P. 1
Definisi Perlembagaan

Definisi Perlembagaan

|Views: 98|Likes:
Published by Arissa Hanny

More info:

Published by: Arissa Hanny on Feb 01, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/14/2012

pdf

text

original

Definisi Perlembagaan

Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Professor A. V. Dicey menyatakan bahawa perlembagaan menentukan pengagihan kuasa sesebuah negara atau masyarakat politiknya. Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk mentadbir negara. Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara dan hal ini menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya. Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 September 1963 mengandungi 183 perkara dan dibahagikan kepada 15 Bahagian. Perlembagaan ini mengandungi pelbagai peruntukan seperti Senarai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Institusi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan, Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Negeri-negeri yang bergabung dalam persekutuan Malaysia diberikan hak, kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Negeri. Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

Kandungan Perlembagaan Persekutuan
• Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 Perkara beserta dengan 13 Jadual. Bagi setiap perkara terdapat beberapa Fasal yang dijelaskan dengan terperinci sebagai garis panduan perundangan dan kepentingan rakyat. • Perlembagaan Persekutuan juga mengandungi beberapa perkara yang tidak boleh dipersoalkan seperti: . Agama Islam sebagai agama rasmi; . Kedududkan istemewa Raja-raja Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak; . Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; dan, . Soal kerakyatan. Susunan Perkara-Perkara Dalam Perlembagaan: Perkara 1 hingga 4 Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi Persekutuan Perkara 5 hingga 13 Kebebasan Asas Perkara 14 hingga 22 Kewarganegaraan (Bab 1 – Perolehan Kewarganegaraan)

Perkara 23 hingga 28A Kewarganegaraan (Bab 2 – Penamatan Kewarganegraan) Perkara 29 hingga 31 Kewarganegaraan (Bab 3 – Tambahan) Perkara 32 hingga 37 Persekutuan (Bab 1 – Ketua utama negara)

Perkara 38 Persekutuan (Bab 2 – Majlis Raja-Raja)

Perkara 39 hingga 43C Persekutuan (Bab 3 – Pemerintah)

Perkara 44 hingga 65 Persekutuan (Bab 4 – Badan-badan Perundangan Persekutuan)

Perkara 66 hingga 68 Persekutuan (Bab 5 – Acara perundangan)

Perkara 69 Persekutuan Bab 6 – Keupayaan terhadap harta, kontrak Dan guaman ) Perkara 70 hingga 72 Negeri-negeri Perkara 73 hingga 79 Perhubungan Antara persekutuan dengan Negeri-negeri (Bab 1 – Bahagian kuasa-kuasa perundangan)

nasihat Persekutuan kepada Negeri dan pemeriksaan mengenai kegiatan Negeri) Perkara 95A hingga 95E Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri (Bab 7 – Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan) Perkara 96 hingga 112 Peruntukan-peruntukan Kewangan (Bab 1 – Am) Perkara 112A – 112D .Perkara 80 hingga 81 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri (Bab 2 – Pembahagian antara kuasa-kusa pemerintah) Perkara 82 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri (Bab 3 – Pembahagian beban kewangan) Perkara 83 hingga 91 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri (Bab 4 – Tanah) Perkara 92 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri (Bab 5 – Pembangunan negara) Perkara 93 hingga 95 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri (Bab 6 – Tinjauan.

Peruntukan-peruntukan Kewangan (Bab 2 – Pemakaian Bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak) Perkara 113 hingga 120 Pilihanraya Perkara 121 hingga 131A Perhakiman Perkara 132 hingga 148 Perkhidmatan Awam Perkara 149 hingga 151 Kuasa-kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa-kuasa Darurat Perkara 152 hingga 160B Am dan Pelbagai Perkara 161 hingga 161H Perlindungan Tambahan bagi Sabah dan Sarawak Perkara 162 hingga 180 Peruntukan Sementara dan Peralihan Perkara 181 Pengecualian bagi Kedaulatan Raja-raja .

Topik berkenaan Perlembagaan Malaysia hanya disentuh melalui matapelajaran Pengajian Malaysia iaitu matapelajaran berstatus wajib ambil dan wajib lulus bagi setiap pelajar IPT.Perkara 183 hingga 183 Prosiding Terhadap Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-raja Memahami Lima Peruntukan Utama Dalam Perlembagaan Malaysia Posted on 31 Mei 2010 by Baba Syarif Jamal Rizal Hj. Perlembagaan Malaysia juga tidak pernah dijadikan sebagai bahan bacaan wajib di sekolah-sekolah. hanya sebilangan kecil sahaja yang pernah melihat. Razali Jika seluruh warganegara Malaysia hari ini ditanya tentang Perlembagaan Malaysia. maka penjelajahan terhadap Perlembagaan Malaysia tidaklah begitu mendalam. ia tidak dijadikan bahan bacaan yang akrab dengan pembaca. Namun demikian. Memandangkan ia hanyalah satu bab. Ini kerana Perlembagaan Malaysia itu tidak pernah ditampilkan atau dijadikan bahan bacaan umum seperti mana buku-buku yang sering kita baca. membaca dan menjadikannya sebagai panduan di dalam setiap gerak-geri serta tindak tanduknya di negara ini. setidak-tidaknya telah berlaku pendedahan kepada para pelajar tentang . Dengan kata lain.

individu yang terlibat serta tanggungjawab mereka dalam usaha menggubal sebuah perlembagaan bagi Malaysia. .kewujudan dan peranan Perlembagaan Malaysia bagi mereka sebagai seorang warganegara Malaysia. mereka didedahkan secara kronologis sejarah perlembagaan yang ada di tanahair kita bermula daripada kewujudan pelbagai Hukum Kanun di setiap negeri yang dijadikan sebagai panduan dalam menjalankan pentadbiran. mereka juga didedahkan dengan proses penggubalan Perlembagaan Malaysia mulai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Di dalam topik Perlembagaan Malaysia. Sebagai seorang warganegara Malaysia yang bertanggungjawab. sudah semestinyalah kita mengetahui akan kewujudan serta kegunaan peruntukan-peruntukan tersebut. Selain itu. Selain itu. masih ramai yang tidak arif atau mengetahui akan hak-hak mereka di sisi undang-undang. perkara yang paling pokok di dalam Perlembagaan Malaysia ialah kewujudan bahagianbahagian utama di dalamnya yang dikenali sebagai “5 Peruntukan Utama”. Ini kerena setelah 50 tahun negera kita merdeka.

Individu itu juga perlu jelas tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan. perkara-perkara yang berkaitan dengan undangundang atau perlembagaan biarlah diserahkan kepada peguam. Sepertimana kita ketahui. Tanggapan seperti ini sebenarnya tidaklah tepat sama sekali. bahasa ialah alat untuk berkomunikasi. menyampaikan warisan daripada generasi ke genarasi berikutnya. dan yang paling utama ialah bahasa sebagai lambang atau imej bagi sesebuah bangsa. Peruntukan yang pertama yang dikategorikan di dalam 5 Peruntukan Utama ini berkaitan dengan bahasa. .“5 Peruntukan Utama” ini sebenarnya merupakan peruntukanperuntukan yang menyentuh tentang hak-hak yang paling asas bagi setiap individu yang menjadi warganegara Malaysia. hakim atau pendakwaraya. Setiap warganegara sebenarnya perlu mengetahui dengan jelas apakah hak-hak mereka sebagai seorang warganegara yang sah bagi sesebuah negara.Dan ini termasuklah di dalam perlembagaan kerana bagi kebanyakan daripada mereka. Kewujudan bahasa sangat berkait erat dengan jati diri sesebuah bangsa.

Melalui sebuah bahasa kebangsaan. India dan Cina. Bahasa Melayu yang dituturkan oleh penduduk asal di Kepulauan Nusantara. Selain itu. . Kesemua kaum ini mempunyai bahasa tersendiri yang berbeza daripada aspek-aspek linguistiknya. bahasa juga berfungsi sebagai penyatu bangsa bagi sesebuah negara. Bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa kebangsaan yang mendapat tempat dan hak di sisi undang-undang dan keistimewaan. terdapat tiga kaum utama iaitu Melayu. Bangsa yang tidak mempunyai bahasa sendiri ialah bangsa yang kosong jiwa dan semangat. Selain itu. Di Malaysia. Disebutkan di dalam perlembagaan bahawa Perkara 152 Bahagian XII menegaskan bahawa bahasa kebangsaan bagi negara ini ialah Bahasa Melayu. Melalui Perlembagaan Malaysia.Semua bangsa di dunia ini mempunyai bahasanya tersendiri yang menjadi lambang atau identiti bangsa tersebut. Ini bermaksud. terdapat banyak kaum minoriti yang berada di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak. kesemua kaum yang ada di Malaysia disatukan melalui penggunaan satu bahasa penyatu.

seorang pengembara dari Itali yang mengikuti kapal Magellan dari pelabuhan Seville di Sepanyol pada tahun 1519. Paling ketara ialah penggunaannya sebagai bahasa komunikasi di kalangan para pedagang di zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka. Isu ini telah dibincang dan dibahaskan dengan halus oleh para pemimpin dan penggubal perlembagaan. Bahasa Melayu juga bersifat tekal daripada aspek fonologi. Perkara ini pernah dicatatkan oleh Antonio Pigafetta. morfologi. apabila beliau menyusun kamus Bahasa Itali-Bahasa Melayu yang pertama sebagai panduan kepada para pedagang dari Eropah di Melaka. Isu ini dikupas dan diberi pengadilan daripada setiap aspek sama ada pensejarahan. semantik dan . linguistik.termasuk di Tanah Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan. Pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sebenarnya mengundang banyak perdebatan. Didapati bahawa Bahasa Melayu merupakan lingua franca atau bahasa perantaraan yang telah digunakan sejak berabad-abad lamanya. fungsinya di dalam pelbagai situasi serta statusnya. sintaksis.

terutama generasi yang dilahirkan selepas kemerdekaan ialah hak-hak bahasa lain yang ada di Malaysia sama sekali tidak dinafikan oleh Perlembagaan Malaysia.peristilahan. satu perkara yang sangat menarik perhatian kita. Ia juga boleh ditulis menggunakan huruf Roman atau menggunakan tulisan Jawi (Arab). . satu hal yang tidak dapat disangkal ialah kedudukan Bahasa Melayu itu sendiri sebagai bahasa kepada penduduk asal di Tanah Melayu. Bahasa Melayu tidak mempunyai dialek-dialek yang ketara perbezaannya sehingga menyebabkannya menjadi bahasa yang berbeza. Daripada semua faktor yang dikemukakan tadi. Dinyatakan bahawa semua bahasa yang ada di Malaysia adalah bebas digunakan. Ini menjadikannya mudah dipelajari dan digunakan oleh penutur bahasa-bahasa lain. diajar dan dikembangkan. Ini bermakna. hanya ianya tidaklah mendapat status bahasa kebangsaan. dipelajari. bahasa-bahasa lain selain Bahasa Melayu tidaklah dilarang penggunaannya sebagai bahasa komunikasi. iaitu orang-orang Melayu juga menyebabkannya diangkat menjadi bahasa kebangsaan. Selain itu. Berbanding bahasa-bahasa lain yang digunakan di Tanah Melayu.

Kuala Lumpur) pula akan diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong. Sabah. . manakala negeri-negeri yang tidak diperintah oleh Sultan atau Raja seperti Pulau Pinang. agama rasmi Persekutuan ialah agama Islam. Labuan. Sarawak dan Wilayah Persekutuan (Putrajaya. Kedua-dua sifat terpuji tersebut sangatlah penting dipegang dan diamalkan oleh generasi pada hari ini demi meneruskan kelangsungan kemerdekaan dan kewujudan sebuah negara Malaysia. perkara yang paling penting di dalam proses pemilihan bahasa untuk dijadikan sebagai bahasa kebangsaan di negara kita ialah kesepakatan dan tolak ansur di kalangan kesemua kaun yang ada di Persekutuan Tanah Melayu ketika itu. Peruntukan utama yang kedua pula ialah agama rasmi negara kita. tetapi agama-agama lain boleh dianuti secara aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan. Memahami proses serta susur galur pemilihan dan perancangan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sangat penting bagi setiap warganegara Malaysia. Perembagaan Malaysia juga menyatakan bahawa Sultan atau Raja sesebuah negeri ialah ketua agama Islam bagi negeri tersebut.Namun demikian. Bab 3 Perlembagaan Malaysia. Berdasarkan Bahagian I. Melaka. Melaka.

. Pemerintah mempunyai hak melalui kuasakuasanya seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan untuk mengambil tindakan terhadap orang-orang atau warganegaranya yang tidak mempunyai sebarang pegangan agama. Ini diperkukuhkan lagi melalui rukun yang pertama di dalam Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan. Malaysia bukanlah tempat bagi orang-orang yang tidak mempunyai agama atau ”free thinker”. status dan kewujudannya di negara kita.Peruntukan ini sangat penting diketahui oleh setiap warganegara Malaysia kerana melaluinya kita akan menyedari bahawa Malaysia ialah sebuah negara yang amat menjunjung tinggi pengamalan keagamaan. Isu-isu berkaitan dengan hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputra turut termasuk sebagai salah satu daripada 5 Peruntukan Utama. Dengan kata lain. agama-agama lain yang ada di negara ini adalah bebas diamalkan malah rumah-rumah ibadat turut dibina bagi mempermudahkan penganutnya untuk menjalankan tanggungjawab keagamaan masing-masing. fungsi. Sama seperti proses pemilihan bahasa kebangsaan tadi. pemilihan agama Islam sebagai agama rasmi negara dibuat berdasarkan faktor sejarah. Selain itu.

Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat jemaah menteri berhak untuk menentukan perizaban jawatan di dalam sektor awam bagi orang Melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak. orang Melayu itu mestilah beragama Islam. Ia tidak boleh dilihat daripada sudut logik. Terdapat tiga bidang yang menjadi keistimewaan bagi orang-orang Melayu dan bumiputra di Sabah dan Sarawak. kesepakatan dan persejutuan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin tiga kaum utama di negara kita di dalam proses menuntut kemerdekaan daripada British. Kewujudan Perkara 160 (2) yang berkaitan dengan pemberian hak-hak istimewa ini perlu dilihat dan difahami daripada perspektif sejarah. mengamalkan adat budaya Melayu. bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Tanah Melayu atau Singapaura. Tiga bidang tersebut ialah Perkhidmatan awam. .Ini dinyatakan di dalam Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia bahawa. Bagi perkhidmatan awam. emosi atau…. atau pada hari merdeka telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura. kerana batu asas bagi perkara ini ialah faktor tolak ansur. Ekonomi dan Pendidikan.

Sehubungan itu. Selain itu. pendidikan wajib yang mesti dilalui oleh setiap warganegara sehingga kini ialah selama 11 tahun yang bermula daripada darjah satu hingga tingkatan lima. orang-orang Melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak dilihat agak ketinggalan berbanding kaum lain. Daripada aspek ekonomi pula. industri dan perniagaan bagi mempertingkat status ekonomi mereka. semua warganegara adalah berhak mendapat pendidikan. Secara minimum. mereka digalakkan untuk menyertai sektor ekonomi. Sehubungan itu. Perkara ini terkandung di dalam . Manakala peruntukan utama yang keempat ialah Kewarganegaraan. selagi individu tersebut berkemampuan sama ada daripada aspek fizikal mahu pun mental. Manakala di dalam bidang pendidikan pula. seseorang itu tidak boleh dihalang untuk mendapatkan pendidikan setinggi mungkin.Tujuan diadakan kuota atau perizaban ini bagi mengimbangi pola kakitangan awam yang sebelum dan pada awal tahun-tahun kemerdekaan didominasi oleh orang asing. sebarang kelulusan permit atau bantuan untuk menjalankan usaha-usaha dangang tersebut hendaklah dipermudahkan bagi orangorang Melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak.

sama ada ke atas dirinya sendiri mahupun ke atas anggota keluarganya. seorang profesional yang berhijrah atau bermigran ke negara lain untuk bekerja. maka beliau mestilah mendaftarkan kelahiran anak . Dalam situasi sekarang yang dilanda oleh arus globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini. Perkara berkaitan dengan hak-hak kewrganegaraan ini sebenarnya sangat penting diketahui dan difahami. Beliau perlu tahu langkah-langkah yang harus diambilnya sewaktu berada di negara tumpang tersebut. Sebagai contoh. seseorang itu perlu faham dan tahu akan hak mereka untuk mendapatkan kewarganegaraan dan juga pelucutan kewarganegaraan mereka. Contohnya. dan pada masa yang sama turut membawa keluarga untuk menetap bersamanya di negara tersebut.Bahagian 3. jika isteri beliau melahirkan anak. Perkara 14 hingga 22 yang menyebut mengenai hak serta cara-cara mendapatkan kewarganegaraan Malaysia. Manakala Perkara 23 hingga 28 pula membahas berkenaan cara atau ciri-ciri yang menyebabkan seseorang wrgannegara boleh terlucut dan dilucutkan hak warganegaranya.

melalui Kuat Kuasa Undang-Undang iaitu bagi individu yang lahir sebelum Hari Malaysia dan menjadi warganegara Persekutuan berhak menjadi warganegara Malaysia.tersebut dalam tempoh di kedutaan atau pejabat konsul Malaysia yang berdekatan. di dalam perkara kewarganegaraan ini kita perlu mengetahui bahawa kewarganegaraan seseorang itu boleh didapatkan melalui beberapa cara. . Jika tindakan ini gagal diambil oleh beliau maka anak tersebut tidak layak diberi kewarganegaraan Malaysia walaupun kedua ibu bapanya adalah warganegara Malaysia. bermastautin di Persekutuan selama lebih daripada dua tahun dan berniat untuk terus bermastautin di Persekutuan. serta individu yang dilahirkan pada atau selepas Hari Malaysia adalah berhak mendapat kewarganegaraan Malaysia. Pertama. serta sudah berkahwin pada atau selepas tahun 1962. individu yang terlibat biasanya ialah isteri atau suami yang bukan warganegara tetapi berminat untuk menjadi warganegara Malaysia. Bagi kewarganegaraan yang didapatkan secara pendaftaran atau permohonan pula. Secara umumnya. Pasangan tersebut mestilah masih berkahwin secara sah.

Cara ini terbuka bagi individu atau warga asing yang berumur lebih . memiliki pengetahuan Bahasa Melayu yang baik serta tidak mempunyai sebarang rekod salahlaku. individu tersebut mestilah berniat menjadi pemastautin. dia mestilah telah didaftarkan oleh ibu bapanya yang mana salah seorangnya mestilah warganegara Persekutuan. Di samping itu. Bagi individu yang berumur 18 tahun dan bermastautin di Sabah dan Sarawak pada Hari Malaysia pula akan layak mendapat kewarganegaraan Persekutuan jika mereka telah bermastautin di Persekutuan Malaysia pada Hari Malaysia. yang lahir di Persekutuan sebelum Hari Kemerdekaan. Begitu juga halnya dengan individu yang berumur 18 tahun atau lebih. perlulah membuktikan status pemastautinannya di Persekutuan selama lima daripada tujuh tahun sebelum layak memohon. Kewarganegaraan Malaysia juga boleh didapatkan melalui cara Kemasukan. di mana-mana pejabat wakil kuasa kerajaan Malaysia dan anak tersebut mestilah pada atau selepas tahun 1962.Manakala bagi individu yang berumur kurang daripada 21 tahun pula. atau telah bermastautin selama tujuh daripada sepuluh tahun di Persekutuan selepas tahun 1962.

hak-hak sebagai seorang warganegara Malaysia bukanlah kekal kerana terdapat syaratsyarat tertentu yang mesti dipatuhi oleh setiap warganegaranya. mempunyai tingkah laku yang terpuji dan mempunyai pengetahuan Bahasa Malaysia.daripada 21 tahun dan berminat untuk menjadi warganegara Malaysia. Sebagai contoh. semua penduduk yang tinggal di Singapura. Kaedah ini merupakan cara yang mudah tetapi jarang berlaku. Syarat-syarat bagi mendapatkan kewarganegaraan secara kemasukan ialah. Hak-hak tersebut boleh terlucut atau dilucutkan oleh Perlembagaan Malaysia jika pemegangnya melakukan sesuatu tindakan yang bertentangan dengan kehendak perlembagaan itu. individu tersebut telah menetap di Persekutuan Malaysia selama sepuluh daripada dua belas tahun sebelum tarikh permohonan. Sabah dan Sarawak secara langsung layak mendapat hak kewarganegaraan Malaysia apabila ketiga-tiga wilayah tersebut menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. . Manakala cara mendapatkan kewarganegaraan yang terakhir ialah melalui Percantuman Wilayah. Keadaan ini hanya berlaku jika terjadi suatu proses politik dan undang-undang yang rumit. Namun. berniat menjadi pemastautin tetap di Malaysia.

individu tersebut tidak lagi berminat untuk mengekalkan kewarganegaraan yang dimilikinya dengan cara menolak kewarganegaraannya seperti menjadi warganegara asing. Semua warganegara Malaysia adalah dilarang sama sekali daripada mempunyai hubungan dalam apa jua bentuk dengan negara Israel. seseorang warganegara yang mendapatkan kewarganegaraannya melalui pendaftaran tadi turut tidak terlepas daripada tindakan pelucutan kewarganegaraannya jika individu tersebut dipenjara tidak melebihi 12 bulan . Selain itu. pihak kerajaan melalui hak-haknya di dalam perlembagaan akan menarik balik kewarganegaraan individu tersebut. Penderhakaan yang dilakukan oleh individu tersebut sama ada di dalam mahupun di luar negara juga menyebabkan perlembagaan berhak menarik balik kewarganegaraan seseorang itu. Umpamanya. Kewarganegaraan juga boleh dilucutkan oleh perlembagaan jika individu tersebut membuktikan bahawa dia tidak lagi setia kepada negara melalui tindakan atau percakapannya. menjalankan perhubungan atau perniagaan dengan negara atau musuh negara seperti Israel.Sebagai contoh. Jika keadaan ini berlaku.

Perlembagaan Malaysia memperakui dan mengiktiraf peranan. Melalui Perkara 11 dan 12. Jika pihak mahkamah berpuashati dengan dakwaan pihak kerajaan.atau didenda tidak kurang daripada RM5000 tanpa mendapat pengampunan bagi kesalahan tersebut. Manakala perkara ke lima di dalam peruntukan utama ini ialah Hak Asasi yang dimiliki oleh setiap individu yang menjadi warganegara Malaysia. maka keputusan tersebut akan disampaikan kepada individu melalui cara bertulis beserta sebab dan alasan tindakan tersebut diambil. sumbangan dan memberikan setiap individu itu hak yang bersesuaian dengan fitrahnya. Begitu juga dengan individu yang telah bermastautin di negara asing selama lebih daripada 5 tahun secara berterusan dan tidak pernah melapor atau mendaftar di Pejabat Konsul Persekutuan. Hak asasi yang pertama ialah hak untuk beragama. Kewujudan hak-hak asasi bagi setiap individu ini sangat penting kerana. dinyatakan bahawa setiap orang berhak mengamalkan agamanya . Pelucutan kewarganegaraan ini boleh dilakukan oleh pihak kerajaan berdasarkan hak-hak di dalam perlembagaan melalui proses kehakiman.

Jika kerajaan mengambil tindakan untuk melucutkan harta individu. bahasa danwarna kulit. Setiap individu juga dijamin haknya untuk mendapat peluang pendidikan di negara ini tanpa sebarang perbezaan terhadap mana-mana warganegara semata-mata kerana agama. Manakala. . seseorang itu tidak boleh diminta membayar apa-apa cukai jika hasil peungutan itu digunakan untuk kepentingan agama lain daripada agamanya dan.tanpa menimbulkan sebarang kerisauan dan ketakutan kepada orang lain. tempat lahir. kaum . seseorang yang berumur di bawah 18 tahun tidak boleh sama sekali diajak mengambil bahagian dalam upacara keagamaan selain agamanya. maka adalah menjadi kewajipan bagi kerajaan untuk membayar pampasan yang sewajarnya kepada pemilik asal harta tersebut.bangsa. Begitu juga dengan hak terhadap harta seperti yang dinyatakan melalui Perkara 13. iaitu setiap individu tidak boleh dilucutkan hartanya kecuali berdasarkan undang-undang. Kelompok agama tersebut juga berhak mengurus segala hal agamanya termasuk menubuhkan yayasan dan memiliki harta.

Kebebasan ini diberikan bertujuan untuk memupuk bakat-bakat kepimpinan yang ada di kalangan rakyat Malaysia dan juga sebagai saluran untuk mengemukakan pandangan. kebebasan ini tidak bermakna semua perkara boleh dibincangkan secara terbuka kerana dikhuatiri akan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pihak tertentu. berhimpun dan menubuhkan persatuan. pergerakan seseorang itu tidak disekat kecuali atas sebab-sebab keselamatan. Walau bagaimanapun. kesihatan awam dan hukuman seperti hukuman kediaman terhad. .Jika di negara-negara lain. Walau bagaimanapun. pergerakan rakyatnya di antara sesebuah wilayah walaupun masih lagi berada di dalam kawasan tadbirannya tidaklah bebas seperti yang berlaku di negara kita. Di Malaysia. Selain kita bebas bergerak. kita juga mempunyai kebebasan bercakap. pendapat atau kritikan secara berhemah. pergerakan dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak adalah tertakluk kepada undang-undang imigresen khusus dan perkara ini tidaklah menjadi isu yang besar kerana ianya telah dipersetujui oleh pemimpin terdahulu hampir 45 tahun yang lalu.

Kewujudan lima Peruntukan Utama ini di dalam perlembagaan dan pengamalannya di dalam sistem pentadbiran negara kita perlulah difahami secara holistik. politik serta sosiologi sebelum kita membuat sebarang tafsiran. Kita juga perlu memahami latar belakang sejarah. mendapat perlindungan dan kesamarataan di sisi undang-undang. sekiranya telah dilepas dan dibebas oleh mahkamah atas tuduhan yang sama. bangsa atau kaum. Kebebasan lain yang turut dinikmati oleh setiap warganegara Malaysia ialah tidak ada pihak yang boleh dijadikan abdi atau melakukan kerja paksa. bahasa kebangsaan. Sebagai contoh. . kewarganegaraan. kuota bagi orang-orang Melayu dan kedaulatan raja-raja adalah dilarang dibicarakan secara terbuka. Tertuduh juga tidak boleh dituduh dengan tuduhan yang sama buat kali kedua. hak-hak keistimewaan. seseorang yang dituduh bersalah tidak boleh dianggap bersalah selagi tidak dihukum bersalah oleh mahkamah yang menjalankan perbicaraan yang adil.Isu-isu sensitif seperti isu berkaitan agama.

Merdeka! . agama atau apa sahaja perbezaan yang ada.Selain itu. dan tidak terkecuali lima Peruntukan Utama. Adalah sangat membimbangkan jika keadaan seperti ini berlaku di dalam kehangatan kita menyambut kemerdekaan negara tercinta ini buat kali ke 50. Mudah-mudah generasi masa depan akan dapat memahami latar belakang dan sejarah pembentukan negara kita. dan salah satu caranya ialah menggalakkan seluruh warganegara Malaysia agar memahami perlembagaan. Namun demikian. timbul persoalan yang kadangkadang membuatkan kita menjadi sangat sedih apabila melihat generai pasca kemerdekaan yang seolah-olah tidak begitu mengambil berat hal ehwal yang berkaitan dengan kenegaraan. kita mesti mengetahui dan faham hak-hak sebagai seorang warganegara yang sah seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. perlembagaan mahupun kewujudan lima Peruntukan Utama ini. Menjadi tanggungjawab kita semua untuk kembali menanam semangat cintakan negara. sebagai seorang warganegara tanpa mengira kedudukan atau status ekonomi. politik. sosial. pendidikan.

Universiti Malaysia Pahang . Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan.Penulis Adalah Dari Jabatan Sains Kemanusiaan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->