You are on page 1of 29

Apresiasi Seni

DEFINISI Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan subject matter serta gaya dan stail mereka .Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif. Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif. Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan logical operation such as defining, valuing and explaining Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas. Umumya, para pendidik seni beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya seni sahaja. Menurut Chapman (1978) if treatart ifit were only a matter of learning acts an mastering technique, we deny its value and character Kebanyakan pendidik seni percaya bahawa melalui apresiasi karya seni, pelajar- pelajar dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu masyarakat.

Macfee (1961) menegaskan bahawa every culture, differences in value and belief are expressed through language an art forms such as dress, architecture an decoration Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara acra dan binaan disentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang diperlukan. OBJEKTIF a) b) c) d) Memahami dan bertindak Mengetahui pentingnya nilai Menghasilkan karya Memahami seni APRESIASI terhadap aspek seni seni dalam kehidupan (produk seni) dan hubungannya

e) Membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni

TUJUAN

APRESIASI

DAN

KRITIKAN

SENI

Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf. Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasilhasil lain berdasarkan persepsi visual.Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-kerja orang lain di mana kita dapat membentuk keyakinan dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni. Pendekatan apresiasi dan kritikan seni:

Mengikut John A. Michael dalam bukunya art and adolescence ada dua pendekatan dalam apresiasi seni iaitu: a) Pendekatan b) Pendekatan secara psiklogi secara logik

PENDEKATAN

SECARA

LOGIK

Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut: Cadangan aktiviti pendekatan secara logik:

Secara penerangan - Membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan/teknik pelukis, media, proses, nilai-nilai estetika dan pengaruh. Secara pemerhatian mengumpul gambar - Balai dan seni, pameran, menyusun filem, slaid, gambar-

Secara perbandingan - Analisa, penilaian, perbandingan antara satu dengan yang lain serta menimbulkan kesedaran Secara penghasilan Membuat mengikut gaya artis/stail,menimbulkan kefahaman masalah nilai- nilai khas, kepuasan, menghubungkan diri dengan pelukis/pandai tukang gaya konsep dan zaman.

PENDEKATAN

SECARA

PSIKOLOGI

Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan sesuati karya seni. Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara ini akan lebih realistik dan dapat menerima response dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat yang digunakan. Cadangan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. aktiviti pendekatan secara psikologi:

Secara perbincangan dan perbandingan Secara proses inkuiri penemuan (discovery) Secara kritikan mengenai lukisan/hasil kerja seni Secara menyediakansetting/set induksi Secara membesarkan gambar Secara mengolah bahan-bahan sebenar Secara aktiviti permainan seni Secara lawatan/pameran Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran

KAEDAH Kaedah-kaedah a) b) c) d) e) a. melihat

MELIHAT seni terdiri daripada

SENI kaedah: Hedonistic Kontekstualistik Organistik Normistik Elektik HEDONISTIC

KAEDAH

Kaedah ini hanya satu luahann perasaan secara spontan seperti kesukaan, pernyataan perasaan, gemar, menarik dan benci. Penilaian dibuat secara serta merta iaitu:

Pernyataan

Suka/tidak Tertarik/tidak spontan

Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi menyatakan kaedah ini tidak diterjemahkan oleh otak (pemikiran) Cuma berdasarkan maklumat kendiri. Ianya tidak dapat di ukur bilangan sebenar dan terdapat pelgabai citarasa.

b.

KAEDAH

KONTEKSTUALISTIK

Kaedah ini lebih praktikat di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah, sistematik dan kefahaman serta kejelasan. Ianya berkait dengan pengetahuan sejarah, falsafah dan prinsip rekaan.Lebih rujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan fahaman, rentak pengkaryaan, interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya. Ianya akan menyediakan pengetahuan mantap dalam pengamata karya, kefahaman konsep, kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu pendekatan yang menarik oleh pemerhati.

c.

KAEDAH

ORGANISTIK

Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu sistem yang teratur dan terancang. Penilaian dibuat serata melihat konteks seni secara harmoni, menentuh intuisi dan menyenangkan. Penekanan kriteria kapada aspek tata letak, tata atur, ruang dan penataan cahaya. Ini akan dapat membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan, unsur-unsur seni , imbangan, perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian. d. KAEDAH NORMISTIK

Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai masyarakat, agama dan budaya. Ia seakan-akan ada kaitan dengan pendekatan diri kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsure sensasi. Cntohnya lukisan agama Kristian yang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan nilai-nilai akhlak. Kaedah ini menolak peradaban moden di mana pelukis telah melampaui batas yang dibenar dalam budaya dan agama. e. KAEDAH ELEKTIK

Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistic, ianya aalah gabungan persepsi penilai seni tentang tanggapan positif dan negatif. kriteria penilai menekankan unsur asas prinsip, struktur organisasi dan alat dan bahan. Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak, tidak menjurus kepada aspek kronologinya. Wajaran hanya secara baik, sederhana dan kurang baik.

PROSES APRESIASI SENI Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar pendidikan seni mengenai proses apresiasi. Feldman (1967) dan smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap: a) Menggambarkan b) Menganalisa

c) Tafsiran d) Penilaian A. MENGGAMBARKAN Mengamati hasil seni dan menggambarkab sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemenelemen gubahan iaitu prinsip dan struktur B. MENGANALISA i. Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsureunsur seni, prinsip dan stuktur ii. Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana iii. Menghauraikan stail sesuatu karya

C. TAFSIRAN i. Mencari makna-makna yang tedapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, simbol, unsur-unsur seni, prinsip, strktur, corak dan bahan ii. Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) an analogianalogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut. D. PENILAIAN i. Membuat penilaian berdasarkan kepada criteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi ii. Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya dari segi individu, social, keaagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniaannya.

Posted by ColourExist at 8:17 PM 0 comments

Saturday, June 25, 2011


Contoh-contoh teknik lakaran/lukisan yang boleh diaplikasi dalam folio.

Berikut adalah beberapa contoh-contoh teknik lukisan yang anda boleh aplikasi dalam folio. Ada banyak teknik melukis, contohnya teknik titik-titik, teknik garis silang atau ''ross-hatching'', guna warna air, teknik campuran dan sebagainya. Teknikteknik melukis ini anda boleh rujuk dalam buku-buku rujukan seni dan internet.

Lukisan di bawah merupakan contoh-contoh lakaran yang dihasilkan...

Jika anda kurang mahir melukis, anda boleh melukis guna teknik lakaran menggunakan hanya garisan luar. Tak perlu kesan cahaya dan bayang. Caranya, anda hanya perlu tekap gambar yang anda inginkan ke atas kertas lukisan, kemudian ikutlah garisan tersebut dengan pen hitam (gel pen) atau bahan kering yang bersesuaian.

Lakaran di atas memerlukan anda mahir mewarna. Cikgu selalu galakkan pelajar menekap gambar (hitamkan dahulu belakang kertas yang ada gambar yang akan bertindak sebagai carbon paper). Teknik menekap tidak semestinya digunakan oleh pelajar tidak mahir melukis; pelajar yang berbakat melukis juga boleh jimatkan masa melukis dengan cara ini. Anda tak perlu lagi asyik memadam kesalahan jika kadar banding lukisan anda tak betul.Tetapi seelokeloknya, haruslah mencuba melakar dan melukis tanpa menggunakan pemadam jika tersilap garisan supaya kita dapat melatih psikomoto dan lokomoto kita untuk lebih berhati-hati dan kuat... Teknik mewarna untuk gambar di atas adalah teknik catan cat air. Guna banyak air semasa mewarna bahagian yang cerah. Tak perlu guna warna putih.

Ini adalah lukisan mengikut skala. Kalau jawab soalan rekabentuk industri seperti mereka bentuk microwave, atau soalan pembungkusan ; perlu ada Lukisan Skala.

Lakaran ini pula adalah contoh lakaran perkembangan idea . anak panah berfungsi menunjukkan perubahan bentuk yang dicipta pelukis/pereka.

Lukisan Realistik diperlukan sebagai kajian terhadap subject matter (sumber idea/motif). Biasanya, anda guna gambargambar fotografi daripada majalah, internet atau ambil sendiri gambar guna kamera.

Anda pilihlah teknik yang sesuai dengan kemampuan melukis dan mewarna. Jika tak pandai mewarna, tak perlulah

mewarna dalam folio kecuali Kajian Warna. Yang berbakat seni tu, tunjukkan kemampuan anda melukis/mewarna di dalam folio atau hasil untuk berkaya yang lain. Posted by ColourExist at 7:35 AM 1 comments

Saturday, March 6, 2010


Tokoh-tokoh & Aliran-aliran Seni Barat
CATAN - Aliran Seni Catan Barat Definisi catan Proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang di sapu ke atas sesuatu permukaan. Komponen alat dan media yang digunakan ialah cat seperti cat air, cat minyak dan cat arkrilik. Kanvas, kertas, air, minyak linseed, turpentin dan sebagainya. Berus, Sejarah pisau lukis Seni dan sebagainya. Catan

Sejarah catan bermula pada zaman Yunani Purba. Pada masa itu aktiviti catan hanya menggambarkan kisah-kisah keagamaan. Media yang digunakan adalah seperti mozek dan fresko. Zaman Renaissance pada kurun ke-17 merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah sehingga ke abad ke-18.Media yang digunakan ialah seperti cat minyak, air, tempera pemikiran tradisi. dan fresko. Pada kurun ke-19 dan 20, muncul beberapa aliran baru yang menentang

Karya Delacroix
y y

Karya ini telah dihasilkan pada aliran Romantisme. Berjodol Liberty Leading the People (1830).

Gaya karya distailisasikan seperti gaya gothik.

Karya Vincent Van Gogh


y y y y y y

Karya ini dihasilkan pada Kurun ke-19. Aliran Impressionisme. Berjodol : Bedroom. mempunyai garis-garis kasar dan warna yang terang. Mencipta bentuk dan suasana yang dilihat.

Karya Karya ini dihasilkan Aliran pada penghujung Pop abad

Warhol ke-20. Art.

Gaya

Berjodol umpama seni poster

Marylin untuk di

Monroe pengiklanan. barat Klasik Barroque Romanticisme Impressionisme Post-Impressionisme Ekspressionisme Kubisme Surelisme

Tema aliran ini berkisar kebudayaan semasa dan yang popular pada masa itu.

Aliran-aliran Aliran

catan

Seni

Pop Klasik

Aliran ini lahir pada zaman Renaissance iaitu zaman kelahiran semula. Figura Penumpuan Menggunakan Karya-karya sebagai kepada perspektif, perhatian mendapat pemusatan kadar ruang daripada banding dan tumpuan dan unsur golongan karya. anatomi. seni. bangsawan.

Hal benda yang dipaparkan banyak berkisar orang-orang bangsawan dan golongan kaya.

Leonardo Da Vinci

Michalengelo

Aliran Istilah Romanticism telah wujud zaman karya tertumpu kepada kedamaian, pada pertengahan

Romanticism abad ke-18. itu. keharmonian, kecintaan.

Karya aliran ini adalah lebih kepada gambaran sesuatu keadaan yang berlaku pada Mesej

Hal benda karya tertumpu kepada ekspresi muka dan aktiviti figura Gaya karya masih terpengaruh dengan gaya gothik iaitu gaya zaman klasik. Penggunaan garisan luar yang terang. beraja. warna yang kusam, suram dam kelam. Tema karya tertumpu kepada kisah kesengsaraan, kejatuhan gereja dan pemerintahan Warna yang digunakan ialah

Warna itu menggambarkan kesengsaraan, kezaliman yang berlaku pada zaman itu.

Delacroix

Delacroix

Delacroix

Goya

Goya

Aliran Zaman Karya ini dikenali kepada sebagai komposisi, karya zaman aksi, renaissance warna berwarna dan

Barroque tinggi. cahaya. gelap

Barroque membawa maksud mutiara yang tidak sempurna tetapi indah. menumpukan Latar belakang

Karya tertumpu kepada objek

Rembrandt

Rembrandt

Rembrandt

Aliran Tidak Mementingkan Aliran keserasian ini Aliran Menumpukan kaedah muncul konsep Warna melukis warna, cahaya kepada secara serta cahaya pada dan kesan abad objek

Impressionisme ke-19. yang dilihat.

Warna tidak dicampur dengan hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas. bertindih-tindih. "detail". watak-watak alam.

Mengutamakan suasana yang dilihat contohnya seperti pagi, petang ,malam. condong aliran naturalisme. Palitan warna spontan tentang apa yang dilihat.

Monet

Monet

Degas

Van

Gogh

Renoir

Aliran Realiti bukan itu meniru sentiasa bentuk baru tetapi

Post-Impressionisme dan mencipta tegas bentuk.

bukan meniru kehidupan tetapi mencari kesamaan di dalam kehidupan. melukis imej-imej yang mempunyai struktur dan logik untuk mencapai kesatuan antara melukis isi sebagai yang pernyataan berkait dan simbol rapat. diri.

perspektif, bentuk dan warna adalah yang baru dan tidak mengikut orang lain. warna terang dan gelap adalah pancaran dari gerak hati spontan pelukis.

George Seurat

Cezanne

Gauguin Aliran Menolak Cuba Seperti tradisi catan yang 3 mementingkan dimensi dan menimbulkan dalam satah kesan objek 2 Kubisme realiti. dimensi. geometri. lutsinar.

Menganggap seni sebagai satu konsep ke arah penciptaan dan menolak peniruan. menyelesaikan pecahan masalah kaca dan Penggunaan bentuk-bentuk

Warna yang bertenaga

Pablo Picasso

Duchamp

Aliran Seni Menolak Menolak adalah manifestasi alam ada peniruan Penggunaan Tidak ciri-ciri perasaan dan warna imej dan menyingkir tradisi keresahan subjek yang yang

Ekspresionisme klasik emosi dan pelukis. objek. dramatik jelas.

Kesan berus yang kasar dan kadangkala tidak menggunakan berus.

Kandinsky

Pollock Aliran Surealisme

Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar Terpengaruh Paparan Warna-warna dengan Imej-imej gelap minda idea bawah sunyi digunakan untuk ahli sedar dan menimbulkan falsafah dan Sigmund alam tidak seakan pelukis. Frued. khayalan. logik. misteri.

Menyeramkan,

Objek diletakkan pada tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantum.

Salvador Dali Aliran Seni Pop

Berasaskan kepada persekiran dan kebudayaan popular yang mempengaruhi kota raya Tema, Lebih Pelukis Warna New teknik, mirip seni yang imej pop terang dan kepada pada York metos karya permukaan bersifat dengan dan semasa panggilan berbidang dan dan New yang pengiklanan yang London. populariti. pengguna. Realist. besar.

terkenal

Konsep modern yang mirip kepada kesesuaian zaman sains dan teknologi.

Posted by ColourExist at 8:32 AM 0 comments

Sunday, January 24, 2010


Pengenalan Seni, Definisi Seni, Definisi Pendidikan & Definisi Pendidikan Seni
Pengenalan Apabila membicarakan tentang seni, masyarakat umumnya lebih tertarik dengan seni yang lebih popular seperti seni muzik mahupun seni lakonan. Ini bertitik tolak daripada pendedahan yang meluas diterima bagi kedua-dua cabang seni tersebut. Lantaran itu, seni muzik dan seni lakonan ini mempunyai impak yang bukan sedikit ke atas khalayak di negara ini. Nama-nama kecil dan besar yang menguasainya begitu mudah bermain di bibir masyarakat, baik anak kecil, mahupun golongan yang lebih tua. Namun begitu, apabila memperkatakan tentang seni visual, ianya seakan jauh terpinggir. Walaupun sebenarnya ia telah wujud lebih awal di kalangan masyarakat, kita masih merasakannya sebagai suatu cabang seni yang duduknya pada kelas kedua. Hanya golongan tertentu sahaja yang bener-benar menghayati seni visual dalam erti kata penghayatan estetika selayaknya. Walaupun kewujudan seni visual adalah seusia dengan peradaban manusia, namun masyarakat di Malaysia masih memandang sinis akan kepentingannya di dalam membentuk nilai-nilai kemanusiaan dan budaya bangsa. Bermula dengan lebih dikenali sebagai Seni Lukis dan Pertukangan/ Pekerjaan Tangan di era sebelum merdeka sehinggalah beralih kepada Seni Visual sejak kebelakangan ini, namun martabatnya masih diletakkan pada tempat yang sama. Lantaran itu, sejajar dengan hasrat untuk membentuk warga negara yang tahu menghargai budaya, mempunyai nilai-nilai norma kemasyarakatan yang luhur berpaksikan kepada Rukun Negara, maka perubahan demi perubahan dilakukan ke atas kurikulum pendidikan negara. Perubahan ini merangkumi pelbagai mata pelajaran di sekolah merangkumi peringkat rendah persekolahan sehinggalah ke peringkat tertinggi. Perubahan ini turut merangkumi mata pelajaran Pendidikan Seni yang dikira akan dapat mengangkat martabat seni visual khasnya ke suatu kedudukan yang lebih baik.

Di samping itu, ia juga menjadi serampang dua mata sebagai uasaha membentuk minda baru masyarakat Malaysia, tidak sekadar memandang seni dari sudut estetikanya sahaja malahan mampu mengangkat darjat dan peranan seni visual di dalam pembentukan ketamadunan negara.

i) Definisi Seni Apa sebenarnya yang dinamai seni itu sendiri? Terlalu banyak kupasan dan pendefinisian mengenai seni, baik melalui tokoh-tokoh sejagat mahupun tokoh seni tempatan. Baik kupasan berlandaskan estetika semata-mata mahupun pengertian seni yang dapat dikutip melalui kacamata agama. Ini melambangkan betapa luasnya kesenian itu sendiri lantaran manusia yang normal secara totalnya amat senang dengan sesuatu yang mempunyai nilai-nilai dan unsur seni. Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak, lukisan, muzik dan lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Dipandang daripada sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya, Kitab Al- Iman, menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui. Dalam erti kata lain, Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan ) di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni, ataupun setidak-tidaknya akan menghargai keindahan objek serta karya tersebut, sekiranya tidak mampu menghasilkan karya seni. Ini adalah kerana seni itu sendiri mempunyai pertalian erat di antara penggiat dan khalayak seni itu sendiri. Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is Expression ). Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini. Kesimpulannya, biar dari sudut pandangan mana sekalipun, seni merupakan sesuatu yang berkait rapat dengan estetika dan keindahan. Keindahan yang mampu memukau dan mempersonakan mata dan hati yang menghayatinya dengan segenap pancaindera yang ada. ii) Definisi Pendidikan Pendidikan menurut Plato, seorang filosofis Yunani, ialah mengasuh jasmani dan rohani seseorang agar dapat sampai ke satu tahap keindahan dan kesempurnaan yang paling tinggi. Secara jelasnya, pendidikan adalah suatu usaha membentuk kesempurnaan dan keindahan di

dalam diri individu. Pengertian ini adalah sejajar dengan apa yang diungkapkan oleh salah seorang lagi filosofis Yunani iaitu. Aristotle di mana beliau mengungkapkan pendidikan sebagai satu usaha untuk menyediakan akal-fikiran untuk diisikan dengan ilmu pengetahuan, sebagaimana menyiapkan tanah untuk diisikan dengan tanam-tanaman. Berdasarkan Kamus Dewan, pendidikan berasal daripada kata dasar didik yang membawa pengertian memelihara dan memberi latihan berupa ajaran ataupun pimpinan mengenai akhlak dan kecerdasan fikiran. Pendidikan pula membawa maksud proses mengubah sikap dan tata laku seseorang dalam usaha mematangkan individu tersebut. Secara jelasnya, pendidikan bolehlah ditakrifkan sebagai proses penyemaian ilmu secara berterusan kepada seseorang. Oleh kerana luasnya konsep pendidikan itu disamping pertalian intimnya dengan ilmu, para cendikiawan seringkali memberi pendefinisian tentang pendidikan berdasarkan cabang ilmu masing-masing bagi memberikan kefahaman yang lebih jelas. Umpamanya, di dalam Islam sendiri, konsep ilmu terbahagi kepada dua, iaitu ilmu akhirat ( ukhrawi ) dan ilmu keduniaan ( duniawi ). Bertitik-tolak daripada kefahaman tersebut, Abdul Halim el-Muhammady mentakrifkan pendidikan daripada kacamata Pendidikan Islam sebagai suatu proses mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani dan emosi manusia berasaskan sumber wahyu, Quran dan Sunnah, pengalaman salaf al-soleh serta ilmuwan muktabar dengan matlamatnya bagi melahirkan insan yang soleh. Manakala penganut aliran Fungsionalisme melihat individu tidak penting dalam menentukan apa yang sesuai untuk dirinya. Pendidikan bagi mereka bukanlah untuk membentuk potensi dan kebolehan individu bagi dirinya tetapi untuk keperluan komuniti dan masyarakatnya. Ini adalah lantaran masyarakatlah yang menentukan baik dan buruknya sesuatu perkara. Salah seorang penganut aliran ini, Durkheim ( 1956 ) umpamanya mendefinisikan pendidikan sebagai penerapan pengaruh generasi dewasa kepada mereka yang memasuki era baru dalam kehidupan sosial. Mereka yang dididik adalah dikehendaki mempelajari dan mempraktikkan nilai-nilai keperluan sebagaimana yang dikehendaki oleh generasi yang lebih awal. Oleh itu, secara umumnya Durkheim menganggap fungsi pendidikan adalah untuk mengekalkan masyarakat dengan menyediakan rangka normatif dan kognitif masyarakat dalam diri invidu. John Dewey, seorang pakar pendidikan Amerika Syarikat mentakrifkan pendidikan sebagai satu proses perkembangan individu. Menurut beliau, pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan selamat. Hj. Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih di kenali sebagai Hamka iaitu salah seorang tokoh pendidikan Islam yang paling berpengaruh di Indonesia. Beliau mendefinisikan pendidikan sebagai suatu proses yang boleh membentuk tingkah laku yang baik, sikap yang berani serta budi pekerti yang mulia seperti sikap rendah diri, sabar, menghormati orang tua dan sebagainya. Rabindranath Tagore, salah seorang ahli falsafah dan penyair India yang terkemukamenyatakan pendidikan sebagai suatu proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan dengan

penuh makna. Menurut beliau, pendidikan tidak seharusnya hanya terikat dengan buku, tetapi harus dihubungkaitkan dengan pengalaman kehidupan sebenar manusia. Oleh itu, pendidikan secara jelasnya boleh dilihat sebagai suatu proses berterusan dalam usaha membentuk individu bagi memenuhi keperluan diri dan masyarakatnya, berlaku samada secara formal ataupun non-formal. Ini adalah kerana, setiap individu, terutamanya individu muslim, telah ditetapkan secara jelas tujuan matlamat pendidikan tersebut. iii) Definisi Pendidikan Seni Pendidikan Seni Di Dalam Sistem Pendidikan Formal Negara bermaksud program pendidikan yang bersistem, terancang dan boleh diukur prestasinya bagi memenuhi keperluan individu dan aspirasi negara. Ia merangkumi idea-idea yang dicetuskan melalui lukisan, ukiran dan pelbagai kemahiran tangan yang lain yang diadunkan daripada pengalaman murid dan apa yang telah dipelajari. Feldman ( 1996 ) memberikan pendefinisian pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui tentang dunia dan diri kita sendiri melalui seni. Seni yang dimaksudkan di sini adalah meliputi apa jua cabang seni visual seperti catan, arca, seni bina, reka bentuk industri, garafik komputer, serta apa jua yang berkaitan dengan seni, baik yang berupa seni tampak tradisional mahupun seni moden. Pendidikan seni merangkumi pelbagai kaedah dan teknik yang digunakan di dalam penghasilan produk seni, mempelajari sejarah dan antropologi seni, membezakan makna seni serta melihat nilai produk seni individu. Lantaran itu, pendidiikan seni lebih menitik beratkan pemikiran, perbuatan dan penilaian yang original di samping memberi kesempatan untuk individu itu memperkembangkan idea semulajadinya secara teratur menerusi peringkatperingkat perkembangan yang artistik. Kesimpulannya, pendidikan seni merupakan suatu sistem pengajaran dan pembelajaran seni tampak yang terancang dan mempunyai hala tuju serta matlamat yang jelas. Pendidikan seni adalah suatu sistem pengajaran dan pembelajaran yang bermatlamat melahirkan individu yang celik seni bagi diri dan masyarakatnya Posted by ColourExist at 6:18 AM 3 comments

Pandangan Tokoh-tokoh Barat, Timur dan Islam Tentang Seni dan Kesenian
Seni dan kesenian. C) Pandangan tokoh-tokoh mengenai Pendidikan Seni Pendidikan Seni merupakan suatu program pendidikan yang bersistem dan mempunyai matlamat serta hala tuju yang jelas. Terdapat banyak pendapat dan pandangan yang diutarakan mengenainya oleh para pemikir seni. Setiap tokoh-tokoh tersebut mengutarakan pandangan mengikut pendekatan masing-masing. Herbert Read dan Viktor Lowenfeld berpendapat Pendidikan seni seharusnya berasaskan aspek psikologi yang melihat kepada perkembangan kanak-kanak dalam melahirkan

pernyataan dirinya. Dalam konteks ini, guru seni perlu melihat potensi kedua-dua pihak, pelajar dan guru itu sendiri dari asoek motivasi, personaliti dan sebagainya. Eisner ( 1967 ), Pendidikan Seni dan kreativiti bukanlah diperolehi secara mutlak, sebaliknya ia harus dipupuk melalui proses pembelajaran. Selain daripada itu, beliau juga berpandangan kreativiti dan kebolehan kanak-kanak adalah berbeza berdasarkan latar belakang dan pengalaman mereka. Berdasarkan kajian beliau, kanak-kanak yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah mempunyai kebolehan yang rendah berbanding dengan kanakkanak sebaliknya. Feldman ( 1996 ) berpendapat pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui tentang dunia dan diri kita melalui seni. Seni yang dimaksudkan di sini adalah seni visual yang merangkumi keseluruhan bidangnya. Ini adalah kerana seni visual adalah berkait rapat dengan alam dan persekitarannya yang turut merangkumi manusia dan kemanusiaannya, kebudayaan dan lainlain altiviti yang berkai dengan kehidupan. Secara jelasnya, pendidikan seni mempunyai peranan di dalam segenap aspek kehidupan samada sosial, politik, kebudayaan mahupun ekonomi. ii) Pandangan Barat tentang kesenian Menurut Herbert Read, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik. Keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ini adalah kesan yang timbul daripada samada sewaktu menghasilkan produk seni mahupun menikmati hasil seni. Kedua-dua pihak samada artis mahupun pemerhati seni akan merasai kesan-kesan tersebut. Clive Bell ( Syed Ahmad Jamal, 1994 ) berpendapat bahawa emosi yang dialami apabila menghayati sesebuah karya seni adalah emosi yang tersendiri dan berada di dalam alam yang asing. Pada asasnya, menurut barat, seni adalah pernyataan dan teknik pembuatannya. Seni memberi bentuk tampak kepada bentuk yang terpendam, dipersembahkan di dalam bentuk imej yang dapat dilihat. Dalam kebudayaan manpun, perasaan dan fikiran dapat dilahirkan melalui seni. Seni merupakan intisari kemanusiaan lambang suatu kumpulan manusia dalam kebudayaannya. Crose dan Collingwood ( Syed Ahmad Jamal, 1994 ) berpendapat bahawa, karya seni itu suatu imej mental. Objek yang ideal yang dinyatakan di dalam bentuk fizikal melalui bahan yang terhasil daripada karya sebenar dalam fikiran pemerhati. Beliau sebenarnya menyokong pendapat yang menyatakan bahawa seni adalah pernyataan rasa yang imaginatif. Ini adalah kerana beliau cuba membezakan seni dengan kraf. Kraf pada pandangan beliau merupakan aktiviti mengubah bahan mentah menjadi barangan dengan menggunakan kemahiran yang boleh dipelajari. Konsep seni mempunyai pertalian yang erat dengan estetika. Menurut pandangan Barat, estetika bererti sesuatu yang berkaitan dengan pengamatanterhadap sesuatu perkara atau suasana yang menekankan aspek kesenian atau keindahan, bukan aspek kegunaannya.

Perkataan estetika mula digunakan oleh Baumgarten pada tahun 1735. Menurutnya, keindahan mestilah diasingkan daripada estetika kerana barang yang buruk boleh diterima dengan cara yang indah dan sebaliknya. Kebudayaan Barat telah memisahkan seni dengan agama. Pemisahan ini wujud dengan lahirnya sekularisme. Lantaran itu, seni menjadi suatu yang bebas. Demi seni, semuanya dibolehkan sehingga melahirkan kepelbagaian aliran di dalam seni itu sendiri seperti ekspressionisme, kubisme, impressionisme dan sebagainya. Pandangan Tokoh Barat a) Plato (347 SM) - Lukisan adalah 3 kali terpisah daripada kebenaran. - Seni dan pendidikan perlu dipandukan kepada kebenaran, kebaikan, kesempurnaan, kesejahteraan dan keindahan. - Dikatakan dengan perlakuan, akhlak, nilai dan moral. - Mencipta sesuatu persekitaran yang berbudaya dan meningkatkan perpaduan: : Lukisan dibincang dengan konsep imitasi. : Membandingkan lukisan dengan kebenaran. : Pelukis meniru objek yang dibuat oleh tukang pembuat. b) Aristotle (384-322SM) - pelukis tidak meniru tetapi memberi struktur bentuk kepada benda alam, maka seni itu baik. c) Pestalozzi (1746-1827) - Memberi peluang kepada kanak-kanak belajar seni sama ada berbakat atau tidak, seni diberi penekanan kepada konsep kepentingan aktiviti mata dan tangan. - Kerja tangan atau kraftangan diajar dengan konsep sepanjang hayat, aktiviti bercorak praktikal. d) Herbert Read - Seni adalah penghasilan rupa dan bentuk yg menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kedamaian estetik. - Seni alat untuk mendidik seseorang - Seni boleh menyatukan semua Negara (pendidikan dan pembentukan diri) e) Frank Cizek ( 1865-1946) - Seni sebagai satu peranan ekspresi bebas dalam pendidikan . - Kanak-kanak diberi ruang untuk melukis mengikut pandangan mereka supaya tidak hilang kreativiti dan sifat keperibadian diri. -Seni mewujudkan suasana gembira, suka, riang, minat untuk belajar dan memajukan diri.

f) John Dewey (1859 1952) - Aktiviti seni merupakan satu pengalaman kepada kanak-kanak. - Memberi kebebasan kepada kanak-kanak menysun pengalaman untuk mencerdaskannya. (kreativiti, pemikiran) g) Walter Gropius - Seni visual memberi faedah kepada kehidupan seharian seperti dalam prinsip-prinsip rekaan dan nilai estetik bagi menghasilkan barangan harian eg. Kerusi,meja dsb. - Ianya mengabungkan seni, pertukangan, sains dan teknologi. h) Efland dan Laura H. Chapman - Seni adalah untuk masyarakat - Seni dan kreativiti menjadi satu unsur imaginasi. i) Lansing - Seni dapat mengembangkan potensi pemikiran, sikap dan psikomotor. j) June McFee - Menekan kpd kesenian dan individu serta seni dalam masyarakat warisan budaya. k) Feldman - Seni dan kebudayaan tunjang pembangunan seni manusia. Sememangnya telah sekian lama mewarnai ketamadunan, peradaban dan kebudayaan manusia. Peredaran masa memperlihatkan perubahannya yang berkembang seiring dengan kehendak persekitaran dan naluri manusia itu sendiri. Lantaran itu, kita dapat melihat variasi dan kepelbagaian pandangan yang dilontarkan oleh tokoh-tokoh seni seantero dunia. Kepelbagaian pandangan tersebut sebenarnya turut menjadi perencah di dalam mewujudkan kepelbagaian genre, aliran, teknik serta variasinya seni itu sendiri. Sejajar dengan peranan seni dan kesenian di dalam kaitannya dengan warisan dan kebudayaan masyarakat, pandangan tokoh-tokoh yang dilontarkan mencerminkan apa yang sebenarnya mampu diterjemahkan oleh seni dan kesenian itu sendiri di dalam masyarakat. Seni dan kesenian terlalu akrab dengan aspek keagamaan, sosial, politik, ekonomi serta kebudayaan sehingga para ilmuwan dalam setiap bidang tersebut turut terpanggil untuk membentuk seni dan kesenian yang sejajar aliran dan fahaman mereka.

i) Pandangan Islam tentang seni dan kesenian di dalam Islam Sering kali timbulnya pertanyaan adakah kaitannya antara seni dengan agama Islam itu sendiri? Pertanyaan tersebut sebenarnya telah mengundang perdebatan demi perdebatan sejak berabad lamanya. Lalu, sebagai jalan keluar daripada polemik yang timbul, maka para

seniman Islam telah mencipta suatu dimensi baru di dalam kesenian. Islam sebenarnya penuh dengan kesenian. Intipati kesenian islam adalah tauhid. Ia merupakan penyatuan, ketauhidan kepada Maha Pencipta. Kesan daripada ketauhidan tersebut lahirlah keindahan dan kesatuan yang harmoni yang membentuk acuan yang tersendiri. Melalui asas-asas tauhid juga terbentuk dunia Islam yang berkembang secara organik, yang melalui berbagai proses transformasi adaptasi daripada unsur-unsur alam. Jelasnya, kesenian Islam adalah terbentuk dan terikat kukuh di dalam konsep tauhid itu sendiri. Bagi agama Islam, agama bukanlah kebudayaan. Setiap perbuatan di dalam Islam mestilah berpaksikan kepada agama sementara budaya bergerak selari dengan kehendak agama. Di sinilah wujudnya perbezaan jelas di antara kesenian Islam dengan bukan Islam. Seni di dalam Islam adalah kerana Allah manakala seni bukan Islam mementingkan estetika sematamata tanpa mempunyai ikatan kukuh dengan keagamaan. Islam menuntut umatnya menjalankan aktiviti kesenian berpandukan akhlak Islam. Pandangan Tokoh Timur dan Islam a) Muslim Dalam kitab Al-Iman. Org yg mempunyai ilmu seni bertemu dgn objek alam s/jadi dapat mencipta suatu karya dan menghargai objek tersebut. b) Pandangan Al-Ghazali - Seni bersandarkan daripada Allah kpd Allah. - Seni menuju kepada Al-Falah ( keredhaan Allah ) - Pemangkin kepada ketaqwaan ( tawaduk & beriman ) c) Sidi Ghazalba - Seni tidak melampui batas kesusilaan - Seni bertunjang daripada Allah kepada Allah - Hasil seni itu bertunjang mardatillah ( diredhai Allah) -Seni membentuk peribadi muslim

You might also like