You are on page 1of 24

TUGASAN 1

NOTA USUL FIQH





DISEDIAKAN OLEH : ALFRED DANE VIER A/L PATRICK XAVIER
NAMA KURSUS : KA 10729 - DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
PENSYARAH : USTAZAH AFRAH MUNIRAH
SUBJECT : PIS3213 - USUL FIQH
SESI PENGAJIAN : SEMESTER 3 SESI 2010|2012
NO MATRIK : 2010002853
MUQADDIMAH

I Bb
,o_Bb
@=Bb
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, yang selalu melahirkan ilham dalam rangka
menjelaskan kepada umat tentang urusan agama mereka. Allah SWT, memerintahkan kepada
hamba-hamba Nya kaum mukminin untuk merujuk dan bertanya kepada para Ulama.

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada
junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan sahabat-sahabat baginda.

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT, kerana dengan limpah rahmatnya saya dapat
menyiapkan tugasan walaupun ianya tidak seberapa sempurna.

Segala kesilapan dan kekurangan adalah kelemahan saya Kalau ada terdapat sebarang kesilapan
saya dalam tugasan ini, saya memohon maaf.

Jika terdapat sebarang kesilapan dan kesalahan dari pelbagai aspek harap anda nyatakan bagi
mengelakan apa yang disampaikan tidak silap dan tesasar dari maksud yang ingin disampaikan.
Dan mungkin tesasar dari jalan mencari keredhaan Allah.




MUQADDIMAH ILMU USUL FIQH











PENGERTIAN ILMU USUL FIQH
Pengertian dari segi bahasa terbentuk dari dua perkataan:
Usul:
Usul berasal dari perkataan aslu ) ( yang membawa maksud Asas / al- Dalil / al- Rajih
atau Kaedah
Fiqh :
Fiqh atau fekah membawa maksud mengetahui / memahami tentang sesuatu.
Pengertian dari segi istilah:
Ilmu yang membahaskan tentang kaedah-kaedah yang digunakan oleh para mujtahid untuk
mengeluarkan hukum syarak bagi perbuatan mukallaf daripada dalil-dalil Qati dan Zanni.

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN ILMU USUL FIQH
Bermula secara tidak langsung sejak zaman Nabi lagi. Iaitu bedasarkan kisah perutusan
Muaz bin Jabal ke Yaman, beliau telah menggunakan kaedah ijtihad.
Kemudian pada zaman sahabat kaedah masalih al- mursalah digunakan bagi pengumpulan
al- Quran, bedasarkan ijtihad Saidina Umar Al-Khattab.
Seterusnya kaedah sadd al- zaraai digunakan oleh Saidina Umar Al-Khattab bagi
menakutkan peminum arak.
Kemudian pada zaman Abdullah bin Masud kaedah nasakh dan takhsis diadakan bagi
iddah perempuan yang kematian suami.
Seterusnya Ilmu Usul Fiqh dihasilkan secara langsung dengan penyusunan serta penulisan
mulai pertengahan kurun ke2 Hijrah oleh Imam Syafie. beliau telah menyusun kitab al-
Risalah, yang memuatkan dalil Qati dan Zanni. Kemudian ulamak lain muncul dan
mengemaskinikan ilmu usul fiqh sehingga sekarang.
KAEDAH PENYUSUNAN ILMU USUL FIQH
Bentuk penyusunan Usul Fiqh yang berlaku selepas Imam Syafie boleh dibahagikan kepada
tiga bentuk:
a. Kaedah Ulamak al- Syafie dan al- Kalam
b. Kaedah Ulamak Hanafi
c. Kaedah Ulamak Mutakhir
KAEDAH ULAMAK AL- SYAFIE DAN AL- KALAM
Ulama as-Syafie atau ulama al-kalam menyusun ilmu usul al-fiqh dengan cara:
I. menyusun dan membuat kaedah-kaedah usul al-fiqh berdasarkan kepada nas dan dalil
atau dalam erti kata lain setiap kaedah usul al-fiqh itu mestilah disokong dengan dalil
samada dalil aqli dan naqli.
II. Mereka juga akan meninggalkan kaedah-kaedah yang bertentangan dengan dalil dan
menetapkan dengan beberapa kaedah lain tanpa mengambil kira samada ianya bertepatan
dengan masalah fiqh atau menyamai kaedah yang telah ditetapkan oleh Imam mereka.
III. Mereka mengasingkan dan membiarkan segala perbahasan yang meyentuh masalah fiqh
dibahaskan dengan panjang lebar dalam kitab-kitab fiqh sahaja.
KAEDAH ULAMAK HANAFI
Ulama Hanafiah menyusun ilmu usul al-fiqh dengan cara:
I. menyusun dan membentuk kaedah-kaedah fiqh berdasarkan kepada apa yang telah
ditetapkan atau diijtihad oleh Imam mereka terhadap sesuatu permasalahan fiqh.
II. meletakkan kaedah yang dilihat bertepatan dan bersesuaian dengan Ijtihad dan istinbat
hukum yang dilakukan oleh Imam mereka, sekiranya tidak, kaedah-kaedah tersebut akan
diubah suai oleh mereka.Sebab itulah para ulama yang mengguna pakai kaedah penulisan
ini akan memasukkan sekian banyak perbahasan dalam masalah fiqh ke dalam kitab-kitab
usul mereka.

KAEDAH ULAMAK MUTAKHIR
Ulama Mutakhir menyusun ilmu usul al-fiqh dengan cara:
menggabungkan kedua-dua kaedah di atas iaitu dengan menetapkan sesuatu kaedah
beserta dalil-dalilnya serta diaplikasikan atau dikaitkan dengan permasalahan fiqh.

SKOP PERBAHASAN ILMU USUL FIQH
Menerangkan kaedah-kaedah yang digunakan oleh ulamak untuk mengelurkan hukum dari
al- Quran dan as- Sunnah, serta membahaskan tentang dalil-dalil syarak dan kaedah yang
dibuat unuk hukum perbuatan mukallaf.
Ianya juga membahaskan dalil:
I. Hukum yang disepakati
II. Hukum tidak disepakati
III. Hukum tidak teperinci
IV. Hukum dalil tidak putus
Antara dalil yang dibahaskan ialah al- Qiyas, Ijmak Ulamak, Masalih al- Mursalah, Istihsan
serta kedudukannya dalam menetapkan hukum syarak.
I. Memahami cara-cara mengeluarkan hukum syarak.
II. Membicara dan membahaskan tentang kaedah-kaedah hukum syarak yang umum.
III. Istinbat atau mengeluarkan hukum daripada dalil-dalil dan nas serta beramal dengannya.
FAEDAH MEMPELAJARI ILMU USUL FIQH
I. Mengetahui kaedah yang digunakan oleh mujtahid bagi mengeluarkan hukum.
II. Mengetahui cara para mujtahid untuk menetapkan sesuatu hukum.
III. Mengeluarkan hukum baru bagi keperluan dan perkembangan zaman.
IV. Mengetahui asas-asas bagi hukum syarak dan hikmahnya.
V. Menjadi panduan ulamak untuk mengeluarkan hukum atau fatwa.




KAEDAH PENGAMBILAN HUKUM

















IJTIHAD











PENGERTIAN IJTIHAD
Pengertian dari segi bahasa:
Usul berasal dari perkataan ijtahada ) ( yang membawa maksud menggunakan tenaga
sepenuhnya / bersungguh-sungguh dalam sesuatu perbuatan atau pekerjaan.
Pengertian dari segi istilah:
Usaha seseorang mujtahid dengan mengerah segala kemampuan untuk memperolehi hukum
syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf melalui cara yang ditetapkan oleh syarak

HUKUM BERIJTIHAD DAN SEJARAHNYA
Ulamak sepakat mengatakan harus ijtihad dalam mengeluarkan hukum apabila cukup
syarat tertentu berdalilkan hadis Muaz bin Jabal ketika beliau diutuskan menjadi wakil di
Yaman, dan itulah sejarah permulaan kaedah ijtihad.

HUKUM HARUS BERIJTIHAD
Ijtihad adalah diharuskan dan suatu amalan terpuji bedasarkan dalil (QS 59:2) Surah al- Hasyr.

b@JBB .......... sL00
@J.Bb
Maka ambillah (Kejadian itu) untuk menjadi pelajaran, Hai orang-orang yang mempunyai wawasan.
( Surah al- Hasyr ayat 2 )


SYARAT-SYARAT MUJTADIH
kriteria yang perlu ada bagi seorang Mujtahid ialah:
I. Islam dan bersifat adil
II. Mengetahui tentang al- Quran dan Hadis berserta makna- maknanya dari sudut bahasa
dan syariat.
III. Mengetahui tentang masalah- masalah ijmak serta tempat berlaku ijmak.
IV. Mengetahui tentang al- Qiyas. Iaitu merangkumi tentang illah, hikmat, kemaslahatan
masyarakat serta uruf.
V. Mengetahui dan memahami Bahasa Arab dengan baik serta sempurna.
VI. Mengetahui tentang nasikh mansuhk daripada al- Quran dan Hadis.
VII. Mengetahui Ilmu Usul Fiqh.
VIII. Mempunyai kefahaman yang baik dan kecerdikan serta kemahiran dalam ilmu
pengetahuan yang mendalam
IX. Baligh dan sempurna akal.
X. Mengetahui tentang dalil akal dan kehujahannya.
XI. Mengetahui nas dan dalil yang berkaitan dengan hukum hakam biarpun tak
menghafaznya.
XII. Mengetahui Sebab Nuzul ayat dan Sebab Wurud Hadis serta syarat Hadis Mutawatir
dan Ahad.







PERINGKAT HUKUM BERIJTIHAD
Bedasarkan tuntutan dan dalil syarak yang menggalakan seseorang berijtihad dan ianya
terbahagi kepada berikut:
a. Ijtihad Fardu Ain
b. Ijtihad Fardu Kifayah
c. Ijtihad Sunat
d. Ijtihad Haram

IJTIHAD FARDU AIN
Ijtihad yang wajib dilakukan oleh seseorng yang mempunyai kemampuan dan kelayakan
berijtihad serta tidak ada orang lain yang layak berijtihad.
Terbahagi kepada dua:
I. Ijtihad mujtahid bagi menyelesaikan permasalahan yang ditanya oleh masyarakat
kepadanya dan tidak ada orang lain yang layak berijtihad.
II. Ijtihad mujtahid bagi menyelesaikan masalah untuk dirinya sendiri dan tidak ada orang
lain yang layak berijtihad.







IJTIHAD FARDU KIFAYAH
Ijtihad yang dilakukan oleh seseorng yang mempunyai dan kelayakan berijtihad namun masih
ada orang lain yang layak berijtihad selain dirinya.
Terbahagi kepada dua:
I. Ijtihad mujtahid bagi menyelesaikan permasalahan yang ditanya oleh masyarakat
kepadanya dan masih ada orang lain yang layak berijtihad, maka dia boleh
meninggalkannya. Namun sekiranya tidak ada orang lain yang menyelesaikannya
maka pada masa itu hukumnya adalah Fardu Kifayah.
II. Seseorang mujtahid yang meragui tentang ijtihad mujtahid lain maka ketika itu hukum
-nya adalah Fardu Kifayah bagi menyelesaikan permasalahan yang diraguinya itu.

IJTIHAD SUNAT
Ijtihad yang dilakukan oleh seseorng yang memenuhi syarat berijtihad untuk menyelesaikan
terhadap pekara yang akan berlaku.
Terbahagi kepada dua:
I. mujtahid berijtihad bagi menyelesaikan permasalahan yang ditanya oleh masyarakat
kepadanya dan permasalahan itu belum wujud atau berlaku lagi.
II. mujtahid berijtihad bagi menyelesaikan permasalahan yang belum wujud atau berlaku
lagi tanpa apa-apa faktor atau sebab.

IJTIHAD HARAM
Ijtihad yang dilakukan oleh seseorang dengan cara yang bercanggah atau tidak memenuhi
syarat mujtahid serta bercanggah dengan nas.

MARTABAT IJTIHAD
Bedasarkan ijtihad ulamak dan mujtahid terbahagi kepada:
a. Ijtihad Mutlak
b. Ijtihad Muntasib
c. Ijtihad Dalam Mazahab
d. Ijtihad Dalam Fatwa

IJTIHAD MUTLAK
y Merupakan ijtihad peringkat pertama / tinggi.
y Ijtihad dilakukan berasaskan sumber dan dalil secara langsung dari al-Quran dan Hadis.
y Menggunakan segala pendalilan dan istinbat hukum secara bebas dari berpegang kepada
imam mazahab.
Contoh: Para Sahabat seperti Saidina Umar Al-Khattab.

IJTIHAD MUNTASIB
y Merupakan ijtihad peringkat kedua.
y Ijtihad dilakukan berasaskan kepada pendapat imam mazahab tertentu.
y Mujtahid hanya mengikut imam mazahab hanya dalam masalah pokok atau usul sahaja.
Contoh: Ijtihad Abu Yusuf dan Muhammad bin al- Hassan daripada pengikut Imam Hanafi.




IJTIHAD DALAM MAZAHAB
y Merupakan ijtihad dan mujtahid peringkat ketiga.
y Ijtihad dilakukan dalam mazahab.
y Permasalahan baru diselesaikan mengikut kaedah imam mereka.

IJTIHAD DALAM FATWA
y Mengambil ijtihad imam mazahab yang kuat dan rajih untuk dijadikan fatwa.
y Mujtahid akan bertindak sebagai murajjih terhadap pendapat imam mazahab yang
pelbagai sebelum mengeluarkan fatwa.












SYARAT DAN CARA BERIJTIHAD
Untuk berijtihad, seorang mujtahid mesti mengikuti cara yang tertentu iaitu:















Pertama sekali mujtahid mestilah meneliti nas al- Quran serta Hadis Mutawatir dan Ahad
dalam penetapan hukum bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Sekiranya tiada nas yang menjelaskan hukum dalam al- Quran dan Hadis, maka berpegang
pada zahir nas dan hadis sahaja. Supaya ianya boleh dijadikan pegangan yang berbentuk
mantuk dan mafhumnya.
Sekiranya peringkat kedua gagal menyelesaikan maka, ia mestilah meneliti dan menilai
perbuatan nabi kemudian taqrir baginda dan berijtihad melalui cara qiyas bedasarkan illah
atau sebabnya.
Sekiranya peringkat ketiga gagal menyelesaikan maka, ia mestilah berpegang dengan
Baraah|Asliyah ) (
Apabila menemui dua dalil atau nas yang bertentanggan maka hendaklah mencari dan
menilai serta melihat dalil itu dari sudud ianya dapat diterima sebagai dalil hukum kerana
dua dalil lebih baik dari satu dalil.
Sekiranya dua dalil atau nas tidak dapat dikumpulkan sebagai satu maka salah satu dalil.
Maka mujtahid hendaklah mengeluarkan hukum melalui tarjih atau mengguatkan salah satu
dari dua dalil tersebut
HUKUM YANG BOLEH IJTIHAD
Ijtihad yang dibolehkan ialah:
I. Hal dan pekara yang tidak disebut hukumnya dalam nas al- Quran, as- Sunnah dan
ijmak ulamak
II. Hal kejadian yang terdapat hukumnya dalam al- Quran atau Hadis Mutawatir, namum
dilalah kedua-dua nas tersebuat terhadap hukum zanni / Mutlak.
III. Kejadian yang terdapat hukumnya dalam nas yang sabit secara zanni, tetapi dilalah
kepada maknanya adalah sabit secara qati.
IV. Kejadian dan pekara yang terdapat hukumnya dalam nas yang disabitkan dengan
zanni, dan dilalahnya sabit dengan zanni juga.
V. Hukum yang tidak mempunyai nas dan ijmak mengenainya.

HUKUM YANG TIDAK BOLEH IJTIHAD
Ijtihad yang tidak diharuskan:
I. Hukum kejadian terdapat dalam nas yang sabit secara pasti dan didalahnya juga adalah
qati
II. Hukum yang telah ditafsirkan oleh Rasulullah dan tidak mungkin berlaku takwil
padanya.
III. Hadis Mutawatir yang mentafsirkan lafaz yang mujmal ( Qati dan maksudnya jelas ).
IV. Hukum kesiksaan dan kifarat yang ditetapkan kadarnya oleh syarak ( kifarat zihar ).
V. Hukum agama yang mesti diketahui oleh mukallaf ( beriman ).
VI. Hukum dan pekara yang tidak disebut hukumnya dalam nas al- Quran, as- Sunnah tetapi
telah berlaku ijmak ulamak.
VII. Hukum-hukum syarak yang telah dimaklumi.


KEHUJAHAN IJTIHAD
Ijtihad dikira sebagai hujah dalam hukum sebagai mana sabda Nabi yang bermaksud:

Apabila seseorang hakim berijtihad dan ijtihadnya itu betul, maka ia mendapat
dua ganjaran. Andaikata ijtihadnya itu salah maka ia mendapat satu ganjaran.
(Hadis riwayat: Bukhari dan Muslim)

Apa yang dapat dirumuskan disini ialah, ulamak berpendapat setiap yang diijtihakan itu adalah
benar. Sekiranay ada berlaku penentangan pendapat di antara mujtahid, muqallid atau orang
yang mengikuti itu boleh memilih mana satu pendapat yang dirasakan lebih tepat untuk
diikutinya.

TERBATALNYA IJTIHAD
Terbatal sesuatu ijtihad apabila ternyata ijtihad mujtahid tersebut salah maka dia perlulah
melakukan ijtihad baru dan berhenti dari beramal dengan hukum lama dan beramal dengan
ijtihad yang baru.

IJTIHAD ULAMAK MAZAHAB DAN LAHIR GERAKAN IJTIHAD
Dijalankan secara meluas oleh empat imam mazahab bermula dari abad 1 sehingga abad ke4.
Pada abad ke4 menjadi malap dan terhenti kerana pemerintah dan ulamak menekankan pada
gerakan taklid. Kerana melihat kesan buruk dari kaedah taklid maka lahirlah ulamak yang
menyeru secara langtang kepada kaedah ijtihad yang dipelopori oleh Ibn. Taimiyah dan Ibn.
Qayyim al- Jauziyah. Walaupun tidak Berjaya tetapi terdapat kesan dari tindakan tersebut.
Seterusnya gerakan ijtihad dibawa oleh Muhamad bin Abdul Wahab yang mendapat sokongan
Raja Abdul Aziz di Hijaz. Kemudianya diteruskan oleh Syeikh Muhammad Abduh dan Rasyid
Redha. Dan ianya beterusan sehingga sekarang dan diterima oleh masyarakat.





TAQLID








PENGERTIAN TAKLID
Pengertian dari segi bahasa:
Usul berasal dari perkataan qallada ( ) yang membawa maksud membelenggukan sesuatu
di leher.
Pengertian dari segi istilah:
Mengikuti atau menerima pendapat orang lain tanpa mengetahui dasar dan dalil serta bukti
kenapa ia berpendapat demikian.

HUKUM TAKLID
Pada dasarnya islam mencela dan tidak menyukai orang yang bertaklid, kerana ia mengikut
tanpa dalil dan bukti berdalilkan (QS 2:170) Surah al- Baqarah
b[f, V@C b_VBb B
X0 Bb b_BC V P/ B
B,1@A0 =@1 B,Bb, N
_,0 ,CAH Bb, N
,_1f B4@A N, )J

dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak),
tetapi Kami hanya mengikuti apa yang telah Kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka
akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat
petunjuk?".
( Surah al- Baqarah ayat 170 )




HUKUM TAKLID DAN PENDAPAT ULAMAK
Ulamak tidak ada kata sepakat terhadap taklid dan ianya terbahagi kepada dua pendapat:
a. Pendapat mengharuskan taklid
b. Pendapat tidak mengharuskan taklid

PENDAPAT MENGHARUSKAN TAKLID
Ulamak yang mengharuskan taklid membawa hujah bahawa tidak semua manusia mempunyai
ilmu pengetahuan yang tinggi dan kelebihan dalam berfikir, terutamanya orang awam.
Dalil al- Quran: (Qs 16:43) Surah An- Nahl ayat 43 sebagai dalil harus bertanya kepada orang
yang mengetahui.
B, B,11;0 1PC Nf
1NC; _ @f P
b_1 V0 HCBb f JqH
N _oLV
dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; Maka
bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.
Dalil jimak: Semenjak zaman sahabat lagi orang awam sentiasa bertanya dan meminta
fatwa daripada ulamak dan mujtahid. Mujtahid pula memberikan fatwa dan hukum yang
diminta itu tanpa menghuraikan dalil dan tanpa memberi dalil dengan panjang lebar kepada
mereka. Dan itu menunjukan taklid pada orang awam adalah harus.

PENDAPAT TIDAK MENGHARUSKAN TAKLID
Ulamak yang tidak mengharuskan taklid membawa hujah dan alasan bahawa Allah sentiasa
memerintahkan manusia supaya berfikir untuk mengguatkan akidah dan tiada Hadis dan
Tabiin yang menegah orang awam befikir dalam bab fekah dan akidah.

PENDAPAT ULAMAK TAKLID HUKUM SYARAK AMALIAH
Ulamak berselisih pendapat dalam hal ini ialah:
a. Pendapat jumhur.
b. Pendapat sebahagian ulamak.
c. Pendapat ulamak sederhana.

PENDAPAT JUMHUR
Seseorang itu tidak boleh bertaklid secara mutlak.

PENDAPAT SEBAHAGIAN ULAMAK
Wajib bertaklid secara mutlak dan haram berfikir secara sendiri.

PENDAPAT ULAMAK SEDERHANA
Wajib bagi orang awam dan mereka yang lemah ilmu agamanya dan haram bertaklid bagi
mereka yang mujtahid.

TERIKAT DENGAN MAZHAB
Orang yang bertaklid atau muqallid hanya boleh beramal dengan satu mazhab sahaja dalam
satu masa jika dia tidak mampu mengeluarkan hukum dengan sendiri.





TALFIQ
Talfiq atau tidak terikat dengan mana-mana mazhab dapat diberikan dangan pengertian berikut:
Pengertian dari segi bahasa:
Usul berasal dari perkataan laffaqa ( ) yang membawa maksud melipat kain supaya
bertemu hujungnya
Pengertian dari segi istilah:
Menggabungkan sesuatu atau menyesuaikannya supaya menjadi sesuatu yang selari.

BAHAGIAN-BAHAGIAN TALFIQ
Talfiq dapat dibahagikan kepada dua:
a. Talfiq dalam ijtihad.
b. Talfiq dalam mazhab.

TALFIQ DALAM IJTIHAD
Ia bermaksud dua orang atau lebih mujtahid yang berijtihad dalam pekara tertentu dan hasil
pendapat mereka berbeza walaupun dalam masalah yang sama.
Dan adakah ulamak yang lahir selepas mereka boleh mengeluarkan pendapat yang ketiga.

Terdapat dua pandangan iatu:
I. Menurut Imam Ghazali dan Asnawi:
Tidak mengapa dan harus bagi mujtahid untuk mengeluarkan pendapat ketiga tetapi
masalah itu haruslah masalah khilaf dan tidak ada sepakat ulamak.

II. Menurut al Bazdawi:
Tidak harus untuk mengeluarkan pendapat ketiga kerana persetujuan ulamak pada
zamannya menerima dua pendapat dan itu dikira ijmak . oleh itu ijmak mesti diterima.
TALFIQ DALAM MAZHAB
Ialah orang awam yang beramal dan mengikuti beberapa mazhab dalam satu masa.
Ulamak tidak mengharuskan muqallid beramal dengan mazhab lain daripada mazhab yang
diikutinya. Walaupun begitu terdapat kelonggaran bagi muqallid untuk beramal dengan mazhab
lain apabila keadaan memerlukan dengan syarat-syarat tertentu.

Antaranya ialah:
I. Pekara yang diamalkan itu tidak bercanggah dengan ijmak.
II. Apa yang diamalkan itu bukan amalan yang disepakati oleh ulamak tentang batalnya.
III. Dua pendapat atau mazhab yang diamalkan itu tidak menghasilkan natijah atau
matlamat pada hakikat amalan yang satu


Analogi syarat III:
Tidak boleh mencampurkan dua hukum mazhab supaya menjadi begitu mudah.
contohnya:

Hukum Sebab batalnya wuduk mengikut mazhab Hanafi Syafei
A Bersentuh dengan wanita ajnabi bagi lelaki Tidak batal Batal
B Keluar darah dari tubuh Batal Tidak batal

Talfiq dalam mazhab melarang kita dari mengambil pendapat Hanafi bagi
hukum A dan mengabungkan pendapat Syafei bagi hukum B dan
menjadikan ia sebagai satu talfiq. Hal ini adalah salah.

You might also like