You are on page 1of 12

APLIKASI KECERDASAN PELBAGAI DALAM P&P

Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh yang selaras dengan FPK Meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui p&p yang menyeronokkan

mempelbagaikan cara penilaian

Meningkatan kecerdasan pelbagai individu dan menyedari bahawa potensinya tidak terbatas

Mengapa kecerdasan pelbagai perlu diaplikasikan dalam p&p


Terima persamaan dan perbezaan individu dan mengakui setiap murid adalah unik dan cara belajar yang berlainan

Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah

Mengalakkan penyelidikan dan inovasi baru dalam p&p

Intrapersonal
kebolehan memahami diri sendiri seperti kekuatan, kelemahan, perasaan hati (mood), keinginan(desires) diri. Kemahirannya termasuk menyedari bahawa dirinya adalah sama atau berbeza dengan orang lain, dan dapat mengawal serta menangani perasaan diri sendiri.

Bagaimana saya boleh memberi pilihan kepada murid merangsang perasaan kendiri????

Aplikasi intrapersonal dalam p&p


guru boleh:
X memberi murid belajar pada kadar kendiri X memberi projek individu berbentuk arahan kendiri X membantu murid menetapkan matlamat X Memberi peluang kepada murid untuk mendapat maklum balas antara satu sama lain

murid boleh:
Y tulis autobiografi mengenai diri sendiri Y duduk bersendirian untuk sesi refleksi selama lima minit sehari Y catatkan perasaan, minat, kenangan visi dan buah fikiran dalam diari harian.

Contoh: guru mewujudkan satu ruangan khas iaitu stesen tumpuan intrapersonal yang merangkumi: sudut yang jauh daripada gangguan Murid boleh dibekalkan dengan plag-telinga supaya sunyi dan boleh membaca, menulis diari, berfikir dan berefleksi diri sendiri.

NATURALIST
peka terhadap alam semulajadi, sedar akan gejala alam, berkemampuan untuk membezakan flora dan fauna, baik dalam kerja mengasing dan mengelas, mempunyai kemahiran memerhati, memahami fenomena semulajadi serta menjaga haiwan

kesayangan dan juga suka kerja berkebun

Bagaimanakah saya boleh membawa alam semula jadi ke dalam bilik darjah atau membawa muri keluar untuk melihat alam semula jadi??

Aplikasi naturalist dalam p&p


guru boleh: guna persekitaran (luar kelas) sebagai bilik darjah memberi murid tanggungjawab mengendalikan

sudut-sudut tumbuh-tumbuhan dan haiwan di dalam kelas. Mengalakkan murid membentuk landskap kawasan persekitaran.

Murid boleh: memelihara atau memerhati kitaran hidup haiwan seperti katak atau rama-rama memerhati dan mencatat fasa bulan Menjaga dan memerhati tumbesaran tumbuhan misalnya taugeh.

contoh:
H menyediakan satu ruangan @ sudut yang khas mengikut tema seperti flora dan fauna

You might also like