P. 1
Nota Pra Baca Dan Tulis

Nota Pra Baca Dan Tulis

|Views: 434|Likes:
Published by Che Rusnah

More info:

Published by: Che Rusnah on Feb 05, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/13/2013

pdf

text

original

Nota+prabacaan+&+tulisan

by Prabagaran Renganathan on Jan 09, 2011

3,811 views 1. ANALISA TENTANG AKTIVITI PRABACAAN Membaca ialah asas bagi semua pembelajaran dan pencarian ilmu. Sekiranya seorang ibu selaku pendidik di rumah, mengajar bayinya membaca pada usia satu, dua atau tiga tahun maka ia tidak akan gagal untuk belajar membaca di sekolah pada usia enam, tujuh atau lapan tahun. Kenal huruf dan kejayaan adalah berpasangan, manakala buta huruf dan kegagalan adalah pasangan sebaliknya Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca, iaitu kesediaan untuk bacaan awal atau asas. Ianya meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, penglihatan, aktiviti kordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. Aktiviti pengamatan penglihatan bertujuan untuk melatih keupayaan mata mengecam bentuk-bentuk manakala aktiviti pengamatan pendengaran untuk mempertingkatkan ketajaman pengamatan penglihatan dan pendengaran. Aktiviti permainan huruf, sukukata dan perkataan sebagai pengukuhan bagi pergerakan tangan dan mata. Antara aktiviti lain bagi memperolehi kemahiran prabacaan ialah aktiviti membezakan bentuk. Objektifnya untuk mengecam bentuk yang berlainan di dalam satu set bahan bantu belajar. Aktiviti meneka bentuk juga boleh dijalankan yang bertujuan mengecam bentuk dengan menggunakan deria sentuh. Aktiviti lain seperti memadan huruf, yang bertujuan dapat memadankan bentuk huruf yang sama, aktiviti nama saya, mengeja nama sendiri, mengenal susunan atau urutan huruf, aktiviti benda-benda di sekeliling saya yang bertujuan mengaitkan huruf dengan bunyi perkataan, aktiviti mengumpulkan kad huruf, menghasilkan mobil abjad. Pada peringkat murid di prasekolah atau tadika terdapat banyak lagi aktiviti prabacaan yang boleh dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti kotak huruf misalnya yang bertujuan untuk mengaitkan huruf dengan bunyi perkataan. Permainan lain seperti “Di Manakah Saya”, “Permainan Kad Nama”, “Pokok Nama” dan aktiviti membina perkataan, 2. Kaedah Abjad Berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan suku kata , perkataan dan frasa, membaca ayat dan aktiviti mengeja menggunakan Bahan Bantu Belajar yang sesuai. Kaedah ini juga dikenali kaedah mengeja. Murid perlu mengenalpasti nama-nama huruf melalui latihan menyebut dan menghafal abjad a hingga z, huruf besar dan kecil. Penggunaan Bahan Bantu Belajar amat membantu guru bagi membolehkan murid menguasai aktiviti membaca. Setelah murid menghafal semua nama huruf, murid perlu di tekankan nama dan bunyi huruf vokal ( a, e, i, o dan u ). Seterusnya pembentukan suku kata secara berturutan dan diikuti perkataan iaitu latih tubi mengeja. Pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf dan seterusnya diikuti dengan sebutan suku kata. Kaedah Suku Kata Dalam melaksanakan aktiviti seperti menyebut nama huruf abjad A hingga Z, huruf besar dan kecil, menyebut sukukata V(vocal) dan KV (konsonan vocal), mengeja suku kata, perkataan dan frasa serta latihan membaca ayat penggunaan bahan Bantu belajar yang sesuai diperlukan bagi membantu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kaedah Pandang dan Sebut Aktiviti utama kaedah ini ialah memandang dan menyebut. Kaedah ini memerlukan murid melakukan aktiviti menyebut perkataan, mencerakin perkataan supaya menjadi suku kata. Ia juga dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajarannya bermula dengan memperkenalkan perkataan terlebih

Nota+prabacaan+&+tulisan — Document Transcript

dahulu, barulah huruf atau suku kata. Seterusnya murid dikehendaki membina dan membaca ayat. Dalam melaksanakan kaedah ini, guru perlu juga

3. menggunakan bahan bantu belajar seperti kad imbasan, di mana murid menyebut perkataan-perkataan secara berulang-ulang. Murid sepatutnya memandang gambar objek yang ditunjuk dan seterusnya menyebut perkataannya pula. Ini bermakna dalam kaedah ini, langkah pertama menyebut perkataan, diikuti mencerakin perkataan supaya menjadi suku kata. Langkah seterusnya ialah latihan membina dan membaca ayat. Penggunaan bahan Bantu belajar perlu disediakan oleh guru untuk melaksanakan kaedah ini. Kaedah Fonik Menekankan penguasaan murid terhadap hubungan antara huruf dengan bunyi, tanpa mengingat nama huruf. Bermula huruf vokal, diikuti konsonan dan seterusnya pembentukan sukukata serta perkataan bermakna. Aktiviti yang boleh dilakukan seperti membunyikan huruf dengan asosiasi benda (Bahan Bantu Belajar). Aktiviti membantangkan sukukata dan perkataan ialah menyuruh murid menyebut atau membunyikan perkataan tanpa membatang suku kata menggunakan BBB. Aktiviti seterusnya ialah membaca frasa dan ayat, di mana dengan menggunakan BBB murid dikehendaki membaca frasa, diikuti aktiviti membaca ayat yang lengkap. 4. ANALISA TENTANG AKTIVITI PRATULISAN Sebagai guru kita boleh menerangkan kepada murid bahawa tulisan (abjad) adalah alat bahasa dan pemikiran yang telah dihasilkan melalui proses jangka masa yang begitu panjang, misalnya abjad A, B, C yang kita lihat sekarang adalah hasil rekaan manusia yang bermula daripada tamadun yang berkurun lamanya. A mislanya abjad oraang Mesir lebih kurang 3000 tahun sebelum masehi. Dalam bidang kreativiti, kita perlu mengesan berbagai jenis bentuk dan makna dari satu-satu perkara. Sebagai contoh abjad W yang mana 2V berjalan bersama atau 2 gigi jerung, abjad M macam gunung atau W terbalik. Banyak lagi perkara-perkara dari abjad lain yang boleh dihidupkan bentuk atau ertinya yang luar biasa yang boleh meningkatkan kreativiti murid dalam mengajar pratulisan. Pratulisan merupakan aktviti penting sebelum murid melangkah ke Tahun Satu. Aktiviti ini dijalankan terutama di kelas prasekolah atau tadika. Ianya merupakan asas untuk untuk kemahiran tulisan mekanis. Menulis merupakan satu penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan, ayat dan lain-lain. Aktiviti pramenulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum dapat menulis huruf dengan kemas dan teratur. Latihannya menitikberatkan perkara-perkara berikut iaitu :a. latihan–latihan pergerakan tangan b. latihan gerakan tangan yang bebas supaya dapat menulis dengan sempurna c. latihan pergerakan mata dan d. latihan koordinasi mata dan tangan. 5. Latihan-latihan Pergerakan Tangan Dalam latihan pergerakan tangan,aktiviti seperti menggenggam dan membuka tangan beberapa kali secara berulang-ulang, menggenggam dan menghancurkan atau meronyok sehelai daun atau kertas, mengenggam dan merasa beg yang berisi kekacang dan memegang benda-benda seperti pensel dengan cara guru menunjukkan cara memegang benda-benda dengan cara yang betul. Latihan-latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari, menekan-nekan jari, menggoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya., Aktiviti seperti memasang butang baju dan sebagainya serta latihan membuka dan mengikat semula tali kasut juga merupakan latihan pergerakan tangan . Latihan menggerakkan jari ini supaya murid-murid bersedia untuk menggunakan jari bagi memegang pensel disamping sebagai latihan penggunaan otot-otot tapak tangan dengan aktiviti membuat bentuk daripada plastisin, tanah liat atau tepung yang dibancuh dengan air. Latihan Pergerakan Tangan Yang Bebas Untuk Menulis Dengan Sempurna Aktiviti gerakan tangan secara bebas yang dilakukan oleh murid ini

bertujuan supaya murid dapat menulis dengan selesa dan sempurna. Selain itu latihan membentuk garisan lurus, latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garis lurus boleh dilakukan secara bebas. Latihan melukis gambar- gambar mengandungi garisan lurus dan bulat juga termasuk dalam aspek gerakan tangan secara bebas supaya akhirnya murid dapat menulis dengan lebih sempurna. Aktiviti bagi tangan juga boleh dilakukan melalui aktiviti melukis bentuk bebas menggunakan jari di udara, di meja, di lantai, di rumput tanpa menggunakan alat tulis seperti membentuk bulatan, menulis bentuk-bentuk di atas pasir atau tanah. Aktiviti merasa huruf sebenar dalam bentuk 3D, Huruf kertas pasir. Membuat rantai secara bebas turut membantu murid membentuk huruf akhirnya.

6. Latihan Pergerakan Mata Latihan bagi mata seperti menutup kedua-dua mata murid dengan tangan, membuka mata dan menyebut benda-benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. Aktiviti seperti menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk oleh guru dan dibawa dari kiri ke kanan dan sebaliknya. Aktiviti lain seperti menyebut benda-benda pelbagai saiz yang dipegang oleh guru. Seterusnya guru boleh menyuruh murid menyebut warna benda atau menyebut bentuk asas objek. Latihan Kordinasi Mata dan Tangan Aktiviti mengelas benda mengikut golongan atau kumpulan merupakan latihan bagi kordinasi mata dan tangan. Aktiviti –aktiviti lain yang boleh dilaksanakan seperti menyusun , mencantum dan mewarna gambar yang diselaras mengikut urutan. Aktiviti lain dalam aktiviti kordinasi mata dan tangan ialah mencantum titik atau sempang untuk membentuk huruf, memadankan gambar bagi benda-benda yang serupa, mencari sejumlah benda yang tersembunyi dalam sebuah lukisan dan juga aktiviti membuat garisan lurus dari atas ke bawah dan sebaliknya. Latihan mewarna dari kiri ke kanan dan sebaliknya juga dapat melatih murid bagi kordinasi mata dan tangan. Setelah murid-murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu memegang pensel serta boleh duduk dengan cara betul, mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang tulisan. Bermula di kertas kosong tanpa garisan, diikuti latihan membentuk huruf pada garisan, di mana peringkat ini ialah peringkat menulis mekanis. 7. Berikut ini adalah beberapa contoh kegiatan pra tulisan 1. Mari Menabung Alat yang diperlukan: o Kotak kasut yang salah satu sisinya mempunyai lubang, pstikan lubang berada tidak sejajar/searah satu dengan lainnya, hal ini agar permainan lebih bervariasi dan bertentangan. o Duit syiling/butang baju (lebih baik jika dengan pelbagai ukuran) ♣ Permainan melatih pola pegang alat tulis (3 jari), koordinasi mata tangan, serta melatih kecekapan dan kelembutan jari tangan serta pergelangan tangan (bila anak mencuba memasukkan duit syiling /butang baju dengan pelbagai posisi lubang. 2. Membantu menjemur Alat yang diperlukan: o Penyepit kain o Gambar kanak-kanak/ saputangan/stokin o Tali diikat diantara dua kerusi) ♣ Permainan melatih pola pegang alat tulis (3 jari), melatih kekuatan jari-jari dan koordinasi dua tangan serta koordinasi mata-tangan. 8. 3. Memasukkan kacang hijau ke dalam penyedut air plastik Alat yang diperlukan: o Penyedut air plastik dan kacang hijau ♣ Permainan melatih pola pegang alat tulis, koordinasi dua tangan, koordinasi mata-tangan, melatih kecekapan dan kelembutan jari tangan serta melatih konsentrasi dan kesabaran. 4. Menguli dan membuat rekaan menggunakan doh Alat yang diperlukan: o Tepung gandum,garam,pewarna dan sedikit minyak Permainan melatih koordinasi mata-tangan, melatih mengawal kekuatan dan gerakan jari tangan si kecil. 5. Melakar bentuk (objek/ huruf/ nombor) menggunakan jari telunjuk di atas permukaan berlainan seperti di udara dan di pasir. Alat yang diperlukan: Pasir,besen atau bekas yang besar. Permainan melatih koordinasi mata-tangan, melatih mengawal kekuatan dan gerakan jari tangan si kecil.

• 9. Apakah kepentingan yang dapat diperoleh daripada kemahiran menulis? 6. Aktiviti pramenulis Menguli dan membuat rekaan menggunakan doh Menggunting mengikut garisan tertentu Menguntai manik Menggantung barang menggunakan penyepit baju. PENGENALAN Merupakan kegiatan menghasilkan simbol2 grafik yang disusun atur berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya disusun menjadi ayat-ayat. Meluaskan pengetahuan dalam dalam perbendaharaan kata. Latihan-latihan pramenulis menitikberatkan perkara-perkara berikut: Melakukan latihan pergerakan tangan Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna. jari serta koordinasi mata dan tangan perlu diberi kepada kanak2 sejak dari awal – kuasai kemahiran Pelajaran tulisan hendaklah dirancang secara sistematik bermula dengan aktiviti pramenulis bebas PERINGKAT PRAMENULIS 9. Salam perkogsian dari PGSR BM IPGM KDRI Top of Form Kemahiran Menulis Murid Prasekolah by izyan mardhiah on Jan 16. 3. Amatlah diharapkan usaha ini mendapat keberkatan. 5. 2009 • 32. kertas putih. Kanak-kanak dapat membaca apa yang ditulis. Aktiviti di atas merupakan contoh yang boleh dikembangkann menjadi kegiatan pra menulis yang bertujuan untuk menyediakan murid untuk menulis dengan baik dan berminat. perkembangan bahasa dan tulisan Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan dengan pantas Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan. Permainan melatih koordinasi mata-tangan. 8. 10.999 views Kemahiran Menulis Murid Prasekolah — Presentation Transcript • • • • 1. cantik dan tersusun Kanak-kanak dapat mempelajari cara dan teknik penulisan yang betul Kanak-kanak dapat memahami apa yang ditulis oleh mereka. cekap dan pantas. Bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Mendedahkan kanak-kanak cara penulisan yang betul. KEMAHIRAN MENULIS Disediakan oleh : Izyan Mardhiah Bt Halmi 2. menyusun ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca. melatih mengawal kekuatan dan gerakan jari tangan si kecil. Mengapa perlu diterapkan kemahiran menulis kepada kanak-kanak? 4. 6. Nota: Ini adalah hasil analisis yang boleh dikongsi bersama. Melakukan latihan pergerakan mata. 7. Tempoh masa kanak2 disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf–huruf dengan kemas dan betul Merangkumi latihan otot² tangan. Rujukan diambil daripada pelbagai sumber.pensil warna. Melakukan latihan kordinasi tangan dan mata. TUJUAN KEMAHIRAN MENULIS Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik. KEPENTINGAN KEMAHIRAN MENULIS Membolehkan kanak-kanak menulis dengan kemas. Memindahkan duit syiling/ butang/ manik dari satu bekas ke satu bekas yang lain menggunakan ibu jari dan jari telunjuk Melakar bentuk • • • • • • . Menyambung Titik Alat yang diperlukan : Pensil.

Bermula daripada menulis berpandukan gambar.kanak2 dicadangkan membentuk huruf di kertas kosong tanpa garisan Membentuk huruf pada permukaan bergaris.net/prabagaranr/notaprabacaantulisan http://tumarawatimanshor.html Memupuk Minat Menulis Secara Kreatif January 22. AKTIVITI MENULIS UNTUK PELAHIRAN Mengisi teka silang kata Mengisi tempat kosong dalam ayat Melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai. Sesi soaljawab & LDK Top of Form • • • • • • • http://www.(objek/ huruf/ nombor) menggunakan jari telunjuk di atas permukaan berlainan seperti di udara dan di pasir • 11. Semua ibu bapa sedar bahawa setiap anak mesti mempunyai kemahiran menulis dan ia adalah antara faktor penentu kejayaan anak di sekolah. mengisi tempat kosong. Latihan membentuk corak 13. melengkapkan ayat dan perenggan sehingga pelajar boleh menghasilkan tulisan tanpa panduan. 16.mereka dilatih membentuk lambang tulisan Permulaannya.com/pages/dot-2. PERINGKAT MENULIS UNTUK PELAHIRAN Setelah menguasai menulis mekanis. 15. Rasulullah SAW bersabda: .wordpress. 2009 by tumarawatimanshor Oleh Rosnah Ahmad ” Bila anak saya nak mula belajar menulis? “. universiti dan di dalam kerjaya. Itulah diantara persoalan yang sering diajukan oleh ibu bapa yang baru menghantar anak ke tadika . SEKIAN TERIMA KASIH 18.activitypad.com/2009/01/22/memupuk-minat-menulissecara-kreatif/ http://www. pelajar digalakkan melahirkan fikiran mereka secara bertulis. Menulis ayat berdasarkan gambar 17.net/izyanmardhiahhalmi/kemahiran-menulis-muridprasekolah-presentation http://www.kawalan tulisan perlu dilakukan PERINGKAT PRAMENULIS PERINGKAT MENDIRIKAN ASAS ( PERINGKAT TULISAN MEKANIS ) 12.slideshare.slideshare. Mengajar anak menulis merupakan amanah. PERINGKAT PRAMENULIS PERINGKAT PRAMENULIS PERINGKAT PRAMENULIS PERINGKAT PRAMENULIS Selepas kanak2 mempelajari peringkat pramenulis. faham dan tahu memegang pensel. Latihan mewarnakan bentuk 14.

Sebagai contoh ibu bapa boleh menolong mempercepatkan refleks gengaman hilang dengan membuka jari anak satu per satu.” (Hadith Riwayat At. refleks terkejut akan menyebabkan dia membuka jarinya seperti bintang. . Jika bayi diganggu dengan bunyi yang kuat atau pergerakan yang kasar secara tiba-tiba. melipat.Tarmizi) Ramai ibu bapa yang menganggap mengajar anak menulis bermula dengan memegang tangan anak untuk mengajar menulis ABC dan 123. Memberi bayi memegang objek yang berlainan juga akan menolong menguatkan otot jari dan tangan mereka. Kanak-kanak sebenarnya memerlukan kemahiran yang banyak untuk menulis dan bermula lebih awal lagi.iaitu zon perbezaan di antara tahap atau kebolehan sediada kanak-kanak dan tahap lebih tinggi sedikit yang boleh dicapai dengan bantuan orang dewasa atau kanak-kanak yang lebih besar. Bayi dilahirkan dengan refleks gengaman yang sangat kuat sehingga boleh menampung berat badannya sendiri. melipat menguntai . Lakukan aktiviti dengan lagu atau nasyid. Perkembangan manupulasi tangan berlaku dengan pesat pada peringkat awal. mencantum dan melarik di atas pasir atau udara. Seterusnya rasakan tapak tangan anak dengan benda-benda yang mempunyai tekstur yang berlainan seperti berbagai jenis kain. meramas. Oleh itu ibu bapa harus sentiasa peka pada tahap dan menyokong perkembangan mereka. Ini akan mempercepatkan lagi kesediaan mereka untuk aktiviti menulis. berenang dan memanah serta diberikan makanan yang halal. Refleks gengaman dan terkejut ini mestilah hilang sebelum kemahiran manupulatif diperolehi iaitu kebolehan menggunakan tangan dengan sengaja untuk melakukan pelbagai aktiviti temasuk menulis menggunakan pensil. Lebih kerap fungsi-fungsi itu digunakan lebih eloklah pembangunan di tahap itu.” Hak anak atas ibu bapanya adalahlah diajarinya menulis. Kini otot-otot melepaskan gengaman sedang belajar bertugas bertentangan dengan otot-otot gengaman supaya kedua-dua otot yang berlainan bekerja bersama. Terdapat ibu bapa yang sering memarahi anak yang suka mengutip dan memasukkan apa sahaja ke dalam mulut. Peringkat pratulis bermula apabila kanak-kanak sudah boleh membuat garisan dengan pensil dan menconteng. Ada kalanya anak dilihat seperti sengaja melepaskan barang yang dipegangnya. Berilah latihan yang banyak menggunakan pergerakan halus jari mereka dengan aktiviti-aktiviti mengoyak . Vygotsky mengemukakan teori zone of proximal development. awal tulis dan tulis.memusing. Bermain memasukkan dan mengeluarkan mainan dapat membantu merangsang tahap perkembangan penting ini. Kemampuan fungsi tangan anak akan wujud bila sistem otak-sarafnya dibina secara bertahap-tahap.. memutar. memulas. menggentel. Kanak-kanak yang bebas meneroka dan diajar berdikari lebih awal akan lebih cepat memperolehi kemahiran manupulatif kerana mereka berpeluang menggunakan tangan dan jari mereka untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti makan. Ini mengembirakan bayi dan gengamannya akan hilang secara perlahan-lahan. Menurut ahli teori Lev Vygotsgy (1978). kertas dan plastik. Semua maklumat akan sampai ke otak mereka melalui deria sentuh. Apa yang sebenar berlaku adalah mereka sudah boleh menggunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk mengambil sesuatu. memakai pakaian dan bermain. Pencapaian kemahiran manupulatif yang hebat ini boleh dilatih dengan memberi anak makan sendiri makanan seperti kismis dan sayuran yang dipotong kecil. orang dewasa dapat menyokong (scaffolding) seorang kanak-kanak untuk berkembang kepada tahap yang lebih tinggi. Menulis dibahagikan kepada tiga peringkat utama iaitu pratulis.

Mereka juga suka menulis menggunakan komputer jika diberi peluang. . Peringkat awal tulis biasanya bermula di sekitar umur tiga tahun apabila kanak-kanak sudah boleh melukis imej yang boleh dikenali. saya menggalakkan anak-anak untuk berkarya seperti membuat buku skrap. sepatang pensil dan empat biji limau. Biasanya mereka akan sibuk bertanya ejaan barang yang hendak ditulis. mungkin mereka merasa lebih dewasa bila dapat menulis menggunakan pen. Insya-Allah dengan sedikit tunjuk ajar. Untuk memupuk penulisan kreatif. janganlah terlampau memberi perhatian kepada cara anak menulis dan ejaan yang salah. Pada peringkat ini ibu bapa mestilah lebih kreatif dan menjadikan aktiviti menulis sesuatu yang menarik dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. mereka banyak belajar membaca dan mengenal angka daripada nama dan harga barang-barang yang dipilih . Secara tidak langsung mereka belajar mengeja pada masa yang sama. teka-teki dan cerita pendek. menulis dengan sokongan dan menulis mengikut garis putus. menulis pantun. berdisiplin dan berdikari dalam diri anak dengan lebih awal. peralatan menulis dan mewarna dapat memupuk minat anak untuk menulis dalam semua peringkat. puisi. bercuti dan balik kampung. Bila berpeluang saya juga akan menghantar hasil karya mereka ke majalah kanak-kanak untuk disiarkan. Menerima kejutan begini menjadikan hari saya lebih bermakna. kesabaran dan istiqamah. Ianya merupakan pesanan telefon yang diambil oleh anak perempuan saya yang berumur lapan tahun semasa ketiadaan saya . saya menggalakkan anak-anak untuk menyediakan senarai serta kuantiti barang yang hendak dibeli seperti dua buku roti. Sebelum aktiviti membeli-belah. Semua aktiviti menulis ini nampaknya seperti terlalu awal untuk dipupuk dan ianya diluar kemampuan anak. Kebiasaan ini dipraktikkan juga sebelum pergi berkelah. Menyediakan pelbagai jenis kertas. Saya juga sering menerima nota kata-kata “sayang” dan kad-kad kejutan daripada anak-anak. Saya gemar menampal hasil karya anak-anak di rumah sebagai tanda penghargaan dan galakan buat mereka. Anakanak juga digalakkan untuk menyiapkan barang keperluan sendiri seawal usia empat tahun. Ketika membeli-belah. Pada peringkat awal. Kadang-kadang mereka gemar menggunakan pen untuk menulis.. Semalam saya dapati ada sekeping nota kecil diletakkan di atas meja solek. Saya sering menjadikan aktiviti menulis satu aktiviti yang menyeronokkan dan dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Kanak-kanak peringkat ini sememangnya berpotensi untuk melahirkan penulisan kreatif. Di sekitar umur empat tahun kanak-kanak biasanya sudah boleh menulis tanpa sokongan. ianya boleh dilakukan dengan baik oleh anak. kritis dan inovatif. Berilah kata-kata galakan dan pujian sebelum menegur kesilapan anak. Mempunyai diari sendiri juga membantu menggalakkan anak menulis dan berkarya.Kanak-kanak di sekitar umur satu dan dua tahun yang didedahkan kepada aktiviti begini lebih cepat menguatkan koordinasi tangan dan mata mereka untuk persediaan menulis. Saya dapati aktiviti begini memberi banyak kebaikan dan memudahkan kerana ia menolong memupuk sifat bertanggungjawab.

ADVERTISEMENT Lampiran: Sambungkan titik-titik.Kanak-kanak banyak belajar melalui kesilapan dan jadikanlah aktiviti menulis sesuatu yang menggembirakan buat seisi keluarga. Kemudian warnakan mengikut kreativiti anda .

Kemudian warnakan mengikut kreativiti anda .Lampiran: Sambungkan titik-titik.

Lampiran: Sambungkan titik-titik. Kemudian warnakan mengikut kreativiti anda .

Bantu katak mendapatkan bunga .

Cari jalan keluar daripada perut ayam ini .

Bantu tuan puteri untuk sampai ke biliknya… .

..Tolong Siti dapatkan anak patungnya.

Jom kita mewarna… .

.Mari cari kayu api………..

Tolong cantikkan gambar Siti… .

Tolong lukiskan rambut kakak Siti … .

.

.

.

.

.

.

.

.

.

ARAHAN Sambung titik-titik. BBBULAT BULAT . Kemudian warnakan bentuk-bentuk tersebut.

BUJUR .ARAHAN Sambung titik-titik. Kemudian warnakan bentuk-bentuk tersebut.

SEGI TIGA .ARAHAN Sambung titik-titik. Kemudian warnakan bentuk-bentuk tersebut.

ARAHAN Sambung titik-titik. SEGI EMPAT . Kemudian warnakan bentuk-bentuk tersebut.

E . Ore n Biru ARAHAN Sambung titik-titik tersebut .ARAHAN Sambung titik-titik tersebut . Warnakan mengikut padanan bentuk. Warnakan mengikut padanan bentuk.

Kunin g . Warnakan mengikut padanan bentuk.Mera h ARAHAN Sambung titik-titik tersebut .

ARAHAN Padankan gambar yang mempunyai bentuk yang sama. Ore n Mera h Hij au Kuni ng .

Lampiran: Sambungkan titik-titik. Kemudian warnakan mengikut kreativiti anda .

Lampiran: Sambungkan titik-titik. Kemudian warnakan mengikut kreativiti anda .

Lampiran: Sambungkan titik-titik. Kemudian warnakan mengikut kreativiti anda .

Lampiran: Sambungkan titik-titik. Kemudian warnakan mengikut kreativiti anda .

Kemudian warnakan mengikut kreativiti anda .Lampiran: Sambungkan titik-titik.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->