P. 1
Cinta Masam Manis

Cinta Masam Manis

5.0

|Views: 27,093|Likes:
Published by Malinda Miskat

More info:

Published by: Malinda Miskat on Feb 03, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/07/2014

pdf

text

original

INI merupakan hari pertama Qisya turun kerja setelah lapan hari bercuti kahwin. Sampai sahaja
di ofis, orang pertama yang menyambut kedatangannya adalah Kak Mila Murai. Tak berhenti-
henti mulut Kak Mila Murai yang becok itu bertanyakan itu dan ini. Bukan setakat bertanya, malah
Kak Mila Murai sempat juga mengusik malam pertama Qisya. Naik segan pula dia bila diusik
sebegitu oleh Kak Mila Murai yang memang terkenal dengan mulut tak ada tapisan itu. Main
cakap ikut suka hati sahaja. Biarpun tiada apa-apa yang berlaku di antara dia dengan Tengku
Danish, namun sebagai seorang perempuan perasaan malu itu tetap ada.
Banyak juga nasihat yang Kak Mila Murai berikan kepadanya sebagai pedoman untuk menjadi
seorang isteri yang baik. Kata Kak Mila Murai, dalam rumahtangga kena ada tolak ansur. Kena
saling hormat menghormati. Kena ada rasa percaya pada pasangan. Baru rumahtangga yang
dibina akan mengecapi nikmat kebahagiaan. Setakat bertikam lidah sekali-sekala tu memang
dah jadi asam garam dalam hidup sebagai suami isteri.
Buah tangan yang dibeli dari Langkawi diberi pada Aton Avon untuk diagih-agihkan kepada
teman-teman sepejabat. Pada teman-teman yang boleh dikirakan rapat dengannya pula, Qisya
ada membelikan tudung sehelai seorang.
Bila teringatkan Langkawi, pasti dia akan teringatkan kejadian hampir lemas dalam kolam renang
di rumah banglo milik Tengku Danish itu. Tentu sahaja yang paling diingatinya adalah kata-kata
Dewi yang memberitahu bahawa Tengku Danish telah membuat bantuan CPR kepadanya.
Aduh… memang malu sungguh masa itu. Sampaikan dia tak boleh nak tengok muka Tengku
Danish buat seketika. Mujur keesokan harinya dia sudah dapat melupakan perkara CPR itu
walaupun bukan 100%. Cuma apa yang buat dia kurang selesa sekarang adalah keadaan
jantungnya. Jantung itu pasti akan berdegup dengan laju setiap kali Tengku Danish berada dekat
dengannya.
“Hoi… makcik! Jauh kau termenung. Rindukan cik abang tersayang ke?” kejut Casabelle sambil
menepuk belakang Qisya. Nisya yang ada disebelah sudah tersengih.
“Huk! Huk! Hukkk!” Qisya terbatuk. Tersembur keluar jus oren yang disedutnya.
“Hantu punya kawan! Kalau aku mati tersedak tadi macam mana?” marah Qisya. Geram
sungguh dia bila Casabelle menegurnya sebegitu.
Casabelle tersengih. Opsss… terlebih sudah!
“Sorry… aku tak sengaja. Kau janganlah marah aku pulak. Aku main-main aje tadi. Tapi tak
sangka pulak boleh terlebih tepuk belakang kau.” Rayu Casabelle dengan muka sedih.
“Kalau nak main pun agak-agaklah. Jangan tepuk belakang orang sesuka hati. Kalau aku mati
tadi… tak ke jadi kes polis. Tak pasal-pasal kau masuk penjara kerana telah membunuh isteri ahli
perniagaan terkenal, Tengku Danish.”

Nisya yang sudah mengambil tempat duduk di hadapan Qisya hanya ketawa kecil mendengar
pertelingkahan sahabat-sahabatnya itu. Sejak Qisya berkahwin, rumah sewa yang mereka diami
agak kurang meriahnya.
“Iye la tu… aku mintak maaf. Lupa pulak aku yang kau sekarang ni dah jadi isteri ahli perniagaan
terkenal, Tengku Danish Tengku Norman a.k.a bapak jin.” Dihujung kata Casabelle ketawa.
Qisya yang buat muka garang turut ketawa sama. Memang betul! Tak sangka kini dia sudah
memegang status sebagai Mrs. Bapak Jin yang paling dibencinya itu.
Tapi sejak mereka berada di Pulau Langkawi untuk bercuti, perasaan benci itu sudah
berkurangan. Jika dulu bencinya pada Tengku Danish bernilai 100%, tetapi kini rasa benci itu
sudah kurang kepada 55% sahaja. Memang penurunan yang agak luar biasa. Mungkin kerana
lelaki itu telah menjadi hero menyelamatkannya membuatkan rasa benci itu sudah turun
sedemikian rupa.
Paling pelik, ada 45% perasaan lain yang mula muncul dalam hatinya. Dia sendiri tidak pasti
apakah perasaan yang muncul itu. Perasaan itu membuatkan dia berdebar setiap kali
berhadapan dengan Tengku Danish. Cuma, perasaan itu sedikit terganggu dengan kehadiran
Intan Natasha sehari sebelum mereka balik ke KL semalam. Pelik sungguh dia bila Intan Natasha
muncul di hadapan rumah banglo mewah itu. Pandangan mata Intan Natasha yang
memandangnya bagaikan ingin ditelan, cukup membuktikan bahawa model terkenal itu masih
tidak sukakan dirinya.
Ahhh… lantaklah! Aku bukan ada hutang pun dekat dia.
“Amboi… sejak dah jadi isteri orang kaya ni… bukan main lagi kau, ya. Siap shopping sakan lagi.
Waktu bekerja pun masih sempat nak shopping.” Ujar Nisya. Casabelle sudah memanjangkan
leher memandang dua buah bakul yang terletak dikerusi bersebelahan Qisya.
“Adoi… lupalah pulak. Nasib baik kau tegur.” Qisya menepuk dahi. Kemudian dia mencapai dua
buah bakul yang berada di kerusi sebelahnya.
“Ini adabuah tangan sikit untuk korang. Aku baru balik dari Langkawi. Jadi aku nampak tudung
ni… aku pun belilah sorang satu untuk korang berdua. Harap korang suka.” Terang Qisya.
Wajahnya kelihatan begitu ceria ketika Nisya dan Casabelle mengambil bakul yang
dihulurkannya. Hanya itu yang dapat diberikan kepada dua orang sahabat baiknya itu.
“Wah… cantiknya! Thanks, Qisya!” ucap Nisya dan Casabelle hampir serentak.
Seorang pelayan lelaki datang menghampiri mereka bertiga.
“Hah… makanlah. Aku belanja.” Ujar Qisya pada Nisya dan Casabelle.
Dua sekawan meneliti menu. Kemudian memesan hidangan. Setelah pelayan lelaki itu hilang
menghantar hidangan yang dipesan, Nisya dan Casabelle memandang Qisya dengan pandang
penuh makna. Bibir pula mekar dengan senyuman.
Qisya angkat kening. Pelik dengan senyuman dan pandangan dua sahabat baiknya itu.
“Apahal?” tanyanya yang ternyata binggung dengan riak dua sahabatnya.

“Macam mana?” Tanya Nisya dalam sengihan. Tak ubah seperti kerang busuk yang tak laku
dijual di pasar tani.
“Macam mana apa?” pertanyaan dibalas dengan pertanyaan. Pelik betul dia.
“Macam mana dengan kehidupan lepas bergelar seorang isteri? Best ke?” Malas hendak
bermain dengan kata-kata, akhirnya Casabelle pula yang menanyakan soalan tersebut.
Qisya jungkit bahu. “Macam biasa… tak ada yang berubah pun. Kecuali status.”
Itulah yang sebenar. Dia bernikah. Namun hanya atas kertas sahaja dia menjadi isteri Tengku
Danish Tengku Norman. Sedangkan pada hakikatnya dia masih lagi seperti dulu.
“Lain macam aje bunyi ayat kau tu?” Nisya tayang muka pelik.
Belum sempat Nisya mahu bertanya lagi, alunan suara kumpulan wondergirl bergema. Pantas
Qisya memandang skrinhandphone 5230 kesayangannya. Nampaknya panggilan itu datang dari
Tengku Danish. Apa pulak yang suaminya itu mahukan kali ini? Tanpa membuang masa
panggilan di jawab sambil cuba menayang senyuman plastik ke arah Nisya dan Casabelle. Tidak
mahu sahabat-sahabatnya itu mengesyaki sesuatu.
“Assalammualaikum… Bee…” lembut Qisya bersuara. Bibirnya mekar dengan senyuman bila
pandangan mata bertembung dengan Nisya dan Casabelle yang sudah tersengih-sengih ibarat
kerang busuk sebaik sahaja dia menyebut perkataan ‘Bee’. Depan dua minah penyibuk ni, dia
kenalah pandai berlakon.
“Walaikumsalam… jangan nak ber’bee-bee’. Geli telinga saya ni mendengarnya. Awak kat
mana?” tanya Tengku Danish di hujung sana. Meremang bulu romanya bila Qisya memanggilnya
dengan panggilan manja itu.
“Honey tengah lunch dengan Nisya dan Bell ni. Ada apa bee telefon?” semakin mantap lakonan
Qisya.
Owh… keluar dengan kawan rupanya. Padanlah berlakon over sangat. Hati Tengku Danish
berbisik. Tersenyum sendirian dia bila terbayangkan aksi Qisya melakonkan wataknya itu. Tentu
sudah naik miang seperti lakonan pertamanya menipu si Amar London dulu.
“Bonda dan walid nak jumpa kita malam ni. Ada perkara yang hendak mereka bincangkan. So
don’t be late. Nanti kita jumpa kat rumah dan pergi ke sana bersama. Saya tak nak mereka syak
apa-apa pulak kalau kita pergi asing-asing.”
“Okey. Emmm… ada apa-apa lagikah, bee?” Qisya sengaja melunakkan lagi suaranya.
Sebenarnya dalam hati dia sudah geram sangat dengan Tengku Danish. Ikut sedap mulut aje
nak arah dia. Ingat dia ni maid ke?
Tak nak keluarganya syak apa-apa konon! Ceh!!! Menyampah. Entah macam manalah aku boleh
terikut rancangan gila bapak jin ni. Menyesal pun ada.
“Hmmm… tak ada apa-apa lagi. By the way, nak berlakon pun janganlah over sangat. Gedik
pulak saya dengar suara awak yang terover manja tu.” Tanpa pamitan, talian dimatikan.

Gedik dia kata aku? Eiii… geramnya! Memang dasar bapak jin perut boroi!! Ekk?? Tapi dia tak
boroi pun. Sasa aje badan dia tu. Ah lantaklah! Suka akulah nak cakap apa pun.
“Bye bee… assalammualaikum.” Dengan cemerlang Qisya menamatkan melakonkan watak
romantiknya. Kemudian butang merah ditekan. Dalam hati masih mengumam marah pada
Tengku Danish. Patutkah dia dikata gedik? Arghhh… memang dah melampau bapak jin itu!
“Amboi…. Romantiknya korang. Jealous aku dengar.Honey dan Bee. Wow!” dihujung kata, Nisya
mengekek ketawa. Bukan main suka lagi dia. Casabelle pun ikut ketawa sama. Bahagianya
kawan seorang itu.
Qisya yang hanya tayang senyuman semanis gula semakin melebarkan senyumannya. Alahai…
sahabat-sahabatku… kalaulah korang tahu ini hanya lakonan semata-mata, tentu korang akan
kecewa. Perkahwinan ni hanya atas kertas sahaja. Lepas setahun nanti, aku dengan rasminya
akan bergelar Miss. J.
Tiba-tiba dadanya berdebar. Bila memikirkan dia bakal bergelar Miss. J tidak lama lagi, hati Qisya
dipagut rasa sedih. Entah kenapa, dia seolah-olah tidak mahu memegang gelaran Miss. J itu. Dia
mahu selama-lamanya menjadi Mrs. Bapak Jin. Walaupun dia tak suka bapak jin. Aduh… kenapa
pulak dengan aku ni? Kenapa tiba-tiba nak teruskan gelaran Mrs. Bapak Jin itu pulak?! Tak
sesuai langsunglah! Hisy… Parah! Parah! Tak boleh jadi macam ni!

SEBAIK talian dimatikan, segaris senyuman terukir pada bibir kemerah-merahan milik Tengku
Danish. Sejak kebelakangan ini, rajin pula dia tersenyum bila ingatannya terbang ke arah Qisya.
Telatah gadis itu cukup mencuit hatinya. Bila Qisya kelam-kabut, isterinya itu kelihatan comel dan
memikat. Lain benar dengan sikap Qisya yang ditemuinya beberapa bulan lepas. Qisya yang
bertegang urat dengannya kerana kes kemalangan si simpang jalan. Waktu itu, gadis itu
kelihatan cukup menjengkilkan.
Sekarang? Hmmm… sekarang ni kurang sikit. Bila dah kenal sikit dengan isterinya itu, baharulah
Tengku Danish tahu perangai gadis itu. Gila-gila! Memang layak sangatlah dia gelar Qisya
dengan gelaran ‘perempuan gila’.
Qisya! Qisya! Qisya! Nama itu terbit dalam mindanya. Membuatkan senyumannya semakin lebar
menghiasi wajahnya yang kacak.
“Assalammualaikum Tengku Danish” ketukan di muka pintu mematikan lamunan pendek Tengku
Danish. Ezza, setiausahanya yang kecil molek muncul dengan senyuman yang menguntum di
bibir.
“Walaikumsalam… Ezza, come in!”
Wanita berbibir seksi itu masuk sambil membawa dua buah fail ditangannya. Wajah ceria
majikannya dipandang senang.
“Ada appointment untuk saya hari ni?” tanya Tengku Danish dengan nada yang ceria.

Suka Ezza melihat majikannya seperti itu. Tersenyum sahaja. Maklumlah, pengantin baharulah
katakan. Tentu sedang mengecapi nikmat kebahagiaan.
“Saya tengok Tengku ni asyik tersenyum aje dari tadi. Ada apa-apakah?”
Pertanyaan dari Ezza membuatkan Tengku Danish tergelak kecil. Setiausahanya itu memang
pandai mengambil hatinya. Buat kerja pun pandai, jarang ada yang silap. Bukan setakat itu
sahaja, malah Ezza merupakan orang kepercayaan Tengku Danish selain daripada Badrul.
Setiausahanya itu pandai menyimpan segala rahsia peribadinya. Disebabkan itulah dia senang
bekerja dengan wanita itu.
“Amboi… saya tanya awak soalan itukah?” soalan dibalas dengan soalan. Dihujung katanya,
Tengku Danish ketawa lagi. Begitu ceria kedengaran gelak tawa lelaki itu.
Ezza tersengih. Sedar akan keterlanjurannya.
“Sorry, Tengku.” Segera Ezza meminta maaf.
“It’s okey.”
“Ini ada fail mengenai projek kat Putrajaya yang perlu Tengku semak. Tengahari nanti Tengku
ada appointment dengan Mr. Bernard dari Golden Snd. Bhd. Sebelah petang pulak Tengku ada
temujanji dengan Encik Badrul dekat CSS Futsal Centre.” Satu-persatu temujanji Tengku Danish
yang telah dicatat dalam dairi khas warna hitam diberitahu kepada majikannya itu.
“Aik… Ezza, personal case pun awak nak catat jugakkah?”
“Mestilah, Tengku! Amanah orang tu… manalah tahu saya terlupa. Kalau dah catat kat dairi ni,
tak adalah saya lupa dengan pesanan yang telah ditinggalkan dekat Tengku.”
“Nampaknya petang ni saya tak dapatlah nak jumpa Encik Badrul, Ezza.”
“Iye ke, Tengku? Kalau macam tu Tengku nak saya call dia ke? Maklumkan tentang hal ni.”
prihatin sungguh Ezza dengan majikannya itu.
Tengku Danish menggeleng. “Tak pelah, Ezza. Kejap lagi saya call dia.”
Ezza tersenyum-senyum. Senyuman yang penuh makna tersurat dan tersirat. Naik pelik Tengku
Danish melihat senyuman yang terukir di bibir setiausahanya itu. Keningnya dijungkit ala Ziana
Zain versi lelaki.
“Hah… yang tersenyum-senyum ni kenapa?”
“Errr… kalau saya tanya, Tengku jangan marah, ya?”
Semakin pelik Tengku Danish mendengar bicara gadis itu.
“Selama ni pernah tak saya marahkan awak?” soalan dijawab dengan soalan.
Ezza tersengih. Dairi hitam didekatkan ke dada lalu dipeluk kemas. Selama ini bosnya itu
memang tak pernah marahkan dia.
“Hehehe… isteri bos apa khabar? Sihat tak?” tanya Ezza. Pertama kali dia lihat Qisya sewaktu
gadis itu dan bosnya menandatangani surat perjanjian perkahwinan selama satu tahun seminggu
sebelum majlis pernikahan pasangan itu berlangsung. Pertama kali berjumpa, dia sudah senang
dengan Qisya. Baginya, gadis manis bertudung itu cukup padan dengan bosnya yang kacak itu.

Dalam diam, dia berdoa semoga pintu hati Tengku Danish dan Qisya terbuka untuk menerima
kehadiran masing-masing dalam hidup mereka. Dia tidak mahu bosnya bercerai dengan Qisya
setelah tamat tempoh satu tahun nanti.
Berkerut kening Tengku Danish mendengar soalan Ezza.
“She fine. Why, Ezza?”
“Takdelah. Saja nak tanya. Kali terakhir saya jumpa isteri bos pun waktu majlis persandingan kat
Hotel Istana tempoh hari. Itupun tak dapat nak sembang-sembang. Cuma bersalaman. Bos
dengan isteri nampak cukup padan duduk atas pelamin. Bagai pinang dibelah dua.” Bersungguh-
sungguh Ezza memuji.
Tengku Danish cuma tersengih.
“Thanks for you commendation.”
Ezza sekadar tersenyum lalu mengangguk.
“Sampaikan salam saya pada isteri bos, ya?”
Tengku Danish hanya mengangguk. Malas hendak berbicara lebih lanjut.
“Emmm… okeylah Tengku, ada apa-apa lagi tak yang Tengku perlukan? Kalau tak ada lagi, saya
nak sambung buat kerja saya.”
“Dah tak ada apa-apa lagi Ezza. Awak boleh keluar. Thanks Ezza.”
Ezza hanya tersenyum sebelum melangkah keluar.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->