Professional Documents
Culture Documents
Soalan 1
(a) Jelaskan maksud andaian perakaunan dan prinsip perakaunan. Huraikan satu contoh
andaian perakaunan dan satu contoh prinsip perakaunan. [4]
(b Menurut proses perakaunan, selepas imbangan duga disediakan, akaun untung rugi dan
) kunci kira-kira perlu dibuat. Huraikan tiga sebab mengapa akaun untung rugi dan kunci
kirakira perlu disediakan, sedangkan imbangan duga sudah menunjukkan keseimbangan
di antara akaun. [3]
(c) Bagi setiap perkara di bawah, bincangkan menurut perspektif perakaunan dan nyatakan
prinsip perakaunan yang terlibat.
(iii) Kos membeli aset tetap merupakan belanja modal tetapi susut nilainya pula
merupakan belanja hasil. Jelaskan mengapa hal ini demikian. [6]
(d Yang berikut merupakan petikan daripada laporan tahunan Syarikat Wacaya Berhad bagi
) tahun berakhir pada 31 Disember 2003.
(4) Sepanjang kedua-dua tempoh, semua jualan dibuat secara kredit dan tempoh
kredit yang diberikan kepada pelanggan ialah selama 40 hari.
Dikehendaki :
Hitung, dan beri ulasan bagi kedua-dua tempoh tentang,
(i) nisbah cepat,
(ii) pulangan atas jualan,
(iii) hutang atas aset,
(iv) pusing ganti inventori. [12]
SOALAN STPM 3 Kertas 1 / 2004
Soalan 2
(a) Nyatakan dua ciri yang terdapat pada aset yang berikut.
(i) Aset tetap
(ii) Aset semasa
(iii) Aset tak ketara [3]
(b Abu, Balakrishnan, dan Chong merupakan tiga rakan kongsi dalam suatu perniagaan
) berbentuk berbentuk perkongsian sejak 20 tahun yang lalu. Nisbah pembahagian untung
rugi yang ditetapkan bagi Abu, Balakrishnan, dan Chong ialah 5 : 3 :1. Dollah pula
ialah seorang ahli perniagaan yang menjalankan perniagaan milik tunggal. Yang berikut
ialah petikan kunci kira-kira perniagaan mereka pada 31 Disember 2003.
RM RM RM RM
Aset tetap 15,000
Premis 9,000 24,000 6,000
Kenderaan
Aset semasa
Inventori 15,000 6,250
Penghutang 17,500 9,000
Bank 11,000 43,500 - 15,250
67,500 21,250
Diwakili oleh
Modal :
Abu 20,000
Balakrishnan 15,000
Chong 10,000 45,000
Dollah 7,500
Pada 31 Disember 2003, Abu bersara daripada perniagaan, namun perniagaan diteruskan oleh
kedua-dua rakan kongsinya. Bagi menggantikan Abu, Dollah diterima masuk menjadi rakan
kongsi pada tarikh persaraan Abu. Kemasukan Dollah adalah dengan cara menggabungkan
perniagaan Dollah dengan perniagaan perkongsian serta mengambil kira syarat-syarat yang
berikut.
(1 Nisbah pembahagian untung rugi yang ditetapkan bagi Balakrishnan, Chong, dan Abu
) ialah 2 : 1 : 2
(2 Nilai muhibah bagi perniagaan Abu, Balakishnan, dan Chong dipersetujui sebanyak
) RM25,000, manakala perniagaan Dollah ialah RM10,000. Walau bagaimanapun, semua
rakan kongsi bersetuju supaya muhibah tidak direkodkan dalam buku akaun dan semua
pelarasan dibuat dalam akaun modal.
SOALAN STPM 4 Kertas 1 / 2004
(5 Baki modal Abu diselesaikan dengan membayar RM2,000 dan yang selebihnya dibayar
) oleh Dollah. Bayaran yang dibuat oleh Dollah dijadikan sebagai pinjaman kepada
perkongsian pada kadar faedah 8% setahun.
Dikehendaki :
Sediakan akaun penilaian semula bagi kedua-dua jenis perniagaan dan akaun modal
rakan kongsi bagi perniagaan perkongsian lama dan baru. [22]
SOALAN STPM 5 Kertas 1 / 2004
Soalan 3
(a) Nyatakan tiga kegunaan penyata sumber dan penggunaan dana. [3]
(b Walaupun terdapat banyak urus niaga yang memberi kesan kepada aliran tunai, namun
) terdapat juga urus niaga yang tidak memberi kesan kepada aliran tunai. Berikan tiga
contoh urus niaga yang tidak memberi kesan kepada aliran tunai. [3]
(c) Jelaskan dua perbezaan antara penyata aliran tunai dengan buku tunai. [2]
(d Kunci kira-kira bagi Syarikat Kendi Emas Berhad pada 31 Disember 2003 adalah seperti
) yang berikut.
2003 2002
RM RM RM RM
Aset
Tanah :
Kos 110,000
Penilaian 93,000
Mesin dan loji (kos) 87,000 72,000
Susut nilai terkumpul (45,000) (36,000)
42,000 36,000
Syarikat subsidiari - 168,000 -
pelaburan
303,000 146,000
Aset semasa 279,000 234,000
Liabiliti semasa :
Pemiutang (63,000) (108,000
)
Cukai belum bayar (33,000) (15,000)
Dividen dicadangkan (18,000) (9,000)
Aset semasa bersih 165,000 102,000
468,000 248,000
Diwakili oleh
Saham biasa @ RM1.00 per saham 300,000 102,000
Saham keutamaan @ RM2.00 per saham - 50,000
Premium saham 60,000 -
Untung tertahan 48,000 108,000
408,000 248,000
Rizab modal 33,000 -
Pinjaman bercagar 27,000 -
468,000 248,000
SOALAN STPM 6 Kertas 1 / 2004
(1 Pada 1 Mac 2003 syarikat telah membeli sebuah syarikat lain sebagai suatu pelaburan
) jangka panjang. Pembelian syarikat berkenaan adalah dengan cara menerbitkan 100,000
saham biasa pada kadar premium sebanyak RM0.60 per saham dan membayar wang
tunai RM8,000.
(2 Saham keutamaan telah ditebus pada kadar premium 10% dengan cara menerbitkan
) 50,000 unit saham biasa pada kadar premium yang secukupnya untuk membiayai
penebusan saham keutamaan. Semua urusan tersebut diselesaikan pada 30 April 2003.
(i) Sebuah mesin yang nilai kosnya RM4,800 dengan susut nilai terkumpul sebanyak
RM3,600 telah dijual pada harga RM600/ Kerugian atas jualan tersebut telah
dimasukkan ke akaun untung rugi.
(ii) Sebidang tanah telah dijual pada harga RM55,000. Kos tanah tersebut ialah
RM50,000. Pada masa yang sama lain-lain tanah yang tidak dijual telah dinilai
semula. Semua keuntungan dan lebihan telah dipermodalkan.
(5 Pada 1 Jun 2003, satu terbitan bonus telah dilakukan pada nisbah 1 : 4 bagi setiap unit
) saham yang dipegang. Urusan penerbitan dilakukan dengan mempermodalkan untung
tertahan.
(6 Pada 1 Julai 2003, syarikat telah berjaya memperolehi pinjaman bercagar dengan kadar
) faedah sebanyak 10% setahun.
(7 Dividen dibayar pada setiap akhir bulan Julai. Walau bagaimanapun, dividen interim
) berjumlah RM3,000 telah dibayar pada 31 Mac 2003 untuk tempoh semasa.
Dikehendaki :
Sediakan penyata sumber dan penggunaan dana untuk tahun berakhir 31 Disember 2003
bagi Syarikat Kendi Emas Berhad dengan menggunakan pendekatan modal kerja. [17]
SOALAN STPM 7 Kertas 1 / 2004
Soalan 4
(a) Nyatakan dua kaedah untuk menentukan hasil perniagaan dalam sistem rekod tidak
lengkap. [4]
(b Haji Ali telah memulakan perniagaan servis pendingin udara pada 1 Julai 2002 dengan
) membuka kedai Bayu Dingin. Bagi memulakan perniagaan, beliau telah
menyumbangkan van persendiriannya yang bernilai RM36,000 untuk kegunaan
perniagaan. Selepas setahun perniagaan, iaitu pada 1 Julai 2003, beliau telah
memberikan maklumat yang berikut.
(1 Ringkasan akaun bank pada 30 Jun 2003 adalah seperti yang berikut.
)
Akaun Bank
Masuk Keluar
RM RM
1 Julai 2002 Modal 40,000
(2 Di samping servis pendingin udara, Haji Ali juga membaik pulih pendingin udara
) yang telah dihapus kira oleh pelanggannya. Pendingin udara tersebut diperoleh
secara percuma. Beberapa pendingin udara terpakai yang dibaik pulih telah dijual
secara tunai dengan harga RM4,500. Kos alat ganti bagi membaiki pendingin hawa
tersebut ialah RM2,300. Kesemua urus niaga ini tidak dicatat.
(3 Sepanjang tempoh sehingga 30 Jun 2003, terdapat juga caj perkhidmatan yang
) dikutip secara tunai. Sebahagian daripada kutipan tersebut telah digunakan untuk
perkara-perkara yang berikut sebelum dibankkan.
(4 Salah satu pendingin udara terpakai yang telah dijual pada harga RM1,050 telah
) dipulangkan oleh pembeli dan wangnya dikembalikan oleh Haji Ali. Pendingin
udara terpakai itu diambil oleh Haji Ali untuk kegunaan sendiri. Kos membaiki
pendingin udara itu ialah RM350. Tiada catatan yang dibuat bagi semua urus niaga
tersebut.
)
(i) bayaran pendahuluan untuk pembelian peralatan, perkakasan, dan
kelengkapan,
(ii) bayaran sewa bulan RM900 sebulan
(iii) pembelian mesin daftar tunai sebanyak RM4,800 pada Julai 2002,
(iv) bayaran kepada pembekal barang alat ganti.
(6 Sebanyak RM42,400 telah dikenal pasti sebagai gaji untuk Haji Ali serta tiga orang
) pembantunya.
(7 Haji Ali ialah seorang yang berpengalaman dalam perniagaan. Justeru, beliau telah
) menetapkan perkara yang berikut.
Dikehendaki :
(i) Sediakan penyata pendapatan Kedai Bayu Dingin untuk tahun berakhir 30 Jun
2003. [12]
(ii) Sediakan kunci kira-kira Kedai Bayu Dingin pada 30 Jun 2003. [9]
SOALAN STPM 9 Kertas 1 / 2004
Soalan 5
(a) Jelaskan perbezaan antara akaun penerimaan dan pembayaran dengan akaun pendapatan
dan perbelanjaan bagi sesebuah kelab. [3]
(b Kelab Kebajikan dan Rekreasi Taman Hidayah ditubuhkan untuk menjaga kepentingan
) ahli dan aktiviti riadah. Di samping itu, kelab ini juga menjalankan aktiviti menjual
produk kesihatan di premis yang disewa di taman tersebut. Yang berikut adalah butir-
butir kewangan yang diperoleh daripada bendahari kelab untuk tahun kewangan
berakhir 31 Disember 2003.
Ringkasan akaun bank kelab bagi tahun 2003 adalah seperti yang berikut.
RM
Penerimaan : Baki pada 1.1.2003 3,560
Yuran untuk : Tahun 2002 500
Tahun 2003 12,200
Tahun 2004 200
Maklumat tambahan
(1 Aset dan liabiliti pada 1 Januari 2003 :
)
RM RM
Stok produk kesihatan 3,850
Penghutang produk kesihatan 620
Pemiutang produk kesihatan 2,500
Yuran belum terima 1,200
Yuran terima terdahulu 600
Belanja am belum bayar 210
SOALAN STPM 10 Kertas 1 / 2004
(3 Tunai runcit sebanyak RM280 telah digunakan untuk membayar belanja am kelab.
)
(4 Sebahagian daripada aset dan liabiliti kelab pada 31 Disember 2003 termasuk yang
) berikut.
RM
Yuran belum terima 900
Stok produk kesihatan 2,900
Penghutang produk kesihatan 750
Pemiutang produk kesihatan 3,470
Belanja am belum bayar 380
Dikehendaki :
Sediakan yang berikut bagi Kelab Kebajikan dan Rekreasi Taman Hidayah,
(i) akaun yuran ahli, [4]
(ii) akaun pendapatan dan perbelanjaan untuk tahun berakhir 31 Disember
2003, [11]
(iii) kunci kira-kira kelab pada 31 Disember 2003. [7]
SOALAN STPM 11 Kertas 1 / 2004
Soalan 6
Perniagaan Maukaya telah menyediakan draf penyata pendapatan bagi tahun berakhir 31
Disember 2003. Ia menunjukkan bahawa Perniagaan Maukaya mendapat keuntungan
sebanyak RM42,412. Pengurusan Perniagaan Maukaya telah melantik seorang juruaudit bagi
menyiasat sebab ketidakimbangan imbangan duga yang disediakan pada 31 Disember 2003.
Selepas siasatan audit dilakukan, perkara yang berikut telah ditemui.
(1 Kerani akaun telah tersilap catat jualan barang dagangan yang bernilai RM6,800 sebagai
) RM5,440 dalam jurnal jualan.
(2 Kedai seorang penghutang yang mempunyai baki hutang sebanyak RM2,990 telah
) terbakar. Walau bagaimanapun, sebahagian barangnya dapat diselamatkan dan
dipulangkan kepada Perniagaan Maukaya. Nilai yang tercatat dalam invois bagi barang
yang dipulangkan ialah RM1,750. Baki hutang tidak dapat dijelaskan dan dianggap
sebagai hapus kira oleh Perniagaan Maukaya. Urus niaga tersebut tidak direkodkan ke
dalam mana-mana akaun.
(3 Keputusan telah diambil untuk menghapus kira baki lama satu akaun pembekal yang
) berjumlah RM4,160. Pembekal berkenaan didapati telah meninggal dunia dan selepas
10 tahun Perniagaan Maukaya gagal mengesan warisnya. Berasaskan kepada baki
tersebut Perniagaan Maukaya telah menyumbangkan sumbangan berbentuk tunai kepada
sebuah masjid supaya hak si mati dapat dimanfaatkan. Tiada catatan dibuat terhadap
urus niaga tersebut.
(4 Sepanjang tahun semasa, alat tulis yang bernilai RM700 telah diambil dari kedai untuk
) kegunaan pejabat. Walau bagaimanapun, nilai alat tulis sebanyak RM280 telah
digunakan sepanjang tahun semasa. Lebihan alat tulis dipulangkan semula ke kedai
untuk dijual. Pemgambilan dan pemulangan alat tulis berkenaan tidak dicatat dalam
mana-mana akaun.
(5 Susut nilai kenderaan telah ditetapkan pada kadar 10% atas kos RM270,000. Kos ini
) termasuk kos sebuah kenderaan yang telah dilupuskan pada bulan Disember 2003
dengan harga RM42,500 tunai. Ia dahulunya telah dibeli pada bulan Januari 2000
dengan harga RM68,000. Buku akaun perniagaan tidak menunjukkan sebarang catatan
mengenai pelupusan dan susut nilai kenderaan bagi tahun semasa.
(6 Barang jualan yang biasanya dijual dengan harga RM1,190, iaitu selepas ditokok 40%
) atas harga jualan, telah diambil dan dijadikan hadiah bagi majlis makan malam tahunan
syarikat.
SOALAN STPM 12 Kertas 1 / 2004
(7 Bangunan kedai telah diubah suai dengan kos RM47,500. Kos ini termasuk kos
) mengecat seluruh bangunan lama dan papan iklan yang menelan belanja sebanyak
RM6,650. Buku catatan menunjukkan bahawa amaun RM47,500 dicatat dalam akaun
bangunan. Susut nilai bangunan telah dihitung pada kadar 10% ats kos dan dicatat ke
dalam akaun.
Dikehendaki :
a) Sediakan catatan jurnal bagi semua perkara yang berlaku sepanjang tahun 2003 itu
menyelaraskan akaun-akaun yang terlibat. [14]
(b Hitung untung bersih perniagaan selepas mengambil kira pelarasan pada (a) di [7]
) atas.
(c) Nyatakan perkara-perkara di antara perkara (1) hingga (7) di atas, yang tidak memberi
kesan ke atas keuntungan terlaras. [4]