Professional Documents
Culture Documents
Menurut sejarah, pengasas atau Bapa Pendidikan Alam Sekitar ialah Sir Patrick Geddes (1854-1933) manakala orang yang pertama menggunakan nama istilah Pendidikan Alam Sekitar ialahThomas Pritchard semasa persidangan IUCN di Paris dalam tahun 1958
DEKLARASI STOCKHOLM
Diadakan pada 5-16 Jun, 1972 di Stockholm, Sweden dengan tema Prinsip dan Alam Sekitar Manusia (Human Environment and Principles) dan dianjurkan oleh United Nations
Deklarasi Stockholm juga menyerukan agar bangsa-bangsa di dunia mempunyai kesepakatan untuk melindungi kelestarian dan meningkatkan kualiti lingkungan hidup bagi kehidupan manusia
Tujuannya untuk mencapai satu keputusan tentang pendekatan global yang diperlukan bagi mencari penyelesaian terhadap situasi kemerosotan alam sekitar yang semakin hari semakin bertambah.
*Menurut
Fuad
(2005),
deklarasi
Stockholm
adalah
kesedaran berkaitan perlunya alam sekitar yang terkawal. *Mendorong banyak di dunia berkerjasama dan bergabung tenaga untuk meningkatkan tahap persekitaran dunia yang sering diancam oleh aktiviti-aktiviti manusia.
*Terdapat
pelbagai
deklarasi,
persetujuan,
dan
persidangan yang telah dibentuk bagi menjamin kelestarian alam sekitar dan kelangsungan hidup manusia. *Bertujuan kedua-dua elemen ini dapat terus dikembangkan seiring dengan perkembangan semasa pada tahun 1972 di Stockholm, Sweden.
Satu
persidangan
Conference on the Human Environment yang diketuai oleh Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Menekankan aspek polisi khas ke atas masalah ekologi dari sudut saintifik
Persidangan Stockholm telah mengeluarkan satu deklarasi, satu set prinsip, dan satu pelan tindakan. Deklarasi yang dibentuk merupakan satu kenyataan yang direkodkan. Kenyataan yang direkod ini menjadi bukti bahawa soal alam sekitar mula dibincangkan .
Menurut Basri (2006), menyatakan terdapat lima prinsip yang tercatat dalam deklarasi Stockholm yang terdiri daripada : *Sumber semulajadi harus dikawal rapi dan disimpan, sumber hasil bumi yang boleh diganti harus dikekalkan dan sumber yang tidak boleh diganti harus dikongsi bersama *Menetapkan standard pengurusan alam sekitarnya sendiri dan mengekploitasi sumber tersebut mengikut keperluan tanpa membahayakan negara lain. *Satu kerjasama antarabangsa harus ditetapkan untuk meningkatkan kualiti alam sekitar
Pembangunan dan alam sekitar seharusnya bergerak seiring, dan negara membangun seharusnya diberi bantuan dan inisiatif untuk mempromosi pengurusan yang rasional
Pencemaran yang berlaku tidak harus dibiarkan dan diselesaikan oleh alam sekitar secarasemulajadi, dan pencemaran laut harus dicegah dan pendidikan dan penyelidikan (R&D) seharusnya digalakkan untuk mempromosi perlindungan alam sekitar Sains, teknologi,
The International Environmental Education Programme (IEEP) dalam satu workshop kebangsaan pada tahun 1975 yang dilaksanakan di Belgrade juga telah menegaskan pertama kali pernyataan antara pemerintah tentang pendidikan lingkungan (environmental education). Dalam hal ini dikemukakan tentang sasaran, tujuan, konsep dan panduan prinsipprinsip program pendidikan lingkungan dalam sebuah dokumen yang dikenali sebagai Piagam Belgrade (Belgrade Charter). Piagam ini merupakan suatu kerangka kerja global untuk pendidikan lingkungan.
Pendidikan lingkungan pertama kali dikemukakan oleh IUCN/UNESCO (1970) iaitu, suatu proses untuk mengenali nilai-nilai dan menjelaskan
konsep dalam rangka mengembangkan keterampilan, sikap yang diperlukan dalam setiap individu.
Pendidikan lingkungan lebih menitikberatkan pada pembentukan sikap dan perilaku manusia terhadap lingkungannya (alam sekitar).
Untuk meningkatkan kesedaran lingkungan yang benar dan hubungannya dengan masalah ekonomi, sosial, serta saling kebergantungan ekologi dan politik.
Untuk menyediakan peluang bagi setiap individu untuk memperoleh pengetahuan, nilai-nilai, sikap, komitmen dan ketrampilan yang diperlukan.
Untuk menciptakan pola teladan perilaku individu yang baru bagi kelompok dan masyarakat secara keseluruhan terhadap lingkungan pendidikan yang dirangka.
Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan Matlamat: Melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara Hasil Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979 Melaksanakan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dalam struktur Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
Menerapkan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum bermula dengan subjek Alam & Manusia (Tahun 4 hingga 6)
Penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum: - Merentasi subjek lain seperti Matematik, Muzik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Agama Islam - Guru selitkan nilai- nilai murni tentang kepentingan menjaga alam sekitar bagi murid-murid Pusat Perkembangan Kurikulum telah membina satu garis panduan untuk guru-guru : Buku Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum KBSR (1998)
16 Nilai Murni Alam Sekitar Yang Sesuai Untuk Diterapkan Semasa P&P
Prinsip rendah diri Prinsip kerjasama Prinsip menghormati alam / bumi Prinsip kehidupan seimbang Prinsip mementingkan kemapanan ekosistem Prinsip mengekalkan hidupan liar dan keperbagaian hidup Prinsip kerosakan minima Prinsip kesederhanaan Prinsip mencintai persekitaran Prinsip perubahan berterusan Prinsip ekonomi bukanlah segala-galanya Prinsip mengiktiraf hak mereka yang belum lahir Prinsip tanggungjawab setiap individu Prinsip etika melebihi hukum Prinsip mengalami dan menghayati sendiri adalah paling baik Prinsip perlindungan dan pemulihan ekosistem
LAPORAN BRUNTLAND
Pelaburan kemanusiaan dalam satu sistem kehidupan, dijangka berkeupayaan menyediakan satu kualiti hidup untuk semua individu di muka bumi dan melestarikan ekosistem semulajadi ( Bruntland, 1987) Laporan Bruntland 1987 merupakan satu laporan yang disediakan dalam Suruhanjaya Alam Sekitar Dunia 1987 ( WCED) Laporan ini dibentangkan pada Persidangan Agung PBB sesi ke-42 pada tahun 1987 Objektif: Pembangunan yang tidak mengabaikan keperluan generasi akan datang Menurut WCED, lestari bermaksud memenuhi kepeluan ekonomi, sosial dan ekologi
Pandangan WCED mengenai lestari: Masa depan tidak akan bertolak ansur dengan masa kini Sebuah kawasan geografi tidak akan bertolak ansur dengan sebuah kawasan geografi lain Ruang yang proaktif digunakan bagi memelihara dan meningkatkan keadaan yang lestari Semua unsur sosiopolitik, eknomi, etika, objektif, alatan dan sebagainya akan diambil kira
AGENDA 21
Suatu rangka tindakan tentang bagaimana menjadikan sesuatu pembangunan itu mapan dari segi sosial, ekonomi dan alam sekitar
Agenda 21 Dunia dihasilkan di Persidangan Alam Sekitar dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCED) yang diadakan di Rio De Janerio pada tahun 1992
AGENDA 21
Bahagian I: Simensi Sosial dan Ekonomi Memerangi kemiskinan, mengubah corak penggunaan, perubahan demografi dan penduduk, memperbaiki kesihatan, memperbaiki corak penempatan mapan dan mengintergrasikan alam sekitar dan pembangunan di dalam membuat keputusan Bahagian II: Pemeliharaan dan Pengurusan Sumber untuk Pembangunan Melindungi atmosfera, memerangi ketandusan hutan, melindungi alam sekitar yang rapuh, pemeliharaan kepelbagaian hidupan, dan mengawal pencemaran Bahagian III: Memperkasakan Peranan Kumpulan Besar Peranan kanak-kanak dan remaja, wanita, badan bukan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan pekerja Bahagian IV: Menekankan Perlaksanaan Termasuk sains, perpindahan teknologi, pendidikan, institusi dan mekanisme antarabangsa dan mekanisme kewangan
Kemiskinan Kebuluran
Kemerosotan ekosistem
AGENDA 21 SELANGOR Merupakan pelan tindakan pelaksanaan strategi pembangunan mapan negeri oleh Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Agensi / Jabatan Negeri dan Persekutuan di Selangor
ILTIZAM PEMBANGUNAN MAMPAN SELANGOR Dideklarasikan Oleh YAB Menteri Besar pada 4 Jun 1999 Membina masyarakat yang berilmu Memelihara kesihatan ekosistem Membangunkan asas ekonomi Memastikan sumber asli negeri digunakan secara bijak Mengembangkan aktiviti pertanian yang berproduktiviti tinggi Menjamin petempatan selesa Menyediakan infrastruktur yang mencukupi Membangunkan sumber manusia Penglibatan masyarakat awam dalam perancangan dan pengurusan
AGENDA 21 TEMPATAN (LA21) - Dokumen pelan tindakan yang dilaksanakan dan tertumpu di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan. - Tertumpu kepada pelan tindakan di peringkat tempatan seperti yang terdapat dalam bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan. - Bab 28 dalam Agenda 21: Inisiatif PBT menyokong Agenda 21' iaitu mengenai LA21 MENGAPA LA21 DI PERINGKAT PBT - PBT membina dan menyelenggara infrastruktur ekonomi, sosial dan alam sekitar, proses perancangan, dasar dan peraturan tempatan serta melaksanakan dasar-dasar negara dan negeri - PBT merupakan peringkat urus tadbir yang terdekat dengan penduduk - PBT boleh memainkan peranan yang paling berkesan sebagai pendidik, penggerak dan berupaya respon kepada awam dalam promosi pembangunan mapan