You are on page 1of 19

1.

PENGENALAN

Definisi:

Kepimpinan

Kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada prestasi pentadbirnya dalam erti kata lain yang memimpin. Seseorang pemimpin yang baik harus mempunyai ciri-ciri khusus tertentu dalam menjalankan peranannya sebaik mungkin serta menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk mengelola ahli-ahli di bawah untuk mencapai matlamat organisasi. (Zainal Abidin Mohamad, 1998).

Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya, iaitu orang yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya. Pemimpin (atau Ketua Jabatan) secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada rakan sejawatnya kerana proses kepimpinan memang melibatkan dua orang atau lebih. (Fatimah Wati Halim & Iran Herman, (1997).

Kamus Dewan Edisi Ketiga Tahun 2000 menyatakan secara ringkas, kepimpinan adalah keupayaan memimpin melalui teladan. Secara umumnya kepimpinan ditakrifkan sebagai satu seni atau pendekatan bagi mempengaruhi orang lain di dalam kumpulan atau organisasi agar mereka melakukan aktiviti-aktiviti yang di arahkan secara rela bagi mencapai matlamat kumpulan atau organisasi.

Ralph M. Stoghill pula menyatakan bahawa kepimpinan dalam pengurusan adalah sebagai proses mengarah dan mempengaruhi aktiviti-aktiviti para anggota yang berkaitan dengan tugas.
1

Harold Koontz & Heinz Weihrich pula mendefinisikan kepimpinan sebagai satu pengaruh seni atau proses mempengaruhi orang lain supaya mereka akan berjuang dengan rela hati dan penuh semangat ke arah pencapaian matlamat kumpulan dan definisi ini dipersetujui bersama oleh Cyril ODonnel.

Manakala Robert Tannenbaum, Irving R. Weschler dan Fred Massarik melihat kepimpinan sebagai satu pengaruh antara personal yang dilaksanakan dalam sesuatu situasi menerusi proses komunikasi ke arah pencapaian satu matlamat yang khas.

Organisasi

Kamus Dewan Edisi Ketiga Tahun 2000 mendefinisikan organisasi sebagai satu kesatuan yang terdiri dari bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan dan lain-lain) untuk tujuan tertentu (kepentingan bersama dan sebagainya). Secara umumnya organisasi dapat didefinisikan sebagai satu perkumpulan bersifat sosial yang mana ahlinya akan melakukan aktiviti bersama dan saling bergantungan dan bekerjasama bagi mencapai matlamat yang dipersetujui bersama.

Chester I.Barnard telah memberi definisi yang mudah tentang maksud organisasi organisasi adalah sistem kerja yang dianggotai oleh dua orang atau lebih. James D. Mooney mentakrifkan organisasi sebagai sebarang bentuk permuafakatan atau kerjasama untuk mencapai tujuan bersama.

Manakala Max Weber pula mendefinisikan organisasi sebagai satu pendekatan bagi perhubungan sosial yang bersifat tertutup dan tidak terbuka secara meluas kepada semua orang untuk menganggotainya melalui peraturan keanggotaan yang telah digariskan terlebih dahulu.

Kepemimpinan menyentuh kehidupan masyarakat dunia tanpa mengira budaya, sama ada dalam masyarakat primitif atau sebaliknya. Kepemimpinan membawa kuasa, kedinamikan dan kejayaan individu dalam lapangan masing-masing. Kepemimpinan juga menjadi penting kerana kita boleh memilih sesiapa sahaja untuk dijadikan pemimpin tetapi kita tidak boleh memilih untuk tidak mempunyai pemimpin.

Selain itu, pemimpin juga membawa maksud seorang daripadanya cuba membimbing dan mendorong yang lain dalam usaha mencapai matlamat sistem. Apabila seseorang itu berjaya memimpin, ini bermakna dia berjaya mempengaruhi anggota-anggota yang lain di dalam organisasi itu. Kebolehan mempengaruhi bergantung kepada unsur yang penting iaitu kuasa yang ada pada seseorang itu.

Sejak dari awal kajian dibuat tentang sains pengurusan, terdapat beberapa pendekatan yang digariskan dalam membuat penilaian ke atas ciri-ciri pemimpin. Kepemimpinan menjadi penting kerana ia sering dikaitkan dengan keberanian dan kecekapan sesebuah organisasi termasuklah sekolah dimana sekolah merupakan suatu institusi sosial formal moden. Berasaskan premis inilah maka timbulnya slogan: "Pemimpinlah yang menjadikan organisasi itu berbeza dengan yang lain".

Mengikut Dr Robiah Sidin (1988), dalam bukunya Asas Pentadbiran Pendidikan, beliau menegaskan bahawa secara umumnya ada dua jenis kuasa yang boleh dipegang oleh seseorang pemimpin itu iaitu yang pertama, kuasa yang datang dengan jawatannya di dalam organisasi itu dan kedua, kuasa yang berpunca daripada keadaan dirinya sendiri atau kuasa individu. Kuasa yang bersangkut paut dengan jawatan adalah penting kerana memberi kepercayaan kepada anggota-anggotanya. Walaubagaimanapun untuk seseorang itu kekal

menjadi pemimpin dia mesti juga mempunyai kuasa yang berunsurkan kebolehan tersendirinya. (Dr Robiah Sidin (1988).

2.0 KEPIMPINAN SEKOLAH

Sebagai institusi sosial, sekolah mempunyai cirri-ciri tersendiri yang sesuai dengan ciriciri organisasi moden seperti yang dinyatakan oleh Weber. Sekolah juga sering dirujuk sebagai organisasi formal. Antara perkara-perkara yang menunjukkan formaliti sekolah ialah wujudnya peraturan, prosedur, carta organisasi, deskripsi tugas, memorandum, minit, fail, jawatankuasa, status jawatan, diari dan lain-lain. Formaliti mempunyai kelebihan dan kekurangan tertentu. Kelebihannya adalah seperti mempunyai dasar-dasar yang jelas, keselamatan, kepastian, kecekapan, kepantasan, kawalan dan keadilan. Kelemahannya pula ialah seperti ia boleh mengurangkan inisiatif, menghalang perubahan atau inovasi dan kongkongan.

Sebagai organisasi formal sekolah mempunyai struktur kepimpinannya tersendiri. Dalam situasi sekolah, mereka yang memimpin organisasi sekolah adalah pengetua atau guru besar. Pengetua khususnya bertanggungjawab memimpin guru-guru, kakitangan am dan para pelajar. Pengetua juga bertanggungjawab terhadap hubungan dengan luar sekolah seperti dengan pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan, para penjaga, masyarakat setempat, pihak polis dan sebagainya. Disamping itu, penting bagi kita untuk melihat bahawa kepimpinan sekolah tidak terbatas kepada pengetua semata-mata. Guru-guru juga berperanan sebagai pemimpin dalam kontek masing-masing. Peringkat yang paling asas ialah kepimpinan guru dalam bilik darjah. Selain itu guru berperanan sebagai pemimpin aktiviti-aktiviti akademik serta kokurikulum seperti persatuan, sukan dan unit beruniform.

Kepimpinan merupakan suatu aktiviti yang kompleks dan telah didefinisikan dengan berbagai-bagai cara. Walaubagaimanapun selalunya kepimpinan akan melibatkan bentuk interaksi antara pemimpin dan orang yang dipimpin. Dalam siosologi ditegaskan bahawa tiada hubungan antara trait-trait personal dengan kepimpinan. Maksudnya sifat-sifat gemuk, kurus, rendah atau tinggi tidak boleh dihubungkan dengan gaya kepimpinan. Apa yang diutamakan ialah meneliti ciri-ciri interaksi sosial mereka dalam memimpin organisasi sekolah. Ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu gaya-gaya kepimpinan birokratik, laissez-faire dan kepimpinan-kepimpinan kontigensi atau mengikut situasi.

3.0 GAYA KEPIMPINAN

Gaya kepimpinan demokratik lebih liberal berbanding dengan gaya kepimpinan birokratik. Sesorang pengetua yang demokratik akan banyak berbincang, menerima dan memberi pandangan. Pada asasnya sesuatu keputusan dicapai bersama atas dasar persetujuan majoriti. Kepimpinan jenis ini menggalakkan percambahan minda apabila yang dipimpin mempunyai peluang memberikan idea-idea mereka. Guru-guru mungkin berasa lebih dihargai apabila pandangan mereka diambil perhatian oleh pihak pengurusan sekolah. Kepimpinan lasses-faire adalah bertentangan dengan gaya kepimpinan autokratik. Kepimpinan jenis ini banyak memberikan kebebasan, mempunyai kurang unsur-unsur kawalan dan kurang memberikan pandangan. Ia kurang mengambil bahagian dalam aktivitiaktiviti pelaksaan. Pengetua lebih berperanan sebagai pemerhati senyap dan membiarkan guru-guru menjalani aktiviti mengikut inisiatif masing-masing. Pandangan-pandangan guru diterima tanpa banyak soal. Kepimpinan jenis ini mempunyai kesan positif dan kesan negatif tersendiri. Ia boleh jadi positif apabila misalnya aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak

bawahan memang baik dan mendatangkan faedah kepada sekolah. Namun dalam keadaan lain ia mungkin tidak sesuai terutamanya jika mereka yang diamanahkan mengambil kesempatan daripada kebebasan yang diberikan. Kepimpinan kontigensi berpendapat bahawa tiada cara khusus yang sama dalam semua keadaan untuk memimpin dan mentadbir

organisasi sekolah. Oleh itu kepimpinan perlu berdasarkan penganalisaan terhadap kepentingan dan keperluan-keperluan mengikut sesuatu keadaan. Gaya kepimpinan berubah mengikut situasi dan mempunyai kaitan dengan faktor-faktor persekitaran, teknologi dan orang-orang yang terlibat.

Dalam analisi kepimpinan, punca-punca masalah selalunya adalah berkaitan dengan interaksi pihak atasan dengan pihak bawahan. Pihak-pihak berkenaan mungkin mempunyai interpretasi yang berbeza mengenai organisasi mereka. Maka faktor interaksi perlu diambil kita untuk menjalankan pengurusan yang berkesan. Seseorang pemimpin tidak akan mudah mencapai matlamat organisasiny tanpa kerjasama yang baik daripada pengikut-pengikutnya. Sebaik-baiknya pemimpin dan yang dipimpin saling melayan antara satu sama lain.

4.0 CIRI-CIRI PERSONALITI YANG DIKAITKAN DENGAN SEORANG PEMIMPIN

Terdapat beberapa personaliti yang sering dikaitka dengan seorang pemimpin. Personaliti berikut ialah; Keyakinan kendiri Merujuk kepada sejauh manakah individu itu berasa selesa dengan pertimbangan, keupayaan dan kemahirannya. Individu yang tidak berkeyakinan tidak suka menanggung risiko dan berasa tidak selesa apabila terpaksa membuat keputusan. Pemimpin yang berkeyakinan lebih berjaya berbanding dengan pemimpin yang rendah keyakinan kendiri.

Bertanggungjawab Individu yang bertanggungjawab cenderung melaksanakan kerjaya dengan penuh hati-hati dan bersedia mematuhi peraturan yang ditetapkan. Sifat ini sering dikaitkan dengan kejayaan seseorang pemimpin.

Penyesuaian Merujuk kepada ketahanan dan keupayaan emosi menghadapi tekanan, konflik, dan kekecewaan. Pemimpin yang berupaya mengharungi rintangan-rintangan ini adalah lebih berkesan berbanding dengan pemimpin yang tidak boleh menyesuaikan diri dalam keadaan tertekan

Suka bergaul/ramah Sifat ini juga disebutkan sebagai penting dalam kejayaan kepemimpinan kerana orang yang suka bergaul biasanya memperolehi banyak pengalaman dan mudah mempengaruhi orang-orang dalam organisasinya. Dapat diterima Merujuk kepada sifat amanah, mudah bekerjasama, mesra, dan sopan. Orang seperti ini mudah bekerjasama dengan orang lain. Manakala sifat orang yang sukar diterima, biasanya tidak sabar, muram, syak wasangka, dan sukar bekerjasama dengan orang lain.

Berorientasi Pencapaian Individu yang berorientasi pencapaian berusaha melaksanakan tugas dengan jayanya kerana individu ini akan hanya berasa puas jika ia beroleh kejayaan. Individu seperti ini cenderung bekerja keras, bercita-cita tinggi dan suka persaingan. Manakala orang yang

rendah orientasi pencapaian adalah tidak bercita-cita tinggi, suka dengan keadaan yang sedia ada, dan pasif serta usaha-usahanya adalah sedikit, kecuali jika ia dijanjikan ganjaran ekstrinsik.

5.0 CIRI-CIRI YANG BAIK MENGIKUT PADANGAN TOKOH TERKEMUKA

Mengikut pandangan tokoh Islam daripada Al Mawardi menyatakan bahawa seorang pemimpin perlu mempunyai sifat seorang yang adil dalam memimpin pekerja di dalam organisasi tersebut. Seorang pemimpin juga perlulah seorang yang berfikiran matang dan berani berijtihad dalam melakukan tugasnya. Seorang pemimpin juga menurut Al Mawardi perlulah berpancaindera yang sempurna. Ianya juga perlu mempunyai ilmu agama yang tinggi. Hal ini kerana dengan adanya ilmu agama yang tinggi secara tidak langsung dapat mengelakkan seorang pemimpin daripada melakukan perkara yang mungkar dan seorang pemimpin juga perlu mempunyai anggota badan yang sempurna supaya boleh menguruskan pekerjaannya dengan sempurna. (Ahmad Ibrahim Abu Sin, (1991).

Menurut Imam Al-Ghazali menyatakan seorang pemimpin perlulah

seorang yang

hidupnya dengan cara sederhana tidak terlalu membazir dengan harta yang dimiliki olehnya. Seorang pemimpin juga perlulah melaksanakan kerja dengan tenang tanpa merungut dengan pekerjaan yang dilakukannya. Dia juga harus cuba memuaskan semua pihak jika hal itu tidak melanggar undang-undang dan peraturan. Seorang pemimpin juga menurut Imam Al-Ghazali perlulah mempunyai sifat kesedaran akan tanggungjawab besar jawatannya. Seorang pemimpin juga perlulah seorang yang suka bersahabat dengan para ilmuan dan mendengar arahan para ilmuan tersebut. Hal ini kerana supaya seorang pemimpin tersebut tidak melanggar undang-undang yang telah digariskan dalam Islam ataupun tidak terpesong

daripada landasan agama Islam yang telah ditetapkan oleh syarak. (Ahmad Ibrahim Abu Sin, (1991).

Manakala menurut pandangan daripada tokoh barat iaitu Edwin Ghiselli menyatakan bahawa seorang pemimpin perlulah mempunyai sifat kesungguhan dan keyakinan kepada diri sendiri. Tanpa sifat kesungguhan dan keyakinan dalam diri sendiri boleh menyebabkan sesebuah organisasi tidak akan berjalan dengan baik. Begitu juga dengan kecerdasan yang terlalu tinggi atau kecerdasan yang terlalu rendah akan mengurangkan keberkesanan memimpin. (Mustafa Hj. Daud, (1996).

Selain itu, menurut pandangan tokoh Barat lainnya iaitu Ralph M. Stogdill, seorang pemimpin perlulah bersifat kecerdasan dan kemampuan juga bijak, matang, mempunyai harta sebagai modal supaya seorang pemimpin tersebut dapat menguruskan organisasinya dengan baik. Seorang pemimpin juga perlu adanya sifat sosial iaitu dimana mempunyai daya kerjasama, kemampuan berkomunikasi dan berkebolehan untuk bermasyarakat. (Mustafa Hj. Daud, (1996).

Selain itu, seorang pemimpin juga seharusnya mempunyai sifat keperibadian iaitu dimana berkebolehan, agresif dan berkeyakinan tinggi dalam menjalankan tugas sebagai seorang pemimpin. (Mustafa Hj. Daud, (1996).

6.0 PERANAN PEMIMPIN

Pemimpin diamanahkan untuk menerajui organisasi bagi kepentingan semua ahli. Pemimpin dipilih dan dilantik kerana kelebihan-kelebihan tertentunya yang dikira dapat

membantu organisasi, antaranya memainkan peranan-peranan penting mewakili organisasi. Oleh itu jelas seseorang pemimpin memainkan beberapa peranan secara serentak. Perananperanan berikut adalah seperti; 6.1 Sumber rujukan: pemimpin berperanan sebagai pemberi maklumat dan idea kepada ahliahli apabila diperlukan. Oleh itu pemimpin harus luas pembacaannya, sentiasa mengikuti perkembangan, mempunyai hubungan yang luas, banyak pengalaman dan rajin belajar 6.2 Model: sebagai model atau contoh, pemimpin memperlihatkan sifat-sifat, tingkah laku dan kebolehan yang boleh diteladani. 6.3 Pendorong: pemimpin juga harus sentiasa meransang dan mendorong ahli-ahli dan rakanrakan sepimpinannya untuk membangun diri, meningkatkan komitmen dan terus gigih memberikan khidmat serta subangan untuk kebaikan bersama. 6.4 Pembimbing: selaku pembimbing pemimpin turut mendidik, menyokong dan membolehkan ahli berperanan dengan aktif. Belajar memahami potensi dan bakat, minat dan kecenderungan, serta kekuatan dan kelemahan ahli dan membantu mereka untuk menjadi ahli yang aktif dan menyumbang. 6.5 Jurucakap/jurubicara: peranan ini menyerupai peranan pegawai perhubungan awam. Iaitu berperanan sebagai jurucakap atau wakil organisasi dalam perhubungan dengan pihakpihak luar. 6.6 Orang tengah: jika berlaku perbezaan pendapat, konflik antara ahli-ahli pemimpin berperanan sebagai orang tengah bagi mencari pendamaian. Bersikap adil dan tidak condong(bias) kepada mana-mana pihak.

Disamping memainkan peranan-peranan seperti di atas, di dalam sesuatu keadaan tertentu pemimpin juga turut berperanan sebagai pakar (berdasarkan kemahiran dan pengelaman yang dimilikinya) guru, penyelaras, mentor, kaunselor, ideologi, penilai dan sebagainya.

10

7.0 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG HARUS DIMILIKI PEMIMPIN

Setiap pemimpin perlu mempunyai pengetahuan dan beberapa kemahiran asas, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan tugasnya dalam sesebuah organisasi. Pengetahuan dan kemahiran yang dimaksudkan ialah pelbagai dan antaranya ialah;

1) Bekerja Dengan Orang. Boleh berhubung dan bekerja dengan orang, berbincang, mendengar pandangan, merangsang ahli-ahli, menggalakkan ahli mengambil inisiatif dan

menyerlahkan bakat dan potensi mereka. 2) Kebolehan Menganalisis. Kemampuan memahami dan menghuraikan sesuatu isu/persoalan dari pelbagai sudut serta merumusnya. Dapat berfikir dengan menggunakan berbagai-bagai teknik(kreatif/kritikal/lateral) 3) Pengorganisasian/Penyusunan/Penggemblengan Tenaga. Memahami bagaimana organisasi beroperasi, cara-cara yang sesuai dan berkesan untuk menggerakkan tenaga-tenaga di dalam pertubuhan serta mendapatkan sokongan masyarakat. 4) Komunikasi. Dapat menyampaikan sesuatu denganbaik, berhujah dengan meyakinkan dan merangsang ahli. 5) Penggunaan Sumber. Tahu tentang kewujudan pelbagai sumber di dalam dan di sekitar organisas (individu, kumpulan,budaya,agama), sedar tentang pelbagai institusi dan pertubuhan di sekeliling dan dapat bekerjasama dengan mereka. 6) Mesyuarat. Menguruskan mesyuarat dengan berkesan. 7) Penulisan. Boleh menulis ucapan, kenyataan media, menyediakan cadangan dan laporan. 8) Kewangan. Tahu bagaimana mendapatkan wang yang diperlukan pertubuhan, merangka belanjawan dan menguruskan dana. 9) Kajian/Penyelidikan. Tahu bagaimana melakukan penyelidikan asas, faham kegunaan

11

maklumat dan bagaimana mendapatkan maklumat yang dikehendaki. 10) Isu. Dapat mengenal pasti isu-isu penting dan dapat menilai potensi sesuatu isu bagi kepentingan organisasi. 11) Latihan. Tahu akan keperluan latihan-latihan untuk organisasi dan dapat mengendalikan latihan. 12) Penggunaan Teknologi. Tahu menggunakan teknologi yang sesuai dan terkini bagi memudahkan kerja. 13) Alat-alat Komunikasi. Pandai menggunakan alat-alat komunikasi yang asas untuk pelbagai tugasan seperti internet, persidangan media, pembinaan kontrak dan lain-lain.

Walaupun kemahiran-kemahiran yang dinyatakan agak banyak, ini tidak bererti seseorang pemimpin itu harus menguasainya. Namun mereka harus berusaha menguasainya untuk kepentingan bersama terutamanya diri sendiri. Dalam pada itu pemimpin juga seharusnya berkemahiran mengagihkan sesuatu tugas, peranan dan bidang kerja tertentu kepada ahliahlinya.

8.0 MENGELAK PILIH KASIH

Kepimpinan menuntut pemimpin berlaku adil dalam segala hal. Takrifan keadilan dalam merangkumi keseimbangan, kesaksamaan dan pemberian hak kepada mereka yang berhak dan meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul. Secara keseluruhan, keadilan bermakna tidak berlaku penindasan, tidak ada berkepentingan, tidak menzalimi dan tidak memilih kasih dalam memberi layanan dan hak kepada orang lain. Justeru, kepimpinan menekankan keadilan dalam segala urusannya, apatah lagi dengan melaksanakan keadilan mencegah penindasan, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan

12

perkara bertentangan nilai murni. Hal berkaitan keadilan turut dituntut dalam pengurusan organisasi. Tuntutan ini memerlukan kepemimpinan yang bertanggungjawab serta mempunyai kekuatan moral serta kejujuran yang tinggi.

Keadilan dalam pengurusan organisasi bermula daripada proses pelantikan jawatan. Majikan perlu melantik calon berkelayakan dan berkebolehan. Contohnya, sesi temuduga ialah alternatif yang diamalkan sehingga hari ini. Cara itu terbukti berkesan dan adil bagi mengelak salah pilih pekerja. Sejarah tamadun Islam menunjukkan contoh keadilan dilakukan Rasulullah SAW antaranya ketika pelantikan Mu'adh Jabal sebagai Gabenor Syam. Baginda yang melakukan temuduga itu. Baginda SAW mengemukakan soalan sejauh mana kelayakan Mu'adh untuk menjawat jawatan berkenaan dan sama ada beliau mampu menangani permasalahan yang mungkin timbul kelak. Apa yang dapat kita perhatikan, pelantikan dan pemilihan pekerja secara adil bukan sekadar mengisi kekosongan sebaliknya, memilih orang yang layak memegang tugas diamanahkan.

Hal ini menggambarkan kepada kita, pelantikan dan pemilihan calon yang tepat menyebabkan organisasi berjalan lancar dan berkesan. Bayaran gaji dan imbuhan yang setimpal juga perlu dibuat secara adil dan setimpal dengan kelayakan, taraf hidup serta keadaan setempat. Bagi mengelak penipuan dan diskriminasi dalam organisasi, wajib diwujudkan kontrak yang adil antara pekerja dan majikan. Kontrak keadilan penting bagi mengelak sesuatu tidak diingini berlaku antara majikan dan pekerja.

Di samping itu, keadilan dalam kebajikan pekerja perlu diberikan perhatian sewajarnya. Sebagai majikan, mereka perlu adil dalam kebajikan terutama dari segi, kesihatan dan

13

keselamatan. Pengabaian majikan terhadap kebajikan pekerja menyebabkan produktiviti pekerja menurun. Secara tidak langsung, menjejaskan matlamat organisasi.

Dari segi pengembangan kerjaya, majikan perlu bertindak adil dengan memberi ruang dan peluang kepada pekerja untuk kenaikan pangkat, latihan meningkatkan kemahiran dan insentif serta pengiktirafan kepada yang layak atau yang lama berkhidmat. Begitu juga bebanan tugas dan tanggungjawab yang diberikan perlu adil serta saksama supaya tiada penganiayaan dalam apa juga bentuk termasuk pembahagian tugas. Contohnya, pembahagian beban tugas antara pegawai atasan dan bawahan perlu berpadanan dengan imbuhan diberikan. Majikan perlu memastikan hanya pekerja yang benar-benar melakukan kesalahan dan jenayah diberhentikan atau dikenakan tindakan disiplin. Sebarang hukuman dikenakan tanpa bukti yang sahih menggambarkan ketidakadilan berlaku ke atas pekerja itu.

9.0 PENUTUP Kepimpinan ialah perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa, bertindak dengan cara-cara tertentu. Dalam hal ini seorang pemimpin harus mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang berkerja dengannya dan harus menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan. Dia juga harus berjaya mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat masa depan. Walaupun kepimpinan boleh dipelajari, tapi tidak semua orang dapat menjadi pemimpin yang baik. Menjadi pemimpin yang baik memerlukan kesabaran, kecekalan, pembelajaran yang berterusan, sikap cintakan ilmu, penguasaan pelbagai kemahiran, disiplin diri yang tinggi, kesediaan untuk menerima teguran juga kritikan dan sebagainya. Natijahnya seorang pemimpin organisasi yang baik bukan sahaja bergantung kepada jawatan yang disandang

14

tetapi lebih kepada keupayaannya mengendalikan peranan-peranan dalam organisasi dengan berkesan serta menguasai kemahiran-kemahiran yang dinyatakan dengan baik.

15

RUJUKAN Aminudin Moh. Yusof (1990). Kepimpinan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Alias Mohamed. (1984). Kepimpinan, demokrasi dan tradisi. Kuala Lumpur: AMW Comunications Management. Azizan Bahari. (2009). Menjadi pemimpin. Petaling Jaya: Qarya Sdn. Bhd. Dr Robiah Sidin (1988). Asas Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Putaka. Fatimah Wati Halim & Iran Herman, (1997). Hubungan Nilai Kerja, Prestasi Kerja dan Kualiti Kehidupan Bekerja di Kalangan Pekerja Sektor Awam & Swasta. Jurnal Psikologi Manusia. Bil 11:97-114 Mustafa Hj. Daud. (1996). Pemimpin Mengikut Pandangan Tokoh Barat, (Terjemahan), Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distibutors Sdn. Bhd. Weber, M.1963. The Sociology of Religion. Boston:Beacon Zainal Abidin Mohamad. (1998). Pengurusan Strategik. Kuala Lumpur: Utusan Distribution and Publication. http://mukmin.com.my/baca.php?id=568&kategori=12 http://wikipedia.org/wiki/Cyril.J.ODonnel http://uniprof.wordpress.com/208/04/08pengurusan

16

KURSUS INDUKSI SSM K1 SESI 16/2011 TAJUK: A) JELASKAN CIRI-CIRI BAHAWA SEORANG KETUA DALAM SESEBUAH ORGANISASI ITU DAPAT MEMBERIKAN KEPIMPINAN YANG BERKESAN. B) HURAIKAN CARA-CARA UNTUK MENGELAKKAN PERBUATAN PILIH KASIH DALAM TINDAKAN-TINDAKAN DI KALANGAN PEMIMPIN/KETUA ORGANISASI/JABATAN.

NAMA: KAD PENGENALAN: DITUJUKAN:

ROZALINA BINTI ABDULLAH 610118-08-5336 UNIT LATIHAN DAN KEMAJUAN STAF JABATAN NEGERI PERAK

17

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 2.0 KEPIMPINAN SEKOLAH 3.0 GAYA KEPIMPINAN 4.0 CIRI-CIRI PERSONALITI YANG DIKAITKAN DENGAN SEORANG PEMIMPIN 5.0 CIRI-CIRI YANG BAIK MENGIKUT PADANGAN TOKOH TERKEMUKA 6.0 PERANAN PEMIMPIN 7.0 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG HARUS DIMILIKI PEMIMPIN 8.0 MENGELAK PILIH KASIH 9.0 PENUTUP

1 4 5

11 12 14

18

19

You might also like