You are on page 1of 3

TEKS MAJLIS RESTU ILMU PMR 2011-09-30 jumaat ALU-ALUAN

Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Assalamualaikum mulanya kata, Salam sembah pembuka bicara Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera Yang dihormati Cik Tan Soo Soo Pengetua SMK Convent Batu Pahat Pn Loh Cher Ting Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn Zamilah Ekhwan Guru Penolong Kanan Kokurikulum Guru-guru kanan bidang, Barisan guru dan seterusnya para pelajar Tingkatan 3 yang diraikan sekalian.

Alhamdulillah. Mari kita memanjatkan setinggi tinggi kesyukuran kita ke hadrat Illahi kerana dengan kasih sayang dan izinNya, kita dapat berhimpun bersama-sama pada pagi Jumaat yang indah ini bagi meraikan dan memeriahkan Majlis Restu Ilmu PMR SMK Convent Batu Pahat, tahun 2011. Majlis ini diadakan khas buat pelajar Tingkatan 3 sebagai tanda sokongan padu pihak sekolah kepada calon-calon PMR 2011.

BACAAN DOA : 9.05 AM Panjang-panjang si pohon buluh Jangan dijolok sarang penyengat Menadah tangan jari sepuluh Doa dipohon biar berkat Bagi memberkati majlis restu ilmu ini, dengan hormatnya mempersilakan Encik Johari Kassim bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan. Amin Ya Rabbal Alamin. Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Johari Kassim di atas bacaan doa itu tadi.

UCAPAN WAKIL TINGKATAN 3 (9.10 AM) Tanpa melengahkan masa, untuk meneruskan majlis, dengan ini dijemput Aqilah Nur Arisya dari kelas 3 Dahlias elaku wakil pelajar Tingkatan 3 untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada . ..........................................dari Kelas .................... di atas ucapan itu tadi.

UCAPAN PENGETUA (9.2O AM) Pergi ke kota beli selasih, Selasih berasal dari Tanjung Batu ; Berilah kata simpulan kasih, Sulamkan doa iringkan restu. Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput Pengetua SMK Convent Batu Pahat, Cik tan soo soo bagi menyampaikan amanat beliau khusus untuk pelajar Tingkatan 3 yang diraikan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Pihak majlis merakamkan setinggi penghargaan di atas kesudian Pn Pengetua menyampaikan ucapan itu tadi. SESI SALAM-SALAMAN GURU & PELAJAR (9.45 AM) Para pelajar sekalian, kini tibalah masanya bagi sesi bersalam-salaman di antara guru dan pelajar. Sebelum itu, kad-kad Restu Ilmu akan diedarkan kepada pelajar. Kad kad ini mempunyai bait-bait nasihat yang berguna dicipta khas untuk calon PMR 201 untuk renungan bersama. Bagi semua calon PMR, gunakanlah masa semasa sesi bersalam-salaman ini untuk bermaaf- maafan dengan guru-guru serta memohon keberkatan ilmu yang dicurahkan oleh guru. Guru-guru di SMK Convent ini pasti sentiasa mendoakan pelajar agar selamat menduduki peperiksaan kelak.

Selesailah sudah Majlis Restu Ilmu PMR 2010. Majlis ingin mengucapkan terima kasih di atas guru-guru dan para pelajar sekelian kerana memeriahkan seterusnya memaknakan majlis pada pagi ini. Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri. Saya sudahi majlis dengan w.b.t wassalamualaikum warahmatullah hi wabaratuh.

PENGUMUMAN KHAS ** **

You might also like