You are on page 1of 13

OUM 14M/PSIKOLOGI - PERKEMBANGAN MANUSIA

Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal.(Atan Long,1980) Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan. Slavin (1997) pula berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran masa. Beliau berpendapat, individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat, iaitu perkembangan dari segi fizikal, personaliti, sosioemosional dan kognitif serta bahasa. Menurut Crow dan Crow (1980), perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. KESIMPULAN: Perkembangan ialah aspek perubahan yang dialami individu yang bersifat kualitatif, tidak dapat diukur tetapi jelas kelihatan berubah melalui peredaran masa. Perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sel sehingga akhir hayat organisma PERBEZAAN ANTARA PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

Aspek Proses pertumbuhan (Perubahan kuantitatif) Proses perkembangan (Perubahan kualitatif) Jasmani Tinggi, saiz, berat dan bilangan gigi bertambah Bertambah kemahiran menggunakan anggota spt mengangkat, berjalan, berlari dan melompat Mental Berkembangnya keupayaan memikirkan tentang banyak perkara Berkembangnya kemahiran menggunakan perkataan bahasa, angka, pemikiran, penaakulan, pembentukan konsep dan ingatan. Sosial Mula berinteraksi dgn ahli-ahli bukan keluarga spt jiran, rakan sebaya dan guru. Menyedari perbezaan antara lelaki dan perempuan serta peranannya, kepentingan disiplin kumpulan serta penyesuaian dgn rakan sebaya. Emosi Tumbuhnya perasaan suka, duka, marah, sayang dan sebagainya. Berupaya menguasai perasaan dan mengawal perasaan ketika marah atau cemburu. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN MANUSIA

Faktor Endogen(dalam individu) v Dibawa oleh individu sejak dlm kandungan hingga kelahiran. v Faktor keturunan atau pembawaan v Cth: Baka Faktor Rh darah Pemakanan Kesan X-Ray Kesihatan Ibu Emosi Ibu Dadah dan Alkohol Umur Ibu Merokok Teratogenik dan Penyakit Ibu Faktor Eksogen v Faktur yg datang dari luar diri individu. v Cth: Pemakanan Keluarga Rakan Sebaya Sekolah Tempat Tinggal Media Elektronik dan Sebaran Am Pusat Ibadat Persekitaran Dunia CIRI-CIRI PERKEMBANGAN Ciri Perkembangan Proses yg berterusan sepanjang hayat Orang tua berumur 80 thn mengalami proses perubahan dari segi mempelajari cara berinteraksi dgn cucunya Proses perubahan yg berlaku akibat tindakan saling kait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran Apabila kaki kanak-kanak telah kuat dan mampu memikul berat badan sendiri, barulah dia bersedia utk belajar berjalan Perubahan yg dialami adalah dari segi fungsi jasmani, emosi, mental dan sosial. Kanak-kanak yg belajar merangkak, meluahlan perasaan gembira, mempelajari bertutur dan bergaul dgn kanak-kanak lain. Dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan had per-kembangan, manakala persekitaran akan me- nolong perkembangan mencapai tahap yg maksimum. Kanak-kanak yg dilahirkan dgn bakat melukis tetapi tanpa persekitaran yg memupuk bakat ini mungkin tidak boleh mencapai potensinya sebagai pelukis. Proses perubahan ke arah sifat yg sejagat dan mengikut aturan semula jadi serta menuju ke arah tertentu dan dijangkakan. Kanak-kanak di dunia boleh merangkak pada peringkat umur satu tahun, berjalan pada umur dua tahun dan bertutur pada umur tiga tahun. Ada tugas terdapat dlm semua kebudayaan dan timbul pada masa lebih kurang sama walaupun dlm kebudayaan yg berlainan.

Kanak-kanak dari kebudayaan yg berlainan dapat belajar berjalan sebelum mencapai umur dua tahun. Ada tugas yg wujud pada umur yg berlainan mengikut kebudayaan atau kelas sosial. Dalam kebudayaan Malaysia, tugas perkahwinan berlaku lebih awal dikalangan kelas sosial bawahan berbanding dgn kelas pertengahan. Ada tugas yg berkait rapat dgn kebudayaan. Kanak-kanak negara membangun bekerja pada umur 15 thn atau kurang berbanding negara Barat pada umur 18 thn atau lebih. Ada tugas yg wujud mengikut keperluan kebudayaan Di negara Barat terdapat ramai pemandu lori atau bas wanita Ada tugas yg dipelajari sedikit demi sedikit dan memakan masa yg agak lama Individu belajar peranan jantina dari peringkat awal kanakkanak dan awal dewasa hingga berkahwin. Ada tugas yg perlu dipelajari sekali sahaja. Kanak-kanak perlu belajar berjalan sekali sahaja. Teori-Teori Perkembangan Manusia Teori Psikoanalisis Sigmund Freud Tiga alam kesedaran: i) alam sedar--pemikiran, perasaan dan ingatan. ii) alam pra-sedar--pengalaman, ingatan persepsi dan perasaan. iii) alam tidak sedar--bahagian terbesar dan pendorong asas kpd tingkah laku. Mengandungi semua naluri serta keinginan manusia. Tiga elemen perkembangan personaliti manusia; i) Id--mementingkan keseronokan, diwarisi, gejala bawah sedar, tenaga primitif, tidak rasional dan berkehendakkan kepuasan. ii) Ego--mengutamakan pemikiran logik, berkembang secara berperingkat, elemen tahap sedar, penuh dgn persepsi, inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan diri. iii) Superegomenyerupai hati nurani, kawal ego dan id, bermoral, berkembang kerana pengaruh persekitaran, mengawal tingkah laku mengikut peraturan masyarakat,ada ganjaran dan hukuman. Peringkat Perkembangan Mengikut Sigmund Freud Umur Peringkat 0-18 bulan Oral 2-4 tahun Anal

4-6 tahun Falik 6-12 tahun Latensi 12 tahun ke atas Genital Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget Dua proses utk membina kefahaman: i)Organisasi ii)Adaptasi Dua cara proses adaptasi: i)Proses asimilasi-menambah maklumat baru ii)Proses akomodasi-mengubahsuai skemata sedia ada utk memahami maklumat baru. Bila berlaku ketidakseimbangan kena buat organisasi atau adaptasi semula pada skemata utk mendapat keseimbangan. Peringkat Perkembangan Kognitif Mengikut Jean Piaget Umur Peringkat & Cara Berfikir 0-2 tahun Deria motor Mengguna deria motor dan deria yg lain meninjau dan memahami persekitaran 2-7 tahun Praoperasi Berfikir secara simbolik utk menyelesaikan masalah tetapi pemikiran masih tidak logik dan mudah diperdaya oleh persepsi yg berlainan. 7-11 tahun Operasi konkrit Berfikir secara logik dan konkrit. Boleh selesai masalah secara cuba-jaya 12 tahun ke atas Operasi formal Berfikir secara abstrak konsep hipotetikal dan akibat jangka panjang sesuatu aksi. Teori Perkembangan Psikososial Erikson

Teori yang dikemukakan oleh Erikson adalah berdasarkan lima prinsip,iaitu : Manusia mempunyai keperluan asas yang sama. Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan-keperluan asas.

Perkembangan manusia mengikut tahaptahap yang tertentu. Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap berikutnya. Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap berikutnya. Tahap Perkembangan Manusia Berdasarkan Teori Erikson

Tahap Peringkat Umur & Konflik Pertama 0-18 bulan Pembentukan perasaan percaya lawan tidak percaya Kedua 18 bulan-3 tahun Tahap autonomi lawan rasa malu atau sangsi Kelima 12 tahun-20 tahun Tahap indentity lawan kekeliruan peranan Keenam 20 tahun-40 tahun Tahap intimasi lawan pengasingan diri Ketujuh 40 tahun-60 tahun Tahap generativiti lawan stagnasi Kelapan 60 tahun ke atas Tahap intergriti ego lawan putus asa Teori Perkembangan Behaviorisme dan Sosial Kognitif

Teori Behaviorisme menekankan tingkah laku yg dapat dilihat dan diukur. Perubahan berlaku kerana pengalaman Benda yg wujud boleh dilihat dan diperhatikan Pemikiran tidak dapat dilihat tetapi pemerhatian boleh dibuat terhadap perlakuan yg dizahirkan. Tiga versi utama pendekatan behaviorisme ialah Teori Pelaziman Klasik Pavlov, Teori Operan Skinner dan Teori Sosial Kognitif Bandura Teori Pelaziman Klasik Pavlov

Dipelopori oleh Ivan P. Pavlov. Kajian terhadap sistem pencernaan anjing menghasilkan konsep ransangan dan gerak balas. Ransangan ialah sebarang bentuk tenaga yg menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah sebarang tingkah laku yg timbul akibat ransangan. Pembelajaran yg berlaku akibat kaitan antara ransangan dengan gerak balas dinamakan pelaziman. Pembelajaran yg berlaku akibat dua ransangan dikenali sebagai pelaziman klasik. John B. Watson(1878-1958) membuktikan bahawa emosi manusia juga boleh dilazimkan Teori Pelaziman Operan Skinner

B.F. Skinner(1904-1990) menyatakan perlakuan harus diperhati dlm jangka masa yg panjang. Membentuk perlakuan yg kompleks drp perlakuan yg mudah. Menjalankan kajian menggunakan tikus dan burung merpati. Menghasilkan Skinner Box. Skinner(1953) berpendapat gerak balas boleh dikuatkan(diulang) atau dihapuskan(tidak diulang) jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan. Faktor ganjaran(peneguhan positif) dan dendaan(peneguhan negatif) boleh membentuk perkembangan individu Teori Pembelajaran Sosial: Bandura(1977)

Teori Pembelajaran Sosial: Bandura(1977) Merupakan teori kognitif sosial(Bandura, 1986) yg menyatakan bahawa kelakuan manusia saling bertindak antara kognitif, kelakuan dan ajen penentu persekitaran. Teori pembelajaran ini menekankan peranan kognitif dan persekitaran dlm perkembangan. Kebanyakan kelakuan manusia dipelajari melalui pemerhatian terhadap permodelan Empat langkah proses peniruan oleh Bandura: (i)Tumpuan kpd tingkah laku model (attention). (ii)Penyimpanan iaitu mengenkod peristiwa itu dlm sistem ingatan (retention). (iii)Mengingat atau menghasilkan apa yg disimpan dlm bentuk tingkah laku (reproduction). (iv)Motivasi (motivation) yg secukupnya utk menghasilkan tingkah laku, cth pemberian peneguhan. Teori Ethologi Lorenz

Mengkaji tingkah laku manusia dan binatang dlm keadaan semula jadi. Evolusi dan faktur biologi berperanan penting dlm perkembangan manusia dan pengalaman awal individu adalah penting.

Lorenz(1965) memerhati tingkah laku sekumpulan anak angsa. Kesimpulannya kita tidak akan memahami perkembangan kanak-kanak sekiranya kita tidak memerhati tingkah laku dlm persekitaran semula jadi mereka. John Bowlby(1969,1989) mengaplikasikan teori ethologi dlm teori perapatan (Theory of Attachment) menyatakan semua haiwan termasuk manusia dilahirkan dgn program biologi yg boleh menghasilkan isyarat yg membawa kpd perkembangan tingkah laku sosial spt perapatan. Perapatan bermaksud kasih sayang yg kuat yg mengikat seseorang kpd seorang yg lain. Hubungan perapatan yg kuat semasa kecil akan memberi kesan sepanjang kehidupan individu. Teori Perkembangan Ekologikal

Menekankan pengaruh persekitaran ke atas perkembangan organisma. Dikemukakan oleh Bronfenbrenner(1979) yg melihat persekitaran ekologikal manusia berdasakan hubungannya dgn konteks di mana individu itu berinteraksi. Lima sistem persekitaran ekologikal ialah: (a) Sistem Mikro (d) Sistem Makro (b) Sistem Meso (e) Sistem Krono (c) Sistem Ekso (a)Sistem Mikro ialah persekitaran yg paling hampir dgn individu, cth rumah dan bilik darjah. (b)Sistem Meso merujuk kpd hubungan individu dgn individu lain dlm persekitaran di mana individu itu berkembang, cth rumah, sekolah dan jiran. (c)Sistem Ekso merujuk kpd keadaan yg tidak melibatkan individu secara langsung, tetapi mempengaruhi sistem individu dan keluarga, cth tempat kerja ibu bapa. (d)Sistem Makro ialah persekitaran yg abstraks, merangkumi sistem kepercayaan dan ideologi. (e)Sistem Krono merujuk kpd peristiwa dan transisi yg berlaku dlm persekitaran individu sepanjang hayatnya. Teori Perkembangan Arnold Gesell

Arnold Lucius Gesell(1880-1961) mementingkan baka sebagai penggerak utama terhadap perkembangan di mana kematangan fizikal adalah faktor utama menentukan proses pembelajaran. Peringkat perkembangan berbeza kerana kadar pertumbuhan yg berlainan. Lima tahun pertama merupakan tapak perkembangan tingkah laku dan aspek lain yg membawa kpd perkembangan seterusnya. Teori Tugas Perkembangan Robert Havighurst

Tugas perkembangan bermaksud jangkaan ibu bapa dan masyarakat tentang tingkah laku yg sepatutnya dikuasai oleh seseorang individu pada peringkat umur tertentu(Atan Long,1980). Tugas perkembangan ialah satu set kemahiran atau kebolehan yg perlu dikuasai oleh individu

utk menambah penguasaan terhadap persekitaran(Newman dan Newman,1999) Robert Havighurst menekankan bahawa perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi alam sekitarnya. Dlm kehidupan kanak-kanak sehingga dewasa dan seterusnya tua, individu harus memenuhi atau mencapai tugas-tugas perkembangan yg telah ditetapkan oleh masyarakat dan budaya di mana individu tersebut tinggal. Perkembangan Kanak-kanak hingga remaja

Awal Kanak-kanak (0-6 tahun). (a)Perkembangan Fizikal dan Kognitif. Pertumbuhan ketinggian 12 inci setahun. Pertambahan berat badan 5 paun setahun. Panjang badan masa lahir 4 kali ganda panjang muka. Permulaan tahap ini kanak-kanak mempunyai semua gigi susu. 9-15 bulan : Berjalan, berlari dan melompat. Bersedia menghadam dan menyerap pelbagai jenis makanan. 20-24 bulan: Menggabung perkataan utk menjadi suku kata. 2-4 tahun: Mengawal pembuangan kotoran. 5-6 tahun: Bersedia utk membaca. 6 tahun: Membentuk konsep baik dan buruk Berdasarkan Teori Perkembangan Kognitif Piaget:

(i) Peringkat deria motor (0-2 tahun) Guna deria motor utk berinteraksi. Tidak mempunyai konsep kewujudan objek. (ii) Peringkat praoperasi (2-7 tahun) Guna simbol utk mewakili aspek persekitarannya. Pertuturan bersifat egosentrik. Belum dapat konsep kebalikan, pengekalan, dan transformasi. Pemikiran realisme, animisme dan artifisialisme Perkembangan Sosial dan Emosi

Berdasarkan Teori Perkembangan Psikososial Erikson: (i)Percaya lawan tidak percaya (0-1 tahun) Kepercayaan pada persekitaran dan orang lain wujud bila bayi mendapat penjagaan yg baik dari

penjaga terutama ibu. Memudahkan individu menghadapi masalah dan mencari jalan penyelesaian.

(ii) Autonomi lawan rasa malu atau sangsi (2-3 tahun) Mahu melakukan sesuatu dgn sendiri. Keinginan melakukan sesuatu secara bebas. Permulaan pembentukan perasaan keyakinan diri. Ibu bapa perlu bagi galakan dan dorongan dan bantu menyelesai sesuatu tugas. Kawalan ketat dan dendaan menyebabkan timbul perasaan ragu-ragu dan tidak gemar mencuba sesuatu yg baru dan mencabar.

(iii) Inisiatif lawan rasa bersalah (4-5 tahun). Mula berinteraksi dan terdedah kpd persekitaran yg mencabar. Berinisiatif meneroka serta melakukan sesuatu yg baru bagi memenuhi naluri ingin tahu. Cuba melakukan sesuatu yg tidak setimpal dgn usianya kerana perkembangan kognitif dan fizikal telah bertambah. Kritikan dan dendaan menyebabkan wujud perasaan bersalah dan tidak berinisiatif. 2.6.2 Pertengahan Kanak-kanak (6-12 tahun)

(a)Perkembangan Fizikal dan Kognitif Menurut R. Havighurst: Mempelajari kemahiran fizikal utk permainan biasa. Membentuk sikap menjaga kebersihan badan dan konsep kendiri. Belajar menyesuaikan diri dgn rakan sebaya. Belajar bertingkah laku mengikut jantina. Pengalaman pembelajaran 3 M: membaca, menulis dan mengira. Memperoleh simpanan konsep yg mencukupi utk berfikir dan membuat keputusan dlm kehidupan. Membentuk taraf moral yg tinggi. Mencapai kebebasan diri. Membentuk sikap positif terhadap kumpulan sosial dan institusi. Berdasarkan Teori Piaget: Kanak-kanak lebih berupaya mengawal otot-otot kecil dgn baik. Pertumbuhan mata lebih baik. Pemikiran tidak lagi egosentrik. Pemusatan perhatian mula berkurangan. Mula faham konsep transformasi, kebalikan dan pengekalan. Berfikiran logik. Bentuk konsep ruang, kelajuan, sebab dan waktu.

Dapat menguasai operasi siri dan boleh menaakul. Berupaya menggambarkan situasi yg mudah. Boleh menyiapkan tugasan. Menunjukkan ketabahan hati dan lebih teliti Gemar memerhati perkara dan situasi yg baru. Berupaya duduk dan mendengar. Bersikap ingin menilai. Mula mengambil tahu peristiwa dan tokoh sejarah. (b) Perkembangan Sosial dan Emosi

(b) Perkembangan Sosial dan Emosi Berdasarkan Teori Perkembangan Psikososial Erikson: (iv) Industri (ketekunan) lawan rasa rendah diri. Kanak-kanak berada di sekolah rendah. Guru dan rakan sebaya mempengaruhi perkembangan. Pemikiran mencapai operasi konkrit. Berupaya membuat transformasi dan berfikiran logik. Melakukan tugasan dgn penuh minat dan tekun. Guru dan ibu bapa perlu bimbing kanak-kanak utk pupuk sikap rajin. Jika dimarahi dan dikritik atau kerja tidak dihargai, kanak-kanak berasa rendah diri dan kurang berkeyakinan pada kebolehan diri sendiri 2.6.3 Tahap Remaja (13-21 tahun)

(a)Perkembangan Fizikal dan Kognitif Havighurst berpendapat: Remaja mencapai perhubungan baru dgn rakan sebaya dari kedua jantina. Pencapaian akil baligh membawa kpd perubahan bentuk badan. Menerima peranan sosial mengikut jantina. Mencapai kebebasan emosi dan ekonomi drp ibu bapa atau orang dewasa. Perkembangan Fizikal dan Kognitif Bersedia utk pekerjaan dan menunjukkan minat utk memikul tanggung jawab. Mencapai satu set nilai dan sistem etika. Bersedia utk berkeluarga Mengikut Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget: Remaja mencapai akil baligh-- pecah suara, pengeluaran sperma, kedatangan haid. Perubahan tubuh badan. Bimbang jika pertumbuhan fizikal kurang sempurna.

Dari segi mental, remaja boleh menyelesaikan masalah konkrit dan abstrak. Mengkaji perasaan dan pemikiran sendiri. Mengaplikasi prinsip utk menyelesaikan masalah. Membentuk hipotesis ketika menyelesaikan masalah. Skemata akan bertambah. Dapat melihat kaitan antara situasi yg relevan ketika menyelesaikan masalah. Tidak bersikap autoritarian tentang pendapatnya. Menerima satu set kepercayaan dan nilai. Dapat membezakan antara baik dan buruk. (b) Perkembangan Sosial dan Emosi

Berdasarkan Teori Perkembangan Psikososial Erikson: (v) Identiti lawan kekeliruan peranan (role confusion). Berusaha mewujudkan identiti dan persepsi sendiri terhadap dunia mereka. Sekiranya gagal, mula meragui peranan dan fungsi mereka dlm masyarakat. Dapat menyesuaikan diri dgn orang lain dan rasa diterima. Remaja yg mampu menyesuaikan diri mempunyai ciri-ciri spt suka bekerjasama, simpati, mudah akrab, disiplin dll. Remaja yg tidak mampu menyesuaikan diri mempunyai ciri-ciri spt suka menonjolkan diri, menipu, suka bermusuhan, egoistik, merendahkan orang lain, buruk sangka dsb. 2.7 Implikasi Teori Perkembangan Kepada Guru

Membolehkan guru memahami mengapa pelajar bertingkah laku sedemikian, Membantu pelajar memahami diri mereka sendiri, Membantu pendidik merancang objektif dan matlamat pembelajaran yg sesuai Merumus langkah supaya pelajarnya mencapai matlamat dan objektif pembelajaran yg ditetapkan. Meramal tingkah laku, kegemaran dan apa yg tidak disenangi pelajar pada peringkat umur tertentu. Merancang peneguhan yg sesuai dlm usaha mengawal tingkah laku dan memotivasikan pelajar. Merancang pengajaran dan pembelajaran yg sesuai dgn tahap perkembangan pelajar. Prihatin dan sabar dlm membimbing pelajar. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yg sesuai dgn tahap pertumbuhan dan perkembangan pelajar. Membuat intervensi utk mengatasi masalah pembelajaran pelajar.

Berbincang dgn ibu bapa tentang langkah yg perlu dilakukan utk sama-sama mengatasi masalah pelajar. Posted by MOHD DIN HARON at 22:03 0 comments Soalan Perbincangan Psikologi OUM 14M (Bab 1 5) 1. Perbezaan antara aliran behaviourisme dan kognitivisme 2. Jelaskan perbezaan id,ego dan superego 3. Apakah pendekatan psikologi yang boleh diambil untuk menghuraikan tingkahlaku oleh aliran behaviorisme,strukturalisme,fanctionalisme dan kognitisme 4. Apakah faktor endogen atau eksogenyang mempengaruhi individu 5. Menurut Freud, falik merupakan peringkat paling kritikal.Bincangkan 6. Sebagai seorang guru bagaimanakah anda mengaplikasikan Teori Psikososial Erikson dalam bilik darjah. 7. Apakah factor yang memainkan peranan penting dalam kehidupan anda, baka atau persekitaran 8. Apakah cirri-ciri utama perkembangan 9. Bagaimanakah anda dapat menyesuaikan keadah pengajaran dengan personality murid yang berlainan 10. Huraikan beberapa factor yang mempengaruhi perbezaan individu 11. Apakah yang dimaksudkan dengan personality 12. Jelaskan model personality The Big Five 13. Apakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran sepanjang hayat 14. Huraikan prinsip yang berkaitan dengan persepsi 15. Huraikan tiga sebab mengapa kita lupa 16. Huraikan cara-cara kita mengatasi lupaan 17. Jelaskan bersamaan dengan contoh pemindahan pembelajaran positif dan pemindahan pembelajaran negative 18. Huraikan cirri-ciri pelajar bebas medan dan bersandar medan 19. Jelaskan perbezaan pemikiran kritis, kreatif dan metakognisi ______________________________________________________________________________ Tambahan. 20. Apakah maksud psikologi 21. Bagaimanakah Hierarki Keperluan Maslow dapat diaplikasikan dalam bilik darjah 22. Apakah maksuid psikologi pendidikan 23. Faktor yang mempengaruhi perkembangan manusia 24. Huraikan secara ringkas : i. Sistem mikro ii. Sistem meso iii. Sistem ekso iv. Sistem Makro v. Sistem krono 25. Apakah yang dimaksudkan dengan i. endomorf ii mesomorf iii ektomorf

26. Huraikan pola persahabatan : I Bintang Ii Dyad Iii Klik Iv Rantai vi. Pencilan vii. Singkiran 27. Apakah maksud : i. Ekstrovert ii. Introvert iii. Ambivert 28. John. L. Holland mengutarakan model RIASEC. Huraiakn maksud setiap satu 29. Huraikan secara ringkas maksud : i. Pembelajaran Formal ii. Pembelajaran Informal iii. Pembelajaran Nonformal 30. Terdapat dua gaya kognitif. Huraikan secara ringkas i. Impulsif ii. reflektif Posted by MOHD DIN HARON at 21:56 0 comments Older Posts Subscribe to: Posts (Atom)

You might also like