You are on page 1of 27

1.

PENGENALAN Tubuh kita mempunyai banyak aras struktural yang kompleks.

Gabungan aras-aras struktural tersebut membolehkan manusia bebas melakukan pelbagai aksi pergerakan seperti melompat, berlari, menyepak dan sebagainya. Secara ringkasnya, manusia bergerak dengan bantuan sistem rangka sendi dan otot. Rangka tersebut tidak dapat bergerak sendiri, melainkan dibantu oleh sendi dan otot. Sistem-sistem yang berfungsi dengan bai dapat memantapkan keefisienan seserang individu. Oleh demikian, penting bagi kita untuk mengenali struktur tubuh dan sistem fisiologi agar kita dapat memahami fungsi dan kegunaannya dalam penjagaan kesihatan diri serta diaplikasikan dalam kegiatan sukan. Sistem rangka memberi bentuk kepada tubuh badan manusia. Rangka yang kuat dapat berfungsi sebagai penyokong dan pelindung kepada organorgan lain pada tubuh manusia. Dalam tubuh manusia, terdapat sebanyak 206 ketul tulang yang berlainan bentuk dan saiz. Tulang-tulang tersebut boleh dikategorikan mengikut kumpulan bagi membentuk rangka tubuh manusia. Sendi merupakan titik pertemuan antara tulang-tulang atau kartilej dengan tulang. Jenis-jenis sendi dibahagikan berdasarkan fungsi dan struktur. Dari segi fungsi, sendi terbahagi kepada tiga jenis iaitu sendi tidak boleh bergerak (sinatrosis), sendi bergerak sedikit (amfiartrosis) dan sendi bergerak bebas (diartosis). Struktur sendi dipengaruhi oleh hubungan pada titik pertemuan pergerakan. Semakin rapat hubungan pada titik pertemuan semkian kuat sendi itu, walaupun pergerakan sendi tersebut agak terbatas. Pergerakan sendi ditentukan oleh kelenturan tisu perantaraan yang mengikat tulang serta kedudukan ligamen, otot dan tendon. Otot rangka melekat pada tulang dan meliputi tulang rangka. Terdapat tiga jenis tisu otot iaitu tisu otot rangka, tisu otot licin dan tisu otot kardiak.

Tisu-tisu otot ini berbeza daripada segi struktur sel, lokasi, fungsi dan bentuk kawalan yang boleh dikenakan ke atasnya. Acara olahraga yang menjadi pilihan saya ialah lompat tinggi, Terdapat emapat fasa utama dalam kemahiran lompatan acara lompat tinggi, iaitu fasa larian, fasa lonjakan, fasa layangan dan fasa pendaratan. Fasa yang menjadi fokus tugasan saya ialah fasa lonjakan. Dalam acara lompat tinggi, atlet bebas melakukan lompatan dengan gaya sendiri. Walau bagaimanapun, saya hanya memilih satu teknik iaitu Gaya Fosbury. Gaya ini mempunyai empat fasa iaitu : 1) Fasa penujuan (Approach) 2) Fasa lonjakan (Take off) 3) Fasa layangan (Bar Clearance) 4) Fasa pendaratan (Landing) Fasa Penujuan Fasa penujuan

1. Penujuan atau larian landas merangkumi larian lurus dan larian lengkung (Curved) 2. Dalam larian lurus lebih kurang 3 hingga 6 langkah diambil. 3. Semasa larian lurus, belakang badan di tinggikan (upright runk) 4. Tambahkan kelajuan larian dengan langkah yang lebih besar dan kuasa. 2

5. Condongkan badan ke dalam semasa larian lengkung. Bahu yang di dalam lengkung lebih rendah daripada bahu yang di dalam lengkung.
6. Teruska Fasa lonjakan

1. Langkah yang terakhir hendaklah lebih pendek. Kaki yang melonjak mesti mendarat cepat aksi acceleration. 2. Tumit arah ke kawasan mendarat. Kaki tidak sepatutnya selari dengan hadapan kawasan mendarat. 3. Kaki yang bukan kaki lonjak dinaikkan cepat ke kedudukan horizontal dan mengekalkan kedudukan begitu. 4. Tangan dihayun ke atas ketinggian kepala dan kekalkan kedudukan.

Fasa layangan Fasa Layangan

1. Selepas melonjak, teruskan dengan kaki yang bukan kaki lonjak dalam kedudukan horizontal.

2. Gerakkan tangan kiri sebagai pendahulu melepasi palang. 3. Angkat pinggul semasa melepasi palang. 4. Apabila pinggul sudah melepasi palang, dengan cepat kepala mendekati dada. Fasa pendaratan

1. Mendarat dengan keseluruhan belakang dan disokong dengan tangan.

2. Jarakkan lutut semasa mendarat.

2.0

OBJEKTIF TUGASAN

Dalam proses menyiapkan tugasan amali anatomi dan fisiologi ini, input-input yang disasarkan kepada para guru pelatih adalah: a) Mengenalpasti pelbagai organ sistem bergerak pada tubuh badan manusia. b) Membandingkan jenis-jenis otot pada manusia. c) Mengidentifikasikan gerak dan kerja otot pada manusia. d) Menyatakan sendi-sendi pada manusia dan satah pergerakannya. e) Membezakan jenis-jenis tulang pada manusia. f) Memahami fungsi-fungsi otot utama dalam tubuh badan, bahagianbahagian sendi dan tulang utama anggota yang terlibat dalam fasa lonjakan acara lompat tinggi. g) Mengintegrasikan kemahiran yang dipelajari dengan kemahiran teknologi.

3.0

TEKNIK DAN ASPEK LOMPATAN

Semua aspek ini perlu dimiliki oleh setiap pelompat tinggi, tidak kira sama ada seseorang itu baru mempelajari acara melibatkan diri. Kelajuan larian ini ataupun yang sudah lama

1. Kelajuan larian yang sesuai penting untuk menghasilkan daya lompatan yang kuat dan mungkin juga tinggi. Pendapat ini salah kerana tanpa larian deras yang sesuai, tidak mungkin seseorang itu dapat melompat tinggi.

2. Biasanya, larian yang mengandungi antara 10- 12 langkah atau jarak 15 meter diambil oleh pelompat. Manakala untuk ketepatan yang tinggi, check-mark dilakukan sebelum membuat lompatan. Checkmark ini dibuat untuk memudahkan serta memberikan ketepatan

antara larian mula dengan tempat melonjak.

Pelepasan lompatan 1. Kesesuaian dalam kelajuan larian dan daya konsentrasi. Yang tinggi akan dapat membantu menghasilkan pelepasan yang baik.

2. Kajian yang pernah dibuat oleh beberapa pakar sukan Amerika Ssyarikat menunjukkan bahawa dalam jangka masa pelepasan ini, sebanyak 12% daripada momentum mendatar telah dikurangkan sebelum lompatan dibuat. Ia dikenali sebagai sudut hentian. 3. Melalui pemerhatian corak dan teknik lompatan yang dibuat oleh jaguh-jaguh terkemuka peringkat antarabangsa, teknik seperti berikut disarankan : a. Perlu ada konsentrasi yang tinggi daripada pelompat pada tahap pelepasan lompatan. b. Teknik ini dilakukan dengan mengayunkan kedua-dua belah

tangan dari atas ke bawah dan kilaskan kaki bebas melintang badan. c. Bahu dan dada membantu dalam membuat pelepasan, iaitu dengan kedua-duanya diangkat ke atas.

Semasa di udara 1. Selepas pelepasan lompatan dibuat, momentum menegak mula mengambil tempat pada diri pelompat

2. Daya pergerakan menegak ini bagaimanapun telah dikurangkan akibat daripada sudut hentian yang berlaku pada awal pelepasan. 3. Pergerakan menegak ini juga akan dikurangkan iaitu daya graviti di mana adalah pada badan pelompat. 4. Walaupun wujud rintangan, tetapi ia adalah kecil berbanding pusat graviti yang ada pada badan seseorang pelompat. Pendaratan Semasa mendarat 1. Aspek pendaratan penting untuk memastikan palang tidak jatuh dan keselamatan terjamin.

2. Teknik pendaratan yang baik dapat mengimbangkan pergerakan ke hadapan dengan pendaratan yang dilakukan. Ini seterusnya dapat membantu pendaratan yang baik lagi stabil. Teknik yang baik dilakukan dengan melentikkan badan dan mendarat dengan belakang badan.

4.0

OTOT, SENDI DAN TULANG UTAMA YANG TERLIBAT

Dalam fasa lonjakan, atlet tersebut dikehendaki: 1. Ayun kedua-dua belah tangan ke belakang. 2. Angkat kaki pada kedudukan paha selari dengan permukaan gelangggang. 3. Kaki lonjakan menolak badan ke atas. 4. Tangan dihulur ke atas untuk membantu pergerakan badan melepasi palang. Kekuatan otot kaki dan daya lonjakan yang tinggi membantu atlet melepasi palang pada ketinggian maksimum.

Rajah 1 : Gambarajah-gambarajah Fasa Lonjakan Gaya Fosbury 9

4.1

Bahagian 1 : Otot-otot Utama Lokasi Hadapan paha Fungsi Otot ini melunjurkan sendi lutut setelah lutut dibengkokkan Otot ini melunjurkan sendi lutut serta melunjurkan sendi paha Otot ini membengkokkan sendi lutut dan membengkokkan tapak kaki ke bawah

Otot-otot Utama yang Terlibat Kuadriseps

Harmstring

Belakang paha

Soleus dan Gastroknemius

Belakang batang kaki

Gambarajah

10

Gambarajah 2 : Otot-otot Utama

Gambarajah 3 : Hamstring

11

Gambarajah 4 : Otot paha (pandangan posterior)

4.2

Bahagian 2: Bahagian-bahagian Sendi Fungsi Sendi lutut Melipat atau fleksi : otot hamstring di belakang paha dengan bantuan otot betis Melunjur atau ekstensi : Otot kuadrisep di hadapan paha Sendi paha Melipat paha ke 12 Jenis Pergerakan Bersudut: Ekstensi Fleksi Satah Pergerakan Coronal

Bahagian-bahagian yang Terlibat Sendi Engsel

Sendi Lesung

Bersudut: Ekstensi Coronal

badan Melurus paha ke bawah Merenggang atau abduksi Sendi Pelana dan kisaran Sendi pergelangan kaki Bengkok kaki ke hala atas Bengkok kaki ke hala tapak kaki

Fleksi

Khusus: Dorsi-fleksi Plantarfleksi Tranverse

Gambarajah

Gambarajah 5 : Sendi Engsel (sendi lutut)

13

Gambarajah 6 : Sendi Lesung (sendi paha)

Gambarajah 7 : Sendi Pelana

14

Gambarajah 8 : Dorsi-fleksi dan Plantar-fleksi

Gambarajah 9 : Satah-satah Badan

15

4.3

Bahagian 3: Tulang-tulang Utama Huraian Merupakan tulang terpanjang, terberat dan terkuat Di hujung proksimalnya terdapat kepala yang bersendi dengan lesung astabulum, tronkanter besar dan tronkanter kecil. Di hujung distalnya terdapat dua kondil, dua epikondil dan lekuk antara kondi. Hujung distalnya bersendi dengan tarus. Sejenis tulang sesamoid yang leper dan berbentuk segitiga. Permukaan depannya kasar dan belakangnya licin. Permukaan belakangnya bergelangsar di atas tulang paha apabila sendi bergerak. Tibia dan fibula adalah dua tulang kaki bahagian bawah anggota badan, keduaduanya merupakan tulang panjang. Tibia terletak di bahgian sisi dalam manakala fibula di sisi luar. Tibia dan fibula membentuk batang kaki. Di hujung proksimal tibia terdapat dua kondil yang bersendi lutut. Tuberositinya adalah untuk perlekatan otot-otot. Di hujung proksimal tibia terdapat kepala kecil tidak bersendi yang berlekat dengan 16

Nama Tulang-tulang yang Terlibat Femur (tulang paha)

Patella (tulang tempurung lutut)

Tibia (tulang kering) Fibula (tulang betis

femur. Hujung distal tibia dan fibula bersendi dengan tulang-tulang pergelangan kaki Karpus, Metakarpus dan Falanks (tulang pergelangan dan ruas-ruas kaki) Fungsi tulang-tulang tersebut: 1. Memberi bentuk dan mengekalkan bentuk badan. 2. Menyokong berat badan. Tulang memebentuk kerangka tegar bagi perlekatan tisu-tisu lembut dan organ-organ tubuh. 3. Melindungi dan menyokong organ-organ badan. Tulang membentuk rangka tubuh bagi melindungi dan menyokong tisutisu lembut dan organ-organ tubuh. 4. Tuas untuk pergerakan. Apabila otot yang melekat pada tulang berkontraksi, tulang-tulang akan bertindak sebagai tuas bagi menghasilkan pergerakan yang berpaksi pada sendi. 5. Lokasi perlekatan otot. Rangka kerja untuk otot menghasilkan pergerakan disebut karpus. Setiap pergelangan kaki mengandungi: 8 karpus 5 metakarpus 14 falanks

17

Gambarajah

Gambarajah 10 : Sistem Rangka Manusia (pandangan anterior)

Gambarajah 11 : Sistem Rangka Manusia (pandangan lateral)

18

Gambarajah 12 : Femur

Gambarajah 13 : Patella, Tibia dan Fibula

19

Gambarajah 14 : Patella

Gambarajah 15 : Fibula dan Tibia

20

Gambarajah 16 : karpus, metakarpus dan falanks

5.0

SATAH TRANVERSE / TRANVERSE PLANE Satah tranverse merupakan satah di bahagian kaki. Ketika

melakukan lompatan dalam acara lompat tinggi, pemain menggunakan satah sagital untuk menggerakkan kaki ketika membuat lompatan tinggi ke udara. Satah tranverse ialah satah yang merentasi dari depan ke belakang badan. Satah ini membahagikan badan kepada dua bahagian iaitu bahagian kanan dan bahagian kiri. Contoh pergerakan pada satah sagital ialah fleksi, hiperflrksi, ekstensi, dan hiperekstensi.

Rajah 25 : Gambar di bawah menunjukkan pergerakan pergerakan kaki yang dapat dihasilkan menggunakan satah tranverse 21

Rajah 17 : Pergerakan satah tranverse

6.0

MEKANISME PERGERAKAN SEMASA MEMBUAT LOMPATAN 6.1 Otot Dan Tulang Yang Terlibat Otot kuadriseps adalah amat berguna dalam membuat lompatan

dalam lompat tinggi. Otot ini berfungsi untuk melunjurkan sendi lutut setelah lutut dibengkokkan. Otot hamstring pula berfungsi untuk melunjurkan sendi lutut serta melunjurkan sendi paha. Jadi pergerakan yang terhasil akan menyebabkan badan mudah melayang semasa lompatan. Otot soleus dan gastroknemius pula akan membantu membengkokkan sendi lutut dan juga membengkokkan tapak kaki ke bawah untuk menghasilkan fleksi ekstensi semasa pergerakan lompatan.

22

Selain daripada itu, sendi lutut berfungsi untuk melipat otot hamstring di belakang peha dengan bantuan otot betis. Jadi, ianya akan membolehkan sendi ini membantu dalam membentuk lonjakan yang tinggi dalam lompat tinggi. Sendi paha pula berfungsi untuk melipat paha ke badan, melurus paha ke bawah dan meregang atau abduksi serta kisaran. Sendi paha ini amat berguna semasa membuat larian landas serta ketika berada di dalam fasa layangan dalam acara lompat tinggi. Tulang-tulang yang terlibat pula berfungsi untuk menyokong tubuh badan individu semasa membuat lompatan. Selain itu, tulang tibia dan fibula merupakan tulang yang utama dalam menghasilkan lompatan yang baik dan sempurna. Kedua-dua tulang ini turut bersambung dengan tulang karpus iaitu tulang di bahagian pergelangan kaki. Jadi, secara langsung, tulang ini amat penting dalam memastikan pergerakan atau lompatan berlaku dengan sempurna. Di samping itu juga, Apabila otot yang melekat pada tulang berkontraksi, tulang-tulang akan bertindak sebagai tuas bagi menghasilkan pergerakan yang berpaksi pada sendi.

6.2

Prinsip Asas Sains Yang Terlibat (Momentum) Individu akan berlari atau bergerak untuk mendapatkan impak.Prinsip

asas sains ini diperlukan untuk mendapatkan kuasa bagi menghasilkan impak atau kesan yang diperlukan oleh individu bagi mendapatkan tenaga atau kuasa bagi melakukan lompatan dengan baik. Momentum akan memberi kesan maksima yang diperlukan oleh individu bagi menjana sesuatu pergerakkan yang boleh menghasilkan lompatan yang sempurna. Untuk mendapatkan momentum ini, individu mestilah melompat untuk menghasilkan tenaga keupayaan yang tinggi dan apabila dia beransur untuk jatuh, tenaga kinetik yang tinggi pula akan diperolehinya. Oleh itu, individu akan mendapat sepenuhnya momentum bagi melakukan jaringan. Hukum Newton yang pertama dan Hukum Newton yang ketiga juga turut serta terlibat. Hal ini 23

kerana, daya yang digunakan adalah berkadaran dengan momentum yang dihasilkan. Manakala Hukum Newton yang kedua iaitu pembabitan graviti juga terlibat semasa individu ingin menghasilkan tenaga keupayaan dan tenaga kinetik iaitu individu perlu melompat. Semasa melompat hukum tuas kelas pertama juga telah diaplikasikan iaitu semasa individu membengkokkan lutut untuk melompat, lutut telah bertindak sebagai fulkrum manakala kaki terlibat sebagai daya dan berat badan bertindak sebagai beban.

REFLEKSI Syukur ke hadrat Ilahi dan Alhamdulillah kerana akhirnya dengan berkat daripada Allah S.W.T. akhirnya saya berjaya menyiapkan kerja kursus anatomi ini. Terima kasih diucapkan kepada En. Alyes bin Ariffin iaitu pensyarah untuk subjek anatomi kerana banyak membantu dalam membetulkan kerja kursus saya ini sewaktu pembikinannya. Tidak lupa juga kawan-kawan yang banyak memberi pandangan yang wajar dalam memastikan kerja kursus yang baik dapat dihasilkan. Secara keseluruhannya, saya telah mempelajari banyak benda baru dan pengalaman dalam proses menghabiskan tugasan pjk kali ini. Pada mulanya saya berasa keliru terhadap kiteria-kriteria tugasan ini tetapi selepas 24

mengadakan perbincangan bersama dengan kawan-kawan lain, saya pun mendapat idea pada akhirnya. Walaubagaimanapun, saya memepunyai satu masalah lain iaitu semua bahan rujukan adalah dalam bahasa inggeris. Pada mulanya agak sukar untuk menterjemahkannya kerana anatomi banyak menggunakan perkataan sainstifik, tetapi dengan kecanggihan teknologi zaman kini, Alhamdulillah perkara itu dapat diselesaikan tanpa sebarang masalah. Bagi memastikan kerja projek ini berjalan dengan lancar, saya membuat banyak rujukan selaras dengan tajuk yang diberi. Dari situ, saya telah membina sifat tidak berputus asa, mengikut arahan dan bertanggungjawab. Melalui tugasan ini juga, saya didedahkan dengan pembelajaran kendiri. Kaedah ini sangat berkesan untuk mempelajari ilmu yang baru kerana melaui usaha yang kuat, seseorang itu akan lebih paham apa yang dikuasainya Selain itu, melalui tugasan ini juga, saya secara tidak langsung telah mengulangkaji pelajaran bagi tajuk sistem otot, sistem tulang, dan sistem sendi semasa tugasan ini dilakukan. Jadi ini akan membantu saya meningkatkan pengetahuan tentang tajuk ini dan seterusnya membuatkan saya lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan. Akhir sekali. Sebagai kesimpulannya, perjalanan tugasan ini memang banyak member pengalaman baru kepada saya. Walaupun terdapat beberapa masalah atau kekangan yang mengganggu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini, akan tetapi, ianya tidak sama sekali mengganggu fokus saya dalam menghasilkan kerja yang bermutu. Di harap agar kerja kursus ini akan memberi manfaat kepada sesiap yang membaca serta memberikan saya pengetahuan yang amat berguna untuk digunakan apabila bergelar pendidik di masa hadapan.

25

BIBLIOGRAFI BUKU Aris Fazil Bin Haji Ujang, Borhan Bin Yusof, Abd Halim Bin Md. Salleh.2003.Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5.BHS Book Printing Sdn.Bhd Michael J.Atler.1998.Sport Stretch.United State Of America Human Kinetics Peter Yong Swee Onn.1993.Coaching and Playing Badminton the right way.Baron Production Sdn.Bhd. Sylvia S.Mader.2001.Understanding Human Anatomy and Fisiology,4th edition.Mc Graw Hill Companies.New York,USA. 26

INTERNET (atas talian) http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/11144867 http://www.wikipedia.com http://www.anatomyfisiology.com.au

27

You might also like