You are on page 1of 1

REFLEKSI Baru-baru ini saya telah menerima satu tugasan projek atau esaimen daripada pensyarah untuk subjek

literasi bahasa melayu daripada Jabatan Pengajian Melayu. Tugasan telah bermula pada 2 julai 2011 dan berakhir pada 25 julai 2011 iaitu selama 3 minggu. Saya amat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini sebaiknya dan penuh sempurna. Saya bertungkus-lumus untuk menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya agar saya dapat menunaikan amanah dan tanggungjawab saya sebagai seorang guru pelatih di IPGKTB. Semasa menyiapkan esaimen, saya telah mengalami beberapa masalah dan masalah ini juga dapat diselesaikan dengan sebaiknya. Pertama, apabila saya mendapat tugasan ini, saya berasa amat sukar untuk kami melakukanya kerana saya tidak faham dan juga saya tidak pernah membuat atau mencipta boneka. Perkara ini telah diselesaikan dengan menanyakan kepada pensyarah saya iaitu Tn Hj Zaki. Beliau banyak membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya dan sempurna. Kedua, saya sukar mendapatkan bahan tentang tugasan ini. Saya berusaha mencari beberapa bahan untuk tugasan ini di perpustakaan dan akhirnya saya dapat mencarinya dan bahan itu dapat membantu saya untuk mencipta boneka. Akhirnya, rakan-rakan sekelas saya amat membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini. Mereka sering berkongsi pendapat dan idea dalam menyiapkan tugasan ini. Saya berasa amat berbangga kerana mereka semua tidak lokek untuk berkongsi ilmu kepada saya. Saya berharap agar segala usaha saya ini dapat diterima oleh pensyarah kami dan juga memberi inspirasi kepada saya untuk terus berjuang dalam bidang pendidikan.

You might also like