P. 1
PRAKTIKAL 2

PRAKTIKAL 2

|Views: 2,415|Likes:
Published by Nurul Najwa Saaidon

More info:

Published by: Nurul Najwa Saaidon on Jan 31, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/16/2013

pdf

text

original

Pengenalan Aloi ialah bahan yang terdiri daripada campuran dua atau lebih unsur atau logam dengan

komposisi tertentu. Aloi terdiri daripada campuran logam utama dengan atom unsur lain yang dipanggil atom asing. Atom asing mempunyai saiz yang berlainan daripada logam utama. Atom asing menempati ruang kosong di dalam kekisi logam tulen. Atom asing mengganggu susunan atom logam tulen yang teratur dan sekata. Ini menghalang atom-atom logam utama daripada menggelongsor. Ketertempaan dan kemuluran logam akan berkurang.

Kekerasan aloi lebih tinggi daripada logam tulen. Tujuan pengaloian ialah: (a) menambahkan kekerasan dan kekuatan logam tulen. Contohnya: magnalium(aloi magnesium dan aluminium) lebih keras daripada aluminium tulen. (b) membaiki rupa logam dan menjadikan bahan lebih indah. Contohnya: piuter (aloi timah, antimoni dan kuprum) lebih indah daripada timah tulen. (c) mencegah kakisan logam. Contohnya: keluli nirkarat(aloi ferum, karbon, kromium dan nikel) sukar berkarat berbanding dengan ferum(besi) tulen. Besi akan terkakis jika atom besi melepaskan elektronnya: Fe Fe2+ + 2e

Oleh itu besi hanya akan terkakis jika oksigen dan air yang bertindak sebagai agen pengoksidaan bersentuhan dengan besi.

1

x H2O (p) karat besi 2 . Molekul oksigen dan molekul air mengalami proses penurunan: O2+ 2H2O + 4e 4OH(Penurunan) Ion ferum (II) yang terhasil akan berpadu dengan ion hidroksida untuk membentuk mendakan ferum (II) hidroksida. Fe2+ + 2OHFe(OH)2 (p) Ferum (II) hidroksida akan dioksidakan oleh oksigen di udara kepada ferum (III) oksida terhidrat yang berwarna perang yang dipanggil karat besi.Oleh kerana kepekatan oksigen terlarut di bahagian tengah titisan air adalah rendah daripada bahagian pinggirnya. 2Fe(OH)2 (p) Fe2O3. maka atom besi di bahagian tengah titisan air mengalami proses pengoksidaan: Fe Fe 2+ + 2e ( Pengoksidaan ) Elektron yang dilepaskan oleh atom besi bergerak ke pinggir titisan air.

keluli dan keluli nirkarat.EKSPERIMEN 2 : ALOI Tujuan : Untuk membandingkan kadar pengaratan besi. Bahan/peralatan : Paku besi Paku kekuli Paku keluli nirkarat Larutan jeli Larutan kalium heksasianoferat (III) Air Kertas pasir Tabung uji Rak tabung uji 3 .

Perhatikan kepekatan warna biru pada tabung uji tersebut. 3. 4.Kaedah: 1. 5. 2. Kemudian titiskan beberapa titis larutan kalium heksasianoferat (III) ke dalam larutan jeli tersebut (Rajah 1). Gosok setiap jenis paku yang berbeza dengan kertas pasir. 4 . Sediakan 5% larutan jeli dengan cara menambahkan 5 gram jeli ke dalam 100cm3 air mendidih. Letakkan tabung uji tersebut pada rak tabung uji dan biarkan sehingga 5 hari. paku keluli dalam tabung uji B dan paku keluli nirkarat di dalam tabung uji C. 6. Letakkan paku besi dalam tabung uji A. Tuangkan larutan jeli yang panas ke dalam tiga tabung uji tersebut sehingga keseluruhan paku besi tersebut tenggelam. Rekod pemerhatian pada jadual di bawah.

paku perlu digosok dengan kertas pasir untuk membuang lapisan pertama yang mempercepatkan kadar pengkaratan paku. Bagi paku besi komposisinya ialah besi. Ini menunjukkan kadar pengkaratan yang berlaku pada paku besi adalah tinggi dan berlaku dengan cepat. 5 . paku keluli pula komposisinya terdiri daripada besi dan karbon. Paku nirkarat tidak menunjukkan kehadiran warna biru di dalam larutan jeli kerana tiada pengkaratan yang berlaku pada paku nirkarat tersebut. Fungsi kalium heksasianoferat (III) pula ialah untuk menguji kehadiran ion ferum (II) yang dapat ditunjukkan dengan kehadiran warna biru pada larutan jeli. semakin tinggi kadar pengkaratan yang berlaku. Perbezaan keputusan berlaku disebabkan komposisi ketiga-tiga paku tersebut adalah berbeza. tiga jenis paku telah dimasukkan ke dalam larutan jeli yang telah dititiskan dengan larutan kalium heksasianoferat (III). Sebelum dimasukkan ke dalam larutan tersebut. paku yang diperbuat daripada keluli menunjukkan kepekatan warna biru dalam larutan jeli adalah rendah disebabkan kadar pengkaratan berlaku adalah rendah dan berlaku dengan perlahan. paku nirkarat pula diperbuat daripada campuran besi. Paku dimasukkan ke dalam larutan jeli kerana larutan jeli digunakan sebagai medium untuk mengesan kadar pengkaratan. Manakala. Manakala.Keputusan: Tabung uji A B C Kepekatan warna biru Tinggi Rendah Tiada Inferens Pengkaratan berlaku dengan cepat Pengkaratan berlaku dengan perlahan Tiada pengkaratan berlaku Perbincangan : Dalam eksperimen ini. karbon dan kromium. Semakin tinggi kepekatan warna biru dalam larutan jeli. Fe Fe²+ + 2e Paku yang diperbuat daripada besi telah menunjukkan kepekatan warna biru dalam larutan jeli tersebut adalah tinggi.

Langkah berjaga-jaga : 1. 2. Pastikan larutan jeli menutupi keseluruhan paku. Semakin tinggi kepekatan warna biru yang terhasil di dalam larutan jeli. Pastikan lima titisan kalium heksasianoferat (III) dimasukkan ke dalam larutan jeli tersebut. Komposisi paku yang berbeza mempengaruhi kadar pengkaratan. Paku yang telah dicampurkan dengan bahan lain selain besi seperti karbon dapat memperlahankan kadar pengkaratan tetapi tidak menghalang pengkaratan.Berdasarkan pemerhatian. 3. Besi lebih cepat karat berbanding keluli manakala nirkarat tidak mengalami pengkaratan. paku besi lebih cepat karat berbanding keluli dan paku nirkarat tidak berkarat. Kesimpulan : Hipotesis telah diterima. semakin tinggi kadar pengkaratan. 6 . Paku hendaklah digosok dengan betul untuk menghilangkan lapisan pertama paku yang dapat mempercepatkan kadar pengkaratan paku.

Berdasarkan pemerhatian. Keluli: 99% besi dan 1% karbon Keluli nirkarat : 74% besi. 4. 7 . Berdasarkan inferens yang anda buat.Soalan: 1. Namakan komposisi bagi keluli dan keluli nirkarat. bandingkan kadar pengkaratan besi. 3. Apakah hubungan di antara kepekatan warna biru tabung uji dengan kadar pengkaratan? Semakin tinggi kepekatan warna biru dalam tabung uji. besi akan berkarat lebih cepat berbanding keluli. Paku yang diperbuat daripada keluli nirkarat tidak berkarat kerana ia merupakan aloi yang diperbuat daripada campuran besi. Pepejal jeli boleh digunakan untuk memerangkap dan melihat warna biru dengan jelas. semakin tinggi kadar pengkaratan yang berlaku pada paku tersebut. Jelaskan fungsi larutan kalium heksasianoferat (III). keluli dan keluli nirkarat. Fe2+ iaitu kehadiran warna biru dalam larutan jeli. Hal ini kerana penyerapan berlaku paling lambat di dalam pepejal. 8% karbon + nikel dan 18% kromium 5. Fe Fe²+ + 2e 2. karbon dan kromium. Jelaskan bagaimana pepejal jeli boleh digunakan untuk membuktikan hasil eksperimen. Kalium heksasianoferat (III) ditambah ke dalam larutan jeli sebagai penanda untuk melihat kehadiran ion ferum (II). keluli nirkarat tidak berkarat. Kehadiran karbon akan melambatkan kadar pengkaratan tetapi tidak enghalang pengkaratan berlaku. Manakala.

Bagaimanakah susunan atom pada logam yang mempunyai kaitan dengan ketempaan (boleh ditempa) dan kemuluran logam? Ketempaan ialah kebolehan logam untuk membentuk kepada bentuk yang lain. kemuluran ialah satu sifat fizik iaitu kebolehan untuk mengekalkan cangaan plastik tanpa retakan atau patah (dalam logam. Susunan atom dalam logam Susunan atom dalam logam setelah dikenakan tekanan 7. Jelaskan perbezaan di antara ³substitutional alloy´ dan ³interstitial alloy´ Aloi dapat diklasifikasikan sebagai ³subtitutional alloy´ dan ³interstitial alloy´. Manakala. Di dalam ³subtitutional alloy´ komponen terdiri daripada saiz yang sama dan pelbagai jenis atom mudah berganti antara satu sama lain dalam struktur kristal. bergantung kepada cara pembuatannya. bagi ³interstitial alloy´ berlaku apabila atom-atom daripada satu komponen adalah lebih kecil berbanding atom lain dan atom-atom yang kecil akan mengisi ruang di antara atom-atom yang bersaiz besar. contohnya apabila ditarik menjadi dawai). Manakala. maka susunan atom dalam logam tersebut akan berubah. 8 . Apabila logam dikenakan tekanan.6.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah KIMIA Tingkatan 4.Bibliografi Buku Foong. (2010). Bhd.blogspot. Manufacture Substances in Industry. T. (2009). (2001). from Wikipedia Free Encyclopedia: http://en.org/wiki/Alloy Wikipedia.wikipedia. Y. K. Panduan Kimia Amali STPM Edisi Kedua. 2011. Bhd. (2009). Ulangkaji Total Kimia Tingkatan 4 & 5 SPM. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Y.org/wiki/Karat Yen. Retrieved Julai 24.wikipedia. Kau.html 9 . 2011. from Wikipedia Free Encyclopedia: http://id. Retrieved Julai 24. Bhd. S. (1995).com/2011/05/chapter 9-manufacture-substances-in. Karat. Kuala Lumpur: Penerbit fajar bakti Sdn. T. 2011. from E-Learning for SPM: http://e-learningspm. Alloys. (2005). Toon. Retrieved Julai 24. Kuala Lumpur: Percetakan Rina Sdn. Internet Wikipedia.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->