You are on page 1of 20

TERHAD

2611/3

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012


PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS
Kertas 3 Februari Julai

2611/3

1. 2. 3.

Kertas ini mengandungi sembilan tugasan: Tugasan 1 hingga Tugasan 9. Calon diwajibkan melaksanakan satu tugasan sahaja. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut dan memenuhi semua aspek yang ditetapkan.

Kertas ini mengandungi 20 halaman bercetak. [Lihat halaman sebelah 2611/3 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

TERHAD ARAHAN KEPADA CALON 1.

2611/3

Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual wajib melaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akan dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan secara individu dari bulan Februari hingga bulan Julai. Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakan cetakan komputer. Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber. Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertas berukuran lebih kurang 28 cm 38 cm. Calon hendaklah mendapat bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan tugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut. Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kali sesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh. Calon mestilah memenuhi semua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapat gred Cemerlang dan Baik. Gred cemerlang dan baik akan dicatatkan dalam sijil pencapaian calon yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. Pencapaian Memuaskan, Sederhana dan Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak akan dicatat di dalam sijil. Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tiga helai sahaja.

2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

9.

10. Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian. 11. Hasil kerja calon hendaklah dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkan menghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya. 12. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul portfolio. Calon digalakkan menjilid hasil kajian. 13. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria.

2611/3

2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD TUGASAN 1

2611/3

BIDANG TAJUK PRODUK

: : :

KOMUNIKASI VISUAL REKA CORAK REKA CORAK KASUT KANVAS

SITUASI Sebuah syarikat kasut memerlukan reka corak kasut kanvas bagi keluarannya untuk pasaran tempatan. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka corak sepasang kasut kanvas yang bertemakan hidupan marin. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Koleksi gambar pelbagai jenis kasut kanvas. Koleksi gambar hidupan laut sebagai sumber ilham. Lakaran reka bentuk kasut kanvas. Lukisan realistik hidupan marin yang dipilih. Lakaran olahan idea untuk menghasilkan reka corak hidupan marin. Lakaran reka letak reka corak yang dipilih. Kajian warna pada reka letak. Lukisan dari tiga sudut pandangan berbeza. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.

10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. 11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

2611/3

2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah TERHAD

TERHAD

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, reka corak kasut kanvas anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan Ukuran Bilangan warna Tema Teknik : : : : : Sepasang kasut kanvas Saiz kasut remaja Bebas Hidupan marin Catan

Contoh:

2611/3

2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD TUGASAN 2

2611/3

BIDANG TAJUK PRODUK SITUASI

: : :

REKA BENTUK HIASAN DALAMAN RUANG BILIK BAYI

Sebuah syarikat hiasan dalaman akan melancarkan satu pakej promosi untuk ruang bilik bayi. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah model ruang bilik bayi yang dilengkapi dengan peralatan bayi yang sesuai. Ruang tersebut perlu menekankan aspek keselamatan dan keselesaan kepada bayi. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Koleksi gambar pelbagai jenis ruang bilik bayi. Koleksi gambar pelbagai jenis perabot dan peralatan bayi yang sesuai. Koleksi gambar pelbagai alat permainan bayi. Lakaran pelan lantai ruang bilik bayi yang sesuai mengikut skala. Kajian warna ruang bilik. Lakaran dan olahan perabot serta kelengkapan peralatan bayi yang dipilih. Lakaran susun atur reka letak perabot dan kelengkapan bayi yang dipilih. Lukisan perspektif model dari tiga sudut pandangan yang menarik. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.

10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. 11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

2611/3

2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah TERHAD

TERHAD

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, ruang bilik bayi anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan Ukuran : : Bebas Panjang Lebar Tinggi Bebas Bebas kecuali kolaj 40 cm 30 cm 25 cm

Bilangan warna Teknik

: :

Contoh:

25 cm

30 cm

40 cm

Nota: 1. 2. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil. Hiasan dan perabot hendaklah dihasilkan sendiri oleh calon.

2611/3

2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD TUGASAN 3

2611/3

BIDANG TAJUK PRODUK SITUASI

: REKA BENTUK : INDUSTRI : BEKAS ALATAN MELUKIS MUDAH ALIH

Sebuah syarikat pengeluar alatan seni memerlukan reka bentuk bekas alatan melukis yang mudah dibawa. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu model bekas alatan melukis yang memudahkan pelajar untuk menggunakannya ketika di dalam atau di luar kelas. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Koleksi gambar pelbagai jenis bekas alatan melukis. Lakaran dan olahan reka bentuk bekas alatan melukis. Lakaran susun atur alatan lukisan di dalam bekas cadangan. Kajian warna pada reka bentuk yang dipilih. Lukisan dari tiga sudut pandangan berbeza. Lukisan perspektif dari sudut yang menarik. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. Lukisan perincian reka bentuk yang dihasilkan. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

10. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

2611/3

2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah TERHAD

TERHAD

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk model bekas alatan melukis hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan Ukuran : : Bebas Panjang Lebar Tinggi 30 cm 20 cm mengikut kesesuaian

Contoh:

30 cm

20 cm

Nota: 1. Hasil produk anda hendaklah dibuat kemasan.

2611/3

2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD TUGASAN 4

2611/3

BIDANG TAJUK PRODUK

: : :

KRAF TRADISIONAL BATIK BEG MEMBELI BELAH

SITUASI Seorang pengusaha kraf tradisional ingin menghasilkan beg membeli belah untuk mengurangkan penggunaan plastik dan menyelamatkan alam sekitar. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu beg membeli belah yang bercorak batik dan menggunakan teknik ikat celup. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Koleksi pelbagai jenis beg membeli belah. Koleksi pelbagai jenis produk yang menggunakan kaedah ikat dan celup. Lakaran reka bentuk beg membeli belah. Kajian teknik ikat dan celup. Kajian warna ikat dan celup. Lakaran reka letak ikat celup yang bersesuaian dengan reka bentuk. Lukisan tiga dimensi reka bentuk yang dipilih dalam dua sudut pandangan yang berbeza. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

10. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

2611/3

2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah TERHAD

TERHAD

10

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk beg membeli belah hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan Ukuran minimum Bilangan warna Teknik : : : : Kain Panjang Tinggi Bebas Batik - Ikat dan celup 40 cm 30 cm

Contoh:

30 cm

40 cm

Nota: 1. Hasil rekaan anda hendaklah dijahit dan dikemaskan.

2611/3

2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD TUGASAN 5

11

2611/3

BIDANG TAJUK PRODUK

: : :

SENI HALUS ARCA ARCA BINAAN

SITUASI Persatuan Alam Sekitar mengadakan satu pertandingan membuat arca bagi diletakkan di taman arca persatuan tersebut. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan arca binaan yang bertemakan pertumbuhan. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Koleksi gambar pelbagai arca binaan. Koleksi gambar pelbagai alam semula jadi sebagai sumber ilham. Lukisan realistik beberapa motif yang dipilih. Lakaran dan olahan motif yang dipilih. Lakaran reka bentuk binaan. Kajian warna pada reka bentuk arca yang dipilih. Lukisan tiga dimensi arca yang dipilih. Lukisan perspektif hasil arca sebenar dari tiga sudut pandangan berbeza. Lukisan persembahan dalam situasi sebenar.

10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. 11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

2611/3

2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah TERHAD

TERHAD

12

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk arca hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan Ukuran : : Bebas Panjang Lebar Tinggi Bebas Arca binaan Alam sekitar - pertumbuhan mengikut kesesuaian mengikut kesesuaian 40 cm

Bilangan warna Teknik Tema

: : :

Contoh:

40 cm

mengikut kesesuaian Nota: 1. Hasil kerja anda hendaklah dikemaskan.

2611/3

2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD TUGASAN 6

13

2611/3

BIDANG TAJUK PRODUK

: : :

REKA BENTUK INDUSTRI KERUSI KANAK-KANAK

SITUASI Sebuah syarikat pengeluar perabot moden bercadang untuk menghasilkan kerusi rekaan terbaru untuk kanak-kanak. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu model kerusi kanak-kanak yang bertemakan fauna. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Koleksi gambar pelbagai jenis kerusi kanak-kanak. Koleksi gambar pelbagai jenis fauna sebagai sumber ilham. Lukisan realistik fauna yang dipilih. Lakaran olahan motif berdasarkan sumber ilham. Lakaran reka bentuk kerusi kanak-kanak. Lakaran gabungan reka bentuk kerusi kanak-kanak dan olahan motif yang dipilih. Kajian warna pada reka bentuk yang dipilih. Lukisan tiga dimensi dari dua sudut pandangan yang berbeza. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.

10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. 11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

2611/3

2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah TERHAD

TERHAD

14

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk model kerusi kanak-kanak hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan Ukuran minimum : : Bebas Panjang Lebar Tinggi Bebas Bebas Fauna 25 cm 25 cm 45 cm

Bilangan warna Teknik Tema

: : :

Contoh:

45 cm

25 cm

25 cm

Nota: 1. Hasil reka bentuk model anda hendaklah dikemaskan.

2611/3

2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD TUGASAN 7

15

2611/3

BIDANG TAJUK PRODUK

: : :

KOMUNIKASI VISUAL IKLAN IKLAN TRANSIT

SITUASI Syarikat Seri Rawa Kraf adalah sebuah syarikat yang mengusahakan kraf batik. Syarikat ini ingin mempromosikan produk batik keluarannya. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan iklan transit bagi mempromosikan kraf batik keluaran syarikat tersebut. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Koleksi pelbagai iklan transit sebagai sumber ilham. Koleksi pelbagai jenis barangan kraf batik sebagai sumber ilham. Koleksi muka taip sebagai sumber ilham. Lakaran olahan idea muka taip. Lakaran olahan idea kraf batik. Reka letak muka taip dan kraf batik pada badan kenderaan. Kajian warna pada reka letak pilihan. Lukisan perspektif iklan transit pada badan kenderaan yang dipilih. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.

10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. 11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

2611/3

2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah TERHAD

TERHAD

16

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, iklan transit hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan Ukuran minimum Teknik Kapsyen : : : : Bebas Panjang Lebar Bebas Seri Rawa Kraf: Eksklusif dan bergaya mengikut kesesuaian mengikut kesesuaian

Contoh:

DAN BERGAYA

EKSKLUSIF

Nota: 1. 2. Hasil kerja anda perlu dikemaskan. Hasil kerja anda hendaklah dibuat pada kenderaan permainan yang bersesuaian.

2611/3

2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD TUGASAN 8

17

2611/3

BIDANG TAJUK PRODUK

: : :

SENI HALUS CETAKAN HIASAN DINDING

SITUASI Sebuah resort baru di Taman Negara Pahang ingin menghias dinding setiap biliknya dengan karya cetakan yang bersesuaian. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan cetakan timbulan yang bertemakan flora dan fauna di Malaysia yang hampir pupus. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Koleksi gambar pelbagai cetakan timbulan. Koleksi gambar flora dan fauna Malaysia yang hampir pupus. Lukisan realistik flora dan fauna yang dipilih. Lakaran olahan berdasarkan sumber ilham. Lakaran reka letak motif atau ilustrasi. Kajian warna. Lukisan sebenar cetakan. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

10. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan. 11. Lampiran minimum tiga edisi cetakan mengikut urutan.

2611/3

2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah TERHAD

TERHAD

18

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, cetakan timbulan hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan Ukuran Teknik Bilangan warna : : : : Kayu, lino atau bahan lain yang bersesuaian 30 cm Panjang 30 cm Lebar Cetakan timbulan Bebas

Contoh:

30 cm

2/5

Raja Rimba 30 cm

Abu

Nota: 1. Hasil kerja anda hendaklah dibingkaikan.

2611/3

2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

TERHAD TUGASAN 9

19

2611/3

BIDANG TAJUK PRODUK

: : :

KRAF TRADISIONAL UKIRAN KAYU KOTAK SERBA GUNA

SITUASI Nenek anda seorang pengumpul barang perhiasan antik. Beliau memerlukan sebuah bekas untuk menyimpan barang perhiasan tersebut supaya tidak rosak. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah kotak serba guna yang mempunyai hiasan ukiran yang bertemakan flora yang menjalar. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Koleksi gambar pelbagai jenis ukiran kayu. Koleksi gambar pelbagai reka bentuk kotak serba guna. Lakaran reka bentuk kotak serba guna. Koleksi gambar flora menjalar sebagai sumber ilham. Lukisan realistik flora menjalar yang dipilih. Lakaran olahan idea motif flora. Reka letak motif pada kotak serba guna. Lukisan tiga dimensi kotak serba guna dalam dua sudut pandangan berbeza. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.

10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. 11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

2611/3

2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

[Lihat halaman sebelah TERHAD

TERHAD

20

2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk kotak serba guna hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan Ukuran : : Kayu Panjang Lebar Tinggi 15 cm 15 cm 10 cm

Teknik

Ukiran tebuk tembus dan bunga timbul bersilat

Contoh:

10 cm

15 cm

15

cm

Nota: 1. Hasil karya anda hendaklah dikemaskan dan disyelek.

TUGASAN TAMAT 2611/3


2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

TERHAD

You might also like