P. 1
Cinta Masam Manis

Cinta Masam Manis

5.0

|Views: 26,965|Likes:
Published by Malinda Miskat

More info:

Published by: Malinda Miskat on Feb 03, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/07/2014

pdf

text

original

QISYA baru selesai membaca novel ‘Yes Boss!’ hasil nukilan Ariela Sahimi ketika Tengku Danish
melangkah masuk ke dalam bilik itu. Disebabkan malam esok bonda nak buat majlis kenduri doa
kesyukuran sempena ulang tahun kelahiran walid, terpaksalah Qisya bermalam di Istana Kristal
Villa atas permintaan bonda. Tak sampai hati pula dia hendak menolak ajakan ibu mentuanya itu
memandangkan bonda sendiri telah datang ke kondominium semalam. Tak semena-mena pula
dia kena berkongsi bilik dengan Tengku Danish pula selama tiga hari ini. Sakit juga hatinya. Tapi
terpaksalah dia berlakon di hadapan ibu dan bapa mentuanya itu.
Buat pertama kali setelah tiga hari tidak bercakap dengan Tengku Danish akhirnya dia terpaksa
berbual seolah-olah mesra dengan lelaki itu. Tidak mahu ibu dan bapa mentuanya menghidu
perangan dingin antara dia dengan Tengku Danish. Tengku Danish apa lagi, bukan main suka
lagi dia ambil kesempatan yang ada. Sepanjang masa dia nak genggam jari Qisya. Nak peluk
pinggang Qisya. Naik rimas Qisya dibuatnya. Kalau bukan sebabkan bonda, walid dan Tengku
Rayyan yang ada bersama mereka, sudah dilesingnya lelaki itu.
Kehadiran Tengku Danish langsung tidak diendahkan. Novel yang baru diletakkan di atas meja
sisi dicapai semula. Pembacaan diteruskan walaupun dia sudah menghabiskan novel tersebut
sebentar tadi. Sebenarnya sengaja mahu mengelak dari bertentang mata dengan bapak jin itu.
Daripada dia pandang muka lelaki yang menyakitkan hati itu, bagus dia baca buku.
Ketawa Tengku Danish yang tiba-tiba kedengaran itu menganggu tumpuan Qisya. Bising betul.
Tiba-tiba aje nak gelak-gelak tak tentu pasal. Dah macam Dracula. Novel dialihkan dari wajahnya
seketika. Satu jelingan maut dihadiahkan pada Tengku Danish. Menyebabkan lelaki itu menekup
mulutnya dengan tangan. Menahan tawa yang meledek keluar sebentar tadi. Namun tawa yang
masih bersisa itu masih juga kedengaran. Membuatkan Qisya geram dan menyembunyikan
semula wajahnya disebalik novel.
“Tak sangka awak ni pandai baca buku terbalik, ya.”
Kata-kata Tengku Danish membuatkan Qisya tersentak. Bulat matanya memandang buku yang
dibacanya itu. Betullah! Tak sangka dia baca buku dalam keadaan yang terbalik. Patutlah bapak
jin itu bukan main lagi gelakkan dia. Ceh!
Dia mengetap bibir disebalik buku yang dibacanya. Nampak sangatlah yang dia tak baca buku.
Tapi sengaja nak menyibukkan diri. Wajahnya sudah hangat. Sah merah!
Kemudian ketawa Tengku Danish kedengaran lagi. Kali ini ketawanya itu kedengaran cukup
beria-ia.
Setelah puas mentertawakan isterinya, Tengku Danish tersungging tersenyum. Qisya yang masih
menyembunyikan wajah disebalik novel yang konon dibacanya itu masih mendiamkan diri.

Lantaklah kalau novel yang dipegangnya itu terbalik sekali pun. Peduli apa. Janji dapat
menyembunyikan wajahnya dari dipandang lelaki itu.
Setelah keadaan sunyi selama lima belas minit, Tengku Danish menghela nafas. Dia perlu
mengatakan sesuatu. Benar kata Badrul, tak salah kalau dia mengalah. Dan tak salah kalau dia
mencuba untuk memikat isterinya itu. Semalaman dia berfikir arah tuju perkahwinannya dengan
Qisya. Dia juga ada mendirikan solat istikharah. Akhirnya, dia menemui jawapan yang pasti.
Dalam mimpinya ALLAH tunjukkan Qisya sebagai pasangannya.
“Qisya…” Panggil Tengku Danish dengan begitu lembut sekali. Nadanya itu menusuk ke ulu hati
Qisya. Kalaulah dia tak pernah terdengar perbualan di antara Tengku Danish dan Badrul tempoh
hari, tentu hatinya sudah cair mendengar nada romantis suaminya itu.
Tengku Danish menghela nafas. “Saya nak mintak maaf pasal hal hari tu. Saya tahu saya salah.
Saya tak patut cakap macam tu. Tapi percayalah… saya tak ada niat nak cakap seperti itu. Masa
tu saya tengah marah, geram. Saya tak sedar kata-kata saya telah melukakan hati
awak. Sorry…” pinta Tengku Danish. Nada suaranya kedengaran ikhlas. Tapi tak tahulah kalau
itu sekadar lakonan semata-mata.
Ya! Dia memang ikhlas memohon maaf. Dia juga berazam mahu memperbaiki hubungan ini.
Mahu memberi peluang pada dirinya dan Qisya untuk mengenali hati budi masing-masing
dengan lebih dekat lagi.
Entah kenapa tiba-tiba Qisya rasa sayu kala mendengar ucapan itu. Hatinya benar-benar
tersentuh sehinggakan ada airmata yang mengalir ke pipi. Senang pula airmatanya merembes
keluar disebabkan ucapan itu. Dan yang pasti, kata-kata Tengku Danish tempoh hari kembali
terngiang-ngiang di telinganya.
“Saya tahu saya tak patut cakap begitu. Saya tak berniat nak sakitkan hati awak. Saya…”
“Sudahlah Tengku Danish. Tak payah nak cakap lagi. Saya tahu siapa saya pada mata awak.
Saya tak mintak pun awak mengahwini saya. Awak yang datang pada saya saat awak perlukan
pertolongan. Saya sekadar membantu apa yang patut. Saya masih sedar siapa diri saya. Tak
layak untuk menjadi isteri awak. Jadi awak tak perlu nak mintak maaf pada saya. Lagipun saya
masih ingat kontrak perjanjian kita. Awak jangan risau… hanya tinggal tujuh bulan sahaja lagi kita
terikat dengan perkahwinan ini. Lepas tu awak dah boleh bersama semula dengan Intan
Natasha.”
Tengku Danish melepaskan keluhan. Dia yakin hati gadis itu terlalu luka dek kata-katanya
tempoh hari. Jika dia berada di tempat Qisya, pasti dia juga akan merasa sakitnya. Bodohnya dia
kerana tidak berfikir terlebih dahulu sebelum berkata-kata. Sekarang, barulah dia sedar akan
kata-kata Badrul tempoh hari.
“Jangan cakap macam tu, Qisya. Awak…”
“Tolonglah Tengku Danish. Hentikan lakonan awak depan saya. Cukuplah kita berlakon depan
keluarga kita saja. Jangan awak tambah lakonan itu di depan saya. Saya tak mahu disebabkan

lakonan awak, hati saya akan tertawan.” ucap Qisya. Dia bangun dari duduknya. Wajahnya
ditundukkan. Tidak mahu Tengku Danish sedar akan airmata yang mengalir. Tuala yang
tergantung pada penyidai dicapai. Dia sudah tidak sanggup mahu mendengar kata-kata lelaki itu
lagi.
“Qisya… please listen to me.” Tengku Danish menyentap pergelangan tangan Qisya.
Menyebabkan langkah gadis itu terhenti.
“Tak ada apa-apa lagi yang saya nak dengar dari mulut awak. Semuanya sudah saya dengar
waktu dekat rumah Badrul tempoh hari. Semuanya sudah jelas. Tak perlu untuk awak terangkan
berkali-kali. Saya pun tak simpan sebarang perasaan pada awak.”
Airmata semakin deras mengalir. Hingga mengeluarkan esakan halus. Terkedu Tengku Danish
dibuatnya. Perasaan bersalah semakin menghambat jiwa.
“Lepaskan saya.” Pinta Qisya lantas merentap tangannya dari genggam lelaki itu. Kemudian dia
berlalu ke bilik air. Menangis sepuas hatinya. Baru lega rasa hati bila sudah meluahkan apa yang
terbuku dalam hatinya selama tiga hari ini. Biar lelaki itu tahu bahawa dia benar-benar berkecil
hati.
Sementara itu Tengku Danish masih terkedu di tempatnya. Tangisan gadis itu menggetarkan
hatinya. Rasa mahu dipeluknya tubuh itu. Menenangkan jiwa yang tengah berkocak. Namun dia
masih sedar batasan di antara mereka berdua. Dia tidak mampu membawa gadis itu ke dalam
pelukannya.
Wajahnya diraup berkali-kali. Rasa menyesal bertandang kembali. Airmata Qisya menyeksa
batinnya. Pantas dia melangkah ke luar dengan rasa bersalah yang teramat sangat. Tidak tahu
bagaimana mahu meredakan tangisan Qisya yang kian berpanjangan. Dia kelu seribu bahasa.
Disebalik pintu bilik air Qisya menangis semahu hatinya. Kemudian… ah… kenapa aku perlu
menangis disebabkan lelaki itu? Dia bukannya sesiapa pun dalam hidup aku. Perkahwinan ini?
Tak lama lagi kami akan bebas dari perkahwinan ini. Sudahlah Qisya… tak perlu kau nak
bazirkan airmata disebabkan bapak jin itu.

JUTAAN bintang yang menghiasi dada langit yang kelam direnung. Perasaannya benar-benar
dihambat rasa bersalah kini. Kenapalah mulutnya celupar sangat? Suka bercakap sesuatu yang
akhirnya mendatangkan masalah padanya.
Tengku Danish mengeluh. Wajahnya diraup berkali-kali. Dingin angin malam langsung tidak
dihiraukan. Fikirannya masih melekat kemas pada Qisya. Dia tahu gadis itu terluka disebabkan
dia. Dia mahu memperbaiki kesilapan yang dilakukannya. Tapi bagaimana?
Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu yang dikatakan oleh Qisya padanya tadi.

“Tolonglah Tengku Danish. Hentikan lakonan awak depan saya. Cukuplah kita berlakon depan
keluarga kita saja. Jangan awak tambah lakonan itu di depan saya. Saya tak mahu disebabkan
lakonan awak, hati saya akan tertawan.”kata-kata itu menerpa gegendang telinga.
“Hati saya akan tertawan?” ungkapan terakhir itu diulang.
Mungkinkah hati gadis itu sudah tertawan? Dahi Tengku Danish berkerut. Tiba-tiba bibirnya
menguntum senyum.
Betul! Mungkin itulah perasaan Qisya padanya kini. Mungkin hati isterinya itu sudah jatuh sayang
padanya. Sebab itulah hati itu terlalu terluka bila mendengar dia berkata seperti itu di rumah
Badrul tempoh hari.
Puk! Dahinya ditepuk. Kenapalah dia tak dapat nak lihat semua itu dengan lebih awal? Kenapa
setelah dia melafazkan kata-kata yang memakan jiwanya baru dia sedar Qisya sebenarnya ada
hati dengannya? Tapi… sejak bila?
Ya ALLAH… kalau betullah apa yang aku fikirkan ini… berilah aku petunjuk. Berilah aku peluang
untuk memperbaiki hubungan kami. Bisiknya dalam hati. Berharap ada sinar bahagia yang bakal
menjelma.
“Tak tidur lagi, Danish?” sapa satu suara.
Teguran itu menyentak lamunannya. Pantas Tengku Danish berpaling. Bonda tersenyum mesra
menghampirinya. Lantas melabuhkan punggung disebelahnya yang sedang duduk di atas buaian
rotan di taman mini itu.
“Tak. Saja nak ambil angin malam kat sini. Bonda kenapa tak tidur lagi?”
“Bonda pun belum mengantuk lagi. Tu yang nak ambil angin malam kat sini.” Balas bonda
bersahaja.
Tengku Danish hanya mengangguk. Pandangannya kembali dibuang pada langit malam yang
dihiasi kerlipan bintang-bintang. Fikirannya masih merewang kepada kejadian sebentar tadi.
Kata-kata Qisya menyuntik semangat baharu dalam hatinya. Membuatkan dia berazam mahu
merebut semula hati gadis itu.
Mimpinya semalam setelah mengerjakan solat istikaharah. Bertemu dengan Qisya yang sedang
tersenyum mesra. Dia yakin ALLAH telah memberi petunjuk. Gadis itulah yang telah diciptakan
untuknya. Cuma sekarang dia perlukan ruang untuk merebut kembali hati itu.
“Danish gaduh dengan Qisyakah?” soalan cepu emas bonda itu benar-benar menyentak Tengku
Danish yang sedang melayan perasaan. Perlahan kepalanya dipusing mengadap bonda. Wajah
yang semakin hari semakin dimamah usia itu dipandang lama. Tenang sungguh wajah bonda.
Biarpun sudah berusia, namun bonda masih kelihatan cantik. Tanpa alat solek pun wajah itu
masih jelita.
“Kenapa? Terkejut sebab bonda tanya?” soal bonda lagi. Yakin sangat anaknya itu pasti
tertanya-tanya dari mana dia tahu ada sedikit krisis dalam rumahtangga mereka.

Tiada jawapan yang keluar dari mulut Tengku Danish. Memang dia terkejut, tapi takkan dia
hendak menyatakan kenyataan itu pada bonda pula.
“Adat berumahtangga. Memang macam tu. Macam buah oren. Ada yang masam, ada yang
manis. Tapi semua orang masih mahu menikmatinya. Macam itu jugalah halnya dalam
rumahtangga. Ada masa… manis. Ada kalanya pulak… masam. Dari Danish dan Qisya sahaja
yang kena pandai handle menyelesaikan masalah. Tiada rumahtangga yang tak dilanda badai.
Bonda dan walid pun ada kalanya bertengkar juga. Tapi kami sering bertolak ansur. Jika bonda
rasa perkara tu memang bonda yang salah, bonda akan pergi mintak maaf pada walid. Begitu
juga dengan walid, jika dia rasa semua tu salahnya… walid akan rendahkan ego untuk memintak
maaf pada bonda. Tak salah kalau kita rendahkan ego demi orang yang kita sayang. Kita tak rugi
walau sesen pun. Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi suami isteri.” Panjang lebar bonda
menurunkan petua agar rumahtangga yang dibina bahagia.
“Kalau Danish rasa ini salah Danish… pujuklah isterinya yang sedang merajuk tu. Hati orang
perempuan ni umpama kerak nasi. Sekeras mana pun, bila terkena air pasti akan lembut juga.
Tapi awas… jangan biarkan hati yang sekeras kerak nasi itu dibiarkan terlalu lama. Kerana bila
orang perempuan ni dah rasa tak diperlukan lagi… dia akan pergi meninggalkan kita buat
selama-lamanya. Bonda tak nak Danish menyesal kemudian hari.” Sambung bonda lagi. Wajah
si anak yang kelihatan tekun mendengar nasihatnya itu ditatap penuh kasih.
“Bonda sentiasa doakan rumahtangga Danish dengan Qisya berkekalan hingga ke hujung
nyawa. Jangan biarkan cinta Danish pergi meninggalkan Danish hanya kerana ego.” Ucap
bonda.
Tengku Danish mengangguk. Lantan tangan bonda diraih dan dicium penuh kasih. Kata-kata
nasihat itu akan diingat sampai bila-bila. Dalam hati dia memasang tekad, mahu memujuk isteri
yang sedang merajuk. Walau apa pun yang terjadi.
Kemudian dia perlu meluahkan apa yang kini sedang dipendam dalam hati. Dia sudah cukup
yakin kini. Bahawa dalam hati sudah ada cinta.
Ya! Cinta untuk Qisya Nur Alifa.

KETIKA kakinya melangkah masuk ke dalam bilik, Qisya sudah pun lena di atas sofa. Perlahan
Tengku Danish mendekati isterinya yang sedang lena. Dia berlutut disisi Qisya. Wajah Qisya
yang lena ditatap lama. Rambut panjang isterinya yang menutupi sebahagian daripada wajah itu
dialihkan perlahan-lahan. Dia tidak mahu mengejutkan Qisya yang terlena. Nanti lain pula
jadinya. Tentu Qisya akan mengatakan dia ingin mengambil kesempatan dalam kesulitan.
Dia tersenyum bila teringatkan kata-kata isterinya itu.
Wajah Qisya diperhati. Memang diakui gadis itu cantik. Pertama kali mereka berjumpa ketika
kereta mereka bertembung, dia sudah mengakui gadis itu cantik. Namun disebabkan waktu itu

dia sedang diamuk api cemburu melihat kemesraan Intan Natasha dengan Syed Aiman, dia
langsung tidak mengendahkan kecantikan itu. Lagi pula bila Qisya dengan beraninya telah
menbentak dia. Bertambah naiklah panas dalam hati.
Lucu juga bila mengenangkan peristiwa itu.
Tiba-tiba Qisya yang sedang lena itu melentangkan badannya. Bukan main sedap lagi dia
menyelesakan posisi tidurnya. Gayanya itu menarik minat Tengku Danish. Membuatkan dia lebih
senang memerhatikan isterinya dengan lebih lama. Semakin lama dia memerhati wajah itu,
semakin bergelora hati lelakinya. Membangkitkan nafsunya. Tajam sungguh pandangan matanya
menjamah segenap tubuh milik isterinya itu.
Tak salah pun kalau kau nak apa yang kau mahukan. Dia kan isteri kau. Bisik suara syaitan.
“Astagfirullahalazim…” Ucapnya. Menghalau bisikan yang menerpa ke telinga. Pantas dia berdiri.
Berlalu ke katil dan merebahkan tubuhnya di situ. Dia tidak mahu merosakkan kepercayaan
Qisya hanya disebabkan nafsu lelakinya. Biarlah isterinya itu sendiri yang merelakannya suatu
hari nanti.
Pandangannya masih terarah pada Qisya. Kenapa agaknya kita tak boleh jadi seperti suami isteri
yang normal? Aduh… kenapa dengan aku ni? Adakah aku sudah jatuh cinta padanya?
Sehinggakan aku mahu hubungan ini menjadi seperti suami isteri yang normal.
Ya ALLAH… berilah kami petunjuk-Mu…

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->