaku secara semulajadi tidak seharusnya berlaku dan diganggu dalam hal sedemikian. Selain itu, terleka juga merupakan gangguan dalam aktiviti mendengar dan dialami oleh kebanyakan daripada murid-murid. Terleka berlaku apabila pendengaran murid menerawang hinggga input yang disampaikan oleh penutur tidak dapat diserap. Terleka boleh berlaku kerana mengantuk hingga menyebabkan minda murid-murid lambat memproses maklumat atau bercabang kearah lain dan tiada penumpuan.

65

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

Faktor lain iaitu fikiran tertutup. Fikiran tertutup ialah mendengar dengan fikiran yang tertutup sehingga menyebabkan murid-murid kehilangan maklumat penting yang perlu diketahui. Fikiran yang tertutup juga menyebabkan aktiviti mendengar murid-murid menjadi tidak aktif kerana input hanya sampai ke telinga dan tidak dihantar ke otak untuk diproses. Oleh itu, aktiviti mendengar murid-murid menjadi tidak bermakna jika fikiran mereka tertutup kerana mereka gagal mendengar dengan sempurna. Faktor yang terakhir pula ialah kebosanan. Aktiviti mendengar kita boleh diganggu dengan perasaan bosan yang menyebabkan murid-murid gagal member perhatian kepada perkara yang diujarkan . Kebosanan berlaku kemungkinan kerana penutur bertutur terlalu pantas sehingga nmurid-murid tertinggal banyak maklumat penting atau penutur yang bertutur terlalu perlahanberbanding keupayaan otak murid-murid bertindak balas.

Faktor Masalah Kemahiran Bertutur Seperti kemahiran mendengar, kemahiran bertutur juga mempunyai faktor-faktor tertentu yang mempengaruhi keberkesanannya. Sehubungan itu, terdapat tiga faktor kemahiran bertutur adalah seperti dalam rajah yang berikut:

Rajah: Faktor Keberkesanan Kemahiran Bertutur

Faktor fisiologi dibahagikan kepada tiga unsur, iaitu jantina, penyakit dan kecerdasan. Sehubungan itu, unsure jantina berperanan dalam mempengaruhi pertuturan pada peringkat awal kanak-kanak. Berdasarkan kajian yang dijalankan, kanak-kanak perempuan didapati bertutur lebih awal daripada kanak-kanak lelaki. Namun demikian, pada tahap pertama persekolahan, perbezaan jantina tidak lagi menunjukkan kesan yang ketara dalam penguasaan kemahiran bertutur melalui

66

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

aktiviti lisan dibilik darjah dilaksanakan oleh guru secara menyeluruh kepada semua murid tanpa mengambil kira jantina mereka. Berdasarkan unsur penyakit pula, terdapat beberapa jenis penyakit biologikal yang didapati member kesan kepada keupayaan bertutur kepada seseorang murid. Sebagai contoh, kecacatan pada pita suara booleh menyebabkan murid tidak berupaya mengeluarkan bunyi bersuara hinga menyebabkan mereka tidak dapat bertutur. Begitu juga dengan serangan penyakit pada tenggorok dan paru-paru, yang turut member kesan kepada pertuturan kerana organ tersebut berperanan menghasilakan bunyi bahasa. Selain itu, kecacatan otak juga turut didapati memberi kesan kepada kegagalan alat pertuturan berfungsi dengan baik hingga menyebabkan murid sukar bertutur. Selain itu, unsure kecerdasan pula, murid-murid yang cerdas didapati dapat bertutur dengan mudah dan lancar serta melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti pertuturan yang meransang kecerdasan mereka seperti pidato, syarahan, dan perbahasan. Sebaliknya, murid-murid yang tidak mampu bertutur dengan baik dan lancar, sering dianggap sebagai kanak-kanak yang tidak cerdas atau lembab. Oleh itu, pihak sekolah memberi tanggungjawab kepada guru-guru pemulihan untuk membantu murid-murid lembab tersebut menguasai bahasa sama seperti orang lain. Faktor fizikal pula meliputi dua unsur, iaitu alat pendengaran dan alat peertuturan. Sehubungan itu, masalah pada alat pendengaran merujuk kepada ketidakupayaan alat pendengaran, iaitu telinga untuk mendengar sebarang bunyi atau yang turut dikenali sebagai pekak. Kepekakan berlaku kerana kerosakan kepada gegendang telinga yang berperanan penting untuk menerima dan menyerap bunyi luaran. Sementara itu, unsur alat pertuturan meruuk kepada masalah pada alat pertuturan, iaitu ketidakupayaan alat artikulasi seseorang untuk berfungsi dengan baik untuk menutur ujaran. Kerosakan pada artikulasi menyebabkan seseorang itu bisu atau gagap. Kerosakan juga boleh berlaku dalam bentuk keadaan bibir yang sumbing dan rekahan pada lelangit. Namun kanak-kanak gagap dan sumbing, masih boleh bertutur dan menyampaikan mesej kepada orang lain dengan cara mereka sendiri. Akan tetapi, kanak-kanak yang bisu pula ditempatkan di kelas atau sekolah khas untuk membolehkan mereka mempelajari bahasa menggunakan bahasa isayarat.

67

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

Faktor yang terakhir iaitu, faktor persekitaran iaitu terdiri daripada dua unsure keluarga dan sosioekonomi. Sehubungan itu, keluarga berperanan penting dalam penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid-murid. Perkara ini disebabkan oleh, ibu bapa yang kerap bertutur dan berbual dengan anak-anak

mereka sejak kecil lagi dapat mempertingkat keupayaan bertutur murid-murid. Murid-murid juga dapat menambah perbendaharaan kata disamping mempelajari struktur bahasa dan tatabahasa yang betul. Sebaliknya, murid-murid daraipada latarbelakang keluarga dan persekitaran yang tidak mendorong kepada interaksi dan komunikasi anatara satu sama lain menyebabkan aktiviti bertutur mereka terhad. Unsur yang seterusnya, iaitu unsur sosioekonomi turut mempengaruhi keupayaan bertutur murid-murid. Ibu bapa yang mempunyai tahap sosio ekonomi yang tinggi didapati dapat menyediakan kemudahan internet, televisyen, buku-buku dan perisian pembelajaran bahasa untuk mempertingkatkankan keupayaan bertutur anak-anak mereka. Secara tidak langsung, anak-anak mereka dapat menguasai kemahiran berbahasa pada peringkat umur lebih awal. Akan tetapi hal ini amat berbeza dengan murid-murid yang mempunyai latar belakang sosioekonomi yang rendah.

Faktor Masalah Kemahiran Membaca Faktor masalah membaca adalah rumit dan sukar hendak ditentukan secara khusus. Namun Guy L.B. dan rakan-rakannya (1994) telah membahagikan punca masalah membaca kepada tiga faktor besar , iaitu : i. Faktor fizikal ii. Faktor kognitif dan bahasa iii. Faktor emosi, persekitaran, dan pendidikan Faktor fizikal yang mempengaruhi masalah bacaan adalah seperti masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah neurological seperti kerosakan otak (serebral palsi, aphasia, terencat akal, dll), dan bermasalah kesihatan (epilepsi, masalah jantung, kurang zat makanan yang serius, dll). Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya rendah dan yang terencat akal akan

68

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

menghadapi masalah dalam bacaan yang serius. Selari dengan masalah ini ialah tahap kognitif yang rendah sehingga menyebabkan proses memperolehi kemahiran membaca menjadi sangat sukar. Manakala faktor bahasa melibatkan bahasa penerimaan yang melibatkan keupayaan semantik dan sintaksis.

Masalah membaca kebiasaannya wujud seiring dengan faktor-faktor emosi yang memberi kesan yang besar terhadap penyesuaian individu dan sosial kanakkanak. Masalah penyesuaian mungkin berpunca daripada faktor-faktor fizikal atau perawakan dan persekitaran yang boleh menyebabkan kegagalan membaca. Kegagalan membaca menjadikan kanak-kanak kecewa dan menjejas emosi mereka. Faktor persekitaran bagi kanak-kanak yang kurang beruntung seperti tidak mendapat kasih sayang keluarga, kurang zat makanan, tiada galakan keluarga, dan sebagainya akan menjejas pencapaian mereka dalam pelajaran termasuk keupayaan membaca. Faktor pendidikan adalah seperti tidak menyediakan peluang pengajaran secara individu, tidak memberi perhatian terhadap kesediaan membaca kanak-kanak, mengabaikan kemahiran membaca dalam kebanyakan aktiviti sekolah, penggunaan teknik pengajaran yang kurang berkesan, dan sebagainya.

Faktor Masalah Kemahiran Bertulis Masalah ini berlaku apabila kanak-kanak yang kurang jelas penglihatannya akan kurang mampu menangkap maklumat yang ditulis di papan hitam. Jika dia tidak menyatakan masalah kepada guru dan gurunya pun tidak mengetahui, keadaan ini akan berterusan sehingga akan menjejaskan pembelajarannya. Kebanyakkan daripada kanak-kanak ini boleh dan mesti dipulihkan dengan memberi kaca mata yang sesuai.Ada pula kanak-kanak yang menempuhi proses perkembangan mental yang lambat tanpa apa-apa kecacatan jasmani. Walaupun umurnya sudah enam tahuin umpamanya, pengalaman dan pemikirannya mungkin seperti kanak-kanak yang berumur lima tahun. Kanak-kanak ini perlu diberi galakkan dan bimbingan yang sewajarnya untuk membolehkan perkembangan kognitifnya berterusan. Walaupun ada baiknya jika pendaftaran persekolahan dilambatkan ini selalunya tidak dapat dilakukan pada masa kini. kanak-kanak seperti ini bukanlah mengalami kecacatan akal dan jika tidak

69

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

dikenalpasti dan diberi bimbingan yang sewajarnya mungkin ada menyerap konsep diri yang tidak sihat. Kanak-kanak ini akan mendapat manfaat jika dirancang.

Kanak-kanak yang mengalami masalah ini kadangkala mempunyai tahap pemikiran yang sederhana atau lebih baik daripada biasa. Tetapi kesukarannya untuk menulis atau membuat aktiviti yang memerlukan kemahiran seperti melukis selalu mengakibatkan dia dianggap sebagai kanak - kanak cacat akal. Kanak-kanak ini mungkin selalu menunjukkan kebolehannya dalam aktiviti yang lain seperti bermain catur, berbahas atau membaca yang tidak memerlukan kemahiran tangan. Kanak-kanak seperti ini perlu dikenalpasti kebolehan serta kelemahannya supaya satu kurikulum pembelajaran yang khas dapat dirancangkan untuknya. Kelemahannya untuk menulis mungkin boleh diatasi dengan cara berlatih selalu. Aktiviti sehari-harian seperti mengikat tali kasut boleh diajar dengan menunjukkan setiap gerak geri tangan sehingga selesai tali kasut diikat. Ada lebih mendatangkan manfaat bagi kanak-kanak ini mengunakan pita rakaman atau menaip kerana kekekokan tangannya menghalangnya daripada menulis dengan sempurna.Kanak-kanak yang begini selalu dipanggil Hyperactive dalam bahasa Inggeris. Selalunya tidak ada gangguan yang jelas terdapat dari peperiksaan klinikal. Kebolehan menumpukan perhatian kepada sesuatu kerja adalah perlu untuk seseorang kanak-kanak itu menerima arahan dan pengajaran dari guru-guru atau ibu bapanya. Kanak-kanak ini tidak boleh maju dalam pembelajaran oleh sebab dia tidak dapat menarik perhatian penuh. Sebaliknya, dia mungkin membawa kesulitan kepada guru dan murid-murid lain kerana dia tidak boleh duduk di kerusinya dengan lama. Kanak-kanak seperti ini perlu diberi pemulihan khas yang dipanggil behavioural modification untuk menambahkan tempoh tumpuan perhatiannya sebelum dia dapat menerima pengajaran dengan berkesan.

Keadaan ini selalu dipanggil dyslexia dalam bahasa Inggeris. Ini dapat dikenali sebagai satu keadaan di mana kanak-kanak yang tidak mengalami

70

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

kecacatan akal atau kurang minat mengalami kesukaran sama ada membaca, menulis atau mengira.

Keadaan

ini

boleh

berlaku

akibat

daripada

masalah

kekurangan

pendengaran, masalah pembelajaran khusus atau kekekokan. Oleh itu keadaankeadaan seperti ini mestilah dikenalpasti dan langkah diambil untuk mengatasinya. Kadangkala kelakuan yang ganjil itu tidak dapat dikesan puncanya dengan jelas. Kanak-kanak yang telah menempuh pengalaman yang pahit dan menakutkan mungkin suka mengasingkan diri , tidak suka bergaul atau selalu bercakap seorang diri. Berikut adalah riwayat seorang kanak-kanak yang mengalami gangguan kelakuan. Seseorang kanak-kanak yang tidak sihat sudah tentulah tidak akan menumpukan perhatian yang cukup kepada pelajarannya di sekolah. Kanak-kanak yang pucat mungkin sering merasa mengantuk di kelas. Kanak-kanak yang menghidap penyakit sawan mungkin menerima ubat yang menjejaskan tumpuan perhatiannya. Jika keadaan ini berterusan dan tindakan yang berkesan tidak diambil, kanak-kanak ini akan kebelakangan dalam pelajarannya. Jadi secara tidak langsung perkara-perkara ini amat mengganggu dalam proses pembelajaran kanak-kanak.

71

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) BAHASA MELAYU TAHUN 5 Tarikh Masa Kelas Bilangan Murid Umur Murid Mata pelajaran Tema Tajuk : 12 September 2011 : 60 minit : 5 Wira : 32 orang : 11 Tahun : Bahasa Melayu : Patriotisme : Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia

Hasil Pembelajaran :

Fokus Utama : 11.2 Mengulas karya karya bukan sastera dari segi penggunaan perkataan, idea, ayat, wacana, nilai dan pengajaran. Aras 3 (i) Mengemukakan pendapat tentang mesej dan nilai yang terdapat dalam bahan Fokus Sampingan : 7.3 Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera yang berkualiti untuk meningkatkan dan memperkukuhkan minat membaca. Aras 2 (i) Mengumpul maklumat tentang isi kandungan bahan yang dibaca.

Objektif Pelajaran : Pada akhir pelajaran ini murid dapat


i. ii.

menulis satu perenggan tentang nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam cerita Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia. membaca cerita Lahirku di Bumi Malaysia dan mengumpulkan maklumattentang nilai dan pengajaran yang terdapat dalam cerita ini.

72

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104) iii.

2011

Menjawab 2 daripada 3 soalan pemahaman tentang cerita Lahirku di Bumi Malaysia dengan menggunakan bahasa yang santun.

Sistem Bahasa : Kosa kata : merentap, memekakkan, menusuk, memercik, berpinar, mengimbau, derapan, menekup Pengisian Kurikulum : Ilmu : Sastera Nilai Murni : Kesyukuran, kebaranian, kasih sayang Kemahiran Bernilai Tambah:
a) Kemahiran Berfikir : menganalisis, mencirikan, membuat kesimpulan b) Kemahiran Belajar Cara Belajar : membaca secara luncuran, mencatat nota c) Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, Verbal linguistik, Visual ruang d) Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah menonton cerita tentang

keganasan pihak komunis di televisyen. Bahan Bantu Mengajar :


i. Petikan cerita bertajuk Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia ii.Bendera Malaysia iii. Lembaran Kerja iv.Kad huruf

73

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104) LANGKAH ISI PELAJARAN MASA AKTIVITI P&P

2011

CATATAN

Set Induksi (5 minit)

1. Bendera Malaysia 2. Contoh Soalan:

1. Guru 1. BBM menunjukkan sebuah kotak yang berisi -Bendera Malaysia benda. 2. Guru meminta murid meneka benda yang terdapat di dalam kotak yang ditunjukkan.

Apakah benda yang terdapat dalam kotak ini?

2.KB -Menjana Idea

Jawapan: 3. Murid dipamerkan bendera Malaysia dan diminta mentafsir bendera tersebut. 4. Murid dikehendaki melengkapkan tajuk dengan menyebut huruf Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia.

3.Teknik -Bersoal jawab,sumbang saran

BenderaMalaysia

4.Pengisian Kurikulum -verballinguistik -interpersonal

Langkah 1 (15 minit)

1. Teks cerita

1. Murid diedarkan petikan

1.BBM - Petikan cerita

Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia 2. Memahami teks yang di baca

yang bertajuk Lahirku Bertuah di bumi Malaysia.


2. Tiga orang murid dipilih

secara rawak untuk 3. Kosa kata membaca petikan secara bergilir mengikut

2..Kecerdasan Pelbagai -verbal

74

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011 linguistic

merentap memekakkan menusuk memercik

perenggan.
3. Murid dibahagikan

kepada 5 kumpulan.
4. Setiap kumpulan

3.Nilai - kerjasama

diminta untuk membaca cerita mengikut perenggan secara bergilir.


5. Murid diminta

4. BCB -membaca

menyenaraikan perkataan yang tidak difahami dalam petikan tersebut.


6. Guru menerangkan

makana perkataan tersebut.


1.BBM

Langkah 2 (15 minit)

Soalan Kefahaman tentang teks

1. Guru bersoal jawab dengan murid. 2. Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk menjwab soalan yang dikemukakan.

-Petikan cerita

2.BCB -menjawab soalan

1. Apakah tajuk lain yang sesuai bagi cerita ini? 2. Apakah tema dan persoalan bagi cerita ini? 3. Pada pendapat kamu, mengapakah penulis menyatakan Dia sangat bertuah dilahirkan di bumi Malaysia? Tema: Malaysia Negara aman dan makmur.

3.KB -mencirikan -menganalisis

4.Teknik -penerangan -perbincangan

75

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

Persoalan: Bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia Peperangan akan memusnahkan segalagalanya.

1.BBM

Langkah 3 (20 minit)

1. Nilai dan

pengajaran yang terdapat dalam petikan

1. Secara individu murid diminta untuk menulis nilai dan pengajaran yang terdapat dalam cerita Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia pada lembaran kerja yang diedarkan.

-Petikan -Lembaran kerja

2.BCB -menulis nota

3.Kemahiran berfikir -mencirikan dan membuat kesimpulan

4. Nilai murni -tekun

76

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011 1.Kecerdasan pelbagai -verbal linguistik

Penutup (5 minit)

Kognitif:

1.Guru menasihati murid supaya bersyukur kerana dilahirkan di bumi Malaysia.

1.Penerapan nilai murni 2.Guru meminta murid menyenaraikan nilai murni yang terdapat dalam cerita tersebut. 2.Teknik -Soal jawab -sumbang saran

-kesyukuran -keberanian -kasih sayang

2. Sosial: -penghargaan -Nyanyi Lagu Malaysia Tanah Airku

3. Guru mengedarkan Lirik Lagu Malaysia Tanah Airku dan menyanyi bersama dengan iringan muzik.

4.Guru mengucapkan terima kasih atas kerjasama murid.

77

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

Lampiran 1 Petikan

Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia Aku memegang tangan adik kecilku dengan erat.Aku bimbang kalau-kalau terlepas tangan kecil itu, aku akan kehilangannya.Kadang-kadang dia cuba merentaptangannya.Mungkin kesakitan dek genggaman kuat tanganku.Bunyi bedilan meriam dan senapang bertalu-talu.Aku hanya memekakkan telinga. Aku terus berlari mencari tempat yang kukira selamat untuk bersembunyi. Tapak kecil adikku seolah-olah tidak menjejak bumi.Aku tidak peduli. Keadaan kami bagai telur dihujung tanduk.Cukuplah aku leka, tamatlah riwayat kami. Aku sangat mengasihinya. Cukuplah aku kehilangan ibu bapa dan adik-adikku yang lain. Dia saudara yang aku ada kini. Mayat bergelimpangan di sana sini.Bau hanyir menusuk hidung.tibatiba, akuternampak sepasukan tentera sedang menuju ke tempat persembunyian kami.Akumembatukan diri.Kakiku menggeletar. Ku genggam tangan adikku sambil memeluknya erat.Semoga kelibat kami tidak dilihat oleh mereka.Bunyi tembakan dan jeritan silihberganti.Aku tahu beberapa orang bersembunyi berhampiran dengan kami telahdibunuh.Giliranku bila? Aku berdoa agar kami berdua selamat.Aku tidak mahu

m e n j e j a k a n g g o t a keluargaku yang lain.Kami berdua sahaja waris yang tinggal bagi keturunan kami.Datuk,nenek dan kerabat yang lain telah lama tewas.Aku terus berdoa.Derapak sepatu tentera mengejutkan kami. Pelukanku semakin kemas. Aku menekup mulut adikku, peluh memercik di dahi. Adik kecilku yang tidak mengerti apa-apa mula meronta-ronta.Rontaannya yang semakin kuat menyebabkan pelukannyaterlerai. Adik berlari keluar sambil menangis.Turt! Trut! Trut! Bunyi itu menerjah ke telingaku.Tubuh kecil adikku rebah ke bumi. Aku terpempan. Aku menerpa ke arahnya.Tubuhnya longlai dan dibasahi darah.Aku memeluk tubuh kakuadikku.Aku menangis semahu-mahuku.Tuhan sahaja

78

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

mengetahui betapa luluhnya hatiku saat itu.Tubuh adikku ditembusi berpuluhpuluh butir peluru. Aku memeluknya erat. Tiba-tiba ,sebutir peluru singgah didadaku. Aku terpelanting. Sakitnya bukankepalang. Mataku berpinar-pinar. Aku bingkas bangun. Aku mengucap panjang. Terasa lega. Bermimpi rupa-rupanya aku. Aku termenung sambal mengimbau mimpiku.Aku bersyukur kerana aku tidak perlu melalui segala kegetiran dan kesengsaraan yang dialami oleh sesetengahpendudk di negara lain. Aku berdoa agar negaraku tetap merdeka. Sesungguhnya, aku sangat bertuah kerana di lahirkan di bumi ini.

79

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

NAMA: FITRI NORLIDA IBRAHIM REFLEKSI PENGGABUNGJALINAN KEMAHIRAN DALAM PENGAJARAN BAHASA Berdasarkan Rancangan Pengajaran (RPH) yang telah dibuat, Alhamdulillah banyak input-input dan pengetahuan baru yang lebih lanjut lagi tentang bentuk penggabungjalinan yang baik untuk membuat RPH. Dari tugasan ini saya mendapati penggabungjalinan ialah satu strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sebagaimana yang terkandung dalam Huraian Sukatan Pelajaran dan haruslah dibuat dan dijalankan supaya sesi pengajaran menjadi lebih menarik, tersusun dan lengkap. Ini merupakan proses yang sangat penting kerana melalui penggabungjalinan, beberapa kemahiran berbahasa dapat dikuasai oleh murid secara serentak. Penggabungjalinan ini berlaku antara kemahiran berbahasa daripada bidang yang berlainan, iaitu inter bidang atau kemahiran berbahasa dalam bidang yang sama, iaitu intra bidang. Selain itu, saya juga lebih faham lagi bahawa aspek tatabahasa, kosa kata, dan peribahasa juga digabungjalinkan. Unsur penggabungjalinan kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis boleh digabungkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekurang-kurangnya antara dua kemahiran. Oleh yang demikian, di dalam Rancangan Pengajaran yang telah saya buat, saya telah memilih untuk menggabungjalinkan kemahiran berbahasa membaca dengan kemahiran menulis. Penggabungjalinan ini bertujuan untuk mencapai hasil pembelajaran. Penggabungjalinan kemahiran berbahasa dan penyerapan ilmu juga turut saya serapkan ke dalam Rancangan Pengajaran saya kerana ia merupakan dua perkara yang berjalan seiring semasa proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) Bahasa Melayu dilangsungkan. Saya juga dapati pengabungjalinan kemahiran berbahasa merupakan strategi manakala ilmu merupakan bahan. Oleh yang demikian, guru diberi sepenuh kebebasan untuk menggunakan pelbagai disiplin ilmu (asalkan tidak bertentangan dengan nilai norma masyarakat Malaysia) agar murid merasakan keseronokan meneroka sesuatu bidang dan melihat manfaatnya dalam kehidupan mereka.

80

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

Berdasarkan

Rancangan

Pengajaran

yang

saya

telah

buat,

penggabungjalinan berlaku antara kemahiran membaca dan menulis. Saya telah memilih untuk membuat kemahiran menulis sebagai fokus utama iaitu berkaitan dengan Mengulas karya karya bukan sastera dari segi penggunaan perkataan, idea, ayat, wacana, nilai dan pengajaran. Aras yang digunakan ialah aras 3 berkaitan dengan mengemukakan pendapat tentang mesej dan nilai yang terdapat dalam bahan. Fokus sampingannya pula dalah berkaitan membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera yang berkualiti untuk meningkatkan dan memperkukuhkan kandungan bahan yang dibaca. Penggabungjalinan antara kemahiran membaca dengan kemahiran menulis ini menyerapkan ilmu bidang patriotisme sebagai bahan dalam proses p&p. Bahan yang digunakan ialah cerpen Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia. Secara keseluruhannya cerpen ini memberikan ilmu tentang nilai semangat cintakan tanah air dan nilai keamanan. Antara beberapa perkara baru yang dapat murid terokai antaranya keadaan atau suasana semasa keganasan atau peperangan berlaku.
Murid bukan sahaja menimba pelbagai ilmu tentang Murid bukan sahaja menimba pelbagai ilmu tentang cerpen ini malah melalui pelbagai aktiviti murid turut dapat meneroka ilmu baru yang lain tentang tanah air. Misalnya murid boleh diminta mencari maklumat tentang tema, nilai dan pengajaran tentang cerpen ini. Semua maklumat semasa proses p&p sekiranya diterokai dengan baik dan terancang akan membekalkan murid dengan ilmu yang dapat dimanfaatkan dalam kehidupan murid-murid. Penyerapan Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) dalam Konsep

minat

membaca dengan menggunakan Aras 2 iaitu mengumpul maklumat tentang isi

Penggabungjalinan Kemahiran Berbahasa KBT ialah kemahiran yang diajarkan dalam bilik darjah serta dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan senario dunia yang global. Saya dapati dalam kemahiran bernilai tambah ini perkara wajib yang perlu ada dalam RPH ialah kemahiran berfikir. Dengan kata lain setiap pengajaran haruslah ada kemahiran berfikir. Dalam pengabungjalinan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di Bahasa antara Melayu,

kemahiran

berbahasa

kemahiran

81

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, atau kemahiran menulis. Konsep ini diadun baik dengan menyerapkan ilmu, nilai murni, kewarganegaraan, peraturan sosio budaya, kemahiran bernilai tambah atau kepintaran emosi. Guru boleh memilih mana-mana elemen yang hendak diserapkan. Namun elemen yang dipilih mestilah dirancang dengan teliti dan jelas agar pengajaran dan pembelajaran berfokus dan murid dapat meneroka sesuatu bidang dengan baik.

Matlamat kurikulum Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan murid yang dapat menguasai kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, atau kemahiran menulis dengan baik. Selain melahirkan murid yang dapat berbahasa dengan baik, konsep penyerapan dapat membantu murid menjadi insan yang berilmu, berketerampilan, dapat berkomunikasi dengan berkesan, mampu memenuhi keperluan diri serta bijak dalam perhubungan sosial dan urusan harian.

PENUTUP

82

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

Selepas menyiapkan tugasan ini, kami telah mempelajari dan memahami bahawa pengajaran kemahiran berbahasa penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Melalui kemahiran mendengar,pelajar berupaya untuk mendengar dengan teliti dan memperlihatkan pemahaman mereka terhadap pelbagai jenis komunikasi. Pelajar mampu bertutur dengan menggunakan bahasa baku untuk menyampaikan maklumat,idea,perasaan dan konsep secara berkesan melalui kemahiran bertutur. Kemahiran membaca pula ,pelajar berupaya menggunakan pelbagai strategi untuk membaca dan memperlihatkan pemahaman terhadap pelbagai teks. Melalui kemahiran menulis pula, pelajar mampu menjana idea dan menggunakan kreativiti melalui pelbagai jenis penulisan. Pendekatan dalam pengajaran bahasa merujuk proses pengendalian pengajaran bahasa seluruhnya.Sesuatu pendekatan itu bersandarkan pada teori pengajaran dan pembelajaran bahasa.Kaedah merupakan satu prosedur yang menyeluruh untuk mengejar sesuatu aspek bahasa yang bersesuaian dengan pendekatan dan objektif pengajaran. Di samping itu, melalui teknik pengajaran yang baik mampu memberi ransangan yang berguna kepada murid di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menggunakan teknik penerangan,keperihalan,perbandingan,latihan,percambahan fikiran dan sebagainya kepada murid-murid.Di samping itu, kefahaman murid dalam pembelajaran pendekatan,kaedah dan teknik pengajaran dapat membantu murid menguasai aspek sastera. Kaedah pengajaran yang berkesan merupakan tonggak kejayaan seseorang pelajar. Jika pelajar merasakan kaedah pengajaran yang diterima adalah berkesan maka ini akan secara tidak langsung mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Penggunaan kaedah dan strategi yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan.

REFLEKSI

83

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

Sepanjang menjalankan Kerja Kursus Berasaskan Projek Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu ini, kami lebih memahami tentang Kemahiran Bahasa dalam Bahasa Melayu tersebut dengan lebih terperinci. Secara tidak langsung ianya dapat mengajar kami dengan lebih mendalam tentang Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan Kemahiran yang perlu diketahui oleh seorang guru. Kami telah mencari bahan rujukan mengenai tugasan ini dengan pelbagai sumber. Antaranya membuat rujukan di Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perlis dan Pusat Sumber Awam di Alor Setar Kedah. Di sana kami telah mencari buku-buku mengenai soalan-soalan tugasan ini dengan menggunakan OPAC yang disediakan oleh pusat sumber bagi memudahkan kami untuk mencari maklumat buku-buku yang di cari. Pada masa yang sama, kami tidak lupa untuk mendapatkan sumber maklumat melalui media elektronik iaitu internet. Sepanjang melaksanakan Kerja Kursus Pendek ini, kami telah melalui pelbagai

kekangan, namun kami tetap menanamkan sikap tidak mudah berputus asa. Dalam tempoh menyiapkan tugasan ini pelbagai cabaran yang terpaksa kami harungi, iaitu salah satunya ialah kesuntukan masa. Ia agak terganggu dengan keadaan dimana semasa sebelum minggu menghantar tugasan ini kami mempunyai pelbagai aktiviti sama ada aktiviti kurikulum mahupun kokurikulum yang memang tidak dapat dielakkan dan juga telah bercuti selama seminggu untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri serta seminggu lagi untuk Pengalaman Berasaskan Sekolah.Justeru, masa untuk kami menyiapkan tugasan adalah terhad. Disamping kesukaran untuk memperolehi maklumat dan informasi daripada media elektronik lantaran untuk melayari rangkaian internet. Hal ini kerana rangkaian internet hanya boleh dilayari pada waktu berkerja sahaja. Dan dirumah kami yang langsung tiada rangkaian internet. Meskipun begitu, kami berjaya membahagikan masa kami dengan begitu baik untuk menyiapkan kerja kursus ini.Segala penat lelah yang kami hadapi dibalas dengan sebuah kepuasan apabila dapat menjayakan tugasan ini. Selain itu,sepanjang menyiapkan tugasan ini, kami dapat meluaskan ilmu pengetahuan dan pada masa yang sama kami dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai kemahiran serta cara

Pengajaran dan Pembelajaran kemahiran berbahasa dan ini sememangnya penting kepada kami yang merupakan bakal guru pada masa kelak.

84

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

Kami telah membuat pembahagian yang mana harus dibuat dahulu dan yang mana kemudian. Setelah semua maklumat dipecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu, kami membuat kerja dengan begitu tekun dan sabar. Kami saling merujuk antara satu sama lain untuk memantapkan lagi kerja kursus kami ini. Dengan kerjasama pelbagai pihak, akhirnya siaplah kerja kursus ini dengan jayanya.Setelah siap barulah dicantumkan menjadi satu buku tugasan sebelum dihantar kepada pensyarah pembimbing. Tuntasnya, tugasan ini banyak memberi kesan yang positif dan kebaikan terhadap diri kami. Ia telah membuka pemikiran kami terhadap bidang ilmu pendidikan. Kami berharap ilmu ini dapat kami aplikasikan dengan lebih produktif dalam profesion perguruan. Akhir kata terima kasih kami ucapkan kepada Pn. Rohani, pensyarah Bahasa Melayu kami diatas segala tunjuk ajar yang diberikan. InsyaAllah, kami akan gunakan ilmu yang ada ini dengan sebaik-baiknya.

BIBLIOGRAFI

85

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu, diekses pada 26 Julai 2011 dari laman web http://www.educ.upm.edu.my/~fadzilah/nota%20kaedah.htm

Kemahiran Berbahasa, diekses pada 24 Julai 2011 dari laman web http://www.scribd.com/doc/28428335/MODUL-BMM-3104-KEMAHIRANMENDENGAR-BERTUTUR-MEMBACA-MENULIS

Pendekatan Komunikatif, diekses pada 25 Julai 2011 dari laman web http://notapismp.blogspot.com/2010/09/pendekatan-komunikatif.html

Pendekatan Komunikatif, diekses pada 25 Julai 2011 dari laman web http://www.scribd.com/doc/35032876/pendekatan-komunikatif

Siti Hajar Abdul Aziz.(2009). Bahasa Melayu II. Selangor: Oxford fajar Sdn Bhd

Strategi Pengajaran Bahasa Melayu, diekses pada 25 Julai 2011 dari laman web http://ipgmalaysia.blogspot.com/2010/01/strategi-pengajaran-danpembelajaran.html

Tuan Jah Tuan Yusof.(2011). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor : Multimedia Sdn. Bhd

Tuan Jah Tuan Yusof,Faridah Nazir.(2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor : Multimedia Sdn. Bhd

86

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (BMM 3104)

2011

LAMPIRAN

87

You might also like