You are on page 1of 11

Tajukȱ9 X Peranan Ilmu

Qiraat dalam
Ilmu Tafsir

OBJECTIVES
Di akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan peranan Qiraat Mutawatirah dalam Ilmu Tafsir al-Quran;
2. Mengenal pasti peranan Qiraat Shazzah beserta dalil-dalilnya; dan
3. Menerangkan peranan Waqaf Ibtida’ dalam ilmu al-Qiraat.

X PENGENALAN
Para ulama berpendapat bahawa di antara semulia-mulia ilmu dan setinggi-
tinggi kedudukannya dalam konteks ilmu-ilmu syariah ialah ilmu tafsir. Ini
kerana ilmu tafsir merupakan senjata mukmin dalam memahami dan mendalami
isi kandung al-Quran di mana kitab suci ini merupakan satu-satunya kitab yang
masih kekal keasliannya hingga ke hari ini. Dalam memelihara keasliannya dari
sebarang penyelewengan, Ibnu `Abbas telah menggariskan empat wajah atau
bentuk dalam mentafsir al-Quran iaitu tafsir yang dikenalpasti kegunaannya
oleh orang Arab, tafsir yang tidak memberi kesan sekiranya tidak diketahui
maknanya, tafsir yang diketahui oleh para sarjana Islam dan tafsir yang tidak
diketahui hakikatnya melainkan Allah s.w.t.

Dalam topik ini, perbahasan kita akan tertumpu kepada sekitar perbincangan
berkenaan peranan ilmu al-Qiraat dalam ilmu tafsir al-Quran. Bermula dengan
peranan Qiraat Mutawatirah dan diikuti dengan peranan Qiraat Shazzah.
Beberapa contoh-contoh akan dikemukan sebagai dalil yang bukti terhadap
118 X TAJUK 9 PERANAN ILMU QIRAAT DALAM ILMU TAFSIR

peranan yang dimainkan dalam ilmu tafsir. Di samping itu juga, kita akan
menerangkan juga peranan Waqaf IbtidaÊ dalam ilmu al-Qiraat.

Aktiviti 9.1
Berikan dua contoh peranan Qiraat Mutawatirah dalam ilmu tafsir.
Kemudian bentangkan secara berkumpulan.

9.1 PERANAN QIRAAT MUTAWATIRAH


Secara umum, tafsir dari sudut Bahasa Arab ialah keterangan dan kenyataan.
Manakala dari sudut istilahnya pula ialah suatu ilmu yang membicarakan
perihal al-Quran berdasarkan dalil-dalil terhadap maksud dan tujuan Allah
sekadar yang termampu oleh daya pemikiran manusia. Sesetengah ulama
memberikan pengertian tafsir sebagai merangkumi perkara-perkara yang
berhubung dengan kedudukan kalam Allah s.w.t. yang dimulai dari sudut sanad
atau sandaran lafaz dan pengertian makna yang berhubung dengan sesuatu
hukum. Ini termasuk sebab-sebab diturunkan sesuatu ayat dan masa sesuatu
kejadian itu berlaku. Sesuatu penafsiran yang dapat diterima sebagai hujah oleh
ahli-ahli tafsir mestilah mengandungi sususan ilmu bacaan (al-Qiraat), yang
lengkap, ilmu usul dan ilmu bahasa yang melingkupi nahu, saraf, balaghah,
bayan, badi' dan sebagainya.

Qiraat Mutawatirah merupakan prasyarat utama dalam membolehkan sesutu


bacaan al-Quran diamalkan dan dijadikan hujah di samping dua rukun Qiraat
yang lain iaitu bertepatan dengan Bahasa Arab dan Rasm `Uthmani. Ulama
bersepakat bahawa kepentingan yang dimainkan oleh Qiraat Mutawatirah
dalam ilmu tafsir. Kepelbagaian bentuk bacaan yang sah sanadnya adalah
merupakan satu rahmat kepada umat Islam khususnya dalam bidang
pensyariatan hukum-hakam. Ini kerana kepelbagaian tersebut bukanlah
bermaksud wujud pertentangan makna mahupun pada aspek pentafsiran secara
total, bahkan ianya merupakan pelengkap di antara satu sama lain yang
mempunyai hubung kait.

Dalam perbincangan mengenai peranan Qiraat Mutawatirah dalam ilmu tafsir


ini, kita akan didedahkan dengan beberapa contoh potongan ayat-ayat al-Quran
yang mempunyai kepelbagaian bentuk bacaannya.

Pertama: Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-An`am: 57;


TAJUK 9 PERANAN ILMU QIRAAT DALAM ILMU TAFSIR W 119

Maksudnya: „Katakanlah:
Sesungguhnya aku tetap berada
di atas (kebenaran yang
berdasarkan) bukti-bukti yang
nyata (al-Quran) dari Tuhanku;
W%  ž°O¯ 2È)×…kXT r¯Pˆq C°K% RX=ªKoW rQ"Wà r¯Q7¯ ×#É
sedang kamu mendustakannya.
Tidak ada padaku apa yang kamu Ä 
1 Ö »
À Ù  D
© ¯  ž
à O° ¯ E
| SÉ º
ª ÈØ *W 
Ô #Q %W ti
° =Ã
°
minta disegerakan (dari azab
seksa); hanya Allah jualah yang
ȱ §®°¨ Û
W ¯ ¡
¦ ›Ý
[ Ù  nÈ m× \
\ SX F
É TX 
‰ U
\ Ù  ¨
p
Á cW 
Ž Y
€ ¯
menetapkan hukum; Dia
menerangkan kebenaran dan
Dialah sebaik-baik yang memberi
keputusan‰.

Adapun bacaan Ǫūơ ǎǬȇ sebagaimana ayat di atas, menyatakan bahawa setiap
kebaikan semuanya telah diterangkan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran. Dan
tidak perlu mencari keterangan daripada kitab-kitab lain.

Manakala Qiraat Abu Amru, Ibnu Amir, Hamzah, al-KisaÊi, Ya`qub dan Khalaf
membaca dengan bacaan ǒǬȇ iaitu dengan menggantikan huruf Ǎ kepada
huruf Ǒ. Maka ia membawa maksud: Allah s.w.t. jugalah yang menentukan
kebenaran. Dari segi pentafsiran, maka bacaan ini menerangkan bahawa kesemu
kebaikan adalah ditentukan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran. Maka selain
daripadanya adalah perkara mungkar.

Kedua: Firman Allah s.wt. dalam Surah al-A`raf: 57;


ȱ
Maksudnya: „Dan Dialah (Allah)
yang menghantarkan angin
sebagai pembawa berita gembira | ÚÜØ W n/ “
Õ È Z
\ ›cW mJ­  #
Ä y
¦ m× cÄ t
° Š  SX F
É TX
sebelum kedatangan rahmatnya
(iaitu hujan), hingga apabila angin
itu membawa awan mendung, <YV °2 >\U\y Õ0 VU Vl¯ ³‰/\O ž°O°*X+ØSXq Õs\iWc
Kami halakan ia ke negeri yang
mati (ke daerah yang kering R<ÕBWmØ\U
VÙ XÄ\-Ù °O¯ X=ÙWs5U
VÙ 0®Jk‰% VW° ÈO›R<Ù Ày
kontang), lalu Kami turunkan
hujan dengan awan itu, kemudian
Kami keluarkan dengan air hujan ȱ .. °1šWm\-‰9 ©G#Å C°% ž°O¯
itu berbagai-bagai jenis buah-
buahan.‰.
120 X TAJUK 9 PERANAN ILMU QIRAAT DALAM ILMU TAFSIR

Adapun bacaan ơǂnjƥ sebagaimana ayat di atas, menyatakan bahawa Allah s.w.t.
telah mengutuskan angin sebagai berita gembira iaitu petanda akan turunnya
hujan iaitu kedatangan rahmat Allah.

Terdapat juga bacaan selain bacaan di atas iaitu sebagaimana Qiraat Ibnu Kathir,
Nafi`, Abu Amru dan Ya`qub membacanya dengan ơǂănjǻ iaitu menggantikan
huruf ƣ kepada huruf ǹ. Dari segi pentafsiran, maka bacaan ini menerangkan
bahawa Allah s.w.t. yang membawa awan-awan dilangit.

Ada juga yang membaca dengan bacaan ơǂąnjǻ yang dibaca dalam Qiraat Hamzah
dan al-KisaÊi iaitu dengan membaris mati (sakinah) pada huruf lj. Dari segi
pentafsiran, maka bacaan ini menerangkan bahawa Allah s.w.t. yang
mengutuskan angin sebagai penyebar awan sebelum kedatangan rahmatNya
(hujan).

Ketiga: Firman Allah s.w.t. dalam Surah Yunus: 30;


ȱ
Maksudnya: „Pada masa itu tiap-
tiap diri dapatlah mengetahui (dan
merasai) akan apa yang telah  Tà jw qà TX  0
Õ Ý
[ Qy
Ô U  %‰ ‡
 Ý
Ù 5W #
r Å  SÉ × "V 
\ ° =X F
É
dikerjakan dan mereka
dikembalikan kepada Allah Tuhan
mereka yang sebenar-benarnya
‰% 1ÆMØ@Wà ‰#_ªXT ©F\UÙ ¿2ÀIV×SW%  rQ¯
(yang akan membalas dengan
adilnya) dan (dengan itu) hilang ȱ §¬©¨ |ETÈnW,ÙÝWc SÈ5[
lenyaplah dari mereka apa yang
mereka ada-adakan‰.

Qiraat Hamzah, al-KisaÊi dan Khalaf membaca dengan bacaan ơȂǴƬƫ iaitu dengan
menggantikan huruf kepada huruf. Dari segi pentafsiran, maka bacaan ini
menerangkan bahawa Di sanalah (akhirat) kelak, tempat setiap orang dibacakan
segala amalan yang telah mereka kerjakan.

Kedua-dua Qiraat di atas memberi makna yang hamper sama dan boleh
dihimpunkan dengan membawa maksud pada hari akhirat kelak, setiap orang
akan merasai balasan dan dibaca tentang amalan yang mereka telah kerjakan.
TAJUK 9 PERANAN ILMU QIRAAT DALAM ILMU TAFSIR W 121

ȱ
Aktiviti 9.2
ȱ Berikan dua contoh peranan Qiraat Shazzah dalam ilmu tafsir. Bincangkan
dalam kumpulan.

9.2 PERANAN QIRAAT SHAZZAH


Ulama telah bersepakat menyatakan bahawa selain daripada Qiraat Tujuh dan
Sepuluh adalah merupakan Qiraat Shazzah. Ini kerana ianya tidak memenuhi
salah satu daripada rukun Qiraat yang tiga. Umumnya, Qiraat Shazzah
dikatakan berpunca daripada Mashahif peribadi para Sahabat r.a. yang tidak
dihapuskan setelah Saidina `Uthman mengarahkan pembukuan semula al-Quran
seperti mushaf Ibnu Mas`ud di mana mushafnya telah diriwayatkan oleh
generasi Tabi`in.

Walaupun Qiraat Shazzah tidak boleh dibaca sebagaimana Qiraat Mutawatirah,


tetapi ia juga memainkan peranan penting dalam memberi sumbangan terhadap
ilmu tafsir al-Quran.

Di bawah, beberapa contoh Qiraat Shazzah dan peranannya dalam ilmu tafsir;

Pertama: Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Baqarah: 1-2;


ȱȱ
Maksudnya: „Alif, Laam, Miim.
Kitab al-Quran ini, tidak ada
sebarang syak padanya (tentang ƒ O° kÙ° ƒ _ cØ qX Y
 ½ ›*W 
¦ Ù  
\ ° šlV §ª¨ 2
  
datangnya dari Allah dan tentang
sempurnanya); ia pula menjadi ȱ §«¨ ]Cjª Ž)À-Ú °L s9iÉF
petunjuk bagi orang-orang yang
(hendak) bertakwa‰.

Qiraat Ibnu Muhaysin membaca dengan bacaan Tanwin pada kalimah ƢƆƦȇǁ . Dari
segi pentafsiran, maka bacaan ini menerangkan bahawa inilah kitab yang tidak
didapati keraguan di dalamnya.
122 X TAJUK 9 PERANAN ILMU QIRAAT DALAM ILMU TAFSIR

Kedua: Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Baqarah: 199;

Maksudnya: „Selain dari itu


hendaklah kamu bertolak turun
dari (Arafah) tempat bertolaknya ˆ
à <‰  º
X ÙV U @
À kÙ O
\ Õ %°  S²
C Á kÙ° U 2
ƒ 2É
orang ramai dan beristighfarlah
kamu kepada Allah (dengan
memohon ampun), sesungguhnya ȱ §ª²²¨ ³2k°Oˆq ·qSÁÝ[Î ‹ E¯  ‹ TÄm°ÝÙÓW*ÔyXT
Allah Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani‰.
ȱ
Qiraat Ibnu Jubayr membaca dengan bacaan ȆLJƢǼdzơ iaitu bermaksud lupa. Dari
segi pentafsiran, maka bacaan ini menerangkan bahawa kemudian hendaklah
kamu berolak turun ke Arafah iaitu tempat bertolaknya orang yang lupa (Nabi
Adam a.s. di mana baginda telah lupa dengan pesanan Allah s.w.t. yang
melarangnya daripada menghampiri pokok khuldi).
ȱ
Ketiga: Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-A`raf: 156;
ȱ
Maksudnya: „Dan tetapkanlah
untuk Kami kebaikan dalam
dunia ini dan juga di akhirat,
r¯ÛXT <RX=_\O XkØ5ri ®Pªk›\F r¯Û X=V Ô È*ÓXT
sesungguhnya kami kembali
(bertaubat) kepadaMu. Allah ½ j°™Ê ßr¯[kWà W$V  \ÙkV¯ W5ÕiÉF 5¯ ®QWm¦\)[
berfirman: AzabKu akan Aku
timpakan kepada sesiapa yang
ȱ  Ä ³
Ô ‹
[ #
‰ Å 0
Õ È\ y
¦ TX ³/ª -
\ O
Õ qX TX ÃÄ ‰
[ U C
Õ %W žO° ¯
Aku kehendaki dan rahmatKu
meliputi tiap-tiap sesuatu;‰.

Qiraat Hassan al-Basri membacanya dengan bacaan ƔƢLJƗ iaitu yang bermaksud
jahat. Dari segi pentafsiran, maka bacaan ini menerangkan bahawa
sesungguhnya azabku dikenakan pada orang-orang yang jahat dan rahmatKu
meluasi segala sesuatu. Ini menunjukkan bahawa azab Allah itu sudah tentu
dikenakan kepada mereka yang melakukan kejahatan sahaja.

ȱ
Aktiviti 9.3
ȱ
ȱ Jelaskan takrif waqaf dan nyatakan kepentingannya menurut pandangan
ȱ ulama tajwid.
ȱ
ȱ
TAJUK 9 PERANAN ILMU QIRAAT DALAM ILMU TAFSIR W 123

9.3 PERANAN WAQAF IBTIDA’ DALAM ILMU


AL-QIRAAT
ȱ
9.3.1 Waqaf dan Ibtida’
Perbincangan berkaitan waqaf dan ibtidak adalah antara yang terpenting dalam
bab-bab ilmu tajwid. Bab ini juga ada hubungan dengan ilmu Qiraat Waqaf
memberi kesan yang besar dalam menegakkan makna ayat-ayat al-Quran.
Namun begitu asas ilmu dalam waqaf sama dengan kaedah bahasa arab dalam
mencapai bacaan yang tepat untuk al-Quran.

Pembaca al-Quran tidak mungkin dapat menghabiskan satu surah atau kisah
dalam al-Quran dengan satu nafas sahaja. Justeru mereka hendaklah mengetahui
waktu yang sesuai untuk berhenti dengan mengetahui kaedah yang tertentu
mengikut panduan yang telah digariskan ulamak tajwid.

Kepentingan waqaf dapat dilihat dalam athar dari Ali Ibn Abi Talib ra ketika
beliau menjelaskan makna tartil pada ayat surah muzzamil dengan katanya tartil
ialah memperelokkan sebutan huruf dan mengenali waqaf. Selain itu terdapat
juga athar dari Ibn ÂUmar ra yang menyatakan bahawa sesungguhnya kami telah
hidup sekilas kehidupan. Sesungguhnya setiap orang di kalangan kami telah
dianugerahkan iman sebelum al-Quran. Surah-surah masih diturunkan kepada
nabi saw lalu kamipelajari halal dan haramnya, arahan dan tegahannya. Dan
juga tempat yang patut pada ayat-ayatnya.

Rajah di bawah menunjukkan beberapa tokoh ulama tajwid yang menyatakan


pandangan mereka terhadap peranan waqaf dan ibtidaÊ;
124 X TAJUK 9 PERANAN ILMU QIRAAT DALAM ILMU TAFSIR

Bil. ULAMA TAJWID CATATAN


Beliau memberi ulasan terhadap kata-kata Saidina
Ali ibn Abi Talib r.a. di mana beliau telah
menegaskan bahawa ia menjadi dalil kepada wajib
mempelajari dan mengetahuinya iaitu ilmu berkaitan
1. Imam Ibnu al-Jazari
waqaf dan ibtidaÊ. Seterusnya beliau mentafsir kata-
kata Ibnu Umar r.a. adalah bukti yang jelas bahawa
mempelajari waqaf dan ibtidaÊ adalah ijmaÊ di
kalangan para Sahabat r.a.
Beliau berkata peranan waqaf ialah memperelokkan
bacaan dan penghiasan kepada pembaca,
penyampaian, kefahaman pendengar, kebangaan
orang yang mengetahui. Dan dengannya juga dapat
mengetahui dua makna yang berbeza, dua perkara
2. Imam al-Huzayl
yang bersalahan dan dua hukum yang berbeza.
Seterusnya kepentingan ilmu waqaf ini dapat dilihat
dengan penegasan Abu Hatim yang menyatakan
barangsiapa yang tidak mengetahui waqaf dia tidak
mengenali al-Quran.
Beliau memberi pandangan bahawa kesempurnaan
mengetahui al-Quran ialah mengenali waqaf dan
Imam Ibnu al-
3. ibtidaÊ, justeru seseorang tidak mengenali makna-
Anbari
makna al-Quran kecuali setelah mengetahui tempat
berhenti.

Justeru waqaf ibtidaÊ adalah satu perkara penting dalam pengajian ilmu tajwid.
Sesetengah guru al-Quran tidak akan memberi sanad kepada mereka yang telah
khatam al-Quran melainkan setelah pembaca tersebut telah mengusai dengan
mendalam ilmu berkaitan waqaf dan ibtidak. Dan terdapat sebahagian ulamak
yang telah mengarang kitab-kitab yang hanya membincangkan tentang waqaf
dan ibtidaÊ sahaja seperti Ahmad ibn Abdul Karim al-Ashmuni, Abu Amru al-
Dani dan lain-lain.

9.3.2 Definisi Waqaf dan Pembahagiannya

Waqaf dari sudut bahasa ialah menahan


dan menegah. Dalam istilah ulama QurraÊ
Definisi Waqaf: pula ia adalah memberhentikan suara di
akhir kalimah dalam tempuh bernafas
dengan niat menyambungkan bacaan.
TAJUK 9 PERANAN ILMU QIRAAT DALAM ILMU TAFSIR W 125

Waqaf terbahagi kepada empat bahagian;


i. Waqaf Ikhtibari
Pembahagian Waqaf: ii. Waqaf Idtirari
iii. Waqaf Intizari
iv. Waqaf Ikhtiyari

Penjelasannya seperti di bawah ini;

1. Waqaf Ikhtibari

DEFINISI CONTOH HUKUM


Waqaf Waqaf jenis ini ialah Hukum waqaf jenis ini adalah
ikhtibari untuk menguji adakah harus dengan syarat ia memulakan
bermaksud pembaca mengetahui bacaan di tempat ia waqaf. Dan
berhenti pada huruf ÂtaÊ di akhir seterusnya menyambung bacaan
sesuatu kalimah itu adakah ÂtaÊ dengan selepasnya jika sekiranya
kalimah bagi maftuhah atau ÂtaÊ makna ayat tersebut mengizinkan.
tujuan menguji marbutah Jika tidak ia hendaklah memulakan
bacaan sebelum kalimah yang
diberhentikan mengikut kesesuian
makna.

2. Waqaf Idtirari

DEFINISI CONTOH HUKUM


Waqaf idtirari Contoh yang Hukum waqaf kategori ini ialah
berlaku kepada menyebabkan harus memeberhentikan bacaan
pembaca dengan memberhentikan pada mana-mana kalimah.
sebab-sebab bacaan secara Kemudian hendaklah ia
darurat yang tergesa-gesa ialah memulakan bacaaan pada
memestikannya bersin ketika kalimah tersebut jika maknanya
memberhentikan membaca al-Quran, baik dan jika tidak sempurna
bacaan pada menguap, batuk, makna maka hendaklah
mana-mana kehabisan nafas dan memulakan mana-mana kalimah
kalimah walaupun lain-lain. yang sesuai makna ayat.
tidak makna ayat
tersebut tidak
sempurna
126 X TAJUK 9 PERANAN ILMU QIRAAT DALAM ILMU TAFSIR

3. Waqaf Intizari

DEFINISI CONTOH HUKUM


Pembaca akan Hukum waqaf jenis ini adalah
mengulang-ngulang harus dengan syarat ia waqafkan
Waqaf intizari ayat mengikut bacaan pada kalimah yang sesuai
ialah waqaf pada riwayat-riwayat yang maknanya. Dan seterusnya
sesuatu kalimah terdapat khilaf bacaan menyambung bacaan jika
dengan tujuan samada dari sudut sekiranya makna ayat tersebut
untuk Usul atau Farsy. mengizinkan. Jika tidak ia
mengahbiskan Jelasnya, waqaf hendaklah memulakan bacaan
khilaf qiraat intizari adalah untuk sebelum kalimah yang
membaca al-Quran diberhentikan mengikut kesesuian
secara berqiraat makna.
ȱ
4. Waqaf Ikhtiyari

DEFINISI PEMBAHAGIAN HUKUM


Waqaf ikhtiyari Waqaf Ikhtiyari
ialah kehendak terbahagi kepada empat Setiap bahagian dalam waqaf
pembaca bahagian; ikhtiyari mempunyai hokum
memberhentikan i. Waqaf Tam yang tersendiri. Walaupun
bacaan dengan begitu kesemua bahagianya
ii. Waqaf Kafi
pilihannya tanpa harus berhenti kecuali waqah
dipengaruhi iii. Waqaf Hasan qabih. Jika dengan sengaja
sebab-sebab yang iv. Waqaf Qabih berhenti pada waqaf qabih ia
terdapat dalam merosakkan makna dan
waqaf ikhtibari hukumnya adalah haram.
atau idtirari
ȱ
Pertama: Waqaf Tam
Syeikh Mahmud Khalil al-Husari memberi takrif berhubung waqaf tam dengan
katanya waqaf tam ialahwaqaf pada kalimah yang sempurna maknanya dan
tidak ada hubungan dengan selepasnya samada dari sudut lafaz atau makna.

Hukum waqaf tam adalah baik dan memulakan bacaan dengan ayat selepasnya
juga dikira baik.
TAJUK 9 PERANAN ILMU QIRAAT DALAM ILMU TAFSIR W 127

Kedua: Waqaf Kafi


Syeikh Mahmud Khalil al-Husari menyatakan waqaf Kafi ialah waqaf kalimah
yang sempurna makna, tetapi ada hubungan dengan selepasnya dari sudut
makna dan tidak adahubungan dari sudut lafaz.

Hukum waqaf kafi adalah baik untuk waqaf pada kalimhanya dan diizinkan
memulakan bacaan dengan selepasnya seperti waqaf tam. Syeikh Mahmud
Khalil al-Husari menyatakan bahawa waqaf pada kalimah kafi sebegini adalah
lebih awla atau afdal dari menyambungkan bacaan.

Ketiga: Waqaf Hasan


Syeikh Mahmud Kahlilal-Husari telah memberi takrif berhubung waqaf hasan
dengan menyatakan waqaf hasan ialah waqaf pada kalamyang sempurna makna
tetap ada hubungan dengan selepasnya dari sudut lafaz dan makna. Perlu
diingat bahawa hubungan dari sudut lafaz adalah melazimkan ada hubungan
dari sudut makna tetapi jika sekiranya ada hubungan makna tidak semestinya
ada hubungan dari sudut lafaz. Hubungan dari sudut lafaz ialah dari sudut
tatabahsa arab seperti sifat, hal, maÊtuf ÂAlaih, muthtasna minh dan sebagainya.

Hukum waqaf hasan dalam kategori ini mengikut pandangan yang sahih dan
masyhur di kalangan ulamak ialah sunnah dan baik untuk waqaf. Dan begitu
juga ibtidak dengan kalimah selepasnya samada terdapat hubungan lafaz atau
sebaliknya.

Keempat: Waqaf Qabih


Syeikh Mahmud Khalil al-Husari telah memberi makna waqaf qabih waqaf pada
lafaz yang mana pendengar tidak faham maknanya dan tidak ada faedah
berhenti pada kalimah tersebut kerana hubungan yang kuat dari sudut makna
dan lafaz dengan kalimah selepasnya.

Hukum waqaf qabih adalah dilarang kerana berlaku perubahan pada ayat al-
Quran daripada makna yang sahih kepada makna yang salah.
ȱ
ȱ
ȱ Semak Kendiri 9
ȱ
ȱ (a) Terangkan secara ringkas sejarah sanad dalam ilmu al-Qiraat;
ȱ (b) Huraikan cara penerimaan sanad beserta contohnya;
ȱ (c) Apakah kaitan di antara Qiraat Sepuluh Kecil dan Besar.

You might also like