P. 1
Cinta Masam Manis

Cinta Masam Manis

5.0

|Views: 27,112|Likes:
Published by Malinda Miskat

More info:

Published by: Malinda Miskat on Feb 03, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/07/2014

pdf

text

original

QISYA sedang bersiap ketika Tengku Danish sedang mandi dengan gembiranya. Dari luar Qisya
dapat mendengar pelbagai jenis lagu yang dinyanyikan oleh suaminya itu. Gembira sangatlah tu
sampai lagu mohabbtien pun suaminya nyanyikan jugak. Tapi tak tahulah betul atau tidak liriknya
itu. Kihkihkih…
Tiba-tiba BlackBerry Tengku Danish berbunyi. Pada mulanya Qisya hanya membiarkan lagu
nyanyian Maher Zain itu bergema tanpa dijawab. Namun selang sesaat irama penuh
mengasyikkan itu berkumandang lagi. Memaksa Qisya untuk bangun dari kerusi meja solek dan
mencapai BlackBerry Tengku Danish yang terletak atas meja sisi.
“Hisy… siapa pulaklah yang telefon pepagi buta ni? Macam tak boleh nak tunggu waktu pejabat.”
Bebel Qisya. Dengan perut yang kian membesar dia melangkah penuh berhati-hati.
Ketika mencapai BlackBerry Tengku Danish, matanya bulat seperti hendak terkeluat melihat
nama yang tertera pada skrin. Berdebar hebat jantungnya ketika itu. Panggilan yang tidak
dijawab dibiarkan mati dengan sendiri. Namun tidak lama. Selang sesaat bunyi itu bergema lagi
dari pemanggil yang sama. Ini membuatkan jantung Qisya semakin pantas berdegup.
Qisya mengetap bibir. BlackBerry itu dibawah ke luar bilik. Dia perlu menjawab panggilan itu
tanpa pengetahuan suaminya.
“Assalammualaikum…” ucapnya bila panggilan sudah dijawab.
Tiada jawapan dari si pemanggil. Mungkin terkejut mendengar suara Qisya yang menjawab
panggilan daripadanya pagi itu.
“Saya tahu Cik Intan masih berada di talian. Saya mintak maaf sebab terpaksa jawab panggilan
ini. Tapi sebagai isteri Tengku Danish saya punya hak untuk berbuat begini. Macam inilah Cik
Intan, apa kata kita jumpa bincangkan hal ini. Saya tak suka keadaan begini.” Jujur Qisya
berkata.
“Okey… kalau itu yang you rasakan terbaik buat kita. I akan jumpa you dekat Secret resepi
Alamanda. I pun ada banyak perkara nak cakap dekat you.” Seperti biasa Intan Natasha tetap
dengan lagak sombongnya
“Baiklah… saya jumpa Cik Intan dalam pukul 12.30 tengahari. Assalammualaikum…” Kemudian
Qisya menekan butang merah. Bergetar hebat jantungnya.
Setelah itu dia masuk semula ke dalam bilik. Mujurla Tengku Danish masih berada dalam bilik air
ketika itu. Setelah memadam panggilan yang diterima daripada Intan Natasha, Qisya meletakkan
semula BlackBerry suaminya di tempat asal. Dia kembali ke meja solek.
Perutnya yang kian membesar itu diusap. Mama kena jumpa Intan Natasha untuk selesaikan
perkara ni. Mama tak nak Intan Natasha rosakkan hubungan mama dan papa. Sayang-sayang
mama beri mama kekuatan, ya. Kata hati Qisya kepada anak-anak dalam kandungannya.

“Honey… jauh termenung.” Kejut Tengku Danish yang baru keluar dari bilik air. Wajahnya
kelihatan begitu segar sekali. Maklumlah… baru selesai mandi.
Qisya buat-buat senyum. Cuba menyembunyikan kegusaran yang dirasai akibat panggilan
telefon yang diterima daripada wanita bernama Intan Natasha. Wanita yang tak pernah serik
mahu menagih cinta daripada suaminya.
“Bee… honey nak mintak kebenaran boleh tak? Honey nak pandu kereta sendiri hari ni” pinta
Qisya. Rasanya hari ini dia perlu memandu sendiri memandangkan tengahari nanti dia perlu
berjumpa dengan Intan Natasha. Takkan nak suruh Tengku Danish hantarkan pula.
Berkerut dahi Tengku Danish mendengar permintaan isterinya itu. Seingatnya Qisya sudah lama
tak memandu sendiri sejak disahkan hamil ini. Lagipun memang dia tak benarkan isterinya itu
memandu dalam keadaan sekarang. Dia tak kisah pun kalau terpaksa menjadi supir kepada
isterinya itu. Ke mana sahaja Qisya hendak pergi, dia sanggup menghantarnya.
“Kenapa? Kan ke honey tak pandu kereta sejak mengandung ni. Buat apa nak bawa kereta hari
ni?” soal Tengku Danish.
Qisya mengetap bibir. Cuba mencipta alasan agar diberi kebenaran memandu untuk hari ini.
“Honey nak pergi ke satu tempat.” Beritahunya.
Tengku Danish yang sudah menyarung baju kameja lengan panjang warna krim ke tubuh
sasanya bersuara lagi.
“Bee boleh hantar.”
Qisya menggigit-gigit bibirnya yang hanya dicalit dengan lipgloss itu. Dia melangkah mendekati
Tengku Danish. Butang baju kameja suaminya dikatup satu-persatu.
“Tapi tempat ni khas untuk orang perempuan yang mengandung aje. Orang lelaki tak dibenarkan
masuk. Sebab tu honey nak pandu kereta sendiri. Bolehlah bee… honey janji akan bawa kereta
perlahan dan berhati-hati.” Pujuk Qisya. Siap angkat sebelah tangan seperti orang berikrar lagi.
“Tapi…” Tengku Danish masih tidak mahu memberikan kebenaran.
“Bolehlah… please…” pinta Qisya. Kali ini siap tayang muka lima sen berkarat agar suaminya itu
cair.
Tengku Danish menghela nafas. Pandai betul isteri kesayangannya itu buat muka minta simpati.
Membuatkan dia mengalah.
“Okey… Bee benarkan tapi dengan syarat kena telefon bee bila dah sampai nanti dan pandu
kena berhati-hati.”
Qisya tersenyum senang.
“Okey bos! Arahan diterima.” Ujarnya dengan gembira. Bibirnya segera mendarat ke pipi Tengku
Danish. Lelaki itu hanya menggeleng-geleng melihat kegembiraan isterinya itu. Memang itulah
yang mahu dilihatnya. Kegembiraan Qisya Nur Alifa.

SUDAH sepuluh minit berlalu. Namun tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut kedua
wanita itu. Masing-masing mendiamkan diri. Tidak tahu bagaimana hendak memulakan bicara
memandangkan hubungan mereka yang tidak begitu mesra sebelum ini.
Ketika baru sampai tadi, mata Intan Natasha terus melekat pada perut Qisya yang sudah
memboyot. Nampaknya wanita itu sudah mengandungkan benih Tengku Danish. Ketika itu juga
perasaannya bercampur baur. Dia sayangkan Tengku Danish tetapi dia tahu dia sudah tidak
dapat bersama lelaki itu lagi.
“Saya mintak maaf Cik Intan. Saya tahu Cik Intan berharap sangat dapat berjumpa dengan suami
saya hari ini. Tapi saya tak boleh membiarkan pertemuan Cik Intan dengan suami saya terjadi.
Sebagai seorang isteri… saya rasa sakit hati bila lihat suami saya bersama perempuan lain.”
Mahu tak mahu akhirnya Qisya memulakan bicara. Dia sudah tidak mahu bermukadimah lagi.
Langsung kepada isi kandungan yang penting-penting sahaja. Lagipun memang itulah tujuan
asalnya berjumpa dengan Intan Natasha.
Tiada kata yang keluar dari bibir Intan Natasha. Wajahnya masih kelihatan berlagak sombong.
“Saya tak berhutang apa-apa dengan Cik Intan. Saya harap sebagai seorang wanita Cik Intan
faham situasi saya. Tolonglah lepaskan Tengku Danish. Cuma itu yang saya mintak sebagai
seorang kaum sejenis. Cik Intan cantik… tentu masih ramai lelaki di luar sana yang berebut-rebut
mahu memiliki cinta Cik Intan. Saya mintak maaf jika Cik Intan rasa permintaan saya ni agak
keterlaluan.”
Intan Natasha mengeluh. Tersentuh hatinya mendengar permintaan wanita bertudung baby pink
yang dipadankan dengan baju mengandung warna krim bunga-bunga pink. Menyerlahkan seri
wajah wanita mengandung.
“Sepatutnya I yang mintak maaf dekat you, Qisya. I yang bersalah. I tak patut datang untuk
menagih cinta Tengku Danish. Sedangkan suatu waktu dulu… cinta Danish terlalu dalam untuk I,
tapi I langsung tak menghargai cinta dia disebabkan I begitu kemarukkan cinta Aiman.
Sedangkan Aiman… dia cuma menganggap I sebagai kawan biasa. I aje yang lebih-lebih.” Intan
Natasha yang sedari tadi membisu akhirnya bersuara. Nadanya kedengaran lembut.
Terkejut Qisya mendengar tutur kata wanita anggun itu. Dia sama sekali tidak menyangka Intan
Natasha wanita sombong dan angkuh yang dikenalinya itu boleh berkata selembut ini. Wajah
wanita itu juga sudah tidak sebongkak dulu.
“Sebagai seorang wanita… you memang layak untuk Danish. Sekurang-kurang you tak pernah
buat dia terluka. You sentiasa memberikan kebahagiaan untuk dia. Bukan macam I… I pernah
hancurkan hati dia ketika I tolak cinta dia di depan khalayak umum.” Ujar Intan Natasha.
Mengenang kesilapan besar yang telah dia lakukan dalam hidupnya.
Qisya ingat lagi peristiwa itu. Disebabkan kejadian itulah dia dilamar oleh Tengku Danish untuk
cover line. Konon-konon suaminya itu tiada perasaan cinta terhadap Intan Natasha. Dan

disebabkan kejadian itulah mereka akhirnya terpaksa menjadi suami isteri dalam keterpaksaan
untuk menjaga maruah keluarga masing-masing bila berita lamaran itu mendapat liputan meluas.
Bila terkenangkan kejadian itu, tiada siapa menduga itulah perancangan yang telah ALLAH
aturkan dalam hidup mereka semua. Sesungguhnya perancangan ALLAH itu sesuatu yang
indah.
“Perkara tu dah berlalu Cik Intan. Apa yang penting sekarang masa depan kita.” Balas Qisya.
Intan Natasha mengangguk.
“Betul cakap you perkara tu dah berlalu. Tapi disebabkan perkara itulah I bencikan you.
Sedangkan you tak pernah buat salah pada I. I berdendam pada you. Sedangkan you tak pernah
menjadi musuh I. I terlalu cemburukan you. I beranggapan you perampas cinta I. Sedangkan I tak
pernah hargai cinta yang pernah datang untuk I. I jahat Qisya. I nyaris-nyaris bertekad mahu
merebut Tengku Danish dari you. I… I…” Intan Natasha tidak dapat meneruskan katanya bila
airmata sudah mengalir. Sebak rasa hatinya bila mengenangkan dia hampir-hampir menjadi
wanita jahat untuk mendapatkan cintan Tengku Danish.
Melihat airmata yang mengalir itu, Qisya turut berasa hiba. Pantas dia memberanikan diri
menggengam jemari Intan Natasha.
“Sudahlah Cik Intan. Saya maafkan Cik Intan. Jangan menangis lagi. Saya tak pernah
berdendam dengan Cik Intan. Semua ini ada hikmahnya. Saya yakin Cik Intan pasti akan
berjumpa dengan lelaki yang lagi baik dari Tengku Danish.” Pujuk Qisya.
Intan Natasha mengetap bibir. Luruh hatinya mendengar keikhlan hati wanita itu. Tidak hairanlah
kenapa Tengku Danish boleh jatuh cinta pada Qisya. Wanita itu bukan sahaja cantik wajahnya,
malah cantik juga peribadinya.
Genggaman jemari Qisya dibalas.
“Thank you Qisya. You baik sangat. I betul-betul malu dengan apa yang pernah I buat dekat you.
Mulai sekarang you tak perlu risau. I tak akan ganggu you dengan Danish lagi. I doakan you
dengan Danish bahagia buat selama-lamanya. Terima kasih sangat sebab you sudi maafkan I.
Sekarang baru I rasa senang hati.”
Qisya sekadar tersenyum. Dalam hati dia begitu bersyukur kerana Intan Natasha sudi
melepaskan Tengku Danish. Terima kasih Ya ALLAH! Kerana telah membuka hati Intan Natasha.
Semoga wanita ini bertemu dengan cinta sejatinya.

INTAN Natasha melangkah masuk ke dalam perut kereta Honda City itu dengan wajah yang
ceria. Lega rasa hatinya. Selama ini dia sering diburu rasa bersalah kerana kesilapan yang
dilakukannya. Cuma hari ini, setelah bersemuka dengan Qisya hatinya berasa lega.
“Senyum lebar nampak…” sindir Amar London. Bibirnya tersungging senyuman. Wajah ceria
Intan Natasha menarik minatnya.

Intan Natasha menoleh ke arah Amar London. Sepanjang masa ini lelaki itulah yang sering
berada disisinya. Memberi kata semangat dan sentiasa menyokongnya. Sehinggakan dia rasa
tidak sanggup kehilangan Amar London.
“I happy sangat sebab semuanya sudah selesai. I dah mintak maaf pada Qisya. Alhamdulillah…
dia maafkan I.”
“Iye ke? Baguslah kalau macam tu. Sekurang-kurangnya you tak akan rasa bersalah lagi.” Ujar
Amar London.
Intan Natasha tersenyum manis. Jemari Amar London yang kasar itu diraih lalu digenggam erat.
“Thanks Amar. You banyak sangat tolong I. You selalu ada disisi I bila I perlukan seseorang
untuk mendengar luahan hati I. You tak pernah jemu bagi I kata-kata perangsang. Thank you
very much Amar.” Ujar Intan Natasha.
Amar London membalas genggaman wanita itu. Dalam hatinya memang sudah ada rasa sayang
untuk Intan Natasha. Cuma selama ini dia tidak tahu bagaimana mahu meluahkan isi hatinya itu.
Namun hari ini dia ingin meluahkan isi hatinya.
“Intan… I ada sesuatu nak cakap dekat you.” Ujar Amar London. Jemari mereka masih
tergenggam erat.
Intan Natasha mengangkat kening. Wajah Amar London kelihatan sedikit suram.
“What?” Sepatah Intan Natasha bertanya.
“I sedar kedudukan kita tak setaraf. Tapi… I tak boleh nak lawan apa yang I rasa sekarang. I tahu
I bukan lelaki yang layak untuk berdampingan dengan wanita cantik dan bergaya seperti you.
Tapi… I ikhlas menyintai you. Kalau you sudi… I mahu melamar you sebagai isteri I.” Tanpa
berbunga-bunga, Amar London memberitahu hasrat hatinya.
Terkedu Intan Natasha. Jemarinya yang berada dalam genggaman Amar London dilepaskan.
Apa yang perlu dia jawab mengenai luahan hati Amar London itu?
Melihat air muka Intan Natasha yang sudah berubah, membuatkan Amar London terfikir tentu
Intan Natasha tidak dapat menerima lamarannya itu.
“But… if you tak sudi… I tak akan paksa. Kita masih boleh jadi kawan. Itu pun kalau you masih
sudi berkawan dengan I.”
Tersentuh hati Intan Natasha mendengar kata-kata lelaki itu. Airmatanya mengalir lesu.
Membuatkan Amar London terkejut dengan reaksi itu.
“Errr… Intan, I’m sorry. Please don’t cry. I tak berniat nak buat you menangis” Pinta Amar
London.
“Tapi you dah buat I menangis pun. Amar… thanks for everything. I sayang you. Terima kasih
sebab you sudi mengambil I sebagai isteri you.”
Amar London kebinggungan mendengar kata-kata Intan Natasha.
“What do you mean?”

“Yupe… I sudi jadi isteri you.” Luah Intan Natasha. Hatinya kini sudah menjadi milik Amar
London. Kebelakangan ini hubungan mereka agak rapat membuatkan dia jatuh cinta pada Amar
London. Malah papa sendiri cukup gembira bila dia memberitahu bahawa dia sukakan Amar
London.
Tersenyum lebar Amar London mendengar pengakuan wanita itu. Spontan tubuh kurus Intan
Natasha ditarik ke dalam rangkulannya. Lama mereka berpelukan. Mengecapi kebahagian yang
semakin menjelang tiba.

“HONEY ke mana lunch tadi?” tanya Tengku Danish tiba-tiba.
Qisya agak tersentak. Dia yang baru hendak menyapu losyen ke tangannya cuba melemparkan
senyuman buat suaminya. Cuba menyembunyikan rasa terkejut dengan soalan yang tiba-tiba itu.
“Honey lunch dengan kengkawan.” Bohong Qisya. Rasa bersalah pula kerana telah berbohong
pada suaminya itu. Namun dia tidak tahu bagaimana hendak memberitahu Tengku Danish
bahawa siang tadi dia telah bertemu dengan Intan Natasha. Dia takut suaminya itu akan marah
kerana dia telah menjawab panggilan telefon suaminya tanpa kebenaran.
“Honey yakin honey keluar makan dengan kawan-kawan honey?” Soal Tengku Danish lagi.
Soalannya kedengaran agak lain sekali.
Qisya menggigit bibir. Setelah selesai menyapu losyen pada tangan dia kemudian melangkah ke
katil. Perlahan dia merebahkan tubuh di atas katil lalu mengiringkan badan memandang Tengku
Danish yang kelihatan santai dengan baju tidur.
“Kenapa bee tanya macam tu?” soalan dijawab dengan soalan. Dada Qisya sudah berdebar.
Takkan Tengku Danish tahu akan pertemuannya dengan Intan Natasha siang tadi. Takkan Intan
Natasha telah memberitahu lelaki itu bahawa mereka telah berjumpa.
Tengku Danish mengiring mengadap isteri kesayangannya. Wajah itu direnung. Kemudian
jemarinya menyentuh lembut bibir Qisya yang kemerah-merahan itu.
“Sebab siang tadi bee nampak honey keluar dengan Intan Natasha. Betul tak?”
Terkejut Qisya mendengar soalan itu.
“Errr…”
“Jangan bohong bee sayang. Bee tak nak isteri bee ni berbohong dengan suaminya. Bee sayang
honey. Bee tak nak honey berbohong pada suami. Berdosa hukumnya membohongi suami.”
Lembut kata-kata Tengku Danish.
Qisya tunduk. Rasa berdosa menyelubungi diri. Besar dosanya kerana telah membohongi
suaminya itu. Ya ALLAH… ampunkanlah aku! Perlahan airmatanya mengalir.
“Maafkan honey bee… honey tak berniat nak bohong bee. Memang lunch tadi honey pergi jumpa
Intan Natasha. Honey jawab panggilan telefon yang dia buat dekat handphone bee.” Beritahu
Qisya dalam tangisannya.

Tengku Danish tersenyum nipis. Dagu isterinya diangkat supaya mata itu memandangnya.
Kemudian dengan penuh kasih dia mengesat airmata isterinya.
“Sudahlah… jangan menangis lagi. Bee tahu honey pergi jumpa Intan. Bee jugak tahu honey
jawab panggilan telefon Intan dekat handphone bee. Time honey cakap dengan Intan tu… bee
sebenarnya dah siap mandi. Cuma bee tak nak buat honey sedar. Bee dengar honey dengan
Intan nak berjumpa. Sebab tulah bee mengekori honey.”
Qisya mencapai tangan suaminya. Lalu dicium.
“Maafkan honey bee. Bee marahlah honey sebab dah buat salah.”
“Bee tak marahkan honey. Bee tahu apa yang honey buat sebab nak melindungi rumahtangga
kita. Bee hargai apa yang honey buat. Sudahlah… jangan bersedih lagi. Bee tak marah pun.
Cuma bee mahu honey jujur dengan bee. Itu aje.”
Terharu Qisya mendengar kata-kata suaminya itu. Pantas dia memeluk erat tubuh Tengku
Danish.
“Maafkan honey, ya bee… mulai sekarang honey janji tak akan bohong bee lagi.” Pinta Qisya.
Tengku Danish mengangguk. Pelukan isterinya diperkemaskan. Dahi wanita itu pula dikucup
penuh rasa cinta.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->