You are on page 1of 3

AYAT PENYERI WAJAH DAN PENGASIH

*Caranya:Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/ suami, bacalah kedua ayat ini. Utk dapatkan kesan yg baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dgn hanya membaca di dalam hati.Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

* Penting! Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dengan tujuan yang tidak baik. *amalkan surah Thaha. Ayat 1-6 baca dan amalkan untuk melembutkan hati. *Bacalah: Ya Rahman Ya Rahim (100 kali) sebagai wirid selesai solat untuk doa pengasih. *Amalan penyeri wajah samada untuk lelaki atau perempuan petuanya adalah seperti berikut pada hari selasa tepat jam 12 tengah malam ambil segelas air mineral atau air masak bekaskan di dalam cawan jangan tutup air itu dan selawat sebanyak 10 kali letakkan di luar rumah cari tempat yang sesuai supaya mudah terkena embun dan ambil air itu setelah lepas solat subuh, baca Bismilah 7 kali dan minum air itu dantinggalkan suku gelas untuk sapu di muka buat tiap-tiap hari selasa, kesan keajiabannya akan dirasai jika diamalkan dalam masa 7 hari amal kan nya selalu sehingga wajah kelihatan berseri seri.

DOA AYAT UNTUK DIRIDUI KEKASEH Sebenarnya ayat di atas adalah gabungan dari sebahagian ayat Surah Al-Baqarah ayat 165 dan Surah AliImran ayat 14 sekali lagi saya tekankan, ianya sebahagian dan ayat yg digabungkan..

Yuhibbunahum kahubillahi wallazina amanuu ashaddu hubbanlillah (Al-Baqarah:165) [Mereka mencintainya (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orangorang yg beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah]

Zuyyinalinnasi hubbushahawati minannisa i walbani na walqanaathiril muqanthorotiminazzahabi walfidhah (Ali-Imran:14) [Dihiasikan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta-benda yang banyak bertimbun-timbin dari emas dan perak]

Ingat bacaan yg jelas hanya dari tulisan jawi shj..mungkin tulisan rumi sy di atas ada kesalahan tajwid..sila rujuk Al-Quran anda.

Amalan: Sebelum baca, niatkan kepada sesiapa shj yg anda ingin dikasihi (suami,isteri,anak2,kawan2,boss atau sesiapa shj) sebutan namanya contoh: Ku niatkan membaca petikan surah Al-Baqarah ayat 165 dan surat Ali-Imran ayat 14 ini supaya suamiku Si polan bin Si polan cinta-kasih-sayang dan rindu pada ku kerana Allah Ta ala. Baca 10 kali selepas solat suboh dan maghrib

Satu lagi peringatan amalan ini perlu diulang2, bukannya sekali buat terus jadi perlu yakin, istiqamah dan insya-Allah anda akan ketemu dgn tujuan murni anda..sekadar berkongsi

Wallahu alam

Doa Pandang Tak Jemu

Bismillahirrahmanirrahim Nur Allah Nur Muhammad

Nur kucinta tiada berubah Cahaya Allah Cahaya Muhammad Cahaya Maryam Siti Fatimah 3x

Doa Penunduk
Amalkan surah al hasyr ayat 21 (lauanzalna) 3 kali setiap sudah solat kemudian berdoa berkat fadhilat ayat tersebut minta lembutkan hati sipolan bin/bte sipolan tu InsyaAllah lembutlah hatinya walau pun sekeras batu gunung ganang.

Firman ALLAH s.w.t Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.( al hasyr 21)

You might also like