You are on page 1of 48

KAJIAN-KAJIAN LEPAS BERKAITAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI PERINGKAT TADIKA ATAU PRA SEKOLAH

Imran Ariff Ariffin Faizul Ab Kadir Khadijah Ibrahim Rizawati Abd Halim Wan Zurianti Wan Abdullah

Jabatan Kemahiran Hidup (Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional) (Universiti Pendidikan Sultan Idris 2010) 20 Oktober 2010

ABSTRAK Penulisan ini berkisarkan kajian-kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika atau pra sekolah. Penulisan ini telah di jalankan secara terperinci bagi mengetahui serba sedikit mengenai isu-isu, polisi kurikulum, dasar, pengajaran dan pembelajar (P&P) dan juga masalah berkaitan penglibatan ibu bapa di peringkat tadika/prasekolah. Penulisan ini juga akan menyentuh tentang masalah-masalah yang di hadapi oleh pihak sekolah terutama guru-guru yang mengajar pelajar tadika/prasekolah. Selain itu, penulisan ini juga akan membincangkan bagamana pihak sekolah menyelesaikan masalah pelajar tadika/prasekolah dan masalah hubugan pihak sekolah dengan ibu bapa. Namun, secara keseluruhan penulisan ini dirujuk berdasarkan bahan-bahan yang terbukti kesahihannya melalui kajian-kajian yang telah di buat oleh tokoh-tokoh dalam dunia pendidikan sebelum ini..

1.0 PENDAHULUAN Pendidikan Prasekolah di Malaysia berkonsepkan program pendidikan tidak formal yang menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun sebagai persediaan sebelum masuk ke Tahun Satu di sistem persekolahan formal. Berikutan Akta Pendidikan 1996 , pendidikan prasekolah telah diinstitusikan ke dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan dengan matlamat untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah. Peruntukan ini menunjukkan penumpuan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan prasekolah. 162. Selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya di dalam program prasekolah kerana pengalaman prasekolah bakal mencorakkan perkembangan kanak-kanak seterusnya. Pendidikan prasekolah pada tahun 1990-an tidak banyak berbeza daripada pendidikan prasekolah pada tahun 60-an bahkan selalu menarik perhatian para ibu bapa, masyarakat

mahupun pemerintah sebagai pengambil keputusan iaitu mereka menyedari bahawa kualiti masa awal kanak-kanak termasuk prasekolah merupakan cermin kualiti bangsa pada masa akan datang.

2.0 KAJIAN-KAJIAN LEPAS BERKAITAN ISU-ISU YANG TIMBUL DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Menurut kajian Grace (1992) dalam Surayah Zaidon (2003), dalam pendidikan prasekolah, kaedah yang selalu digunakan untuk mentaksir pelajar adalah dengan menggunakan portfolio iaitu rekod proses pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak. Proses pembelajaran boleh direkod melalui portfolio kerana kandungan portfolio mampu menunjukkan apa yang telah dipelajari bagaimana kanak-kanak mempelajarinya dan bagaimana kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain dalam menyempurnakan tugasan mereka. Menurut Surayah Zaidon (2003) lagi, portfolio Kanak-kanak Prasekolah merupakan satu dokumentasi penting yang dapat menceritakan dan memerihalkan perkembangan kanak-kanak sepanjang mengikuti program prasekolah. Oleh sebab itu portfolio seharusnya digunakan sepenuhnya dalam menilai perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak. Namun, didapati pelaksanaannya sekadar sebagai satu fail untuk mengumpul hasil kerja kanak-kanak. Ini merupakan satu kerugian yang besar bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi juga keseluruhan pelaksanaan program prasekolah. Pelaksanaan portfolio yang bertepatan adalah penting bagi menjamin perkembangan kanakkanak dinilai dengan berkesan dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak Manakala menurut kajian Seefeldt (1990), kanak-kanak mempunyai repertoir tingkah laku yang terhad untuk ditafsir dan tidak dapat menggunakan bahasa dengan tepat untuk menerangkan pengalaman yang dialami. Kaedah lain seperti rujukan norma atau penggredan melalui ujian bertulis tidak digunakan kerana tidak sesuai untuk pelajar prasekolah yang tidak

berupaya menggunakan bahasa yang tepat untuk menerangkan pengalaman atau pembelajaran yang dialami dan repetior tingkah laku mereka terhad. Seseorang guru prasekolah tidak wajar memberikan soalan ujian berbentuk esei kepada pelajarnya kerana pinilaian berbentuk esei tidak boleh membantu dalam merangsang idea kana-kanak dan dikhuatiri akan memberi tekanan kepada mereka. Perkara sebegini seharusnya dielakkan kerana ianya boleh merencatkan proses perkembangan idea dan bahasa kanak-kanak. Pendekatan seperti penggunaan portfolio lebih sesuai dan praktikal untuk pelajar prasekolah. Satu kajian oleh Nor Hashimah dan Khadijah (2000) menunjukkan guru tidak mempunyai masa membuat penilaian formatif terhadap pelajar ketika perlaksanaan Pendidikan Islam dan Moral di peringkat prasekolah. Oleh kerana guru banyak memberi tumpuan pada persediaan dan perlaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah, pemerhatian, senarai semak dan rekod individu jarang dilakukan. Hal ini kerana para ibu bapa lebih menekankan pencapaian akademik dan kognitif pelajar seperti asas perkiraan dan bahasa. Keadaan ini juga menyebabkan aspekaspek yang menunjukkan perkembangan kanak-kanak seperti perkembangan sahsiah dan sikap pelajar tidak menyeluruh perlaksanaannya dan hanya dibincangkan bersama ibu bapa yang berminat terhadap perkembangan anak-anak mereka.

Bagi melaksanakan penilaian ini juga, para guru perlulah mempunyai kemahiran yang cukup dan cekap dalam pemerhatian terhadap pelajar. Menurut kajian Mohamad (1993) berjudul Tugas dan Masalah Guru Dalam Mengendalikan Kurikulum Prasekolah yang dijalankan ke atas 12 orang guru tadika dan 11 orang pembantu guru Tabika Perpaduan mendapati aspek penilaian perkembangan kanak-kanak telah diketahui namun guru menghadapi kesukaran

mengendalikannya akibat kurang kemahiran. Isu yang sama timbul dalam kajian Rohaty (1996b)

bertajuk Educational Assessment of Malaysian Preschoolers. Kajian tersebut juga menunjukkan guru kurang berpengetahuan tentang kepelbagaian jenis kaedah penilaian perkembangan kanakkanak walaupun aspek-aspek penilaian perkembangan kanak-kanak telah diketahui namun perlaksanaan penilaian perkembangan tersebut sukar dijalankan. Aspek-aspek seperti jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI) seharusnya dinilai menggunakan pendekatan berbeza oleh guru mengikut kaedah yang dipelajari semasa dalam pengajian mereka. Kesemua aspek tersebut memerlukan pemantauan berterusan sepanjang sesi persekolahan. Menurut kajian Rohaty (2003) dalam Surayah Zaidon pula menunjukkan penilaian yang dijalankan cenderung kepada perkembangan akademik dan kognitif iaitu lebih menumpu kepada pelaporan kemajuan kanak-kanak kepada ibu bapa berbanding aspek lain yang juga penting dan perlu dititik beratkan seperti jasmani dan rohani, sahsiah, komunikasi dan sosial kanak-kanak. Pendekatan rujukan norma seperti ujian untuk menentukan gred markah dan kedudukan dijalankan kepada kanak-kanak. Perkara yang berlaku ini tidak sesuai untuk kanak-kanak tersebut kerana perbuatan melabel menggunakan keputusan penilaian tersebut pada peringkat prasekolah akan membebankan kanak-kanak seterusnya akan mengganggu perkembangan emosi dan tingkah laku mereka. Para guru dan ibu bapa juga akan mengalami tekanan kerana harapan untuk memajukan kanak-kanak tersebut. Kebanyakan ibu bapa lebih mengharapkan kepada pihak prasekolah untuk memajukan anak-anak mereka dan meningkatkan prestasi anak-anak dalam akademik dan kognitif. Oleh disebabkan hal ini, para guru lebih mengutamakan penilaian kognitif pelajar walaupun mempunyai kesedaran tentang kepentingan perkembangan pelajar dalam aspek-aspek lain. Menurut teori Ekologi Bronfenbrenner (1977), ahli keluarga khususnya ibu bapa mempunyai peranan penting sebagai agen sosialis dalam kehidupan kanak-kanak dan

mempunyai pengaruh paling besar ke atas semua aspek perkembangan kanak-kanak. Pengaruh baka dan persekitaran memberikan kanak-kanak kadar dan tahap perkembangan yang berbezabeza. Interaksi pengaruh-pengaruh tersebut membantu dalam menentukan pencapaian perkembangan ke satu tahap yang maksimum. Oleh hal yang demikian, perkembangan kanakkanak sama ada dalam aspek kognitif, fizikal atau kerohanian perlu lebih diterapkan dari kediaman kanak-kanak itu sendiri berbanding di prasekolah.

2.1

ISU DAN PERMASALAHAN YANG TERDAPAT KETIKA MENGAJAR DI PERINGKAT PRASEKOLAH.

2.1.1 Celik Huruf

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPM), Datin Asariah binti Mior Shaharuddin berkata, KPM menetapkan agar semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) ketika melangkah ke tahun empat sekolah rendah sebelum penghujung 2012. Beliau berkata demikian semasa merasmikan Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Zon Sabah di Kota Kinabalu pada awal Oktober 2009.

Sukatan pelajaran prasekolah, antara lain, bertujuan untuk mencelikhurufkan murid. Ada guru Bahasa Melayu beranggapan bahawa semua murid yang diterima masuk ke kelas tahun satu sudah celik huruf. Apabila anggapannya itu meleset, mereka mengeluh. Mereka berasa berat untuk mengajarkan a-b-c kepada beberapa orang murid yang tidak berpeluang mengikuti kelas

prasekolah. Ada juga murid yang sudah mengikuti prasekolah tetapi masih belum celik huruf. Murid-murid ini menokok jumlah murid yang perlu dicelikhurufkan oleh guru Bahasa Melayu tahun satu.

Dahulu, pada semester pertama, memang ada program khas. Mulai tahun 2006 KPM memperkenalkan pula program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 2010 menyatakan, KIA2M bertujuan untuk memastikan murid-murid tahun satu menguasai kemahiran 2M selepas enam bulan belajar di sekolah. Tujuan ini tidak tercapai apabila pada akhir Ogos 2006 hampir 100 ribu murid tahun satu belum celik huruf. Pada akhir September 2009 pula sebanyak 85,000 murid tahun satu belum menguasai 2M.

Berdasarkan sasaran yang diuar-uarkan oleh Menteri Pelajaran dan timbalannya dalam BHO, pada tahun hadapan dan tahun 2011 jumlah murid tahun satu yang belum celik huruf pada akhir tahun dijangka masih dalam lingkungan 50,000 orang. Malah, apabila kita mengambil kira jumlah kelahiran yang semakin meningkat, jumlah ini tidak banyak berubah pada akhir tahun 2012. Jadi, penetapan sasaran 85 hingga 87 peratus kanak-kanak berpeluang mengikuti prasekolah pada tahun 2012 itu rendah.

Penetapan sasaran yang rendah ini pasti menghampakan pendukung PIPP yang ingin melihat murid-murid tahun satu menguasai kemahiran 2M selepas enam bulan belajar di sekolah. Kenyataan bahawa semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran 3M selepas melangkah ke tahun empat pula bagaikan mengesahkan kehampaan pendukung PIPP.

2.1.2 Kesukaran Menguasai Konsep Nombor

Konsep nombor merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah. Nombor memainkan peranan yang penting dalam menguasai pembelajaran Matematik prasekolah. Namun begitu, didapati segelintir guru tidak memahami perkembangan kanak-kanak dan asas dalam perkembangan Matematik dengan terus mengajar kanak-kanak simbol nombor 1, 2, 3 dan seterusnya tanpa mengaitkan nombor-nombor ini dengan objek di sekeliling (Rohani et. Al, 2004). Ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat mengaitkan nombor dengan keadaan sebenar.

2.1.3

Penggunaan Portfolio Bagi Penilaian Kanak-Kanak Prasekolah

Tempat penyimpanan hasil kerja adalah juga satu masalah penggunaan portfolio. Terdapat berbagai bentuk portfolio yang boleh diselenggara. Antaranya menggunakan kotak, fail, folder atau disket. Cara menyimpan hasil kerja banyak bergantung kepada pengalaman guru menyelenggara portfolio pada tahun-tahun sebelumnya. Akibat ketidakcekapan guru mengumpul hasil kerja, sikap guru yang tidak selektif, guru sering kali memasukkan kesemua hasil kerja tanpa dianalisis. Ini menjadikan bahan yang dikumpul terlalu banyak dan menjejaskan bentuk fizikal portfolio.

Kajian Umi Kalsom Takriff (2003) dalam Surayah Zaidon (2004), berjudul Persepsi Guru Terhadap Pelaksaan Penilaian Di Prasekolah JAWI mendapati guru melibatkan kanak-kanak

semasa mengumpul hasil kerja walaupun kesemua hasil kerja disimpan ke dalam portfolio tanpa melalui proses pemilihan. Penyemakan pula adalah secara langsung atau spontan di mana guru memberi komen secara lisan tentang kesalahan hasil kerja terus kepada kanak-kanak. Kandungan portfolio terutamanya hasil seni dipamerkan di kelas. Kajian tersebut mendapati pengesanan perkembangan keseluruhan kanak-kanak memerlukan pemerhatian ke atas aktiviti kanak-kanak dan interaksi bersama kanak-kanak selain dari maklumat dari hasil kerja. Hasil kerja yang dikumpul terbatas kepada yang berasaskan kertas yang berbentuk lembaran kerja dan hasil tulisan yang merupakan salinan atau adaptasi dari buku-buku rujukan di pasaran. Pengumpulan kandungan portfolio tidak dijalankan mengikut prosedur tertentu dengan penglibatan kanak-kanak yang terhad. Dari segi tatacara menilai kandungan portfolio, kaedah semakan yang paling menonjol adalah secara memberi ganjaran. Penyemakan yang dijalankan adalah lebih berbentuk perbandingan di antara hasil kerja yang terkini dengan yang terdahulu. Penganalisaan kandungan portfolio adalah berdasarkan objektif pembelajaran dan tahap perkembangan. Menurut Surayah Zaidon (2004), penyemakan yang dijalankan adalah lebih berbentuk perbandingan di antara hasil kerja yang terkini dengan yang terdahulu. Penganalisaan kandungan portfolio adalah berdasarkan objektif pembelajaran dan tahap perkembangan. Kajian beliau telah mengenal pasti antara masalah yang dihadapai guru dalam menggunakan portfolio secara berkesan adalah latihan yang terbatas, bilangan kanak-kanak yang terlalu ramai, peruntukan masa yang banyak diperlukan untuk menilai hasil kerja kanak-kanak dan limitasi portfolio dalam menggambarkan perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan. Banyak kajian menunjukkan guru tadika mempunyai pengetahuan yang terhad dalam aspek penilaian perkembangan kanakkanak akibat pendekatan latihan pra perkhidmatan yang

berunsurkan teori dan mengetepikan ataupun memperlekehkan pengaplikasian teori. Bakal guru perlu diberi pendedahan kepada input yang dapat merealisasikan matlamat pelaksanaan penilaian. Kanakkanak mempunyai repertoir tingkah laku yang terhad bagi dinilai. Justeru, guru perlu didedahkan kepada pelbagai alat pentaksiran pemerhatian daripada segi teori dan pratikal seperti rekod anekdot,dapat menjamin bakal guru benar-benar faham bentuk penilaian yang perlu dijalankan di peringkat prasekolah dan tidak mengambil jalan mudah dengan menggunakan ujian-ujian yang hanya menguji perkembangan kognitif kanakkanak.

2.1.4

Kurang Pengetahuan Dalam Pengajaran Sains Awal

Perubahan kurikulum prasekolah yang sering berlaku di Malaysia banyak menyusahkan proses pembelajaran dan pengajaran guru di peringkat prasekolah. Kurikulum standard prasekolah kebangsaan amat menekankan pengajaran sains awal kepada kanak-kanak prasekolah. Perubahan ini menyebabkan guru-guru prasekolah kurang pengetahuan dalam pengajaran sains awal. Hal tersebut juga memberi kesan terhadap sikap dan keyakinan guru-guru prasekolah dalam pengajaran sains awal. Menurut kajian Zurida Ismail dan Hashimah Yunus (2004), dalam mengkaji sikap dan pengetahuan dalam pengajaran sains awal di peringkat sekolah, walaupun umumnya

menunjukkkan respon positif terhadap pengajaran sains awal tetapi masih terhadap guru sebanyak (7.4%) yang menyatakan mereka merasakan pengajaran sains awal tidak begitu

menarik. Manakala hampir 40% pula berpendapat mereka menghadapi kesukaran untuk memahami sains dan beranggapan pengajaran sains awal mengambil masa yang panjang. Selain itu terdapat juga guru yang belum mempunyai pengalaman dalam mengajar mata pelajaran sains. Pengetahuan dan sikap yang positif penting dalam pengajaran sains awal di prasekolah.

3.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)

3.1 Perlakasanaan Aktiviti Belajar Melalui Kaedah Bermain Pendidikan Prasekolah adalah pendidikan asas yang penting dan ia telah mendapat perhatian di semua peringkat masyarakat kerana ia merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selain daripada pendidikan yang diterimanya di rumah. Di Malaysia, program pendidikan prasekolah adalah satu program pendidikan untuk golongan kanak-kanak berusia antara 4 hingga 6 tahun sebelum mereka memasuki pendidikan secara sekolah rendah. Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa. Main adalah sebagai penentu penting bagi perkembagan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid. Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Di antara permainan lazim yang dimainkan dalam bilik darjah teka-teki, teka silang kata, kad-kad nombor, kad-kad bergambar, catur dan sebagainya. Selain itu bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan. Almy (1984, formal di Tahun Satu

Fagen) menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambil kira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanak kanak melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan pandangan tokoh-tokoh lain dimana dalam membincangkan ciri-ciri main mereka menyebut; Pertama, main adalah motivasi dalaman. Lenyap dengan sendiri, berlaku hanya untuk kepuasan semasa melakukannya. Kedua, ciri-ciri yang berkaitan dengan main mestilah ada kebebasan memilih oleh peserta. Mengikut Vygotsky (1962) Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawalsituasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran yang tinggi melalui bermain. (Spodek et al. 1987, p. 181). Jerome Singer (Spodek,1983) menganggap imaginative play sebagai usaha kanakkanak menggunakan kebolehan fizikal dan mental mereka dalam menyusun pengalaman. Beliau juga berpendapat bahawa dalam permainan, kanak-kanak meneroka alam yang boleh menjadikan mereka berkebolehan dalam menghadapi masalah persekitaran dan boleh menjadikan mereka kreatif. Namun begitu, masih terdapat isu iaitu guru sukar untuk melaksanakan kaedah belajar melalui bermain kepada kanak kanak. Strategi pengajaran dan pembelajaran masih bertumpu kepada aktiviti menyebut, mengeja, membaca, menulis, melukis dan mewarna. Perbezaan strategi pengajaran guru KEMAS, JAIM, PERPADUAN , KPM, DAN SWASTA terdapat pada pendekatan yang digunakan dalam pengajaran, bentuk rancangan pelajaran yang disediakan dan

interaksi guru-murid dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kebanyakan guru juga tiada atau pun kurang kefahaman serta tidak memahami perkembangan dan minat kanak-kanak disamping keperluan mereka. Bersabit dengan tugas-tugas melaksanakan pengajaran melalui aktiviti bermain, terdapat faktor - faktor masalah guru-guru dalam menjalankan aktiviti belajar melalui bermain. Antara faktor faktor tersebut adalah mereka kekurangan pengetahuan dan kemahiran untuk menyampaikan aktiviti belajar melalui bermain. Menurut mereka lagi, masalah ini berpunca daripada perkembangan yang pesat dalam pendidikan prasekolah. Guru-guru yang ditemubual mengatakan mereka berkeyakinan bahawa masalah yang dihadapi ini boleh diatasi jika mereka diberi peluang mengadakan perbincangan pendidikan dengan pakar-pakar, pentadbir dan penyelidik pendidikan prasekolah (Almy, 1984). Menyentuh hal tersebut, kebanyakan guru-guru mengatakan terdapat beberapa perkara penting berkaitan dengan masalah kekurangan pengetahuan dan kemahiran iaitu seperti guru kurang faham dengan pendekatan dan cara-cara penyampaian aktiviti, guru kurang yakin dengan pengajaran yang ingin disampaikan, guru juga kurang memahami psikologi kanak-kanak, guru kurang mahir membuat alat bantu mengajar, guru kurang faham dengan kurikulum prasekolah kebangsaan, dan guru mengalami kesukaran membuat pemerhatian dan penilaian ke atas kanakkanak (Almy, 1984). Masalah yang paling ketara dalam melaksanakan aktiviti belajar melalui bermain ialah bahan bantu mengajar. Bahan bantu mengajar yang dibekalkan mestilah selari dan bersesuaian dengan permainan dan konsep yang perlu melibatkan keenam-enam komponen iaitu komponen Perkembangan Bahasa dan Komunikasi, Perkembangan Kognitif, Perkembangan Fizikal, Perkembangan Kerohanian dan Moral, Perkembangan Kreativiti dan Estetika dan Perkembangan

Sosioemosi. Boleh dikatakan guru-guru prasekolah memahami dan berpengalaman dalam pengurusan dan pengendalian tadika, tetapi bahan bantu mengajar tidak mencukupi. Mereka boleh menggunakan bahan terbuang tetapi ia bergantung kepada kreativiti guru sendiri dalam mengolah bahan tersebut. Bahan-bahan seperti kotak tisu, kotak mancis, cawan plastik, botol plastik, tin susu, bekas telur, daun kering dan lain-lain lagi boleh digunakan sebagi bahan bantu mengajar yang menjadi pemangkin dalam kaedah belajar melalui bermain. Walau bagaimanapun usaha ini menjadi sia-sia sahaja jika tiada strategi yang tepat dan betul. Kebanyakan guru juga masih kurang faham tentang Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003. Mereka menghadapi kesukaran untuk menentukan kebolehan mental dan fizikal murid. Mereka juga sukar menentukan apakah jenis aktiviti tahap pelajaran yang hendak dijalankan supaya menjadi lebih berkesan. Turut dikenalpasti ialah masalah yang berkaitan dengan penyediaan bahan pengajaran. Didapati isi kandungan buku aktiviti oleh panel tadika masing-masing perlu disesuaikan dengan Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dengan tahap umur dan pencapaian kanak-kanak. Ini pula menyebabkan kesukaran guru mengenal pasti tahap-tahap pencapaian kanak-kanak seperti menentukan hasil pembelajaran tersebut (Rohani Abdullah ,2004). Masalah juga timbul untuk menyediakan peralatan dan keselesaan kanak-kanak beraktiviti belajar melalui bermain. Masalah ini berpunca daripada tempat belajar yang sering digunakan untuk majlis dan upacara kemasyarakatan. Ini mengakibatkan keceriaan sekolah tidak dapat dibentuk mengikut matlamat tadika yang sebenarnya. Terdapat banyak kelas atau bangunan di mana kelas ini dijalankan tidak begitu selesa dan kurang menggalakkan dari segi pembelajaran kanak-kanak tabika. Contohnya, terdapat sebahagian tadika yang begitu sempit, tandas yang tidak sesuai dan tiada pagar yang sesuai untuk keselamatan kanak kanak.

Pada amnya mereka masih kekurangan kemahiran menyoal, mengarah, menilai dan membuat dendaan. Ini penting kerana seseorang guru prasekolah seharusnya mempunyai kemahiran mengendalikan kelas di samping menjadi pembimbing, penasihat, pengajar, pentadbir dan lainlain lagi kepada kanak-kanak ini (Rohani Abdullah, 2004). Mengenai proses penyampaian aktiviti, masalah yang ditimbulkan berkisar kepada penggunaan bahan bantu mengajar. Penggunaan boneka, model-model, doh serta bahan lakonan kurang dititik beratkan. Perkara yang menjadi punca masalah adalah disebabkan kurang kemahiran, kurang peruntukan membiayai pembuatan bahan dan peralatan. Ini dikuatkan lagi dengan faktor sikap yang negatif di sesetengah kalangan guru tersebut. Berkaitan dengan penilaian, jelas terbukti bahawa kemahiran pengukuran dan penilaian di kalangan guru-guru masih di tahap asas. Konsep penilaian yang melibatkan pemerhatian, temuduga, ujian dan persepsi masih belum difahami sepenuhnya oleh sesetengah guru-guru. Umumnya kemahiran pengurusan mikro di kalangan guru-guru masih ditahap yang minima.

4.0 DASAR "Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ialah Dasar yang komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi semua kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-kanak berlandaskan acuan Malaysia. Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada". Penyataan Dasar ini penting memandangkan kanak-kanak merupakan kumpulan masyarakat yang perlu diberi perhatian oleh Kerajaan, ibu bapa, NGO dan pihak swasta supaya

mereka dibesarkan mengikut acuan Malaysia ke arah melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi dan berperibadi mulia. Justeru semua pihak yang bertanggungjawab perlu menggembleng tenaga, kepakaran dan sumber, menyediakan program, perkhidmatan, pendidikan dan latihan, perlindungan serta kemudahan-kemudahan yang dapat merangsang perkembangan positif kanakkanak.

5.0 PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PRASEKOLAH Dalam keadaan masyarakat sekarang ini, sebahagian besar ibu bapa bekerja sehingga mempunyai waktu yang sangat terhad bagi merangsangkan anak-anaknya di rumah. Ibu bapa dari keluarga kurang bernasib baik kurang memperhatikan tentang pentingnya stimulasi pada usia awal ini.Menurut Rohaty (2003) dalam kajiannya di Malaysia, seringkali keadaan di rumah kurang merangsangkan pembelajaran di persekitaran mereka. Sedangkan ibu bapa daripada golongan berada biasanya sibuk bekerja dan kurang dapat meluangkan masa bagi melayan anakanak mereka ke arah penyediaan pengetahuan dan kemahiran yang menjadi syarat kejayaan di sekolah. Akhirnya ibu bapa kehilangan peluang untuk mengembangkan anak-anaknya secara maksima. Pendidikan prasekolah boleh menjadi institusi yang membantu ibu bapa menyelesaikan permasalahan ini. Menurut Morrison (1978) pengertian penglibatan ibu bapa yang komprehensif adalah proses aktualisasi daripada potensi ibu bapa, untuk membantu ibu bapa mencari kekuatan dan bakatnya serta menggunakannya bagi diri mereka sendiri dan keluarga. Penglibatan ibu bapa sangat menentukan pencapaian kanak-kanak dalam matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak prasekolah. Conway (2003) menyatakan penglibatan ibu bapa perlu lagi digalakkan kerana memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan sosial dan kejayaan akademik kanak-

kanak. Dapatan kajian daripada Arnold (2008) dan Izzo et al. (1999) menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa yang lebih tinggi menentukan pecapaian akademik kanak-kanak yang tinggi. Miedel and Reynolds (1999) juga mendapati bahawa penglibatan ibu bapa yang lebih tinggi di prasekolah berkaitan dengan kemahiran membaca kanak-kanak yang lebih baik, kadar keciciran yang lebih rendah, masa yang lebih pendek di kelas pendidikan khas ketika kanakkanak berada di kelas lapan. Dapatan Marcon (1999) juga menyatakan bahawa penglibatan ibu bapa yang lebih tinggi dan jenis penglibatan yang lebih aktif berkaitan dengan kemahiran berbahasa kanak-kanak yang lebih baik, perkembangan sosial, motor, dan adaptif yang lebih baik. Kajian lain yang dilakukan di Head Start, Amerika Syarikat, mendapati bahawa penglibatan ibu bapa berkaitan dengan keterampilan dan perilaku di kelas (Taylor & Machida, 1994). Merujuk kepada dapatan kajian-kajian ini, penglibatan ibu bapa sangat penting dan pihak sekolah harus menumpukan perhatian kepada cara-cara untuk melibatkan ibu bapa bagi menyokong kejayaan pendidikan kanak-kanak. Guru dan pengetua perlu menyokong penglibatan ibu bapa dalam aktiviti-aktiviti di prasekolah dan menyamakan persepsi pengetua dan para guru tentang penglibatan ibu bapa. Ibu bapa perlu memahami kepentingan pendidikan prasekolah bagi kehidupan kanak-kanak mereka di masa hadapan sehingga penglibatan mereka di prasekolah boleh ditingkatkan. Penglibatan ibu bapa merupakan manifestasi daripada persepsi terhadap pendidikan prasekolah. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan prasekolah merupakan topik utama daripada kajian ini. Namun begitu, terdapat beberapa masalah berkaitan dengan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Masalah yang pertama berkaitan dengan persepsi ibu bapa terhadap pendidikan prasekolah. Sebagai negara kepulauan yang luas dan mempunyai masyarakat yang majmuk,

persepsi ibu bapa akan pentingnya pendidikan prasekolah sangat beragam dan masih banyak ibu bapa yang tidak menyedari kepentingan pendidikan prasekolah (Direktorat Pendidikan Anak Usia Dini, 2007). Ibu bapa daripada keluarga kurang bernasib baik cenderung kurang menganggap kepenting pendidikan prasekolah. Apalagi bila mereka tinggal di luar bandar yang tidak mempunyai akses kepada pendidikan prasekolah. Persepsi ibu bapa yang rendah mengenai kepentingan pendidikan prasekolah ini mengakibatkan penglibatan mereka di pendidikan prasekolah juga rendah. Ibu bapa dari kelompok rendah kurang berpartisipasi dalam pendidikan anak-anak mereka di sekolah (Grolnick et al., 1997). Ibu bapa biasanya mesti bekerja untuk menyokong kewangan keluarga sehingga mereka tidak mempunyai masa untuk terlibat di prasekolah. Keadaan ini menjadi lebih buruk apabila latar belakang pendidikan mereka juga rendah sehingga kurang menganggap penting penglibatan mereka di prasekolah. Sedangkan ibu bapa daripada golongan tinggi menganggap tidak perlu terlibat banyak di sekolah kerana sudah membayar mahal kepada pihak prasekolah. Kesibukan mereka juga menjadi faktor kurangnya penglibatan mereka di prasekolah. Masalah kedua adalah masalah persepsi guru dan pengetua tentang penglibatan ibu bapa yang dipengaruhi oleh latar belakang pendidikan dan pengalaman guru dan pengetua. Persepsi tentang sejauh mana ibu bapa boleh terlibat berbeza antara guru dan pengetua, antaranya sejauh mana ibu bapa boleh terlibat dalam membuat keputusan di prasekolah, sejauh mana ibu bapa boleh membantu guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan sejauh mana ibu bapa boleh dilibatkan dalam bidang kurikulum di prasekolah. Persepsi guru dan pengetua ini juga berkaitan dengan keperibadian guru dan pengetua. Ada guru yang introvert, mempunyai sikap tidak mahu dibetulkan oleh ibu bapa, berpendapat tidak perlu melibatkan ibu bapa terlalu banyak kerana mereka pasti tidak mempunyai masa. Thomas (1987) menyatakan masalah timbul bila guru enggan bekerjasama

dengan ibu bapa yang bukan daripada golongan profesional. Di Indonesia 99 peratus prasekolah diurus oleh pihak swasta di mana kewangannya sangat bergantung kepada yuran pelajar dan pihak penyokong atau penderma (Direktorat Pembinaan TK dan SD, 2008). Keadaan ini juga mempengaruhi pihak prasekolah untuk menumpukan perhatian pada program yang melibatkan ibu bapa di prasekolah.

6.0 KESIMPULAN Melalui kajian-kajian lepas yang telah dibuat, terdapat beberapa isu dan permasalahan yang sering menyukarkan pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah. Para guru dan pihak pentadbiran seharusnya bekerjasama dalam mengawal dan menyelesaikan segala masalah yang akan dan bakal dilalui apabila berada ditahap pendidikan prasekolah. Sememangnya kita perlu mengetahui keadaan kanak-kanak di peringkat prasekolah, bagaimana tahap pemikiran dan tingkahlaku mereka supaya segala apa yang kita lakukan akan meningkatkan lagi kepercayaan dan keyakinan mereka dalam melakukan sesuatu perkara.

Pihak kerajaan harus mewujudkan lebih banyak sekolah-sekolah pendidikan yang berteraskan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan bagi kanak-kanak prasekolah yang bakal menerajui Negara kita suatu hari nanti. Akhir kata, kerjasama semua pihak terutamanya pihak kerajaan harus diwujudkan dengan pihak-pihak kementerian pendidikan supaya segala perancangan yang akan dilakukan bagi kanak-kanak prasekolah akan lebih terjamin keberkesanannya.

BIBLIOGRAFI Abdul Rahman Rashid. (1995). Kepentingan alat bantu mengajar dalam pengajaran bahasa, Jurnal Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Almy, M. 1984. A child right to play.In J.F. Brown (ED).Administrating for young children. Washington: NAEYC. Almy, M., Monighan, P., Scales, B., & Van Hoorn, J. (1984). Recent research on play:

The teacher's perspective. In L. Katz (Ed.), Current topics in early childhood education, V (pp. 1-22). Arnold, D.H., Zeljo, A. & Doctoroff, G.L. (2008) . Parent involvement in preschool: Predictors and the relation of involvement to prelitery development. School Psychology Review 37 (1), 74-90. Bronfenbrenner, U., & Morris, P. A. (1998). The ecology of developmental processes. Dalam W. Damon (series Ed.) & R. Lerner (Vol. Ed.), Handbook of child psychology: Vol I, Theoretical models of human development (pp. 993-1028), New York:Wiley. Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Cockcroft, W. H. (1986). Mathematics Counts. London : HMSO Conway, J. (2003). Parental involvement in school can work wonders for children. Diperoleh pada 21 Ogos 2010 http://www.ahwatukee.com/afn/opinion/editorial/010815e.html.

Flansburg, S. (1994). Math Magic. New York : Harper Perennial Fagen R.1981. Animal Play Behaviour, Oxford University Press. Grace, C. 1992. The portfolio and its use: Developmentally appropriate assesment of young children. ERIC Digest. (Online) http://www.ericdigests.org/1992-1/use.htm muat turun pada 20 Ogos 2010 Grolnick,W.S., Benjet, C., Kurowski, C.O., and Apostoleris, N.H. (1997). Predictors of parent involvement in children's schooling. Journal of Educational Psychology 89, 538548.

Hunt, J.M. (1961). Intelligence Kamaruddin dan Siti Hajar. (2004), Pedagogi Asas Pendidikan, Kuala Lumpur: Kayazano Enterprise Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003.Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Huraian Kurikulum Kebangsaan Prasekolah.Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Kurikulum Kebangsaan Prasekolah. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Marcon, R. A. (1999). Positive relationships between parent school involvement and public school inner-city preschoolers development and academic performance. The School Psychology Review 28(3), 395412. Miedel, W. T., & Reynolds, A. J. (1999). Parent involvement in early intervention for disadvantaged children: does it matter? Chicago longitudinal study. Journal of School Psychology 37(4), 379402.

Mohamad Hj. Abu Daud. 1993. Tugas dan masalah guru dalam mengendalikan kurikulum prasekolah. Disertasi Ijazah Sarjana Pendidikan.Universiti Malaya. Mohd Isa Abd Razak (2009). Celik Huruf : Semua Pihak Perlu Lebih Bersungguh Menanganinya diperoleh pada 20 Ogos 2010 daripada http://mohdisaabdrazak.blogspot.com/2009/11/celik-huruf-semua-pihak-perlu-lebih.html Morrison, G.S. (1978). Parent involvement in the home, school and community. Ohio: Charles E. Merrill Publishing Company.

Nor Hashimah Hashim & Khadijah Zon.2000. Pelaksanaan penilaian pendidikan Islam

Dan Moral: Satu tinjauan di prasekolah. Seminar Pendidikan Awal Kanak-kanak. Universiti Sains Malaysia. Piaget, J. (1952). The child's conception of number. New York: Norton Rohani Abdullah (2004). Panduan Kurikulum Prasekolah. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Rohaty Mohd. Majzub. 2003. Pendidikan prasekolah: Cabaran kualiti. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Rohaty Mohd. Majzub. 1996b. Educational assessment of Malaysian preschoolers.Projek IRPA. Sarina Baharuddin (2009), Definisi Pengajaran dan Pembelajaran (Online) diperolehi pada

20 Ogos 2010 http://sarinapraktikum.blogspot.com/2009/07/definisi-pengajaran-danpembelajaran.html Seefeldt, C.1990. Assessing young children. In Seefeldt (Ed.). Continuing issues in early childhood education. Upper Saddle River, NJ: Merrill/ Prentice Hall. Spodek.B. (ed). 1983. Handbook of Research in Early Childhood Education. New York: The Free Press.

Surayah Zaidon (2004). Satu Tinjauan Penggunaan Protfolio Kanak Kanak Prasekolah. Maktab Penguruan Islam : Jabatan Bahasa.

Surayah Zaidon. 2003. Persepsi guru parasekolah terhadap penggunaan portfolio. Disertasi Sarjana Pendidikan. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Taylor, A. R., & Machida, S. (1994). The contribution of parent and peer support to Head Start childrens early school adjustment. Early Childhood Research Quarterly 9(3/4), 205387.

Thomas, G. (1987). Extra people in the classroom. Educational Research 29, 173-81 Vygotsky, L.S. (1962). Thought and Language. Cambridge, M.A : Mit Press. Zurida Ismail dan Hashimah Yunus (2004), Sikap Dan Keyakinan Guru dalam Pengajaraan Sains Awal diperolehi pada 20 Ogos 2010 daripada http://eprints.usm.my/

2.0 Penilaian dalam Mengenal Pasti Kemajuan Kanak-kanak 2.1 Konsep Penilaian

Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru juga menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Penilaian ialah proses mengumpul maklumat dan mengesan kemajuan kanak-kanak dalam aspekpengetahuan, kemahiran dan penguasaan kanak-kanak terhadap sesuatu proses pembelajaran bagi membantu perkembangan yang seterusnya. Proses ini dijalankan secara berterusan dan bersesuaian dengan objektif pembelajaran dan tahap perkembangan individu setiap kanak-kanak semasa kanak-kanak mengalami proses pembelajaran. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Arthur et.al. (1996) berpendapat penilaian ialah proses mengumpul bukti dan membuat pertimbangan tentang keperluan, kekuatan, kebolehan dan pencapaian. Ia juga membawa maksud proses mengumpul data dan membuat pertimbangan tentang keberkesanan program pengajaran, polisi dan prosedur. 2.2 Matlamat Penilaian Penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sama pentingnya dengan pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Matlamat utama penilaian ialah untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Menurut Putri Zabariah dan Rohani (2007) penilaian dijalankan adalah supaya guru dapat: 2.2.1 Mengesan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh; 2.2.2 Melihat perubahan pada perkembangan setiap kanak-kanak; 2.2.3 Membuat perancangan dan pengubahsuaian aktiviti pengajaran untuk membantu meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak; 2.2.4 Mempelajari keperluan setiap kanak-kanak; 2.2.5 Mengesan keberkesanan aktiviti, rutin, dan strategi yang digunakan; 2.2.6 Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa. 2.2.7 Memberi laporan yang tepat kepada ibu bapa, pakar-pakar kesihatan, guru besar dan pegawai-pegawai yang memantau; 2.2.8 Menghargai hasil kerja kanak-kanak; dan 2.2.9 Membuat tindakan susulan serta-merta 2.3 Kaedah Penilaian

Penilaian di peringkat prasekolah bercorak tidak formal dan dijalankan ke atas kanakkanak secara pemerhatian yang berterusan. Pemerhatian adalah satu kaedah penilaian melalui pemerhatian yang dijalankan secara sistematik, jelas dan tepat. Penilaian dilaksanakan melalui pemerhatian terhadap tingkah laku, perbualan atau interaksi dan hasil kerja murid. Oleh sebab kadar penerimaan dan kefahaman sesuatu konsep bagi setiap murid adalah berbeza, maka penilaian sangat sesuai dilakukan secara individu. 2.3.1 Pemerhatian Pemerhatian ialah pengamatan kepada perlakuan kanak-kanak yang bersesuaian dengan perkembangan mereka. Dalam konteks penilaian, pemerhatian adalah satu kaedah yang sistematik yang dilakukan oleh guru untuk mengumpul data atau maklumat atau merekodnya dengan tepat. Guru perlu ada kemahiran memerhati secara prihatin pada apa yang berlaku pada setiap kanak-kanak melalui pemerhatian yang dibuat terhadap tingkah laku, perbualan dan hasil kerja kanak-kanak. Melalui pemerhatian terhadap tingkah laku kanak-kanak, guru boleh memerhatikan dan menilai murid semasa aktiviti bermain pondok-pondok, menyusun blok bersama rakan-rakan, semasa mereka bermain bersama rakan-rakan atau bersendirian, semasa aktiviti pembelajaran seperti membuat kolaj dalam kumpulan, aktiviti mengikat tali kasut, menyelesaikan masalah bersama rakan dan sebagainya. Manakala pemerhatian terhadap perbualan atau interaksi yang boleh diperhatikan ialah semasa perbualan atau interaksi antara murid dengan guru, perbualan atau interaksi antara murid dengan murid, interaksi murid dengan bahan, main peranan, bercerita dan bersoal-jawab, semasa aktiviti nyanyian, hafazan, bacaan dan lain-lain. Pemerhatian ke atas kanak-kanak hendaklah dilakukan dalam semua domain iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor. Selain itu, guru boleh menilai hasil kerja murid melalui rekod kerja yang dikumpulkan dan menjadi sumber maklumat kemajuan kanak-kanak, kekuatan, kelemahan, konsep, dan kemahiran yang mereka ketahui dan kuasai. Setiap bahan atau hasil kerja murid dikumpulkan dalam bentuk portfolio. Beberapa bahan yang dikumpulkan dalam portfolio murid ialah hasil lukisan, mewarna, lakaran, tulisan, buku skrap, kraf tangan, buku kecil, dan model, video kanakkanak, gambar yang diambil semasa kanak-kanak menjalani aktviti pengajaran dan pembelajaran di prasekolah dan sebagainya.

2.4 Waktu Penilaian

Dalam konteks pendidikan prasekolah, setiap pengajaran yang disampaikan oleh guru kepada kanak-kanak hendaklah dinilai. Penilaian ke atas kanak-kanak hendaklah dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung sama ada secara berkala masa atau mengikut kekerapan yang perlu. Hal ini bersesuaian dengan pendapat Putri Zabariah dan Rohani (2007) bahawa penilaian ke atas sesuatu pengajaran dan pembelajaran mesti bermula daripada awal, semasa dan di akhir pembelajaran. Segala maklumat yang dikumpulkan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran memberi suatu gambaran berkenaan penguasaan kanak-kanak. Melalui proses penilaian yang dijalankan, guru dapat mengikuti perubahan yang berlaku daripada semasa. Justeru itu, waktu penilaian ke atas kanak-kanak adalah secara berterusan dan tiada had masa tertentu. 2.5 Tindakan Susulan Sebagaimana yang terkandung dalam Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003), Tindakan susulan adalah aktiviti bimbingan, pengukuhan dan pengayaan, setelah dikenal pasti kelebihan atau kekurangan perkembangan murid. Aktiviti bimbingan dirancang bagi membantu murid mengatasi masalah pembelajaran agar kelemahan murid tidak terhimpun. Proses penilaian hendaklah dilaksanakan semula. Aktiviti pengukuhan merupakan pengukuhan kepada pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai. Aktiviti pengayaan hendaklah dirancang untuk memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar setelah aktiviti, kemahiran, atau aspek yang sepatutnya dipelajari telah dikuasai atau disiapkan. Semasa menjalankan tindakan susulan guru boleh menyediakan aktiviti bagi membantu murid yang memerlukan lebih perhatian atau pun aktiviti yang lebih mencabar. Kepekaan guru dalam penilaian berterusan ini dapat meningkatkan pencapaian setiap murid ke tahap yang optimum. Antara kebaikan menjalankan tindakan susulan di prasekolah ialah: 2.5.1 Kelebihan murid dalam pencapaian boleh diperkukuh dan dipertingkatkan melalui aktiviti yang mencabar. Kekurangan tahap pencapaian murid boleh dibantu melalui bimbingan yang sewajarnya. 2.5.2 Perkembangan dan kemajuan murid dapat dipantau dengan seadilnya secara individu, kumpulan, dan kelas melalui proses pembelajaran. 2.5.3 Murid yang telah menguasai tahap pencapaian yang sepatutnya perlu disokong dan diberi dan diberi lebih banyak aktiviti pengukuhan bagi meningkatkan pencapaian. 2.5.4 Murid yang belum menguasai tahap pencapaian yang sepatutnya perlu diberi aktiviti bimbingan dan sokongan yang bersesuaian dengan aras penguasaan murid tersebut. 2.5.5 Guru juga perlu memaklumkan kepada ibu bapa tahap penguasaan anak mereka untuk memperoleh sokongan tambahan di rumah. 3.0 Penilaian Semasa Kanak-kanak Bermain

Dari sudut psikologi terdapat 12 aspek perkembangan yang dapat dikenal pasti semasa memerhati kanak-kanak yang sedang bermain. Walau bagaimanapun hanya lima aspek perkembangan yang akan dibincangkan iaitu: 4.1 Aspek Perkembangan Kognitif Banyak kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main dan pembelajaran kanak-kanak.Mengikut Piaget (1983, keupayaan adaptasi psikologikal adalah amat penting dalam memastikan perkembangan struktur kognitif atau mental kanak-kanak. Piaget memandang main sebagai aktiviti pengukuhan untuk tingkah laku yang baru dipelajari. Walaupun main bukan kesamaan dengan pembelajaran, apa yang pasti, main mempermudahkan cara pembelajaran. Ini adalah kerana bermain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperoleh pengalaman baru agar dapat diadaptasikan dalam struktur kognitif mereka. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk membantu merangsang perkembangan kognitif kanak-kanak. Guru boleh menggalakkan kanak-kanak berfikir dengan cara mengadakan permainan yang boleh mencabar pemikiran kanak-kanak seperti bersoal-jawab apa yang mereka akan rasa sekiranya mereka menjadi sebuah buku, menjadi sebuah basikal, dan sebagainya. Permainan seperti ini mendorong kanak-kanak berfikir secara spontan dan secara langsung akan membantu perkembangan kognitif mereka. Aktiviti lain yang guru boleh jalankan ialah aktiviti permainan air. Permainan air boleh dijalankan di dalam atau di luar kelas. Tempat air boleh berbentuk tetap atau sementara. Guru perlu mengambil kira beberapa aspek semasa kanak-kanak menjalani aktiviti main air. Antaranya ialah penyediaan bahan, penyediaan tempat atau ruang, pakaian yang sesuai, mestilah berdekatan dengan sumber air, dan mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu. Berbagai perkara dalam aspek kognitif dapat dikembangkan melalui permainan air seperti kemahiran menyiasat, menjalankan eksperimen, membuat anggaran, dan membuat perbandingan. Selain itu, kanak-kanak juga dapat menambah pengetahuan tentang konsep isi padu, kapasiti, saiz, bentuk, konsep penyerapan, timbul tenggelam, serta penyejukan dan pemanasan. Melalui Permainan air kanak-kanak boleh meneroka persekitaran, mempelajari perkara baru dan juga belajar dalam menyelesaikan masalah. Aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan semasa main air yang boleh menggalakkan perkembangan kognitif ialah: 4.1.1 Memerhati dan meneroka ciri-ciri air seperti menuang air ke dalam beberapa bekas berbeza saiz dan bentuk melalui cara seperti membuat teh tarik. 4.1.2 Membanding dan membezakan serta membuat anggaran isi padu air. 4.1.3 Menjalankan eksperimen seperti menyediakan larutan air daripada bahan-bahan berbeza seperti garam, pasir, gula, batu, dan sebagainya. 4.1.4 Melakukan penyelenggaraan pada akuarium yang mengandungi hidupan air. 4.1.5 Bermain dengan kenderaan air atau objek untuk mengetahui konsep tenggelam dan timbul.

Aktiviti bermain dengan bongkah juga boleh mengembangkan kognitif kanak-kanak. Contohnya bagi meningkatkan kefahaman kanak-kanak mengenai bentuk, saiz dan ciri-ciri, kanak-kanak boleh menjalani aktiviti dengan cara bermain seperti mengumpulkan bongkah mengikut ciri-ciri yang ditetapkan iaitu mengumpulkan semua bongkah berwarna merah, mengumpulkan semua bongkah berbentuk bulat, segi tiga, segi empat dan sebagainya. Menurut Piaget ( 1962 ), main dengan binaan mengajar pelbagai konsep kuantitatif dan ruang. Selain itu, melalui aktiviti bermain dengan bongkah juga kanak-kanak dapat meneroka kemahiran awal sains yang merupakan salah satu cabang perkembangan kognitif. Contohnya, bagi kemahiran membezakan warna dan bentuk, guru akan menggunakan bongkah pelbagai warna dan bentuk. Kanak-kanak menyusun dan mengumpul bongkah mengikut warna serta menamakan warna itu. Kanak-kanak memberikan bongkah yang sama warna seperti yang dikehendaki guru. Permainan diulang dengan kanak-kanak membezakan bentuk pula. 4.2 Aspek Perkembangan Bahasa Melalui bermain juga dapat membantu perkembangan bahasa kanak-kanak. Permainan yang melibatkan bahasa dapat merangsang minda kanak-kanak menguasai dan membantu mereka menambah perbendaharaan kata. Mereka juga menyedari setiap objek di persekitaran mereka mempunyai nama dan peranan yang tersendiri. Guru boleh menjalankan aktiviti bagi memberi peluang kepada kanak-kanak meluaskan perkembangan bahasa melalui aktiviti bermain bongkah, bermain pondok-pondok, main pasir dan main peranan. Melalui aktiviti bermain bongkah, kanak-kanak bermain dengan bongkah yang pelbagai warna, saiz, dan bentuk. Mereka membuat binaan seperti rumah, jambatan, jalan raya, bangunan, kenderaan dan sebagainya. Semasa aktiviti ini berjalan guru menggalakkan kanak-kanak melahirkan perasaan seperti bercerita, berimaginasi, dan menyanyi ketika bermain dengan bongkah. Oleh itu, secara tidak langsung, perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah. Melalui permainan ini juga kanak-kanak akan berbincang sesama sendiri mengenai bahan binaan mereka. Guru juga hendaklah memberi perangsang dengan mengemukakan beberapa soalan yang boleh menggalakkan kanak-kanak berbual dan bercerita mengenai aktiviti yang mereka lakukan. Aktiviti main pondok-pondok juga boleh menggalakkan perkembangan bahasa di kalangan kanak-kanak. Sewaktu bermain pondok-pondok, kanak-kanak meniru perwatakan ahli keluarga seperti bapa, ibu, kakak, abang, dan adik. Mereka juga akan meniru perwatakan orang-orang di sekeliling mereka seperti doktor, anggota polis, guru, peniaga dan sebagainya. Sewaktu bermain kanak-kanak akan berbual sesama mereka berdasarkan watak yang telah dipilih. Aktiviti yang baik ini perlu dipupuk tetapi perlu ada kawalan dan batasan daripada guru. Melalui aktiviti ini aspek perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dipertingkatkan.

Selain aktiviti main bongkah dan main pondok-pondok, aktiviti main sambil menyanyi juga adalah satu cara bagaimana kanak-kanak memperkembangkan penguasaan bahasa mereka. Dengan nyanyian juga dapat memperkenalkan pelbagai konsep dan bahasa dapat ditingkatkan kerana ia mudah diingati dan difahami olehkanak-kanak. Peningkatan perkembangan bahasa dapat berkembang melalui sebutan semasa menyanyi. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah menyanyi lagu Row Row Your Boat atau dalam bahasa Melayu ialah Dayung Dayung Sampan sambil membuat aksi mendayung sampan secara berpasangan. Kanak-kanak memegang tangan pasangannya dan kaki bertemu kaki pasangannya. Kemudian, tangan dan kaki bergerak secara berselang-seli seperti mendayung sampan sambil menyanyi lagu tersebut dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dengan iringan muzik. Sepanjang aktiviti tersebut kanak-kanak kelihatan sangat gembira. Aktiviti tersebut diulang beberapa kali sehingga kanak-kanak dapat menyebut lirik lagu itu. Melalui aktiviti inikanak-kanak dapat mempelajari perkataan-perkataan baru dan secara langsung kosa kata kanak-kanak akan semakin bertambah. Kanak-kanak belajar bahasa melalui pelbagai cara. Antaranya dengan meniru bunyi yang pernah didengarinya. Mereka belajar dengan meniru orang dewasa dan rakannya bercakap dan meluahkannya dengan cara tertentu. Contohnya, permainan lagu berantai membolehkan kanakkanak menghafal, menghasilkan , mempelbagaikan dan memanipulasikan perkataan dalam pelbagai situasi. Mereka membina perkataan yang lucu, mudah, dan mereka cerita khayalan daripada pengalaman mereka sendiri. Dengan cara ini, kanak-kanak guru dapat meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak. Contoh permainan lagu berantai ialah seperti: Malam yang sepi pi pi Pak Mat jual topi pipi Topinya koyak yakyak Pak Mat jual tempoyak yakyak Tempoyaknya basi sisi Pak Mat jual nasi si si 4.3 Aspek Perkembangan Sosial Perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan dipelajari sejak kecil. Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, meminta dan bertanya, memberi idea dan memuji atau memberi penghargaan. Ini termasuklah cara kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa dalam kehidupan mereka. Kemahiran sosial termasuklah berkongsi, bekerjasama dan mematuhi peraturan. Menurut Philip (1991) kemahiran sosial membawa maksud tingkah laku-tingkah laku yang prihatin untuk melakukan perhubungan interpersonal yang efektif. Sebaliknya Thacker

(1996) pula mendefinisikan kemahiran sosial sebagai keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif dengan individu lain dalam situasi sosial atau kerja. Pelbagai aktiviti bermain boleh dilakukan di prasekolah dalam membantu perkembangan sosial kanak-kanak. Antaranya aktiviti bermain pasir. Permainan pasir boleh dijalankan di dalam dan di luar kelas. Ruang pasir haruslah berkeadaan teduh dan selesa untuk kanak-kanak bermain. Guru harus menyediakan pelbagai peralatan untuk memberi peluang kepada murid membuat penerokaan dan penemuan baru serta bersosialisasi dengan rakan-rakan. Semasa bermain pasir kanak-kanak akan berkongsi dan bergilir-gilir menggunakan peralatan bersama rakan-rakan, hormat-menghormati, menghargai sumber dan idea orang lain, dan bekerjasama sesama rakan. Selain itu, aktiviti bermain di taman permainan juga boleh menggalakkan kanak-kanak meningkatkan aspek perkembangan sosial di kalangan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, semasa aktiviti bermain di taman permainan kanak-kanak perlu bergaul dengan semua rakan sebaya. Di samping itu, mereka dilatih bersifat sabar dan mematuhi peraturan kerana perlu bergilir-gilir semasa bermain dengan alatan permainan yang terhad. Secara tidak langsung kanak-kanak ini belajar untuk menghormati perasaan dan hak orang lain. Begitu juga aktiviti bermain pondok-pondok, bermain doh ataupun semasa bermain permainan dalaman seperti congkak, dam ular, ketingting dan sebagainya. Semasa bermain bersama rakan-rakan, kanak-kanak sebenarnya sedang belajar cara-cara berinteraksi dan bersosial bersama orang lain di luar daripada lingkungan ahli keluarga. Memberi pendedahan sosial yang awal kepada kanak-kanak memudahkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran di samping dapat menanam sifat berani dan berani ke hadapan. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti main ini menggalakkan kanak-kanak bergaul dengan rakan dan secara langsung membantu perkembangan sosial mereka. Semasa bermain dengan kanak-kanak lain, kanak-kanak akan cuba belajar dan mengekalkan hubungan yang sedia terjalin. Ini adalah kerana penyesuaian semasa bergaul adalah asas kepada proses sosialisasi kanak-kanak. 4.4 Aspek Perkembangan Emosi Terdapat pelbagai cara untuk memupuk perkembangan emosi kanak-kanak di peringkat prasekolah. Contohnya, aktiviti bermain yang dijalankan semasa berada di sekolah. Kepentingan emosi dalam kehidupan telah mula diakui oleh ahli-ahli falsafah sejak zaman Greek lagi. Tidak hairanlah jika Plato, Aristotle, Spinoza, Descartes, Hobbes, dan Hume telah mengemukakan teori-teori berkaitan emosi yang menjadi asas kepada penyelidikan tentang emosi dan kaitannya dengan kehidupan manusia. Emosi bermaksud jiwa yang kuat. Manusia adalah makhluk yang mempunyai perasaan yang tinggi dan paling halus. Emosi juga boleh dimanifestasikan melalui bahasa badan ataupun gerak geri seseorang. Bahasa badan ialah pergerakan badan seperti postur dan ekspresi wajah.

Mengikut Daniel Goleman ( 1997 ), emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawak keadaan psikologikal dan biological, serta ada kecenderungan yang berbezabeza untuk bertindak. Ini bermakna emosi biasanya digambarkan dengan bahasa badan fizikal , iaitu bahasa bukan lisan. Menurut Plato, terdapat tiga komponen asas dalam minda manusia iaitu daya taakulan, kehendak (desire), dan komponen emotif. Antara komponen emotif yang dimaksudkan ialah kegembiraan, kesedihan, ketakutan, dan kemarahan. Bagi Aristotle juga, emosi mempunyai peranan yang sangat besar dalam mempengaruhi kehidupan manusia secara keseluruhannya. Perkembangan emosi bagi seseorang kanak-kanak adalah sangat penting. Sekiranya seseorang kanak-kanak gagal berkembang secara positif, mereka mungkin tidak akan berjaya menghadapi tekanan-tekanan yang bakal dihadapi dalam hidup. Oleh sebab itulah di peringkat prasekolah pemupukan emosi positif amat dititik beratkan terutamanya dalam aktiviti bermain. Ini adalah kerana bermain dapat membantu memberikan kepuasan dan ketenangan emosi kepada kanak-kanak terutamanya apabila mereka diberikan kebebasan berkreatif dan berimaginasi tanpa gangguan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk guru menilai dan menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak ialah melalui aktiviti Komponen Kreativiti dan Estetika. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak-kakak menyampaikan perasaan, karya, meluahkan emosi, dan kebolehan mereka dalam pelbagai cara. Contohnya aktiviti seni visual dengan menggunakan warna air. Kebanyakan kanak-kanak suka bermain dengan warna air kerana pada mereka aktiviti ini mencabar kebolehan mereka. Aktiviti percikan dan tiupan warna air di atas kertas lukisan. Semasa aktiviti ini dijalankan, kelihatan kanak-kanak seronok dan emosi kegembiraan terpancar di wajah mereka. Banyak lagi aktiviti seni visual yang boleh dijalankan di prasekolah dalam membentuk perkembangan emosi kanak-kanak. Selain itu, perkembangan sosioemosi juga boleh dipupuk semasa guru mengajar aktiviti nyanyian, serta muzik dan gerakan. Hal ini demikian kerana muzik digemari secara semula jadi oleh kanak-kanak. Kanak-kanak dapat meluahkan perasaan gembira atau seronok melalui aktiviti muzik. Aktiviti muzik dapat membantu menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak. Antaranya semasa penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti nyanyian berkumpulan, kanak-kanak akan menyanyi dan menari bersama rakan-rakan yang lain. Dengan cara ini, mereka dapat meluahkan perasaan gembira yang ditunjukkan melalui ekspresi muka semasa aktiviti nyanyian ini dijalankan. Oleh itu, guru dapat menilai sejauh mana meningkatnya perkembangan emosi seseorang kanak-kanak.

4.5 Aspek Perkembangan Fizikal Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagianbahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari. Dalam masyarakat di mana kanak-kanak menghadapi tekanan, keyakinan dan sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidang amat diperlukan. Perkembangan fizikal merupakan suatu aspek penting dalam pendidikan awal kanakkanak. Komponen Perkembangan fizikal memberi fokus kepada empat aspek penting iaitu perkembangan psikomotor halus, perkembangan psikomotor kasar, kesihatan dan keselamatan. Aspek perkembangan fizikal kanak-kanak dapat dikembangkan melalui empat aspek yang telah dinyatakan. Antara strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh dijalankan untuk memupuk perkembangan fizikal kanak-kanak ialah: 4.5.1 Aspek Perkembangan Psikomotor Kasar Kanak-kanak harus diberi peluang menyertai pelbagai aktiviti pergerakan yang aktif, pantas, dan mencabar. Dengan bermain terutamanya dalam permainan aktif, kanak-kanak belajar mengawal pergerakan dan mengimbangi tubuh mereka serta melicinkan perjalanan sistem dalam tubuh seperti sistem pernafasan dan sistem saraf. Aktiviti pergerakan akan membantu pertumbuhan tubuh badan menjadi sihat. Selain itu, kanak-kanak dapat menguasai kemahiran fizikal serta dapat meningkatkan lagi keupayaan pergerakannya melalui pengalaman yang diperolehi melalui permainan, pergerakan kreatif dan gimnastik. Misalnya, aktiviti bermain di padang permainan, aktiviti seperti memanjat dan menuruni gelongsor, bergayut pada monkey bar , bermain buaian dan sebagainya dapat membantu perkembangan fizikal kanak-kanak. 4.5.2 Aspek Perkembangan Motor Halus Kemahiran motor halus ialah kemahiran yang melibatkan kemahiran menggunakan otot kecil seperti pergerakan jari serta koordinasi jari dan mata. Penguasaan psikomotor halus yang baik amat penting dalam membantu pergerakan asas dan kemahiran menulis kepada kanakkanak. Antara aktiviti dalam bentuk permainan yang boleh dijalankan bagi membantu perkembangan fizikal dalam aspek ini ialah seperti merantai manik, menjahit kad berlubang, menconteng kertas, melipat, mengoyak dan merenyuk kertas, menguli doh dan lain-lain lagi.

Salah satu aktiviti yang menyeronokkan kanak-kanak dalam membantu aspek perkembangan fizikal ialah bermain dengan doh. Sebelum kanak-kanak bermain dengan doh, guru hendaklah membimbing kanak-kanak membuat doh sendiri. Menyediakan doh sendiri memberi peluang kepada kanak-kanak merasa sendiri struktur doh dan memilih sendiri warna yang mereka suka. Biarkan kanak-kanak menggaul dan menguli doh dengan tangan. Dengan cara ini, ia melatih pergerakan motor halus kanak-kanak. Proses mengadun, menggaul, meramas adalah baik untuk jari-jemari kanak-kanak dan ia juga adalah latihan awal bagi persediaan untuk menulis.

PENGENALAN Secara umumnya penilaian bolehlah ditakrifkan sebagai satu kaedah atau satu sistem yang digunakan untuk membuat sesuatu perancangan baru yang lebih baik dan lebih berkesan. Ianya bermula dengan membuat pengumpulan maklumat yang bertujuan untuk membuat sesuatu keputusan. Secara keseluruhannya penilaian boleh dijalankan oleh pakar-pakar psikologi, pakar psikiatrik, guru pendidikan khas, guru-guru dan ibu bapa. Umumnya penilaian dijalankan bertujuan untuk menentukan kekuatan dan kelemahan serta keperluan seseorang pelajar. D. Stufflebeam, dalam bukunya Educational Evaluation and Decision (Pedagogi 3 Pengujian Dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif, Mok Soon Sang, Kumpulan Budiman Sdn Bhd 1997 ) membuat takrifan, penilaian itu sebagai proses menentukan, mendapatkan dan memberi maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan yang akan diambil selanjutnya. Juga dapat dikatakan bahawa penilaian itu adalah sesuatu rumusan daripada dapatan data-data yang telah dikumpul. Dengan kenyataan-kenyataan yang tepat berkenaan tahap pencapaian atau kemerosotan perubahan tingkah laku, sikap, sahsiah, harga diri seseorang atau untuk lain-lain tugasan. Dalam konteks ini pengukuran juga adalah penilaian yang dapat dinyatakan dalam bentuk kuantiti iaitu angka atau gred.

JENIS-JENIS PENILAIAN PSIKOLOGI Menurut ahli-ahli psikologi penilaian terbahagi kepada beberapa kategori. Antaranya seperti berikut ; iPenilaian Pengesanan iiPenilaian Diagnostik iiiPenilaian Perkembangan ivPenilaian Pencapaian vPenilaian Aptitut viPenilaian Kebolehan viiPenilaian Kerjaya viiiPenilaian Personaliti ixPenilaian Kesihatan Mental PENILAIAN PENGESANAN Definisi Penilaian Pengesanan Penilaian pengesanan ialah satu penilaian tidak formal yang dilakukan kepada kanakkanak berumur di bawah tujuh tahun. Penilaian ini dilakukan secara pemerhatian ataupun dengan cara perbandingan dengan kanak-kanak yang lain. Penilai terdiri daripada individu yang rapat dengan kanak-kanak tersebut terutama guru, ibu bapa dan pengasuh. Maklumat yang diperolehi daripada hasil penilaian akan digunakan untuk merancang aktiviti yang boleh meningkatkan keupayaan kanak-kanak tersebut. Tujuan Penilaian Pengesanan Penilaian pengesanan kanak-kanak yang dilakukan oleh guru dan ibu bapa akan memberi gambaran awal tentang jenis ketidakupayaan atau perkembangan kanak-kanak. Gambaran awal ini penting untuk kita mengenal pasti tahap keupayaan kanak-kanak.

Sekiranya didapati kanak-kanak menghadapi ketidakupayaan dari aspek tertentu, guru prasekolah atau ibu bapa dapat mengambil tindakan awal untuk mengatasi kekurangan tersebut. Antara langkah yang boleh diambil oleh guru dan ibu bapa ialah merujuk kepada pakar atau

perkhidmatan yang berkaitan untuk menolong kanak-kanak tersebut. Langkah segera ini akan membantu kanak-kanak menangani ketidakupayaannya. 3.2.1 Mengesan keupayaan kanak-kanak di peringkat awal. Penilaian pengesanan ini dapat membantu guru dan ibu bapa mengenal pasti ketidakupayaan yang dialami oleh anak-anak mereka. Setelah mengetahui tahap keupayaan kanak-kanak, guru dan ibu bapa bolehlah merancang dan melaksanakan tindakan yang boleh membantu kanakkanak tersebut meningkatkan keupayaan yang sedia ada dengan aktiviti yang berkesan. 3.2.2 Kenal pasti tahap kelebihan yang dimiliki . Penilaian pengesanan ini dapat membantu guru dan ibu bapa mengenal pasti kekuatan atau kelebihan yang dimiliki oleh kanak-kanak. Kanak-kanak terdiri daripada pelbagai kecenderungan atau kelebihan yang dimiliki contohnya jika seseorang kanak-kanak itu kelihatan lebih cenderung ke arah aktiviti sosial seperti bermain bersama kawan dan suka berbual maka guru dan ibu bapa haruslah meningkatkan kecenderungan itu. 3.2.1 Kumpul maklumat untuk simpanan rekod . Maklumat yang diperolehi akan digunakan untuk tujuan rujukan bimbingan dan perancangan yang sesuai untuk kanak-kanak tersebut. Maklumat ini juga boleh diserahkan kepada pihak yang berkaitan sebagai rujukan dalam proses meningkatkan keupayaan kanak-kanak. 3.2.2 Membantu ibu bapa dan guru menyelesaikan masalah kanak-kanak . Penilaian pencapaian ini dapat mendedahkan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak. Dengan maklumat yang diperolehi dari hasil penilaian ini, guru dan ibu bapa dapat merancang tindakan susulan untuk mengurangkan masalah atau kekurangan keupayaan kanak-kanak tersebut. Masalah ini akan dapat dikurangkan sekiranya perancangan dilakukan mengikut keperluan kanak-kanak. Kepentingan Penilaian Pengesanan 3.3.1 Dapat mengetahui ketidakupayaan dengan lebih awal. Dengan adanya penilaian ini, guru dan ibu bapa dapat mengetahui tahap perkembangan kanakkanak di peringkat awal. Sekiranya tahap perkembangan berada pada paras normal, guru dan ibu bapa bolehlah merancang aktiviti yang boleh mengembangkan lagi kemahiran yang sedia ada. Begitu juga sebaliknya, jika didapati kanak-kanak itu berada pada tahap perkembangan yang agak perlahan maka guru dan ibu bapa bolehlah merancang aktiviti yang mampu meningkatkan

kemahiran atau keupayaan kanak-kanak tersebut. Langkah awal yang diambil dapat membantu kanak-kanak menigkatkan ketidakupayaannya dengan lebih cepat. 3.3.2 Menyediakan perancangan berdasarkan keperluan kanak-kanak. Setelah melakukan penilaian pengesanan, guru dan ibu bapa akan mengetahui keperluan anakanak mereka. Berdasarkan maklumat yang diperoleh itu, guru dan ibu bapa dapat merancang perancangan yang sesuai dengan keperluan kanak-kanak itu. 3.3.3 Kenal pasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak. Melalui penilaian pengesanan ini juga, guru dan ibu bapa dapat mengenal pasti kelebihan dan kekurangan kanak-kanak. Setelah mengetahui kemampuan kanak-kanak, guru dan ibu bapa bolehlah membuat perancangan untuk mempertingkatkan lagi kekuatan dan mengurangkan kelemahan yang dimiliki oleh kanak-kanak tersebut. 3.3.4 Menyediakan laporan untuk rujukan pakar. Keputusan penilaian pencapaian ini boleh diajukan kepada pakar bagi kes yang memerlukan khidmat pakar. Maklumat yang diperolehi ini akan membantu pakar mengenali dan mengesan tahap keupayaan kanak-kanak ini dalam tempoh yang singkat. Seterusnya proses meningkatkan keupayaan kanak-kanak akan dapat dijalankan dengan segera dan berkesan. 3.3.5 Simpanan rekod untuk rujukan dan bimbingan. Rekod atau keputusan penilaian pencapaian yang diperolehi akan disimpan untuk rujukan dan bimbingan. Rekod ini penting bagi memudahkan guru membuat rujukan sekiranya diperlukan. Dengan itu kanak-kanak ini akan dinilai dari masa ke semasa berdasarkan rekod terdahulu dan pencapaian yang telah mereka kuasai. PENILAIAN DIAGNOSTIK Definisi Penilaian Diagnostik Beberapa definisi penilaian diagnostik adalah seperti berikut :Kementerian Pelajaran Malaysia mendefinasikan penilaian diagnostik ini sebagai satu penilaian formatif bagi mendapatkan data-data yang menunjukkan kelemahan tertentu yang menyulitkan proses pengajaran dan pembelajaran . Dari segi pencapaian akademik , ujian ini dijalankan secara individu yang memberi fokus utama untuk menilai kebolehan dalam satu atau beberapa

bidang .Data - data terperinci ini dapat memberi maklumat tentang kekuatan dan kelemahan tertentu yang dapat menyediakan RPI yang sesuai bagi individu berkenaan . Dalam pendidikan kanak-kanak khas pula, penilaian diagnostik merupakan satu penilaian yang mendalam dan khusus bagi kanak-kanak yang umurnya atara 6 hingga 7 tahun . Penilaian ini biasanya boleh dilakukan oleh pakar-pakar psiakiatris dan psikologis dalam mengkategorikan kanak-kanak secara lebih spesifik. Jika rumusan yang dibuat pakar-pakar ini bercanggah, ibu bapa dinasihatkan mendapatkan second option apabila merujuk kanak-kanak itu. Buku DSM IV sering digunakan terutamanya ketika mengdiagnosis masalah mental. Penilaian diagnostik juga dianggap sebagai satu penilaian dari segi emosi dan mental seseorang kanak-kanak berkeperluan khas. Penilaian ini lebih khusus dan spesifik tentang masalah kanak kanak keperluan khas dari segi perubatan. Jadi dapatlah dirumuskan ujian diagnostik adalah ujian yang memberi maklumat terperinci supaya langkah-langkah tertentu dan lebih tepat dapat dijalankan dengan lebih berkesan . Tujuan Penilaian Diagnostik Menentukan jenis-jenis ketidak upayaan seseorang kanak-kanak lebih awal secara lebih spesifik. Jenis-jenis ketidak upayaan ini dipengaruhi oleh factor-faktor dalaman yang membezakan keupayaan kanak-kanak ini yang biasanya diwarisi dan dipelajari melalui pengalaman kanak-kanak itu seperti faktor genetik, proses pengamatan, proses penerimaan, pemikiran dan penyataan .Pengetahuan masalah kesulitan pembelajaran ini memudahkan guruguru menggunakan pendekatan pengajaran sesuai untuk mengatasinya. Penempatan yang lebih tepat untuk murid-murid ini mengikut aras kebolehannya. Ini membolehkan murid-murid dapat belajar dengan lebih selesa lagi. Murid-murid yang lemah memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza kerana tumpuan perhatiannya yang tidak lama di kelas. Persediaan aktiviti P & P yang menarik dan dipelbagaikan amat dititikberatkan. Memberikan maklumat tentang masalah kanak- kanak kepada ibu bapa dan guru-guru pendidikan khas. Pengetahuan ini dapat dijadikan pelunjuran oleh guru-guru dalam melaksanakan bimbingan kepada murid-murid yang lemah. Guru-guru juga dapat menyemak semula factor-faktor yang mempengaruhi keupayaan pembelajaran murid-muridnya di kelas.

Merancang kaedah rawatan yang bersesuaian dengan ketidak upayaan kanak-kanak itu. Ini kerana keupayaan belajar murid-murid adalah berbez. Murid yang lemah memerlukan banyak masa. Penempatan mengikut kebolehan mengurangkan rasa tertekan malahan murid-murid dapat belajar dengan selesa. Memberikan panduan untuk mengendalikan kanak-kanak keperluan khas. Guru guru dapat mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran kerana proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak ini memerlukan pelbagai kaedah agar mereka mudah faham. Guru-guru juga harus peka dengan keperluan dan perkembangan emosi, psikologi dan mental apabila berhadapan dengan kanak - kanak keperluan khas ini. Digunakan untuk mendapatkan maklumat terperinci bagi menentukan kedudukan murid-murid dalam pelajarannya sebelum guru-guru memulakan sesuatu isipelajaran. Perolehan data-data ini membolehkan guru-guru mengubahsuaikan bahan, isi dan kaedah pengajaran mereka mengikut kesesuaian murid-muridnya . Kepentingan Penilaian Diagnostik Dapat menentukan jenis-jenis ketidak upayaan kanak-kanak. Oleh itu guru-guru dan ibu bapa dapat mengenal pasti cadangan atau program intervensi yang boleh digunakan untuk kanakkanak tersebut. Ia juga penting kepada ibu bapa untuk memberi intervensi awal termasuklah mengenal pasti penempatan yang sesuai untuk kanak-kanak tersebut dalam memberi pendidikan dan membantunya dalam kehidupan yang lebih selesa. Menempatkan kanak-kanak ini mengikut kebolehan dan keperluan diri. Murid-murid berasa tidak tertekan dan belajar dengan selesa kerana guru-guru telah mengklasifikasi kebolehan mengikut kumpulan. Jadi mereka berasa tidak tersisih dan akan hilang perasaan negatifnya seperti malu belajar kerana guru-guru memberi perhatian dan tunjuk ajar yang sama mengikut kebolehan. Guru-guru dapat menentukan objektif yang hendak dicapai bagi setiap individu yang berbeza keperluan. Ini kerana setiap kanak-kanak mempunyai perbezaan dalam diri sendiri dan antara individu. Perbezaan inilah yang mewujudkan pelbagai keperluan pendidikan yang perlu dipenuhi agar objektif yang dirancang memenuhi keperluan. Guru-guru dapat meracang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian mengikut tahap kebolehan murid. Untuk kelas yang lemah, strategi pengajaran lebih berkesan

diperkembangkan seperti mengajar isi yang asas dan kurang menegaskan kemahiran yang kompleks dan abstrak yang tidak boleh dikuasai oleh murid ini. Ibu bapa mendapat maklumat yang lebih jelas tentang ketidak upayaan anak-anak mereka. Ini dapat membantu ibu bapa mengetahui anaknya mempunyai ketidak upayaan tertentu lebih mendalam. Fenomena ini membolehkan ibu bapa mencari khidmat pakar-pakar tertentu bagi melatih anak-anaknya. Hal demikian merupakan tindakan susulan utama yang boleh dilakukan dengan segera bagi membantu kanak-kanak itu.

PENILAIAN PERKEMBANGAN Definisi Penilaian Perkembangan Perkembangan ialah perubahan secara kuantitatif yang berlaku secara berterusan dari lahir hinggalah ke akhir hayat. Ia juga dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Aspek Penilaian Perkembangan Fizikal. Penilaian dari segi fizikal merangkumi penilaian dari aspek menggunakan kemahiran anggota badan. Ianya bertujuan untuk memastikan bahawa kanak-kanak akan membesar mengikut bentuk tubuh dan ketinggian yang sesuai dengan usianya. Selain itu, kanak-kanak juga akan dinilai tahap perkembangan dari segi motor halus dan motor kasar. Kognitif. Penilaian perkembangan kognitif merangkumi kemahiran kanak-kanak berfikir seperti membuat persepsi, memahami konsep, menyelesaikan masalah dan kebolehan mengingat. Penilaian ini berdasarkan tahap umur kanak-kanak selari dengan kebolehan kognitif mereka. Sosial. Aspek sosial merangkumi kebolehan kanak-kanak berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan kawan-kawan di persekitarannya. Kanak-kanak yang berkebolehan berkawan dan bermain bersama rakan menunjukkan perkembangan sosial yang baik. Sekiranya kanak-kanak itu lebih suka menyendiri dan tidak mahu bercampur-gaul bersama rakan yang lain menunjukkan bahawa kanak-kanak ini memerlukan bimbingan untuk menyakinkan dirinya ketika berhadapan dengan rakan-rakan yang lain.

Emosi. Aspek emosi merangkumi kebolehan kanak-kanak menguasai dan mengawal perasaan. Kanakkanak akan dinilai melalui reaksi yang ditunjukkan oleh mereka iaitu seperti perasaan gembira, gelisah, pendiam, risau, dan malu. Kanak-kanak yang emosinya stabil dan tiada tekanan akan menunjukkan sikap yang ceria dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi ketika bersama rakan yang lain. Bagi kanak-kanak yang mempunyai tekanan emosi lebih cenderung duduk mendiamkan diri dan sentiasa diselubungi perasaan takut, bimbang, dan tiada keyakinan diri ketika berhadapan dengan rakan-rakan yang lain. Kanak-kanak yang menghadapi masalah ini perlu dibimbing dan sentiasa memberi peluang kepadanya untuk meningkatkan kembali keyakinan dirinya. Bahasa Dan Komunikasi. Aspek ini merangkumi kemahiran bertutur menggunakan bahasa yang difahami. Perkataan yang digunakan juga jelas selari dengan peringkat umur kanak-kanak. Kanak-kanak yang berumur empat tahun dan mempunyai masalah artikulasi iaitu masalah sebutan yang tidak jelas contohnya buku disebut butu, makan disebut matan, pokok disebut potok dan lain-lain lagi. Untuk mengatasi masalah ini guru dan ibu bapa mestilah melatih kanak-kanak ini menyebut ayat-ayat mudah dahulu seperti ayat suku kata terbuka. Setelah menguasai ayat mudah barulah menyebut ayat suku kata tertutup.

Pengurusan Diri. Aspek ini merangkumi kebolehan kanak-kanak menjaga dan memelihara diri sendiri dari segi makan, minum, memakai pakaian, menggunakan tandas, mandi, kekemasan diri, memakai kasut, dan lain-lain. Kanak-kanak yang biasa, mampu melakukan perkara-perkara ini pada usia empat tahun ke atas. Sekiranya ada dikalangan kanak-kanak yang masih gagal melakukan salah satu perkara di atas contohnya memakai pakaian dan memakai kasut maka kanak-kanak ini perlu di beri latihan setiap hari agar dapat menguasai kemahiran tersebut. Tujuan Penilaian Perkembangan Menilai perkembangan kanak-kanak. Penilaian perkembangan kanak-kanak bertujuan untuk menilai tahap perkembangan dari segi fizikal, kognitif, sosial, emosi, bahasa dan pertuturan, dan pengurusan diri. Sekiranya kanakkanak ini ketidakupayaan berkembang secara normal, maka guru boleh menjalankan proses intervensi untuk membantu kanak-kanak tersebut berkembang mengikut tahap umurnya.

Mengesan kekurangan kanak-kanak Melalui proses penilaian perkembangan ini, guru dapat mengesan tahap perkembangan kanakkanak tersebut. Dari enam aspek penilaian yang telah disebutkan, mungkin kanak-kanak ini mengalami kekurangan perkembangan dari segi kognitif dan bahasa. Oleh yang demikian guru dapat merancang proses intervensi yang sesuai untuk kanak-kanak tersebut. Mengambil tindakan untuk mempertingkatkan tahap perkembangan. Setelah guru mengenal pasti kekurangan perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak ini, guru merancang program intervensi yang sesuai untuk meningkatkan tahap perkembangan selari dengan usianya. Proses intervensi ini melibatkan latihan latih tubi latihan yang berterusan untuk melatih kanak-kanak ini berkembang mengikut tahap perkembangan yang normal. Penglibatan keluarga dalam proses mempertingkatkan tahap perkembangan. Penilaian perkembangan yang dijalankan akan membantu guru dan ibu bapa mengenal pasti tahap kekurangan kanak-kanak berdasarkan enam aspek tadi. Kanak-kanak yang mengalami kekurangan dapat dibantu untuk meningkatkan keupayaan dengan lebih cepat sekiranya guru dan ibu bapa dapat bekerjasama untuk mengatur program yang sesuai dengan kanak-kanak tersebut. Sekiranya program pemulihan dilakukan berterusan di sekolah dan di rumah, sudah tentu kanakkanak ini akan menguasai kemahiran dengan lebih cepat. Kegunaan Penilaian Perkembangan Kanak-kanak akan mengalami perkembangan sejak lahir hingga berumur 6 tahun. Dalam tempoh ini kanak-kanak akan mengalami banyak pembelajaran dan berkembang mengikut tahap umur yang tertentu. Perkembangan ini akan terbantut sekiranya kanak-kanak ini mengalami ketidakupayaan. Ketidakupayaan ini akan membezakan kanak-kanak ini berbeza dengan kanakkanak yang lain. Sekiranya masalah ini dibiar beralarutan ianya akan memberi kesan jangka panjang kepada keluarga dan kanak-kanak tersebut. Oleh yang demikian perbezaan ini perlu dikesan diperingkat awal agar pihak yang rapat dengan kanak-kanak ini seperti guru dan ibu bapa dapat membantu mengurangkan masalah kanak-kanak ini melalui program intervensi. Melalui program ini kanak-kanak akan dilatih dan diasuh sehingga mereka dapat meningkatkan kebolehupayaan dalam kemahiran yang patut mereka kuasai selaras dengan umur mereka. Dalam hal ini guru dan ibu bapa perlu memainkan peranan dan sentiasa peka dengan perkembangan kanak-kanak. Langkah ini penting agar kanak-kanak yang tidak berkeupayaan akan diatasi pada peringkat awal.

PENILAIAN PENCAPAIAN Definisi Penilaian Pencapaian Beberapa definisi tentang penilaian pencapaian adalah seperti berikut :Proses mengumpul maklumat atau data tentang pencapaian murid-murid di sekolah. Penilaian ini dapat memberi gambaran tentang pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran yang diuji. Contohnya, penguasaan murid-murid dalam isikandungan kurikulum tertentu . Menilai kecekapan dan kemahiran melalui pemerhatian dan ujian bertulis bagi mengesan tahap pencapaian murid-murid yang berumur 7 tahun ke atas. Biasanya ujian ini digunakan oleh ahli psikologis dan guru pendidikan khas untuk menentukan sama ada murid-murid ini sesuai untuk ditempatkan di kelas inklusif. Ujian pencapaian ini melibatkan matapelajaran Bahasa Malaysia (membaca dan menulis), Bahasa Inggeris (reading and writing) , Matematik , Sains dan Pendidikan Moral . Penilaian pencapaian merupakan proses menentukan perubahan tingkah laku seseorang dan pertimbangan nilai. Pertimbangan nilai boleh diperolehi dari interpretasi hasil pengukuran kuantitatif atau pengukuran kualitatif atau kombinasi kedua-duanya yang melibatkan 3 perkara iaitu pertama: dapat maklumat daripada cara mengukur; kedua: menetapkan sesuatu kriteria bagi mengukur dan ketiga: membuat pentafsiran tentang hasil pengukuran. Menurut Mokhtar Ismail (1995), Penilaian pencapaian digunakan bagi menilai tahap pengetahuan, kemahiran dan kecekapan semasa. Contohnya, ujian bulanan di bilik darjah dan ujian peringkat awam seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM yang dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Tujuan Penilaian Pencapaian Mengenal pasti murid yang tidak dapat menguasai kemahiran 3 M. Ini memberi peluang kepada guru-guru untuk membuat tindakan susulan apabila kelemahan murid yang dinilai telah diketahui. Menilai tahap pencapaian kanak-kanak. Murid yang berkebolehan dan yang lemah dapat dikesan dengan cepat. Pembelajaran murid dapat dipertingkatkan lagi oleh guru dengan mempelbagaikan kaedah dan strategi P & P. Untuk merancang bilik darjah yang sesuai . Guru guru akan mengetahui kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai untuk mempertingkatkan keupayaan belajar murid muridnya dengan menempatkan mereka mengikut kebolehan .

Mengubahsuaikan kurikulum yang sesuai dengan tahap kebolehan dan keupayaan pencapaian murid murid . Maklumat ini perlu untuk menentukan sama ada sesuatu program itu inovatif dan mencapai objektif objektif khusus sebagaimana yang dirancang . Menginklusifkan murid murid khas . Selepas ujian dijalankan data data dikenalpasti bagi menentukan sama ada murid murid ini sesuai untuk ditempatkan di kelas inklusif atau sebaliknya . Memberi garis panduan mengikut tahap pencapaian . Dengan itu guru guru dapat membuat perubahan yang dikehendaki daripada maklumat yang terhasil . Menganalisa kelemahan dan kekuatan murid . Hasil dapatan penilaian yang diperolehi menjadi perangsang kepada murid murid untuk berjaya. Murid murid akan tahu kebolehan dan kelemahan dirinya. Guru pula dapat merancang aktiviti dan kaedah mengajar yang bersesuaian dengan kebolehan murid murid . Menentukan sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai oleh murid - murid . Oleh itu , guru guru dapat merancang aktiviti pengayaan , pemulihan atau memilih perkaedahan yang sesuai dengan tahap pencapaian murid - murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Mengenalpasti masalah murid dalam pembelajaran . Apabila masalah telah dikenal pasti daripada setiap murid , guru guru dapat membuat tindakan susulan. Tindakan ini sebagai cara menyemak semula faktor faktor yang mempengaruhi keupayaan pembelajaran murid murid . Kepentingan Penilaian Pencapaian Dapat mengenal pasti keperluan pembelajaran murid murid . Keputusan ini memberi maklum balas kepada guru guru dan murid murid sama ada guru perlu beralih kepada topik baru atau sebaliknya dan seterusnya mengenal pasti pengajaran pemulihan boleh dilaksanakan . Dapat membuat keputusan jenis intervensi yang akan dilaksanakan . Keputusan yang diperolehi dapat digunakan oleh guru untuk mengkelaskan kanak kanak yang mempunyai masalah khas intelek atau emosi . Pemilihan ini juga untuk menentukan pendidikan lanjutan dan masalah masalah praktis yang lain .

Dapat mengatasi masalah fizikal dengan cara mengumpul murid mengikut tahap pencapaian murid tersebut . Ujian menjadi kriteria untuk membahagikan kelas kepada kumpulan kumpulan kecil untuk mengadakan aktiviti atau pengajaran khas menurut kemampuan masing-masing . Pengkelasan ini dapat mengumpul murid - murid mengikut tahap kebolehannya . Dapat membina ABM yang bersesuaian dengan tahap murid . Ini kerana guru guru akan menghadapi pelbagai kebolehan dan latar belakang murid murid seperti kumpulan kesulitan pembelajaran yang teruk dan ringan di bilik darjah. Dapat membuat rumusan sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran telah tercapai atau belum . Maklumat ini membolehkan guru guru merancang aktiviti dan memilih jenis pengkaedahan yang sesuai supaya objektif pelajaran yang dikehendaki tercapai. Jika belum guru - guru boleh mengubahsuaikannya mengikut keperluan murid - murid. PENILAIAN PSIKOLOGI Definisi Penilaian Psikologi Apa yang dimaksudkan dengan Penilaian Psikologi adalah penilaian yang berkaitan secara langsung dengan tingkah laku, mental dan emosi kanak-kanak yang berkeperluan khas. Secara keseluruhannya Penilaian Psikologi ini bermatlamatkanuntuk membantu penilai mengawal tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas dari segi emosi, tingkah laku dan mental mereka. Di sini telah berlaku peningkatan keperluan minda dan pembentukan respon afektif individu. Semua proses ini adalah menuju ke arah perkembangan psikologi. Tujuan Penilaian Psikologi Penilaian Psikologi amatlah diperlukan terutamanya kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Golongan kanak-kanak ini memerlukan satu kaedah penilaian yang sesuai dengan keadaan realiti mereka. Kaedah-kaedah yang sering diguna pakai untuk kanak-kanak normal mungkin tidak mampu untuk membantu perkembangan tingkah laku, emosi dan mental mereka. Dari itu pengetahuan dan kemahiran amat penting dikuasai oleh penilai kerana dengan mengenal pasti keperluan khas ini maka guru dan penilai akan dapat mengadakan rawatan dan merancang intervensi yang sesuai.

Dalam proses penilai membuat penilaian psikologi ini, beberapa perkara penting perlu diberi penekanan. Perkara-perkara penting ini adalah bertujuan untuk penlai memahami akan tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas ini. Antara aspek tingkah laku yang diambil kira adalah seperti pergerakan jasmani, perasaan, sikap, pemikiran dan proses menilai itu sendiri. Tujuan kedua mengapa Penilaian Psikologi ini dibuat adalah untuk mengawal tingkah laku manusia yang tidak diingini. Secara tidak langsung ini akan membantu penilai memberi bimbingan akan pembentukan tingkah laku yang tidak baik kepada tingkah laku yang lebih baik. Akhirnya Penilaian Psikologi ini juga mampu membantu penilai membuat penilaian, menyelidik dan membuat pemerhatian tentang tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas ini. Kepentingan Penilaian Psikologi Secara umumnya Penilaian Psikologi ini adalah sangat mustahak terutamanya kepada mereka yang terlibat secara langsung dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Daripada apa yang telah diperhatikan didapati Penilaian Psikologi ini memberikan banyak kegunaan. Salah satu kegunaannya adalah untuk membantu guru memahami tingkah laku serta perkembangan mental dan emosi kanak-kanak berkeperluan khas. Pemahaman oleh guru-guru terhadap masalah kanak-kanak ini akan membolehkan mereka menjalankan tanggungjawab membimbing dengan lebih berkesan. Dengan itu kanak-kanak berkeperluan khas ini akan merasa diri mereka dihargai dan merasakan selamat berada di bawah jagaan guru mereka. Kadangkala terdapat juga kes-kes yang mana guru-guru juga merasa tertekan semasa melayani kanak-kanak sebegini. Ini disebabkan guru-guru ini tidak begitu memahami akan tingkah laku, emosi dan mental kanak-kanak ini. Selain daripada itu, Penilaian Psikologi ini juga boleh digunakan sebagai satu komponen untuk membantu guru-guru menyelaras dan menyesuaikan kaedah mengajar agar bersesuaian dengan kanak-kanak ini. Penyelarasan dan kesesuaian kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan adalah perlu kerana tahap perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak ini sangat jauh ketinggalan di belakang. Dengan menguasai kemahiran untuk melaksanakan Penilaian Psikologi ini ianya juga akan dapat membantu guru-guru menyelasaikan masalah tingkah laku, emosi dan mental kanak-kanak berkeperluan khas. Masalah-masalah ini memerlukan cara penyelesaian yang bersesuaian dengan keadaan sebenar kanak-kanak berkeperluan khas.

Selain daripada itu guru-guru yang terlibat seperti guru-guru taska dan guru-guru tadika amat digalakkan untuk memberi perhatian terhadap penilaian psikologi ini. Golongan ini juga seharusnya sedar tentang perkembangan kanak-kanak sebegini. Guru-guru ini juga sebaikbaiknya dapat menguasai kemahiran untuk menilai perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas. Selain daripada itu Penilaian Psikologi ini juga amat berguna untuk pengesanan pada peringkat awal. Pengesanan yang boleh dibuat melalui penilaian ini adalah seperti ketidakupayaan murid. Selain itu pengesanan juga akan dapat diperolehi di kalangan kanakkanak yang menghadapi masalah pembelajaran. Akhir sekali penilaian pada peringkat awal akan mampu untuk mengesan mereka yang mempunyai risiko mengalami ketidakupayaan.

You might also like