You are on page 1of 32

PENGUMPULAN AL-QURAN

Disediakan oleh: Asslina binti Ab. Aziz Nur Rabiatul Husna binti Ismail Afifa Rawida binti Ideris

SEJARAH PENGUMPULAN DAN PEMBUKUAN AL-QURAN


Zaman rasulullah Zaman sahabat Zaman tabiin Zaman tabi tabiin

pengenalan
Pengumpulan dan pembukuan Al-Quran sinonim dengan frasa arab iaitu jam ul AlQuran. Jam ul quran bermaksud mengumpul Quran. Ia memberi 2 pengertian: #menghafaz #penulisan

Zaman rasulullah
Berlaku dlm byk cara: i. Pengumpulan di dlm dada (menghafaz)  Disebabkan Rasulullah adalah seorang yang umi, maka baginda berpegang teguh kpd kekuatan ingatan dgn menghafaz stp wahyu yg diturunkan kpdnya.baginda sgt istiqamah dlm penghafalan ayat al-quran sehinggakan stp mlm baginda diisi dgn bacaan ayat alquran

Stp kali wahyu diturunkan, baginda akan terus menghafaz dan stp se thn se kali malaikat jibril akan bertadarus dan menyemak bacaannya. Baginda juga akan mengajarkan dan menyampaikan wahyu kpd sahabat2 baginda secara tartil dan menjelaskan rahsia ayat yg diterima itu supaya dpt difahami serta jelas maksudnya yg dikehendaki. Para sahabat sgt mengambil berat akan alquran dan mereka akna terus menghafaz stp kali baginda mengajarkannya.

Sejurus itu, mereka akan mengajarnya pula kpd isteri2 dan anak2 mereka. Antara sahabat yg menghafaz ialah keempatempat khalifah al-rasyidin, saad, muaz bin jabal, ibnu mas ud, aisyah, ummu salmah dan ramai lagi.

Kesimpulannya, pd zaman rasulullah pengumpulan al-quran hanyalah tertumpu kpd pengumpulan di dlm hati iaitu dgn cara menghafaz. Hal ini krn keadaan pada ketika itu d mana rasulullah merupakan seorang yg ummi dan umat islam majoriti adalah ummi Ditambah pula peralatan untuk menulis tidak mudah diperolehi.  oleh itu, pada zaman ini, pengumpulan alquran lebih bergantung kpd penghafalan alquran.

2. Pengumpulan Al-quran dalam tulisan


Zaman Rasulullah bukan sahaja memelihara Al-Quran didalam dada bahkan baginda turut memberi penekanan dalam aspek tulisan untuk merakam wahyu-wahyu yang diturunkan. Jelasnya penulisan itu ditulis dalam kadar yang diizinkan oleh Rasulullah. Pada kebiasaanya para kittabu akan menulis wahyu tersebut diatas pelepah, tamar, kulit binatang, ketulan batu dan lain-lain.

Antara para kittabu yang dipilih oleh Rasulullah untuk menulis wahyu ialah empat orang khulafa ar Antara para kittabu yang dipilih oleh Rasulullah untuk menulis wahyu ialah empat orang khalifah dari khulafa arrasyidin,Mua wiyah bin Abi Sufian,Abi bin Ka ab,Khalid bin Alwalid,Zaid bin Thabit dan lain-lain.

Penyusunan ayat dan surah secara tauqifi.


Semua ayat disusn secara tauqifi iaitu mengikut petunjuk dan arahan yang diberikan oleh Rasullah. Contohnya susunan ayat dalam surah dan perltakkan perkataan basmalah disetiap permulaan surah adalh atas petunjuk yang diberi Rasulullah. Oleh itu telah thabit riwayah yang menyatakan Baginda membaca beberapa surah di dalam solat dan ketika khutbah jumaat mengikut susunan yang telah ditetapkan.

Ia menunjukkan bahawa perkara tertib atau susunan ayat-ayat dalam Al-Quran adalah mengikut petunjuk dan arahan daripada Rasulullah. Bagi penyusunan surah pula disusun secara tauqifi sebagaimana penyusunan ayat alQuran secara tauqifi. Pendapat menyatakan penyusunan surah secara tauqifi merupakan pendapat yang rajih berbanding pendapat lain berdasarkan itihad para sahabat.

Pada zaman rasulullah tidak dikumpul dalam satu mushaf kerana: 1. Al quran diturunkqn secara beransur-ansur dan beperingkat dengan erti kata lain Nabi pada ketika itu lagi menerima wahyu. 2. Susunan ayat dan surah tidak mengikut sususnan penurunan. 3. Semasa hayat Rasulullah terdapat juga beberapa ayat yang dimansukhkan dengan turunnya ayat lain yang memansukhkannya.

4. Para hafiz dan penulis yang terlalu ramai berada di merata tempat menyebabkan tulisan al quran berselerak Kesimpulannya, pada zaman Rasulullah, AlQuran dikumpul dengan cara menghafaz di dlm dada masing2.

Perkembangan Di Zaman Sahabat


Setelah kewafatan nabi, Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah Ketika itu muncul golongan yang enggan membayar zakat, golongan murtad, dan ada juga yang mengaku dirinya sbg nabi. Saidina Abu Bakar telah menghantar tentera utk memerangi mereka habis-habisan orang-orang murtad yang dipimpin oleh Musailamah al-Kadzdzab (yang mengaku dirinya Nabi), maka terjadilah peperangan Yamamah pada tahun 12 hijrah

Kesan drp peperangan tersebut, ramai drp tentera muslimin yg kebanyakannya para hafiz telah gugur syahid di medan perang Kira-kira 70 orang sahabat yang menghafaz alquran telah gugur syahid Peristiwa yang tragis itu membuat Umar bin Khattab menjadi gundah gelisah karena kekhawatirannya terhadap gugurnya para sahabat yang hafal Al-Quran. Umar juga merasa bimbang kalau-kalau terjadi pula peperangan ditempat lain yang lebih dahsyat dan akan mengorbankan lebih banyak lagi para pengahafal Al-Quran, sehingga Al-Quran akan hilang dan musnah begitu saja.

Beliau datang menemui khalifah Abu Bakar dan mengajukan usulan supaya segera dilaksanakan pengumpulan Al-Quran dalam bentuk pembukuan agar ia tetap terpelihara dan terjamin sepanjang masa. Abu Bakar merasa ragu untuk menerima cadangan ini kerana pekerjaan ini yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi Saw. atas pandangan yang diberikan Umar akhirnya terbukalah hati kahlifah Abu Bakar menerima usulan yang baik itu

Lalu ia memutuskan bahwa pekerjaan itu diserahkannya kepada Zaid bin Tsabit untuk melaksanakannya, mengingat kedudukannya sebagai pendamping setia Rasulullah, juru tulis wahyu yang ternama, berakal cerdas dan sentiasa mengikuti pembacaan Al-Quran dari Rasululllah Zaid bin Tsabit merasa ragu dan menolak melaksanakan tugas berat itu, khawatir kalaukalau terjerumus ke dalam perbuatan yang menyimpang dari ajaran Al-Quran dan sunnah Rasul-Nya

Setelah diberi dorongan dan semangat oleh para sahabat besar lainnya, terbukalah pintu hatinya untuk menerima tugas yang suci itu Zaid bin Tsabit memulai tugas yang berat ini dengan bersandar pada hafalan yang ada dalam hati para huffaz (penghafal Al-Quran) dan menelusuri catatan ayat-ayat yang ada pada para penulis lainnya, di samping mengkompromikan antara hafalan dan catatannya sendiri Zaid juga mengumpul drp kepingan2 pelepah tamar dan ketulan2 batu sehingga menjumpai pengakhiran surah at-taubah yg hanya diperolehi dr simpanan Abu Khuzaimah Al-Ansari

Dengan sangat teliti, akhirnya Zaid berhasil menghimpun catatan-catatan yang berserakan itu ke dalam satu naskah yang kemudian disebut dengan Mushaf Al-Quran Zaid menyerahkan mushaf itu kepada khalifah Abu Bakar Setelah ia wafat pada tahun 13 hijrah, mushaf AlQuran yang satu itu selanjutnya dipegang oleh khalifah Umar bin Khattab, dan sepeninggal khalifah Umar mushaf Al-Quran itu disimpan di rumah salah seorang putrinya yang bernama Siti Hafsah r.a, isteri Nabi Muhammad Saw.

Penggandaan Al-Quran pada masa Uthman


Semasa pemerintahan khalifah Umar, empayar islam telah dapat diluaskan hgga mewujudkan suatu kawasan yg amat besar Oleh itu, telah mengakibatkan ketidakseragaman cara bacaan al-quran Cth: penduduk syam telah membaca al-quran mengikut bacaan Ubay bin Ka ab r.a, penduduk Kaufah dibimbing oleh Abdullah bn Mas ud r.a, dan sebagian penduduk yang lain belajar AlQuran kepada Abu Musa al- Asy ary r.a.

akhirnya pada suatu pertemuan atau di suatu medan peperangan antara pasukan Syam bersama pasukan Iraq berperang membela dakwah agama Islam di Armenia dan Adzerbeidzan, Huzaifah bin al-Yaman datang menghadap khalifah Uthman mengutarakan kebimbangannya tentang perbezaan bacaan AlQuran yang semakin menajam dan hampirhampir menimbulkan pertengkaran Lantas, saidina Uthman telah mengarah beberapa shbt untuk menyalin al-quran semula menjadi beberapa naskah dgn mewujudkan jawatankuasa penulisan al-quran

Jawtankuasa tersebut terdiri drp Zaid bin Tsabit, Abdullah bin Zubeir, Said bin al- Ash, dan Abdurrahman bin Harits Mereka bekerjasama menyempurnakan bacaan Al-Quran yang tertulis dalam mushaf Abu Bakar serta menyalinnya menjadi beberapa naskah Mereka membukukan dgn menggunakan 1 huruf drp ketujuh2 huruf. Hasilnya, mereka berjaya menyatukan bentuk bacaan umat islam dgn penulisan baru itu.

Demikian itu, mashaf Uthman telah dpt dijadikan rujukan tanpa perlu bergantung kpd bacaan mereka sendiri. Beliau telah menyalin kpd beberapa lg dan kemudiannya telah menghantar al-quran ke seluruh negara islam spt dikirim ke Kaufah, Basyrah dan Syam Mashaf aslinya telah ditinggalkan di madinah utk simpanan khalifah Uthman Setelh penulisan mashaf selesai, khalifah usman telah memerintahkan semua lembaran yg telah ditulis sblm ini dibakar. Maka keaslian al-quran terjaga hingga saat ini

Syarat-syarat penulisan mashaf uthmani


Menulis al-Quran menurut bacaan para hafiz. Apabila berlaku perbezaan pendapat dan bacaan antara tiga orang ahli komuniti dari kaum quraish dan zaid dari kaum ansar madinah mereka mesti menulis mengikut percakapan kaum quraish kerana al-Quran diturunkan dalam hijrah quraish. Semua al-Quran yang diturunkan oleh Rasulullah secara mutawatir dan tidak dimansukh akan ditulis semula.

Qiraat ditulis dengan menggunakan titik. Dikekalkan tujuh jenis bacaan.

Faedah pembukuan mashaf uthmani


Zaman Utsman bin Afan telah memberikan faedah kepada umat islam,antaranya: Dapat menyatukan umat islam tentang bacaan dan tulisan al-Quran dalm satu mashaf selaras dan seragam dalam segi ejaan dan bacaan. Menyatukan bacaan. Walaupun terdapat perbezaan bacaan hingga sekarang namun tidak bercanggah dengan ejaan mashaf uthmani.

Mana-mana bacaan yang tidak sesuai dengan ejaaan mashaf uthmani tidak boleh digunakan lagi. Menyatukan susunan menurut tertib seperti yang kita dapati sekarang.

Perkembangan zaman tabi in


Semasa zaman bani umayyah,mereka menggunakan nasakh yang telah dihantar oleh saidina uthman yang kemudiannya tlah disalin dan perbanyakkan. Ketika itu bertambahnya umat islam daripada kalangan bukan arab menyebabkan ismilasai bahasa berlaku dan ini memberi kesan kepada bahasa arab asli.

Kebanyakkan orang bukan arab sukar membezakan ayat al-Quran dan huruf-hurufnya yang tidak mempunyai baris dan titik. Oleh itu ia menjejaskan sebutan al-Quran dan mengubah kalimah al-Quran yang asli.

Oleh itu,khalifah pada zaman itu mengmbil beberapa langkah antaranya:


 Pertama: melatakkan tanda-tanda baris seperti sukun, mad, sabdu dan lain-lain. Ia telah dilaksanakan oleh aswad adawa li dan diteruskan oleh ulama yang terkemudiannya dengan membuat penambahan terhadap tanda-tanda tersebut.  Kedua meletakkan tanda titik bagi huruf seperti, , , , ia dilaksanakan oleh nasir bin asim dan yahya bin ya mar. pada zaman klalifah abdul muluk bin marwan.

Perkembangan zaman tabi tabi in


Proses pernambah baikkan telah diteruskan pada zaman abbasiyah. Dilaksanakan oleh al khalil bin ahmad al basri. Ia telah membuat beberapa ubah suai terhadap tanda-tanda yang telah dibuat oleh al aswad adaula dan tanda-tanda inilah yang kita gunakan sekarang.

Perkembangan mashaf al-Quran maju setapak lagi dengan terhasilanya mashaf yang dibuat tanda waqaf dan ynag lainnya pada mulanya ia ditulis tangan dengan tulisan khat khufi,selepas itu tulisan khat raihan. Selepas itu mashaf alQuran ditulis dalam tulisan thulus kemudian nasakh dan pertama kali dicetak di jerman. Ia diulang cetak dan disebarkan di tempat lain dan digunakan sehingga kini.

You might also like