You are on page 1of 1

INDIVIDUALISTIK

Pendahuluan
Individualistik bermaksud sikap pentingkan diri sendiri dan tidak mengambil tahu hal orang yang berada di sekelilingnya. Orang yang mempunyai sikap individualistik tidak akan mengambil tahu apa yang terjadi terhadap orang lain.

Sebab & Akibat


Kebanyakan orang terpengaruh dengan budaya barat yang hanya mementingkan hal sendiri dan kerja mereka sahaja. Akibatnya masyarakat akan terabai. Contohnya, jikalau seseorang itu bersikap individualistik, jikalau ada kematian yang berlaku di kampungnya juga dia tidak peduli dan mengambil bahagian. Perkara ini mula berlaku di bandar-bandar sebelum menular di kampung-kampung. Oleh yang demikian, kita sepatutnya mempunyai semangat kejiranan dalam diri kita.

Kebaikan & Keburukan


Kebaikan Dapat meningkatkan diri sendiri dalam pelajaran. Contohnya, apabila kita lebih banyak bermain daripada belajar didalam kumpulan belajar, kita perlu belajar berseorangan walaupun dikatakan pentingkan sendiri. Keburukan Penyakit sosial akan berlaku dikalangan masyarakat jikalau masyarakat mementingkan diri sendiri. Masalah seperti seks bebas dan pembuangan bayi akan menjadi perkara biasa dalam kalangan masyarakat.

Cara Mengatasi Individualistik


Banyakkan menyertai aktiviti-aktiviti yang mendorong kearah kemasyarakatan dapat mengatasi serta dapat megeratkan hubungan silaturahim sesama jiran tetangga.

You might also like