You are on page 1of 29

SAMPLE

OPEN UNIVERSITY UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA

ASSIGNMENT
Course PROFESSIONAL ETHICS SBSC3103
Name MUHAMMAD HILMI BIN SALEH Matric No 791104025581001 NRIC No 791104-02-5581 Telephone No 019-9216221
Tutor Name

Title

EN. MAZLAN BIN MOHD ARIF


Kolej Informasi Multimedia, Mentakab

SEMESTER / YEAR OCTOBER 2003 AN NORRIHAN BINTI SULAN


OCTBER 2003

PENGENALAN

Etika didefinisikan sebagai prinsip kelakuan individu-individu yang boleh diterima dari segi akhlak. Ia bertanggungjawab menentukan tindakan seseorang itu samada baik atau buruk. Etika dalam erti kata lain mematuhi nilai-nilai moral. Etika juga adalah falsafah tingkahlaku manusia dilihat dari aspek lahiriah dan batiniah. Untuk kefahaman yang lebih jelas tentang etika, ia harus dibezakan dengan moral. Etika adalah ajaran, kumpulan peraturan dan ketetapan, lisan atau bertulis tentang bagaimana manusia harus hidup dan bertindak agar ia menjadi manusia yang baik. Amnya etika ini wujud adalah untuk menjadi pengawal kepada tingkah laku seseorang individu dalam menjalankan urusan hidup mereka seharian. Etika dapat dirumuskan sebagai disiplin dan peraturan yang menentukan samada perbuatan itu baik atau buruk.

1. PERANAN

UNDANG-UNDANG

SEBAGAI

PANDUAN

DALAM

MEMBUAT KEPUTUSAN

Sudah menjadi lumrah kebiasaan kepada kakitangan atau pegawai-pegawai samada pegawai kerajaan atau swasta selalu menghadapi dilema dalam membuat suatu keputusan bagi memenuhi tuntutan masyarakat sebagai pelanggan kepada sesuatu perkhidmatan yang diberikan. Keputusan yang bakal

dibuat

atau

dilaksanakan

semestinya tidak bertentangan dengan etika

profesional yang diamalkan oleh jabatan-jabatan atau syarikat-syarikat di mana seseorang pegawai itu bekerja. Tingkah laku yang bertentangan dengan nilai moral akan hanya

mendedahkan seseorang pegawai professional kepada risiko-risiko tertentu yang akan mengakibatkan pegawai tersebut menghadapi masalah dalam kerjaya dan juga memberi impak kepada majikan. Oleh itu dalam membendung atau berdepan dengan dilemma etika dalam pengurusan dan membuat keputusan, peranan undang-undang sangat perlu sebagai satu alternative dan panduan dalam melaksanakan satu-satu tindakan atau keputusan. Ini bertujuan supaya satu-satu keputusan atau tindakan yang dibuat akan memberi kepuasan kepada kedua-dua pihak, samada masyarakat (pelanggan) dan jabatan-jabatan atau syarikat-syarikat sebagai pemberi perkhidmatan. Di sini akan dikemukakan beberapa contoh masalah bagaimana undang-undang dapat mengawal atau menjadi panduan dalam membuat satu ketetapan atau keputusan.

1.1 Peranan dan tanggungjawab jurubank terhadap pelanggan

Jurubank adalah nadi penggerak kepada sesebuah institusi perbankan di mana-mana di dunia. Oleh itu jurubank sepatutnya menjaga tatasusila dan tingkah laku apabila berurusan dengan pelanggan. Dalam soal berurusan

dengan pelanggan, jurubank tidak boleh sewenang-wenangnya menamatkan sesuatu urusan seperti menamatkan akaun yang tidak aktif kecuali diminta secara bertulis oleh pelanggan atau jurubank terlebih dahulu memberikan notis yang munasabah kepada pelanggan. Pada kebiasaannya akaun bank yang ditamatkan oleh bank adalah akaun pelanggan yang tidak dikendalikan dengan memuaskan. Namun begitu penutupan ini akan dilakukan sebagai usaha terakhir dan selepas notis yang munasabah dikeluarkan oleh pihak bank. Selain itu jurubank juga mempunyai tanggungjawab merahsiakan maklumat pelanggannya dan tidak boleh mendedahkannya kepada umum tanpa

kebenaran. Ini meliputi sebarang kenyatan yang diperolehi dari sumber-sumber lain selain akaun pelanggan itu sendiri. Walau bagaimanapun, kerahsiaan ini adalah bukan mutlak, dan ia boleh dikecualikan dalam keadaan-keadaan berikut :-

a. Apabila pendedahan dikehendaki oleh undang-undang seperti suatu bukti yang perlu dikemukakan dalam mahkamah. b. Apabila pendedahan diperlukan untuk kepentingan bank sendiri. Keadaan ini wujud apabila bank mendakwa seorang pelanggan untuk mendapatkan semula pinjaman atau hutangnya ataupun apabila bank didakwa dan terpaksa mendedahkan maklumat pelanggannya sebagai tindakan membela diri.

c. Apabila pelanggan sendiri memeberi kebenaran dan persetujuan samada secara nyata atau tersirat. Kenyataan biasanya secara bertulis dan ditandatangani oleh pelanggan. Kebenaran tersirat pula dianggap diperolehi daripada pelanggan, apabila pelanggan bersetuju dengan semua amalan perbankan. d. Apabila pendedahan diperlukan bagi kepentinagn umum seperti pada masa darurat atau peperangan dan pelanggan pula diketahui sebagai seorang yang bersubahat dengan pihak musuh. Dalam keadaan ini, pihak bank dibenarkan mendedahkan maklumat pelanggannya demi menjaga kepentingan dan keselamatan orang ramai.

1.2 Peranan kod etika perguruan terhadap pelanggan Sejak tiga abad yang lalu, profesion perguruan telah mengalami

perkembangan yang pesat dalam usaha mencapai status seperti yang dapat dilihat pada hari ini. Kehendak umum atau masyarakat untuk melahirkan sesuatu masyarakat pintar telah mewujudkan tekanan yang tertentu terhadap profesion perguruan. Kod etika perguruan telah membantu meningkatkan imej perguruan. Melalui kod etika ini, ianya berperanan sebagai panduan dalam membuat keputusan.

1.2.1 Kewajipan berjaga-jaga semasa pelajar membantu menjalankan urusan guru. Kadangkala guru akan meminta pelajar membantu beliau dalam menjalankan urusan seperti menghantar buku latihan ke bilik

guru atau membeli makanan dari kantin. Sesetengah ibu bapa mungkin membantah tindakan tersebut dengan mengatakan anak mereka dihantar ke sekolah untuk belajar bukan untuk membantu guru menjalankan urusan guru. Walaubagaimanapin, pihak mahkamah mempunyai pandangan bersimpati terhadap aspek ini. Sebagai contohnya, dalam kes Smith lawan Martin dan Kingston-upon- Hull Corp. Yang Arif Hakim Farwell telah memutuskan bahawa Akta Pendidikan di England bertujuan menyediakan pendidikan dalam skop yang luas. Pendidikan harus merangkumi aspek memupuk nilai murni seperti tingkah laku yang baik, bersopan santun dan mematuhi peraturan sekolah. Tabiat ini boleh diajar melalui rahan yang diberikan oleh guru dalam keadaan tertentu. Namun arahan tersebut mesti munasabah dan sesuai dengan situasi pada masa itu. Oleh itu, arahan guru tidak terhad semata-mata kepada aktiviti mengajar pelajar di bilik darjah sahaja. Antara arahan lain guru adalah seperti mengambil buku di bilik guru, membuka pintu, atau menolong memanggil guru. Kemungkinan ada di kalangan ibu bapa menganggap arahan sedemikian akan hanya mendatangkan manfaat pada guru berkenaan sahaja. Namun pendapat sebegitu kurang tepat. Terdapat juga pendapat mengatakan proses pendidikan bertujuan mendidik pelajar supaya saling bantu-membantu dan bukan hanya memikirkan kepentingan diri sahaja, malah peluang kelua dari kelas untuk melaksanakan arahan guru boleh

dianggap sebagai satu car baik untuk melatih pelajar patuh kepada arahan yang sesuai. Tindakan mengarahkan pelajar untuk melakukan sesuatu tugas untuk guru selain tugas sekolah mempunyai beberapa kelemahan tertentu. Seseorang guru boleh didapati bersalah jika menggunakan autoritinya bagi menjalankan urusan peribadinya. Contohnya, pelajar diminta keluar kawasan sekolah untuk membeli makanan tetapi ditimpa kemalangan.

1.3 Penglibatan seorang guru siswazah dalam parti politik 2.3.1. Persoalan kes :Encik Zul, seorang guru siswazah, Gred DG41, yang memegang jawatan guru penolong di Sekolah Menengah Bera, Bandar 32 Bera, Pahang, telah menyertai sebuah parti politik semenjak sebelas tahun yang lalu. Beliau menganggotai parti berkenaan dengan menjadi ahli cawangan parti tersebut di tempat kelahirannya iaitu di Jerantut, Pahang. Beliau kembali ke kampungnya sekali sebulan bagi tujuan melaksanakan tugas-tugas politiknya. Sebagai mengenangkan jasa-jasa beliau, baru-baru ini beliau telah ficalonkan oleh Bahagiannya untuk satu kerusi dalam Majlis Tertinggi Parti yang akan mengadakan pilihanraya untuk memilih ahli-ahli majlis yang baru, dua bulan dari sekarang. Calon-calon lawan dari Kuala Lumpur setelah mendapat maklumat tentang pencalonan Encik Zul itu, telah membuat pengaduan kepada Jawatankuasa Disiplin Parti dengan mendakawa bahawa beliau selaku guru penolong DG41

tidak layak masuk bertanding. Sebaik sahaja Jawatankuasa tersebut selesai membuat penyiasatannya ke atas dakwaan itu dan mendapati ianya adalah sahih, jawatankuasa itu telah mengemukakan laporan kepada Pengarah Pendidikan Kuala Lumpur. Setelah dikaji dan disiasat aduan tersebut, Pengarah berkenaan telah mengemukakan hasil penyiasatannya itu kepada Pengerusi Lembaga Tatatertib Kementerian. Pengerusi berkenaan, setelah mengkaji dan mempertimbangkan kertas yang disediakan oleh Urusetia Lembaga Tatatertib berkenaan, telah menentukan dan memutuskan bahawa jelas pelanggaran tatatertib telah dilakukan oleh Encik Zul. Bagaimana pertuduhan boleh dihadapkan kepada Encik Zul dan mengapa beliau boleh dikenakan tuduhan tersebut.

2.3.2 Fakta-fakta kes a. Encik Zul ialah seorang guru siswazah di atas tangga gaji DG41. b. Menjadi ahli parti politik berkenaan selama sebelas tahun. c. Melaksanakan tugas-tugas politik di kampung sekali sebulan. d. Menjadi Ahli Jawatankuasa Peringkat Bahagian sudah dua penggal. e. Dicalonkan oleh Bahagian untuk bertanding dalam Majlis Tertinggi. f. Calon-calon lawan membuat aduan kepada Jawatankuasa Disiplin Parti. g. Jawatankuasa Disiplin Parti mengesahkan pencalonannya itu dan telah melaporkan hal tersebut kepada Ketua Jabatannya.

h. Hasil siasatan Ketua Jabatan yang mengesahkan perbuatan dan status jawatan Encik Zul itu dikemukakan kepada Pengerusi Lembaga Tataertib Kementerian Pendidikan. i. Urusetia Lembaga Tatatertib menyediakan kertas untuk ditimbangkan oleh pengerusi. j. Pengerusi memutuskan telah wujud kes prima-facie dan boleh dikenakan tindakan tatatertib ke atas Encik Zul. k. Persoalannya ialah apakah pertuduhan berkenaan dan bagaimana tercapainya keputusan Pengerusi tersebut.

2.3.3 Keputusan kepada kes berkenaan Dari segi status jawatan dalam perkhidmatan pendidikan ataupun dalam perkhidmatan awam sekali pun, guru siswazah adalah Pegawai Kumpulan A, seperti Encik Zul. Sebagai Pegawai Kumpulan A, beliau adalah dilarang mengambil bahagian aktif dalam aktiviti politik seperti yang termaktub dalam Peraturan 21 Perintah Am Bab D Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan ;-

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subperaturan (3) Seseorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan Profesional adalah dilarang mengambil bahagian yang aktif dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti, khususnya dan beliau tidak boleh :-

a. Membuat apa-apa pernyataan awam, samada secara lisan atau bertulis, yang memberikan suatu pandangan yang berat sebelah atas apa-apa perkara yang menjadi isu di antara parti-parti politik ; b. Menerbit atau mengelilingi buku, makalah atau risalah yang

mengemukakan pandangannya yang berat sebelah atau pandangan orang lain, atas apa-apa perkara yang berkaitan dengan mana-mana parti politik ; c. Terlibat dalam merayu undi bagi menyokong mana-mana calon pada suatu pilihanraya umum, pilihanraya kecil, ataupun apa-apa pilihanraya untuk apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik ; d. Bertindak sebagai ejen pilihanraya atau ejen tempat mengundi atau atas apa-apa sifat untuk atau bagi pihak seseorang calon dalam sesuatu pilihanraya bagi Dewan Rakyat atau bagi mana-mana Dewan Undangan Negeri ; e. Masuk bertanding untuk apa-apa jawatan dalam mana-mana parti atau ; f. Memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik.

(2) Walau apa pun peruntukan subperaturan (1), seseorang pegawai yang dibenarkan bercuti sehingga ke tarikh persaraannya bagi maksud menghabiskan cutinya yang terkumpul boleh mengambil bahagian dalam politik dengan syarat bahawa :-

a. beliau terlebih dahulu telah mendapatkan kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha Kementerian yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan ; b. dengan penglibatan yang sedemikian dia tidak melanggar peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972.

(3) Sesuatu permohonan bagi mendapatkan kelulusan di bawah perenggan (2)a. hendaklah dibuat sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh pegawai itu dibenarkan bercuti sebelum persaraan.

(4) Tiada apa-apa jua peraturan ini boleh menghalang seseorang pegawai daripada menjadi anggota biasa mana-mana parti politik.

(5) Seseorang pegawai yang telah diterima menjadi anggota biasa mana-mana parti politik hendaklah memberitahu fakta ini kepada Ketua Jabatannya.

Sungguhpun peraturan-peraturan di atas jelas melarang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional seperti Encik Zul, beliau masih menjadi Ahli Jawatankuasa dan berhajat pula hendak menjadi Ahli Majlis Tertinggi Parti. Dengan ini jelas terbukti bahawa beliau telah melanggar peraturan-peraturan di atas dan dalam keadaan yang sedemikian boleh diertikan sebagai tidak bertanggungjawab dan ingkar perintah iaitu pertuduhan terhadap Encik Zul ialah melanggar tatakelakuan di bawah Perintah Am Bab D Seksyen 4(2) (g) dan (i)

yang menyatakan Seseorang pegawai tidak boleh (g) tidak bertanggungjawab; dan (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.

2.3.4 Rumusan Kes Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa pegawai dalam Kumpulan A iaitu mereka yang berkelulusan peringkat universiti dalam erti kata lain memiliki ijazah adalah dilarang daripada mengambil bahagian aktif dalam politik sebagaimana ditakrifkan dalam Seksyen 21 Perintah Am Bab D. Tambahan pula Encik Zul sebagai seorang siswazah dan mempunyai pengalaman bekerja tentu sekali sedar akan larangan ini. Dalam pada itu beliau masih berdegil dengan bukan sahaja menjadi Ahli Jawatankuasa Peringkat Bahagian bahkan juga telah bersetuju supaya dia dicalonkan untuk merebut kerusi dalam Majlis Tertinggi di Peringkat Kebangsaan. Dengan perbuatan ini jelaslah menunjukkan bahawa beliau telah ingkar perintah.

2. RUMUSAN

Pengetahuan yang lengkap dan mendalam mengenai rangka perundangan yang berkaitan dengan satu-satu bidang dapat membantu seseorang mengurangkan risiko pendakwaan daripada individu atau ahli masyarakat, khususnya apabila langkah-langkah pengurusan risiko yang munasabah diamalkan.

Seterusnya pengurusan sesuatu organisasi atau pertubuhan akan menjadi lebih sistematik dan berkesan apabila seseorang peka dan prihatin terhadap perkembangan baru dalam bidang perundangan yang semakin berkembang pesat di negara kita. Beberapa contoh kes dalam tugasan ini dikemukakan bagaimana undangundang dapat mengawal dan menyelesaikan masalah dalam masyarakat. Berpandukan beberapa kes berkenaan dapat membantu kita untuk memahami dengan lebih jelas, beberapa cara atau kaedah yang boleh digunakan untuk mencegah kesilapan tertentu dan seterusnya meminimumkan sebarang tindakan mahkamah.

SOALAN B 1. PENGENALAN

Apabila kita berhadapan dengan sesuatu masalah, sebagai contohnya konflik antara prestasi ekonomi dan prestasi sosial. Maka biarkanlah undang-undang yang akan membuat keputusan. Dalam masyarakat demokrasi seperti masyarakat Malaysia peraturan dan undang-undang adlah dianggap mewakili penilaian moral kepada ahli masyarakat. Dengan perkataan lain bahawa kita adalah tertakluk di bawah satu undang-undang yang ditetapkan sepertimana telah dipersetujui bersama. Meskipun seseorang boleh melangkaui peraturanperaturan asas dalam undang-undang ketika membuat keputusan tetapi kita tidak boleh melepasi undang-undang kerana dengan ini kita telah melanggar kehendak majority rakyat.

1.2 Definisi Undang-undang

Undang-undang kita boleh didefinisikan sebagai satu set peraturan yang konsisten dan menyeluruh, ia diterbitkan secara meluas, diterima secara umum dan biasanya dikuatkuasakan. Cuba kita lihat makna undang-undang secara lebih terperinci lagi :-

a. Konsisten tiada percanggahan pendapat dalam menentukan sesuatu tindakan atau keputusan yang telah dipersetujui bersama majority rakyat. Sekiranya terdapat pertentangan antara kedua pihak, maka jelaslah ia tidak boleh diterima sebagai undang-undang. Sebagai contohnya, setiap pesalah kes bunuh yang dilakukan dengan sengaja, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum bunuh atau dipenjara seumur hidup. b. Menyeluruh Tuntutan samada boleh atau tidak boleh dilakukan harus menyeluruh atau boleh diterima oleh semua orang yang tinggal di suatu kawasan atau negara. c. Diterbitkan Undang-undang haruslah dicetak dan diterbitkan sebagai pengetahuan kepada ahli masyarakat. Sekiranya ahli masyarakat mempunyai masalah untuk membaca dan memahaminya, maka ahli-ahli proesional terlatih seperti peguam berperanan untuk menerangkan undang-undang berkenaan. d. Diterima Undang-undang yang telah ditetapkan haruslah dipatuhi oleh ahli masyarakat, walaupun kebanyakan ahli masyarakat tidak dapat mematuhi undang-undang itu secara sukarela. Mereka harus dipaksa untuk mematuhinya. e. Dikuatkuasakan Undang-undang yang telah diterima haruslah dikuatkuasakan. Semua ahli masyarakat harus memahami dan mematuhi undang-undang. Sekiranya mereka gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan, mereka akan dihadapkan ke muka pengadilan. Jika sabit

kesalahan hukuman akan dijatuhkan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

1.3 Undang-undang boleh dibahagikan kepada empat bahagian utama iaitu :-

a. Statute iaitu undang-undang yang diaktakan oleh badan perundangan seperti oleh Majlis Perundangan Negara. b. Undang-undang Awam (Comman Law) iaitu sebelum wujudnya statute, undang-undang awam merupakan undang-undang yang mengawal masyarakat. c. Undang-undang Perlembagaan (Constitutional Law) merupakan

keputusan mahkamah terhadap perlembagaan mana-mana undangundang. d. Peraturan (Regulation) merupakan arahan dari pihak berkuasa.

1.4 Sumber undang-undang boleh diperolehi daripada :-

a. Sejarah iaitu amalan, adab resam tempatan dan juga pendapat ahli falsafah. b. Melalui laporan undang-undang, buku berkaitan undang-undang dan keputusan Mahkamah. c. Peraturan-peraturan undang. undang-undang yang menjadikannya undang-

1.5 Perlembagaan Bertulis dan Tidak Bertulis

Sumber undang-undang boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu secarabertulis dan tidak bertulis. Undang-undang bertulis adalah undang-undang yang telah dibuat oleh Parlimen, sebagai contohnya Perlembagaan Persekutuan, perundangan yang dibuat oleh Parlimen dan Dewan Negeri dan Perundangan kecil yang dibuat melalui kuasa yang diberi di bawah akta Parlimen atau negeri. Manakala undang-undang tidak bertulis diperolehi melalui prinsip-prinsip undang-undang Inggeris yang dapat diterima dengan keadaan masyarakat setempat, keputusan-keputusan oleh mahkamah tinggi mengikut semua mahkamah rendah dan adapt resam penduduk tempatan yang boleh diterima oleh mahkamah, sebagai contohnya adab perpatih yang masih diamalkan oleh masyarakat Negeri Sembilan.

2. PROSES PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG.

Undang-undang adalah dibentuk melalui serangkaian proses yang saling berkaitan dan mengambil masa yang agak lama untuk diaktakan sebagai perlembagaan. Di bawah ini akan dikemukakan empat proses yang dilalui sebelum terbentuknya undang-undang.

2.1 Proses Individu

Sebagaimana yang kita semua telah fahami bahawa undang-undang adalah sesuatu yang dinamik kerana ia sering berubah mengikut peredaran masa. Sebagai contohnya, pada suatu ketika dahulu kanak-kanak perempuan tidak digalakkan, malahan dilarang ke sekolah oleh masyarakat, tetapi kini menjadi satu kesalahan sekiranya tidak menghantar kanak-kanak perempuan ke sekolah. Sebelum kedatang British, telah pun terdapat pendidikan di kalangan masyarakat Melayu. Pendidikan tidak menekankan pada 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira. Ia juga tidak mementingkan kemahiran pekerjaan. Penekanan pendidikan adalah pada pengajaran agama semata-mata. Ini disebabkan masyarakat pada masa itu amat mementingkan pendidikan agama semata-mata. Individu yang berpengetahuan agama amat disanjung tinggi oleh ahli masyarakat setempat. Mereka menjadi tempat rujukan apabila terdapat sebarang masalah yang timbul, terutama masalah agama.

Bagi masyarakat orang Cina pula, mereka datang sebagai saudagarsaudagar ke Tanah Melayu yang kemudiannya membuka lombong-lombong bijih timah. Manakala orang India pula dibawa oleh penjajah Inggeris untuk bekerja di estet-estet. Mereka datang dari tempat yang amat berbeza dari segi sosiobudaya, ekonomi dan politik, setiap bangsa mempunyai pandangan dan peganganyang amat berbeza di antara satu sama lain dalam menentukan

peraturan yang dipegang. Bahkan pandangan dan pegangan yang dianuti oleh setiap individu dalam sesuatu kelompok itu juga mempunyai perselisihan yang ketara. Ini disebabkan setiap individu mempunyai set norma, kepercayaan dan nilai-nilai yang akan membentuk ukuran moralnya yang tersendiri. Penilaian moral ini dapat dilihat dari tiga sudut :-

a. Norma Kebiasaan Norma adalah penentu kepada criteria kelakuan. Bermaksud bagaiman seseorang itu mengharapkan orang lain akan bertindak atau berkelakuan bila berhadapan dengan sesuatu situasi tertentu. Sebagai contohnya, menurut Aturan Enas didalam teologi

Kristian : Membuat pada yang lain ketika anda ingin orang lain melakukannnya kepada anda. Begitu juga dengan pandangan Islam, setiap perbuatan yang baik akan dibalas baik dan begitulah sebaliknya. Dengan ini, jelaslah bahawa setiap individu inginkan keadilan dan balasan yang setimpal dengan perbuatan yang dilakukan. b. Kepercayaan Kepercayaan pula adalah criteria pemikiran. Ini bermaksud bagaimana seseorang itu mengharapkan orang lain berfikir mengenai sesuatu konsep tertentu. Sebagai contohnya, seseorang individu itu percaya bahawa demokrasi amat baik diamalkan dan amat mengharapkan orang lain juga menghargai konsep berkenaan dan menerimanya sebagai satu bentuk kerajaan. Harus diingat bahawa kepercayaan berbeza dengan norma kerana ia tidak melibatkan tindakan.

Ia adalah satu cara berfikir yang abstrak yang menyokong norma-norma seseorang. c. Nilai Adalah corak criteria peribadi yang akan membentuk ukuran moral seseorang. Ia adalah peringkat yang diberi keutamaan oleh seseorang terhadap norma-norma dan kepercayaan-kepercayaannya. Namun

demikian system nilai seringkali menghadapi permasalahan kerana berkemungkinan norma dan kepercayaan yang dipegangnya

bertentangan dengan norma dan kepercayaan yang dipegang oleh orang lain. Oleh itu perlu ada sikap tolak ansur dalam menentukan system nilai yang hendak diamalkan oleh setiap individu.

2.2 proses-proses kumpulan Setiap individu membentuk set norma, kepercayaan dan nilai mereka melalui beberapa pendekatan terhadap konteks budaya atau agama, social atau politik dan menurut konteks ekonomi atau teknologi. Dengan perkataan lain, bahawa setiap individu mempunyai latar belakang atau persekitaran yang tersendiri. Setiap individu akan membentuk satu kumpulan atau masyarakat yang juga mempunyai latar belakang atau persekitaran yang tergabung jalin hasil daripada ajaran agama, tradisi budaya, kedudukan ekonomi, pembangunan teknologi, organisasi social dan melalui proses politik. Jalinan antara konteks berkenaan menjadi pilihan individu terhadap norma, kepercayaan dan nilai yang dibentuk untuk memastikan ia saling berkait

atau bergabung jalin antara satu sama lain. Sebagai contohnya, kemajuan dalam bidang pendidikan, melalui perkembangan dalam teknologi maklumat telah mendatangkan impak kepada perubahan politik semasa terutama dalam urusan pentadbiran. Oleh kerana masyarakat sering terdedah dengan pelbagai perkembangan atau ilmu terkini melalui sumber maklumat yang cepat dan pelbagai, maka terbentuklah masyarakat yang berilmu pengetahuan. Mereka mulai sedar hak-hak mereka sebagai individu atau ahli masyarakat. Apabila individu atau masyarakat sedar tentang hak-hak mereka, maka tidak dapat tidak berlakunya perubahan dalam politik yang didokongi oleh majority rakyat. Sebagai contohnya, dalam menyediakan suatu system pendidikan yang berkualiti dalam masyarakat majmuk seperti negara kita. Oleh itu rangka perundamngan perlu dibentuk untuk memenuhi kehendak negara dan untuk menggalakkkan perkembangan budaya, social, ekonomi dan system politik yang stabil. Setelah system politik stabil dan dapat diterima oleh segenap lapisan masyarakat, maka secara tidak langsung akan berlaku juga perubahan dalam system ekonomi. Sebagai contohnya, apabila berlakunya kemajuan dalam system pendidikan negara, maka sudah tentu corak perbelanjaan untuk mengurus system pendidikan turut berubah. Kos yang tinggi diperlukan dalam menyediakan keperluan-keperluan pendidikan yang terkini dan selesa untuk setiap rakyat. Pada peringkat akhirnya juga memberi kesan dalam perubahan budaya dalam gaya hidup masyarakat. Oleh kerana peratus individu yang berpelajaran

tinggi semakin bertambah, maka peluang untuk hidup lebih mewah akan dapat kita lihat berbanding apda awal zaman kemerdekaan negara. Meskipun hubungan antara factor-faktor ekonomi, teknologi, politik dan budaya tidak berapa jelas kesannya terhadap norma, kepercayaan dan nilai seseorang, tetapi perkaitan itu tetap ada. Sebagai contohnya, lihatlah kemajuan golongan wanita dalam semua bidang kehidupan berbanding zaman sebelum kemerdekaan negara kita. Bahkan dalam sesetengah bidang mereka berjaya mengatasi kemajuan yang dicapai oleh golongan lelaki. Bukti yang paling hampir dengan kita sebagai pendidik ialah kemajuan golongan wanita dalam pelajaran samada di peringkat rendah mahupun di peringkat universiti.

2.3 Proses-proses Sosial Sebagaimana yang kita sedia maklumi bahawa semua individu hidup dalam persekitaran yang berlainan antara satu sama lain, maka sudah tentu mereka tidak terdedah kepada factor-faktor teknologi, social, ekonomi, politik, budaya dan agama yang sama. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa perkara :-

a. Kedudukan Individu Setiap individu mempunyai kedudukan yang agak berbeza di antara satu sama lain. Cuba kita lihat dasar penjajah Pecah dan Perintah. Oleh kerana dasar penjajah padsa ketika itu menyebabkan terdapat jurang perbezaan antara kaum dalam agihan ekonomi negara.

Tetapi dengan wujudnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) maka sedikit sebanyak telah dapat menyeimbangkan taraf hidup semua kaum di Malaysia. b. Unit Keluarga Melalui system perkahwinan, maka wujud pula satu unit ahli keluarga. Dalam keluarga berkenaan juga terdapat jurang perbezaan yang agak ketara terutama taraf pendidikan yang diterima. Pada kebiasaannya mereka yang agak berjaya dalam pelajaran akan menjawat jawatan yang baik dan berpendapatan yang tinggi atau berjaya membuka perniagaan yang besar dan berdaya maju. c. Rakan Sebaya Setipa individu berkecenderungan untuk berkawan kerana mereka saling perlu memerlukan antara satu sama lain untuk memenuhi kehendak hidup. Oleh itu akan wujud pengaruh rakan sebaya dalam kehidupan mereka. Sebagai contohnya, apabila seseorang remaja berkawan dengan seorang penagih dadah, lama-kelamaan remaja berkenaan akan terlibat dengan perangai buruk ini, sekiranya remaja ini tidak dapat memilih amna yang baik atau tidak baik. d. Organisasi Rasmi - Gabungan antara kumpulan dalam masyarakat akan membentuk pula sesebuah organisasi yang rasmi, sebagai contohnya firma-firma perniagaan, parti-parti politik, pertubuhan atau kesatuan sekerja dan agensi-agensi tertentu untuk membela hak atau untuk memenuhi kehendak ahli yang menganggotai satu-satu badan atau organisasi berkenaan.

Oleh kerana individu atau kumpulan yang menganggotai satu-satu organisasi mempunyai norma, kepercayaan dan nilai yang mungkin berbeza dengan kehendak peraturan pertubuhan yang lebih besar, maka berbagai cara dapat dilakukan untuk membentuk kesepakatan ini. Antaranya melalui keputusan ortokratik, penyelarasan birokratik dan melalui gabungan persetujuan atau kolektif pilihan yang dibuat demi kepentingan ahli dan pertubuhan.

2.4 Proses-proses Politik Proses-proses politik berlaku bila mana norma, kepercayaan dan nilai yang dipegang oleh organisasi, kumpulan-kumpulan dan individu-individu di

institusikan menjadi undang-undang yang pada asasnya boleh dilihat sebagai kaedah untuk menyelesaikan sebarang masalah atau konflik yang timbul. Organisasi, kumpulan-kumpulan dan individu-individu juga mempunyai

pandangan yang berbeza terhadap kepimpinan presiden, tolak ansur institusi, persetujuan kongres dan tekanan dari pengundi. Oleh itu dalam system perwakilan, wakil-wakil rakyat

dipertanggungjawabkan untuk membentuk undang-undang melalui system perwakilan yang diwujudkan. Sebagai contohnya, Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang dengan cara Dewan Rakyat dan Dewan Negara meluluskan sesuatu rang undang-undang dan dipersetujui oleh Yang Di Pertuan Agung.

Dari segi sejarah, kuasa membuat undang-undang itu sememangnya ada pada kuasa Sultan. Parlimen hanyalah menjadi badan penasihat Sultan sahaja. Tetapi dengan perubahan zaman, kuasa mutlak yang dipunyai oleh Sultan itu telah beransur-ansur berkurangan, sehingga pada akhirnya kuasa Sultan yang tinggal hanyalah setakat memberi persetujuannya kepada rang undang-undang yang telah diluluskan oleh dua dewan Parlimen itu. Bagi meluluskan satu-satu rang undang-undang maka sesebuah dewan Parlimen itu perlu melalui empat peringkat iaitu :-

a. Bacaan pertama ; b. Bacaan Kedua ; c. Perbicaraan dalam jawatankuasa ; dan d. Bacaan Ketiga

Sebagai contohnya dalam meluluskan satu-satu akta dalam perundangan pendidikan di Malaysia. Di mana telah berlaku beberapa siri perubahan dalam rangka perundangan. Perubahan ini berlaku kerana desakan dan keperluan rakyat yang semakin berubah. Rangka perundangan pendidikan di Malaysia telah melalui empat fasa iaitu :-

a. fasa pendidikan pada peringkat awal di bawah pentadbiran Inggeris ; b. fasa selepas Perang Dunia Kedua apabila dua ordinan pelajaran telah digubal dan diluluskan ;

c. fasa pelaksanaan Akta Pelajaran 1961 ; dan d. fasa pelaksanaan Akta Pendidikan 1966.

Fasa Pertama Perkembangan pada peringkat ini berkait rapat dengan perkembangan politik dan sosioekonomi negara. Pada fasa ini, pendorong terpenting dalam reformasi pendidikan ialah usaha pembentukan satu identity kebangsaan. Ini digalakkan melalui semangat nasionalisme, proses Malayanisasi, dan kepentingan

pendidikan sebagai alat perpaduan kebangsaan. Hasrat untuk mewujudkan suatu pemerintahan bercorak pentadbiran dan pemerintahan sendiri hanya menjadi reality sekiranya semua kanak-kanak mendapat pendidikan yang sama.

Fasa Kedua Selepas Perang Dunia Kedua, semangat nasionalisme yang semakin membara telah membawa perubahan dalam arena politik negara. Keadaan ini

meninggalkan kesan tertentu terhadap system pendidikan negara. Proses pembentukan semula system pendidikan bermatlamat untuk menyatupadukan ketiga-tiga kaum utama di Malaysia, iaitu kaum Cina, Melayu dan India. Sistem pendidikan sebelum Perang Dunia Kedua yang menekankan pendidikan kepada pelajar berdasarkan kaum telah membawa kepada satu masalah yang serius kerana dari dasar itu telah mewujudkan unsure perkauman di sekolah.

Isu tentang penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, pembentukan suatu system pendidikan kebangsaan yang bersepadu dan langkah-langkah untuk memupuk perpaduan kebangsaan di kalangan

masyarakat majmuk telah menjadi agenda utama dalam perancangan pendidikan. Konsep menyediakan peluang pendidikan yang saksama, penyediaan pendidikan peringkat rendah secara wajib dan percuma dan pengukuhan pendidikan menengah merupakan beberapa cabaran yang diberikan perhatian untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan politik negara. Pada fasa ini dua ordinan pelajaran teah diluluskan dengan matlamat untuk menyediakan suatu system pendidikan kebangsaan yang boleh diterima oleh semua kaum di Malaysia.

Fasa Ketiga Fasa ini melibatkan rancangan dan strategi mengkaji semula dasar pendidikan yang telah dicadangkan dalam Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1956. Sebuah jawatankuasa telah dibentuk di bawah pimpinan Encik Abdul Rahman bin Haji Taib untuk menilai sejauh mana dasar berkaitan dengan kurikulum sekolah yang sama, penubuhan maktab perguruan, dan penyediaan pendidikan sekolah rendah yang menggunakan bahsa pengantar menurut kehendak ibu bapa telah dicapai.

Fasa Keempat

Fasa ini bermula dengan pelaksanaan Akta Pendidikan 1996. Konsep pengetahuan telah menjadi tema utama dalam system pendidikan kebangsaan menjelang tahun 1990-an dan abad ke -21. Perkembangan pesat dalam bidang sains, teknologi maklumat dan peranan signifikan internet memerlukan seseorang individu itu melengkapkan diri dengan pengetahuan yang relevan untuk mengekalkan status dan daya saing. Menurut Akta Pendidikan 1996, ilmu merupakan penentu utama arah tuju negara dan penyelamat bangsa. Matlamat pendidikan kebangsaan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang semakin berdaya saing dan bersifat global. Pendidikan dianggap sebagai suatu saluran penting untuk menjayakan wawasan negara demi mencapai taraf negara maju sepenuhnya samada dari segi ekonomi, sosial, rohani, moral ataupun etika. Pendidikan juga merupakan suatu saluran penting untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik. Akta ini juga berusaha membantu kerajaan untuk membentuk system pendidikan yang bertaraf dunia.

3. RUMUSAN

Undang-undang sebagaimana yang dinyatakan dalam tugasan ini adalah dilihat sebagai satu set peraturan yang menyeluruh dan konsisten yang mengatur

kelakuan untuk menerima peraturan-peraturan ini sebagai mewakili pandangan moral ahli-ahli masyarakat secara keseluruhannya. Peraturan yang dibentuk oleh masyarakat mencerminkan pilihan kolektif ahli masyarakat tersebut berkaitan sebarang sebarang keputusan dan tindakan yang memberi kesan kepada kesejahteraan masyarakat. Oleh kerana pembentukan undang-undang mengambil masa yang panjang dan kompleks, maka beberapa proses perlu dilalui. Proses-proses berkenaan ialah proses individu, proses kumpulan, proses sosial dan proses politik. Sebenarnya perubahan dalam undang-undang datang dari perubahanperubahan dalam ukuran moral majority rakyat melalui proses sosial dan politik, dan seterusnya undang-undang itu mewakili ukuran moral masyarakat kita secara keseluruhannya. Proses-proses sosial dan politik melalui perubahan moral manusia diinstitusikan menjadi suatu rangka perundangan yang rasmi

untuk mengadili masalah masyarakat.

You might also like