You are on page 1of 23

Nama penuh: Abu Nasr Muhammad Ibn Muhammad Ibn Tarkhan Ibn Uzlaq al-Farabi.

Dikenali dengan nama Abu Nasr Al-Farabi. Lahir di Transoxiana terletakdalam wilayah Wasij di Turki pada tahun 870 Masihi. Bapanya merupakan seorang anggota tentera yang miskin - tidak menghalangnya daripada mendapat pendidikan di Baghdad. Mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr Muhammad Ibn al-Sariy.

Selepas beberapa waktu, beliau berpindah ke Damsyik sebelum meneruskan perjalanannya ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhidmat di istana Sayf al-Daulah dengan gaji empat dirham sehari. Hal ini menyebabkan beliau hidup dalam keadaan yang serba kekurangan. Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliau seorang yang amat sederhana, tidak gilakan harta dan cintakan dunia.

Beliau lebih menumpukan perhatian untuk mencari ilmu daripada mendapatkan kekayaan duniawi. Al-Farabi hidup dalam keadaan yang miskin sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Beliau meninggal dunia di Damsyik pada bulan Rejab 339 Hijrah bersamaan Disember 950 Masihi, semasa berusia 80 tahun. Jenazahnya dikebumikan di sebuah perkuburan di bahagian luar pintu selatan atau pintu sampingan kota tersebut.

Merupakan seorang saintis terkemuka Islam dan termasyhur kerana hasil kerja dan penulisannya terutamanya dalam bidang Falsafah, Logik dan Sosiologi. Ilmu pengetahuan yang dimilikinya tidak terhad kepada tiga bidang itu sahaja kerana beliau juga banyak memberikan sumbangan dalam bidang-bidang lain meliputi sains, perubatan, matematik dan muzik.

Sebagai seorang ahli falsafah, beliau dikelaskan sebagai Neoplatonism yang cuba menggabungkan falsafah pemikiran Plato dan Aristotle. Selain buku-buku tulisan sendiri, beliau banyak menulis komentar mengenai falsafah Aristotle mengenai fizik, meteorologi, logik dan sebagainya. Kehebatannya dalam bidang falsafah menyebabkan beliau digelar guru kedua (alMuallim al-Thani) iaitu selepas guru pertama dalam bidang falsafah iaitu Aristotle.

Terkenal kerana kemampuannya menguasai pelbagai jenis bahasa. Beliau banyak mengembara dan membuat kajian terutamanya di Damsyik dan Mesir. Salah satu daripada sumbangan utama AlFarabi ialah membuat kajian mengenai logik dengan memudahkannya melalui cara membahagikan kepada dua kategori iaitu idea (Takhayyul) dan bukti (Thubut). Dalam bidang Sosiologi, beliau menulis buku bertajuk Ara Ahl al- Madina al-Fadila yang merupakan sebuah buku yang terkenal.

Beliau juga menulis buku mengenai muzik yang dikenali sebagai Kitab al-Musiqa al-Kabir. Tumpuan Al-Farabi bukan sahaja dalam bidang Falsafah dan Sosiologi semata-mata, sebaliknya, beliau merupakan pakar dalam kesenian dan sains muzik. Bakat beliau sangat menakjubkan apabila AlFarabi juga telah mereka cipta beberapa peralatan muzik, selain menyumbang kepada ilmu nota muzik. Dalam bidang Fizik pula, beliau menunjukkan kewujudan konsep kekosongan.

Kemampuan Al-Farabi bukan sekadar itu, malah beliau juga memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang Perubatan, Sains, Matematik, dan Sejarah. Namun, ketrampilannya sebagai seorang ilmuwan yang terulung lebih dalam bidang falsafah. Kehebatan beliau dalam bidang ini mengatasi ahli falsafah Islam yang lain seperti Al-Kindi dan Ibnu Rusyd. Sebagai seorang ilmuwan, Al-Farabi banyak mencurahkan ilmu dan hasil kerjanya dalam bentuk buku.

Kebanyakan buku-buku tersebut telah hilang. Hanya 117 buah buku hasil tulisan Al-Farabi yang dapat dikenal pasti. Daripada jumlah itu, 43 buah adalah buku mengenai Logik, 11 buah (Metafizik), 7 buah (Sains Politik), 17 buah (Muzik, Perubatan, dan Sosiologi) manakala 11 buah lagi adalah dalam bentuk komentar. Beberapa buah bukunya termasuk Fusus alHikam telah menjadi buku teks falsafah selama berkurun lamanya di pusat-pusat pembelajaran dan sehingga kini masih digunakan di beberapa buah institusi di Timur.

Teori politik - beliau berpendapat bahawa akal dan wahyu adalah satu hakikat yang padu. Sebarang percubaan dan usaha untuk memisahkan kedua-dua elemen tersebut akan melahirkan sebuah negara yang pincang serta masyarakat yang kacau-bilau. Oleh itu, akal dan wahyu perlu dijadikan sebagai dasar kepada pembinaan sebuah negara yang kuat, stabil serta makmur. Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai kebahagiaan.

Al-Farabi dikenali sebagai orang yang paling memahami falsafah Aristotle. Beliau merupakan orang yang terawal menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab. Pemikiran falsafah beliau banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi beliau menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam kehidupan manusia.

Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada Sains dan Politik. Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya untuk menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna. Seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan untuk dieksploitasikan bagi kepentingan orang lain tanpa penggunaan ilmu sains.

Justeru, seorang ahli falsafah yang tulen tidak akan merasai sebarang perbezaan di antaranya dengan pemerintah yang tertinggi kerana keduaduanya merupakan komponen yang saling lengkap-melengkapi. Dalam hal ini, beliau mencadangkan agar diwujudkan sebuah negara kebajikan yang diketuai oleh ahli falsafah.

Pandangan falsafahnya yang kritikal telah meletakkannya sebaris dengan ahli falsafah Yunani yang lain. Dalam kalangan ahli falsafah Islam, beliau juga dikenali sebagai Aristotle kedua. Bagi Al-Farabi, ilmu adalah segala-galanya dan para ilmuwan harus diletakkan pada kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara.

Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan falsafah dan ajaran Confucius yang meletakkan golongan ilmuwan pada tingkat hierarki yang tertinggi di dalam sistem sosial sesebuah negara. Di samping itu, Al-Farabi juga mengemukakan banyak pandangan yang mendahului zamannya. Antaranya beliau menyatakan bahawa keadilan itu merupakan sifat semula jadi manusia, manakala pertarungan yang berlaku antara manusia merupakan gejala sifat semula jadi tersebut.

Al-Farabi juga turut memperlihatkan kecenderungannya menghasilkan beberapa kajian dalam bidang perubatan. Walaupun kajiannya dalam bidang ini tidak menjadikannya masyhur tetapi pandangannya telah memberikan sumbangan yang cukup bermakna terhadap perkembangn ilmu perubatan di zamannya.

Salah satu pandangannya dalam bidang perubatan yang menarik ialah mengenai betapa jantung adalah lebih penting berbanding otak dalam kehidupan manusia. Hal ini menyebabkan jantung memberikan kehangatan kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan kehangatan itu menurut keperluan anggota tubuh badan.

You might also like