P. 1
Guru Sebagai Pembimbing

Guru Sebagai Pembimbing

|Views: 6|Likes:
Published by Arif Arief

More info:

Published by: Arif Arief on Feb 05, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/24/2013

pdf

text

original

GURU SEBAGAI PEMBIMBING

Guru bukan sahaja memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat dan kemahiran mata pelajaran kepada murid. Malah untuk melaksanakan tugasnya dengan Sekiranya pelajar tidak tahu cara akan menjejaskan berkesan, guru perlu memastikan bahawa pelajarnya membina kemahiran untuk menangani masalah yang mungkin dihadapi dalam hidupnya. menangani masalah emosi dan masalah peribadinya, maka hal ini

pembelajarannya. Justeru dia tidak dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu, guru tidak boleh mengelakkan peranan sebagai pembimbing kepada pelajar, bukan sahaja dalam mata pelajaran yang diajarnya, malah juga dalam menangani cabaran dan masalah harian yang dihadapinya. Di bawah topik ini kita akan membincangkan maksud, matlamat dan prinsip-prinsip bimbingan, kemahiran yang digunakan dalam bimbingan, dan peranan guru dalam membimbing pelajar yang menghadapi masalah dalam hidupnya. Kita juga akan melihat jenis-jenis bimbingan yang diberi oleh sekolah kepada pelajar secara ringkas, serta cara guru dan murid dapat menggunakannya.

Sebelum kita teruskan, berhenti sebentar dan buat refleksi mengenai soalan berikut.

Bagaimanakah anda telah membimbing pelajar anda untuk menangani masalah hariannya? Apakah isu-isu kehidupan dan masalah emosi yang sering dihadapi oleh pelajar anda?

4.1

Matlamat dan Prinsip-prinsip Bimbingan

Sebelum kita melihat matlamat dan prinsip-prinsip bimbingan, mari kita teliti maksudnya dahulu. Umumnya, bimbingan merujuk kepada proses membantu seseorang membina kefahaman dan kemahiran untuk menangani isu dan cabaran hidup dengan berkesan. Dalam proses ini, seseorang itu belajar untuk berubah dan membina sikap, nilai dan kemahiran baru supaya dapat menangani situasi yang sukar dengan lebih baik. Kita perlu faham bahawa bukan mudah untuk berubah; ia merupakan proses yang berterusan dan sebagai guru kita perlu faham bahawa seseorang pelajar itu memerlukan masa untuk berubah.

Oleh itu, walaupun bimbingan ialah satu cara untuk membantu pelajar, namun ini tidak bermaksud bahawa guru atau kaunselor harus menyelesaikan masalah pelajar. Sebaliknya, ini bermaksud guru haruslah mempunyai sikap mengambil berat dan mendengar supaya pelajar dapat menerokai dan memahami situasi dan dirinya dengan lebih baik, lalu membina kemahirannya sendiri untuk menangani masalahnya. Matlamat utama bimbingan adalah untuk membantu pelajar: • Membina potensinya supaya ia boleh menjadi seorang yang sihat dan seimbang, dengan kebolehan dan sikap yang akan membantunya menangani cabaran dan kesukaran hidup dengan berkesan. • • • • Membina kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan. Membina kemahiran menguruskan diri seperti menguruskan masa, menguruskan tekanan, dan menentukan matlamat dan keutamaan untuk dirinya. Memperbaik hubungan interpersonalnya dan membina kemahiran komunikasi yang baik. Membina nilai dan sikap yang sihat dan positif terhadap dirinya dan orang lain, untuk meningkatkan kesedran dirinya serta kefahaman peranan dan tanggung jawabnya dalam hidaup, dan • Membina kemahiran dan sikap bagi kejayaan akademik dan kerjayanya Guru dan kaunselor harus memastikan bahawa bimbingan yang diberi kepada pelajar haruslah sejajar dengan prinsip dan etika tertentu seperti yang berikut: • Bimbingan adalah bagi semua pelajar, kerana perkembangan diri, dijalankan secara sistematik dan terancang dan tidak harus ditujukan kepada “pelajar bermasalah” sahaja. • Fokus utamanya ialah pencegahan – iaitu, untuk mencegah masalah yang serius dalam kalangan pelajar dengan memberi mereka kemahiran untuk menangani masalah sementara masalah itu masih boleh dikawal; • Ia harus dijalankan secara kolaborasi dengan kakitangan sekolah yang lain, seperti guru besar, guru-guru lain, kaunselor, serta dengan kerjasama ibu bapa dan masyarakat; • Pelajar haruslah menyertai proses bimbingan ini sepenuhnya dan penuh rela, serta membina matlamat sendiri untuk membantu dirinya – iaitu, faham bahawa ia bertanggungjawab terhadap perkembangan dirinya serta keputusan yang dibuat dalam hidupnya pada akhirnya. Guru atau kaunselor tidak membuat keputusan bagi pelajar;

dan lain-lain. (ii) guru/kaunselor haruslah senantiasa bertingkah laku secara profesional terhadap pelajar. Berhenti sejenak dan buat refleksi terhadap soalan yang berikut. dan Bimbingan perkembangan diri – komunikasi dan kemahiran memimpin. kebajikan pelajar. Sesi bimbingan kumpulan dan individu. persediaan untuk peperiksaan. maklumat mengenai pelajar dan hal yang dibincangkan semasa sesi tersebut tidak harus didedahkan kepada orang lain tanpa kebenaran pelajar tersebut. bahan rujukan. Sebagai guru. Apakah caranya anda rasa seorang guru dapat bekerja secara kolaboratif dengan guru bimbingan dan kaunselor untuk memberi bimbingan yang sesuai kepada pelajar apabila diperlukan? Antara tugas guru bekerjasama dengan perkhidmatan bimbingan sekolah untuk pelajar dapat diterangkan seperti yang berikut: . dan • Guru/kaunselor perlu menggunakakan kemahiran interpersonal seperti mendengar dengan aktif dan empati. Antara perkhidmatan bimbingan yang diberi di sekolah termasuklah: • • • • Bimbingan pendidikan – motivasi pelajar. penempatan untuk pengajian tinggi. dan mempunyai perasaan prihatin dan bersikap positif terhadap murid. Bimbingan kerjaya – kecerdasan dan tinjauan minat. apakah aspek yang paling sukar bagi anda semasa membimbing pelajar? Apakah halangan yang anda hadapi dalam situasi sekolah anda untuk memberi bimbingan yang berkesan kepada pelajar apabila diperlukan oleh mereka? Saya pasti anda sedar bahawa kebanyakan sekolah mempunyai guru bimbingan atau kaunselor yang terlatih untuk memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. perbincangan dengan ibu bapa. memilih kerjaya yang betul. dan lain-lain. pilihan mata pelajaran. Guru perlu berganding bahu dengan guru bimbingan/kaunselor untuk memastikan bahawa pelajarnya mendapat bimbingan yang diperlukan. supaya dapat menjalin hubungan baik dengan pelajar. seperti (i) semua keputusan yang dibuat semasa sesi bimbingan dan kaunseling adalah sulit – iaitu.• Ia harus mengikut garis panduan etika bagi bimbingan dan kaunseling. dan mengelakkan diri daripada menjalin hubungan yang tidak sihat serta tidak beretika dengan pelajar tersebut. kemahiran belajar. menangani masalah hubungan dan masalah emosi.

4. • Guru haruslah mengenal perkhidmatan bimbingan yang diberi oleh pihak sekolah supaya dapat memberi maklumat yang berkaitan kepada pelajar dan menggalakkan mereka menggunakan perkhidmatan yang disediakan.2. Kemahiran asas bimbingan akan dibincangkan di bawah. untuk membantu mereka menangani masalah isu-isu dalam hidup mereka? Kita perlu ingat bahawa tugas guru bukanlah untuk menyelesaikan masalah pelajar.1 Menunjukkan hormat dan layanan yang positif . Memberi bimbingan awal kepada pelajar dan berbincang tentang keperluannya. • Memberi sokongan dan bantuan kepada program bimbingan yang ada di sekolah. Apakah kemahiran yang diperlukan oleh seorang guru untuk membimbing pelajar dengan berkesan. dengan berperanan sebagai fasilitator dalam kem motivasi. Oleh itu.• • Memberi maklumat serta maklum balas mengenai keperluan pelajar dan keberkesanan program bimbingan. • Membina hubungan baik dengan pelajarnya. 4. dan • Membantu pelajar membina nilai dan sikap positif. sebelum merujukkannya kepada guru bimbingan atau pegawai lain sekiranya diperlukan bantuan/bimbingan yang seterusnya. peranan guru sebagai pembimbing adalah secara tidak langsung. dan lain-lain. dan guru perlu membina satu hubungan yang baik dengan pelajarnya supaya ia bertanggungjawab mengatasi masalahnya. supaya guru lebih peka dan memahami keperluan pelajar. • Menyimpan rekod terkini mengenai pelajar dalam kelasnya. seperti maklumat latar belakang pelajar dan laporan kemajuan kedatangan dan prestasi akademiknya. dan mereka boleh menyesuaikan diri dan berkomunikasi dengan lebih berkesan dalam menjalankan aktiviti dalam kelas. tetapi membimbing bermaksud guru perlu membantu pelajar membina sikap serta kemahiran yang baik untuk mengatasi masalahnya. dan mempunyai sikap prihatin dan positif terhadap mereka. dan mempercayai bahawa gurunya akan membantunya.2 Kemahiran Asas dalam Bimbingan Sekarang kita akan mempelajari beberapa kemahiran asas dalam bimbingan. sebagai mentor bagi program mentor-menti.

hal ini bermaksud bahawa guru menunjukkan sikap positif dan prihatin terhadap pelajarnya. iaitu peka. R. Memparafrasa : Menyatakan kata-kata klien semula dengan menggunakan perkataan/ayat lain Minta penjelasan: :Meminta klien menerangkan maksudnya dengan lebih terperinci. tetapi juga cuba memahami maksud klien kita dengan menjadi peka kepada petanda nonverbalnya. Howe Mendengar secara aktif bukan sekadar mendengar kata-kata lisan klien kita. . serta juga mengambil kira latar belakang peribadi dan sosialnya [Nelson-Jones. mata dan hati’! Amalan mendengar secara aktif. sekiranya kita mahu menyertai rahsia insan lain… dengan mendengar kita memperoleh kuasa untuk meningkatkan atau menghapuskan kehidupan orang lain yang berkaitan dengan kita” . komitmen kita kepada orang lain… kita perlu mendengar sepenuh perasaan. Ini akan membantu pelajar kita supaya menjadi lebih terbuka dan berterus terang dalam mengeluarkan perasaannya apabila bercakap mengenai isu peribadi dan masalahnya. dapat membina hubungan baik dan kepercayaan pelajar. 1997]. Untuk menjadi pendengar yang baik kita perlulah ‘mendengar dengan telinga. seperti intonasi serta nada suara. mesra dan tidak berat sebelah. dan memerhatikan tingkah laku nonverbalnya.daripada puisi ‘On Listening’ oleh Reul L. yang seterusnya dapat membina hubungan mesra dengan pelajar. Mendengar kandungan verbal mesejnya. 4.Apakah maksudnya? Ringkasnya. isyarat badan dan memek muka. Imbas kembali : Mengulangi hal yang dikatakan oleh klien. serta menunjukkan minat dan keikhlasan untuk memahami situasi dan pandangannya. serta menghargai pelajar sebagai individu yang unik dan berguna. walaupun anda tidak bersetuju dengannya. tindakan prihatin..2 Kemahiran mendengar secara aktif “Mendengar ialah satu tindakan kasih sayang.2. Anda boleh melakukan ini dengan mendengar pendapat pelajar itu dan menghormatinya. Beberapa kemahiran mendengar yang penting disenaraikan di bawah: Kemahiran Mendengar Yang Asas Mendengar penuh perhatian :Menghantar mesej verbal dan non-verbal kepada klien.

air muka dan suaranya. “Lepas itu?” . Suara anda haruslah tenang. seperti anggukan kepala. menunjukkan minat. jelas. “Sila teruskan” . • • Contoh soalan terbuka yang menggalakkan klien supaya mula bercakap mengenai pengalamannya: “Bolehkah kamu beritahu apa yang berlaku dalam kelas Matematik semalam?” “Kamu kelihatan tegang.” Contoh bisikan verbal yang menunjukkan minat (respons galakan minimum): “Uh-hmm” . tetapi janganlah merenung klien.Sekarang marilah kita melihat kemahiran mendengar yang disenaraikan di bawah: (i) Kemahiran mendengar dengan penuh perhatian Mendengar dengan penuh perhatian bermaksud memberi perhatian sepenuhnya terhadap klien. Memerhati dan memahami mesej non-verbal yang ditunjukkan oleh klien . Baca dan cuba fahamkan garis panduan kemahiran mendengar dengan penuh perhatian yang berkesan di bawah: Garis panduan untuk kemahiran mendengar dengan penuh perhatian • • • • Duduklah dalam kedudukan yang membolehkan anda melihat klien secara bersemuka. Air muka anda haruslah tenang. dan menggunakan intonsi perbualan. tertekan. tak perlu terburu-buru. tidak terlalu kuat atau berdominasi. dan memberi respons yang boleh menggalakkan klien meluahkan idea dan perasaannya dengan selesa. dan konsisten dengan angin klien. sedih atau marah melalui pergerakan badan. Gunakan respon galakan yang minimum. kamu boleh beritahu saya jika kamu mahu. “Dan…?” “Oh?” “Lepas itu apa yang berlaku.?” .seperti gugup.. dan bisikan verbal untuk menggalakkan klien supaya terus bercakap. Tingkah laku mendengar penuh perhatian membantu klien menerokai dan mengembangkan pendapatnya dan mengurangkan pendengar membuat respons dan saranan yang tidak berguna. tanpa mengkritik atau menolak pendapatnya. Galakkan klien memberi pendapatnya atau menerangkan pengalamannya dengan menggunakan kenyataan atau soalan terbuka.

Contoh memparafrasa ialah. dan membuang masa.(ii) Kemahiran imbas kembali yang mudah Kemahiran ini membantu anda memberi fokus terhadap hal yang dikatakan oleh klien. anda mengulangi sebahagian atau sepenuhnya hal yang diluahkan klien. Tetapi memparafrasa memainkan peranan penting dalam mendengar secara aktif – ia membantu anda memberi fokus terhadap hal yang dikatakan oleh klien. Apabila saya cuba menjawab soalan dalam kelas. supaya ia berpeluang mendengar semula hal yang disebutnya serta mengembangkan maksudnya dengan anda. mere ketawakan saya. Dalam imbas kembali. Saya perlukan bimbingan” Guru: situasi) ATAU Guru: pelajar) “Awak bimbang mengenai Matematik?” (fokus anda adalah terhadap perasaan “ Awak perlu bimbingan dalam Matematik?” (fokus anda adalah terhadap (iii) Memparafrasa Dalam memparafrasa. anda menukar perkataan atau menukar ayat yang disebutkan oleh klien.” “Kamu rasa kamu tidak boleh membuat kerja dan menjawab soalan dalam kelas kerana tingkah laku kawan-kawan kamu? Kamu tidak faham mengapa mereka ketawakan dan mengganggu kamu? Guru: Anda mungkin fikir bahawa respons pendengar seperti di atas adalah lewah. Pelajar: “Saya tak tahu mengapa kawan-kawan saya senantiasa mengganggu saya. Pelajar: “Saya bimbang saya tidak mendapat gred yang baik dalam Matematik. lalu . serta memberitahu klien bahawa anda mendengar hal yang diperkatakan olehnya. seperti burung kakatua. Saya tidak boleh membuat kerja saya. segala yang dikatakan oleh klien. Penting supaya intonasi suara anda menunjukkan minat. bukannya kritikan atau Hal ini tidak bermaksud bahawa anda mengulangi sindiran atau merendah-rendahkan. Contoh kemahiran mengimbas kembali.

Ia juga memberitahu klien bahawa kita telah mendengar dengan tepat hal yang dikatakannya. . meminta penjelasan daripada klien: Pelajar: “Saya tak tahu mengapa kawan-kawan saya senantiasa mengganggu saya. ia dapat memberi peneguhan kepada klien dan menggalakkannya untuk meneruskan perbualan. kawan-kawan saya ketawakan saya. dan bukan sebagai satu kemahiran [Nelson-Jones. R.2. Mengapa anda rasa mendengar murid anda adalah penting? Adakah anda pendengar yang baik? Apakah kesulitan yang anda alami apabila mendengar murid anda? 4. Apabila saya cuba menjawab soalan dalam kelas.. maksud awak begitu? Kemahiran ini memastikan Contoh respons yang bahawa kedua-dua pihak memahami mesej klien dengan jelas. dan anda membuat kepastian dengan klien sama ada anda telah faham mesejnya dengan tepat. Carl Rogers menerangkan empati sebagai kebolehan menyelami “dunia dalaman seseorang yang sulit dan peribadi” dan untuk menyampaikan kefahaman ini kepada orang lain. Saya tidak boleh membuat kerja saya. Guru: ATAU Guru: Cuba fikirkan soalan yang berikut buat beberapa ketika.memastikan sama ada kita telah mendengar dengan tepat atau tidak. apa yang dilakukan oleh mereka?” “Apa yang saya faham ialah apabila kawan-kawan awak ketawakan dan mempermainkan awak. supaya maksudnya menjadi lebih jelas.” “Bila kamu kata kawan-kawan kamu mengganggu. 1997]. anda meminta klien menjelas dan mengembangkan hal yang dikatakannya. untuk memahami pengalaman dan situasi hidupnya mengikut sudut pandangannya. awak rasa tidak selesa dan tidak boleh menumpukan perhatian terhadap kerja.3 Berempati (atau menunjukkan kefahaman) Apabila anda berempati dengan seseorang. Rogers lebih suka menganggap empati sebagai sikap atau cara hemah seseorang. anda sebenarnya menyelami pandangan atau perasaan orang itu. (iv) Mendapatkan Penjelasan Dalam kemahiran ini.

ia merupakan simpati dan bukan empati! Contoh respons empati dalam sesi bimbingan” Contoh 1 Pelajar: “Saya gunakan wang saya untuk belanja kawan. mereka akan menganggap awak kedekut?” Guru: Contoh 2 . Memberi respons dengan menyatakan hal yang anda fikirkan mengenai perasaannya. kebolehan melihat sesuatu dengan cara yang sama seperti orang lain. Garis panduan menunjukkan empati: • • Respons anda haruslah ‘selari’ dengan perasaan atau angin orang itu. Kenyataan seperti “saya rasa sama seperti kamu” juga tidak membantu. dan cuba menyemak semula dengannya untuk melihat sama ada fahaman anda adalah tepat. jangan buat andaian. Ia hanya bermakna bahawa kita memperlihatkan cara orang lain berasa atau berfikir mengenai situasinya. dengannya memahami pandangan/perasaannya dengat tepat.” “Awak rasa jika awak tidak bayar.Kefahaman empati melibatkan dua langkah utama: 1. Mereka mengharapkan saya boleh bayar kerana saya menang perlawanan itu. dan 2. Penanggapan tepat mengenai dunia dalaman seseorang. Saya tak sukalah menyatakan saya tak mahu bayar minuman mereka. Jangan memberi respons dengan menyatakan “saya faham bagaimana anda rasa” – ini tidak menggambarkan sama ada anda telah benar-benar memahami pandangan atau perasaannya. Berkongsi kefahamannya dengan orang lain secara lisan Empati bukan bermakna kita bersetuju dengan orang lain (ia bukan simpati). • • • Gunakan Selalu pandangan semak semula orang tersebut sama dan ada bercakap anda telah dari sudut perspektif/pandangannya.

Awak rasa lebih baik berdiam diri dan tidak menarik perhatian mereka terhadap awak. Jangan menggunakan soalan untuk memaksa seseorang memberi maklumat terperinci yang tidak rela diberi. dan relaks. atau bertujuan untuk mendapatkan jawapan yang ‘betul’. atau sebagai soal siasat.2. sebagai permintaan bukan paksaan. Jadi saya tidak lagi mengangkat tangan untuk menjawab. pelajar lain mula ketawa dan mempermainkan saya. soalan dikemukakan dengan nada lembut. “Aspek apakah yang awak suka bincang atau fokus dalam perbincangan kita?” “Biasanya bagaimana awak belajar di rumah?” “Bagaimana perasaan awak apabila tahu yang awak tidak dijemput?” Soalan “mengapa” selalunya tidak membantu – contohnya “mengapa awak tidak menyiapkan kerja rumah?” – kerana ia boleh menjadikan pelajar tersebut lebih defensif. Contoh soalan terbuka. Penyoalan tidak harusnya dijalankan sebagai temu duga. 4.” “Awak rasa tidak selesa apabila mereka berbuat demikian. yang akan membantu untuk memulakan perbincangan.” Guru: Perhatikan bahawa dalam contoh di atas guru menunjukkan empati dengan menyatakan hal yang dirasakan oleh pelajarnya. serta membantunya menganalisis situasinya lalu mengeluarkan maklumat relevan yang akan membantunya memahami situasinya dengan lebih jelas. tetapi tidak perlu menyatakan sama ada ia bersetuju dengan pelajarnya atau mempunyai perasaan yang sama seperti pelajarnya. kita menggunakan soalan untuk membantu seseorang itu memfokus dan berfikir.Pelajar: “ Apabila saya cuba jawab dalam kelas.4 Kemahiran Memudah Cara (facilitative) Dalam bimbingan. Soalan terbuka lebih baik daripada soalan tertutup (lihat contoh di bawah). kerana soalan terbuka membantu seseorang berasa lebih relaks dan bebas untuk memberi maklumat secara tak langsung. dan . Ketika memudahcarakan.

5 Kemahiran membuat rumusan Merumus melibatkan hal menyatakan kesemua aspek dan isu utama yang dibincangkan dan dijelaskan semula. Selepas membuat rumusan.2. Kamu juga kata guru-guru sekolah ini tidak memberi layanan seperti guru di sekolah lama. anda boleh membuat rumusan ringkas setelah klien bercakap beberapa minit. tidak menggalakkan untuk membuka perbincangan). kerana ia menutup perbincangan. serta mengelakkan kedua-dua pihak menyeleweng daripada isu-isu penting. Berikut ialah contoh rumusan dalam sesi bimbingan. Jadi kamu berasa agak kecewa dan tidak berminat untuk datang ke sekolah. Anda juga boleh membuat rumusan ringkas pada permulaan atau pada akhir sesi untuk membantu klien membuat tumpuan mengenai hal yang perlu dibincangkannya.mendorongnya mencari alasan. 4. “Bila awak balik ke rumah?” “Apa pekerjaan bapa awak?” “Apa markah yang awak perolehi dalam Matematik?” “Adakah awak lebih suka sukan atau muzik?” Soalan berbentuk tertutup membuatkan orang itu berasa tertekan untuk memberi jawapan. atau anda boleh menunggu sehingga akhir sesi untuk membuat rumusan yang lebih panjang. Soalan yang lebih baik harus berbunyi “Apa masalah anda dalam membuat kerja rumah?” Contoh soalan tertutup (yang tidak membantu. dan kamu berasa susah untuk berkawan dengan pelajar dalam kelas sekolah ini. dan selalunya berasa dunianya dicerobohi. Ini akan menutup kerelaannya untuk memberi respons. Semasa sesi bimbingan. Begitu?” . dan tidak membantunya memberi penumpuan kepada situasi sebenar. pastikan anda menyemak semula dengan klien sama ada anda telah mendapat isu yang betul. Ia juga membantu klien membuat tumpuan terhadap matlamat dan keperluannya semula. Contoh rumusan ringkas pada pertengahan sesi: “Tadi kamu menyatakan bahawa kamu masih teringatkan kawan-kawan di sekolah lama.

main peranankan satu sesi bimbingan. dapatkan seorang rakan lain untuk memerhati dan . (iii) empati. dan kita cuba cari jalan. Ia sangat penting kepada kamu. Dalam perbincangan seterusnya nanti. imbas kembali. kemahiran asas inilah yang akan membantu anda membimbing pelajar anda dengan lebih berkesan pada setiap peringkat dalam proses bimbingan. kelemahan atau kekurangan anda? Cuba gunakan setiap kemahiran secara bergilir-gilir. ketika kamu bercakap. Walau bagaimanapun. Minta kebenarannya untuk merakam sesi perbincangan tersebut. ia adalah (i) menunjukkan layanan positif dan hormat. saya berasa bahawa kamu sering menekankan hal betapa pentingnya kamu disukai oleh kawan-kawan sedarjah dan guru-guru kamu.Contoh rumusan yang lebih panjang apabila hampir tamat sesi: “Liza. Meskipun begitu. sehingga kamu berasa sangat sedih dan tidak boleh membuat kerja kamu apabila kamu rasa mereka tidak suka kamu dan tidak menerima kamu. mencatat nota untuk memaklumkan balik. kemahiran komunikasi non-verbal. seorang memainkan peranan pembimbing dan seorang lagi sebagai pelajar. Kemahiran ini memerlukan banyak latihan sebelum anda boleh menggunakannya secara alamiah. Dalam pasangan. Apa kekuatan anda? Apa Kemudian. memparafrasa dan kemahiran menerangkan atau menjelaskan. (iv) menyoal bertujuan untuk memudah cara (facilitative). Kamu cuba bersungguh-sungguh untuk menyukai kawan kamu. kamu rasa betapa bersungguh-sunguh anda cuba. Minta rakan atau pelajar anda berbincang dengan anda masalah yang sedang dialaminya. (ii) kemahiran mendengar secara aktif seperti mendengar penuh perhatian. kita akan memberi fokus kepada sebab-sebab pentingnya bagi kamu untuk memuaskan hati kawan-kawan kamu. 2. dan (v) kemahiran membuat rumusan. Keadaan ini membuatkan kamu berasa tertekan dan tidak seronok dengan diri dan hidup kamu. dengar semula dan cuba buat penilaian mengenai bagaimana anda menggunakan kemahiran asas dalam membimbing. walaupun kamu rasa perkara yang mereka mahu kamu buat adalah tidak betul. Latihan untuk dipraktikkan. namun tiada orang yang berpuas hati. cara lain untuk mendekati mereka. 1. Berikutnya adalah beberapa latihan kemahiran yang boleh anda lakukan dengan rakan-rakan. Boleh tak begitu?” Setakat ini kita telah membincangkan lima kemahiran asas yang anda boleh gunakan semasa sesi bimbingan dengan klien anda.

Masalah emosi – konsep kendiri negatif. dan lain-lain. kawan-kawan.3. kawan sedarjah. kesukaran menyuarakan emosi yang sebenar. kita akan bincang beberapa masalah pelajar dan bagaimana mengenalpastinya. Masalah keluarga – ibu bapa yang bercerai. dan lain-lain. masalah makan. lemah kemahiran komunikasi. dan Isu pengurusan kendiri – lemah dalam mengurus masa. kecacatan fizikal. • • • Masalah kesihatan . persekitaran rumah yang tidak selesa. tidak mempunyai kemahiran untuk menangani situasi yang tegang. kawan wanita/lelaki.4. kemarahan yang amat sangat.penyakit fizikal dan mental. kekurangan pemakanan. mood yang tidak stabil.1 Mengenalpasti masalah pelajar Masalah pelajar boleh dikategorikan seperti berikut: MASALAH PELAJAR Isu-isu personal Masalah akademik Penyesuaian sosial Rajah 4.lemah dalam pengurusan kewangan. berlebihan/kekurangan berat badan Masalah kewangan – pendapatan keluarga rendah . tekanan. Masalah akademik termasuklah: . tidak upaya mengawal emosi. tingkah laku menyendiri. 4. perasaan takut dan tidak selamat.3 Masalah pelajar Dalam bahagian ini.1 : Masalah Pelajar Isi-isu peribadi yang menyebabkan masalah kepada pelajar termasuklah : • • • Masalah perhubungan – dengan ahli keluarga. kematian ibu bapa/ahli keluarga. rendah harga diri. dan bagaimana untuk melaksanakan proses bimbingan untuk menangani masalah tersebut.

tidak menyertai aktiviti kelas. bergaduh. masalah berkomunikasi dengan guru. gangster. dan aktiviti jenayah – mencuri. Ini akan membolehkan anda mengesan masalah yang serious lebih awal. perhubungan sex secara rambang. mengedar dadah kepada kawan sekolah. ponteng. bagaimana ia berkomunikasi dan menyuarakan perasaannya. Guru dan kakitangan sekolah harus mengenal pasti masalah pelajar dengan segera. rusuhan. Beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk mengenal pasti masalah pelajar ialah: • perhatikan tingkah laku pelajar anda di dalam dan di luar kelas. dan lain-lain. ia haruslah mempastikan bahawa pelajar tersebut dirujukkan kepada orang lain yang lebih bertauliah supaya pelajar tersebut mendapat bantuan yang diperlukannya. perosak. dan kemahiran belajar yang kurang baik Masalah penyesuaian sosial merujuk kepada masalah tingkah laku yang disebabkan oleh kurang kebolehan pelajar tersebut untuk mengadaptasikan diri dengan situasi sosial serta ekspektasi norma dalam masyarakat. pencapaian akademik yang rendah. motivasi rendah dan kurang berminat untuk belajar. • galakkan pelajar anda membincangkan masalah dan pengalamannya secara terbuka dengan anda . peras ugut. melepak. . Sekiranya guru itu tiada masa atau tidak terlatih untuk membimbing masalah tersebut. Ia termasuklah: • • • • • • • tidak mematuhi peraturan sekolah.• • • • • • masalah pembelajar dalam mata pelajaran tertentu. salah guna bahan-bahan. bagaimana ia berinteraksi antara satu sama lain. supaya boleh memberi bantuan kepada pelajar sebelum masalahnya menjadi lebih besar atau lebih serious.

Apakah masalah yang dialami oleh kebanyakan pelajar? Apakah cara yang anda gunakan untuk mengenal pasti masalah tersebut? Apa tindakan yang biasa anda ambil? Seterusnya.1 : Peringkat Dalam Proses Bimbingan Peringkat dalam proses bimbingan I. untuk melihat sama ada terdapat satu corak tingkah laku yang konsisten yang menyebabkan masalahnya. dengan tugas-tugas yang sejajar dengannya untuk kedua-dua guru dan pelajar. Mahu berbincang mengenai masalah atau situasinya . 1997]. Bina perhubungan dan kenal pasti masalah • bina rapo • • Peranan guru sebagai pembimbing Menunjukkan layanan yang positif dan rasa hormat Tingkah laku yang tidak menilai • Peranan pelajar.• • rujuk kepada rekod dan laporan prestasi pelajar.. rekod kesihatannya. Berhenti sebentar dan buat refleksi mengenai soalan di bawah. Jadual 4. 4. Jadual berikut menunjukkan garis panduan mengenai lima peringkat utama dalam proses bimbingan [Nelson-Jones. dan • ada sesi bimbingan secara peribadi dengan pelajar tersebut untuk membicangkan masalahnya yang telah anda perhatikan.2 Melaksanakan proses bimbingan Membimbing pelajar untuk menangani masalahnya dengan berkesan adalah satu proses yang memakan masa dan melibatkan beberapa peringkat. Ini membolehkan anda mengesan sejarah masalah tersebut. bincangkan pemerhatian anda terhadap pelajar tersebut dengan guru lain yang berkenaan. • berbincang dengan ibu bapa untuk meninjau sama ada mereka mempunyai maklumat terhadap anaknya. R. bagaimana melaksanakan proses bimbingan dalam menangani masalah pelajar.3. kita akan pertimbangkan. supaya mereka boleh mengenal pastinya dengan lebih awas dan langkah-langkah pencegahan boleh diambil. tingkah laku di rumah. dan sebagainya.

buat keputusan dan rancang tindakan • Bina matlamat yang realistik untuk membina kemahiran menangani masalah dan mengubah situasi yang bermasalah itu. terokai alternatif. dan akibatnya Membentuk persepsi yang tepat mengenai masalahnya Bertanggung jawab membuat pilihan untuk hidupnya Membina keyakinan diri dan motivasi dengan menentukan matlamat dan membuat keputusan hidupnya sendiri Menggunakan kreativiti dan kemahiran berfikir untuk menyarankan penyelesaian yang kreatif yang sesuai dengan situasinya. Menunjukkan empati Realistik dalam membantu pelajar menentukan matlamat awal untuk sesi tersebut. Merancang tindakan yang boleh diambil dan beriltizam untuk menjalankan dan menyelesaikannya • • • • • • Bimbing pelajar dalam proses menentukan matlamat untuk dirinya Bantu pelajar menentukan matlamat yang realistik untuk menangani situasinya Menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif untuk mencari penyelesaiannya sendiri dan cadangan untuk tindakan Bimbing pelajar berfikir secara kritikal dan menilai beberapa alternatif untuk tindakan Bimbing pelajar dengan proses membuat keputusan Menunjukkan sikap yang positif dan optimistik. • Mencari penyelesaian masalah yang kreatif dan praktikal • Membuat keputusan • Merancang tindakan yang perlu diambil • • • • • • • • • • • Menerokai pemikiran dan perasaan sendiri Menganalisa masalah dan mengenal pasti sebab-sebabnya Meningkatkan kesedaran kendiri dengan sentiasa menyedar perasaannya Memahami pertalian antara pemikiran. supaya mudah untuk kerja membimbing III. Teroka dan fahami masalah. • Menterjemahkan masalah menggunakan istilahistilah yang lebih praktikal. Tidak memberi nasihat. untuk memotivasi pelajar. dan memberinya keyakinan untuk membuat keputusannya sendiri • • • . perasaan dan tindakan. tidak cuba menyelesaikan masalah untuk pelajar. dan nyatakan semula masalah dalam istilah yang lebih praktikal • Mengenal pasti sumber atau sebab masalah • Meneliti & mengenal pasti komponenkomponen atau bahagian masalah.• bina saling mempercayaai & saling hormat • iltizam untuk bekerja bersama untuk matlamat yang sama • jelaskan masalah dan bentuk matlamat awal • • • • • • Membentuk persekitaran yang mesra dan selesa Menggunakan kemahiran mendengar secara aktif untuk mendengar dan memahami masalah pelajar. Bina matlamat. Menggalakkan pelajar mengambil tanggung jawab membina kemahirannya sendiri untuk mengatasi masalahnya Memikirkan tentang masalah tersebut dan membuat penilaian pertama mengenai situasi pelajar Menggunakan empati dan kemahiran membuat penjelasan untuk membantu pelajar menyedari perasaannya Menggunakan kemahiran menyoal dan membuat rumusan untuk membantu pelajar mengenal pasti punca kepada masalahnya Bantu pelajar menyatakan semula masalahnya dengan menyatakan apa kemahiran dan perubahan sikap yang diperlukan Bantu pelajar melihat pertalian antara tindakan dan akibatnya • • • • • Beriltizam untuk mencari cara menangani masalahnya Bekerjasama dengan gurunya dengan menepati temu janji untuk sesi bimbingan Jujur serta ikhlas Mengambil tanggung jawab untuk mencari penyelesaian Berusaha membentuk matlamat awal untuk menangani situasinya II.

dan memotivasikan dirinya untuk terus memperbaiki kemahiran dan tingkah lakunya dalam menangani masalah Menilai keberkesanan tindakannya dan pencapaian matlamat Membuat keputusan untuk menamatkan sesi bimbingan. Mengambil tindakan untuk membina kemahiran hidup. mengubah sikap dan corak tingkah laku supaya dapat berhadapan dengan situasi bermasalah dengan lebih berkesan • Belajar kemahiran baru. yang lebih sihat dalam berhadapan dengan situasi harian dalam hidupnya. Menamatkan sesi bimbingan dengan kedua-dua guru dan pelajar merasakan matlamatnya telah dicapai. Memberi maklum balas positif dan negative mengenai usaha pelajar untuk membaiki dirinya Menggalakkan pelajar untuk menilai dirinya serta kemajuannya Berbincang dengan pelajar mengenai keberkesanan tindakan yang diambil. serta kerisauan pelajar mengenainya. atau kemajuan seterusnya tidak boleh dibuat melalui sesi ini Jadualkan perjumpaan susulan untuk memantau kemajuan pelajar. penilaian mengenai keberkesanan tindakan. setelah berbincang dengan gurunya. . • • • • Berbincang mengenai kebimbangan dan sangsi mengenai tindakan yang telah diputuskan Berlatih kemahiran menangani masalah untuk menghadapi situasi bermasalah Mengambil risiko untuk mencuba tingkah laku baru untuk mengubah amalan berfikir dan beraksi yang tidak membantu Mengambil tindakan untuk menangani masalah atau situasinya V. tidak mengharapkannya memperoleh kemahiran dengan serta merta Memberi peneguhan kepada pelajar dengan memberi maklum balas kepada pelajar mengenai kemajuannya Main peranan dengan pelajar untuk membantunya berlatih kemahiran-kemahiran tersebut Menggalakkannya untuk mencuba tingkah laku baru. mengubah sikap dan corak tingkah laku • Mengambil langkah yang sesuai untuk menangani situasi bermasalah • • • • • • Memberi masa dan perhatian untuk membimbing pelajar berlatih kemahiran yang diperlukan untuk mengambil tindakan seterusnya Mengurangkan rasa bimbang pelajar dengan berlatih di tempat yang selamat terlebih dahulu. Maklum balas. rakan atau keluarganya Sentiasa memantau kemajuannya.IV. memantau kemajuan. dan samada rancangan tindakan yang baru perlu dibuat Semak dengan pelajar untuk melihat sejauh mana matlamatnya telah dicapai Berbincang dengan pelajar mengenai menamatkan sesi bimbingan. serta mengakhiri sesi bimbingan • Laporan-kendiri oleh pelajar mengenai kemajuannya • Pemerhatian guru atau kaunselor • Maklum balas dari guru dan orang lain mengenai keberkesanan tindakan • Penilaian semula matlamat. sebelum melaksanakan tindakan yang telah dipersetujui Membimbing dan mendemonstrasikan kemahiran langkah demi langkah. jika perlu • Pemantauan kemajuan pelajar dalam mengubah tingkah laku • Menamatkan sesi bimbingan • • • • • • • • • • • • • Berbincang secara jujur dengan gurunya mengenai kemajuannya dalam menggunakan kemahiran barunya atau dalam mengubah tingkah lakunya Berbincang dengan gurunya mengenai kerisauan terhadap kemajuannya Meminta maklumbalas daripada guru.

L. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. berempati. Falsafah dan Konsep Pendidikan. • • Masalah pelajar yang sering berlaku termasuk peribadi. G. dan kemahiran membuat rumusan. Isi-isi utamanya ialah: • Matlamat utama bimbingan ialah untuk membantu pelajar membina potensi dan kemahiran hidup supaya ia boleh menjadi individu yang sihat dan seimbang. Berikut adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan Teks bacaan asas Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa (1994). Aspek mana yang berkesan? Apa yang tidak berkesan? Manggunakan kemahiran membimbing dan peringkat-peringkat bimbingan. dengan kebolehan dan sikap yang membantunya menangani cabaran dan kesukaran hidup dengan berkesan. dan Lima peringkat utama proses bimbingan telah diterangkan. .Cuba buat refleksi mengenai soalan berikut… Fikirkan pengalaman yang anda telah ada mengenai membantu pelajar yang mempunyai masalah. Philosophical and Ideological Perspectives on Education. Gutek. akademik dan masalah perkembangan sosial. Bhd. Needham Heights: Allyn and Bacon. Second Edition. dengan tugas-tugas guru dan murid. (1997). apakah kelainan yang akan anda lakukan? Rumusan Topik ini membincangkan guru sebagai pembimbing. • • Prinsip melaksanakan proses bimbingan adalah berdasarkan kepada garis panduan etika seperti kerahsiaan dan hormat kepada hak pelajar untuk menerima bimbingan. Kemahiran asas bimbingan termasuk menunjukkan layanan positif dan hormat. kemahiran mendengar dengan aktif. kemahiran menyoal.

Education: An Introduction. H. Englewood Cliffs: Prentice Hall. Teacher Education Division (1982). New York: Macmillan Publishing Company. Tyler.prenhall. D. R. (1976).aljadid.W. A Critical Introduction to Curriculum Theory. B. & Craver. (4th Ed. Henson. Matlamat dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Al-Jadid. Curriculum Development: Theory and Practice. Albany. Curriculum Development: A Guide to Practice. (1989). Glenview: Scott. Milton Keynes: Open University Press.moe.gov. R. (1995). (1970).A. A.).com/bookbind/pubbooks/armstrong3/chapter3/chapter12/deluxe. Barrow. London: Cassell Publications Ozmon. (1997). & Savage. (3rd ed.W. Kuala Lumpur: Ministry of Education.html http://www. K.M. Philosopher and Theologian. Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (1987). Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah. & Rudnitski. The Educational Imagination. (1998).htm Egan. (1995). Bondi.frcu. http://www. H. New York: Harcourt Brace and World. (1990). New York: Delmar Publishers. Brighton: Wheatsheaf Books. Duke.eg/www/universities/html/hamed2. Kuala Lumpur: DBP Nelson-Jones. D.T.Pusat Perkembangan Kurikulum (2001).E.html http://www.eun. (1990).V.susancanthony. Frazee. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. T. Philosophical Foundations of Education. An Introduction to curriculum Research and Development. Basic Principles of Curriculum and Instruction.L.A. H.F. Taba. Rujukan Ead.G. Foreman. Averroes As A Physician. Curriculum Leadership. (1994). New York: Macmillan College Pub.my http://cw. Walton Hall.. Fifth Edition. R. Stenhouse. The Philosophy of Education (Report of the National Workshop and Survey). Ibn Rushd.com/Workshops/philosophy_hand. Education Resource Book for Lecturers. Teaching: An Introduction.R. The Skilled Helper. (1995).). Titus.A. Y. New York: Van Nostrand Reinhold Company. Jenkins.). Chicago: The University of the Chicago Press Teacher Education Division (2002).com/index. (4th Ed. Integrated Teaching Methods. H. Eisner.Ohio: Merrill Publishing Co. Raslan. W. (1975). (1984). New York: McGraw-Hill Publishing Co. (1962). 3 (20). Armstrong. http://www. Curriculum Evaluation (Unit 19 till Unit 21). Living Issues in Philosophy. G. Practical Counselling and Helping Skills. A. Giving Teaching Back to Teachers.A. D. Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim (1992). Glatthorn. ( 1969). (1997). Pacific Grove: Brooks/Cole Publishing Co.html . London: Heinemann. S. Kuala Lumpur: Ministry of Education.

edu/people/w.htm.org/biblio/b-curric.html http://www. http://pages.edu/~asr209/curriculum.morehead-st.wikipedia.edu/fac/georgeoff/phil am ed/essentialism.html http://www.purdue.soe.org/udl/EnvisioningFutureCurriculum189.http://www.cast.siu.doc http://www.nyu.html http://www.org/wiki/Philosophy http://www.willis/fourtheories.infed.cfm .edueyctr/cdromsup.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->