You are on page 1of 1

Doa Ziarah Hari Raya Segala ujian itu bagi Allah pentadbir seluruh alam, rahmat dan sejahtera

atas junjungan kami Nabi Muhamad semulia-mulia rasul dan juga atas sekalian sekeluarga dan sahabatsahabat baginda. Ya Allah wahai tuhan yang mentadbir seluruh keadaan, tuhan yang maha pemurah dan maha tinggi, dengan limpah dan kemurahan-Mu tukarkanlah kiranya keadaan kami ini kepada sebaik-baik keadaan, berkatkanlah kami dan sekalian kaum muslimin dengan sempena bulan syawal ini, ya Allah wahai tuhan yang Dia-lah sebaik-baik tempat dihadapkan permohonan perkenankan apa kiranya doa

permohonan kami ini dan kurniakanlah lagi peluang menemui bulan syawal ini kepada kami dari tahun demi tahun hingga beberapa masa, dan kami mohon semoga tuhan berkati tuan rumah ini............................bin.................................... serta lanjutkan umurnya dalam iman, mendapat rezeki halal dan diselisihkan daripada rezeki haram. Mohon limpah rahmat-Mu jua ya Allah sebaik-baik yang mengurniakan rahmat serta dicucuri rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhamad dan sekalian keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Segala pujian itu bagi Allah tuhan pentadbir seluruh alam.

You might also like